Search This Blog

Thursday, December 23, 2010

India uji roket nuklear


INDIA hari ini berjaya mengadakan ujian tembakan roket nuklear jarak dekatnya sejauh 350 kilometer. Roket yang dikenali Prithvi II itu dilancarkan dari Chandipur, Orissa, India. - Foto AP

Sime Darby fail saman sivil terhadap Zubir Murshid



23/12/2010 7:43pm

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Sime Darby Bhd. (Sime Darby) telah memfailkan saman sivil terhadap bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat individu lain untuk kerugian yang disebabkan projek yang berbeza-beza.
Firma perladangan disenaraikan yang terbesar di dunia dari aspek keluasan ekar itu telah memfailkan writ saman tersebut Projek Petroleum Qatar iaitu Projek Minyak Maersk dan projek pembinaan kapal marin.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co. di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi (Dagang) di sini hari ini.
Selain Zubir, plaintif menamakan empat lagi defendan iaitu Mohamad Shukri Baharom, Abdul Rahim Ismail, Abdul Kadir Alias dan Mohd. Zaki Othman. – Dow Jones
-utusan

Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR



23/12/2010 8:06pm



KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.
Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.
Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan

Lori simen terbakar, pemandu terselamat



23/12/2010 5:32pm

TAPAH – Sebuah lori simen milik sebuah syarikat di Klebang, Ipoh terbakar di KM30.4 Lebuh Raya Utara-selatan berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Tapah, arah ke selatan kira-kira 3.05 petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Hafizul Ishak berkata, pemandu itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Lori itu sebenarnya lori simen walaupun ia serupa dengan bentuk seperti lori tangki LPG. Dalam tangki lori berkenaan juga kosong tanpa apa-apa muatan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata kebakaran itu berlaku di bahagian kepala dan enjin yang terletak di hadapan lori serta merebak hingga ke tayar hadapan dan tengah.
Pihaknya menerima panggilan daripada PLUS Expressway dan kemudian bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera di samping bantuan sebuah lagi jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bidor, kata Hafizul. – Bernama
-kosmo

Rasuah: Lelaki Bangladesh dipenjara 4 hari



23/12/2010 6:40pm

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM9,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM250 kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengelakkan keretanya yang dijadikan teksi sapu ditahan dan disita.
Tertuduh, Md Masba, 35, juga boleh dipenjarakan selama enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik dan telah menetap di negara ini selama 10 tahun, menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.
Masba didakwa memberi suapan itu kepada Pembantu Penguat Kuasa JPJ, Sulaiman Mohd Saad di Jalan KLIA S6, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, pada pukul 2.45 pagi, 15 Julai lepas.
Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak menahan dan menyita kereta Proton Wira bernombor pendaftaran BEB 7408 yang didaftarkan atas tertuduh yang digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan awam. – Bernama

Wang haram: 2 pengarah didakwa terbabit



23/12/2010 6:49pm

GEORGETOWN – Sebuah syarikat pengurup wang dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 30 pertuduhan, termasuk pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM17 juta.
Syarikat berkenaan, R Kalander Sdn Bhd, dan dua pengarahnya, Kalander Mydin R.K. Abdul Jabbar, 46, serta Mohamad Imtiaz Rajah Mohamed, 33, menghadapi lima pertuduhan gagal menyimpan rekod transaksi matawang tempatan melebihi RM20,000 seperti yang dikehendaki mengikut undang-undang.
Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 13 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan boleh dihukum menurut Seksyen 86(a) akta yang sama, memperuntukkan denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.
-kosmo
Syarikat itu dan kedua-dua pengarahnya masing-masing menghadapi lima pertuduhan memindahkan dana ke luar negara berjumlah RM17 juta bagi pihak ketiga.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di 74, Lebuh Pantai, di sini antara 23 Julai 2008 dan 27 Ogos 2009. – Bernama

Lelaki miliki 72kg daun ketum ditahan



23/12/2010 7:41pm

KUALA TERENGGANU – Gelagat mencurigakan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan ketika bercakap dengan anggota polis membawa kepada penemuan 14 guni daun ketum seberat 72 kilogram.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, ASP Abdul Hamid Ahmad berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi ini apabila kereta Proton Waja yang dipandu oleh lelaki berumur 37 tahun itu terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Langkap.
Beliau berkata, polis yang mendapat maklumat mengenai kemalangan bergegas ke tempat kejadian, namun sikap lelaki itu yang mencurigakan ketika menjawab pertanyaan polis menyebabkan polis membuat pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 guni daun ketum bernilai kira-kira RM2,600 yang disembunyikan di dalam semak tidak jauh dari tempat kereta itu terbabas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Hamid berkata, polis menahan lelaki yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan untuk siasatan lanjut, dan siasatan siasatan awal mendapati daun ketum itu dibawa dari Kedah untuk diproses dan dijual di sekitar daerah Setiu. – Utusan
-kosmo

Maut sekembali dari ambil keputusan PMR



23/12/2010 8:07pm

KOTA BHARU – Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik.
"Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Allahyarham Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Bernama

2 lelaki yang hilang di gunung ditemui



23/12/2010 9:44pm

KAJANG – Dua lelaki berumur 22 tahun yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat dekat sini tengah hari semalam ditemui semula kira-kira pukul 7.35 pagi ini.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, kedua-dua mereka mendaki bersama tiga lagi rakan, kesemuanya dari Bangi, termasuk seorang daripadanya berumur 15 tahun.
Beliau berkata, kira-kira pukul 7 petang seorang daripada mereka menghantar maklumat menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada ayahnya memaklumkan bahawa mereka sesat.
"Ayahnya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam dan kemudiannya 42 anggota kami terus melancarkan operasi mencari mulai pukul 11 malam,” katanya kepada kepada pemberita di sini.
Shahrul berkata, kira-kira pukul 2 pagi, kumpulan itu berpecah dengan tiga daripada mereka membuat keputusan berusaha mencari jalan keluar, dan mereka menemui jalan keluar pada pukul 5 pagi.
Dua lagi tidak dapat mencari jalan keluar sehingga ditemui pagi tadi oleh pasukan penyelamat di satu lokasi pada ketinggian 1,948 meter. – Bernama
-kosmo

Pemandu maut, treler terbabas dan terjunam dalam sungai



23/12/2010 3:19pm



MERSING 23 Dis. – Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke tebing Sungai Teriang Besar di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau malam tadi.
Kemalangan berlaku pukul 10.30 malam ketika mangsa, Saliman Sakip, 52, dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menghala ke Batu Pahat.
Kenderaan dipandunya dipercayai kilang kawalan akibat jalan licin selepas hujan lebat sejak awal petang. – Utusan

Wanita terselamat kereta remuk dihempap pokok

TERSELAMAT...Zuraidah dibawa ke HTI.
TERSELAMAT...Zuraidah dibawa ke HTI.


