Search This Blog

Saturday, December 25, 2010

Pembunuh kejam mungkin bunuh 14 orang

LONDON: Mangsa pembunuhan yang dilakukan Stephen Griffith mungkin seramai 14 orang, lapor polis Bradford kelmarin.
Griffith mengakui menyembelih tiga pelacur dari Bradford tetapi memberitahu kekasihnya dia tidak akan berhenti membunuh sehingga dapat mengatasi rekod pembunuh dari Yorkshire, Peter Sutcliffe, yang membunuh 13 wanita dalam tahun 1970-an dan awal 1980-an.Polis kini mencari 11 lagi mangsa pembunuhan Griffith dan meneliti kes pembunuhan beberapa wanita yang masih belum selesai.Bekas kekasih Griffith, Cik Amanda Judson, 45 tahun, memberitahu polis bahawa Griffith sudah merancang mahu mengatasi 'rekod' Sutcliffe sejak zaman remajanya.'Dia beritahu saya dia hanya akan berhenti membunuh apabila sudah mengatasi Sutcliffe,' kata Cik Judson.Griffith, 40 tahun, dihukum penjara seumur hidup Selasa lalu selepas mengaku membunuh dan mengerat-ngerat mayat Cik Susan Rushworth, 43 tahun; Cik Suzanne Blamires, 36 tahun; dan Cik Shelley Armitage, 31 tahun; sebelum memakan bahagian tertentu tubuh mereka.Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Peter Openshaw berkata ujian yang dijalankan ke atas Griffith menunjukkan bahawa dia waras untuk dibicarakan.'Pembunuhan yang dilakukan sungguh kejam dan saya tidak teragak-agak untuk memutuskan defendan harus dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Dia mengaku bersalah tanpa rasa kesal sama sekali,' kata Hakim Openshaw.Polis turut menyoal siasat Griffith di penjara mengenai pembunuhan pelacur dari Yorkshire iaitu Cik Rebecca Hall, 19 tahun, dan Cik Yvonne Fitt, 33 tahun.Pegawai polis Yorkshire Barat bekerjasama dengan ibu pejabat polis di daerah berhampiran serta Scotland Yard untuk memastikan sama ada lima lagi kes pembunuhan yang belum dapat diselesaikan ada kaitan dengan Griffith.Cik Gemma Simpson, 23 tahun, dilaporkan hilang pada Mei 2000 sementara Cik Dawn Shields, 19 tahun, pula ditemui mati dicekik di daerah Peak selepas hilang di kawasan pelacuran Sheffield pada 1994.Cik Micheala Hague, 25 tahun, mati ditikam sebanyak 19 kali pada malam perayaan Bonfire 2001 manakala pelacur dari Middlesbrough, Cik Vicky Glass, 21 tahun, ditemui mati di kawasan sunyi di Danby, utara Yorks, pada 2000.Perunding pengurusan, Cik Diana Maw, 35 tahun, pula ditikam di luar rumahnya di Ealing, barat London pada 1988. -- Agensi.

Eropah 'beku' jelang Krismas


CUACA BURUK BERTERUSAN: Salji menyelubungi kereta dan jalan raya berdekatan bandar Atomium di Brussels, Belgium, semalam. -- Foto AP


Ribuan terkandas apabila salji tebal lumpuhkan lalu lintas udara dan darat


LONDON: Salji tebal telah menyebabkan perjalanan udara di Eropah tergendala sepanjang minggu ini.
Di Britain, dilanda ribut salji memaksa dua lapangan terbang terbesar di negara ini ditutup pada hujung minggu paling sibuk sebelum Krismas, selain menggendalakan lalu lintas di darat.Negara itu mengalami musim sejuk paling buruk dalam tempoh satu kurun.Suhu serendah 17.6 darjah Celsius di bawah paras beku, dicatat di bandar Crosby, dekat Liverpool.London pula mencatatkan 0 darjah Celsius.Sepanjang minggu ini, lapangan terbang Gatwick telah menyediakan katil untuk orang dewasa dan bayi, mengedarkan beribu-ribu helai selimut, air botol dan makanan selain menyediakan kemudahan mandi dan membasuh secara percuma.Eurostar yang mengendalikan perkhidmatan kereta api laju membawa penumpang di antara London dengan Paris dan Brussels beroperasi dengan kelajuan lebih rendah, menyebabkan tempoh perjalanan bertambah sejam dari biasa.Laluan kereta api dan kereta di seluruh Britain turut terjejas.Lebih 1,000 penerbangan di lapangan-lapangan terbang Jerman di Frankfurt, Munich dan Berlin pula telah dibatalkan minggu ini ekoran cuaca buruk.Rabu lalu, perkhidmatan penerbangan dan kereta api antarabangsa beransur-ansur pulih di beberapa bahagian Eropah.Namun, kesan berlarutan daripada ais dan salji tebal yang telah mencetuskan keadaan huru-hara masih menjejaskan jadual perjalanan sehingga kini.Lapangan Terbang Heathrow di London dan Frankfurt di Jerman mengumumkan operasi masing-masing semakin pulih.Menurut Lapangan Terbang Heathrow, landasan keduanya sudah dibuka semula, sekali gus memberi sinar harapan bagi beribu-ribu penumpang yang terkandas di balai berlepas, sesetengahnya sejak berhari-hari lalu dalam suasana yang digambarkan oleh akhbar Britain sebagai menyerupai kem pelarian.Penerbangan di Lapangan Terbang Frankfurt juga mula pulih pagi Rabu lalu selepas lapangan terbang itu tutup beberapa jam pada malam sebelumnya.Yang jelas, gangguan terhadap perkhidmatan udara dan kereta api laju di benua Eropah dan perkhidmatan yang menghubungkan Britain dengan benua itu, menimbulkan igauan menjelang Krismas bagi puluhan ribu penumpang sejak salji tebal mula turun pada hujung minggu lepas.Keadaan itu turut mencetuskan desakan supaya diadakan undang-undang bagi memaksa pihak berkuasa lapangan terbang mengambil langkah lebih berkesan bagi menghadapi keadaan salji tebal dan cuaca buruk yang lain.Ketua pengangkutan Kesatuan Eropah (EU), Encik Siim Kallas, berkata, beliau bercadang untuk memaksa pihak lapangan terbang menyediakan sokongan infrastruktur yang mencukupi semasa cuaca buruk.Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berkata, situasi di Frankfurt 'beransur-ansur kembali seperti biasa' dan 'terdapat prospek yang cerah untuk memulihkan operasi penerbangan'.Pengendali kereta api laju di antara London dengan Brussels dan Paris, Eurostar berkata, perkhidmatan daftar masuknya akan kembali seperti biasa tetapi penumpang diminta tidak datang ke stesen sehingga sejam sebelum waktu berlepas 'bagi mengelakkan kesesakan dan tempoh menunggu terlalu lama'. -- Agensi.

