Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

1,549 mangsa banjir di pusat pemindahan Negeri Sembilan





2011/02/01

SEREMBAN: Seramai 1,549 mangsa banjir daripada 368 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan di Negeri Sembilan selepas beberapa pusat pemindahan ditutup petang ini ekoran keadaan air banjir mulai surut. 

Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata, setakat jam 5 petang ini terdapat 1,141 mangsa dari 287 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan
di daerah Tampin. Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Jempol pula berkata, di daerah Jempol terdapat 377 mangsa dari 76 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan manakala di daerah Kuala Pilah, terdapat 31 mangsa dari lima keluarga masih berada di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Dangi.

Sementara itu, Jalan Bahau-Rompin masih lagi ditutup kerana laluan mendap. 

Di KUANTAN, keadaan banjir di Raub pulih selepas kesemua 139 mangsa banjir membabitkan 34 keluarga di tujuh kampung dibenarkan pulang sejak jam 4 petang tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah 
keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di dua lagi daerah iaitu Rompin dan Temerloh sehingga jam 6 petang ini adalah seramai 1,777 mangsa membabitkan 226 
keluarga. 

"Daerah Rompin masih mencatatkan pemindahan paling tinggi seramai 1,687 
mangsa dari tiga kampung iaitu Kampung Rekoh (162 mangsa), Bukit Serok 
(1,499 mangsa) dan Kampung Mekang, Ibam (26 mangsa). 

"Manakala daerah Temerloh seramai 90 orang dari dua kampung iaitu Kampung 
Sempadan (tujuh mangsa) dan Kampung Insaf (83 mangsa)," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment