Search This Blog

Monday, January 10, 2011

Bakal disaman kerana promosi barang di Twitter

Kosmo! Online - Dunia





LONDON - Ramai selebriti termasuk pelakon Elizabeth Hurley dan penyanyi Lily Allen (gambar) akan berdepan dengan tindakan mahkamah kerana bertindak menghebahkan mengenai sesuatu barang di laman sosial seperti Twitter tanpa mengisytiharkan bahawa mereka telah dibayar untuk membuat promosi, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti yang gagal untuk menjelaskan bahawa mereka mempunyai kepentingan kewangan dalam memasarkan barang menerusi talian bakal dikenakan tindakan undang-undang.
Ramai selebriti memperkenalkan produk melalui Twitter seperti minyak wangi dan kenderaan menyebabkan Pejabat Perhubungan Perniagaan Britain (OTF) mengambil tindakan untuk menghalangnya.
Akaun Twitter milik Hurley mengandungi kira-kira sepuluh penerangan mengenai jenama kosmetik Estee Lauder setelah 17 tahun dia menjadi jurucakap syarikat itu.
Jurucakap pelakon tersebut bagaimanapun tidak memberi ulasan sama ada hebahan di Twitter itu adalah untuk syarikat terbabit.
Allen yang mempunyai kira-kira 2.5 juta pengikut di Twitter pula pernah menghantar mesej di laman miliknya dengan menyatakan: "Nampaknya ada model baru Playstation Move sedang menanti saya di pejabat pada pagi ini. Sangat teruja."
Syarikat permainan video itu turut terlibat ketika melancarkan kedai pakaian milik Allen pada September lalu.
Jurucakap, Allen memberitahu penyanyi itu tiada kaitan dengan perniagaan tersebut.
Di Amerika Syarikat, setiap komen yang dihantar oleh selebriti di laman Twitter mengenai sesuatu barang akan menyebabkan mereka dibayar sehingga £3,000 (RM14,307). - Agensi

No comments:

Post a Comment