Korea Utara diramal uji peluru nuklear





2010/12/25



SEOUL: Korea Utara dilaporkan mungkin menjalankan ujian ketiga peluru berpandu nuklearnya tahun depan bagi menunjukkan kekuatan pemimpin mudanya, Kim Jong-un, yang bersedia mengambil alih kepemimpinan negara komunis itu.
Ia dilaporkan hasil penyelidikan sebuah institut Kementerian Luar Korea Selatan yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menyusul sehari selepas Pyongyang mengancam untuk memulakan "perang ugutan" untuk menggunakan senjata nuklearnya jika negara jirannya mahuenyerang serta bwrterusan menjalankan latihan tembakan peluru hidup di sempadan. 

Korea Utara sebelum ini menjalankan ujian misil nuklear 2006 dan 2009.- Reuters

Rogol adik ipar kena jel 12 tahun, 2 sebatan



KLANG – Seorang bekas pengawal peribadi sengaja meletakkan senjata api di atas selimut tebal sewaktu memperkosa adik iparnya, lima tahun lalu.

Mangsa yang ketakutan kerana pertama kali melihat sepucuk pistol tidak berani melawan lalu diperkosa lelaki itu yang mengambil kesempatan di atas ketiadaan kakak mangsa, seorang kakitangan kerajaan kerana bertugas di luar daerah.

Demikian fakta kes seorang abang ipar yang didapati bersalah merogol adik iparnya ketika itu berusia 25 tahun, di sebuah rumah kerajaan di Putrajaya, antara jam 5 hingga 7.20 pagi, 22 Mei 2005.

Mangsa tinggal bersama di rumah itu kerana membantu menjaga anak kakaknya.

Pada malam kejadian itu, lelaki berusia 34 tahun itu memasuki bilik mangsa dengan membawa sepucuk pistol.

Mangsa cuba menjauhkan diri ke bilik air dan membuat helah dengan mengajak abang iparnya keluar ke ruang tamu.

Bagaimanapun tidak berjaya malah abang iparnya itu terus memadamkan lampu dan merentap pakaiannya.

Mangsa cuba melawan tetapi diugut dan diancam. Selain itu mangsa amat ketakutan melihat senjata api milik abang iparnya itu.

Malah sepanjang kejadian, pistol berkenaan berada di atas selimut.

Setimpal dengan perbuatan kejinya, Mahkamah Sesyen di sini, semalam, lelaki itu dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Selain dihukum kerana merogol, lelaki itu turut didenda RM300 atau sebulan penjara kerana memiliki gari.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap lelaki berkenaan yang diwakili peguam, Badrul Munir Bukhari.

Menurut peguam, anak guamnya kini hidup susah ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana tidak memperoleh pendapatan tinggi memandangkan hanya bekerja sambilan di kelab malam dan di pasar tani selain menjadi ‘call man’.

“Segala perbelanjaan rumah dan tiga anak mereka kebanyakan ditanggung isterinya,” kata Badrul Munir.

Tambahnya, dalam kes ini anak guamnya tidak menafikan menodai mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin berkata, hukuman berat perlu sebagai pengajaran selain perbuatan lelaki itu yang meninggalkan sejarah hitam berpanjangan kepada mangsa.

“Mangsa trauma seumur hidup,” katanya dengan titisan air mata ketika berhujah bagi pemberatan hukuman.

Sehubungan dengan penangguhan hukuman penjara, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.

802 karton rokok seludup dirampas



25/12/2010 1:04pm

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 802 karton rokok pelbagai jenama dari negara jiran malam tadi.
Ketua Penguat Kuasa APMM Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, rokok jenama Surya Gudang Garam, LA International, Premium, Astro Mentol dan Menara Dunia itu dirampas selepas anggotanya berjaya memintas sebuah bot laju dari Sungai Nyamuk, Indonesia kira-kira 9 malam tadi.
"Dua orang suspek yang menaiki sebuah bot laju penuh dengan muatan yang disyaki rokok, telah diekori dan cuba ditahan oleh anggota penguat kuasa APMM.
Menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa, suspek telah membuang sebahagian rokok ke laut dalam usaha melepaskan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dua suspek berumur 20 dan 33 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, namun dipercayai warga Filipina, telah ditahan bagi membantu siasatan.
Turut dirampas sebuah bot laju berkuasa 115 kuasa kuda. – Bernama

Imigresen Pulau Pinang tahan 47 GRO

GEORGETOWN – Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 47 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Jones di sini awal pagi ini.
Pengarahnya, Abdul Qadir Siddiq Ahmad berkata, turut ditahan dalam operasi ”Ops Sayang” itu seorang lelaki berusia 28 tahun yang menjadi pengurus pusat hiburan berkenaan dan seorang lelaki warga Myanmar.
Beliau berkata, tujuh pegawai dan anggota Jabatan Imigresen serta 19 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang terlibat dalam operasi yang bermula 12.45 pagi hingga 4 pagi itu.
"Semasa serbuan, kesemua GRO berkenaan yang memakai pakaian serba merah bagi meraikan sambutan Krismas, sedang leka melayan pelanggan di premis hiburan terbabit,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Abdul Qadir berkata, semua GRO berusia 20-an itu ditahan kerana menyalah guna pas lawatan sosial, selain menjalankan aktiviti tidak bermoral, manakala lelaki warga tempatan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana memberi pelindungan kepada pekerja asing tanpa izin. – Bernama

Salji tebal paksa lapangan terbang Paris dikosongkan



25/12/2010 12:41pm

PARIS 25 Dis. - Lebih 2,000 orang terpaksa mengosongkan bangunan lapangan terbang Paris Charles de Gaulle di sini hari ini selepas ia diselubungi salji tebal.
Keadaan bagaimanapun terkawal ketika orang ramai mengosongkan terminal 2E yang diselubungi salji setebal 60 sentimeter di bumbung bangunannya.
Beberapa pasukan bantuan kecemasan telah dikerahkan ke lapangan terbang itu bagi melakukan kerja-kerja pembersihan salji yang berakhir jam 11 malam semalam.
Terdahulu, pihak pengurusan penerbangan Perancis telah membatalkan kebenaran perjalanan bagi kesemua pesawat yang ingin memasuki atau keluar dari Paris kerana cuaca sejuk yang melampau. - AFP