TELUK INTAN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitu nasib seorang wanita yang terselamat selepas Perodua Kancil dipandunya remuk dihempap sebatang pokok besar berusia lebih 120 tahun yang tiba-tiba tumbang di Jalan Pasar, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Zuraidah Satri, 39, dari Batu 11 1/2, Kampung Belt, Labu Kubong, Chenderong Balai, dekat sini, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang membuat pakaian dalam wanita di Jalan Pasar.
Ketua Polis Hilir Daerah Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebatang pokok besar di tepi jalan tiba-tiba tumbang lalu menghempap bumbung kereta mangsa hingga ranap.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Dia berjaya dikeluarkan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.


Mangsa yang ditemui di Wad Kecemasan HTI bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih trauma dengan kejadian itu.

Kastam rampas barang nilai lebih RM500j



23/12/2010 4:02pm

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas barangan yang nilai cukainya melebihi RM500 juta setakat ini tahun ini, kata Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.
Menurut beliau, jumlah itu meningkat 52.22 peratus berbanding nilai rampasan tahun lepas iaitu sebanyak RM331 juta.
"Nilai barang rampasan yang dibuat tahun ini sehingga hari ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM500,503,718.39 juta berbanding RM338,054,045.43 juta tahun lepas,” katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Integriti JKDM peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Dari segi hasil, beliau berkata, JKDM berjaya membuat pungutan sebanyak RM27.3 bilion sehingga Isnin lalu berbanding RM24.04 bilion tahun lepas.
"Purata pungutan hasil sebulan sepanjang tahun ini ialah sebanyak RM2.4 bilion dengan anggaran purata sehari berjumlah RM79.35 juta, di mana 13 barangan dan perkhidmatan merupakan penyumbang utama iaitu 73.10 peratus atau RM19,980.27 juta daripada pungutan hasil terkumpul,” katanya. – Bernama

Allahyarham Danish tidak sedarkan diri hampir seminggu sebelum maut


AMAT MEMILUKAN: Sebahagian rambut Allahyarham Danish (atas) terpaksa dicukur bagi memudahkan pasukan perubatan merawatnya setelah Allahyarham mengalami kecederaan traumatik di kepala selepas dipercayai dianiayai Muhammad Raffiq (bawah). -- Foto-foto TAUFIK A. KADER

  SINGAPURA 
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini Dan Linilidia Abdul Hamid

BEGINILAH wajah bengkak Allahyarham Danish Iman Abdullah (atas) beberapa hari sebelum dia meninggal dunia kelmarin.
Gambar ini dipetik oleh seorang kenalan keluarga kanak-kanak tiga tahun itu ketika dia di hospital.


Kelmarin seorang lelaki, Muhammad Raffiq Jaffah, 23 tahun, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Allahyarham.
Menurut kertas pendakwaan yang diperolehi Berita Harian semalam, pembunuhan itu dipercayai berlaku antara 5.30 hingga 6.15 petang pada 15 Disember lalu di sebuah unit di tingkat tiga sebuah apartmen di Geylang Road.Kecederaan yang dialami Allahyarham menyebabkan beliau tidak sedarkan diri hampir seminggu sebelum akhirnya meninggal dunia Isnin lalu.Lebih menyedihkan lagi kanak-kanak itu sepatutnya menyambut ulang tahun keempatnya bulan depan.Pada mulanya Muhammad Raffiq dituduh menyebabkan kecederaan teruk ke atas Allahyarham, tetapi tuduhan itu diubah kelmarin menyusuli kematian Allahyarham.Semasa wartawan mengunjungi apartmen tempat pembunuhan dikatakan berlaku petang semalam, petugas di situ berkata tiada siapa dibenarkan ke unit tersebut.Bagaimanapun, seorang lelaki Cina yang mengaku menyewakan unit tersebut kepada Muhammad Raffiq berkata dia dan pasangannya, yang dipercayai ibu Allahyarham, mula menyewa unit itu lebih dua bulan lalu.Beliau, yang enggan memberi namanya, berkata, pasangan itu tinggal di situ bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar empat tahun.Menurut beliau, unit seluas sebuah gelanggang tenis itu disewakan pada kadar $60 sehari, atau $1,500 sebulan.'Tetapi wanita yang menyewa bilik itu berkata mereka menghadapi masalah kewangan dan memilih membayar sewa setiap hari.'Itu pun mereka sering lewat bayar sewa. Sepatutnya mereka bayar sewa setiap petang, tetapi selalunya lepas tengah malam atau 2 hingga 3 pagi baru mereka bayar sewa kepada pekerja saya,' ujar beliau.Menurut lelaki itu lagi, semasa beliau melihat bahagian dalam unit itu selepas pembunuhan berlaku, beliau tidak melihat ada apa-apa luar biasa.'Saya lihat unit yang tidak mempunyai bilik itu hanya seperti rumah yang berselerak sahaja, dengan pakaian tercampak di mana-mana dan beberapa joran di dalamnya.'Selain itu, saya tidak melihat sebarang kesan darah atau sesuatu yang luar biasa,' ujarnya.Sementara itu, seorang jiran nenek Allahyarham, Cik R. Packyaletchumy, 48 tahun, berkata, beliau sebelum ini sering melihat ibu Allahyarham, yang dikenalinya sebagai Nurul, menghantar anaknya ke pusat prasekolah sekitar 9 pagi.'Mereka akan pulang sekitar 12 tengah hari dan anak itu akan bermain- main di rumah,' ujar Cik Packyaletchumy, seorang kakitangan Institut Kesihatan Mental.Bagaimanapun, beliau sudah beberapa bulan tidak melihat Nurul dan anaknya itu di flat empat bilik di Serangoon Avenue 2 itu, tambahnya.Cik Packyaletchumy turut berkata bahawa beliau terdengar Allahyarham menangis dalam flat neneknya sekitar seminggu lalu.'Kemudian saya terdengar ibunya menyuruh anak itu diam,' ujar Cik Packyaletchumy, yang amat terkejut apabila diberitahu tentang kematian kanak-kanak itu.

