Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Bunuh bayi: Rakyat Myanmar dihadapkan ke mahkamah



28/01/2011 5:02pm

SHAH ALAM 28 Jan. – Seorang wanita warganegara Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan di dalam tandas rumahnya pada Selasa lalu.
Nuraishah Abdullah, 23, yang hanya berbaju-T dan berkain batik menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh di hantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak untuk pemerhatian mental selama sebulan.
Kes itu akan disebut semula pada 28 Februari ini. – Utusan

No comments:

Post a Comment