Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

Budak bakal bersekolah maut




MOTOSIKAL Yamaha RXZ yang merempuh motosikal dibonceng Siti Nurzulaihah bersama ibunya di Jalan Bahau-Juasseh, Negeri Sembilan kelmarin.


JEMPOL - Seorang budak perempuan berusia enam tahun dan bakal mendaftar ke tahun satu maut apabila motosikal yang dinaiki bersama ibunya dirempuh sebuah motosikal lain di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, Siti Nurzulaihah Mohd. Zahidi (gambar) maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan pada badan dan kepala.
Seorang jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasoh Satu, Jelebu dekat sini bersama ibunya, Norlida Khalid, 40, dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 selepas makan di sebuah restoran di Bahau.
Katanya, setibanya di tempat kejadian motosikal yang dinaiki dua beranak itu tiba-tiba bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah belakang menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan.

No comments:

Post a Comment