Mayat lelaki ditemui di pantai Changi



Oleh
Siti Farhana Shariff

Mayat seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui terdampar di pantai Changi Point pagi semalam.
Jenazah Allahyarham Kamaruddin Mohammad telah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.Jurucakap polis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 7 pagi semalam menyatakan 'terdapat sekujur tubuh terdampar di pantai Changi Point'.Paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan Allahyarham Kamaruddin meninggal dunia pada 7.35 pagi.Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa.Adik Allahyarham, Encik Rosli Mohammad, yang ditemui Berita Harian di rumahnya di Tampines Street 22, berkata abangnya yang masih bujang itu tidak bekerja dan gemar memancing di pantai tersebut.Menurut Encik Rosli, 43 tahun, beliau tidak sangka perkara ini terjadi kerana abangnya pandai berenang.'Apabila polis memberitahu abang mati lemas, saya terkejut.'Abang pandai berenang, bahkan beliaulah yang paling handal di antara kita empat beradik.'Saya rapat dengannya dan amat terasa akan kehilangannya' ujar beliau yang menahan sebak sambil berkata kali terakhir beliau menemui arwah ialah pada Isnin lalu.'Abang datang ke rumah dengan seorang rakannya. Masa tu, saya sempat memberi abang saya $500 untuk belanja kerana beliau kata beliau perlukan wang untuk keperluan harian,' ujarnya.Beliau berkata dompet milik abangnya itu telah ditemui dan di dalamnya mengandungi wang dan seutas rantai perak.Encik Rosli selanjutnya berkata rakan abangnya itu 'orang Sarawak'. Mereka pergi memancing bersama dan dipercayai rakan abangnya itu merupakan orang terakhir yang bersama arwahnya.'Saya cam wajahnya jadi saya pergi ke jeti penambang untuk mencari rakan abang saya itu, tapi tak ketemu,' ceritanya lagi yang menyifatkan abangnya itu seorang yang peramah tetapi tidak suka dikongkong.Jenazah Allahyarham Kamaruddin akan dikebumikan di Pusara Abadi hari ini selepas zuhur.

Bayi koma akibat pendarahan, bapa dicari




MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis.
Kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Jasin Ahad lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Penolong Pesuruhjaya Raja Shahrom Raja Abdullah, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.'Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu dan setakat ini, polis masih mencari bapa bayi itu yang berusia awal 30-an tahun untuk membantu siasatan,' katanya.Menurut sumber, selepas mendapati anaknya tidak sedarkan diri, lelaki dan isterinya berusia awal 30-an tahun, panik lalu membawa anak mereka ke Hospital Melaka (HM) untuk pemeriksaan.Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut.Doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan polis.Difahamkan, bayi itu adalah anak tunggal lelaki terbabit dan isterinya.Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka, Dr Narimah Nor Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas kecederaan mangsa kerana kes disiasat polis.Namun, difahamkan, keadaan mangsa kritikal dan masih ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi HKL. -- BHM, Harian Metro.

Kontraktor mati ditetak di tengkuk akibat diserang



23/12/2010 3:59pm



KUANTAN 23 Dis. – Seorang kontraktor ditemui mati ditetak di bahagian tengkuk di rumahnya di Lorong Sekilau di sini hari ini.
Mayat Chan Kin Wai, 45, ditemui oleh rakannya kira-kira pukul 7.30 pagi dan mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak itu dipercayai diserang ketika berseorangan di rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, hasil maklumat beberapa orang penduduk, mereka nampak dua lelaki melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.
“Kita percaya mangsa ditetak oleh dua suspek itu yang memasuki rumahnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini. – Utusan

Pegawai khas Ronnie Liu bebas tuduhan pecah amanah



23/12/2010 4:30pm

SHAH ALAM 23 Dis. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Wong Chuan How, pegawai khas kepada anggota Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu daripada tuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM5,000.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang gagal membuktikan kes terhadap Chuan How, 51, melampaui keraguan yang munasabah.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Baharuddin Ahmad Kasim mengendalikan pendakwaan, sementara Chuan How diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Salim Bashir.
Chuan How membela diri atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan sekeping cek bernilai RM5,000 iaitu wang peruntukan menganjurkan perjumpaan anggota Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek di Pejabat Daerah Sepang pada 19 Februari tahun lepas. – Bernama

Suami isteri bebas tuduhan merompak kamera milik TV3



KUALA LUMPUR -- Sepasang suami isteri pemilik restoran makanan Afrika dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merompak dua buah kamera milik Stesen TV3, dua tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu terhadap Elizabeth Sumana De Silva, 44, dan suaminya warga Nigeria Adeyemi Rasaq Tunde, 44, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes diakhir pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Silva dan Adeyemi didakwa bersama-sama lebih kurang 20 orang yang masih bebas, merompak sebuah kamera jenis Panasonic DVX 102B milik TV3 yang berada dalam kawalan jurugambar Fauzi Muin, 33.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu turut didakwa bersama 10 orang yang masih bebas, merompak sebuah kamera jenis Panasonic DVC PRO milik stesen itu yang berada dalam kawalan Nor Azman Jumahat, 36.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Cheras, di sini pada 1.10 pagi, 15 Sept 2008.

De Silva, warga Malaysia berketurunan Portugis dan Adeyemi adalah pemilik restoran makanan Afrika di Taman Connaught, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Zulkifli yang mengemukakan seramai tujuh saksi manakala pasangan itu diwakili peguam Christopher Joseph dan Mohd Aris Abu Bakar.
-- BERNAMA

Lapan bersalah hadapi tuduh merogol




KUALA KANGSAR – Lima remaja dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini, semalam, setelah didapati bersalah melakukan kesalahan rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun pada dua tahun lalu.

Seorang lagi pesalah dikenakan hukuman penjara selama empat tahun manakala dua lagi tertuduh akan mendengar keputusan Mahkamah pada tarikh berasingan kerana masih di bawah umur.

Kesemua remaja berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 26 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah pondok berhampiran kawasan perkuburan kira-kira jam 10 malam di Kampung Ara Panjang pada 12 Januari 2008.

Hakim Mahkamah Kuala Kangsar, Nor Salha Hamzah menjatuhkan hukuman itu setelah melakukan penelitian terhadap semua aspek dan pihak peguam bela juga gagal menimbulkan sebarang keraguan dalam kes berkenaan bagi membuktikan tertuduh tidak bersalah.

Bagaimanapun, berdasarkan rekod kesemua tertuduh yang baru sahaja melakukan kesalahan pertama dan faktor umur masih muda, kesemua mereka dikecualikan daripada dikenakan hukuman sebat.

Hukuman yang dikenakan berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan dan semua mereka dibenarkan bebas dengan ikat jamin tambahan sebanyak RM1,000 daripada ikat jamin asal yang bernilai RM4,000 hingga RM8,000.

Ikat jamin berkenaan dibenarkan sementara menunggu pesalah membuat rayuan ke Mahkamah tinggi bagi mengurangkan hukuman yang dikenakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376, 354, 377B Kanun Keseksaan.

Pada pertuduhan asal, seramai sembilan dituduh, tetapi seorang daripadanya berjaya menunjukkan keraguan dalam keterangan saksi dan dibebaskan.

Rumah dihempap pokok durian



TANJUNG BIDARA - Empat beranak di Kampung Air Hitam, dekat sini hadapi saat mencemaskan apabila rumah papan mereka dihempap pokok durian, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kesemua mereka dikatakan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan menyangkakan bumbung rumahnya tercabut diterbangkan angin kencang.

Pemilik rumah dikenali sebagai Siti Mariam, 50, berkata, semasa kejadian, hujan lebat dan dia berada di bilik berasingan dalam rumah itu.

