Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Remaja didakwa mencabul fail semakan keputusan mahkamah





2011/01/28

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berumur 14 tahun yang gagal membayar wang jaminan selepas didakwa mencabul kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, hari ini menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Juvana yang menolak permohonannya bagi mengurangkan jaminan.
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya P Uthayakumar di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini hari ini.
Dalam permohonan itu, Uthayakumar mendakwa Majistret Mahkamah Juvana menolak 
permohonannya untuk mengurangkan wang jaminan dari RM1,700 kepada RM300 bagi 
membebaskan remaja itu sementara perbicaraan kes berkenaan selesai. 

Beliau berkata, remaja itu dipenjarakan sejak 10 November tahun lalu di Asrama 
Sentosa Sentul selepas gagal membayar wang jaminan itu kerana ibu remaja itu yang bekerja sebagai tukang sapu hanya mendapat gaji RM450 sebulan. 
Uthayakumar mendakwa keputusan Majistret yang menolak permohonannya bagi 
mengurangkan wang jaminan sehingga remaja itu diletakkan di asrama itu 
menyebabkan wujudnya ketidakadilan terhadap remaja itu kerana perbicaraan kes 
mungkin akan mengambil masa setahun atau dua tahun lagi. 

Uthayakumar mendakwa sehingga 26 Januari lalu kes itu masih di peringkat 
sebutan. 

Dalam permohonannya, Uthayakumar antara lain mahu Mahkamah Tinggi melepaskan 
tanpa membebaskan budak itu daripada asrama itu mengikut Seksyen 173(g) Kanun 
Acara Jenayah atau di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. 

Pada 10 November tahun lalu, budak lelaki itu dari Pelabuhan Klang, didakwa 
mencabul kehormatan budak berumur lapan tahun di kolam renang di Pantai Hill 
Park Condominium, di sini pada 3 Ogos, tahun lalu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment