Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

Disyaki pukul seorang lelaki, dua polis ditahan

Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lalu, ditahan hari ini.

NONEKetua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya.

Bagaimanapun, Tun Hisan berkata siasatan mendapati terdapat elemen palsu dalam laporan polis lelaki tersebut.

"Selepas itu, satu laporan telah dibuat oleh pasukan itu tentang laporan lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai elemen palsu.

"Seramai 20 orang telah direkodkan percakapannya, termasuk doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis yang ditahan serta orang awam," katanya.

Beliau berkata penahanan kedua anggota polis yang berkhidmat selama empat tahun itu bukan bermakna mereka bersalah tetapi bagi membantu siasatan, dan mereka akan ditahan reman mulai esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Sabtu lalu, seorang lelaki mendakwa dipukul beberapa anggota polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara kerana disyaki membawa dadah, dan wangnya sebanyak RM13,000 telah diambil anggota polis tersebut.

- Bernama

APMM selatan banteras 25 kes seludup pasir


24/09/2010 8:06pm


JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membanteras tiga kes penyeludupan pasir di perairan wilayah selatan membabitkan rampasan bernilai jutaan ringgit tahun ini.
Ketua Pengarahnya Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, tiga kes berkenaan ialah dua di perairan Selat Melaka dan satu di Selat Johor.
Menurutnya, sejak APMM Wilayah Selatan ditubuhkan lima tahun lepas, sebanyak 25 kes berkaitan penyeludupan pasir berjaya ditumpaskan di perairan tersebut.
Selain penyeludupan pasir, kawasan itu juga dikenalpasti sebagai kawasan panas bagi kemasukan pendatang asing tanpa izin dan aktiviti pemindahan minyak secara haram, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan daripada Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Hassan Jusoh kepada Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar di Menara Tabung Haji di sini hari ini. - Bernama

Dadah: 2 penoreh getah ditahan

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusankedah@utusan.com.my



Abdul Aziz Ahmad (tengah) menunjukkan ganja yang dirampas daripada dua penoreh getah di Kampung Kubur Panjang, Pendang, kelmarin. - utusan/Halim Khalid

--------------------------------------------------------------------------------



PENDANG 20 Jan. - Polis menahan dua penoreh getah dan merampas dua peket dadah jenis heroin dan syabu di sebuah kebun getah di Kampung Kubur Panjang di sini malam semalam.

Penahanan kedua-dua lelaki itu kemudian membawa kepada rampasan sebuah kotak plastik yang mengandungi ganja seberat 627 gram, sebotol tin berisi tujuh straw serbuk heroin dan tiga peket heroin seberat 26.5 gram yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,700.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad memberitahu, kedua-dua lelaki berusia 44 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Inspektor Mohd. Nazri Nordin kira-kira pukul 8 malam.

Menurut beliau, mereka ditahan di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara, dipercayai sedang menunggu pelanggan di dalam kebun getah tersebut.

Beliau berkata, sebuah lori lama yang diubah suai dalam kebun getah itu dipercayai menjadi pusat bagi para penagih dadah di kawasan itu melepaskan gian.

"Polis berjaya membongkar kegiatan kedua-dua lelaki tersebut hasil siasatan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Abdul Aziz memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas salah seorang lelaki dipercayai pemandu kereta berkenaan, pihaknya menemui dua peket heroin dan syabu yang disorok dalam beg pinggangnya.

Katanya, ini membawa kepada pemeriksaan di dalam kereta yang menemui sebuah kotak plastik berisi daun-daun kering dipercayai ganja seberat 627 gram di belakang tempat duduk pemandu.

"Kita turut merampas wang tunai RM150 dipercayai hasil jualan dadah," katanya.

Abdul Aziz memberitahu, kedua-dua lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 39A dan Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Bapa bersyukur Kartika selesai jalani hukuman hari ini



22/04/2010 5:05pm

KUANTAN 22 April – Bapa model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor bersyukur kerana anaknya itu selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah (RKTAF) di sini hari ini, selepas mereka melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.
Shukarnor Abdul Mutalib, 62, berkata, dia sekeluarga kini merasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan media. – Utusan

Bas ekspres 2 tingkat terbabas dalam parit, 8 cedera


KEADAAN bas dua tingkat milik Mahligai Ekspress terbalik selepas terbabas di kilometer 363 Jalan Baru Raub-Bentong dekat sempadan Bentong Raub di sini, awal pagi semalam. - Foto NSTP

26/12/2010 5:21pm

RAUB 26 Dis. – Lapan penumpang termasuk seorang kanak-kanak cedera setelah sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas ke dalam parit di Kilometer 363, Jalan Raub-Bentong dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, kemalangan itu berlaku pukul 5.20 pagi ketika bas itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. – Utusan

Dadah: Pelajar 16 tahun antara 66 dicekup



26/12/2010 4:55pm

HULU TERENGGANU – Usianya baru menjangkau 16 tahun, namun seorang remaja lelaki anak kepada peneroka di sini sudah terlibat dengan penagihan dadah sejak berusia 15 tahun lagi.
Biarpun tahu perbuatan yang dilakukan salah di sisi undang-undang, namun remaja lelaki ini tidak pernah gentar, malah terus menjadikan tabiat buruk mengambil pil kuda sebagai rutin hariannya.
Bagaimanapun suspek yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, dicekup oleh polis dalam Ops Tapis Bersepadu awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Abd Wahid berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 3 pagi dalam serbuan di rumahnya di Felda Jerangau Barat.
"Suspek dibawa ke Balai Polis Ajil untuk menjalani ujian saringan air kencing.
“Hasil ujian itu mendapati dia positif dadah jenis pil kuda dan pelajar itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini.
Menurut Roslan dalam operasi itu, seramai 87 telah diperiksa dan 66 daripadanya didapati positif dadah, semua suspek berumur antara 16 dan 40 tahun yang kini direman untuk siasatan lanjut. – Bernama

6 cedera bas ekspres 2 tingkat terbabas



26/12/2010 5:22pm

TEMERLOH – Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM 363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.
Katanya, penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.
"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama

Remaja lelaki lemas, sepupu kritikal



26/12/2010 6:24pm

KUCHING – Keriangan seorang remaja lelaki yang bercuti bersama keluarga sepupunya, bertukar tragedi apabila beliau lemas ketika mandi di kolam renang sebuah pusat peranginan di Santubong dekat sini, manakala sepupu perempuannya itu kini kritikal selepas cuba menyelamatkannya.
Mohd Nazrul Rosli, 16, dari Kampung Tupong di sini, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala Siti Nur Farah Ain, 14, dari Semariang Baru, masih tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, mangsa dipercayai lemas ketika mandi di bahagian kolam renang yang lebih dalam, dan Siti Nur Farah Ain cuba menyelamatkannya, namun gagal.
Mereka kemudian diselamatkan anggota penyelamat pusat peranginan itu dan diberikan bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HUS.
Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Pauzi Bujang ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata polis masih menunggu keputusan bedah siasat. – Bernama

Remaja lelaki maut kemalangan



TEMERLOH – Seorang remaja maut apabila motosikal ditungganginya melanggar pembahagi jalan di Kilometer 2 Jalan Karak-Mentakab di hadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Hwa Lian kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Izwan Ibrahim, 20, itu mati serta-merta di tempat kejadian akibat patah tengkuk selain kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Asisten Superintendan Mohd Hamzah berkata, kemalangan itu dipercayai membabitkan seorang lagi penunggang motosikal yang menghilangkan diri.

Menurutnya, saksi kejadian itu menyatakan bahawa mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal lalu terbabas ke tengah jalan.

“Pada masa sama, sebuah kereta dari lorong kiri berjaya mengelak penunggang motosikal yang melarikan diri itu lalu bergesel dengan sebuah motosikal lain.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan lain membabitkan pengguna jalan raya lain kecuali mangsa,” katanya.

Mohd berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd menasihati orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

Beliau berkata, permukaan jalan licin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku malah kecuaian pengguna ketika berada di atas jalan raya boleh menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.

Ranap, kontraktor rugi RM70,000



CHUPING – Seorang kontraktor, Aman Latib, 30, terkejut apabila mendengar bunyi letupan dari bilik utama rumah ketika menonton televisyen bersama anaknya di ruang tamu, semalam.

Letupan dipercayai menjadi punca utama kebakaran yang berlaku pada jam 9 pagi tadi sehingga menyebabkan rumah yang turut didiami tujuh ahli keluarganya musnah.

Aman ketika ditemui berkata, dia tidak sempat menyelamatkan semua barang dan dokumen penting yang berada di dalam rumah kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Menurutnya, dia turut bernasib baik kerana sempat menyelamatkan kakaknya yang hidap sindrom down, pada ketika itu berada di dalam bilik bersebelahan dengan punca kebakaran.

“Kakak sulung yang tidak mampu bergerak, sempat diselamatkan walaupun pada ketika itu api sudah semakin marak dan memenuhi hampir keseluruhan ruang rumah.

“Kami hanya sempat membawa tiga motosikal yang diletakkan di luar rumah dan juga dua kereta.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui semasa kejadian tersebut berlaku di Kampung Panggas di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kebajikan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cuping, Mansor Jusoh, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Mohsin Yusof dan juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Perlis, Saiful Daniel Mohd Yusof.

Anggota bomba dengan lapan kekuatan anggota tiba di tempat kejadian pada jam 9.20 pagi selepas menerima panggilan pada jam 9.07 pagi.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Rahim Sulaiman berkata, ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, rumah terbabit sudah hangus dan anggotanya terpaksa menggunakan sumber air sungai untuk memadamkan kebakaran berikutan kawasan terbabit tidak mempunyai pili bomba.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM70,000 dan sehingga kini punca kebakaran masih belum dikenal pasti malah pihak kami masih menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mansor berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Baitulmal akan menyampaikan bantuan segera kepada mangsa.

“Pihak JKM akan menyerahkan bencana kit kepada mangsa termasuklah barang keperluan seperti makanan, selimut dan wang tunai untuk kegunaan sementara,” katanya kepada Sinar Harian.

Feri karam di Mersing, tiga maut




JOHOR BHARU - Tiga maut manakala seorang lagi hilang apabila sebuah feri penumpang yang dipercayai membawa 29 orang karam dalam perjalanan dari Jeti Tanjong Leman ke Pulau Sibu di Mersing.


Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rashid mengesahkan kejadian itu.

Enam cedera bas ekspres terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong



TEMERLOH - Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.

Polis buru tiga lelaki terbabit dalam kes samun di Pulau Pinang





2010/12/25

GEORGETOWN: Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang melakukan kes samun bersenjata di sebuah rumah di Bayan Baru di sini petang semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata ketika kejadian kira-kira 1.30 petang, mangsa Mohd Fadzil Mohd Rani, 34, tinggal bersendirian di rumahnya.
"Mangsa mendakwa dia telah diikat pada tangan dan kakinya, matanya pula ditutup dengan kain tudung sementara mulutnya diplaster oleh ketiga-tiga
suspek," katanya hari ini. 

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerugian kira-kira RM10,000 turut 
diacu dengan pisau dan pistol. 

"Mangsa yang berjaya melepaskan diri tiga jam selepas kejadian, 
kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menelefon polis," kata Lai. 
Polis menemui kesan cap jari di tempat kejadian. - BERNAMA

Beberapa penerbangan di KKIA Sabah ditangguhkan selepas kebakaran





2010/12/25

KOTA KINABALU: Beberapa penerbangan perlepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, terpaksa ditangguhkan berikutan kebakaran kabel di Pusat Kawalan Trafik Udara milik Jabatan Penerbangan Awam (DCA), di sini pagi ini.

Tentera Israel tembak mati dua militan Islam





2010/12/25

BANDAR GAZA (Kawasan Palestin): Tentera Israel menembak mati dua individu yang didakwa ahli kumpulan Jihad Islam di Tebing Gaza, pagi tadi. 

Menurut kumpulan militan Islam, Brigad Al-Quds dan saksi, mereka terbunuh di timur Khan Yunis, selatan Tebing Gaza, ketika berbalas tembakan dengan tentera Israel. - AFP

6 cedera bas ekspres terbabas dekat Temerloh






2010/12/25

TEMERLOH: Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.
Katanya, penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub.

