Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Pemuda tidak mengaku pukul wanita



KOTA BHARU – Seorang pemuda berusia awal 20an tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul seorang wanita pada Oktober tahun lalu.

Wan Mohd Afif Wan Mohd Sukri yang hadir dengan baju kemeja T berwarna merah ke mahkamah itu, semalam memohon dirinya dibicarakan atas tuduhan terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian pada 31 Oktober 2010.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Wan Mohd Afif dituduh mencederakan mangsa, Norly Adilah Ab Rani dari kampung sama dengan menggunakan sebatang besi pengunci tayar motosikal.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Februari depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

No comments:

Post a Comment