Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Lapan maut hari pertama Ops Sikap





2011/01/28

KUALA LUMPUR: Lapan orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam pada hari pertama Ops Sikap ke-23 sempena Tahun Baru Cina. 

Kenyataan polis berkata, mereka terdiri lima pengguna kereta, seorang pengguna van, seorang pengguna motosikal dan seorang pejalan kaki.
Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 489 kes, diikuti jalan persekutuan (263 kes), jalan negeri (162 kes), lebuh raya (118 kes) dan jalan-jalan lain (63 kes).
Menurut kenyataan itu, 12,156 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam 
operasi semalam. Ops Sikap ke-23 akan berakhir 10 Februari ini. 

Ops Sikap bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah 
dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim 
perayaan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment