Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Tiga direman bantu siasatan kes senjata api



KOTA BHARU - Tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 20 tahun yang disiasat berhubung kes melepaskan tembakan di Wakaf Baru, Tumpat, 24 Disember lalu ditahan reman empat hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman terhadap gadis bersama dua lelaki masing-masing 36 dan 38 tahun itu, dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Norida Mohd Husain jam 1 petang semalam.

Polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) terhadap semua suspek kerana memiliki senjata api secara haram. Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan.

13 Januari lalu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) menahan semua suspek kerana dipercayai terlibat kes melepaskan tembakan. Suspek sama juga dipercayai terlibat kes yang mendatangkan kecederaan dalam kejadian di Badang, Jalan Pengkalan Chepa, sehari selepas kes tembakan.

Semua suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 31 Januari depan bagi membantu siasatan.

1 comment:

  1. Macam macam hal manusia sekarang ni... Kes yang Tiga direman bantu siasatan kes senjata api tu dengar cerita berpunca dari pandangan ghairah seorang lelaki terhadap teman wanitanya lalu teman lelakinya berang dengan keadaan itu melepaskan tembakan rambang.. macam cerita Koboi lah pulak..bahana PIL KUDA punca manusia jadi huru hara.. apa nak jadi dengan dunia sekarang...

    ReplyDelete