Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

Lapan tertuduh didakwa jual vaksin palsu



BEIJING - Seramai lapan orang dijatuhi hukuman penjara selama dua setengah tahun di atas kesalahan menjual vaksin palsu untuk penyakit anjing gila yang turut menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, menurut agensi berita di China.

Agensi berita rasmi Xinhua mengeluarkan kenyataan bahawa, mahkamah di wilayah barat daya Guangxi menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan terhadap Zhang Dazhi manakala tujuh lagi tertuduh menerima hukuman penjara selama setahun.

Kesemua lapan defendan didakwa menjual lebih daripada 530 botol vaksin palsu tersebut antara Ogos dan Disember pada tahun lalu.

Vaksin palsu untuk penyakit anjing gila itu dihasilkan hanya daripada air biasa.

Polis memulakan siasatan selepas seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun meninggal dunia akibat penyakit anjing gila selepas menerima enam suntikan vaksin palsu itu, pada Disember tahun lalu.

Rumah dan pejabat tertuduh kes bunuh Sosilawati disita



KUALA LUMPUR - Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N.Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Dis lepas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.

Pada 13 Okt lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lepas.

Kes itu akan didengar semula pada 27 Jan tahun depan.-Bernama

Percutian Krismas berantakan dek salji tebal


TERKANDAS: Penumpang pesawat tidur di atas 'katil sementara' di Terminal 5 lapangan terbang Heathrow di barat London semalam. Salji tebal dan suhu beku menyebabkan penerbangan dibatalkan lagi dari Britain semalam. -- Foto REUTERS
Ramai penumpang pesawat dan kereta api di Britain terkandas buat hari keempat


LONDON: Percutian Krismas menjadi berantakan dan kelam-kabut di Britain sewaktu para pegawai negara itu bergelut hendak membersihkan salji dan ais yang menimbus landasan kereta api dan melumpuhkan lapangan terbang.
Akibatnya, banyak perjalanan dan penerbangan dibatalkan dan ribuan penumpang terkandas buat hari keempat semalam.Lebih 48 jam selepas turunan salji terbaru di Britain, para penumpang yang mempunyai pas masuk pesawat bagi penerbangan Isnin lalu menjadi marah selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke Lapangan Terbang Heathrow di London.Di dalam terminal, longgokan sampah semakin menimbun sedang penumpang yang terkandas terpaksa tidur di atas lantai.Penumpang yang mempunyai tiket kereta api pula terpaksa menunggu sehingga enam jam di luar stesen tren St Pancras, tempat mereka menunggu lebih lama untuk menaiki tren Eurostar menuju ke tanah besar Eropah.Para pegawai Britain berjanji akan menyiasat kegagalan pekerja membersihkan salji setebal 12 sentimeter yang melitupi England ekoran ribut salji Sabtu lalu.'Bukan susah sangat mencari sudip, penggali dan penyodok atau apa saja untuk membersihkan salji di bawah pesawat supaya pesawat boleh bergerak dan landasan boleh digunakan,' kata datuk bandar London, Encik Boris Johnson, sewaktu British Airways membatalkan penerbangan singkat dari Heathrow.Beberapa lapangan terbang di Eropah masih ditutup. Dan turunan salji yang baru memaksa lapangan terbang Frankfurt di Jerman menggantung pendaratan dan penerbangan pesawat.Namun, dua lapangan terbang di Paris masih terus dibuka lewat kelmarin bagi menangani penerbangan yang tergendala oleh salji.Beratus-ratus penerbangan dibatalkan atau ditangguh kelmarin dari London, Paris, Frankfurt dan Geneva.'Memang perlu membenarkan sebanyak mungkin pesawat melakukan penerbangan asalkan keadaan cuaca mengizinkan,' kata Menteri Pengangkutan Perancis, Encik Thierry Mariani, dalam satu kenyataan melalui e-mel.Banyak syarikat penerbangan dan pengendali kereta api menggesa orang ramai supaya tidak melancong, jika boleh.Firma BAA Airports Ltd meminta penumpang agar tidak pergi ke Terminal 1 dan 3 di lapangan terbang Heathrow bagi mengelak kesesakan.Aeroports de Paris, pengendali dua lapangan terbang di Paris, berkata secara purata kelambatan penerbangan di lapangan terbang Charles de Gaulle ialah dua hingga tiga jam.Eurostar, yang menghubungkan London dengan Paris dan Brussels melalui tren, meminta penumpang yang belum berada di stesen supaya jangan datang dan menggesa pelanggan membatalkan perjalanan yang tidak mustahak.Ia tidak menerima tempahan baru sehingga 24 Disember, kata seorang jurucakap. -- Bloomberg, AP.

