Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Padah rasuah anggota polis



SEREMBAN – Dua warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku bersalah memberi rasuah secara bersama kepada seorang anggota polis.

Tertuduh, Hertina Samosir, 29, merupakan pekerja kontrak pembersihan dan Mariati Ahmad, 38, bekerja sebagai buruh binaan tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi di depan Hakim Sabariah Atan.

Menurut pertuduhan, Hertina dan Mariati didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM230 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Balai Polis Mantin.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Batu 14 Jalan Mantin-Kajang kira-kira 3.30 petang, 23 Januari lalu, sebagai dorongan untuk tidak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Berdasarkan fakta kes, anggota polis terbabit menahan sebuah bas awam dalam satu operasi sekatan jalan raya bersama beberapa anggota polis daripada Balai Polis Mantin yang turut disertai anggota SPRM Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment