Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Sindiket pindahkan gas masak subsidi tumpas



Anggota bomba dan pegawai KPDNKK melihat tong gas subsidi yang diterbalikkan untuk mengeluarkan gas sebelum diisi ke dalam lori tangki di Taman Perindustrian Ringan Simpang Empat di Alor Setar, semalam. - utusan/Kamal Basir


BALING 27 Jan. - Kegiatan satu sindiket memindahkan gas subsidi bagi kegunaan domestik kepada industri secara haram berjaya ditumpaskan dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Nibong 12, Parit Panjang dekat sini hari ini.
Sindiket itu dipercayai memindahkan gas asli cecair (LPG) yang disubsidikan bagi kegunaan domestik ke dalam tong untuk diedarkan kepada pengusaha industri di sekitar Sik, Sungai Petani dan daerah ini.
Serbuan pukul 12 tengah hari itu dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah berjaya merampas 44 tong kosong dan tong berisi gas subsidi bernilai lebih RM10,000.
Kegiatan sindiket itu pada mulanya sukar dikesan kerana lokasi stor itu agak terpencil iaitu perlu memasuki jalan tanah merah dan dikelilingi belukar.
Ketua Penguat Kuasa PPDNKK Kedah, Suhaimi Mat Sari berkata, siasatan awal mendapati, stor terbabit dikesan memindahkan kandungan gas subsidi dari tong 14 kilogram kepada tong 50 kilogram secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, ketika diserbu, tiada pekerja berada di lokasi berkenaan.
"Sindiket memindah gas atau menyorok barang kawalan seperti minyak masak dan gula kini dikesan menjalankan operasi mereka di kawasan kampung yang terpencil. Ini bertujuan mengelakkan dikesan pihak berkuasa," katanya.

No comments:

Post a Comment