3 suspek ditahan, dadah RM1.6 juta dirampas di Temerloh





2010/12/22

KUANTAN: Polis Pahang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dalam dua serbuan di kawasan sebuah hotel di Temerloh pada Jumaat lalu dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM1.6 juta. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata dua suspek lelaki yang kewarganegaraan mereka masih disiasat itu ditahan pada kira-kira 9.30 malam ketika mereka berada dalam kereta masing-masing dan dipercayai sedang membuat satu transaksi pengedaran dadah.
Katanya polis turut merampas 3.7 kilogram heroin dan 800 gram syabu di dalam kedua-dua kereta itu.
"Ketika serbuan dilakukan, dua kereta berkenaan telah bertindak mengundur dan merempuh kereta polis untuk melarikan diri sebelum pihak kita melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian tayar kereta suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkara pergelutan turut berlaku di antara kedua-dua suspek yang berusia 27 tahun yang juga pelajar kolej di ibu negara dengan anggota polis sebelum mereka berjaya ditahan. 

"Suspek wanita yang berusia 30 tahun pula ditahan di kawasan lobi hotel terbabit dan pemeriksaan badannya kita berjaya merampas sebiji pil Eramin 5 dalam beg tangan yang dibawanya," katanya. 

Sharifudin berkata hasil soal siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek warga asing berkenaan telah membawa polis ke tempat tinggal mereka di dua buah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Selangor dan di situ polis merampas 1,421.1 gram dadah syabu dan 378 biji pil ecstacy. 
"Nilai jualan runcit semua dadah yang dirampas dianggarkan sebanyak RM1.6 juta di mana bekalan dadah jenis syabu berkenaan dibawa masuk dari luar negara oleh warganegara asing yang menjadikan warga tempatan sebagai keldai dadah manakala dadah heroin dibawa masuk dari ibu negara," katanya. 

Katanya, ketiga-tiga suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Rakyat Malaysia didakwa di Sydney tuduhan miliki dadah A$14 juta




2010/12/22

MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah di Sydney hari ini atas tuduhan memiliki dadah sintetik "ice" bernilai A$14.4 juta dan mengendalikan urusan jual beli dadah itu. 

Kok Loong Wong, 35, dijadual hadir di mahkamah yang sama pada 16 Februari, menurut laporan Australian Associated Press.
Pemeriksaan rutin oleh polis persekutuan di rumah suspek di barat Sydney berjaya menemui 90 kilogram "ice", rampasan ketujuh terbesar dadah dalam sejarah Australia.
Polis berkata nilai dadah itu di pasaran dianggarkan A$14.4 juta. 
Wang tunai kira-kira A$500,000, dikatakan hasil daripada urusan jual-beli dadah itu turut dirampas dalam serbuan itu. 

Pegawai Kanan Polis Persekutuan Australia, Komander David Stewart memberitahu pemberita, polis telah mengawasi Wong sudah agak lama dan polis tidak menyangka akan menemui dadah pada jumlah yang begitu besar.

Hasil pemeriksaan di dalam enam kotak telefon bimbit yang dibawa Wong, polis menemui kira-kira A$300,000 dan sejumlah kecil ice. 
Selepas ditahan, Wong membawa polis ke apartmen dua biliknya di Blairmount, dekat Campbelltown dan dalam satu daripada bilik itu, polis mendakwa menemui 90kg ice yang diisi dalam empat beg dan wang tunai A$120,000. 

Stewart berkata dadah itu kemungkinan diimport dan bakal dijual melalui rangkaian pengedaran dan percaya Wong "orang penting" dalam pengedaran itu. 

Dokumen mahkamah menunjukkan Wong, yang mengakui dirinya sebagai pelajar hanya tiba di Australia pada Ogos. Menurut dokumen, dia tidak mempunyai kawan atau keluarga di Australia. 

Semasa prosiding di mahkamah, Wong menggunakan jurubahasa Mandarin. - BERNAMA

2 rakyat Malaysia diculik di Selatan Filipina dibebaskan





2010/12/22

KUALA LUMPUR: Dua orang rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan tidak dikenali di Selatan Filipina pada Februari lalu dibebaskan hari ini, menurut Kementerian Luar. 

Lai Wing Chou, 33; dan Tsen Vui Chung, 41, diculik semasa bekerja di ladang rumpai laut di Semporna, Sabah pada 7 Februari lalu.
Kedua-dua rakyat Malaysia itu disambut Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad di Manila selepas tiba dari Selatan Filipina dengan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Polis Kebangsaan Filipina dan Polis Diraja Malaysia.
"Kementerian Luar menyampaikan ucapan penghargaan di atas kerjasama dari Kerajaan Republik Filipina dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pembebasan Lai Wing Chou dan Tsen Vui Chung," menurut kenyataan itu lagi. 
Lai dan Tsen dijangka pulang ke Sabah, Jumaat ini. 

Wisma Putra berkata ia berharap kedua-dua mereka dan keluarga masing-masing dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas menempuh pengalaman pahit itu.

Zulkifli dipercayai berada di Selatan Filipina




2010/12/22

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kaitan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina. 

Sumber polis berkata Zulkifli Abdhir, 44, melarikan diri ke negara itu sejak 2002 sejurus selepas kejadian pengeboman di Bali yang telah meragut nyawa 110 rakyat Australia.
"Zulkifli memang salah seorang pengganas yang diburu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dalam pengeboman itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata Zulkifli tidak dapat dikesan sehingga sekarang kerana dipercayai disembunyikan oleh kumpulan pengganas yang berada di sana. 

"Kenyataan daripada isteri serta ahli keluarganya juga telah lama diperoleh dan kita masih lagi memburunya," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor dikehendaki di Amerika Syarikat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan subversif termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini.

Lelaki Aceh bebas tuduhan edar dadah



22/12/2010 4:23pm

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai gunting rambut dari Aceh, Indonesia, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 7,269 gram pada Mac tahun lepas.
Hakim Dr. Badariah Sahamid membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Ishak Abdurrahman, 31, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ishak didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan bangunan Pasaraya Tesco, Jalan Setia Prima SU 13/5 di sini, kira-kira pukul 12.30 pagi pada 1 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yeong Leu Shin memanggil lima saksi memberi keterangan sementara pembelaan yang diwakili peguam Ariff Azami Hussein mengemukakan tiga orang saksi. - Bernama

Lelaki Aceh bebas tuduhan edar dadah



22/12/2010 4:23pm

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai gunting rambut dari Aceh, Indonesia, terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 7,269 gram pada Mac tahun lepas.
Hakim Dr. Badariah Sahamid membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa Ishak Abdurrahman, 31, berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ishak didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan bangunan Pasaraya Tesco, Jalan Setia Prima SU 13/5 di sini, kira-kira pukul 12.30 pagi pada 1 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yeong Leu Shin memanggil lima saksi memberi keterangan sementara pembelaan yang diwakili peguam Ariff Azami Hussein mengemukakan tiga orang saksi. - Bernama

Cubaan seludup beras bersubdisi dipatahkan



22/12/2010 5:44pm

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau hari ini bertindak mematahkan cubaan menyeludup keluar 160 kilogram beras bersubsidi ke negara jiran.
Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau, Komander (Maritim) Amran Daud berkata, beras berkenaan dirampas dalam dua buah bot yang dalam perjalanan dari Tawau ke Sungai Melayu di Pulau Sebatik pada pukul 10.30 pagi tadi.
Katanya, bulan ini sahaja APMM telah mematahkan tiga cubaan menyeludup keluar beras bersubsidi berkenaan melibatkan rampasan 430 kilogram. - Bernama

Budak tiga tahun maut dipercayai dianiaya


DAKAPAN TERAKHIR: Lelaki, yang dipercayai ayah mangsa, mendukung jenazah Danish Iman, dari rumah nenek mangsa di Serangoon Avenue 2, sebelum mereka ke Pusara Abadi. -- Foto TUKIMAN WARJI






SINGAPURA


Oleh
Chairul Fahmy Hussaini Dan Linilidia Abdul Hamid
SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia kelmarin setelah mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dan kepalanya.Allahyarham Danish Iman Abdullah disahkan meninggal dunia pada 3.30 pagi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) kelmarin setelah dikatakan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Unit Jagaan Rapi (ICU) sejak enam hari sebelum kematiannya.Polis semalam berkata seorang lelaki, yang dikenal pasti sebagai Mohd Rafiq Jaafar, berusia 23 tahun, telah diberkas polis pada 16 Disember lalu.Dia mulanya dituduh menyebabkan kecederaan teruk ke atas mangsa, semasa dihadapkan ke mahkamah, sehari kemudian.Polis yang mengesahkan hal itu semasa dihubungi akhbar ini bagaimanapun berkata, tuduhan itu telah dipinda kepada tuduhan membunuh, yang membawa kepada hukuman mati, setelah suspek dihadapkan ke mahkamah buat kali kedua, semalam.Pindaan ini dibuat menyusuli kematian Allahyarham Danish.Muhd Rafiq dikatakan adalah kenalan ibu mangsa, yang dikenali sebagai 'Nurul', 22 tahun, dan mereka dipercayai tinggal bersama di sebuah flat sewa sebelum ini.Semalam, ketika ditemui Berita Harian (BH), seorang lelaki yang dipercayai bapa Allahyarham Danish, enggan ditemuramah.Sijil kematian Allahyarham Danish yang dilihat wartawan BH semalam menunjukkan mangsa mengalami 'kecederaan traumatik di kepala'.Seorang kenalan keluarga yang menziarah Allahyarham Danish di hospital menyatakan, 'seluruh badannya lebam biru-birat, kaki kirinya patah lapan dan doktor mengatakan Danish mengalami kecederaan otak'.Beliau yang jelas pilu dengan kejadian itu, masih tertanya-tanya apa yang berlaku sehingga Allahyarham Danish mengalami kecederaan seteruk itu.'Semasa saya menziarahinya di hospital hujung minggu lalu, keadaannya begitu teruk sekali. Dia tak sedarkan diri dan doktor beritahu kami peluangnya untuk hidup amat tipis,' ujarnya sambil menambah, kali terakhir beliau bertemu dan bermain-main dengannya adalah sekitar tiga atau empat bulan lalu.'Selepas itu, ibu mangsa 'hilangkan diri' dan kami tidak tahu apa yang terjadi kepada dia dan anaknya,' ujarnya.BH difahamkan, 'Nurul' tidak tinggal bersama keluarganya di Serangoon Avenue 2 sejak beberapa bulan lalu.'Kami tak pasti apa hubungan dia orang, atau kerja si Rafiq ni. Kami pun tak tahu sama ada dia orang tinggal kat Kallang atau Geylang Bahru,' ujarnya penuh sebak.Beliau menggambarkan Allahyarham Danish sebagai kanak-kanak yang comel dan suka dimanja.Jenazah Allahyarham Danish telah selamat dikebumikan di Pusara Abadi sekitar lima petang semalam.Menurut polis, suspek kini direman di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Kompleks Cantonment.Ini adalah kes keenam yang diketahui sejauh ini, termasuk kes Nonoi yang berlaku pada 1 Mac 2006, yang melibatkan penganiayaan kanak-kanak Melayu yang dilakukan bapa atau lelaki kenalan si ibu, antara 2006 hingga tahun lalu.Allahyarhamha Nurasyura Mohd Fauzi atau Nonoi, dua tahun, dianiaya dengan dibenam kepalanya berkali-kali dalam sebuah baldi berisi air dan setelah kematiannya, mayat kanak-kanak itu dibuang di bawah jambatan.Bapa tirinya, Mohammed Ali Johari, 30 tahun, menjalani hukuman mati pada 2008.

14 hari tukar dua tahun



Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/12/22

pix_gal0
Penjara 
Pegawai kanan polis turut didenda RM25,000 kerana terima rasuahKUALA TERENGGANU: Seorang pegawai kanan polis yang mulanya dihukum penjara 14 hari dan denda RM25,000, kini terpaksa akur apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menambah hukuman kepada penjara selama dua tahun dan denda RM25,000. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu terhadap Deputi Superintendan, Nordin Ahmad, 52, (gambar) dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Kuala Lumpur yang disabitkan kesalahan menerima suapan RM5,000 bagi membebaskan seorang tahanan daripada pusat pemulihan akhlak pada 2005.

Dalam penghakimannya, Abd Rahim berkata, rasuah adalah kesalahan serius dan haram di sisi Islam jika dibiarkan berleluasa dalam masyarakat boleh menyebabkan runtuhnya sebuah negara dan memberi kesan bukan saja kepada mangsa, tetapi juga orang awam.

Malah katanya, lebih dikesalkan tertuduh selaku pihak berkuasa yang mendapat kepercayaan tinggi masyarakat untuk menjaga ketenteraman serta keselamatan awam tidak amanah dalam menjalankan tugasnya.

"Mahkamah tidak boleh lari daripada hakikat bahawa rasuah adalah barah berbahaya yang boleh mengakibatkan runtuhnya sebuah negara, selain hukumnya dalam Islam adalah haram,” katanya.
Penghakiman itu diputuskan beliau selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee, yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Nordin, kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan awam, selain tertuduh adalah seorang penjawat awam dan kerajaan serius membanteras gejala rasuah.

Pada 25 April lalu, Mahkamah Sesyen Kemaman menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM25,000 terhadap tertuduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575). 

Bagaimanapun, tertuduh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mengetepikan sabitan kes dan mengurangkan hukuman.

Dia yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun didapati bersalah menerima suapan kira-kira jam 8.05 malam pada 23 Oktober 2005, di sebuah rumah pangsa di Kampung Fikri, Kemaman ketika bertugas sebagai pegawai di Bahagian Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Pengantin bunuh isteri, pengapit





2010/12/22

Lelaki umum ‘kejutan’ di majlis perkahwinan 

RIO DE JANEIRO: Seorang pengantin lelaki menembak mati isteri yang baru dikahwini dan pengapit lelaki sebelum menembak dirinya selepas mengumumkan kepada tetamu bahawa beliau mempunyai satu ‘kejutan’ buat mereka.
Saksi melaporkan, Rogerio Damascena, 29, seorang pengurus jualan di Camaragibe, di luar bandar raya Recife di Brazil, tidak menunjukkan sebarang tanda tertentu awalnya hingga boleh menyebabkan keadaan akan bertukar buruk pada majlis jamuan perkahwinannya, kata penyiasat polis, Joao Brito.
Brito juga tidak membuat spekulasi terhadap kemungkinan motif kejadian, hanya mengatakan ahli keluarga terkejut dan beliau masih belum dapat menemubual mereka untuk mendapat butiran terperinci kejadian. 

Brito juga berkata, pembunuhan itu dipercayai sudah dirancang kerana pengantin lelaki membuat pengumuman berkenaan dan dia juga menyembunyikan senjata api dalam trak pikap bapanya. 

Pengantin wanita, Renata Alexandre Costa Coelho, 25, dan pengapit lelaki, Marcelo Guimaraes terbunuh dalam kejadian terbabit. Seorang abang kepada pengantin wanita juga dirawat di sebuah hospital tetapi dibenarkan keluar. 

Laman web Globo memetik seorang adik kepada pengantin yang meninggalkan tempat kejadian sebelum tembakan berkata beliau percayakan ia adalah satu jenayah cinta. 
“Kakak saya adalah seorang yang baik yang mahu dan ingin dicintai,” kata Lucia Helena Coelho yang dipetik berkata. 

“Suaminya gembira, beliau juga gembira, majlis berkenaan amat indah. Keluarga lelaki sukakan beliau dan tidak memahami semua ini,” katanya Coelho kepada Globo. – AP

Doktor India diberi pampasan





2010/12/22

Mohamed Haneef
Mohamed Haneef
Australia akui silap tuduh Haneef pengganas

SYDNEY: Seorang doktor India yang tersilap ditahan atas dakwaan terbabit dalam keganasan oleh polis Australia tiga tahun lalu berpeluang berpindah semula ke negara itu selepas memenangi pampasan dari pihak berkuasa di sini.
Mohamed Haneef menerima apa yang disifatkan peguamnya sebagai penyelesaian sulit terhadap kesilapan pihak berkuasa pada 2007 kerana tersilap mengaitkan beliau terbabit dalam cubaan mengebom kereta di lapangan terbang London dan Glasgow.
“Saya amat senang hati dan gembira dengan penyelesaian perkara ini,” kata Haneef kepada pemberita.

“Kesilapan penangkapan dan penahanan saya pada 2007 adalah pengalaman paling perit dan penyelesaian hari ini adalah satu peluang untuk menamatkan kejadian itu daripada hidup saya untuk meneruskan hidup dengan keluarga.”

Haneef ditahan polis pada Julai 2007 di Lapangan Terbang Queensland ketika menunggu penerbangan ke India dengan tiket sehala ber-kata beliau masih menimbang untuk tinggal di Australia semula.

“Saya dan keluarga gembira melawat Australia, terutama melihat rakan di sini dan kami mungkin akan kembali semula ke sini satu hari nanti,” katanya.
Doktor berkenaan yang ditahan 25 hari dan tidak didakwa selama 12 hari, bekerja sebagai doktor di Hospital Gold Coast, Queensland ketika cubaan pengeboman dilakukan di lapangan terbang United Kingdom.

Beliau ditahan dan didakwa kerana dituduh memberi bantuan kepada sebuah pertubuhan pengganas selepas kad SIM telefon bimbitnya dikaitkan dengan cubaan serangan di lapangan terbang terbabit.

Haneef kemudian didapati tidak bersalah dan dianggap menjadi mangsa pendakwaan. Tetapi, pihak berkuasa membatalkan visa kerjanya dan beliau kembali ke India.

Haneef membuat tuntutan pampasan berkenaan awal tahun ini, termasuk pampasan kerugian pendapatan, tekanan emosi dan gangguan terhadap karier perubatan beliau selain reputasinya yang terjejas. – AFP

Konstabel bebas tuduhan cabul Inspektor wanita


KONSTABEL polis, Yusni Yusof dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu. - Foto Azahan Rosli




2010/12/22

PETALING JAYA: Seorang konstabel polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang inspektor wanita yang juga rakan setugasnya, tahun lalu. 

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof di akhir kes pendakwaan.
Yusri, 35, dituduh menggunakan kekerasan jenayah ke atas inspektor wanita berumur 24 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di pejabatnya di sini pada 5.35 petang, 26 Mei 2009.
Yusri, yang sebelum ini digantung tugasnya, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan. 

Aishah ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dengan laporan yang diberikan. 

"Terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh mangsa dalam kes ini kerana berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan bahawa dia dipeluk dari arah belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta peha kanannya diusap sebanyak dua hingga tiga kali oleh tertuduh. 

"Sebaliknya, ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada dia dipeluk atau tertuduh hanya memegang bahunya". 
Aishah berkata, mangsa juga dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak yakin untuk memberi jawapan ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan pembelaan. 

Selain itu, keterangan mangsa tanpa keterangan sokongan tidak dapat membuktikan 
tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah ke atasnya. 

"Tindakan mangsa yang tidak memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan serta-merta dilihat tidak munasabah kerana sebagai pegawai polis, mangsa mempunyai pengetahuan bahawa apa yang terjadi kepada dirinya adalah salah di sisi undang-undang dan mangsa sememangnya ada banyak peluang untuk bercerita masalah yang dihadapi dengan rakan sebiliknya," katanya. 

Sepanjang perbicaraan, empat saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Choong Kak Sen manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden. - BERNAMA 

Pesawat tentera Thai bawa pulang mayat nahas bas


ANGGOTA Tentera Udara Diraja Malaysia mengusung keranda mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lalu ke dalam pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand di Pangkalan TUDM Subang hari ini untuk dibawa pulang ke Thailand. - Foto Aizuddin Saad



2010/12/22

KUALA LUMPUR: Mayat 25 pelancong Thai yang terbunuh dalam kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dua hari lalu, dibawa pulang dengan dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand hari ini.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini pada 5 petang tadi.
Seorang daripada 10 pelancong Thai yang cedera dalam kejadian itu juga dibawa pulang ke Bangkok menerusi penerbangan itu.
Semua mayat itu dibawa dengan sebuah treler dan sebuah van dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan tiba di Subang pada 3.30 petang.

Tiga mangsa yang cedera dibawa dengan ambulans ke Bukit Kayu Hitam hari ini untuk dihantar ke Haadyai manakala enam lagi masih menerima rawatan di Ipoh.

Kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-dua warga Malaysia. - BERNAMA

Gempa 7.4 magnitud landa pulau selatan Jepun





2010/12/22

TOKYO: Gempa kuat berukuran 7.4 magnitud melanda selatan Jepun awal hari ini dengan penduduk di pesisir pantai diarah berpindah bagi mengelak risiko tsunami.
Gempa melanda jam 2.19 pagi waktu tempatan (1719 GMT), di 153 kilometer di timur Chichi-shima di Kepulauan Bonin di kedalaman 14 kilometer. Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan tetapi tsunami dilaporkan berukuran lebih 30 sentimetres melanda rangkaian kepulauan berkenaan, lapor stesen televisyen Jepun.

Agensi Meteorological Jepun mengeluarkan amaran, ombak dijangka menjangkau dua meter dengan penduduk di sekitar pantai diarah segera berpindah. 

Kepulauan Bonin mengandungi lebih 30 dataran dan pulau kecil yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Tokyo dengan penduduk kira-kira 2,700 orang. - AFP
bharian

Bas nahas di Cameron Highlands jenis 'high-decker', bukan dua tingkat





2010/12/22

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lalu diistilahkan sebagai bas "high-decker" dan bukannya bas dua tingkat. 

"Sesebuah bas ''high-decker'' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia bas persiaran.
"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Ditanya sama ada bas ''high-decker'' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Kong berkata ia bergantung sama ada semua keperluan sudah dipenuhi. 

"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya. 

Dalam kemalangan dua hari lalu, bas yang membawa 37 penumpang itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, mengorbankan 25 pelancong rakyat Thai dan dua warga Malaysia, iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu pelancong. 

Sepuluh pelancong Thai pula cedera. - BERNAMA

Bayi kerap menangis koma dibaling bapa



Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2010/12/22

Bayi kerap menangis koma dibaling bapa.
Bayi kerap menangis koma dibaling bapa.
Mangsa bengkak di kepala tak sedarkan diri

MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

Interpol buru dua lagi rakyat Malaysia



Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2010/12/22


pix_gal0
Waran tangkap diedar ke seluruh dunia

KUALA LUMPUR: Dua lagi warga Malaysia disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas di seluruh dunia yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan sejagat.
Sumber memberitahu Berita Harian, Zulkifli Abdhir, 44, yang berasal dari Muar, Johor amat dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) selepas disyaki terbabit dalam kegiatan subversif, termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini.

Permit 19 bawa 35




  • Foto
    KAKITANGAN MIROS dan Puspakom memeriksa bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.
  • Foto
    MAKLUMAT pada badan bas pula mencatat kenderaan itu mempunyai kapasiti 31 penumpang.
Syarikat bas nahas korban 27 nyawa langgar syarat

ALOR SETAR: Bas persiaran dua tingkat yang terbabit dalam nahas mengorbankan 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Ipoh, kelmarin, dipercayai membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan.
bharian