Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Wanita mengandung, lelaki warga India maut kemalangan



28/01/2011 8:06pm

BINTULU 28 Jan. – Seorang wanita yang hamil enam bulan dan seorang lelaki warga India maut apabila sebuah trak yang membawa baja bertembung dengan sebuah bas ekspres berhampiran Tatau, kira-kira 50km dari sini hari ini.
Polis mengesahkan wanita itu adalah Ceria Menua dari Tatau, 39, yang menaiki trak, manakala lelaki itu adalah Jagjeet Singh, 54, salah seorang penumpang bas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, Ceria meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika dirawat di klinik kesihatan Bintulu pada 8.23 pagi, manakala Jagjeet terkorban di tempat kejadian.
Katanya, kemalangan itu berlaku pada 6.15 pagi apabila bas ekspres yang dalam perjalanan ke Miri membawa 15 penumpang hilang kawalan selepas salah satu tayar di bahagian depan pecah lalu memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan trak berkenaan.
Pemandu bas dan salah seorang penumpang yang terselamat, patah kedua-dua belah kaki dan kesemua yang tercedera termasuk pemandu trak dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan. – Bernama

No comments:

Post a Comment