Search This Blog

Sunday, January 23, 2011

Suami rayu isteri, anak pulang




PADANG BESAR – Seorang suami merayu isteri dan anak perempuan yang keluar rumah sejak 28 Disember lalu segera pulang ke pangkuan keluarga di Felcra Lubuk Sireh di sini.

Samsri Mat Arop, 41, yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia tiada di rumah ketika isterinya Noriza Said, 40, dan anak perempuan sulungnya Nur Syafifi, 16, keluar meninggalkan mereka sekeluarga.

Menurutnya, selepas pulang dari kerja, dia terkejut apabila anak kedua Nur Dayang Suhana, 12 dan adiknya, Nur Shaza Yasmin, 7, memberitahu ibu dan kakak mereka keluar rumah sambil membawa beg pakaian masing-masing untuk mengikuti rombongan.

Selepas itu katanya, dia bertindak menelefon seorang rakan isteri yang bekerja di kilang tempat isteri dan anak sulung bekerja bagaimanapun, dimaklumkan isteri tidak mengikuti rombongan seperti yang diberitahu.

Katanya, isterinya pernah keluar rumah sebelum ini, bagaimanapun pulang selepas tiga hari dengan alasan yang sama iaitu mengikut rombongan.

“Saya terkejut apabila anak memberitahu isteri dan anak perempuan keluar rumah ikut pintu belakang sambil membawa beg pakaian untuk pergi rombongan tempat kerja. Namun, selepas disiasat tidak ada rombongan yang dibuat pihak kilang itu,” katanya yang sudah membuat laporan polis sejurus selepas kehilangan dua beranak itu.

Samsi berkata, sejak kehilangan itu, dia menghubungi telefon bimbit isteri bagaimanapun, panggilan itu tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta mereka pulang juga tidak berbalas.

“Saya berpendapat, isteri dan anak kini berada di Johor kerana mengikuti seorang remaja yang dipercayai teman lelaki anak sulung yang dikenali sebagai Afiq, yang sebelum ini bekerja bersama mereka di Arau,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, sejak kehilangan isteri lebih 20 hari lalu, dia hilang punca pendapatan kerana sukar untuk keluar bekerja memandangkan perlu menjaga dua anak dan bapa mertua serta kakak ipar yang tidak sihat.

Katanya, dia merayu kepada orang ramai yang menjumpai isteri dan anak perempuannya supaya menghubungi telefon bimbitnya di talian, 012-4933192 ataupun menghubungi balai polis berdekatan.

No comments:

Post a Comment