Search This Blog

Tuesday, January 18, 2011

Inspektor parah kejar penjenayah

KUALA LUMPUR: Seorang inspektor dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas cuba mengejar dua lelaki dipercayai suspek kes dadah.
Sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang kelmarin, Inspektor Mohd Shukri Hat, 30, dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields mengetuai satu operasi membabitkan penyalahgunaan dadah di sekitar Brickfields.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mangsa yang menyedari kehadiran suspek cuba menahan mereka.

“Namun, suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal menyebabkan mangsa mengekori mereka bersama beberapa anggota lain,” katanya.

Bagaimanapun, sejurus tiba di selekoh di Jalan Tun Sambanthan menghala Seputeh di sini, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan merempuh tiang lampu.

Mangsa cedera di kepala dan beberapa bahagian ba sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM. Setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil.

No comments:

Post a Comment