Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Tujuh disyaki pengedar dadah ditahan



KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan dan polis merampas dadah, barang berkaitan jenayah itu bersama dua kereta yang kesemuanya bernilai lebih RM258,000 dalam satu operasi di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua lelaki berumur antara 21 hingga 39 tahun itu ditahan dalam tiga operasi berasingan hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Dalam operasi pertama kira-kira jam 2.30 petang, empat lelaki berumur antara 21 hingga 27 tahun ditahan di dalam sebuah pangsapuri di Pandan Jaya dan dadah jenis ketamin 311 gram dirampas.

"Turut dirampas 90 biji pil ecstacy, 130 biji pil eramin di mana kesemua rampasan bernilai RM20,200 dan sebuah kereta jenis Toyota Caldina," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, empat suspek bekerja sebagai buruh dan penjual cakera padat (CD) dan polis tidak menolak kemungkinan menjadikan pekerjaan menjual CD itu untuk menjalankan urusan pengedaran dadah.

No comments:

Post a Comment