Search This Blog

Wednesday, November 24, 2010

Warga India dihukum gantung kerana edar ketamin

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang warga India manakala seorang lagi dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan mengedar dan memiliki ketamin.
Habeeb Nashtar Abdul Mutalif, 51, yang bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur, didapati bersalah mengedar 12 kilogram ketamin dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati, manakala pekerja kilang M Sathianarayanan, 44, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM100,000 kerana memiliki 11 kg ketamine.

Habeeb Nashtar, yang diwakili oleh V Jeevaratnam, didakwa melakukan kesalahan itu di Unit Pemeriksaan Khas Penumpang di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kira-kira 10.50 malam pada 19 Mac tahun lalu. Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Nurmala turut mempersoalkan keperluan untuk tertuduh melakukan perjalanan ke New Delhi, India, dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk membelanjakan hampir RM2,500 hanya untuk pergi berdakwah di India sedangkan dia boleh berbuat demikian di negara ini.

"Tertuduh tidak tahu siapa yang akan menerima barangan itu apabila dia tiba di Pulau Pinang. Dia tidak mempunyai sebarang nombor telefon atau nama orang atau kedai kopi yang dikatakan sepatutnya menerima barangan itu. Dia sepatutnya tahu," katanya.

Beliau turut menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh adalah pembawa barangan yang tidak bersalah, dengan mengatakan bahawa alasan itu tidak dapat diterima.

Saman RM100 juta Anwar terhadap Tun M dibatal



24/11/2010 12:00pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Saman malu RM100 juta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibatalkan setelah Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu. - Utusan

Pengusaha tangki minyak haram dipenjara



24/11/2010 12:47pm

IPOH 24 Nov. – Seorang pengusaha tangki minyak haram (skid tank), Rosli Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini atas kesalahan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun, denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda boleh dihukum penjara selama enam bulan. – Utusan

Seleweng diesel: Keahlian dibatal, bantuan disekat



24/11/2010 5:27pm

KUANTAN 24 Nov. - Nelayan-nelayan yang didapati bersalah melakukan penyelewengan diesel bersubsidi akan dibatalkan keahlian mereka serta-merta dan disekat daripada menerima sebarang bantuan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebelum ini pihaknya turut mengambil beberapa tindakan terhadap nelayan yang menyalahgunakan diesel subsidi yang diberikan kepada mereka.
"Kita telah mengambil tindakan seperti menggantung lesen pam minyak dan sekiranya mereka masih melakukan penyelewengan dan didapati bersalah, mereka akan dilucutkan keahlian dan digantung daripada menerima sebarang bentuk bantuan termasuk elaun sara hidup,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Logo Kelulusan Untuk Mengeksport Ikan Dan Hasilan Ikan ke EU (Kesatuan Eropah) bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini hari ini. - Bernama

Tiga sepupu diliwat rakan sepermainan




KESUCIAN DINODAI: Tiga sepupu ini telah diliwat di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat, Johor, sehari sebelum perayaan Aidiladha. -- Foto HARIAN METRO




BATU PAHAT: Tiga sepupu berusia lima hingga enam tahun menjadi mangsa liwat rakan sepermainan mereka yang berusia antara sembilan dengan 12 tahun, dipercayai akibat mahu melakukan percubaan seks luar tabii di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana, di sini, pada 16 November lalu, lapor sebuah akhbar setempat, semalam. Harian Metro melaporkan bahawa empat kanak-kanak berusia antara sembilan dengan 12 tahun telah meliwat ketiga-tiga sepupu itu, yang dikatakan telah diugut akan dipukul jika mendedahkan kejadian tersebut kepada orang.Namun, perbuatan itu terbongkar apabila abang kepada salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun, menyaksikan kejadian itu dan bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu keluarganya.Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Min, 20-an tahun, berkata, anaknya pulang dan memaklumkan bahawa adiknya 'dijolok' di rumah contoh berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang itu.Berang, Cik Min mahu memukul anaknya itu, tetapi tidak meneruskan hasratnya itu apabila mangsa dan dua sepupunya pulang.'Anak saya dan dua sepupunya itu meminta abangnya tidak menceritakan apa yang dilihatnya. Saya hairan dan meminta penjelasan daripada mereka. Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu dan terus membawa ketiga-tiganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk membuat laporan,' katanya kepada Harian Metro, kelmarin.Cik Min kemudian membawa ketiga-tiga kanak-kanak itu untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Batu Pahat, dan doktor mengesahkan adanya tusukan lama dan baru pada dubur seorang daripada mangsa, serta tusukan baru pada dua lagi saudaranya.Ketiga-tiga mangsa terpaksa menyambut Aidiladha dalam wad hospital berkenaan dan hanya dibenarkan pulang pada Jumaat lalu.Polis telah menahan empat kanak-kanak yang terbabit dalam kes tersebut.

Harapan semakin tipis bagi pelombong


DIRUNDUNG KESEDIHAN: Dua wanita berpelukan menyusuli taklimat bagi anggota keluarga dan sahabat handai 29 pelombong yang terperangkap di lombong arang batu Pike River. -- Foto AP

24 Nov 2010

LUAR NEGARA



PM New Zealand gesa rakyat siap hadapi hakikat buruk


GREYMOUTH (New Zealand): Polis New Zealand semalam memberi amaran bahawa harapan 'amat tipis' bagi 29 pelombong yang terpe- rangkap selama lima hari menyusuli satu letupan di lombong arang batu Pike River minggu lepas.
'Keadaan sangat membimbangkan,' kata Superintendan Gary Knowles, pegawai polis yang mengepalai operasi menyelamat, dalam satu sidang akhbar di Greymouth.Beliau berkata begitu sewaktu para pemberita ditunjukkan klip video letupan kuat di lombong itu pada 19 November lalu.'Kami akan meneruskan operasi menyelamat, meskipun harapan semakin tipis,' jelas beliau.'Kami sudah merancang semua pilihan. Jika sekiranya para pelombong di bawah sana sudah mati, kami sudah bersiap menghadapinya,' tegas beliau.Keluarga dan sanak-saudara mangsa, yang sudah ditunjukkan klip video itu, menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan operasi menyelamat selepas robot yang dihantar ke dalam lombong itu rosak, manakala lubang peninjau yang ditebuk terhalang oleh batuan keras.Klip video itu, yang disiarkan oleh Pike River Coal Co, menunjukkan debu batuan yang hancur akibat letupan menjulang keluar selama 52 saat di pintu masuk lombong, yang terletak 2.5 kilometer dari tempat letupan berlaku di bawah tanah.Namun ketua pegawai eksekutif Pike River, Encik Peter Whittall, berkata kekuatan letupan bukan alasan untuk mempercayai mereka yang terperangkap telah mati.'Dua pelombong keluar selepas itu. Jadi saya tak fikir ia penting,' tegas beliau.Namun, Pesuruhjaya Polis New Zealand, Howard Broad, berkata sukar untuk menghantar pasukan menyelamat kerana paras gas beracun dan boleh terbakar masih tinggi.'Jika keadaan ini berterusan, harapan semakin tipis,' jelas beliau.Perdana Menteri New Zealand, Encik John Key, mengakui keadaan 'amat membimbangkan' dan memberitahu rakyat agar bersiap bagi menghadapi hakikat yang buruk.'Kami berharap mereka yang terperangkap masih hidup. Tetapi memandangkan kami belum dapat menghubungi mereka selama empat hari, keadaan masih membimbangkan,' kata beliau.Robot kedua sudah dikejarkan ke lombong tersebut. Tetapi Menteri Pertahanan, Encik Wayne Mapp, berkata ia perlu diubah suai dahulu sebelum dapat digunakan. -- AP, AFP, Bloomberg.

Jurulatih kayak mati lemas ketika mandi sungai



24/11/2010 3:31pm

SUNGAI PETANI 24 Nov. – Kegembiraan sekumpulan sahabat mandi di Sungai Kerisik di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas dalam kejadian petang semalam.
Mohd. Nizam Abd. Hamid, 20, jurulatih kayak dari Kampung Bukit Kechik dekat sini dikatakan lemas sebaik sahaja terjun untuk mandi di sungai itu bersama dua lagi rakannya kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Bagaimanapun, mayatnya hanya ditemui penduduk kira-kira pukul 6.30 pagi ini selepas gerakan mencari dan menyelamat dijalankan lebih 10 jam. – Utusan

Dua maut kereta rempuh pokok kelapa sawit



24/11/2010 5:14pm

ALOR GAJAH 24 Nov. – Seorang budak lelaki berusia lima tahun adalah antara dua yang maut apabila kereta yang dinaiki bersama empat lagi ahli keluarganya terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Kolam Air, Machap Umbo di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu ialah On Hock Yau, 5, dari Machap Umbo dan sepupu perempuannya, Quek Mei Yen, 16, merupakan rakyat Singapura. – Utusa

Lapan GRO warga asing ditahan di P. Pinang



24/11/2010 5:41pm

GEORGETOWN - Polis menahan lapan wanita warga negara China dan Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Anson di sini malam tadi.
Ketua operasi “Ops Noda” C/Insp Teh Teng Ai berkata, kesemua wanita itu ditahan ketika sedang melayan tetamu.
Katanya, dalam operasi pukul 8 malam itu, polis turut menahan seorang wanita tempatan yang disyaki “ibu ayam” di pusat hiburan itu.
"Pusat hiburan ini pernah diserbu beberapa kali kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral,” kata Teng Ai. - Bernama

2 lelaki Iran ditahan cuba seludup syabu bernilai RM2.1j



24/11/2010 5:23pm

SHAH ALAM - Cubaan dua lelaki warga Iran menggunakan kertas karbon untuk mengelakkan dadah jenis syabu bernilai RM2.1 juta dari dikesan mesin pengimbas gagal, akibat gerak geri mereka yang mencurigakan.
Mereka ditahan pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Ahad lepas selepas tiba melalui penerbangan dari Bahrain kira-kira pukul 6 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir berkata, kedua-dua suspek yang setiap seorang membawa sebuah bagasi ditahan bila gerak geri mereka mencurigakan.
"Mereka ditahan dan dibawa ke bahagian imbasan bagasi. Pada mulanya didapati tiada barangan mencurigakan dalam kedua-dua bagasi.
"Bagaimanapun selepas melakukan pemeriksaan secara manual, didapati di bahagian bawah pelapik setiap bagasi terdapat dua bungkusan plastik lutsinar berbalut dengan kertas karbon berwarna biru mengandungi dadah disyaki syabu seberat 8.2 kg dan bernilai kira-kira RM2.1 juta,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

38 ekor kambing cuba diseludup dirampas



24/11/2010 6:03pm

PADANG BESAR - Sebanyak 38 ekor kambing jantan yang cuba diseludup masuk ke negara ini dirampas oleh anggota Rejimen Sempadan di Pos Simpang 5, Felcra Lubuk Sireh, dekat sini semalam.
Kes ini merupakan kejayaan pertama Rejimen Sempadan yang mengambil alih tugas mengawal keselamatan di kawasan itu daripada Pasukan Gerakan Am pada 15 November lepas.
Ketua Platun Batalion ke-5 rejimen itu, Kapt. Nasip Miroh yang mengetuai pasukan membuat rampasan itu pada 4 petang berkata, bahawa ketika pasukan itu sedang melakukan rondaan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand, mereka terserempak dua lelaki yang membawa masuk haiwan itu menuruni bukit 400 meter dari sempadan antarabangsa.
Menyedari kehadiran pasukan itu, kedua-dua lelaki itu melarikan diri meninggalkan kambing-kambing berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nasip berkata, kesemua kambing itu, yang dianggarkan bernilai RM14,000, akan diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut. - Berna

Diberkas cuba rompak rumah pegawai polis



24/11/2010 3:34pm

KUANTAN - Seorang lelaki ternyata tersilap langkah kerana telah memilih untuk merompak sebuah rumah milik seorang anggota polis di Taman Cahaya, Kuala Lipis, malam tadi.
Dalam kejadian 11.30 malam itu, suspek berusia 47 tahun itu, diberkas oleh pegawai polis wanita berpangkat inspektor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt. Mohd. Haris Daud berkata, ketika kejadian pegawai polis berusia 28 tahun itu bersendirian di rumah dan sedang menonton televisyen.
"Suspek yang masuk menerusi tingkap bilik tidur dan melarikan diri apabila menyedari pegawai polis berkenaan berada di rumah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pegawai berkenaan kemudiannya berjaya memberkas lelaki berkenaan. - Bernama

Pemandu lori beri rasuah dipenjara dua tahun



24/11/2010 3:53pm

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 terhadap seorang pemandu lori sambilan kerana memberi rasuah RM2,000 kepada seorang petugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ogos lepas.
Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas Sofli Ahmad, 33, dari Jalan Pengkalan Baharu, Pantai Remis dekat sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang pertama kali dibacakan di mahkamah di sini.
Sekiranya gagal membayar denda RM10,000 itu mahkamah memerintahkan supaya Sofli dihukum penjara enam bulan.
Sofli mengaku memberi suapan itu kepada Mohd. Fairul Izwan Mohd. Fadzir sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana kesalahan menyimpan minyak diesel bersubsidi tanpa lesen.
Kesalahan itu dilakukan di Kilometer 55, Jalan Pengkalan Bahru, Pantai Remis pada 6 Ogos lepas pukul 1 pagi. - Bernama

8,000 hektar hutan simpan diceroboh



Oleh Md Fuzi Abd Lateh

2010/11/24

Rantau Panjang, Bukit Tarek tak boleh dimajukan

BUKIT TAGAR: Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PTDHS) mengesan satu lagi aktiviti pencerobohan hutan simpan seluas 8,000 hektar membabitkan dua kawasan di Rantau Panjang dan Bukit Tarek di sini, semalam. 

Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata walaupun surat pengharaman untuk membangunkan kawasan hutan simpan terbabit sudah beberapa bulan dikeluarkan, aktiviti itu terus berleluasa.
Beliau berkata, status dua kawasan berkenaan itu jelas diwartakan sebagai hutan simpan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pembangunan.
Katanya, beliau musykil bagaimana aktiviti pembangunan hutan itu berjalan tanpa sekatan daripada jabatan bertanggungjawab. 

Keputusan dikeluarkan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2 Jun lalu memutuskan aktiviti pembangunan diharamkan di kawasan itu. 

Bagaimana aktiviti itu terus berlaku sehingga memusnahkan 8,000 hektar tanah daripada jumlah keluasan sebenar hutan simpanan itu iaitu 10,000 hektar, katanya selepas tinjauan ke kawasan terbabit, semalam. 

Nor Hisham berkata, MMKN memutuskan kebenaran diberikan kepada syarikat lantikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang bertanggungjawab membangunkan kawasan itu, ditarik balik. 
Katanya, PKPS juga dituntut mengembalikan semula tanah berkenaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) seperti diputuskan pada MMKN itu. 

PDHS amat serius dalam apa juga perkara yang diletakkan di bawah tanggungjawabnya dan apabila perkara seperti ini berlaku, maka tindakan tegas 
akan diambil, katanya.

6 kes curi pasir disiasat





2010/11/24

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka enam fail kertas siasatan berhubung kes kecurian pasir yang didakwa membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. 

Katanya, fail itu termasuk fail umum siasatan terhadap KSSB dan fail siasatan individu.
Setakat ini dua orang diambil tindakan dan dituduh di mahkamah. Tak payahlah saya ulang nama sebab nama mereka disiar dalam surat khabar.
Apabila siasatan dimulakan, SPRM perlu menyiasat pelbagai perkara termasuk saksi dan dokumen terbabit, siasatan masih dijalankan dan apabila selesai serta lengkap akan diserahkan kepada pendakwa untuk tindakan selanjutnya, katanya menjawab soalan tambahan Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat, semalam. 

Choo Keong bertanya perkembangan siasatan isu mencuri pasir itu dengan menamakan Pengurus Pasaran KSSB, Wong Swee Leong yang dilantik oleh Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu untuk menjalankan pelbagai kegiatan berhubung penjualan pasir, serta pemilik syarikat Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd, Datuk Tan Chin Huat yang mendapat tender pada harga RM13.50 satu tan berbanding harga pasaran RM17.50. 

Ketika menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh SPRM bersama KSSB untuk menjalankan siasatan dalam KSSB, Vui Keong berkata, siasatan itu hanya membabitkan prosedur bagi mengurang dan mengatasi rasuah. 

SPRM yang membuat pemantauan dalam pasukan ini dan tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa mengenai siasatan dan maklumat diperoleh, ia adalah rahsia, katanya. 
Menjawab soalan asal Wee, beliau berkata, setakat ini dua individu dituduh di mahkamah berhubung amalan rasuah dalam kes kecurian pasir di Selangor.

2 lagi mayat ditemui di pulau Korea Selatan


KEADAAN kediaman yang musnah di pulau Yeonpyeong, susulan serangan Korea Utara, semalam. Ia mengakibatkan dua tentera marin terbunuh dan mencederakan 15 yang lain termasuk orang awam, mencetuskan insiden terburuk sejak peperangan antara kedua-dua negara pada 1950-1953. - Foto AFP
PENDUDUK di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan mendapatkan perlindungan di khemah sementara selepas serangan artileri Korea Utara, semalam. Dalam kejadian berbalas tembakan meriam itu, dua askar marin Korea Selatan dilaporkan terbunuh dengan berpuluh bangunan di pulau yang terletak di Semenanjung Korea itu terbakar. - Foto AP/Yonhap

2010/11/24

SEOUL: Dua mayat orang awam ditemui hari ini di Pulau Yeonpyeong, di Semenanjung Korea sehari selepas dibedil tentera Korea Utara, semalam, menjadikan angka kematian kini meningkat kepada empat orang. 

Mayat berkenaan ditemui anggota pengawal pantai yang menjalankan rondaan di kawasan kediaman awam yang musnah akibat serangan artileri Korea Utara

Seramai 146 pesalah muda Sabah jalani khidmat masyarakat sejak 2007

KOTA KINABALU: Seramai 146 pesalah muda sedang menjalani Perintah Khidmat Masyarakat di Sabah sejak 1 Julai 2007.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Herbert Timbon Lagadan berkata, jumlah itu terdiri daripada 138 lelaki dan lapan perempuan berumur antara 18 dan 21 tahun.

"Sepanjang tempoh tiga tahun, terdapat 82 kesalahan harta benda, 18 kes kesalahan dadah, 14 kes kesalahan sabit manusia, lain-lain kesalahan sebanyak 32 kes dan tiada kes kesalahan lalu lintas," katanya ketika menjawab soalan Abdul Muis Picho (BN-Sebatik) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, keinginan untuk mendapatkan perhatian orang lain dan bosan adalah antara faktor utama kepada perlakuan kesalahan golongan muda.

Selain itu, Herbert berkata pengaruh kawan dan tiada interaksi dengan keluarga juga boleh menyumbang kepada salah laku golongan muda.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata dianggarkan seramai 15,443 belia masih menganggur di Sabah pada tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 6,716 adalah lelaki, manakala 8,727 wanita, yang berkelulusan serendah Sijil Pelajaran Malaysia sehingga ijazah pelbagai bidang.

"Kerajaan mewujudkan pelbagai program untuk lepasan diploma dan ijazah yang belum mendapat pekerjaan, antaranya Program Skim Sangkutan dan Latihan (SSL).

"Pemberian biasiswa kerajaan negeri juga dirangka untuk memenuhi keperluan bidang-bidang tertentu selaras dengan Halatuju Pembangunan Negeri Sabah dan permintaan pasaran kerja masa kini," katanya ketika menjawab Datuk Liew Teck Chan (SAPP-Likas).

Beliau juga berkata, Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah mengadakan Program Penempatan Pekerjaan di seluruh negeri yang mana 1,692 pesertanya berjaya mendapatkan pekerjaan.- Bernama

Tak dapat naik pelamin

KANGAR: “Saya menasihati bakal suami supaya mencari gadis lain jika tidak sanggup menunggu saya mendapat kad pengenalan atau MyKad.
“Saya memahami perasaannya yang lama menunggu, malah kami sudah bertunang sejak dua tahun lalu dan beberapa kali menangguhkan proses perkahwinan kerana ketiadaan MyKad,” kata seorang gadis, Shahida Othman, 22, semalam.

Katanya, dia dan tunangnya, seorang anggota tentera di Kem Majidee, Johor, sepatutnya sudah lama melangsungkan perkahwinan dan rancangan untuk berkahwin pada 15 November lalu, juga terbantut kerana gagal mendapatkan MyKad yang dipohon sejak 12 tahun lalu.

“Ayah, Othman Omar, pula menetapkan tarikh baru iaitu Januari ini untuk pernikahan saya, tetapi jika permohonan mendapat MyKad dalam tempoh berkenaan gagal, saya berserah kepada takdir dan rela dilepaskan daripada ikatan pertunangan seterusnya gagal bergelar seorang isteri.

“Jurunikah di sini enggan melangsungkan perkahwinan kerana status saya yang tidak mempunyai pengenalan diri.

“Lebih malang saya digelar gadis tanpa negara walaupun seorang rakyat tempatan dan dibesarkan di Malaysia,” katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Wang Kelian, dekat sini.

Shahida yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, kakaknya, Zulzalina, 27, dan dua adiknya berusia 14 dan 10 tahun, mempunyai MyKad dan sijil lahir, cuma dirinya masih tanpa negara selepas ibunya, Shamsiah Desa, 45, melahirkannya di Wang Prachan, Satun, selatan Thailand 22 tahun lalu.

Katanya, dia tidak yakin proses MyKad dapat dikeluarkan pada Januari tahun depan dan berserah kepada Allah yang menetapkan jodoh perkahwinan dan berharap keluarga bakal suaminya terus bersabar.

Shahida berkata, ketiadaan MyKad turut menjejaskan cita-citanya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk ke tingkatan enam serta menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) beberapa tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Puan Muda, Padang Besar itu berkata, atas inisiatif guru, dia dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan memperoleh keputusan baik.

“Selepas keputusan SPM dengan memperoleh lima kepujian, saya terus membatalkan hasrat melanjutkan pelajaran kerana setiap calon perlu mempunyai Mykad untuk menduduki STPM.

“Kini masalah sama berulang dan saya bimbang kemungkinan besar menjadi anak dara tua jika gagal mendapatkan MyKad,” katanya yang kini menjadi pembantu kedai makan milik Zulzalina di Wang Kelian.

Shahida hanya bergantung kepada salinan sekeping resit iaitu penerimaan permohonan mendapatkan kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai pengenalan diri dan tidak mampu bergerak jauh kerana bimbang ditahan pihak berkuasa.

Tertuduh pengsan

MELAKA: Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan bersubahat menipu Majlis Agama Islam Melaka (Maim), membabitkan kerugian RM486,500 bagi pembinaan Kompleks Pejabat Majlis Agama Islam Melaka pada 2005, tiba-tiba rebah di kandang pesalah sebaik mendengar keputusan itu.
Khairul Mukhzani Khairuddin, 31, yang bertubuh kecil tiba-tiba lemah dan tersandar di dalam kandang pesalah dan terpaksa diangkat polis yang kemudian membaringkannya di lantai.

Kejadian itu mengejutkan orang awam dan kakitangan mahkamah yang mengikuti prosiding apabila ibu tertuduh spontan menjerit ‘Ya Allah, anak aku’ sambil menangis, begitu juga beberapa ahli keluarga lain turut mengalirkan air mata hingga menimbulkan suasana sayu.

Bagaimanapun, Majistret Muhammad Faizal Ismail, meneruskan prosiding itu bagi membolehkan peguam, Faizal Aris, mengemukakan rayuan dan selepas kira-kira 10 minit tertuduh sedar kembali sebelum diangkat serta didudukkan polis.

Tertuduh yang kelihatan murung dan memandang ke bawah kemudian diberikan minuman oleh ibu dan adik perempuannya.

Terdahulu, Muhammad Faizal yang membuat keputusan hukuman itu di akhir pembelaan berkata, beliau meneliti keseluruhan fakta kes serta hujah kedua-dua pihak dan berpuas hati bahawa Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar, membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Menurutnya, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan.

Katanya, antara lain asas pembelaan tertuduh adalah dia tidak mengetahui penipuan itu dan dipaksa tertuduh pertama, Mazrin Abd Aziz, 34.

“Mahkamah berpendapat, keterangan tertuduh meragukan dan tidak munasabah serta bercanggah dengan keterangannya. Tertuduh tidak putus-putus menafikan, tetapi nyata keterangan menunjukkan sebaliknya. Dia menyebut curiga dengan Mazrin tetapi tiada laporan polis dibuat, jika benar.

“Mahkamah juga berpendapat semua keterangan tertuduh difikirkan kemudian iaitu satu ‘after thought’ dan direka-reka. Jelas prinsip undang-undang bahawa pembelaan perlu dikemukakan seawal mungkin ketika kes pendakwaan supaya tidak timbul andaian bahawa keterangan itu difikirkan kemudian.

“Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh memainkan peranan penting dan terbabit secara langsung dalam penipuan ini,” katanya.

Khairul Mukhzani didakwa bersubahat dengan Mazrin untuk menipu Maim dengan mengemukakan surat permohonan pembayaran interim oleh Uni Integrated Construction Sdn Bhd bagi pembinaan Kompleks Pejabat Maim berjumlah RM486,500 untuk dimasukkan ke akaun bernombor 5040-1282-9985. Berikutan itu, dia dengan curangnya mendorong Maim membuat pembayaran itu menggunakan cek Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 763859.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 10.45 pagi pada 6 September 2005 di Malayan Banking Berhad, 171-175 Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, serta dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda.

Sementara itu, Muhammad Faizal menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan terhadap Mazrin yang menghilangkan diri sebaik diperintah membela diri pada 25 Jun lalu sehingga kini. Hukuman akan dilaksanakan apabila waran tangkap berjaya disempurnakan.

Katanya, tertuduh pertama sengaja menafikan haknya untuk membela diri walaupun diberi peluang oleh mahkamah dan gagal dikesan polis serta penjamin iaitu adiknya menyebabkan semua wang jaminan dirampas dan waran tangkap tanpa cagaran dikeluarkan terhadapnya.

Wanita Myanmar mati dijerut

KAJANG: Seorang wanita ditemui mati selepas dipercayai dijerut menggunakan wayar pengecas telefon bimbit dalam satu kejadian di projek perumahan di Alam Sari, di sini semalam.
Wanita dipercayai bekerja di projek perumahan itu ditemui mati dalam bilik tidurnya di rumah kongsi yang turut menempatkan beberapa pekerja lain.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9 malam daripada salah seorang pekerja yang tinggal di rumah kongsi sama.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dibunuh dengan cara dijerut sehingga lemas berdasarkan kesan lebam yang ditemui pada lehernya.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa yang dipercayai warga Myanmar berusia lingkungan 30-an itu dijerut menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tidak mempunyai kecederaan lain.

“Terdapat beberapa kesan lebam di bahagian lehernya dipercayai akibat pergelutan antara mangsa dengan suspek,” katanya.

Harian Metro difahamkan berdasarkan pemeriksaan forensik, mangsa dipercayai tidak dirogol sebelum dibunuh berikutan tiada kesan air mani ditemui pada beberapa bahagian sensitif mangsa.

Bagaimanapun, beberapa kesan air mani ditemui pada tilam tempat lokasi mangsa dibunuh berkenaan malah berdasarkan maklumat yang diterima, polis mendapati mangsa mempunyai teman lelaki yang berasal dari negara sama yang dikenali sebagai Min Min.

“Kami (polis) difahamkan mangsa kali terakhir dilihat bersama temannya lelaki itu sebelum dia gagal dikesan sehingga kini,” katanya.

Polis turut menahan dua lelaki termasuk penyelia tapak pembinaan berkenaan yang berusia 24 tahun dan seorang pekerja lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pihak polis di talian 03-8736 2222,” katanya.

Jiran terkejut

KUALA LUMPUR: “Ketika menonton berita di televisyen kira-kira jam 12 tengah hari yang memaparkan mengenai kemalangan maut, saya terkejut apabila nama Raja Nazree disebut sebagai antara mangsa terbunuh dalam kejadian awal pagi tadi (semalam),” kata Nur Farahin Jalaludin, 21, jiran arwah di Taman Dato Senu, Sentul di sini sejak lebih 10 tahun lalu.
Menurutnya, dia menghubungi bapanya untuk bertanyakan sama ada arwah berada di rumah ataupun tidak kerana berasa mangsa kemalangan itu mungkin orang lain yang mempunyai nama sama.
“Ayah juga terperanjat, kerana dia baru saja keluar dari sebuah balai polis di Petaling Jaya bersama isteri arwah yang membuat laporan kerana gagal menghubungi Raja Nazree sejak jam 4.30 pagi lagi.

“Untuk dapatkan kepastian, saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyemak nama mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu dan terbukti arwah seorang daripada mangsa yang terbunuh,” katanya yang ditemui di luar Bilik Mayat HKL di sini, semalam.


Katanya, selepas pasti, dia meminta ayah dan isteri arwah, Kamilia datang ke bilik mayat membuat pengecaman.

Tragedi terima menantu

KUANTAN: Kegembiraan seorang wanita warga emas menerima menantu baru tidak bertahan lama apabila dia terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ketika menghantar rombongan perkahwinan anak lelakinya selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 156.8 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi, kereta dinaiki mangsa bertembung dengan kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan sebelum dirempuh pula dari belakang oleh sebuah kereta yang dinaiki saudaranya.

Difahamkan, Proton Waja berkenaan cuba mengelak objek di tengah jalan, dipercayai bangkai babi hutan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki mangsa.

Jamilah Awang, 52, dari Kampung Sarang Tiong, Rompin, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat ahli keluarganya yang berada di dalam kereta berkenaan, hanya cedera ringan.

Menurut suami mangsa, Abd Rahim Abu Hamid, 61, dia tidak menyangka kehilangan isterinya ketika mereka sekeluarga gembira menyambut perkahwinan anak lelaki mereka, Mohd Risuddin, 25, bersama pasangannya, Zaleha Pardi, 28, yang berasal dari Perak.

“Lebih menyedihkan kejadian berlaku ketika kami hampir sampai ke rumah selepas pulang dari majlis perkahwinan anak kami di Bagan Datoh, Perak,” katanya yang reda dengan kejadian itu.

Sepupu mangsa, Mohd Fairul Azli, 38, berkata sebelum kejadian, mangsa banyak berdiam diri berbanding dengan sifatnya yang peramah serta suka mengusik.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

Banglo terbakar bongkar lokasi makmal proses syabu

GEORGETOWN: Kebakaran sebuah banglo satu tingkat berjaya membongkar kegiatan licik satu sindiket memproses dadah jenis syabu membabitkan rampasan bernilai jutaan ringgit di Jalan Matang Kucing, Air Itam di sini, semalam.
Pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi membabitkan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Air Itam selepas menerima maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Paya Terubong.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Zurizan Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.12 pagi mengenai kebakaran di rumah itu.

Beliau berkata, enam anggota bomba bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian dan memadamkan kebakaran di bahagian dapur rumah itu.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada gas dipercayai mengalami kebocoran di rumah tiada pemilik itu.

“Pemeriksaan mendapati tiada mangsa dilaporkan cedera dan siasatan lanjut masih dijalankan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu tinjauan di lokasi kejadian mendapati sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) membuat pemeriksaan.

Didapati beberapa keperluan memproses dadah disyaki jenis syabu dibawa keluar untuk tujuan pemeriksaan termasuk dapur dan beberapa bekas plastik dipercayai mengandungi bahan kimia, tong gas dan beberapa peralatan lain.

Turut dirampas sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi. yang diletakkan berhampiran parkir letak kereta rumah berkenaan namun tiada suspek ditahan kerana rumah berkenaan tiada penghuni ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, S Batumalai ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kereta terbang rempuh van

REMUK...keadaan kereta yang terbabit kemalangan maut di Jalan Syed Putra, semalam.
REMUK...keadaan kereta yang terbabit kemalangan maut di Jalan Syed Putra, semalam.



SEBAK...Kamilia (kiri) sebak ketika menuntut jenazah suaminya di bilik mayat HKL.
SEBAK...Kamilia (kiri) sebak ketika menuntut jenazah suaminya di bilik mayat HKL.


KUALA LUMPUR: Sebuah kereta dipercayai dipandu laju terbabas dan 'terbang’ ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah van mengakibatkan tiga maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Syed Putra berhampiran Sekolah Menengah Kuan Cheng, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kontraktor penghantaran akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Raja Nazree Raja Sulong, 34, memandu van Nissan Vanette yang dalam perjalanan mengambil akhbar di Balai Berita 2 (BB2), Shah Alam, maut di tempat kejadian apabila vannya dirempuh sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai dipandu laju.
Pemandu kereta berkenaan yang juga bertugas sebagai tukang masak sebuah restoran di Jalan Klang Lama, di sini dikenali sebagai Lee Fong Hoon, 36, dari Sepang, Selangor dan Oo Der Hing, 25, dari Sri Petaling di sini, turut maut.

Pada masa sama sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang wanita, Siti Aisyah Ahmad Shahidan, 23, yang mengekori van berkenaan turut merempuh belakang van itu, tetapi dia hanya cedera ringan.


Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati kereta Honda Civic yang dinaiki tukang masak berkenaan arah Petaling Jaya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu.

Katanya, kereta itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van.

Menurutnya, polis percaya pemandu kereta terbabit memandu dengan laju menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas.

“Rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan remuk teruk manakala kereta Honda itu turut terbalik dan pada masa sama sebuah kereta Proton Saga yang mengekori van berkenaan turut merempuh belakang van itu,” katanya.

Rusli berkata, kemalangan itu menyebabkan semua mangsa tersepit di tempat duduk kenderaan.

“Semua mangsa yang cedera parah di kepala maut di lokasi kejadian.

“Sebuah jentera bomba dan penyelamat dengan tujuh anggota terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa. Mayat mangsa dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian sebelum mangsa dihantar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Pesara tentera maut, anak parah bom ikan meletup

BATU PAHAT: Gara-gara ingin mengebom ikan, seorang pesara tentera maut manakala anaknya yang juga anggota tentera, parah di badan, tangan dan kaki, apabila bahan letupan berkenaan meletup sebelum sempat dilempar ke dalam sungai di Kampung Haji Kasan, Yong Peng di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Mat Tahir Mohamad, 62, maut di tempat kejadian manakala Azair, 24, yang berada di lokasi berhampiran, parah terkena serpihan bahan letupan itu.

Difahamkan, dua beranak itu pergi memancing menggunakan teknik ‘bom ikan’ di pinggir Sungai Bekok terletak kira-kira 200 meter dari kediaman seorang daripada saudara mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, orang ramai yang terdengar letupan itu bergegas ke lokasi namun mendapati Mat Tahir sudah meninggal dunia.

“Azair yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan dan siasatan awal mendapati, Mat Tahir tidak sempat melontar bahan letupan itu dan ia meletup berhampirannya.

“Kami masih menyiasat bahan letupan terbabit sama ada ia buatan sendiri atau sebaliknya. Contoh bom itu sudah dihantar ke jabatan kimia untuk ujian lanjut,” katanya semalam.

Ketika kejadian, Azair dikatakan sedang bercuti dan berikutan itu, Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan kerana ia menyalahi undang-undang.

Seorang maut dihanyut ombak

KUALA TERENGGANU: “Saya nampak ombak besar dan dari jauh terdengar jeritan mereka meminta tolong, namun saya tidak boleh buat apa-apa kerana mereka sudah dihanyutkan ombak jauh ke tengah laut,” kata pelajar juga sepupu, Afham Syahir Omar, 14, yang lemas dihanyutkan ombak besar di Pantai Batu Burok, di sini, petang kelmarin.
Mohd Harifuddin Yushadi, 16, berkata kejadian berlaku selepas adiknya, Muhammad Asyraf, 15, serta sepupunya dan Hasif Sufian, 13, iaitu adik mangsa, turun ke laut buat kali kedua bagi mencuci pasir pada badan mereka kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebelum itu, kami mandi di kolam renang Primula Beach Resort sebelum ke pantai untuk mandi laut. “Selepas kami naik ke pantai, ketiga-tiga mangsa kembali ke laut bagi mencuci pasir pada badan badan apabila ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut, kira-kira 200 meter dari pantai,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Pengawal keselamatan pantai resort terbabit, Rohaimi Yusof, 47, bergegas ke tempat kejadian berenang ke arah mereka.

Rohaimi yang ketika itu tamat waktu bertugas, berkata ketiga-tiga mangsa kehabisan tenaga untuk berenang ke darat manakala Afham Syahir tenggelam tetapi berjaya ditarik ke permukaan air oleh adiknya dalam keadaan gelombang serta ombak kuat.

“Saya suruh mereka pegang pelampung dan menarik mereka ke pantai, termasuk Afham Syahir. Saya beritahu mereka jangan lepaskan pelampung tetapi ketika itu mangsa mulai tenggelam ke dalam air. “Nasib baik adiknya sempat pegang baju supaya dia tidak terlepas,” katanya.

Ketiga-tiga pelajar itu berjaya dibawa naik kira-kira 15 minit kemudian, namun Afham Syahir yang tenggelam gagal diselamatkan walaupun diberi bantuan pernafasan oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta orang awam,” katanya.

Afham Syahir dan adiknya Hasif Sufian tinggal di Kampung Belakang Masjid Pauh, Pasir Mas, Kelantan manakala Mohd Harifuddin Yushadi dan adiknya, Muhammad Asyraf Yushadi dari Jertih, Terengganu.

Difahamkan, empat sepupu itu menginap di hotel berkenaan bersama ibu saudara mereka Norliana Yusof, guru dari Pasir Mas.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Primula Beach Resort, Jagjit Singh Gill, berkata kejadian lemas itu pertama kali berlaku membabitkan tetamu hotel itu kerana dua tahun lalu, seorang mangsa berjaya diselamatkan daripada lemas oleh pengawal keselamatan pantai hotel berkenaan.

Menurutnya, pengunjung yang menginap di resort itu sudah diberi penerangan supaya tidak mandi dan bermain di pesisir pantai pada musim tengkujuh ini, selain menyediakan papan tanda amaran.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai, terutama ibu bapa, mengawasi anak mereka dan menghindari tempat bahaya serta tidak mandi di pantai atau pusat perkelahan pada musim tengkujuh sekarang.

Lelaki berang belasah wanita ganggu tidur

SIBU: Seorang wanita yang meninggikan suara memarahi anaknya cedera dibelasah dengan sebatang besi oleh seorang lelaki yang berang selepas mendakwa tidurnya terganggu dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di sini, tengah hari kelmarin.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu dikatakan berpunca selepas mangsa yang juga warga Indonesia berusia 30-an memarahi anak perempuannya berusia tiga tahun menyebabkan suspek yang juga jirannya terjaga daripada tidur.

Menurut sumber, mangsa memarahi anaknya dengan menyuruh kanak-kanak berkenaan bermain di tempat lain beberapa kali menyebabkan suspek mula naik berang lalu mengambil besi kimpalan dan memukul wanita terbabit.

“Suspek yang juga rakan senegara mangsa memukul di belakang mangsa hingga menyebabkannya terjatuh.

“Mangsa cuba melarikan diri namun terus diserang lelaki terbabit hingga mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kaki kanan,” katanya.

Mangsa yang tidak tahan dipukul kemudian menjerit sekuat hati hingga menarik perhatian penghuni lain yang datang membantu meleraikan pergaduhan itu.

“Beberapa jiran yang menyedari kejadian itu turut menghalang lelaki terbabit daripada terus memukul mangsa,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum membuat laporan polis.

Lelaki larang adik ipar tonton televisyen dibelasah

AMPANG: Hanya kerana tidak dibenarkan menonton televisyen, seorang lelaki mengamuk dan membelasah abang iparnya dengan menggunakan paip besi dan lampu kalimantang ketika berada di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Pandan, di sini, Ahad lalu.
Malah, mangsa hampir ditikam dengan pisau oleh adik iparnya itu tetapi bernasib baik kerana senjata itu patah ketika mangsa cuba mempertahankan diri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa yang berusia 24 tahun berada di rumahnya dan sedang mendengar lagu melalui cakera padat (CD) yang dipasang sebelum didatangi adik ipar yang secara tiba-tiba mahu menonton televisyen. Bagaimanapun, mangsa tidak membenarkan kerana mahu mendengar CD menyebabkan adik iparnya naik angin sebelum menumbuk muka dan mengambil pisau mahu menikam mangsa.