“Nasib baik pokok durian itu tidak tumbang di bahagian ruang bilik kerana masa itu, kami anak beranak sedang nyenyak tidur. Kalau tidak, mungkin ada antara kami tercedera atau terbunuh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Menurut Siti Mariam, dia terus mengejutkan anaknya, Mohd Shawaluddin Manap, 25, dan cucu lelakinya berusia empat tahun selepas terdengar jeritan menantunya, Suhaida Jaafar, 20-an, yang ketika itu sedang memasak di dapur.

Mohd Shawaluddin berkata, selepas terdengar bunyi dentuman itu, dia cuba membuka lampu.

“Bagaimanapun, lampu tidak menyala disebabkan masalah litar pintas. Saya terus mengambil lampu picit sambil mendukung anak yang masih tidur.

“Saya meninjau keliling rumah dan mendapati sebatang pokok durian sudah tumbang bahagian tengah rumah kami. Mujur dahan merimbun dapat mengekang dari menembusi bumbung rumah menyelamatkan kami anak beranak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Abd Karim Sulaiman dan Penghulu Mukim Tanjung Bidara, Sabri Husin turut mengunjungi rumah mangsa dan menyampaikan sumbangan.

Penghuni berang



KAMPUNG CACING, KLUANG - Penghuni empat rumah di Lot 10086 GM 1015 Mukim Kluang naik berang apabila kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang notis yang dikeluarkan dan diberikan kepada penghuni terlebih dahulu.

Wakil penghuni rumah berkenaan, Roizali Ismail, 50, berkata, sekiranya mahu merobohkan rumah me- reka, ia perlu mendapat kepastian daripada mana-mana jabatan terlebih dahulu dan bukannya datang dan terus merobohkannya.

“Pada tadi (kelmarin) lebih kurang jam 10 lebih mereka datang terus potong bekalan elektrik dan air tanpa sebarang notis.

“Masalah tanah tapak rumah ini masih dalam tindakan pihak Menteri Besar dan kenapa pada masa ini me-reka datang untuk me- robohkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi Johor yang menge- luarkan arahan ini tetapi mereka merujuk surat yang lama dan bukannya surat baru iaitu bertarikh 27 Oktober, lalu.

Roizali berkata, masalah ini masih dalam pertim- bangan dan bukan diselesaikan dengan cara ini.

“Kami penghuni rumah ini tetap tidak bersetuju dengan tindakan mereka merobohkan rumah ini dan akan menuntut ganti rugi kerana merobohkan rumah kami termasuk memotong bekalan air dan elektrik sekali.

“Malah, kami peng- huni rumah ini telah pun membuat laporan polis berhubung tindakanyang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Un- dangan Negeri (ADUN) Mahkota, Mohd Hafiz Abdul Manaf berkata, masalah yang berlaku ini sebenarnya telah pun dibawa berbincang terlebih dahulu dengan penghuni rumah di kampung ini.

Menurutnya, malah ADUN Mahkota, Md Jais Sarday juga telah mengadakan perbincangan di Kampung Melayu dan di kampung ini sendiri bagi menyelesaikan masalah tanah yang mereka diami pada masa ini.

“Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah melanjutkan tarikh bagi memberi waktu kepada penghuni rumah di sini untuk ber- pindah tetapi sehingga pada waktunya mereka tidak juga keluar dari kawasan ini.

“Oleh yang demikian, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan agar rumah mereka dirobohkan kerana pembinaannya dalam kawasan tanah pemaju yang ingin membangunkan perumahan,” katanya.

Beliau berkata, dalam perbincangan yang dilakukan dahulu, mereka ini telah diberikan tiga peluang iaitu sama ada mengganjakkan rumah mereka ke hadapan, atau berpindah ke rumah lain atau pemaju memberikan rumah yang akan dibina ini dengan menawarkan beberapa potongan harga.

Mohd Hafiz berkata, walau bagaimanapun, bagi mereka yang mahu berpindah rumah sewa akan dicarikan untuk mereka tinggal sementara menunggu rumah baru siap dibina pemaju.

“Walau bagaimanapun, mereka perlu patuh dengan keputusan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Malah, kami juga mohon kerjasama daripada penghuni rumah agar menerima sahaja arahan kerana rumah mereka tinggal selama ini bukannya tanah mereka dan terima bantuan serta pertolongan yang diberi,” katanya.

Mubaligh Kristian cuba sebar fahaman



GELANG PATAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian menyedari kehadiran beberapa mubaligh Kristian memasuki penempatan Orang Asli di kawasan itu iaitu di Kampung Simpang Arang, di sini untuk menyebarkan fahaman mereka.

Katanya, usaha yang dilakukan itu semakin aktif sejak kebelakangan ini.

“Kawasan Nusajaya ini tidak terlalu besar, malah Orang Asli Kampung Simpang Arang ini satu-satunya kampung Orang Asli di sini, kita kenal setiap wajah mereka.

“Penduduk kampung dibawa menaiki van ke gereja atau tempat perkumpulan mereka. Kekerapannya pada hujung minggu,” katanya.

Katanya, penduduk Orang Asli ini akan ditawarkan atas alasan berhibur namun dibawa ke tempat tersebut.

Menurutnya, buat masa ini belum ada penduduk didapati memasuki ajaran agama tersebut, namun khuatir kegiatan mubaligh berkenaan menjerat penduduk di situ.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan Agama Islam sejak sekian lama telah menjalankan banyak program ceramah dan mengislamkan Orang Asli ini.

Katanya, di Kampung Simpang Arang itu terdapat lebih 300 penduduk Orang Asli yang puratanya 80 peratus menganut agama Islam.

Menurutnya, pelbagai prasarana seperti menaik taraf surau di situ kepada mas�jid turut dilakukan termasuk mendirikan sekolah agama untuk kanak-kanak.

Pesara bengang disaman



MUAR – Seorang pesara kakitangan kerajaa bengang apabila disaman sebuah bank kerana didakwa gagal me- lunaskan tunggakan pinjaman kira-kira RM40,000.

Rosnah Tahir, 55, ber-kata, dia disaman pada tahun lalu setelah tertarik dengan satu skim pelaburan yang disertainya pada 1995.

Menurutnya, ketika itu pelbagai janji manis diberikan dengan jaminan masa depan yang lebih cerah bakal menanti setiap pelabur.

“Oleh kerana memikirkan masa depan, saya tertarik menyertai skim ini dengan membuat pinjaman untuk membeli sebanyak 30,000 unit dengan kadar RM1 seunit.

“Mengikut perjanjian, saya perlu membayar se- banyak RM143 setiap bulan dalam tempoh 10 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bagaimanapun bayaran balik pinjaman itu sebanyak RM143 telah berlarutan selama 11 tahun dan bayaran terakhirnya ialah pada Julai 2006.

“Dalam tempoh ini, hanya lima agihan keuntungan yang saya terima tetapi nilainya jauh lebih kecil berbanding yang sepatutnya mengikut perjanjian sedangkan saya telah membayar balik pinjaman ini lebih daripada tempoh masa ditetapkan.

“Kali terakhir agihan dividen ialah pada Oktober 2002 dan kini telah lapan tahun tidak menerima sebarang agihan pembayaran dividen,” katanya.

Rosnah berkata, mengikut perjanjian asal, kadar bayaran balik tahunan adalah se- banyak RM2,850 setahun dalam tempoh 10 tahun bermula dari tarikh pinjaman di- buat melalui pemotongan terus yang dibuat daripada dividen atau bonus yang dikeluarkan pelaburan dana berkenaan.

“Namun, bayaran berkenaan tidak dibuat seperti mana dalam perjanjian menyebabkan pihak bank telah menuntut bayaran itu daripada saya,” katanya.

Katanya, tuntutan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM60,000 termasuk bayaran ansuran yang telah dijelaskan sebelum ini.

“Saya sangat kecewa dan berasa tertipu dengan skim ini yang dahulunya dikatakan bakal memberikan ke- untungan besar apabila harganya melambung tinggi menjadi RM5 pada suatu tempoh masa tertentu.

“Malangnya ramalan ini tidak benar dan ramai pelabur seperti saya menjadi mangsa dengan skim pelaburan ini,” katanya.

Rosnah berkata, dia turut melahirkan rasa musykil terhadap skim itu kerana dokumen yang ditawarkan ialah skim dana tetapi dalam perjanjian itu ialah skim amanah saham.

Katanya, dia menegaskan tidak akan membayar hutang dituntut bank se- baliknya meminta ia dilupuskan dan wang yang telah dilaburkan dikembalikan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, insiden ter- babit diharapkan dapat memberi pengajaran kepada rak-yat supaya lebih berhati-hati apabila hendak membuat sebarang pelaburan.

“Kami simpati dengan masalah yang dihadapi Rosnah dan akan berusaha membantunya menyelesaikan perkara ini.

“Sehingga kini ada lima kes sama telah dirujuk kepada kami dan dijangka lebih ramai lagi yang akan tampil membangkitkan isu ini,” katanya.

Terlepas hukuman penjara



JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Song Tuck, 41, terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Majistret memutuskan untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan seorang lelaki lapan tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat Majistret Hafizah Johor Arif Johor setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir pembelaan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan di bahagian kepala Teng Kim Chai, 48, jam 9.15 pagi di sebuah rumah No 22, Jalan Bakawali 54, Taman Johor Jaya pada 5 Februari 2002.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala Song Tuck diwakili oleh peguam Lim Chon Sin daripada Tetuan CS Lim & Associates.

Sebanyak lima saksi termasuk pengadu dipanggil semasa prosiding kes tersebut diadakan.

Song Tuck yang juga Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda MCA Johor ketika ditemui di luar mahkamah selepas selesai prosiding berkata, dia sa�ngat gembira dan lega dengan keputusan tersebut apatah lagi dia perlu menunggu lama untuk kes tersebut diselesaikan.

Katanya, dia juga diberitahu oleh mahkamah bahawa dia mempunyai hak untuk menyaman semula pihak pengadu.

“Namun saya perlu berbincang dengan peguam saya dulu sama ada menyaman atau tidak pengadu. Bagaimanapun saya sangat berterima kasih kepada mahkamah atas keputusan itu sekali gus dapat membersihkan nama saya,” katanya.

Kepala paip dikebas



MERSING - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu bertindak mencuri harta awam seperti di masjid dan sekolah harus dipantau bagi membanterasnya supaya tidak terus merebak.

Masjid Jamek Bandar Mersing dilaporkan telah kehilangan lapan kepala paip tembaga yang dikatakan dicuri pihak yang tidak ber- tanggungjawab.

Difahamkan, sebelum itu kepala paip berkenaan dipasang bagi memudahkan jemaah mengambil air sembahyang di luar masjid berkenaan sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, seminggu selepas dipasang ia didapati hilang dipercayai telah dicuri.

Kariah Masjid Jamek Bandar Mersing meminta pihak berkenaan mengambil tindakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan harta rumah ibadat itu dan menyusahkan jemaah yang ramai terutama ketika solat Jumaat.

Bilal masjid, Hussin Ngah, 54, berkata, kehilangan kepala paip sering kali berlaku dipercayai dilakukan pada waktu malam selepas solat Insyak semua jemaah telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, kawasan masjid berkenaan di atas bukit dan semua petugas di situ pulang ke kuarters berhampiran selepas menjalankan tugas menyebabkan orang ramai mudah memasuki kawasan itu pada bila-bila masa melalui pagar yang tidak berkunci.

“Saya cukup terkilan dengan sikap mereka yang tidak bertanggugjawab mencuri kepala paip berkenaan sehingga menyusahkan orang ramai yang datang berjemaah di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia berharap agar tindakan segera dilakukan oleh pihak berkenaan agar kejadian sama tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

“Kami sangat berharap dan meminta pihak yang berkuasa supaya membanteras segera perbuatan berkenaan dan orang ramai juga diharap tidak mengambil kesempatan mencuri harta benda yang disediakan ini,” katanya.

Jemaah masjid, Abdul Hamid Abas, 53, berkata, dia kesal dengan perbuatan mereka yang mencuri kepala paip berkenaan.

Menurutnya, perbuatan itu boleh menjejaskan nama baik daerah ini kerana masjid berkenaan menjadi tumpuan pelancong yang datang melawat dan bersolat di sini.

Katanya, pihak berkenaan hendaklah mengatasi segera masalah ini supaya tidak berulang.

“Kecurian harta benda di rumah ibadat kerap berlaku,” katanya.

Wartawan diugut potong tangan



SUNGAI PETANI - Seorang wartawan akhbar berbahasa Tamil di sini, membuat laporan polis setelah diugut dan dipukul pengawal peribadi seorang pemimpin parti politik akibat tidak puas hati terhadap berita yang ditulisnya.

K Anbarasan, 46, berkata, dia diugut pada 13 November lalu ketika membuat liputan dalam satu majlis, apabila dia didatangi tiga pengawal peribadi kepada seorang pemimpin sebuah parti politik Kedah.

Menurutnya, pengawal peribadi pemimpin itu mengugutnya agar tidak sewenang-wenangnya menulis berita atau komen mengenai kepimpinan pemimpin berkenaan dalam sebuah parti politik di Kedah.

“Sebagai wartawan, saya berhak menulis apa sahaja jika terdapat aduan dan sebagainya daripada rakyat.

“Selepas itu, tiga pengawal peribadi pemimpin itu mengugut jika berani menulis dan mengeluarkan lagi berita seumpamanya, mereka akan potong tangan saya,” katanya.

Anbarasan berkata, selepas selesai membuat liputan pada majlis itu, dia terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk membuat laporan mengenainya.

Namun menurutnya, kisah itu tidak terhenti begitu sahaja apabila pada 18 Disember lalu, ketika dia membuat liputan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, sekali lagi dia bertemu dengan pengawal peribadi kepada pemimpin berkenaan.

“Kali ini mereka memerli saya bahawa tangan saya ada dan masih tidak dipotong.

“Selepas itu berlaku sedikit pergelutan apabila mereka yang tidak berpuas hati bertindak merampas pita rakaman saya. Saya kemudiannya merampas kembali pita rakaman itu, namun seorang dari mereka menendang saya,” katanya.

Anbarasan berkata, dia bernasib baik pada masa itu kerana dua anggota polis yang bertugas menolongnya.

Menurutnya, selepas itu dia terus ke IPD Kuala Muda untuk membuat laporan sekali lagi.

“Saya mohon pihak polis segera menyiasat mengenai kes ini, kerana bimbang keselamatan diri saya akibat ugutan dan dipukul tempoh hari,” katanya.

Lapan sekawan tumpas



TAMPIN - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah nasib lapan sekawan berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun yang ditangkap di kediaman masing-masing di Felda Gugusan Palong, Jempol, berikutan kes kecurian motosikal di beberapa lokasi berkaitan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, dengan penangkapan itu, polis yakin berjaya menumpaskan geng mencuri motosikal dengan tujuh daripadanya masih bergelar pelajar di Daerah Tampin.

Menurutnya, bertindak atas maklumat orang awam, tangkapan berkenaan dilakukan secara berperingkat, bermula sejak 13 Disember lalu dan berakhir pada 16 Disember.

“Susulan tertangkapnya lapan sekawan ini, pihak polis berjaya merampas empat motosikal, lapan rangka motosikal, dua enjin motosikal, dua enjin ‘cover’ dan beberapa lagi komponen lain.

“Anggaran keseluruhan barangan yang dirampas bernilai lebih RM20,000,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, semalam.

Kooi Cheang berkata, pihaknya juga percaya, dengan penangkapan itu, sebanyak sembilan kes kecurian motosikal di beberapa tempat dapat diselesaikan.

Padah gara-gara culik isteri orang



AYER KEROH - Gara-gara menculik isteri orang untuk mendapatkan tebusan membawa padah kepada tiga lelaki apabila mereka berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Koh Chun Seng, 39, yang bekerja sebagai peniaga, Lee Hee Wee, 38, pekerja kilang perabot dan seorang lagi rakan mereka, warga Indonesia dikenali sebagai Sahri tidak mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan di hadapan Hakim Datuk Halijah Abbas.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa menculik seorang wanita, Goh Geok Hua, 31, dengan meminta wang tebusan RM300,000 daripada suami mangsa, Ng Guan Kiat, 30, di KS 1006 Jalan Kuala Damai 1, Taman Kuala Damai, Kuala Sungai Baru Alor Gajah pada 24 Disember tahun lalu, jam 10 pagi.

Ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta yang sama dan jika disabit kesalahan, mereka boleh menerima hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat dan tiada sebarang jaminan ditawarkan disebabkan kes memperuntukkan hukuman mati.

Selepas mendengar pertuduhan, Halijah kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, dua tertuduh iaitu Chun Seng dan Hee Wee diwakili peguam masing-masing, manakala Sahri tidak diwakili peguam.

Budak parah kena rempuh



LUNAS - Seorang kanak-kanak lapan tahun, Mohd Danial Mohd Firdaus cedera parah akibat dirempuh sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Seluang berhampiran Kampung Siam, di sini kira-kira 5.30 petang kelmarin.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dirempuh kereta Perodua Viva yang dipandu dari arah lebuh raya Butterworth Kulim Expressway (BKE) menuju ke Kulim Hi-Tech ketika dia berbasikal melintas jalan.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang.

Jurucakap Hospital Kulim berkata, selaput mata sebelah kiri mangsa turut terkoyak.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang melawat mangsa sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu berkata, keadaan mangsa stabil dan Mohd Danial dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Piang untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Saya dimaklumkan kemalangan berlaku di Jalan Sungai Seluang apabila sebuah Perodua Viva telah merempuh dua kanak-kanak yang menunggang basikal ketika melintas jalan. Seorang mangsa berusia 12 tahun dan dia hanya mengalami luka biasa manakala seorang lagi mangsa berusia lapan tahun cedera parah di bahagian kepala.

“Walaupun kecederaan dialami mangsa serius tetapi keadaannya stabil. Buat masa ini siasatan sedang dijalankan dan saya berharap tidak timbul sebarang spekulasi mengenai kejadian itu. Saya berharap kepada mana-mana saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Kulim,” katanya.

Menurutnya, Jalan Sungai Seluang sememangnya agak berbahaya malah pernah berlaku kemalangan maut.

“Ini berpunca dari sikap pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu kenderaan mereka dalam keadaan laju dan terburu-buru.

“Saya harap ibu bapa tidak membiarkan anak mereka bermain di tepi jalan atau melintas Jalan Sungai Seluang terutama di sekitar kawasan lampu isyarat menuju ke Kulim Hi-Tech. Ini kerana kebanyakan kenderaan yang lalu di situ dipandu laju,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Danial yang hanya dikenali dengan panggilan Kak Ani berkata, sehingga kini anaknya dalam keadaan stabil dan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap kanak-kanak itu mendapati mangsa hanya mengalami keretakan di tengkorak dan tidak berlaku sebarang pendarahan di dalam otak.

Lori gas terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran R&R Tapah



TAPAH -- Sebuah lori yang dipercayai membawa tong gas LPG terbakar di Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan dekat sini kira-kira 3.15 petang hari ini.

Menurut seorang pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu, lori itu berhenti sebelum kawasan Rawat dan Rehat Tapah dan terbakar.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya dan pengguna yang menghala ke selatan diminta keluar di Tol Tapah dan menggunakan jalan persekutuan. -- BERNAMA

Gesa siasat kematian pelajar




KAPAR - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melalui Pesuruhjayanya, James Nayagam bagi menyiasat kes berhubung kematian seorang pelajar Pusat Perkembangan Kemahiran Serendah, R Kishornath, 16, minggu lalu.

Manikavasagam berkata, ibu bapa mangsa bercerai dan mangsa telah di tempatkan di pusat pengajian itu oleh Mahkamah Tinggi pada April 2010.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa bersama 140 pelajar dan Pegawai Pusat itu ke kawasan peranginan air terjun, Ulu Yam untuk aktiviti kokurikulum.

“Bagaimanapun, ibu mangsa, K Shanti kesal selepas mendakwa tidak tahu menahu anaknya menyertai rombongan itu kerana tidak dimaklumkan pihak terbabit,” katanya.

