Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

2,014 mangsa banjir di Melaka dipindahkan



BANDARAYA MELAKA – Keadaan hujan tidak berhenti sejak tiga hari lalu menyebabkan banjir berlaku di sekitar daerah Jasin dan Alor Gajah.

Setakat ini, seramai 2,014 mangsa banjir membabitkan 510 keluarga ditempatkan di 26 pusat pemindahan banjir yang rata-ratanya dibuka sejak petang kelmarin.

Sehubungan itu, semua anggota :keselamatan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), polis, tentera dan pemimpin turun padang sejak petang kelmarin bagi memastikan keselamatan mangsa terjamin.

Sementara itu, Bilik Gerakan Banjir yang berpusat di Kota Cemerlang, Ayer Keroh turut dibuka 24 jam bagi melancarkan operasi menyelamat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut melihat :keadaan mangsa banjir berkata, setakat ini pihak kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan asas untuk kemudahan di penempatan banjir.

“Setakat ini, semua mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir dan jika masih terdapat keluarga tidak diselamatkan, anggota keselamatan sentiasa memantau.

“Bantuan seperti makanan, selimut dan tikar sudah diberikan secukupnya kepada mangsa,” katanya, semalam.

Menurutnya, :kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan mangsa banjir melalui agensi yang diamanahkan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Gerakan Banjir menerusi talian 06-233 3333 untuk menyalurkan aduan.

:“Gara-gara banjir, beberapa jalan turut terputus hubungan, antaranya Lubok China, Jalan Seri Pengkalan ke Alor Gajah, Seri Pengkalan ke Lebuh AMJ, Seri Pengkalan ke Rembia, sekitar Asahan dan Sempang Bekoh,” katanya.

Mohd Ali berkata, orang ramai dinasihatkan mengikut jalan alternatif untuk ke destinasi sekitar.

“Orang ramai juga perlu sentiasa menjaga keselamatan diri terutama mengawal pergerakan anak,” katanya.

No comments:

Post a Comment