Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Berpusing tiga kali

JASIN: “Saya terkejut apabila tiba-tiba muncul satu lembaga hitam menyeberangi jalan menyebabkan saya terus memaut stereng ke kanan untuk mengelak daripada merempuhnya mengakibatkan kereta saya berpusing tiga kali sebelum terbalik di laluan bertentangan,” kata pekerja kilang, Muhamad Nadhir Mad Din, 25, apabila Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Lipat Kajang, dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam.
Muhamad Nadhir berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Temiang, Muar, Johor selepas menghantar adik perempuannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk keluar melalui Plaza Tol Lipat Kajang menuju ke Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) bagi meneruskan perjalanan ke Muar.

“Sebaik keluar dari Plaza Tol Lipat Kajang, saya terus menghala ke arah Merlimau menggunakan Lebuh AMJ, bagaimanapun sebaik tiba di satu kawasan selekoh tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam tiba-tiba menyeberang jalan.

“Saya terkejut lalu terus memaut stereng ke kanan bagi mengelak daripada merempuh objek itu mengakibatkan kereta berpusing tiga kali sebelum terbalik pada posisi mengiring dan melintang di tengah laluan bertentangan.


“Ketika itu keadaan jalan raya di sini agak gelap dan benda itu juga samar-samar seakan-akan satu lembaga hitam. Meskipun kereta saya remuk teruk pada bahagian depan, bumbung dan belakang, saya amat bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui, di sini.myMetro | Berpusing tiga kali

No comments:

Post a Comment