Menurutnya, Shanti hanya menyedari perkara itu selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai dari pusat terbabit dan memaklumkan mengenai anaknya yang dimasukkan ke wad kecemasan, Hospital Selayang kerana demam denggi.

“Sebaik ke sana, Shanti dan keluarga tidak dibenarkan melawat mangsa sehinggalah mangsa meninggal dunia dan ketika itu mereka baru dibenarkan masuk.

“Mereka memaklumkan terdapat kesan darah di bantal dan bahagian belakang kepala mangsa serta luka di hidung dan telinga. Keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan kematian mangsa yang dipercayai mempunyai unsur kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya benar mangsa terminum air kumbahan tikus, kenapa hanya dia jatuh sakit sedangkan 140 pelajar lain tidak terbabit sama.

“Di sini timbul kemusykilan seperti ada pihak cuba menyembunyikan punca sebenar kematian mangsa. Oleh itu, saya dan keluarga mangsa minta kerajaan dan kementerian terbabit menjalankan siasatan berhubung kejadian ini.

“Malah kita minta polis segera melakukan siasatan berhubung kematian mangsa selepas Shanti membuat laporan di Balai Polis Serendah. Kita hanya mahukan keadilan kepada keluarga mangsa yang sehingga kini masih bersedih dan tidak dapat menerima kematian mangsa yang disifatkan wujud unsur kecuaian pihak terbabit,” katanya.

Lelaki AS dipenjara cabul kanak-kanak Haiti






CONNECTICUT - Pengasas sekolah warga Amerika Syarikat (AS) yang pernah menjadi sanjungan pemuda di Haiti dijatuhi hukuman penjara hampir 20 tahun kerana melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak lelaki di negara Caribbean itu, kelmarin.

Douglas Perlitz, 40, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan tujuh bulan, termasuk pembebasan berselia selama 10 tahun oleh Mahkamah Persekutuan di Connecticut, AS kerana mencabul kanak-kanak lelaki Haiti di bawah jagaannya, 13 tahun lalu.

Pihak berkuasa Imigresen AS mengumumkan gembira dengan keputusan itu dan berharap ia memberi mesej tegas kepada individu lain yang sedang atau ingin melakukan perbuatan terkutuk itu.

Perlitz tiba di bandar Cap-Haitien, Haiti pada 1997 dan membuka sebuah sekolah amal bagi menyediakan tempat tinggal, makanan serta pendidikan kepada kanak-kanak lelaki jalanan di negara itu.

Israel lancar beberapa siri serangan udara luar biasa


 



BAITULMAQDIS - Tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara besar ke atas Gaza, kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu pejuang Palestin, sekali gus meningkatkan kemungkinan pertempuran baru selepas dua tahun, kelmarin.

Israel menyasarkan tujuh lokasi di Gaza, mengakibatkan lapan pejuang Hamas cedera manakala seorang remaja perempuan Israel cedera ringan selepas pejuang Palestin membalas serangan itu.

Ketua Tentera Israel, Gabi Ashkenazi berkata, serangan itu adalah susulan daripada serangan Israel yang mengorbankan lima pejuang Hamas, Sabtu lalu.

Israel mendakwa serangan itu sebagai tindak balas terhadap 13 serangan peluru berpandu dan tembakan ke atas Israel yang dilancarkan pejuang Palestin, minggu lalu.

Tidak mengaku bersalah



KUALA TERENGGANU - Pasangan suami isteri dari Cherating, Pahang tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan atas lapan pertuduhan memiliki dan mengedar dadah termasuk satu daripadanya pertuduhan secara bersama di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Abdul Harris Fadillah, 47, dan isterinya, yang juga warga Britain, Shivaun Patra Orton, 41, berdepan pertuduhan bersama memiliki lima batang tumbuhan jenis Cannabis (ganja) yang ditanam di dalam bekas di dalam rumah di atas tanah yang mereka duduki di Jalan Kubang Kurus, Taman Muhibbah, Chukai, Kemaman.

Bagi pertuduhan itu, pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan pada 12 Disember lalu mengikut Seksyen 6B (1) (b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan tidak lebih enam sebatan mengikut Seksyen 6B (3) akta sama.

Dalam pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang di hadapan Hakim, M Bakri Abd Majid itu, pasangan berkenaan turut berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin mengikut Seksyen 39B (1) (a) ADB.

Abdul Harris dituduh memiliki heroin seberat 193.2 gram (g), manakala Shivaun memiliki 20g dadah jenis sama.

Bagi dua pertuduhan lain, Abdul Harris didakwa memiliki heroin seberat 11.9g mengikut Seksyen 12 (2) ADB dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan mengikut Seksyen 39A (21) akta sama.

Dia juga dituduh memiliki 5.4g Methamphetamine dan boleh dihukum sebat antara tiga hingga sembilan kali atau penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Manakala isterinya pula berdepan tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 4.8g Methamphetamine mengikut Seksyen 12 (2); 12.2g Methamphetamine mengikut Seksyen 39A (1) dan 7.8g dadah jenis ganja mengikut Seksyen 6 ADB.

Kedua-dua tertuduh yang berpakaian lokap warna oren dan tidak diwakili peguam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan wang jaminan dan memohon tarikh sebutan semula kerana sedang menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia.

M Bakri kemudian menetapkan 26 Januari 2011 tarikh sebutan semula.

Terdahulu, Abdul Harris yang diberi peluang oleh hakim untuk mengemukakan rayuan berikutan tiada jaminan ditawarkan memohon mahkamah membenarkan dia dipindahkan ke Penjara Bentong, Pahang dengan alasan lebih dekat dengan keluarga dan anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur berbanding Penjara Marang yang menyukarkan keluarganya untuk melawat.

Bagaimanapun, M Bakri tidak membenarkan rayuan itu. Tertuduh lelaki kini ditahan di Penjara Marang, manakala tertuduh wanita dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Maut gara-gara air bertakung



SIMPANG EMPAT, CHENDERING – Seorang ibu tunggal, meluahkan kekesalannya kerana rintihannya tidak dipedulikan walaupun suaminya maut akibat demam denggi empat bulan lalu berikutan air yang sering bertakung di halaman rumahnya akibat hujan lebat.

Tengku Kalsom Tengku Hussein, 65 meluahkan kekesalan itu kerana sebarang tindakan tidak diambil bagi mengatasi masalah air bertakung yang membahayakan keluarganya dan penduduk setempat.

”Saya bimbang kesihatan terancam tambahan pula suami yang baru sahaja meninggal dunia disahkan akibat nyamuk Aedes yang membiak di kawasan rumah kerana masalah air bertakung.

“Aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memohon sistem perparitan, tetapi dimaklumkan perlu persetujuan banyak pihak termasuk tuan tanah,” katanya kepada Sinar Harian yang mengunjungi kediamannya.

Selain arwah suaminya, Abu Samah Che Omar yang meninggal dunia akibat demam denggi, terdapat beberapa penduduk lain turut menga�lami masalah sama yang membawa kepada kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri sering datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk mengelak pembiakan berterusan, tetapi masalah air bertakung tidak dapat dikawal kerana ketiadaan sistem perparitan yang sempurna.

Kalsom yang tinggal bersama sepupunya, Zainab Abdullah, 60, tidak berdaya untuk melakukan kerja-kerja membuang air sehingga pernah menggunakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

“Kudrat tulang empat kerat ini sahaja yang ada untuk melakukan kerja-kerja mengalirkan air ke luar rumah dan dibantu Zainab, kerana tiada saudara-mara terdekat untuk membantu.

“Masalah ini perlu diselesaikan segera dan saya memohon jika tidak dapat melakukan sistem perpari�tan� sempurna, cukup sekadar memberi kelengkapan untuk menambun tanah bagi mengelak air terus memasuki dalam rumah,” katanya.

Anak jururawat, kakitangan hospital positif dadah



SURA – Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dan anak lelaki seorang jururawat yang bertugas di sebuah hopital daerah antara 164 yang ditahan dalam operasi polis, awal pagi kelmarin.

Suspek pertama, 33 tahun yang difahamkan sudah beberapa tahun bertugas di hospital daerah itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis narkotik di rumahnya dekat Jalan Bunga Raya, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Suspek yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan isterinya, seorang suri rumah itu didapati positif dadah setelah menjalani pemeriksaan air kencing.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Kenanga, seorang remaja 16 tahun lelaki, difahamkan anak seorang jururawat di hospital daerah turut ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit dan kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian air kencing untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Suami terkilan isteri hilang bersama anak




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tidak menyangka keseronokan bercuti ke negara asal isterinya bertukar mimpi ngeri apabila isterinya didakwa melarikan diri bersama bayi lelaki mereka semasa mendaftar masuk ke balai pelepasan di Lapa-ngan Terbang Ho Chi Minh, Vietnam, tiga hari lalu.

Bagaikan babak sebuah drama apabila Cheah Choon Teng, 30, mengejar isterinya, Trinh Kim Thoa, 20, yang secara-tiba-tiba bertindak melarikan diri bersama bayi mereka, Cheah De Jie yang berusia enam bulan.

Menceritakan lanjut, Cheah berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, anak dan tiga ahli keluarganya pulang ke Vietnam, untuk bercuti, pada 16 Disember lalu.

Katanya, mereka berpakat kembali ke Malaysia lima hari kemudian.

“Semasa mendaftar masuk ke balai pelepasan, Kim Thoa tiba-tiba melarikan diri bersama bayi kami.

“Saya terkejut dengan tindakannya kerana isteri langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Difahamkan, Kim Thoa juga membawa pasportnya sebelum melarikan diri.

Cheah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya dan wanita itu mendakwa akan pulang ke Malaysia, namun tidak diketahui tarikhnya.

“Saya risaukan keselamatan mereka dan mahu mereka kembali dengan selamat,” katanya.

Menurutnya, dia berkah-win dengan Kim Thoa selepas dua bulan mengenali wanita itu melalui ejen mencari jodoh tempatan dengan bayaran RM90,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau akan membawa kes terbabit ke Wisma Putra untuk meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Vietnam membawa pulang isteri dan anak Cheah.

Chong berkata, pihaknya menerima tujuh kes membabitkan wanita warga asing melarikan diri bersama anak mereka selepas berkahwin dengan lelaki tempatan, sepanjang 2010.

Dalam kes berasingan, keluarga remaja, Samantha Yong Hui Chyuen, 15, merayu anak saudaranya pulang selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Orang ramai yang mem-punyai maklumat mengenai mangsa, boleh menghubungi balai polis atau Jabatan Pengaduan Awam MCA di talian 03-21618044.

Lindsay Lohan disiasat lagi





2010/12/23

LOS ANGELES: Polis mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas selebriti bermasalah Lindsay Lohan, (bawah) atas dakwaan menyerang seorang pekerja dalam pertengkaran di pusat pemulihan ketagihan dadah dan alkohol Betty Ford. 

Timbalan Syerif Riverside County, Herlinda Valenzuela, berkata pihaknya dihubungi pusat pemulihan Betty Ford 12 Disember lalu, selepas serangan berkenaan dilaporkan,
Media melaporkan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi 12 itu, kakitangan pusat berkenaan Dawn Holland, menyoal Lohan apabila dia lewat pulang ke pusat berkenaan selepas mencuri keluar bersama dua rakannya.
Holland dikatakan meminta Lohan menjalani ujian pernafasan bagi memastikan dia tidak minum minuman keras. 

Lohan, bagaimanapun naik marah, cuba melawan lalu menolak Holland dan menarik tangannya, lapor media tempatan. 

Bagaimanapun Valenzuela berkata, setakat ini tiada tangkapan atau dakwaan dibuat ke atas Lohan kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Agensi

Gempa 7.4 skala richter landa Ogasawara





2010/12/23

TOKYO: Ramai penduduk di kepulauan terpencil Pasifik di Jepun naik ke kawasan tinggi pagi semalam selepas gempa dengan kekuatan 7.4 skala Richter melanda dan mencetuskan amaran tsunami. 

Gempa dasar laut itu berlaku pada 2.19 pagi waktu tempatan (1719 GMT Selasa), menyebabkan penduduk terjaga daripada tidur mendengar pengumuman pembesar suara dipasang di seluruh pulau Ogasawara.
Pihak berkuasa juga memberi amaran risiko ombak tsunami setinggi dua meter menghala ke pantai.
Gempa itu berpusat di timur Chichi-shima dan diikuti beberapa gempa susulan dengan kekuatan antara 5.3 dan 5.6 yang berterusan sehingga pagi. 

Kira-kira tiga jam selepas gempa, ombak setinggi 60 sentimeter dipantau 700 kilometer dari Hachijo-shima, sebahagian rangkaian pulau Izu yang terletak di selatan Tokyo, kata agensi kaji cuaca. 

Ombak setinggi 20 sentimeter turut sampai di pulau utama barat daya Jepun, kata agensi itu. 

Amaran tsunami itu kemudian dibatalkan dan semua peringatan ditarik balik lima jam selepas gempa melanda pulau itu, kira-kira 1,000 kilometer selatan ibu kota ini. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan. 
Namun, 120 orang dipindahkan sementara ke tempat tinggi di pulau Chichi-shima dan kira-kira 50 orang di pulau Haha-shima, kata Koji Watanabe, pegawai di perkampungan Chichi-shima, malam kelmarin. 

Ia gempa terbesar yang pernah saya alami, kata Masae Nagai, pemilik hotel di Chichi-shima, sebahagian kepulauan terpencil juga digelar pulau Bonin. AFP