Menurut sumber polis, mangsa bagaimanapun terselamat kerana kejadian itu dilihat rakannya yang kemudian menghalang adik iparnya daripada bertindak di luar kawalan.

“Mangsa kemudian menghalau adik iparnya itu keluar dari rumah namun ketika itu suspek yang masih tidak berpuas hati turun ke tempat parkir dan melepaskan geram dengan merosakkan motosikal mangsa.

“Tidak lama selepas itu, mangsa pula turun dan apabila motosikalnya rosak, dia pergi berjumpa suspek untuk bertanyakan sama ada dia yang merosakkan motosikalnya,” katanya.

Menurutnya, belum sempat menjawab soalan itu, adik iparnya terus mengambil sebatang paip besi dan menghayunkan ke kepala mangsa hingga mencederakannya.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu mangsa sempat merampas paip besi itu namun suspek mencapai pula lampu kalimantang sebelum memukulnya ke arah tangan mangsa.

“Tidak cukup dengan itu, suspek cuba menikam mangsa namun pisau digunakan patah ketika cuba mempertahankan diri. Suspek mengambil serpihan pisau itu sebelum menikam kepala mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, kejadian itu dilihat beberapa penduduk yang meleraikan pergaduhan itu sebelum mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian.

Namun, mangsa yang dalam keadaan cedera itu didatangi isterinya yang seolah-olah menyebelahi suspek sambil bertanyakan kepadanya mengapa dia belum meninggal dunia lagi.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, muka dan seluruh anggota badan hanya mampu berdiam diri walaupun kecewa dengan soalan yang dilemparkan isterinya itu.

“Berikutan kecederaan dialaminya, mangsa dihantar ke Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian. “Polis kini memburu suspek yang berusia 20-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya

Iran dakwa virus Stuxnet tidak jejas program nuklearnya

TEHERAN: Ketua program nuklear Iran berkata, semalam, cecacing komputer dikenali sebagai Stuxnet tidak mengancam program atom negara itu dan menuduh Barat cuba untuk mensabotajnya.
Kenyataan Timbalan Presiden, Ali Akbar Salehi dikeluarkan sehari selepas diplomat memberitahu wartawan di Vienna bahawa program nuklear Iran tergendala apabila menghadapi masalah teknikal dan memaksa operasi beribu-ribu pengempar uranium dihentikan sementara waktu.
Ali Akbar berkata, maklumat terperinci mengenai virus itu diketahui hanya selepas ‘musuh Iran gagal mencapai matlamat mereka’.

Sebelum ini, Iran mengesahkan virus Stuxnet menyerang beberapa komputer peribadi milik kakitangan loji tenaga nuklear Bushehr tetapi sistem loji itu tidak diserang. - AP

Pengarah syarikat didakwa kerana kesalahan mengikut Akta Syarikat

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Baharu membabitkan dua kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965, kata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyebut Baharudin Jaaffar didakwa semalam mengikut Seksyen 125 (1) akta berkenaan kerana bertindak sebagai pengarah Asofat (M) Sdn Bhd antara 16 Disember dan 24 Disember, 2008 ketika masih seorang yang diisytiharkan muflis.

Tuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya sekali.

Baharudin turut didakwa mengikut Seksyen 364(2) akta berkenaan kerana mengisi dan mengemukakan pengisytiharan palsu dalam Borang 48A.

"Dia membuat pengisytiharan palsu bahawa dia bukanlah seorang yang muflis meskipun hakikatnya bahawa pada masa itu dia adalah seorang yang telah pun diisytiharkan muflis," menurut kenyataan itu.

Tuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baharudin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad membebaskan tertuduh dengan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 9 Januari depan.-Bernama

Buruh maut ditimbus tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun maut manakala dua lagi rakannya terselamat dalam runtuhan lereng bukit di kawasan tapak pembinaan banglo di Desa Hartamas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bersama dua lagi rakannya menanggalkan kanvas yang digunakan untuk menghadang tanah di lereng bukit berkenaan selepas selesai membina konkrit longkang di situ.

Rakan mangsa, Suparto Sukiman, 49, berkata, ketika mangsa, Hasib, 27, menarik kanvas berkenaan dia terjatuh sebelum kepalanya terhantuk di konkrit yang siap dibina.

“Belumpun sempat saya membantunya, tanah runtuh dan menimbus Hasib. Saya berlari mendapatkan bantuan sebelum memberitahu kejadian ini kepada pengawal keselamatan.

“Pengawal keselamatan itu menghubungi pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, mangsa tertimbus sedalam dua meter.

“Usaha mengeluarkan mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan dan mengambil masa lebih 10 minit. “Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Wan Abdul Bari berkata, pihaknya percaya runtuhan itu berlaku kerana tanah lembut disebabkan hujan lebat ketika kejadian.

Suami mangsa ditahan

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita yang juga isterinya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, tengah hari kelmarin.
“Lelaki terbabit kini suspek utama pembunuhan dan ditahan berhampiran lokasi kejadian tidak lama selepas polis mendapat maklumat berkaitan pembunuhan wanita berkenaan,” katanya, semalam. Dalam kejadian itu, Rohana Hamzah, 26, ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dikelar. Mayat mangsa ditemui pemilik rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap dan tangan terkilas ke belakang selepas mengesyaki berlaku perkara buruk di rumah disewa pasangan terbabit sejak beberapa bulan lalu. “Kami memberi jaminan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Motif dan punca kematian belum diketahui dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kawan sembang 'makan' kawan

PETALING JAYA: Malang bertimpa-timpa. Niat mahu membantu rakan yang baru dikenali melalui laman sembang membawa padah kepada seorang ahli perniagaan apabila dia kerugian RM75,000 selepas diperdayakan tiga individu dipercayai anggota sindiket penipuan.
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my Mangsa yang berusia 37 tahun pada mulanya mengenali seorang lelaki Julai lalu dalam laman sembang yang mengaku dia anggota polis dan memerlukan wang untuk menguruskan polisi insurans yang didakwa milik bapanya yang baru meninggal dunia bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa memasukkan wang RM30,000 ke dalam akaun lelaki terbabit yang berjanji akan membayar kembali wangnya selepas segala urusan selesai.

“Bagaimanapun, selepas wang terbabit dimasukkan mangsa tidak menerima sebarang panggilan daripada lelaki terbabit dan ketika dia menanti jawapan itu seorang wanita pula menghubunginya.

“Wanita itu mendakwa dia seorang pegawai daripada syarikat insurans dan memberitahu anggota polis yang dikenali mangsa sudah meninggal dunia, namun dia ada meninggalkan wasiat untuk mangsa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memberitahu mangsa yang dia terpaksa membayar yuran untuk memproses wasiat yang ditinggalkan lelaki terbabit.

'Tak apalah ayah pergi dulu'

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan,  kelmarin.
REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan, kelmarin.
GEMENCHEH: “Tak apalah ayah ‘pergi’ asalkan kamu selamat,” itu ungkapan terakhir dibisikkan seorang pengurus kilang kayu getah sebelum maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 22, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran kilang batu di Seri Asahan, dekat sini, malam kelmarin.
Anak bongsu mangsa, Wong Seng Yuen, 23, berkata bapanya, Wong Leong Chai, 58, ketika itu tersepit di tempat duduk pemandu depan pacuan empat roda dipandu abangnya.

“Ketika itu, keadaan ayah sudah nazak dan tersepit, namun dia berbisik kepada abang saya, Wong Leou Yuen, 28, yang cedera.

“Tidak lama selepas itu, bapa saya menghembuskan nafas terakhir kerana parah, manakala abang saya yang memandu kenderaan itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Leong Chai mati di tempat kejadian kerana parah di bahagian dalaman badan selepas kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan kemalangan terbabit dijalankan.

Anak hamil dikelar menantu


SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam.
SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam.

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Padah tuntut RM200

KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki mahu menuntut hutang bertukar tragedi apabila dibelasah sekumpulan lelaki yang mendakwa merosakkan tanaman mereka di Kampung Kemensah, di sini, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 40-an itu pada mulanya pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa dan mengambil wang daripada seorang wanita yang berhutang dengannya berjumlah RM200.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bagaimanapun diejek dan ditertawakan wanita terbabit sebelum dia melarikan diri untuk mengelak daripada membayar hutang itu.

“Mangsa yang berang dengan tindakan itu yang dianggap seolah-olah cuba memperbodohkannya mengejar wanita terbabit, namun gagal.

“Kecewa kerana gagal mendapatkan wanita itu, mangsa berpatah balik dan menuju ke keretanya untuk pulang, namun ketika itu dia ditahan beberapa penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk mengepung sebelum membelasahnya kerana mereka mendakwa mangsa merosakkan tanaman mereka ketika mengejar wanita terbabit.

“Mangsa ditumbuk hingga menyebabkan kepalanya cedera dan terpaksa menerima tiga jahitan selain cedera di kaki.

“Ketika kejadian, rakannya yang mengikut hanya memerhatikan dia dibelasah kerana khuatir turut menjadi mangsa sekumpulan penduduk berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan polis masih menjalankan siasatan kes itu.

Korea Utara bedil pulau Korea Selatan


TINDAKAN PROVOKASI: Asap tebal berkepul naik ke udara selepas 200 peluru Korea Utara gugur di Pulau Yeonpyeong ini, yang terletak 115 kilometer ke utara Seoul dan menempatkan kemudahan tentera serta didiami jumlah kecil penduduk awam Korea Selatan. -- Foto YONHAP
Mudah cetak
E-mel

24 Nov 2010

LUAR NEGARA



Seoul balas dengan tembakan meriam lepas dua askar marinnya terkorban

SEOUL: Korea Utara membedil semalam sebuah pulau di Korea Selatan dengan tembakan artileri, mengakibatkan dua askar marin terkorban, 16 cedera dan rumah-rumah terbakar, kata para pegawai.
Korea Selatan berkata ia membalas dengan tembakan meriam Howitzer, dan mengerahkan jet pejuang ke Laut Kuning bagi mencegah provokasi seterusnya oleh Korea Utara.Bedilan bermula sekitar 2.34 petang selepas Korea Utara mengeluarkan amaran membantah latihan ketenteraan oleh Korea Selatan dekat sempadannya, kata seorang jurucakap presiden Korea Selatan.Sekitar 200 peluru gugur di Pulau Yeonpyeong, yang terletak 115 kilometer ke utara Seoul dan menempatkan kemudahan tentera serta didiami jumlah kecil penduduk awam.Serangan itu menyebabkan berpuluh rumah terbakar dan asap tebal berkepul naik ke udara, lapor stesen televisyen YTN.Dua askar marin Korea Selatan terkorban dan 17 cedera. Tiga penduduk awam turut cedera, kata pihak tentera.Tembakan oleh kedua-dua pihak berterusan lebih sejam sebelum reda.Penduduk kampung yang ketakutan berlari masuk ke kubu bawah tanah atau pelabuhan untuk meninggalkan pulau itu.Pertempuran itu berlaku di tengah-tengah ketegangan menyusuli dakwaan Korea Utara ia mempunyai satu kemudahan baru bagi memperkaya uranium, enam minggu selepas pemimpinnya, Encik Kim Jong Il, mengisytihar anak bongsunya, Encik Kim Jong Un, sebagai bakal pengganti beliau.Presiden Korea Selatan, Encik Lee Myung-Bak, semalam mengadakan sidang tergempar bersama para menteri dan penasihat keselamatan di kamar perang bawah tanah, kata seorang jurucakap beliau.Beliau menggesa para pegawai 'mencegah ketegangan selanjutnya' tetapi memberi amaran Seoul akan 'bertindak balas tegas' terhadap provokasi selanjutnya.Pegawai tentera Korea Selatan, Jeneral Lee Hong-Ki, menuduh Pyongyang melancar serangan 'yang dirancang' dan 'kejam' terhadap penduduk awam dan berikrar akan 'menghukum' musuhnya itu.Markas tertinggi tentera Korea Utara sebaliknya menuduh Korea Selatan melakukan bedilan terlebih dahulu dan berikrar akan 'menumpas sebarang tindakan provokasi sepantas kilat dan tanpa belas kasihan'.Serangan Pyongyang itu dikecam Amerika Syarikat, Russia, Jepun, Eropah Barat dan Nato.China, sekutu utama Korea Utara, menyuarakan kebimbangan dan menggesa semua pihak mengawal perasaan.'Kami menyatakan rasa bimbang akan situasi itu. Tetapi ia perlu di sahkan,' kata jurucakap Kementeri Luar China, Encik Hong Lei.Amerika, yang menempatkan 28,500 askar di Korea Selatan, 'mengutuk keras serangan itu dan menggesa Pyongyang menghentikan tindakan agresif'.Setiausaha akhbar Rumah Putih, Encik Robert Gibbs, berkata Washington komited mempertahan Korea Selatan.Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, memberi amaran serangan Korea Utara itu boleh mencetus peperangan.'Ini kes ketiga tahun ini. Ia boleh mencetus tindakan ketenteraan. Ini satu bahaya besar yang perlu kita elakkan,' katanya.Menteri Luar Perancis, Cik Michele Alliot-Marie, juga mengutuk serangan itu dan menggesa Korea Utara menamatkan tindakan provokasi di Laut Kuning.Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan sidang tergempar menyusuli serangan Korea Utara itu.'Satu sidang tergempar Majlis Keselamatan sedang diatur. Perancis menyokongnya,' kata satu sumber diplomatik Perancis. -- AP, AFP, Reuters.