Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

14,578 masih menghuni di pusat pemindahan

JOHOR BAHRU: Banjir melanda negeri ini mula beransur pulih apabila jumlah mangsa di tempatkan di pusat penempatan sementara menurun kepada 14,578 orang membabitkan 3,526 keluarga di 61 pusat pemindahan.
Sehingga jam 2 petang semalam, 2,071 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan cuaca cerah sepanjang hari bagi membantu mempercepatkan banjir surut.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Johor ketika dihubungi berkata, sehingga kini 292 pusat pemindahan banjir di Mersing, Kluang, Pontian dan Kota Tinggi sudah ditutup sejak Isnin lalu.

Katanya, baki pusat pemindahan yang masih beroperasi membabitkan 14 di Muar, Batu Pahat (31), Segamat (4) dan Ledang (12).

“Keadaan cuaca semakin baik membolehkan mangsa terutama di Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang pulang ke rumah dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan semakin menurun,” katanya.


Beliau berkata, ketika ini Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,500 mangsa daripada 1,691 keluarga, Muar dengan 3,677 mangsa (974 keluarga) manakala Ledang dengan seramai 3,067 mangsa (779 keluarga).myMetro | >14,578 masih menghuni di pusat pemindahan

No comments:

Post a Comment