Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Tiga maut kereta api berlanggar di Indonesia



28/01/2011 11:55am

JAKARTA 28 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala berpuluh-puluh yang lain cedera apabila dua buah kereta api penumpang berlanggar, kata Kementerian Pengangkutan hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ini di sebuah stesen di daerah Banjar yang terletak di sempadan Jawa Barat dan Jawa Tengah, apabila sebuah kereta api merempuh sebuah lagi yang sedang berhenti di laluan tersebut.
“Tiga orang telah terbunuh,” kata jurucakap kementerian itu, Bambang Ervan. - AFP

No comments:

Post a Comment