Enam terkorban dalam empat nahas

KUALA LUMPUR – Enam terkorban dalam kemalangan jalan raya di empat lokasi sekitar bandar raya awal pagi ini yang membabitkan kereta dan motosikal.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kesemua mangsa berumur 18 hingga 55 tahun itu mati di tempat kejadian.
"Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi apabila dua buah motosikal bertembung dari arah bertentangan di Jalan Pudu menghala Cheras Lama menyebabkan kedua-dua penunggang, Fong Kam Wah, 55, dan Fong Kel Uin, 19, mati di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Abdullah berkata, kejadian kedua berlaku pada 2.10 pagi apabila sebuah kereta yang dipandu oleh Eng Tiong Kiong, 36, dari Paloh, Johor gagal dikawal di Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (Sprint) lalu merempuh persimpangan jalan berhampiran KL Sentral.
Beliau berkata, kejadian ketiga berlaku kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Tun Razak membabitkan seorang remaja, S. Vines Veran, 18, apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar pembahagi jalan, sebelum merempuh belakang sebuah kereta.
Abdullah berkata, dalam kejadian keempat pukul 4.30 pagi di Jalan Cheras pula, ia melibatkan tiga kenderaan.
Abdullah berkata, pemandu kereta itu, Tan Kim Fat, 32, seorang mekanik dan berasal dari Semenyih, Selangor dikatakan gagal mengawal keretanya lalu melanggar sebuah papan tanda sebelum melanggar bahagian belakang sebuah jip kepunyaan seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mencantas pokok di jalan itu.
"Kim Fat dan salah seorang penumpang di dalam kereta itu, Hoh Tian Yoon, 25, mati di tempat kejadian,” katanya. – Bernama

APMM selamatkan nelayan tersadai

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan seorang nelayan yang tersadai kira-kira 3 batu nautika dari Pulau Pamaguan di sini malam tadi selepas enjin botnya rosak.
Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Maritim Sandakan, Kepten Mohamad Onn Khalil berkata, Saraban Abdul, 36, dari Pulau Libaran, diselamatkan pada 11 malam.
Beliau berkata, emak saudara mangsa membuat laporan pada 7.51 malam apabila Saraban tidak pulang ke rumah mereka selepas keluar menangkap ketam berhampiran Pulau Pamaguan pukul 4 petang.
"Setelah menerima laporan itu, anggota APMM, dengan menggunakan sebuah bot, melakukan operasi mencari dan menyelamat lalu menemui nelayan itu selepas tiga jam operasi dimulakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Onn berkata, ketika ditemui, Saraban dalam keadaan lemah dan dibawa ke jeti APMM sebelum pulang bersama keluarganya. – Bernama

Operasi di loji aromatik Petronas dihentikan akibat kebakaran


KEADAAN loji penapisan minyak milik syarikat Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd (PPTSB) di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman yang terbakar lewat malam tadi. - Foto Suhaidi Mohamed Amin
bharian

25/12/2010 6:01pm

KUALA TERENGGANU 25 Dis. – Operasi di loji aromatik, Kompleks Petrokimia Bersepadu Petronas di Kerteh dihentikan sementara berikutan kebakaran yang berlaku di loji itu pada kira-kira 11.35 malam tadi.
Bagaimanapun, kebakaran itu dipadamkan sejurus kemudian oleh Pasukan Respons Kecemasan kompleks itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, menurut kenyataan Petronas Chemicals Group Berhad yang dikeluarkan hari ini.
"Tiada sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran itu dan sebagai langkah keselamatan, operasi di loji itu dihentikan sementara,” menurut kenyataan itu.
Selain daripada loji aromatik, operasi di kemudahan-kemudahan lain di dalam kompleks itu tidak terjejas.
Menurut kenyataan itu, semua pihak berkuasa relevan telah dimaklumkan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kebakaran dan menilai tahap kerosakan dalam kejadian itu. – Bernama
-utusan

Suami syok amah

KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.
Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.
Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

“Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

“Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

“Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

“Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.

Tauke kedai seks diracun

USAHAWAN BERJAYA... Jacqueline (tengah) bersama model pakaian dalamnya.
USAHAWAN BERJAYA... Jacqueline (tengah) bersama model pakaian dalamnya.



UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.
UNTUK DEWASA SAJA...kedai pakaian dalam Ann Summers.


LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.
Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.

Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.

Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.

Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.

Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline.



Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.

Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.

Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.

Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.

Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.

Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi

Pemandu lori maut rempuh lori

IPOH: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori lain ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Tol Slim River, Slim River kira-kira 100 kilometer dari sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa, Zaizi Haroon, 43, dari Felda Sebertak, Bera, Pahang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah utara ke selatan dikatakan gagal dikawal sebelum merempuh belakang lori di hadapan yang berhenti di laluan plaza tol.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya pada malam kejadian. “Bagaimanapun, pemandu lori yang dirempuh kenderaan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam kes berasingan di Batu Gajah kelmarin, seorang pelajar berusia 13 tahun maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan ketika mengambil selekoh sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang di Kilometer 13, Jalan Bali - Tronoh berdekatan Batu Gajah itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Foong Ying Syin berasal dari Kampung Baru Bali, Tronoh.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk dibedah siasat,” katanya.

Kereta terhenti di lampu isyarat

IPOH: Misteri sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan tidak bergerak di satu persimpangan lampu isyarat di sini, semalam menimbulkan tanda tanya orang ramai yang menggunakan laluan itu sebelum mendapati seorang lelaki terbaring kaku tidak bernyawa di tempat duduk pemandu kenderaan itu.
Sebelum kejadian, orang ramai yang menggunakan laluan itu curiga apabila mendapati kereta berkenaan tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa kali.

Sebaik menjenguk ke dalam kereta, beberapa pengguna jalan raya mendapati mangsa sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi di Jalan SP Seenivasagam berdekatan Perpustakaan Tun Razak itu, seorang penyelia teknikal sebuah syarikat telekomunikasi tempatan ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jelapang.

Mangsa, Abdul Halim Udin, 55, dari Kampung Tersusun Sengat, Kampung Kepayang adalah penyelia teknik Telekom Malaysia Berhad (TM) berpejabat di Jelapang, di sini.

Rakan mangsa, Mohd Khair Ismail, 51, berkata dia menerima berita kematian rakan sekerjanya itu kira-kira jam 9 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, arwah sudah tidak bernyawa sebaik dia tiba di tempat kejadian dan kali terakhir berjumpa arwah minggu lalu ketika bekerja bersama-sama dan sepanjang mengenalinya, arwah tidak pernah mengadu sakit.

Tak sempat duduk rumah baru

GEORGETOWN: Hasrat seorang lelaki untuk mendiami rumah baru tidak kesampaian apabila terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Yeap Chor Yee, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Aung Koh Guan, 58, dari Jelutong dikatakan dalam perjalanan ke tapak projek di Bukit Gambir untuk membuat pemeriksaan.

Kakak mangsa, Aung Swee Hoe, 59, berkata, mendiang adiknya itu bekerja sebagai kontraktor binaan dan akan membuat pemeriksaan di kawasan projek seperti ditugaskan setiap hari.

Menurutnya, adiknya yang masih bujang itu baru membeli sebuah pangsapuri di Lorong Perak tetapi belum sempat berpindah ke rumah barunya itu apabila terbunuh dalam kemalangan.

Katanya, sebelum kejadian, mendiang sempat makan tengah hari bersama ahli keluarganya.

“Berdasarkan maklumat orang awam, motosikal adik saya dilanggar sebuah lori dan diheret sejauh 50 meter dari tempat kejadian sebelum pemandu kenderaan berat itu melarikan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa mempunyai seorang anak angkat, Danny Ong Soo Yong, 21, yang masih belajar dan mereka berdua begitu rapat.

Bapa kepada Danny, Ong Koh Wah, 52, berkata, mangsa baru mengunjungi rumahnya awal minggu ini dan memintanya untuk menguruskan pembelian rumah barunya itu.

Maut depan pagar rumah

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas yang terjatuh ketika menunggang motosikal meninggal dunia di depan pintu pagar rumahnya di Chiang Siang Garden, Jalan Temiang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa Sia Ah Kew, 68, yang menunggang motosikal Suzuki seorang diri dikatakan baru keluar dari rumahnya sebelum motosikalnya terbalik lalu menghempap kakinya.

Warga emas itu bagaimanapun disahkan mati tidak lama selepas kejadian dan tiada kecederaan luaran dikesan pada badannya.

Seorang saksi, Loh Teck Song, 48, berkata, dia yang kebetulan melalui lokasi kejadian melihat mangsa terbaring di atas jalan dengan kakinya dihempap motosikal.

Menurutnya, dia segera membantu warga emas terbabit dengan mengalihkan motosikal yang menghempap kakinya.

“Selepas itu, saya nampak dia menghela nafas beberapa kali sebelum terus kaku dan tidak bergerak lalu saya menghubungi ambulans.

“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama selepas kejadian melakukan pemeriksaan dan memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, berikutan itu, dia tidak lagi mengusik mayat berkenaan dan menunggu kehadiran polis untuk melakukan siasatan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Geng Ali Baba tumpas

MUAR: Kegembiraan lima penjenayah warga Vietnam bergelar kumpulan Ali Baba yang baru selesai memecah masuk sebuah rumah tidak berpanjangan apabila ditahan polis beberapa kilometer dari premis berkenaan.
Mereka ditahan ketika menaiki teksi dengan membawa hasil curi itu untuk dibawa ke rumah sewa berdekatan Jalan Salleh di sini, kelmarin.

Polis menahan teksi yang membawa lima penumpang warga asing mencurigakan di persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Terap, Bukit Pasir, di sini, kira-kira jam 4.40 pagi.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan awam itu, suspek dipercayai cuba melarikan diri daripada polis, namun tindakan pantas anggota keselamatan itu berjaya menahan semua suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nasir Ramli berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas beberapa perkakas yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

Katanya, antara barangan dirampas dua mesin pemotong besi, mata pemotong besi, pemutar skru, spanar, gunting, penutup hidung, cermin mata plastik, pita pelekat dan sarung tangan getah yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

“Selain itu, kami juga merampas pelbagai barangan disyaki dicuri seperti pembesar suara dan set komputer yang diletakkan di ruang barang kenderaan itu,” katanya dalam sidang media, semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati semua suspek tiada dokumen perjalanan sah serta tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak memasuki negara ini sembilan bulan lalu.
“Semua suspek berusia antara 19 hingga 32 tahun. Suspek yang berusia 32 tahun itu disyaki ketua kumpulan penjenayah bergelar Ali Baba yang bergiat aktif sejak September lalu,” katanya di sini.

Katanya, penahanan suspek menyelesaikan lima kes pecah masuk kilang yang dilaporkan di sekitar daerah ini.

Selain itu, katanya, hasil maklumat diberikan suspek, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Ria dekat Jalan Kim Kee yang didakwa menjadi sarang persembunyian serta markas kumpulan berkenaan.

Penjaga lembu resah dengar tempoh hukuman

SHAH ALAM: Seorang penjaga lembu warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam, mengucapkan ‘Ya Allah!’ selepas mengetahui hukuman akibat dua tuduhan merogol gadis tempatan berusia 14 tahun dan melakukan seks oral terhadap mangsa, di sebuah hotel murah, di sini, awal Disember ini.
Tertuduh, Kevin, 21, berasal dari Medan yang bekerja di Sepang, terkejut dan menyapu muka sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah direkodkan daripada tertuduh.

Warga asing berkenaan didakwa atas tuduhan merogol pelajar sekolah itu di bilik nombor 14, Hotel Business, Seksyen 22, di sini, 5 Disember lalu. Bagi pertuduhan rogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebatan.

Ipar nafsu setan

KLANG: Seorang pengawal peribadi dipenjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah merogol adik iparnya di kuarters kerajaan, di Putrajaya, dekat sini, lima tahun lalu.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak berusia 34 dan memerintahkan hukuman penjara itu, bermula semalam. Tertuduh yang memakai kemeja putih dan seluar gelap kelihatan tenang, tetapi mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca doa ketika keputusan itu dibacakan. Sementara untuk satu lagi pertuduhan iaitu memiliki gari, lelaki itu dijatuhi hukuman denda RM300 atau sebulan penjara. Yong Zarida dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Lelaki itu didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 25 tahun di rumahnya, antara jam 5 pagi dan 7.20 pagi, 22 Mei 2005. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia juga didapati bersalah memiliki gari di tempat dan hari sama, suatu kesalahan mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama. Terdahulu, peguam bela mewakili lelaki itu, Badrul Munir Bukhari memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan kerana anak guamnya menanggung keluarga. “Tertuduh selepas kejadian berkerja secara sambilan di kelab malam dengan pendapatan RM500 sebulan. Dia juga berkerja sebagai ‘call man’ yang memberinya komisen berdasarkan jika ada kemalangan. “Dia turut membantu rakannya berniaga di pasar tani. Sekali kawal, dia akan dapat RM50. Oleh itu, sebulan dia boleh mendapat RM200,” katanya. Beliau berkata, jika tertuduh dipenjarakan, isteri anak guamnya terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk membesarkan anak pasangan itu termasuk yang baru berusia 12 bulan.

Selain itu, katanya, mahkamah harus mempertimbangkan pengakuan lelaki itu sejak awal perbicaraan bahawa kesalahan itu dilakukan secara sukarela antara tertuduh dan mangsa.

“Tertuduh juga sudah insaf dan ini dapat dilihat apabila dia memberi keterangan di mahkamah,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin, membantah permohonan itu kerana kesalahan itu menyebabkan mangsa trauma. Dia yang sedikit sebak berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada masyarakat. “Sebagai abang ipar yang menjadi sebahagian daripada keluarga, tertuduh seharusnya menjadi pelindung dan bukan sebaliknya,” katanya. “Kesalahan ini akan menyebabkan masyarakat berpandangan sudah tidak selamat berada di kalangan ahli keluarga sendiri,” katanya. Berdasarkan keterangan saksi, tertuduh merentap seluar sukan mangsa sebelum menggunakan pistol bagi menakutkan wanita itu sebelum merogolnya. Ketika kejadian, isteri tertuduh tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan. Difahamkan, mangsa yang kini sudah berumahtangga masih menjalani rawatan akibat kejadian itu. Pada prosiding semalam, pendakwaan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norbaya Jamil.

Penganggur dituduh cuba bunuh tiga lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan cubaan membunuh tiga lelaki dengan pistol, bulan lalu.
Bagaimanapun, M Sures, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan, Sures didakwa dengan niat cuba membunuh apabila melepaskan beberapa das tembakan terhadap T Anthani, 26, S Genersharen, 21, dan V Senivasan, 30, menggunakan Kaliber 25 Automatik Colt Pistol (ACP)/6.35 Browning .

Tembakan itu mengakibatkan Anthani mengalami kecederaan di kaki kanan, Genesharen cedera di paha kanan manakala Senivasan yang dipercayai rakan tertuduh cedera di perut. Kejadian berlaku di Nombor 72, Estana Criis Club, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi, pada jam 3 pagi, 16 November lalu.

Dia yang berasal dari Taman Setapak Jaya didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Kamar tidak membenarkan tertuduh dijamin dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius. Beliau kemudian menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula.

Bebas empat tuduhan rasuah

SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, daripada empat pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukannya tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Sazali Omar membuat keputusan selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Sebaik keputusan itu dibacakan, beberapa ahli keluarga Ahamad Kuris, 53, yang berada di galeri mahkamah kelihatan tidak dapat menahan emosi sebelum menangis dan saling berpelukan. Mengikut pertuduhan pertama, Ahamad Kuris didakwa meminta suapan RM170,000 daripada pengarah syarikat Ufuk Rata Sdn Bhd (Ufuk Rata), Azlan Ahmad Marshid.

Dia didakwa berbuat demikian di pejabat syarikat itu, nombor 10B, tingkat 1, Jalan Mesra Niaga, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, pada jam 11.53 pagi, 26 Februari 2007. Beliau juga didakwa atas tuduhan menerima RM20,000 daripada Azlan di pejabat Adun Semenyih, tingkat 1, Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, Kajang, pada jam 12.30 tengah hari, 11 Mei 2007. Ahamad Kuris berdepan tuduhan ketiga iaitu menerima RM5,000 di tempat sama pada jam 12.30 tengah hari, 17 Ogos 2007. Bagi pertuduhan terakhir, beliau didakwa menerima suapan RM5,000 sebagai bayaran kad kredit Maybank bernombor 4842 8100 3023 7719. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Banking Berhad, nombor 28-30, Jalan Tukang, Kajang pada 27 Februari 2007.

Lima nafi culik budak minta wang tebusan

MELAKA: Lima lelaki termasuk seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam terhadap tuduhan menahan secara salah seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM120,000 daripada bapa mangsa.
Tertuduh, Mohd Shahir Axma Abdul Rahim, 27; Mohd Khairul Faizi Mohd Yassin, 27; Mohd Fazali Abdul Kudus, 22; Shamsul Amin Razali, 27, dan Noriman Ahmad, 20, didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah rumah di Taman Nirwana 4, Taman Nirwana, Batang Tiga, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, 31 Mei lalu. Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa menahan secara salah mangsa daripada bapanya, Azamiraib Bakar, 43, dengan niat meminta wang tebusan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan. Sejurus pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengangguk faham sebelum mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di depan Hakim Datuk Halijah Abbas.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 28 Januari ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.

‘Di mana suamiku’

KLANG: Seorang wanita tidak pernah menyangka kunjungannya bersama suami dan tiga anak mereka ke karnival sukan di Bukit Tinggi di sini, Ahad lalu menjadi detik terakhir dia melihat suami yang dikahwininya selama 11 tahun itu apabila lelaki itu tidak pulang ke rumah sejak hari berkenaan.
Misliana Buyak, 40, berkata ketika di karnival terbabit, suaminya, Mohd Shukri Chandraneru, 34, ingin pulang ke rumah lebih awal kerana kepenatan yang rumah mereka cuma lima minit berjalan kaki dari tempat berlangsungnya karnival itu.

Bagaimanapun, Misliana yang meninggalkan karnival terbabit bersama anaknya lima minit kemudian terkejut selepas melihat pintu rumah yang masih berkunci ketika sampai kira-kira jam 6 petang malah suaminya juga tiada di rumah.

Katanya, dia semakin bimbang apabila suaminya yang juga penjual ikan tetap tidak pulang menjelang malam dan dia kemudiannya membuat laporan polis pada hari berikutnya.

“Saya bimbangkan keselamatan suami saya kerana dia pernah diancam empat lelaki di pasar Pandamaran. Mereka mendakwa sebagai pemborong ikan dan menyuruh suami saya membayar hutang atau mereka akan hantar orang cari dia.

“Sejak suami saya hilang, mereka pernah datang ke rumah malah mencari saya di pasar malam tempat saya menjual ikan untuk memungut hutang antara RM2,000 hingga RM8,000 tapi saya cakap saya tak ada duit,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA Klang, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan suaminya meninggalkan rumah secara sukarela untuk mengelakkan diri daripada pemungut hutang, Misliana berkata, suaminya tidak pernah meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang tanpa memberitahunya sejak mereka berkahwin.

“Telefon bimbitnya ada dengan saya malah semua pakaiannya juga masih ada di rumah. Dia tidak menghubungi saya langsung sejak hari itu.
“Saya tak tahu pun suami saya pernah meminjam duit daripada mereka dan dia pun tak pernah menceritakan kepada saya yang dia ada masalah kewangan,” katanya.

Misliana berkata, anaknya, Muhd Azli, 10; Nur Aisyah, 7, dan Muhd Akmal, 6, sangat rapat dengan ayah mereka dan sering bertanya bila ayah mereka akan pulang.

“Anak saya yang sulung inilah yang paling rapat dengan suami saya dan setiap malam sebelum tidur dia pasti menangis mengenangkan ayahnya yang sudah hilang,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr Ching Eu Boon meminta mereka yang melihat Mohd Shukri atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Mohd Shukri menghubungi setiausaha Pemuda MCA Klang, David Foo di talian 017-3659897 atau balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

“Jika Mohd Shukri meninggalkan rumah secara sukarela, saya harap dia akan menghubungi keluarganya dan pulang ke rumah.

“Jika dia menghubungi kami, kami akan cuba sebaik mungkin untuk membantunya dengan melakukan rundingan dengan pihak pemiutang berhubung pinjaman yang diambilnya,” katanya.

‘Mereka terjun tengah laut’

KOTA KINABALU: “Saya dibawa menaiki bot oleh sekumpulan lelaki bersenjata ke tengah laut sebelum semua mereka terjun meninggalkan kami sebaik mendengar deruman enjin bot lain menghampiri bot kami,” kata Lai Wing Chau, 26, menceritakan detik diselamatkan komando Unit Tindakan Khas Polis Filipina pada 22 Disember lalu.
Dia bersama sepupunya Tsen Vui Chung, 41, yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Sebangkat, Semporna pada 8 Februari lalu tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 5.50 petang semalam.

Ketibaan mereka yang menaiki pesawat Sebu Pacific Air dari Manila, Filipina turut diiringi Duta Besar Malaysia di Filipina, Datuk Dr Ibrahim Saad.

Lai berkata, pada malam itu, dia tidak mengetahui akan diselamatkan, cuma diarahkan menaiki bot dengan keadaan tangan diikat tanpa menutup mata.

Menurut Lai, ini kerana mereka sering berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan menganggap ia perkara biasa sejak ditahan.

“Keadaan yang gelap menyukarkan saya mengecam semua mereka dan hanya menurut arahan supaya menaiki bot.

“Ketika berada di tengah laut, saya mendengar bunyi enjin bot dan semua pengganas bersenjata ini terjun ke laut melarikan diri sebelum ketibaan pasukan komando,” katanya sambil memberitahu semua penculik terbabit fasih berbahasa Melayu.

Menurut Lai, dia dan Tsen tidak pernah dikasari, malah dilayan dengan baik termasuk diberi makan setiap hari.
“Pembebasan ini hadiah Krismas paling bermakna buat saya sekeluarga dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Filipina dan negara ini yang menyelamatkan kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Tan Kok Lian berkata, pihaknya masih menyiasat untuk mengenal pasti semua penjenayah terbabit.

“Masih terlalu awal untuk mengenal pasti identiti mereka tetapi polis sudah mendapat beberapa petunjuk.

“Kami akan bekerjasama dengan Polis Filipina dalam membanteras aktiviti seumpama ini berulang pada masa akan datang,” katanya.

Tan berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan petunjuk itu atas faktor keselamatan.

“Namun, saya memberi jaminan keselamatan negara terutama kawasan perairan bersempadan dengan negara jiran akan dipertingkatkan.

“Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama erat Polis Filipina dan apa yang penting, kedua-dua tebusan ini selamat pulang,” katanya.

Tekong bot tenggelam pegang enjin

TUMPAT: “Kejadian berlaku begitu pantas. Saya tidak sempat menyelamatkan mangsa dan hanya mampu melihatnya tenggelam bersama-sama bot dengan tangannya dilihat kemas memegang enjin,” kata Yusof Ahmad, 51, saksi kejadian bot karam yang mengorbankan seorang lelaki, semalam.
Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin dan dia yang berasal dari Kampung Tualang, Simpangan, di sini, sempat menyelamatkan tujuh penumpang bot galah yang nyaris lemas selepas bot mereka karam di tengah Sungai Golok.

Bagaimanapun, kejadian tidak diduga itu mengakibatkan seorang tekong bot, dikenali Zulkarnain, 38, dari Thailand lemas sebaik bot berkenaan karam, kira-kira 100 meter dari Kampung Tualang, Simpangan, di sini.

Mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 pagi semalam, selepas usaha dilakukan bersama pasukan keselamatan negara jiran selama 19 jam dan ditemui di Teluk Tengku Anis, Pulau Tengkorak, Pengkalan Kubor.

Mayat Zulkarnain dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Tak Bai, Thailand.

Yusof berkata, ketika kejadian, mangsa yang mengambil upah membawa penumpang menggunakan bot enjin galah ke Pengkalan Tualang, Simpangan, dari tebing sempadan Thailand, mengalami kerosakan enjin dan dipercayai bocor di pertengahan sungai berkenaan.

Gempur peniaga asing

KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan pakaian yang dimonopoli kumpulan pendatang tanpa izin warga Bangladesh di kawasan Lorong Haji Taib, Chow Kit, di sini, lumpuh selepas digempur pihak berkuasa dalam serbuan mengejut malam kelmarin.
Mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai jurujual di kawasan terbabit bertempiaran melarikan diri, namun dicekup penguat kuasa Imigresen Kuala Lumpur yang mengepung kawasan itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, 35 lelaki pendatang asing tanpa izin terdiri daripada 32 lelaki Bangladesh, dua Indonesia dan seorang dari India ditahan ketika cuba meloloskan diri.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas barangan serta pakaian lusuh yang dijual mereka termasuk beberapa mesin jahit lama yang dipercayai dicuri sebelum dijual di situ.

Sumber Imigresen berkata, ada di antara mereka yang ditahan sudah tiga tahun berada di negara ini dan mempunyai permit kerja kontrak yang tamat tempoh.

Langsung tak takut ibu bapa

KUALA LUMPUR: “Tindakan dua anak gadis bawah umur itu melakukan perbuatan tidak senonoh bersama pasangan masing-masing dengan berkongsi bilik di dalam rumah menggambarkan mereka tidak takut langsung dengan ibu bapa mereka,” kata tokoh agama, Datuk Dr Haron Din.
Beliau yang juga Penaung Pusat perubatan Islam Darussyifa’ menyifatkan hal itu berpunca daripada longgarnya sistem pemantauan keluarga dan masyarakat, selain budaya kehidupan remaja kini yang semakin terdedah rangsangan hawa nafsu.

“Walaupun ibu bapa sudah memberi pendidikan agama, perkara ini tidak memberi kesan. Jika dalam rumah sendiri pun mereka berani untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, kita tak dapat bayangkan apa yang mampu mereka lakukan sekiranya berada di luar rumah seperti di tempat sunyi atau kawasan melepak mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Haron berkata, perasaan malu seperti sudah terhakis dari dalam diri dua remaja terbabit sehingga boleh bertindak di luar batasan tanpa memikirkan kesan selepas itu.

Menantu tidak setaraf

TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.
TERTEKAN...Nurul buntu apabila dipaksa berpisah dengan suami.


JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya.

Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya.

Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebelum mengambil keputusan kahwin lari di Thailand kerana keluarga terutama ayah tidak menerima calon pilihan hatinya sebagai menantu.

“Sejak itu saya dibuang keluarga apabila SMS dan panggilan telefon saya tidak dibalas. Masalah makin teruk apabila ayah mencampuri urusan rumah tangga dan mengadu perkara tidak elok kepada pengetua sekolah tempat saya mengajar.

“Saya ingatkan campur tangan pihak sekolah membantu meleraikan kekusutan itu, tetapi menjadi lebih teruk apabila ada kakitangan sekolah menjadi sebagai mata dan telinga melaporkan kepada keluarga mengenai tindak tanduk saya.

“Saya pernah dihalang daripada berjumpa suami selama sebulan dan ayah memaksa saya membaca nota mendakwa suami memukau, memukul dan mengancam keselamatan saya ketika berada di balai polis,” katanya.

Kata Nurul, bapanya menolak hasrat mereka berkahwin disebabkan perbezaan latar belakang pendidikan suami yang  STPM sedangkan dia berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Hubungan kami ditolak kerana saya anak sulung dan bapa berharap saya bertemu jodoh dengan pilihan hati mereka berbanding suami yang mempunyai STPM dan bekerja sendiri,” katanya.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Daim berkata, walaupun mendapat tentangan keras daripada bapa mentua, dia berusaha mencari jalan perdamaian, namun dibalas dengan cubaan memisahkannya dengan isteri.

“Bapa mentua pernah memfailkan perintah kami berpisah di mahkamah syariah berdasarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh isteri sebelum ini.

“Saya mengambil keputusan mendaftarkan perkahwinan secara sah di Mahkamah Tinggi Syariah Johor sebelum perintah mahkamah sama menyatakan perkahwinan kami sah pada 30 November 2010,” katanya.

“Saya dan keluarga sanggup datang ke rumah mentua tetapi kedatangan kami tidak disambut kerana mereka enggan membuka pintu rumah,” katanya.

Daim berkata, usaha memisahkan mereka tidak setakat itu saja apabila bapa mentuanya turut memohon pertukaran tempat mengajar isterinya ke sebuah sekolah di utara Semenanjung.

“Berbekalkan lima laporan polis berkenaan bapa mentua melakukan permohonan pemindahan isteri untuk bertugas di Pulau Pinang dan bertemu dengan pelbagai pihak mencapai hajatnya.

“Saya menghantar surat kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kementerian Pelajaran di Putrajaya serta permohonan secara on-line di laman web kementerian bagi membatalkan pertukaran terbabit.

“Namun, permohonan itu ditolak dengan surat mengarahkan isteri saya mendaftarkan diri di negeri itu pada 1 Januari 2011.

“Kini, kami buntu dan tidak tahu ke mana lagi tempat mengadu. Kami tertekan dengan masalah ini,” katanya.

Kereta terbabas langgar buaya

IKAT...anggota bomba menunjukkan buaya tembaga terbabit.
IKAT...anggota bomba menunjukkan buaya tembaga terbabit.


TAWAU: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar buaya tembaga lebih tiga meter yang melintas di Jalan Apas, Batu 5, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali berusia 20 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya terkejut apabila mendapati buaya itu melintangi jalan.

Pemandu terbabit bagaimanapun gagal mengelak melanggar reptilia itu menyebabkan tayar Proton Wira dipandunya pecah sebelum terbabas ke dalam parit di kanan jalan.

Namun, mangsa tidak cedera, tetapi buaya tembaga betina dianggarkan seberat lebih 150 kilogram parah di mulut.

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya menyangka haiwan yang melintangi jalan itu biawak kerana keadaan jalan agak gelap, namun tanggapannya meleset sebaik menghampiri dan mendapati ia buaya.

Sejurus kejadian, pemandu itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk menyelamatkan haiwan berkenaan yang cedera selain bimbang menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Steven berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada pemandu berkenaan.

“Sebaik tiba ditempat kejadian, buaya itu masih bergerak dan tersepit di dalam parit.
“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan haiwan berkenaan,” katanya.

Julius berkata, buaya tembaga itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

6 kali tenggelam

ADU...Murugiah (kanan) mendengar aduan Guandamah Rajagopal (tiga dari kiri), semalam.
ADU...Murugiah (kanan) mendengar aduan Guandamah Rajagopal (tiga dari kiri), semalam.


PUCHONG: Pembinaan apartmen 21 tingkat dan masalah saluran pembetungan didakwa menyebabkan lebih 10 rumah penduduk dan kedai di Jalan Besar, Batu 14, dekat sini, menanggung kerugian setiap kali berlaku banjir selepas hujan lebat.
Penduduk, V Appavoo, 40, mengakui masalah banjir tidak pernah berlaku sebelum ini, namun selepas pembinaan apartmen kira-kira 70 meter dari rumahnya dua tahun lalu, kejadian terbabit mula menghantui mereka.

Dia yang tinggal bersama ibu bapanya di rumah berkenaan sejak kecil berkata, setiap kali hujan, mereka terpaksa mengemaskan barangan termasuk pakaian, perabot, peralatan rumah bagi mengelakkan ia rosak akibat banjir.

“Bagi tahun ini, sudah enam kali banjir berlaku dan paling teruk berlaku pada awal Disember lalu apabila paras air banjir mencecah 0.6 meter.

“Lebih teruk, ayah saya yang mengalami masalah kesihatan terjatuh dari katil dan hampir lemas dalam banjir ketika itu.

“Pernah kejadian banjir berlaku sebanyak tiga kali untuk tempoh seminggu dan saya sangat kecewa kerana masalah itu berpunca dari pembangunan apartmen terbabit,” katanya ketika hadir dalam lawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah di sini, semalam.

Katanya, masalah terbabit pernah dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), namun selepas tempoh dua tahun menunggu masih tiada tindakan.

Sementara itu, Murugiah berkata, banjir berlaku disebabkan saluran pembetung terlalu kecil bagi menampung keseluruhan air dan proses pembangunan apartmen terbabit.
Katanya, tindakan segera akan diambil dalam tempoh seminggu antaranya cadangan memperbesarkan pembetung terbabit, selain ia akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya.

Tiga kereta musnah akibat serangan barua tailong


MUSNAH: Low Chick Kim membakar kereta berwarna putih ini tanpa mengetahui siapakah pemilik sebenar kereta itu. -- Foto fail


SINGAPURA
Turut tinggalkan nota untuk beri tekanan kepada penghutang

SEORANG barua tailong telah membuat angkara mengakibatkan kerosakan bernilai $88,000 dengan membakar sebuah kereta berdekatan dengan rumah seorang penghutang - walaupun dia tahu kereta itu bukan milik penghutang.
Low Chick Kim - yang turut berhutang dengan pemiutang haram - tidak mengetahui siapa pemilik kereta berwarna putih yang dibakarnya itu.Dia melakukannya hanya kerana mahu menunjukkan kepada penghutang tersebut dan seorang lagi penghutang yang tinggal berdekatan akan kesan kebakaran yang ketara itu, dengan tujuan memberikan tekanan kepada kedua-duanya agar segera melunaskan hutang mereka.Malangnya, kebakaran tersebut juga telah menyebabkan dua buah kereta yang diletakkan bersebelahan turut terbakar.Mahkamah Rendah diberitahu bahawa Low juga menulis lima keping nota dengan nama dan alamat penghutang dan penghutang lain yang tinggal berdekatan.Nota-nota tersebut sengaja dibiarkan berserakan di kawasan tempat meletak kereta di Choa Chu Kang North 5 itu untuk mengenakan tekanan ke atas penghutang- penghutang berkenaan.Kelmarin pihak pendakwa raya menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman berat ke atas Low, 30 tahun, yang didapati bersalah minggu lalu atas sembilan tuduhan membuat gangguan dan membantu pemiutang haram.Timbalan Pendakwa Raya, Encik Gay Hui Yi, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 18 dengan 24 bulan dan sebatan bagi setiap kesalahan yang dilakukan Low yang melibatkan kebakaran.Low, yang bekerja sebagai pembantu sebuah kafe, dibayar $500 untuk membakar kereta atas arahan pemiutang haram yang hanya dikenali sebagai Jack.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Low mencurahkan separuh tin cecair pemetik api di bonet dan cermin depan kereta itu pada 13 Oktober lalu.Polis dapat mengesan Low menerusi cap jari rakannya, Chua Shau Hwee, 35 tahun, yang dikesan pada nota yang ditinggalkan di tempat meletak kereta itu.Low mengalami masalah kewangan selepas meminjam $3,000 daripada pemiutang haram yang lain awal tahun ini dan dia kerap gagal membayar hutangnya itu.Dia kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah rakannya.Apabila pulang ke Singapura, pemiutang haram yang dikenali sebagai Cai Shen menawarkan kerja kepadanya sebagai 'pengganggu penghutang'.Tugasnnya ialah menyimbah cat, menconteng nama penghutang di tembok atau dinding dan mengunci pintu pagar rumah penghutang dengan rantai dan mangga.Low mula melakukan kerja-kerja itu pada pertengahan Julai lalu.Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas Low, yang kini direman, pada 7 Januari ini.Rakan sekongkolnya, Chua, seorang ejen hartanah, juga telah didakwa.Kelmarin, seorang rakan keluarga mangsa yang menjadi sasaran barua tailong menceritakan tentang rasa malu yang dialami oleh ibu si penghutang.Rakan tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata:'Ke mana saja beliau pergi, beliau akan menundukkan kepalanya. Beliau berasa simpati dengan pemilik-pemilik kereta yang terbakar itu apabila mendengarnya daripada polis... beliau berasa sedih anaknya menimbulkan gangguan kepada setiap orang.'

Ryan, Scarlett mohon bercerai




2010/12/24

GAMBAR kombinasi  Scarlett Johansson  dan   Ryan Reynolds ketika hadir pada tayangan perdana filem  The Proposal di  Hollywood, California tahun lalu.
GAMBAR kombinasi Scarlett Johansson dan Ryan Reynolds ketika hadir pada tayangan perdana filem The Proposal di Hollywood, California tahun lalu.
Tiada persefahaman punca pasangan berpisah 

LOS ANGELES: Pelakon terkenal, Ryan Reynolds dan isterinya, aktres Scarlett Johansson mengesahkan secara rasmi perpisahan mereka dengan mengemukakan permohonan cerai di kota ini.Rekod mahkamah menunjukkan mereka menyerahkan dokumen cerai itu kelmarin atas sebab tidak lagi sefahaman.
Perpisahan berkenaan mulanya dilaporkan pada 14 Disember lalu, hari yang sama mereka mengumumkan tarikh perpisahan, mengikut rekod mahkamah. 
Aktres berusia 26 tahun dan aktor berumur 34 tahun itu berkahwin pada September 2008. 

Pasangan terbabit merahsiakan perkahwinan mereka dan tidak memberitahu butir-butir ikatan berkenaan selain jarang muncul bersama di khalayak ramai. 

Filem terbaru Johansson termasuk Iron Man 2 dan He’s Just Not That Into You. 
Reynolds pula berganding dengan aktres Sandra Bullock dalam The Proposal dan membintangi Green Lantern yang bakal ditayangkan tahun depan. 
Perceraian terbaru itu mungkin menyebabkan tahun 2010 digelar sebagai ‘Tahun Perpisahan Hollywood’. 

Antara pasangan popular Hollywood yang berpisah dengan pasangan masing-masing termasuk Demi Lovato dan Joe Jonas; Vanessa Hudgens dan Zac Efron; Courtney Cox dan David Arquette serta Kim Kardashian dan Reggie Bush. – Agensi 

5 jadi hamba


Eksklusif oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my 
2010/12/25

pix_gal0
Suami, isteri dan tiga anak dipaksa kerja tanpa gaji, didera 

KUALA LUMPUR: Lima sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak berusia antara empat hingga 10 tahun bukan hanya dikurung, malah turut dijadikan hamba oleh majikan ibu bapa mereka, termasuk dikerah sebagai buruh paksa di ladang sawit dan getah di Bahau, Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu.