Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

Aminulrasyid teringat ibu ketika dikejar polis, kata rakan





2010/11/30



SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen
hari ini bahawa Amzah, remaja lelaki yang mati ditembak pada 26 April lepas, teringatkan ibunya ketika kereta yang dipandu dikejar kereta peronda polis.
Mohd Zubir Salleh, 15, berkata perkara itu diceritakan rakannya, Muhammad 
Azamuddin Omar yang berada dalam kereta dipandu Aminulrasyid, 15, ketika mereka 
berada dalam tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 di sini, beberapa 
jam selepas kejadian. 
"Azamuddin memberitahu dia dan Aminulrasyid telah dikejar polis, dan polis 
mula lepaskan tembakan bermula di stesen minyak. Azamuddin juga beritahu, 
Aminurasyid ketika itu nak jumpa dengan mak dia, dan Azamuddin beritahu dia larikan diri selepas disepak," katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, 
yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 
di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu. 
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 
maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya. 
Terdahulu, Mohd Zubir berkata beliau terserempak dengan Azamuddin di luar 
pagar sekolah kira-kira 7.20 pagi dan rakannya itu kelihatan takut seperti 
bermasalah. 
Saksi ke-35 pendakwaan itu berkata, Azamuddin kemudian meminta beliau 
mengumpulkan rakan mereka di tandas sekolah sebelum memaklumkan bahawa 
Aminulrasyid telah meninggal dunia. 
"Azamuddin menceritakan mengenai kejadian itu kepada kami tidak sampai 10 
minit, dan selebihnya hanya tangisan yang lama," katanya. 
Beliau berkata Azamuddin turut meminta beliau menyimpan sebuah beg plastik 
berisi kemeja T serta seluar pendek yang dipakainya pada hari kejadian, dan 
beliau kemudian menyorokkan barang-barang itu di lorong berdekatan rumahnya. 
Katanya, beg plastik itu telah diambil oleh anggota polis forensik yang 
datang ke rumahnya pada awal pagi 27 April lalu. 

Mohd Zubir berkata beliau pernah melihat Aminulrasyid memandu kereta milik 
abangnya di kawasan perumahan tersebut. 
Ketika ditanya sama ada beliau pernah menegur mangsa kerana memandu kereta 
tanpa lesen, saksi itu menjawab: "Saya pun tidak ada lesen" menyebabkan mereka 
yang hadir ketawa. 
Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menasihati saksi itu supaya tidak memandu 
kereta tanpa lesen kerana ia menyalahi undang-undang. 
Seorang lagi saksi, R Lokman Hakim R Daly, 23, penunggang motosikal yang 
mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada hari kejadian berkata mangsa 
dilihat memandu kereta seperti orang yang berpengalaman. 
Ketika diminta menerangkan maksudnya, Lokman Hakim berkata: "Dia (pemandu) 
boleh pandu laju dan boleh bawa kereta secara zig-zag untuk elak kereta-kereta 
lain semasa di lampu isyarat." 
Perbicaraan disambung 6 Disember ini.-- BERNAMA

Polis kesan Appu yang hilang


PADANG BESAR - Polis sedang mengesan seorang lelaki Samugam a/l Ramalingam, 43, yang juga dikenali dengan panggilan Appu, yang dilaporkan hilang sejak meninggalkan rumahnya di Taman Kim di sini pada 4 Okt lepas.

Appu, 43, yang bekerja sendiri, dipercayai hilang setelah keluar dari rumahnya di 114, Jalan Kasturi, Taman Kim, dengan memaklumkan kepada isterinya bahawa beliau keluar atas urusan kerja kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros berkata, Appu meninggalkan rumahnya dengan memandu kereta jenis Proton Saga berwarna coklat muda bernombor pendaftaran KAH 5071.

Beliau berkata, pada hari yang sama juga, Appu ada membuat panggilan kepada isterinya bertanyakan hal anak-anaknya kira-kira pukul 8.30 malam tetapi tidak memaklumkan lokasi beliau berada.

Bagaimanapun, sehingga 11 Okt lalu, beliau masih tidak pulang ke rumah sehinggalah satu laporan polis dibuat oleh isterinya pada hari yang sama kira-kira 10.35 pagi, katanya ketika dihubungi.

Che Man berkata, usaha mengesan Appu telah dibuat namun sehingga kini belum berhasil dan siasatan masih diteruskan sehingga kini.

Beliau berkata, Appu mempunyai ketinggian 180 sentimeter, berat 95 kilogram dan berbadan besar, berkulit gelap, berambut pendek, warna mata hitam, bermisai tebal, bentuk mata dan bulu kening sederhana, berhidung mancung dan memakai seluar jeans berwarna biru serta berkemeja lengan pendek berwarna putih pada hari beliau dilaporkan hilang.

Orang ramai yang mengenali atau pernah terjumpa Appu atau kenderaan miliknya diminta segera menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Hassan Abdullah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar menerusi talian 012-4598729 atau 04-9490824 atau berhubung dengan mana-mana balai polis yang berhampiran.

Ibu empat anak didenda RM6,000 kerana ugut jiran


PETALING JAYA - Seorang ibu empat anak didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah mengugut jirannya dalam satu pergaduhan, lima tahun lepas.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan selepas mendapati R.Ravi, 46, yang diwakili peguam Annou Xavier, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ravi didakwa melakukan kesalahan itu terhadap K.Nayaspuri, 56, di depan rumah bernombor 16, Jalan 10/3, Petaling Jaya di sini pada 6.40 pagi, 21 Dis 2005, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Nayaspuri di tempat, masa dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 325 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika
sabit kesalahan.

Aishah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan berjaya menimbulkan
keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan Ravi bahawa dia mencakar muka serta menggigit jari Nayaspuri bagi mempertahankan dirinya ketika diserang, adalah munasabah.

"Isu siapa yang memulakan pergaduhan itu tidak timbul kerana tiada keterangan daripada mana-mana saksi, sama ada pendakwaan atau pembelaan, yang nampak kejadian itu dan sekiranya ada saksi yang nampak pergaduhan itu, semestinya pergaduhan itu akan dileraikan," katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Suami Ravi membayar denda itu.-Bernama

Tukang cuci wanita dipenjara kerana larikan kurung dan cederakan penuntut kolej


PETALING JAYA - Seorang tukang cuci wanita dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah melarikan, mengurung dan mencederakan seorang penuntut lelaki sebuah kolej swasta, empat tahun lepas.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan itu selepas mendapati P.Indrani, 56, yang diwakili peguam V.Samynathan, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Aishah berkata mahkamah mendapati keterangan Indrani
dalam pembelaannya adalah bersifat penafian semata-mata tanpa sokongan dan ia
tidak dapat menyangkal kes pendakwaan.