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah. - BERNAMA

Pelajar 16 tahun antara dicekup dalam Ops Tapis bersepadu





2010/12/25

HULU TERENGGANU: Usianya baru menjangkau 16 tahun, namun seorang remaja lelaki anak kepada peneroka di sini sudah terbabit dengan penagihan dadah sejak berusia 15 tahun lagi. 

Biarpun tahu perbuatan yang dilakukan salah di sisi undang-undang namun remaja lelaki ini tidak pernah gentar, malah terus menjadikan tabiat buruk mengambil pil kuda sebagai rutin hariannya.
Bagaimanapun, suspek yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, dicekup polis dalam Ops Tapis Bersepadu awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata suspek ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam serbuan di rumahnya di FELDA Jerangau Barat. 

"Suspek dibawa ke Balai Polis Ajil untuk menjalani ujian saringan air kencing. Hasil ujian itu mendapati dia positif dadah jenis pil kuda dan pelajar itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini. 

Menurut Roslan, dalam operasi itu seramai 87 diperiksa dan 66 daripadanya didapati positif dadah, semua suspek berumur antara 16 dan 40 tahun yang kini direman untuk siasatan lanjut. 

"Selain positif dadah, ada yang ditahan disiasat kerana terlibat dalam memiliki dan mengedar dadah," kata beliau. 
Katanya, turut dirampas dalam operasi itu sejumlah dadah jenis heroin, syabu dan sebiji pil kuda. 

Operasi disertai 66 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dengan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli. - BERNAMA

Mangsa ke-28 kemalangan bas dekat Simpang Pulai meninggal dunia





2010/12/25

IPOH: Seorang lagi mangsa kemalangan bas dekat Simpang Pulai Isnin lalu, Duranee Songsern @ Dariah Ismail, 59, meninggal dunia 2.26 petang tadi, menjadikan beliau mangsa ke-28. 

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata Duranee meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Sementara itu, anak Duranee, Faisal Teuku Aziz, 40, berkata jenazah ibunya dikebumikan di Kampung Nyaring, Pattani, malam ini atau pagi esok.
"Saya sedang menunggu dokumen daripada polis untuk membawa keluar jenazah menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Danok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

4 maut kereta langgar pokok di Pasir Mas





2010/12/26

KOTA BHARU: Empat terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas dan langgar pokok di Kenjong, Pasir Mas, dekat sini, malam tadi.

Gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter berlaku di Filipina



26/12/2010 1:49pm

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di wilayah kepulauan Filipina pada pukul 5.16 pagi tadi.
Menurut Jabatan Metereologi Malaysia (JMM), pusat gegaran ialah 253 kilometer tenggara Davao dan 1,056 kilometer timur laut Lahad Datu, Sabah.
Ia tidak mendatangkan ancaman tsunami. – Utusan

Tedung selar lebih 3 meter ditangkap



26/12/2010 1:48pm

KANGAR – Seekor ular tedung selar sepanjang lebih tiga meter ditangkap di Kampung Tersusun, Padang Besar oleh pasukan sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) malam tadi.
Pegawai Cawangan Pengurusan Bencana/Operasi JPAM Perlis, Mohd Razani Zainuddin berkata, pasukan itu bergegas ke kampung itu selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang mengenai penemuan reptilia paling berbisa itu.
Ular itu berjaya ditangkap pada kira-kira 7.50 malam di luar sebuah rumah penduduk kampung itu, katanya.
Sejak Oktober lalu, sukarelawan JPAM Perlis telah menangkap sebanyak 54 ekor ular berbisa dan tidak berbisa dan menurutnya kebanyakan reptilia itu ditangkap bulan lepas ekoran keadaan banjir yang memaksa reptilia itu meninggalkan sarang dan masuk ke rumah-rumah penduduk. – Bernama

Tiga terbabit kes samun bersenjata



26/12/2010 1:55pm

GEORGETOWN – Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang melakukan kes samun bersenjata di sebuah rumah di Bayan Baru di sini petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, ketika kejadian kira-kira 1.30 petang, mangsa Mohd Fadzil Mohd Rani, 34, tinggal bersendirian di rumahnya.
"Mangsa mendakwa dia telah diikat pada tangan dan kakinya, matanya pula ditutup dengan kain tudung sementara mulutnya diplaster oleh ketiga-tiga suspek,” katanya hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kerugian kira-kira RM10,000 turut diacu dengan pisau dan pistol.
"Mangsa yang berjaya melepaskan diri tiga jam selepas kejadian, kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menelefon polis,” kata Fah Hin. – Bernama

Eropah dilanda ribut salji lagi



PARIS 25 Dis. - Beribu-ribu penumpang terkandas di lapangan terbang utama Paris semalam selepas beratus-ratus penerbangan Krismas dibatalkan ekoran cuaca sejuk dan salji tebal yang menyebabkan gangguan perjalanan di seluruh Eropah.
Kira-kira 400 penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Roissy-Charles de Gaulle itu dibatalkan, kurang daripada jangkaan awal iaitu 670 penerbangan.
Penerbangan di Belgium dan Jerman turut terjejas dan pemandu kenderaan tidak menggunakan jalan raya ekoran selatan Eropah bergelut menghadapi cuaca sejuk terbaru.
Sekurang-kurangnya 2,000 orang perlu dipindahkan dari Terminal 2E, Charles de Gaulle kerana salji tebal terbentuk di atas bumbung, tempat yang pernah runtuh pada Mei 2004 sejurus selepas ia dibuka dan mengorbankan empat orang.
"Saya sangat letih sehingga tidak mempunyai tenaga untuk marah. Penerbangan saya ke Milan dibatalkan dua kali. Pembatalan pertama ketika tidak ada salji," kata seorang wanita Perancis, Zoe Stephanou, 45.
Cuaca sejuk kali ini menjejaskan pengangkutan udara, kereta api dan jalan raya di seluruh Eropah dengan beribu-ribu penumpang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau berek dan di dalam feri atau lapangan terbang ekoran salji tebal.
Namun keadaan cuaca yang semakin elok di utara Perancis petang semalam membolehkan sejumlah besar penerbangan beroperasi. Perkhidmatan dijangka berjalan seperti biasa pagi ini, menurut operator lapangan terbang.
Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang berkata, antara 200 dan 300 penumpang menghabiskan hari sebelum Krismas mereka di Roissy-Charles de Gaulle dan mereka diberikan coklat dan mainan. - AFP

Roket angkasa India meletup



BANGALORE, India 25 Dis. - Sebuah roket angkasa India membawa satelit komunikasi meletup sejurus dilancarkan di tapak pelancaran Siharikota, kira-kira 80 kilometer dari Chennai hari ini.
Roket tersebut meletup dan mengeluarkan asap berkepul-kepul yang dilihat dengan jelas dalam siaran langsung televisyen Doordarshan.
Agensi berita UNI berkata, Kenderaan Pelancaran Satelit Geosynchronous (GSLV) tersasar daripada laluan terbangnya dan meletup beberapa saat selepas pelancaran.
Roket tersebut pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada 20 Disember lalu tetapi ditunda selepas jurutera menemui kebocoran pada satu daripada enjin rekaan Rusia pada GSLV itu, kata UNI.
UNI memetik pegawai Pertubuhan Kajian Angkasa India (ISRO) yang tidak dinamakan, berkata, kerosakan teknikal yang menyebabkan kerosakan pada roket itu. - AFP

43 maut serangan bom



SEORANG daripada mangsa yang cedera dalam serangan bom berani mati meraung semasa diangkat ke atas tandu semasa tiba di Hospital Peshawar, Pakistan, semalam. – AFP


KHAR, Pakistan 25 Dis. – Seorang pengebom berani mati yang berpakaian burqa menyerang sekumpulan penduduk yang menunggu bantuan makanan di barat laut Pakistan hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 43 orang.
Serangan di wilayah Bajaur bersempadan dengan Afghanistan itu berlaku sehari selepas pertempuran antara pemberontak Taliban Pakistan dengan tentera keselamatan di wilayah jiran Mohmand yang mengakibatkan 11 tentera dan 24 militan terbunuh.
Letupan berlaku di pusat pengagihan catuan Program Makanan Sedunia (WFP) di Khar, bandar utama daerah Bajaur.
“Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera dalam letupan berani mati itu,” kata pegawai pentadbir puak, Sohail Khan.
Ketua hospital kerajaan, Doktor Mohammad Hafeez mengesahkan angka kematian itu dan memberitahu kanak-kanak dan wanita adalah antara mangsa yang terbunuh.
Pegawai tinggi kerajaan di Bajaur, Zakir Hussain berkata, angka kematian mungkin meningkat ekoran beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Jantina pengebom yang memakai pakaian burqa itu tidak dapat dipastikan. Dia meletupkan dirinya ketika beratus-ratus orang puak Salarzai menuju ke pusat pengagihan makanan WFP.
Jurucakap WFP berkata, serangan berlaku di tempat pemeriksaan keselamatan berhampiran pusat pengagihan itu.
Menurut saksi, penyerang itu pada awalnya membaling bom tangan ke arah kumpulan penduduk itu sebelum meletupkan bom.
Bajaur pernah menjadi kawasan kubu kuat Taliban yang melancarkan beberapa pengeboman dan serangan berani mati.
Tentera Pakistan yang melancarkan operasi memerangi Taliban pertama di daerah ini pada Ogos 2008 berulang kali mendakwa berjaya menghapuskan ancaman pemberontak itu. – AFP/Reuters

47 GRO warga asing diserbu



SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang diberkas di sebuah pusat hiburan di Tanjong Tokong, semalam.


PULAU PINANG 25 Dis. – Meskipun tangkapan dilakukan hampir setiap hari, kegiatan warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini terus berlaku.
Awal pagi ini, 47 lagi GRO dari Vietnam, China dan Thailand ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Jones di sini.
Pusat yang sama pernah diserbu awal tahun ini dan beberapa kali tahun lalu. Namun, seperti kebiasaannya, selepas beberapa minggu serbuan dilakukan, ia akan beroperasi semula dengan menggunakan perkhidmatan GRO baru.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abdul Qadir Siddiq Ahmad berkata, dalam ‘Ops Sayang’ itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pengurus di pusat hiburan berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar.
Katanya, kesemua GRO terbabit iaitu 28 warga Vietnam, 18 China dan seorang Thailand bertempiaran lari termasuk cuba meloloskan diri dari pintu depan dan belakang premis apabila pusat hiburan yang menjadi ‘sarang’ kegiatan tidak bermoral itu diserbu pihak imigresen.
Namun, cubaan GRO wanita yang berpakaian merah ala Santa Claus sempena sambutan Krismas itu tidak berhasil apabila mereka semua dicekup oleh pihak berkuasa.
“Tujuh pegawai dan anggota Jabatan Imigresen serta 19 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang terlibat dalam operasi bersama yang bermula pada pukul 12.45 pagi hingga 4 pagi itu.
“Hasil pemeriksaan ke atas 12 bilik karaoke di situ, kita menahan kesemua 47 GRO tersebut yang ketika itu melayan pelanggan masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim.
Kelmarin, 24 GRO warga asing ditahan di sebuah pusat hiburan eksklusif di Persiaran Gurney oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri kerana dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Abdul Qadir berkata, hasil siasatan awal mendapati semua GRO berusia 20 hingga 30 tahun itu bukan sahaja menjalankan aktiviti tidak bermoral malah menetap di sini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Katanya, semua wanita terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 55 (b) akta yang sama kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta melanggar syarat permit.
“Pengurus premis pula akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi warga asing tanpa permit,” katanya.

38 maut serangan sewaktu Krismas




2010/12/26


ABUJA: Tujuh letupan di dua lokasi menggegarkan bandar Jos di tengah Nigeria, mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang manakala 74 lag cedera ketika penganut agama Kristian membeli-belah sempena Krismas, semalam, Di bandar Maiduguri di utara Nigeria pula, anggota syiah Islam disyaki melancarkan tiga serangan terhadap gereja tahun lalu, melancarkan serangan bom mengorbankan enam orang Dan seorang cedera. Namun setakat ini tiada bukti pihak yang terbabit dalam serangan terbaru ini.

Presiden Goodluck Jonathan memberi jaminan pihak yang terbabit dalam mendalangi serangan ini agar dibawa ke muka pengadilan. - Agensi 

Remaja mungkin ke tali gantung edar heroin



JOHOR BAHRU – Seorang remaja berusia 19 tahun mungkin berhadapan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah jenis heroin. 

