Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

Cubaan menyeludup tumpas



BANDA HILIR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup barangan larangan membabitkan nilai berjumlah kira-kira RM293,600 dalam tempoh dua hari lalu.

Dalam serbuan pertama kelmarin, mereka berjaya merampas beraneka mercun dan bunga api bernilai RM92,000, sementara satu lagi rampasan membabitkan rokok keretek yang diseludup bernilai kira-kira RM201,600.

Pengarah KDRM negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, kejayaan terbaru dicatatkan apabila sepasukan penguat kuasa berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup rokok keretek di KM204.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa berjaya menahan sebuah lori tiga tan selepas mengejarnya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dihidu tonto yang berada di dalam dua buah kereta.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lori berkenaan berisi 14,000 karton rokok keretek pelbagai jenama, membabitkan cukai sebanyak RM806,400.

“Rokok berkenaan adalah buatan negara jiran dan dipercayai dibawa masuk menerusi jalan laut serta mendarat di sebuah pendaratan haram di pantai barat Johor,” katanya kepada media di pejabat KDRM Melaka, di sini, semalam.
SH

No comments:

Post a Comment