"Tiada sebab untuk mangsa mereka-reka cerita kerana mangsa tidak pernah melihat tertuduh sebelum ini, dan mangsa tidak ragu-ragu untuk mengecam tertuduh ketika pengecaman dilakukan," katanya.

Indrani yang bekerja di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, didakwa melarikan Mohamed Nor Haja Najimuddin, 23, dengan niat mengurungnya, di depan Kolej Olympia, Jalan Barat Petaling Jaya pada 12.30 tengah hari, 18 Julai 2006.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas
mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Indrani dan rakannya didakwa mencederakan Mohamed Nor
dengan sebilah sabit dan puntung rokok di tempat, waktu dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama 15 bulan bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun, Indrani diperintah menjalani kedua-dua hukuman secara serentak
mulai hari ini.

Mahkamah turut membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan tertuduh daripada RM4,500 kepada RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Sepanjang perbicaraan kes itu, seramai tujuh saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala pembelaan mengemukakan empat saksi.-Bernama

Maut tersepit bawah tayar



SUNGAI SIPUT (U) – Seorang lelaki, M Ramasamy, 51, maut akibat mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, berhampiran lampu isyarat, Taman Dovenby, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menunggang motosikal dari rumahnya di Taman Lintang menuju ke Taman Dovenby dan bertembung dengan sebuah kereta kancil yang dalam perjalanan dari arah Sungai Siput ke Ipoh.

Pemangku Ketua Balai Bomba Daerah Sungai Siput, M Rajamorti berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.50 malam.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota bomba terpaksa mengeluarkan mayatnya yang tersepit di bawah kereta.

“Pihak kami terpaksa mengepam angin ke tiub tayar bagi mengeluarkan mayat mangsa dan difahamkan motosikal yang ditunggang lelaki itu terjatuh serta badannya berada di bawah tayar kereta.

“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa sudah dituntut oleh keluarga.

“Motosikal mangsa dikatakan dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun dan dia hanya mengalami kecederaan ringan serta turut dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, Ramasamy meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Polis Afghanistan tembak mati 6 tentera asing



30/11/2010 3:22pm

KABUL 30 Nov. - Polis sempadan Afghanistan menembak mati enam anggota tentera asing semasa menjalani latihan di timur negara itu semalam, kata seorang pegawai wilayah.
Anggota polis melepaskan tembakan ke atas tentera asing yang sedang melatih mereka di daerah Rachi Ragam dalam wilayah Nangarhar, kata jurucakap gabenor wilayah, Ahmad Zia Abdul Zai.
Serangan oleh anggota polis itu turut membunuh anggota tentera Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang diketuai oleh pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF). Punca kejadian sedang disiasat.
ISAF dalam satu kenyataan berkata, semasa latihan berlangsung beberapa individu dalam polis beruniform sempadan Afghanistan telah mengalihkan senjata mereka ke arah anggota ISAF.
Minggu lepas dua pengebom berani mati yang berpakaian seragam polis Afghanistan telah menggempur sebuah ibu pejabat polis dan membunuh tidak kurang 13 orang anggota di tenggara wilayah Paktika. - Agensi

102 kes pelanggaran disiplin pegawai, anggota polis dikesan



HULU TERENGGANU - Masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota polis dikesan turut berlaku bagi Kontinjen Terengganu dan ia terbukti apabila sebanyak 102 kes kesalahan tatatertib telah dibuka kertas siasatan (KST/HTMT) antara tempoh Januari hingga Oktober 2010.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asistan Komisioner 1, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kesalahan itu melibatkan tujuh pegawai dan 118 anggota berpangkat rendah membabitkan kes-kes seperti jenayah, rasuah, dadah, syariah, salah laku, tohmahan dan 'Enquiry Committee'.

"Pelanggaran disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tata Tertib, 1993) ini adalah antara cabaran dalaman bagi PDRM.

"Malah, kita juga turut gusar dan kecewa kerana ada warga kontinjen ini dikesan terlibat penyalahgunaan dadah sama ada mereka sebagai penagih atau lebih menakutkan, terdapat juga yang terlibat dalam kes pengedaran," katanya.

Dalam konteks ini katanya, modal insan adalah aspek penting bagi pembangunan organisasi selain beberapa pendekatan sedia ada untuk menangani masalah seperti ini termasuklah melalui Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) yang wajib dilaksanakan secara serius serta berkesan.

"Skim ini merupakan satu langkah yang membolehkan Pegawai Penyelia mengambil tindakan te r hadap pegawai dan anggota diselia.

"Sehubungan itu, diharapkan semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan peringkat penyelia dapat bertanggungjawab terhadap pelaksanaan skim ini dengan penuh akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan PDRM Peringkat Kontinjen Terengganu di IPD Hulu Terengganu, di sini, semalam yang turut dihadiri Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Menurutnya, dalam perkem bangan berkaitan, bagi tempoh Januari hingga September 2010, terdapat 3,418 kes dilaporkan berbanding 4,489 kes dalam tempoh sama bagi tahun 2009.

Polis Kontinjen Terengganu juga berjaya menurunkan jenayah indeks sebanyak 1,071 kes bersamaan negatif 23.86 peratus.

"Pada masa sama, Kontinjen Terengganu telah dapat menye lesaikan sejumlah 1,894 kes daripada jumlah kes 3,418 kes keseluruhan yang dilaporkan sehingga September tahun ini bersamaan dengan 55.4 peratus.

"Sungguhpun terdapat pe nu runan indeks jenayah keseluruhan, tetapi kes jenayah indeks jalanan seperti samun berkawan tanpa senjata api, samun tanpa senjata api dan kes ragut masih ketara berlaku," katanya.

Menurutnya, statistik sehingga Oktober 2010 mencatatkan sebanyak 186 kes dilaporkan berbanding 175 kes bagi tempoh sama 2009.

Korea Selatan tidak sengaja bedil peluru berpandu




SEOUL - Pasukan tentera Korea Selatan menyatakan secara dengan tidak sengaja mereka melepaskan peluru berpandu semasa latihan tentera darat yang diadakan kelmarin, menurut jurucakap pasukan tentera Korea Selatan.

Menteri Pertahanan negara itu enggan memberikan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

Jurucakap pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa latihan ketenteraan yang diadakan bersama dengan Korea Selatan di Laut Kuning tidak melibatkan sebarang latihan yang menggunakan peluru berpandu.

Latihan peluru berpandu itu dilakukan berhampiran Munsan dan mendarat di bahagian selatan pulau yang menjadi garisan sempadan bagi pasukan tentera di negara itu.

Menurut pegawai media Korea Selatan, Korea Utara tidak memberikan sebarang kenyataan balas berhubung dengan kejadian tersebut.

Cubaan bunuh diri kali kedua gagal




PENDANG – Gara-gara bunyi pelik yang sering didengarnya menyebabkan seorang warga emas di Kampung Batu Hampar Kanan bertindak menggantungkan diri.

Warga emas berkenaan Ismail Abdullah, 80, bertindak menggantungkan diri menggunakan wayar elektrik di hadapan rumahnya kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin, namun gagal apabila tindakannya itu disedari remaja yang melalui kawasan berkenaan.

Ketika di tempat kejadian, Sinar Harian mendapati penduduk dan pihak kesihatan sedang berusaha menurunkan mangsa dari tali gantung dan keadaannya lemah. Berikutan itu mangsa terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.�

Penduduk berdekatan mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan remaja yang melihat kejadian itu dan segera ke rumah mangsa bagi menyelamatkannya.

Salah seorang penduduk berkata, sebelum ini mangsa pernah menggantungkan diri kerana dikatakan runsing apabila sering mendengar pelbagai bunyi pelik.

“Hujung September lalu mangsa bertindak menggantungkan diri, namun gagal dan pada kali ini mangsa bertindak melakukan perkara sama.

“Mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah dan sering bercerita tidak mahu lagi hidup dan pernah beberapa kali memberitahu ingin membunuh diri namun, mereka sering menasihati mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa sering mengadu mendengar pelbagai bunyi menyebabkannya sering mendapatkan rawatan cara tradisional daripada pelbagai bomoh namun tidak berjaya.

Sementara itu, penduduk, Sharulnizam Abd Hafiz, 13, dan Zarul Azham Abu Bakar, 15, berkata, mereka melihat kejadian itu semasa melalui kawasan berkenaan menyebabkan mereka memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

Sharulnizam berkata, mereka tidak berani ke tempat kejadian selepas melihat mangsa sudah terkulai.

“Sebelum kejadian, kami berada di kawasan berhampiran rumahnya dan melihat mangsa sedang menebas rumput di kawasan rumahnya dan memanggil kami membalut rokok daun namun, kami enggan kerana tidak menghisap rokok.

“Selepas beredar dari kawasan itu, kami ke pusat Internet dan lebih satu jam kami melalui kawasan itu semula dan melihat badan mangsa terkulai,” katanya.

Baru-baru ini Sinar Harian menerima beberapa panggilan daripada penduduk memaklumkan mangsa ingin berjumpa wartawan untuk melaporkan bahawa mangsa ditipu bomoh namun, hasratnya tidak kesampaian kerana laporan itu tidak tepat menyebabkan wartawan gagal ke kediamannya.

Israel dalang pembunuhan ahli sains nuklear: Ahmadinejad





2010/11/30

TEHRAN: Presiden Iran menuduh Israel dan Barat menjadi dalang dalam dua serangan bom yang membunuh seorang ahli sains nuklear dan mencederakan seorang lagi dalam serangan di jalan raya di Tehran semalam.

Mahmoud Ahmadinejad turut mengakui untuk pertama kalinya bahawa cecacing komputer menjejaskan alat emparan program pemeringkatan uranium Iran.
Ahmadinejad dan pegawai Iran lain berikrar program nuklear itu tidak akan terjejas akibat apa yang beliau sifatkan sebagai kempen sabotaj, sama ada menerusi pembunuhan atau virus komputer.
Dua serangan bom itu dilancarkan penyerang bermotosikal yang melekatkan bom bermagnet pada kereta dua ahli sains nuklear yang memandu ke tempat kerja di dua bahagian ibu negara Iran semalam.

Bom terbabit meletup beberapa saat kemudian dan membunuh seorang ahli sains dan mencederakan seorang yang lain serta mencederakan isteri kedua-dua mangsa.

Sekurang-kurangnya dua ahli sains nuklear Iran dibunuh sejak beberapa tahun lalu, seorang daripada menerusi kaedah sama seperti semalam. - AP

Pelajar AS tahan tebusan di kelas tembak diri sendiri





2010/11/30

MARINETTE, Wisconsin: Seorang pelajar sekolah menengah mengeluarkan pistol dan menembak sebuah projektor di akhir waktu sekolah dan menjadikan 23 rakan sekelas dan seorang guru sebagai tebusan selama liam jam sebelum menembak diri sendiri apabila polis menyerbu masuk. 

Zach Campbell, seorang daripada lima mangsa tebusan yang dibebaskan selepas meyakinkan pelajar terbabit mereka perlu ke tandas, berkata mereka cuba sedaya upaya menenangkan pelajar Marinette High School berusia 15 tahun itu dengan berbual berjam-jam mengenai memburu dan memancing.
“Kami hanya mahu disukai beliau. Beliau kelihatan murung tetapi tidak berapa kelihatan seperti mahu mencederakan sesiapa," katanya.
Pegawai polis yang bersedia di luar kelas itu mendengar tiga tembakan sebelum jam 8 malam dan merempuh pintu kelas. 

Ketua polis, Chief Jeff Skorik, berkata pelajar terbabit yang berdiri di depan kelas, menambak diri sendiri kita pegawai polis menuju ke arahnya. 

Kelopak peluru senjata separuh automatik kaliber .22 dan 9 mm ditemui di tempat kejadian. 

Pelajar itu enggan berhubungan dengan pegawai polis semasa drama tebusan itu tetapi membenarkan guru berkenaan bercakap dengan pihak berkuasa menerusi telefon. 
Beliau sebelum itu mengarah rakannya meletakkan telefon bimbit di tengah bilik dan memecahkan telefonnya sendiri apabila ia berbunyi. - AP

Bapa Syafiah, rakan sekerja diperintah bela diri





2010/11/30

SHAH ALAM: Bapa kepada Syafiah Humaira Sahari, kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh teman lelaki ibunya Februari lalu, Sahari Usul, dan dua rakan sekerjanya diperintahkan membela diri di akhir kes pendakwaan, hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Badariah Sahamid memerintahkan Sahari yang berpangkat Konstabel, rakan sekerjanya, Korporal Ailias Yahaya dan Konstabel Saiful Azlan Shah Abdullah, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Sahari yang sebelum ini bertugas di Balai Polis Subang Jaya, manakala Ailias dan Saiful Azlan Shah bertugas di Balai Polis Sungai Plong, didakwa mengikut Seksyen 302 yang dibaca bersama dengan Seksyen 34, Kanun Keseksaan, membunuh pekerja bengkel, Yusrizal Yusuf, seorang warga Indonesia, di Ladang Caledonia KM 22, Jalan Kuala Lumpur – Kuala Selangor, Batu Arang, Gombak, antara jam 10 hingga jam 11.30 malam pada 13 Januari 2006.
Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dikenakan hukuman mati mandatori. 

Menurut keterangan saksi sebelum ini, mangsa pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita, Zainun Talib, antara Mei dan Jun 2005 dan hubungan sulit itu diketahui suami wanita berkenaan, Alias Mohamad Isa. 

Alias yang juga Saksi Pendakwaan ke-20 (SP20) kes berkenaan, ketika dalam keterangannya memberitahu mahkamah beliau mengetahui mengenai hubungan sulit itu daripada seorang lelaki Abdul Aziz bin Osman (SP17). 

SP20 sebelum ini memberi keterangan bahawa mangsa pernah menghubunginya dan mengugut untuk melarikan isterinya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), menyebabkannya membuat laporan polis mengenai ugutan itu di Balai Polis Kuang. 
Beliau juga menjelaskan pada 11 Januari 2006, beliau nampak mangsa berkeliaran di kawasan tempat tinggal beliau dan isterinya. 

Pada 13 Januari 2006, ketika Alias ke pejabatnya di Sungai Buloh beliau memberi keterangan ada menerima panggilan telefon daripada Sahari, supaya mengambil laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kuang. 

Saksi itu kemudian memberitahu mahkamah, beliau ada ke Balai Polis Sungai Plong untuk serahan salinan report kepada Sahari. 

Ketika di balai polis berkenaan, Alias memberitahu mahkamah, beliau nampak mangsa berada di situ bersama-sama tiga orang lain termasuk Sahari, sebelum beliau memarahi mangsa. 

Alias turut memberitahu mahkamah beliau ada membuat laporan polis membabitkan ugutan oleh mangsa dua minggi sebelum kejadian yang mengatakan kalau abang pukul saya, pukul sampai mati, kalau saya tak mati saya akan bunuh semua anak beranak abang dan 7 keturunan”. 

Mahkamah juga diberitahu, Alias dan dan isterinya pulang ke rumah dan masuk tidur pada jam 10 malam hari yang sama. 

Bagaimanapun, pada jam 11 malam, Alias menerima panggilan telefon daripada seorang bernama Sulaiman Mohamad (SP33) dan meminta Alias membawa kad sim telefon yang di ambil dari telefon mangsa sebelum itu sebelum berjumpa dengan Ailias, Sulaiman dan Saiful Azlan Shah. 

Ketika menyerahkan kad sim itu kepada Ailias, tertuduh kedua menunjukkan tiga kelongsong peluru dan berkata "Dah padamlah". 

Mahkamah juga mendengar keterangan Sulaiman bahawa pada 13 Januari 2006 pada malam kejadian, beliau nampak Saiful Azlan Shah melepaskan tiga tembakan di kepala mangsa yang ketika itu sedang melutut dengan tangan digari di belakang. 

Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun dan dibantu timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala pembelaan diwakili peguam Kuldeep Kumar, M Athimulan dan Ravi Shankar Ghandi.

Tiga anggota polis dipenjara setahun kerana rasuah

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Koperal dan dua lagi yang berpangkat Lans Koperal, masing-masing dihukum penjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana menerima rasuah daripada seorang pemilik kafe, lapan tahun lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dihukum penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Tetuduh pertama, Koperal Abd Aziz Mohd Din, 48, dan tertuduh kedua, Lans
Koperal Saadon Khamis, 52, didakwa bersama-sama menerima suapan RM1,500 daripada
seorang pemilik kafe, Sharifah Asna Syed Hashim Idid sebagai dorongan untuk

tidak mengambil tindakan ke atas Sharifah Asna yang dikatakan mempunyai pekerja
asing tanpa permit.

Tertuduh ketiga Lans Koperal Shafie Ariffin, 47, pula didakwa menerima suapan RM1,000 daripada Sharifah Asna untuk tujuan sama.

Ketiga-tiga mereka yang ketika itu bertugas di Balai Polis USJ 8, Subang
Jaya didakwa melakukan perbuatan tersebut di Kafe Ceria, USJ, Subang Jaya,
Selangor, kira-kira pukul 2.30 petang, 15 Oktober 2002.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, bagi
setiap kesalahan.

21 pengikut ajaran sesat dilepaskan tanpa bebas





2010/11/30

PUTRAJAYA: Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, hari ini melepaskan tanpa bebas 21 individu, kesemua mereka terdiri daripada enam warga Indonesia, dua Bangladesh dan selebihnya warga tempatan berusia 30-an hingga 50-an. 

Mereka dilepaskan dengan bon jaminan antara RM1,100 hingga RM8,000 masing-masing dengan penjamin kakitangan kerajaan manakal warga negara Malaysia bagi warga asing.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12 (c) iaitu mengingkari kuasa yang sah, Seksyen 13 (1) iaitu mengembangkan atau menyebarkan ajaran Islam atau Hukum Syara’ yang bertentangan dengan fatwa dan Seksyen 97 (1) (2) iaitu mendirikan bangunan yakni untuk bersolat tanpa kebenaran daripada Majlis.
Ketika jaminan dibacakan, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah, berkata jaminan adalah bagi memastikan semua suspek bekerjasama sepanjang siasatan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Sebutan semula kes itu adalah 28 Disember 2010. 

Jumaat lalu, kesemua 21 pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) ditahan selepas solat Jumaat di Lot 34 dan 38 Sungai Tangkas, Kajang, dekat sini.

Juruteknik edar dadah dihukum gantung sampai mati

ALOR SETAR: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1147.3 gram dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizan Yahaya,
50, yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati
mandatori, jika sabit kesalahan.

Semasa penghakiman dibacakan, tertuduh yang berbaju kemeja-T putih dan
berseluar gelap kelihatan tenang, manakala isteri serta anaknya yang berada di
tempat duduk awam kelihatan sebak.

Azizan yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat produk kesihatan
di sini didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya bernombor 1154 Taman
Bersatu, Jalan Kuala Kedah di sini pada 15 Jun 2008 pukul 3.15 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim manakala
tertuduh diwakili peguam S.P Raman.

Juruteknik dihukum gantung kerana edar dadah



30/11/2010 3:09pm

ALOR SETAR — Seorang juruteknik dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1147.3 gram dua tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizan Yahaya, 50, yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Azizan yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat produk kesihatan di sini didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya bernombor 1154 Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah di sini pada 15 Jun 2008 pukul 3.15 pagi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhayati Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam S.P Raman. — Bernama

Hanyut dalam longkang

KUALA LUMPUR: Pantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki terselamat walaupun dia dihanyutkan arus deras selama hampir satu jam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa yang sedang bercucuk tanam dikatakan terjatuh ke dalam longkang besar di Bukit Indah, Ampang di sini, ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, selepas dihanyut arus sejauh hampir satu kilometer, mangsa berusia 50 tahun akhirnya berjaya menyelamatkan diri dari lemas dengan berpaut pada sebatang pokok di dalam longkang sama di Taman Kosas, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Shaari Abdullah berkata, mangsa, S. Rajeshwaran ditemui penduduk Taman Kosas yang kemudian menghubungi bomba jam 2 petang.

“Sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sedang berpaut pada sebatang pokok dalam keadaan lemah berikutan terpaksa bertahan dari terus dihanyutkan.

“Seramai lima anggota turun ke dalam longkang untuk menyelamatkan mangsa. Ketika itu arus sungai semakin perlahan dan tidak menyukarkan kerja menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, akibat dihanyut arus longkang yang deras, mangsa turut cedera di seluruh anggota badan.

“Mangsa bernasib baik kerana sempat berpaut pada dahan pokok berkenaan kerana mangsa mungkin akan maut jika hujan berterusan atau dihanyutkan ke sungai,” ujarnya.

Penumpang van putus kaki

IPOH: “Saya terkejut daripada tidur kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam) dan tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Saya cuba melelapkan mata semula, tapi tak boleh.
“Saya teringatkan anak ketiga kerana ketika itu dia bekerja. Banyak kali saya cuba menghubunginya, tapi gagal menyebabkan perasaan semakin gelisah hingga dihubungi seorang pekerja yang menaiki van dipandu anak mengatakan mereka terbabit kemalangan,” kata Mohd Radzi Kot, 55.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi semalam, van pekerja kilang dipandu Mohd Hazizi, 25, terbabas sebelum melanggar besi penghadang Jambatan Kampung Kepayang dan hampir terjunam ke dalam Sungai Raia di Jalan Raja Nazrin Shah, dekat sini.

Kemalangan itu menyebabkan seorang penumpang wanita yang hanya dikenali Mariyana, 25, putus kaki kiri dan patah tangan kiri manakala Mohd Hazizi parah di kepala dan tangan kiri.

Enam penumpang lain cedera ringan dan tiga lagi menerima rawatan pesakit luar. Semua penumpang wanita berkenaan termasuk Mohd Hazizi dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini, untuk rawatan kecemasan.

Ketika kejadian, van itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghantar 10 pekerja wanita ke sebuah kilang perabot di Klebang, di sini.

Mohd Radzi yang tinggal di Chenderong Balai, Teluk Intan berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat panggilan kira-kira jam 5.15 pagi.

“Sebaik tiba, badan saya lemah dan lutut menggeletar melihat keadaan van yang remuk teruk.

“Ketika itu semua mangsa sudah dikejarkan ke hospital termasuk penumpang yang menghubungi saya. Saya terbayangkan anak dan beberapa penumpang lain terbunuh. Namun, hanya Allah yang tahu betapa lega hati apabila dimaklumkan seorang anggota polis tiada nyawa terkorban.

“Kemalangan mungkin berpunca daripada kecuaian anak kerana berdasarkan keadaan van dan tempat kejadian, ia dipandu laju,” katanya yang turut bekerja sambilan sebagai pemandu van kilang berkenaan secara bergilir mengikut syif dengan anaknya.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Mohd Rejab berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jambatan.

“Kemalangan itu mengakibatkan seorang penumpang wanita yang hanya dikenali Mariyana, 25, putus kaki kiri dan patah tangan kiri manakala pemandu van cedera parah di kepala dan tangan kiri.

“Enam penumpang lain cedera ringan dan tiga lagi hanya menerima rawatan pesakit luar.

Pelajar sembunyi atas siling asrama selepas menyamun

KEMAMAN: Seorang pelajar institusi kemahiran dekat sini, gagal memboloskan diri daripada ditahan polis walaupun bersembunyi di atas siling asrama pusat pengajiannya itu sebaik menyedari diserbu pihak berkuasa yang menerima maklumat dia terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Geliga, di sini, semalam.
Dia yang berusia 20 tahun dikatakan tidak sempat membelanjakan hasil samun bersama rakan subahatnya berikutan pihak berkuasa lebih awal melakukan serbuan yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis senjata termasuk pisau dan pistol selain kelengkapan lain dipercayai digunakan dalam kejadian samun yang dilaporkan kira-kira dua jam sebelum itu.

Dalam serbuan sama kira-kira jam 8.30 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki disyaki rakan subahatnya berusia 22 tahun yang tidak bekerja, selain menemui kira-kira RM1,000 dipercayai hasil rompakan disembunyikan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi memberitahu, satu sidang akhbar akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini berhubung kejadian berkenaan.

“Saya akan adakan sidang akhbar esok (hari ini). Kes baru saja dilaporkan dan pihak berkuasa masih mengumpul maklumat untuk meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro petang semalam.

Difahamkan, penahanan dua individu semalam adalah antara penyelesaian kes terpantas polis Terengganu setakat ini berdasarkan tindakan segera pihak berkuasa itu sejurus menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian samun di kedai berkenaan.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu bergegas ke lokasi dan menjalankan gerakan memburu sebelum mereka menerima gambaran awal berkaitan suspek.

Ekoran maklumat itu, polis menyerbu sebuah asrama di Kemaman dan menahan dua individu berusia 20 dan 22 tahun selain rampasan beberapa senjata dan kelengkapan yang disyaki digunakan ketika menyamun.

Harian Metro difahamkan, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi semalam apabila dua lelaki bersenjata dan bertopi keledar serta menutup muka, menyamun kedai serbaneka berkenaan sejurus meluru ke kaunter dan melarikan wang tunai kira-kira RM3,500.

Ketika kejadian, tiga pekerja berada dalam kedai berkenaan, namun kedua-dua suspek itu sempat melarikan diri sebelum orang ramai yang melihat kejadian menghubungi polis.

Sebaik menerima maklumat, anggota bilik gerakan melakukan hebahan segera menyebabkan polis bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan soal-siasat dengan lebih pantas sebelum memperoleh gambaran kasar mengenai suspek.

Berdasarkan maklumat itu, satu serbuan dilakukan di asrama itu sebelum menahan dua lelaki dan merampas semula beberapa barangan seperti jaket, resit jualan, peti wang, topeng, sarung tangan, pisau, pistol buatan sendiri serta dua peluru.

Ibu rentung

REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.



TUTUP...mayat mangsa dibawa ke HTAA.
TUTUP...mayat mangsa dibawa ke HTAA.


KUANTAN: Kegembiraan seorang ibu untuk menyambut menantu berakhir tragedi menyayat hati apabila dia rentung selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas mengedar kad kahwin anak perempuannya yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember ini.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari di Kilometer 35, Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, semalam, mangsa, Senik Osman, 69, rentung selepas kereta Proton Iswara dinaiki bersama suaminya, Abdul Ghani Ahmad, 72, dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu seorang lelaki, Patrick Chai Yew Fai, 22.

Mangsa yang berasal dari Bukit Kuin, di sini, tidak sempat diselamatkan apabila kenderaan mereka terbakar selepas dirempuh kereta dipandu Patrick yang berasal dari Kubang Buaya, di sini.

Suami mangsa yang juga seorang mekanik dan Patrick dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Difahamkan, pasangan warga emas berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kemaman selepas mengedarkan kad undangan perkahwinan anak keempat mereka, Fauziah Abd Ghani, 30, yang dijadualkan berlangsung bulan depan di rumah mereka kepada saudara-mara di Kemaman.

Adik mangsa, Mohamad Abdul Rahman, berkata kakaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi semalam dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

Katanya, kakaknya gembira kerana Fauziah akan melangsungkan perkahwinan dan segala persiapan untuk menyambut ‘orang baru’ dalam keluarga berjalan lancar.

“Saya sedih apabila mengenangkan peristiwa ini. Kali terakhir saya berbual dengannya kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) dan dimaklumkan mereka berdua dalam perjalanan balik ke rumah.

“Dia hanya memaklumkan sudah mengedarkan kad undangan itu di sana (Kemaman),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan awal mendapati kereta Vios dipandu Patrick dalam perjalanan dari Kuantan ke Kemaman cuba memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta dipandu Abdul Ghani.

Katanya, akibat pertembungan itu, pemandu kereta Proton Iswara yang parah sempat keluar dari kenderaan, namun seorang lagi penumpang di tempat duduk depan dipercayai tersepit gagal keluar sebelum kenderaan itu terbakar.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng, dekat sini, tiba di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebelum mayat Senik dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat HTAA.

Zulkifli berkata, kedua-dua mangsa yang parah dihantar ke HTAA untuk rawatan dan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perut terburai

KAJANG: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan perut terburai selepas dipercayai ditikam di Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.
Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.

“Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.

“Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati tompokan darah pada permukaan jalan sebelum pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai pasport dan permit kerja sah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.

“Akibat hujan lebat, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 malam dan disambung semula jam 8 pagi tadi (semalam).

“Kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis menemui mayat mangsa dalam kawasan hutan kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjun,” katanya.

Sakaruddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa masuk ke dalam hutan itu kerana mahu melarikan diri daripada suspek, namun maut kerana mengalami pendarahan serius.

Mangsa cedera di perut dengan kesan torehan pada sebelah kiri sehingga menyebabkan perutnya terburai. “Tiada unsur samun kerana dompet mangsa masih bersamanya. Berdasarkan penemuan permit kerja mangsa, polis menemui majikan, namun mangsa sudah dua tahun berhenti kerja dan bekerja di tempat lain,” katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif mangsa ditikam, namun siasatan lanjut masih dalam siasatan.

Menurutnya, saksi kejadian gagal mengenal pasti suspek ekoran tiada nombor plat pada motosikal ditunggang mereka ketika kejadian.

Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ayah tergantung di alang pintu

BENTONG: Kelu lidah dua beradik apabila menemui bapa mereka tergantung dipercayai membunuh diri di sebuah taman perumahan di Karak, dekat, sini, petang kelmarin.
Kejadian jam 4.30 petang itu disedari dua anak mangsa yang berusia 6 dan 11 tahun selepas menemui bapa mereka tergantung pada satu alang pintu bilik di rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, mangsa yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori dipercayai melakukan perbuatan terbabit dengan mengambil kain langsir dan menggantungnya pada alang pintu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata sebaik melihat bapa mereka tergantung, dua beradik terbabit menjerit sekuat hati kerana terkejut sebelum memaklumkan kepada abang sulung mereka berusia 15 tahun yang pulang ke rumah.

Menurutnya, remaja itu meminta bantuan jiran terdekat untuk menghubungi Balai Polis Karak, dekat sini, sebelum mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Bentong (HB).

Ahli perniagaan, anak ditikam

BANGSAR: Seorang ahli perniagaan parah di kepala dan tangan akibat ditikam bertubi-tubi menggunakan sebatang besi dipercayai pemecah ais oleh perompak yang menceroboh rumahnya di Jalan Limau Purut, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, anak bongsu ahli perniagaan terbabit berusia 22 tahun yang berada di ruang tamu bersama bapanya itu turut ditikam di kepala.

Difahamkan, ketika kejadian dua lelaki berusia 20-an menyelinap masuk ke rumah banglo itu untuk mencuri barang kemas, namun kecewa apabila diberitahu tiada barang bernilai itu. Anak kedua mangsa, Parul Girisha Kumar, 28, yang terselamat berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik sebelum mendengar pertengkaran di ruang tamu. “Saya ke ruang tamu dan terkejut apabila mendapati bapa dan adik terbaring berlumuran darah akibat ditikam bertubi-tubi di kepala,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Parul berkata, sejurus mengambil barang berkenaan, kedua-dua perompak terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah Proton Wira berwarna kelabu. Menurutnya, kejadian itu disaksikan jirannya yang melihat kelibat dua lelaki berlari keluar dan menaiki sebuah kereta selain kelihatan dua lagi suspek di dalam kereta terbabit. “Jiran saya membawa bapa dan adik ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan, manakala saya menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kes itu dan usaha memburu keempat-empat suspek giat dijalankan.

Hampir pengsan lihat mayat anak tepi jalan raya

KANGAR: Seorang duda hampir pengsan apabila melihat mayat anak bongsunya berusia enam tahun terbujur kaku di tepi jalan raya selepas dilanggar sebuah lori kuari di Jalan Sungai Batu Pahat, berhampiran Ladang Harum Manis, dekat sini, semalam.
Mangsa, Zaqwan Iskandar Zainuddin, murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Abi, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar kenderaan berat terbabit ketika menunggang basikal seorang diri untuk mencari abangnya, kira-kira jam 11.35 pagi.

Bapa mangsa, Zainudin Mat Said, 41, pekerja kuari di situ, berkata ketika tiba di tempat kejadian, mayat anaknya sudah ditutup dengan daun pisang dan dia terketar-ketar membukanya untuk melihat mayat berkenaan.

“Selepas diangkat daun pisang itu, sah mayat terbabit anak bongsu saya. Ketika itu, saya tidak mampu bersuara dan terdiam sebelum ditenangkan rakan-rakan.

“Darah masih mengalir keluar daripada mulut dan hidung Zaqwan ketika saya tiba di tempat kejadian. “Arwah mungkin mengalami kecederaan dalaman akibat digilis lori kuari berkenaan,” katanya ditemui di rumahnya di Jalan Harumanis Sungai Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Katanya, selepas bercerai dengan isteri setahun lalu, Zaqwan yang petah bercakap menjadi teman tidurnya dan kehilangannya begitu dirasai. “Dia bakal menduduki tahun satu di Sekolah Kebangsaan Abi, Januari depan.

“Buku dan beg sekolahnya untuk persekolahan tahun depan ada dalam simpanan saya di rumah. Saya tak sempat melihatnya memasuki alam persekolahan sebenar bersama abang dan kakaknya berusia 10 dan 12 tahun,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu Pahat, jam 6.30 petang semalam. Isteri Menteri Besar, Datin Seri Asiah Asmuni, hadir pada majlis pengebumian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah lori kuari dalam kejadian jam 11.35 pagi.

Katanya, lori tanpa muatan kuari terbabit datang dari arah Kangar menuju ke Sungai Batu Pahat dikatakan menyeret mangsa sejauh 15 meter bersama basikal ditungganginya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah menahan pemandu lori berasal dari Changlun, Kedah berusia 53 tahun itu untuk diambil keterangan.

Dikeroyok geng penarik kereta

SUNGAI PETANI: Seorang wanita mengalami detik ngeri apabila terpaksa bergelut dengan beberapa lelaki yang juga penarik kereta yang menceroboh kawasan rumahnya di Taman Petani Jaya, di sini, Sabtu lalu untuk merampas kereta miliknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Norlieza Mohd Isa, 24, cedera di lengan kiri akibat ditoreh dengan pisau serta cedera di beberapa bahagian badan akibat dipukul kumpulan lelaki terbabit.

Menceritakan semula kejadian itu, Norlieza berkata, ketika kejadian dia berseorangan di rumah sewanya manakala rakannya keluar sebelum melihat dua kereta dinaiki enam lelaki berhenti di depan rumah.

“Empat daripada mereka kemudian bertindak membuka pintu pagar yang tidak berkunci sebelum menceroboh ke kawasan rumah serta membuka pintu kereta Proton Wiranya dengan mengumpil menggunakan peralatan tajam.

“Saya cuba menghalang mereka daripada merosakkan kereta sebelum seorang meminta kunci kereta. “Saya enggan memberinya kerana mereka tidak menunjukkan notis penarikan kereta daripada bank,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak kurang ajar apabila menyatakan mahu merampas kereta itu untuk kegunaan mereka dan mahu menjual peralatan kereta itu bagi mendapatkan wang. Malah, mereka turut mencabarnya menghubungi polis apabila dia cuba menghalang perbuatan itu.

Katanya, cubaannya untuk menghalang menyebabkan berlaku pergelutan hingga dia dipukul dan dicederakan sebelum ditolak hingga terjatuh.

“Saya bernasib baik apabila teman serumah tiba-tiba pulang dan segera menghubungi polis menyebabkan kumpulan lelaki itu beredar dan tidak sempat merampas kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Menurutnya, dia menghubungi bank berkenaan dan mereka mengakui mengeluarkan notis berkenaan tetapi tidak mengarahkan kumpulan lelaki itu merampas kereta berkenaan dan memintanya membuat laporan polis.

Katanya, kejadian itu kali kedua berlaku apabila kumpulan sama menahannya di Jalan Ibrahim, di sini, pada 9 November lalu.

“Kereta saya tiba-tiba dihalang Proton Waja dinaiki dua lelaki sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalam kereta dan mengugut menyerahkan wang jika tidak mahu kereta dirampas. Saya yang ketakutan memberikannya RM100 sebelum mereka beredar.

“Bagaimanapun, setengah jam kemudian ketika di kawasan Kampung Penghulu Him, di sini, dua lagi lelaki dipercayai rakan mereka menghalang kereta saya dan meminta RM2,000. Norlieza berkata, dia yang ketakutan memberikan RM1,500 sebelum baki RM500 diberikan malamnya.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan membuka kertas siasatan.

Lapan beranak sehelai sepinggang



Oleh Ramli Hussin 
bhkb@bharian.com.my
2010/11/30

Rumah pusaka hangus di Gong Nibong Hulu 

BACHOK: Lapan beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka yang didiami mereka, musnah dalam kebakaran dekat Gong Nibong Hulu, di sini awal pagi kelmarin.
Kebakaran kira-kira jam 1.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, ketika keluarga buruh binaan, Mohd Zahar Rifin, 38, dan isterinya, Zariah Mohammad, 36, bersama enam anak mereka sedang tidur.
Mohd Zahar berkata, sebelum kejadian beliau bangun memasang ubat nyamuk sebelum secara tiba-tiba salah satu lampu siling di ruang tamu rumah itu meletup sebelum percikan api berlaku. 

Berikutan kejadian itu, katanya, percikan api menyambar siling ruang tamu sebelum merebak dengan pantas, menyebabkan dia bergegas mengejut isteri dan anak yang berusia antara 18 bulan hingga 12 tahun bangun menyelamatkan diri. 

"Api merebak dengan pantas memusnahkan rumah kayu pusaka ibu bapa saya menyebabkan saya dan keluarga tidak sempat menyelamat sebarang harta benda dari rumah ini. 

"Paling menyedihkan, kebakaran ini bukan saja menyebabkan kami hilang tempat berteduh, malah motosikal yang menjadi pengangkutan utama untuk keluar bekerja mencari rezeki juga musnah terbakar," katanya ketika ditemui. 
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Che Malek Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.35 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama 11 anggota dan dua jentera termasuk dari jentera dari Pasir Puteh. 

"Ketika kami sampai, rumah kayu itu sudah musnah sepenuhnya. Punca kejadian masih dalam siasatan dengan anggaran kerugian yang dialami keluarga terbabit kira-kira RM50,000," katanya. 

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa dan Penyelaras DUN Jelawat, Datuk Dr Ilias Hussin, berkata pihaknya akan berusaha menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit jika wakil rakyat di kawasan itu gagal membantu mereka. 

"Kita akan menilai keperluan keluarga terbabit dan berusaha mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Pusat bagi meringankan beban mereka, jika wakil rakyat kawasan itu gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib mereka," katanya.

Perompak kaget cabut

KUALA LUMPUR: Niat jahat seorang penjenayah bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas bertukar lucu apabila dia kelam-kabut melarikan diri selepas pemilik kedai emas berkenaan menjerit meminta tolong.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, penjenayah veteran berusia lewat 50-an berkenaan pulang dengan tangan kosong selepas tergamam dengan tindakan pemilik kedai emas di Jalan Pudu, di sini, yang menjerit walaupun diacukan pistol.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun bersama ayahnya sedang membuka pintu kedai emas terbabit untuk mulakan perniagaan.

“Ketika itu seorang lelaki bertubuh kurus tiba-tiba masuk ke dalam premis sebelum mengacukan pistol ke arah kedua-dua mangsa. Bagaimanapun, suspek yang menyangka mangsa akan kaku akibat ketakutan terkejut apabila kedua-dua mangsa lari melalui pintu belakang premis.

“Mangsa yang berjaya melarikan diri kemudian menjerit meminta tolong sambil mengatakan ada perompak mahu menyamun kedai emas terbabit. Tindakan itu menyebabkan penjenayah panik sebelum melarikan diri tanpa sempat mengambil barang kemas diidamkan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian segera membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung kejadian.

Penumpang van putus kaki

IPOH: “Saya terkejut daripada tidur kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam) dan tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Saya cuba melelapkan mata semula, tapi tak boleh.
“Saya teringatkan anak ketiga kerana ketika itu dia bekerja. Banyak kali saya cuba menghubunginya, tapi gagal menyebabkan perasaan semakin gelisah hingga dihubungi seorang pekerja yang menaiki van dipandu anak mengatakan mereka terbabit kemalangan,” kata Mohd Radzi Kot, 55.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi semalam, van pekerja kilang dipandu Mohd Hazizi, 25, terbabas sebelum melanggar besi penghadang Jambatan Kampung Kepayang dan hampir terjunam ke dalam Sungai Raia di Jalan Raja Nazrin Shah, dekat sini.

Kemalangan itu menyebabkan seorang penumpang wanita yang hanya dikenali Mariyana, 25, putus kaki kiri dan patah tangan kiri manakala Mohd Hazizi parah di kepala dan tangan kiri.

Enam penumpang lain cedera ringan dan tiga lagi menerima rawatan pesakit luar. Semua penumpang wanita berkenaan termasuk Mohd Hazizi dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini, untuk rawatan kecemasan.

Ketika kejadian, van itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghantar 10 pekerja wanita ke sebuah kilang perabot di Klebang, di sini.

Lanun tawan kapal Malaysia





2010/11/30

BRUSSELS: Lanun Somalia disyaki bertanggungjawab menawan sebuah kapal milik Malaysia minggu lalu di Lautan Hindi, kata Kesatuan Eropah, semalam.

Kapal Albedo itu ditawan 1,660 kilometer dari Mogadishu, awal Jumaat lalu, menjadikan bilangan tebusan lanun mencapai 500, kata armada laut EU yang ditugaskan memantau lanun (Navfor), semalam.
“MV Albedo mengibarkan bendera Malaysia dan milik negara itu, membawa 23 krew warga Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Iran,” menurut kenyataan Navfor.
“Kapal itu membawa kontena dan dalam perjalanan ke Mombasa dari Jebel Ali di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya lagi.

Mengambil kira Albedo, lanun itu ketika ini menawan 22 kapal dan 521 tebusan,” kata Navfor.

Kegiatan lanun memberi masalah kepada mereka yang lalu di Lautan Hindi dekat Somalia sejak 15 tahun lalu. – AFP

4 kapal dagang ditahan



Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2010/11/30

ANTARA kapal yang ditahan pasukan APMM kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di Johor Bahru, semalam.
ANTARA kapal yang ditahan pasukan APMM kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di Johor Bahru, semalam.
APMM kesan pindah minyak, berlabuh tanpa kebenaran 

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat kapal serta 70 anak kapal warga asing selepas disyaki melakukan kesalahan pemindahan minyak secara haram serta berlabuh tanpa kebenaran dalam dua siri serbuan di
perairan timur Tanjung Penyusop dan Tanjung Piai, di sini, awal pagi semalam. Dalam Operasi Perkasa Selatan di timur perairan Tanjung Penyusop kira-kira jam 3 pagi itu, sepasukan 28 anggota dan pegawai APMM diketuai Leftenan Mahmad Faizal Ahmad berjaya mengesan dua kapal dagang dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Selatan, Kapten Maritim Zubil Mat Som, berkata pemeriksaan dijalankan ke atas dua kapal terbabit mendapati lebih 500,000 liter minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) dipindahkan dari kapal MT Marina 99 ke MT Li Bai tanpa kebenaran. 

“Pemantauan yang dijalankan mendapati dua kapal terbabit berlabuh secara rapat antara satu sama lain menyebabkan kami curiga dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati mereka disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 491(1)(k) Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melakukan pemindahan dan penerimaan minyak di laut tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. 
Sementara itu, Zubil berkata, pihaknya sebelum itu menahan dua kapal MT SNS dan MT CSC Amenthyst kerana dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan dua batu nautika timur Tanjung Piai kira-kira jam 12.30 tengah malam. 

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati dua kapal berkenaan turut gagal membayar dius api serta menghalang laluan keluar masuk ke pelabuhan Tanjung Pelepas. Kes disiasat mengikut Akta Dius Api 1953,” katanya.

Beliau berkata, dalam dua serbuan terbabit seramai 70 anak kapal terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia, Filipina dan Ukraine berusia antara 21 dan 63 tahun ditahan bagi membantu siasatan.