N Partiban yang bekerja sebagai kelindan lori menghadapi dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan pertama iaitu mengedar dadah. 

Mengikut fakta kes, tertuduh pada Isnin lalu kira-kira jam 4 petang dipercayai mengedar heroin seberat 45.2 gram di No 22, Jalan Suria 77, Bandar Seri Alam Masai, di sini. 

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama membawa hukuman mandatori gantung sampai mati. 

Bagi pertuduhan kedua pula, pada hari yang sama kira-kira jam 1.30 petang, Partiban didapati memiliki dadah jenis sama seberat 4.7 gram Jalan Bangau, Kampung Sepakat Masai, di sini. 

Tertuduh disifatkan sebagai bukan sebagai seorang yang diberi kuasa atau bukan seorang yang telah diberi kuasa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kesalahan itu termaktub di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000. 

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan kedua dan Hakim, Mazana Sinin memutuskan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan kimia. 

Kes dibacakan Pendakwa raya, Chuah Shyue Chien manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Meninggal dunia akibat lemas




SKUDAI – Seorang suri rumah tidak menyangka perkelahan di sebuah pusat rekreasi pada hujung minggu lalu bersama keluarga �menjadi percutian terakhir bersama suaminya yang meninggal dunia akibat lemas. 

Ibu muda beranak empat, Norlia Bachok, 34, berkata mereka sekeluarga memilih berkelah di report berhampiran kediaman �walaupun pada mulanya bercadang untuk berkelah di kawasan air terjun. 

Menurutnya, bimbang dengan keselamatan anak-anak ketika berkelah berikutan cuaca yang tidak menentu membuatkan beliau dengan suaminya memilih berkelah di salah sebuah resort sambil bersantai di kolam renang yang disediakan. 

“Saya tidak menyangka langkah keselamatan khusus untuk anak-anak dengan membatalkan untuk percutian di air terjun berakhir dengan tragedi sehingga meragut nyawa arwah suami namun, kami sekeluarga reda dengan ketentuan takdir,” katanya. 

Katanya, arwah suaminya begitu rapat dengan anak mereka justeru, kehilangan suaminya itu amat dirasai seisi keluarga mereka namun, Norlia perlu mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. 

“Walaupun tidak bekerja, namun saya ada mengambil upah menjahit baju bagi mengisi masa lapang sebagai suri rumah dan saya bercadang untuk lebih serius menjadikannya sebagai sumber pendapatan bagi menanggung persekolahan anak,” katanya. 

Bagi meringankan beban Norlia yang sedang membuat persediaan bagi persekolahan anaknya, beliau dikunjungi oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng bersama Skuad Sayang, Pergerakan Wanita UMNO Parlimen tersebut. 

Menurut Ah Eng yang menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 kepada Norlia, pihaknya juga akan membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan kewangan bulanan. 

“Disebabkan anak ini kehilangan tempat bergantung selepas bapa mereka meninggal dunia manakala ibunya tidak bekerja justeru, saya berharap permohonan kepada JKM akan diluluskan segera,” katanya.

Ah Eng juga berharap Norlia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan dapat berdikari selain mengutamakan pelajaran anak sebagai jaminan masa hadapan.

Kegiatan curi kenderaan tumpas




KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki yang menjadikan lori dan motosikal sebagai sasaran curi bagi mengaut kekayaan akhirnya terbongkar selepas kegiatannya dihidu sepasukan polis ragut yang baru ditubuhkan baru-baru ini. 

Kejayaan menumpaskan kegiatan curi kenderaan itu adalah kejayaan pertama anggota dan pegawai ‘team ragut’ yang baru ditubuhkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam mengawal kegiatan jenayah di sekitar daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, polis berjaya memberkas seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun di rumahnya di Taman Sri Saujana malam kelmarin. 

“Terdapat beberapa laporan berhubung kes kecurian kenderaan sebelum ini dan polis bertindak atas maklumat pengadu (mangsa) sehingga berjaya memburu suspek yang dikehendaki berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh. 

“Polis percaya suspek berselindung dengan kegiatan itu sebelum dia (suspek) ditahan selepas beberapa risikan polis ke atas suspek mendapati dia terlibat dalam beberapa kecurian sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian. 

Katanya, hasil serbuan ke rumah mangsa, polis menemui sebuah lori jenis Daihatsu, serta dua buah motosikal jenis Yamaha LC, dan Yamaha Ego di rumah suspek. 

Menurutnya, kenderaan itu dilaporkan hilang di beberapa lokasi antaranya sebuah lori dipercayai hilang di Permas Jaya, sementara motosikal Yamaha LC dilaporkan hilang di Pelangi Indah manakala Yamaha Ego dilaporkan hilang akibat perbuatan curi di Kulai. 

Katanya, semua kenderaan yang curi terbabit berada di dalam kawasan pagar berkunci di halaman rumah suspek semasa serbuan dilakukan pihak polis. 

Bagaimanapun, katanya, polis percaya suspek tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah berdasarkan ujian air kencing ke atas suspek dan kenderaan yang dicuri itu juga masih tidak diubah suai. 

“Polis masih menyiasat sama ada suspek terlibat dengan aktiviti jenayah lain, namun polis percaya bahawa suspek tidak terlibat dengan pengambilan dadah, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

MISTERI PECAH KILANG TERBONGKAR




MUAR – Misteri kejadian pecah kilang yang sering berlaku di daerah Muar terbongkar dengan penangkapan 13 anggota Geng Ali Baba yang dikenal pasti menjadi dalang dalam menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu. 

Kesemua suspek warga Vietnam itu menggunakan parang sebagai senjata dalam menjalankan kegiatan pecah kilang yang mana salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut pakar dalam membuat parang. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kesemua suspek ditangkap di beberapa lokasi berbeza hasil daripada maklumat diperolehi. 

Menurutnya, ketika kejadian pada 23 Disember lalu, kira-kira jam 4.40 pagi, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar berjaya menangkap lima suspek yang sedang menaiki sebuah teksi di lampu isyarat Sungai Terap, Bukit Pasir. 

“Tindakan pantas polis berjaya menangkap kelima-lima suspek setelah berlaku pergelutan kerana mereka cuba melarikan diri. 

“Suspek ini juga dipercayai baru selesai menjalankan kegiatan pecah rumah di Bukit Pasir,” katanya. 

Menurutnya, kesemua sussek berusia dalam lingkungan di antara 19 hingga 32 tahun serta berjaya merampas 10 barangan iaitu dua mesin pemotong besi, 11 mata pemotong besi, empat pemutar skru, satu sepana saiz enam dan lapan, sembilan sarung tangan getah, lapan penutup hidung dan mulut, satu cermin mata plastik dan dua gelang pita pelekat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua barang tersebut dipercayai digunakan untuk memecah kilang-kilang di sekitar daerah itu.

“Pihak polis turut menjumpai satu set alat pembesar suara komputer, satu skrin monitor komputer, satu CPU dan dua earphone yang disembunyikan di belakang teksi ini.

“Lima suspek ini juga mengaku terlibat sekurang-kurangnya lima kes pecah kilang yang berlalu di bandar ini,” katanya.

Mohamad Nasir berkata, dengan tertangkapnya lima suspek itu akhirnya berjaya membantu pihak polis untuk memberkas tujuh lagi suspek lain termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Taman Ria, Jalan Salleh di sini, kira-kita jam 5.30 pagi.

“Di rumah ini turut menjumpai tiga monitor komputer pelbagai jenama, tiga papan kekunci komputer, satu set pembesar suara, dua pencetak dan empat CPU komputer.

“Suspek mengaku wang tunai sebanyak RM 100,000 hasil daripada penjualan barangan komputer ini telah habis digunakan,” katanya.
Katanya, nilai anggaran kesemua barangan yang dirampas ialah RM20,000.

Selain daripada itu, berikutan tertangkapnya 12 suspek itu, berjaya membantu pihak polis untuk menjejak seorang lagi suspek yang mempunyai kepakaran dalam membuat parang sebagai senjata untuk menjalankan kegiatan pecah rumah.

“Suspek berusia 28 tahun ini ditahan pada jam 12.30 pagi semalam dan bekerja di sebuah kilang di Bakri serta merampas lima parang miliknya,” katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan dan disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebat.