Search This Blog

Sunday, November 21, 2010

Dua wanita Zimbabwe antara enam warga asing ditahan cuba seludup syabu

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir(tengah)menunjukkan dadah jenis syabu yang disorok dalam silinder yang dibawa seorang wanita warganegara Zimbabwe yang berjaya di rampas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.Pada sidang media di IPK Selangor (19/11/10)
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir(tengah)menunjukkan dadah jenis syabu yang disorok dalam silinder yang dibawa seorang wanita warganegara Zimbabwe yang berjaya di rampas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.Pada sidang media di IPK Selangor (19/11/10)


SHAH ALAM - Dua wanita Zimbabwe merupakan antara enam warga asing yang ditahan polis dalam beberapa cubaan menyeludup 11.4 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM2.8 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang secara berasingan, antara 16 Nov dan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir berkata kira-kira 10.30 pagi semalam, polis menahan seorang wanita berumur 36 tahun yang baru tiba di KLIA dari Doha.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas beg yang dibawa wanita itu membawa kepada penemuan satu bungkusan berisi dadah disyaki Syabu, seberat kira-kira 3,250 gram.

"Turut dirampas daripada wanita terbabit ialah wang tunai USD992, dan siasatan mendapati wanita itu dijangka pulang ke negara asalnya pada 25 Nov ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lagi wanita berusia 28 tahun ditahan kira-kira 4.20 petang hari yang sama selepas menemui tiga silinder penapis minyak jengkaut berisi tiga silinder kecil mengandungi dadah disyaki syabu seberat 3,850 gram, di dalam begnya.

Gempa sederhana dekat Taipei, tiada ancaman tsunami



21/11/2010 10:08pm

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku hari ini di 157 km ke tenggara Taipei, Taiwan dan 1,937 km ke timur laut Kudat, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata gempa itu yang berlaku pada 8.32 malam, tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

Remaja OKU rentung dalam kebakaran



21/11/2010 5:43pm



KUCHING 21 Nov. – Seorang remaja kurang upaya ditemui rentung setelah rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah separuh kekal di Kampung Panglima Seman di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mayat Mohd. Nor Firdaus Mohd. Nor Hidayat, 17, ditemui pihak bomba dan penyelamat di bahagian lantai di tingkat bawah rumahnya selepas api berjaya dipadamkan. – Utusan.

Penculik bebaskan budak selepas keluarga bayar wang tebusan




KAJANG: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dibebaskan oleh penculiknya di sebuah restoran di Rawang selepas keluarganya membayar wang tebusan yang jumlahnya tidak dinyatakan.
Budak itu diculik Isnin lalu sewaktu pergi ke rumah neneknya di Kampung Batu 9, Cheras, selepas pulang dari sekolah.Sekitar 4 petang sewaktu mangsa sudah hampir tiba di rumah nenek- nya, beberapa lelaki muncul lalu menangkap budak itu dan menghumbannya ke dalam sebuah kereta sebelum melarikan diri.Menurut laporan, seorang saudaranya melaporkan kejadian itu kepada polis, tidak lama kemudian.Tetapi apabila polis menghubungi ibu bapa mangsa yang tinggal di Taman Bukit Segar, mereka enggan membuat laporan atau memberi sebarang maklumat.Ayah budak itu bekerja sebagai pengedar kereta terpakai manakala ibunya seorang suri rumah.Pasangan itu mempunyai dua lagi anak lelaki berusia 15 dan 12 tahun.Dipercayai rundingan dibuat pada Isnin malam dan hari Selasa sebelum keluarga itu akur dengan jumlah wang tebusan yang dituntut kumpulan penculik.Wang itu kemudian dihantar ke satu lokasi yang dipersetujui bersama dan budak itu dibebaskan pagi Rabu di sebuah restoran di Rawang.Adalah difahamkan pak cik budak itu yang menjemputnya di restoran itu, dan mangsa tidak di- apa-apakan oleh penculik. -- NST.

28 pelombong China terperangkap akibat banjir





2010/11/21

BEIJING: Media kerajaan melaporkan banjir di lombong arang batu di barat daya China memerangkap 28 pelombong. 

Agensi Berita Xinhua News Agency melaporkan 41 pelombong berada dalam lombong Batian di wilayah Sichuan apabila banjir berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.
Menurutnya, 13 pelombong berjaya menyelamatkan diri manakala nasib 28 yang lain belum diketahui. - AP

Pemuda lemas ketika cuba selamatkan rakan





2010/11/21

BESUT: Niat baik seorang pemuda untuk menyelamatkan rakannya yang hampir lemas berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh ke dalam lubuk sebelum lemas di kawasan air terjun Lata Tembakah, Hulu Besut, kira-kira 15 kilometer dari sini tengah hari semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Ahmad Mustapha, 18, dari Kampung Kulim Hilir, Pasir Puteh, Kelantan sebelum itu dilaporkan datang ke kawasan rekreasi bersama 13 lagi rakannya dengan menaiki motosikal untuk berkelah di kawasan air terjun itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata tiga daripada mereka terus mandi, sementara yang lain duduk berehat sambil makan.
"Seorang daripada mereka yang sedang mandi tiba-tiba hampir lemas menyebabkan Ahmad yang berada di kawasan berhampiran terjun bagi menyelamat rakannya itu. 

"Bagaimanapun Ahmad terus hilang di dalam air, manakala rakannya yang hampir lemas itu diselamatkan oleh seorang lagi rakan mereka Mohd Zulhi Awang, 22," katanya. 

Setelah gagal mengesan mangsa, mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Besut bagi mendapatkan bantuan dan mayat mangsa berjaya ditemui jam 3.45 petang, tiga meter daripada lokasi mangsa dilihat terjun ke dalam air. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk pengebumian. - BERNAMA

Dua beranak nyaris maut ditetak perompak





2010/11/21

PANTAI REMIS: Seorang warga emas dan anak lelakinya nyaris maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Matang Acheh di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, dan anaknya Saiful Che Omar, 25, bagaimanapun hanya cedera di beberapa bahagian badan, kepala dan kaki.
"Mereka dimasukkan ke Hospital Seri Manjung," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama enam anggota lain keluarga yang sedang tidur menyedari rumah mereka dimasuki orang. 

Katanya, tiga suspek berkenaan yang memakai topeng muka telah mengumpil sebuah tingkap di bahagian dapur sebelum masuk ke dalam rumah. 

"Kehadiran penceroboh disedari Saiful yang terus bergelut dengan mereka sebelum ayahnya tersedar dan datang membantu. 

"Kedua-dua beranak diserang oleh suspek yang menggunakan parang dan mereka melarikan diri selepas kedua-dua mangsa rebah," katanya. 
Mohd Jamil berkata, hanya empat telefon bimbit milik keluarga itu dilarikan. 

Katanya, polis percaya jenayah berkenaan dilakukan oleh warga asing dan operasi memburu mereka sedang dijalankan. - BERNAMA

Gadis 17 tahun hilang


ZATUL Bazamah Zainal Abidin, 34, menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya, Fatin Farihah Nordin, 17, yang hilang sejak Rabu lalu. Zatul Bazamah berkata, Fatin hanya memaklumkan beliau mahu ke kedai untuk membeli alat tulis bagi persiapan peperiksaan SPM tetapi tidak pulang sehingga hari ini. - Foto Hazreen Mohamad


Bas rempuh 6 kenderaan


KEADAAN tiga daripada enam kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu hari ini. - Foto Rozainah Zakaria



2010/11/21

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk. 

Nahas jam 3.15 petang itu mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an,  mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat. 

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu. 

Nur Shamini berkata, keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan. 

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, berkata akibat pelanggaran itu dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan. - BERNAMA

Bantahan bantutkan bantuan



MANGSA TAUN: Mayat Kevin Francois, 7 tahun, yang menurut ibunya mati akibat taun dan hendak dibawa ke hospital, terbaring di atas jalan, ditutupi sehelai kain, sementara seorang lelaki tidak dikenali sedang mengheret mayat bapa mentuanya yang juga mati akibat taun menuju ke pusara di Cap Haitian, kelmarin. - Foto AP


LUAR NEGARA




PORT-AU-PRINCE (Haiti): Duta kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Haiti, Encik Edmond Mulet, menggesa agar dihentikan tunjuk perasaan terhadap pasukan pengaman badan itu, yang dituduh menyebabkan wabak taun yang sejauh ini telah mengorbankan 1,186 orang di Haiti.
Rayuan itu dibuat semasa Haiti bersiap sedia bagi pilihan raya bagi memilih pengganti Presiden Rene Preval pada 28 November ini, meski pun berlaku pertempuran dengan pasukan PBB.Menurut Encik Mulet, bantahan ganas di Port-au- Prince dan Cabo Haitiano, bandar kedua terbesar di Haiti, menghalang para doktor daripada merawat ribuan penduduk yang dijangkiti taun.'Jika keadaan ini ber- terusan, lebih ramai pesa- kit akan mati. Dan mereka yang mahu mendapatkan rawatan pencegahan juga akan mati,' kata Encik Mulet.Bantahan ganas terhadap pasukan PBB yang lebih dikenali sebagai Minustah itu, telah mengorbankan dua orang di Cap Haitien di utara Haiti, dan seorang lagi di Port-au- Prince.Penunjuk perasaan berkata askar PBB yang membawa kuman taun ke negara itu.Bunyi tembakan kedengaran di Port-au-Prince sewaktu penunjuk perasa- an membakar tayar dan menyekat jalan raya.Khabar angin tersebar sejak beberapa minggu bahawa Sungai Artibonite tercemar oleh najis yang datang daripada jamban di pangkalan askar PBB berasal dari Nepal.PBB berkata ia telah melakukan ujian ke atas askar Nepal dan tidak mendapati kuman taun.Lewat kelmarin, jurucakap PBB di New York, Encik Farhan Haq, menggesa penunjuk perasaan berhenti menyekat jalan, jambatan dan lapangan terbang bagi membolehkan PBB menghantar ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan.Bagaimanapun, Encik Mulet akur akan menyiasat punca wabak taun itu.'Kami perlu tahu sama ada ia datang dari sana (pangkalan askar Nepal) atau bukan. Saya berharap satu hari nanti kita akan tahu perkara yang sebenarnya ,' kata beliau. -- AP, AFP.


Penuntut kolej gantung diri

SEREMBAN: Seorang ibu tersentak apabila menemui mayat anak perempuannya yang juga penuntut kolej swasta dalam keadaan tergantung di kediaman mereka di Taman Permai, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai M Himala, 20, dijumpai di sebuah bilik oleh wanita berusia 40-an berkenaan yang baru pulang daripada bekerja, kira-kira jam 8.30 malam.

Jurucakap polis berkata, gadis itu dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersendirian berikutan ibunya pergi bekerja manakala seorang adiknya turut keluar.

“Ibu mangsa yang tiba di rumah mula mengesyaki sesuatu apabila tiada sahutan diberi selepas beberapa kali mengetuk pintu bilik anaknya.

“Sejurus membuka pintu bilik itu, dia terkejut apabila mendapati mangsa tergantung dalam keadaan tidak bernyawa,’’ katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya mendapati mangsa menggantung diri dengan sehelai kain yang diikat pada siling bilik terbabit.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Mangsa hilang mati lemas

PEKAN NANAS: “Luluh hati apabila mendapati mayat lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya itu sebenarnya adik ipar saya,” kata Md Arif Chapek, 75, di Kampung Sawah, pagi semalam.
Penemuan mayat warga emas, Hussin Abu, 66, di dalam parit di Kilometer 3, Jalan Sawah, jam 10 pagi semalam menamatkan misteri kehilangannya sejak dua hari lalu.

Menurut Arif, dia menyangka mangsa pergi ke rumah saudara di kawasan berhampiran dan kerana tidak pulang ke rumah.

Arif kemudian membuat laporan di Balai Polis sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengatakan ia tidak membabitkan unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu berdasarkan keadaan mayat dan dia dipercayai lemas selepas tergelincir ke dalam parit yang dipenuhi air,” katanya.

Pemandu lori ‘terbang ala Superman’

MUKAH: Seorang pemandu lori ‘terbang ala Superman’ untuk menyelamatkan diri apabila lori dipandunya yang sarat dengan muatan batu kuari tiba-tiba terbalik di Jalan Mukah-Selangau, berdekatan kilang sawit di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila Bungsu anak Arip, berusia 40-an, memandu lori secara perlahan dari arah Selangau berikutan jalan rosak.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu tayar lori berkenaan terbenam ke dalam lubang, menyebabkannya tidak stabil lalu terbalik.

“Saya sempat berteriak sekuat hati apabila merasakan lori mula condong dan terbalik.

“Bagaimanapun, saya bernasib baik apabila sempat membuka pintu sebelum terjun untuk menyelamatkan diri,” katanya yang masih trauma.

Kejadian itu menyebabkan semua batu kuari tumpah ke jalan manakala lori terbabit tersadai dalam keadaan mengiring.

Dua kematian akibat denggi di Sabah - Tiong Lai



21/11/2010 3:11pm

KUALA LUMPUR 21 Nov — Dua kematian terbaru akibat denggi dilaporkan di Sabah hari ini, masing-masing satu kes di Tawau dan Sandakan dan menjadikan jumlah meningkat kepada 125 kematian akibat denggi sejak Januari tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai dua kes kematian tersebut.
Beliau meminta semua pengamal perubatan mengambil perhatian terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya mereka menunjukkan simptom-simptom awal penyakit tersebut kerana kes denggi di negara semakin serius.
"Semua doktor dan pengamal perubatan di klinik dan hospital tidak seharusnya mengambil mudah dan bertindak lewat dalam mengambil tindakan dalam memberi rawatan kepada pesakit yang disyaki mengalami simptom awal denggi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Penyakit Berjangkit 2010: Isu-isu dan Cabaran” anjuran bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan yang berlangsung di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes denggi tertinggi di negara iaitu sebanyak 15,323 kes dengan kematian berjumlah 43 orang sehingga Jumaat lepas. — Bernama

Pusat perlindungan diarah tutup





2010/11/21

SUU KYI melawat pusat perlindungan pesakit HIV dan AIDS di Yangon, Rabu lalu.
SUU KYI melawat pusat perlindungan pesakit HIV dan AIDS di Yangon, Rabu lalu.
Myanmar tak sambung permit rumah kebajikan HIV, AIDS selepas dilawat Suu Kyi

YANGON: Kerajaan Myanmar mengarahkan lebih 80 pesakit HIV dan AIDS yang mendapat perlindungan di sebuah rumah kebajikan di sini supaya meninggalkan pusat itu berikutan lawatan pemimpin demokrasi yang baru dibebaskan, Aung San Suu Kyi.
Suu Kyi, yang dibebaskan seminggu lalu daripada tahanan tujuh tahun, melakukan lawatan ke pusat berkenaan di pinggir bandar Yangon Rabu lalu dan berjanji akan menyumbang ubat yang diperlukan. Beliau juga menyampaikan ucapan kepada lebih 600 orang yang berkumpul untuk menemuinya.
Sehari selepas lawatannya, pegawai kerajaan memaklumkan pesakit bahawa mereka perlu meninggalkan pusat itu minggu depan atau menghadapi tindakan undang-undang kerana permit pusat berkenaan tidak diperbaharui, kata Phyu Phyu Thin, seorang aktivis prodemokrasi yang mengasaskan operasi itu. Mengikut undang-undang, pemilik rumah mesti memperoleh kebenaran kerajaan setiap dua minggu bagi membolehkan pelawat bermalam.

“Kami dibenarkan memperbaharui permit pada masa lalu. Saya fikir pihak berkuasa ingin mengenakan tekanan ke atas kami kerana lawatan makcik (Suu Kyi) ke pusat ini,” kata Zeyar, anggota parti politik Suu Kyi yang dibubarkan dan salah seorang penganjur pusat berkenaan.

Rejim tentera menahan Suu Kyi di bawah tahanan selama lebih 15 tahun bagi tempoh 21 tahun dan pembebasannya minggu lalu menyebabkan jalan raya di Yangon dibanjiri penyokongnya.

Sejak itu, Suu Kyi menyeru agar diadakan ‘revolusi aman’ bagi membawa demokrasi ke Myanmar dan menegaskan bahawa beliau sedang berusaha untuk mengadakan dialog dengan jeneral yang memerintah.
Pusat perlindungan pesakit HIV/AIDS itu, meliputi sebuah rumah papan dan bangunan dua tingkat yang diperbuat daripada kayu dan dinding jerami, boleh menempatkan 82 pesakit termasuk kanak-kanak dengan menawarkan tempat berteduh, makanan, ubat dan pendidikan. Zeyar berkata pihak berkuasa kesihatan semalam juga menawarkan untuk memindahkan pesakit itu ke pusat HIV mereka sendiri.

“Pesakit terbabit mempunyai hak membuat pilihan sendiri. Tekanan oleh pihak berkuasa tempatan menimbulkan keresahan dalam kalangan pesakit kami, yang boleh menjejaskan kesihatan mereka,” katanya.

Namun, sebilangan pesakit masih berdegil.

“Saya tidak mahu keluar dari pusat ini,” kata Ma Yi YI Nyunt, 45, yang memasuki pusat itu September lalu.

“Saya mungkin sudah mati hari ini jika tidak dibawa ke sini. Tempat ini amat sesuai bagi orang seperti kami,” kata Maung Ohn, 45. - AP

Paris bertumit tinggi jalani hukuman khidmat masyarakat





2010/11/21

PARIS tetap mahu bergaya walaupun ketika melakukan kerja kotor.
PARIS tetap mahu bergaya walaupun ketika melakukan kerja kotor.
LOS ANGELES: Paris Hilton diberi arahan agar memakai pakaian disediakan ketika menjalani hukuman khidmat masyarakatnya dan diberitahu supaya bersedia 'melakukan kerja kotor'. 

Namun pewaris rangkaian hotel Hilton itu walaupun akur memakai baju-T dan seluar yang disediakan tetap mahu mencuri tumpuan dengan memakai kasut tumit tinggi empat inci untuk melakukan tugas diarahkan mahkamah bersama Hollywood Beautification Team.
Namun akibat tidak berpengalaman melakukan kerja kasar, beliau memercikkan cat kelabu di merata tempat termasuk pada dirinya.
Baju-T Paris comot dengan cat, manakala gelagatnya bergerak di atas jalan berbatu memakai kasut tumit tinggi melucukan. 

Tugas itu satu pengalaman baru buat sosialit yang gemar berparti itu kerana dia juga diminta tiba tepat jam 7 pagi. 

Peraturan itu juga menyatakan jika pekerja lewat 15 minit, mereka tidak dibenarkan untuk bekerja pada hari itu. 

Beliau dilarang beredar ‘mengalihkan kereta, membeli kopi, menggunakan telefon dan sebagainya’. 
Pada satu ketika Paris menarik muka kelat ketika bercakap dengan pekerja lain. 
Mungkin beliau diberitahu tidak dibenarkan untuk pergi memeriksa mekapnya. – Agensi

Lelaki berang bunuh bayi kekasih


Lelaki berang bunuh bayi kekasih


2010/11/21

LONDON: Seorang lelaki yang asyik bermain permainan video berang dengan anak teman wanitanya berusia 15 bulan yang tidak henti menangis memukulnya dengan kuat sehingga merosakkan organ dalaman kanak-kanak itu, sekali gus menyebabkan kematiannya. 

Gary Alcock berang dengan anak perempuan teman wanitanya, Violet Mullen, 15 bulan, apabila dia mula menangis. Dia memukulnya dengan kuat sehingga Violet maut akibat pendarahan dalaman di Hospital Diraja Oldham awal tahun ini, lapor akhbar Daily Telegraph, kelmarin.
Alcock, 28, menyerang bayi itu berulang kali dalam tempoh tiga minggu sehingga menyebabkan kematian tragik kanak-kanak terbabit.
Mahkamah Crown Manchester diberitahu bahawa ibu Violet, Claire Flanagan, tidak melaporkan penderaan itu kerana dia mementingkan temannya daripada melindungi bayinya. 

Alcock menumbuk, menampar mencubit Violet, menyebabkan 35 kecederaan, termasuk lebam, patah tulang selangka dan kerosakan otak. 

Mahkamah diberitahu kecederaannya sama dengan mereka yang terbabit dalam kemalangan kereta. 

Hakim Clement Goldstone berkata: “Anda, Gary Alcock, melakukan penderaan ganas terhadap mangsa. Anda menyebabkan kecederaan pada otak, muka, tangan dan kaki dengan kombinasi menumbuk, tampar dan mencubitnya dengan kejam.” Hakim memutuskan Alcock dihukum penjara minimum 21 tahun sebelum dipertimbangkan untuk parol. – Agensi  daripada melindungi bayinya. 

Alcock menumbuk, menampar mencubit Violet, menyebabkan 35 kecederaan, termasuk lebam, patah tulang selangka dan kerosakan otak. 

Mahkamah diberitahu kecederaannya sama dengan mereka yang terbabit dalam kemalangan kereta. 

Hakim Clement Goldstone berkata: “Anda, Gary Alcock, melakukan penderaan ganas terhadap mangsa. Anda menyebabkan kecederaan pada otak, muka, tangan dan kaki dengan kombinasi menumbuk, tampar dan mencubitnya dengan kejam.” Hakim memutuskan Alcock dihukum penjara minimum 21 tahun sebelum dipertimbangkan untuk parol. – Agensi 

Kereta jatuh gaung masih gagal dialih





2010/11/21

KUALA LUMPUR: Kereta KIA Optima yang ditemui dalam gaung di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak berhampiran terowong Genting Sempah dekat sini, Khamis lalu, masih belum dialihkan selepas usaha menariknya dari ketinggian 100 meter kelmarin, menemui jalan buntu. 

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak lagi terbabit dalam operasi menarik kenderaan itu, sebaliknya ia diserahkan kepada polis dan syarikat pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, Kumpulan MTD.
Difahamkan, kerja menarik kereta terbabit akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas operasi dijalankan JPAM kelmarin, terpaksa dihentikan apabila kren digunakan untuk mengangkat kereta itu mengalami kerosakan pada sistem hidrolik.
Berikutan itu, kereta berkenaan terpaksa diturunkan semula ke kawasan lumpur tempat ia ditemui sebelum kerja mengangkatnya dilakukan semula polis dan MTD. 

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kenderaan itu sudah berada di dalam gaung berkenaan sejak seminggu lalu. 

Katanya, ketika ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kemalangan akibat terbabas dan akan memanggil pemiliknya bagi membantu siasatan. 

“Setakat ini, penemuan kereta itu masih lagi menimbulkan tanda tanya kerana polis belum menemui sebarang kesan terbabas atau mayat sekiranya berlaku kemalangan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Penemuan kereta KIA Optima oleh seorang lelaki, Wong Kam Wai, 31, ketika menarik sebuah Proton Satria NEO yang terbabas di tepi lebuh raya itu menimbulkan tanda tanya kerana polis tidak menemui sebarang kesan kemalangan atau unsur jenayah. 

Kereta yang dilaporkan hilang di Bandar Tasik Selatan pada 21 Oktober lalu itu, dijumpai dalam keadaan terbalik dan dipenuhi lumpur, tetapi tiada mayat ditemui sekitar kawasan kereta itu dijumpai. 

Malah, pemeriksaan polis dalam kenderaan itu menjumpai kunci kereta, manakala tali pinggang keledar pula berada dalam keadaan terpasang.

Tembakan disangka bunyi mercun




KUALA LUMPUR – Jiran bekas banduan yang ditemui mati dengan kesan tembakan menyangka, letupan didengarnya adalah bunyi mercun sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Mo, 65, sewaktu kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak lelakinya.

“Saya terdengar bunyi letupan seolah-olah bunyi mercun.

“Saya tidak sangka bunyi letupan itu adalah tembakan kerana sekarang ini musim perayaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebelum ini, beberapa lelaki dipercayai ah long pernah datang ke rumah mangsa dan turut menyimbah cat merah.

“Dia (mangsa) beberapa kali membersihkan rumah dan turut mengecat semula dinding,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Chan Khiam Wei, 36, ditemui mati dengan kesan tembak di kepalanya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak.:

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu dipercayai berlaku setelah mangsa tidak mampu membayar hutang ah long.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, terdapat kesan tembakan di kening kanan mangsa dan polis menemui sepucuk pistol revolver .38 tidak jauh darinya.

“Tiada sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah dalam rumahnya dan kita sedang menyiasat bagaimana si mati (mangsa) mempunyai pistol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa mempunyai rekod pinjaman dengan ah long dan kami sedang menyiasat identiti ah long tersebut,” katanya.

Katanya, mangsa juga penagih berdasarkan penemuan satu penyedut dadah jenis ketamin di rumahnya.

Katanya, pemeriksaan pada mayat mendapati, terdapat tatu bercorak tengkorak di bahagian kiri betis dan kepala harimau di dada mangsa.

Polis minta bantuan Imigresen kesan Puteri




SHAH ALAM – Polis bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan Zulfa Ismail atau Puteri, 20, yang menghilangkan diri selepas kejadian bunuh seorang kerani sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Padang Jawa, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, ia alternatif menjejaki wanita berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu.

“Kita serah gambar wanita itu termasuk beberapa maklumat untuk disemak.

“Kita juga minta bantuan polis yang mengawal di semua pintu sempadan negara untuk membuat kawalan lebih ketat dan melaporkan segera jika terdapat maklumat berhubung wanita itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, setakat ini, polis masih belum memperoleh maklumat daripada pihak terbabit.

“Sehingga petang tadi (semalam), Puteri masih belum tampil ke balai polis. Kita minta dia segera membantu siasatan kerana percaya dia mempunyai maklumat diperlukan,” katanya.

Katanya, polis percaya wanita itu adalah individu terakhir menemui mangsa.

Noor Azam juga menggesa saksi kejadian Ahad lalu atau sesiapa mempunyai maklumat berhubung Puteri dan dua lelaki yang membunuh mangsa, hadir segera ke balai atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55102222 bagi membantu siasatan.

“Kita sangat memerlukan maklumat bagi mendapatkan petunjuk baru berhubung kes, sekali gus memberkas dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian Ahad lalu, mangsa, Rashidi Mohd Saman yang juga kerani sebuah IPT, parah diserang dua lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Puteri di Padang Jawa.

Mangsa diserang dengan celoret oleh dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ sehingga menyebabkannya hampir putus lengan kiri dan perut terburai.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan disahkan meninggal dunia kelmarin. Serangan setakat ini dikenal pasti bermotifkan dendam dan cemburu.

Suspek rempuh polis disahkan mati




SHAH ALAM – Seorang daripada dua lelaki yang cedera ketika lari daripada pemeriksaan polis di kawasan Jalan Raja Laut semalam, disahkan mati tiga jam kemudian.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, dua lelaki terbabit dilihat berlegar-legar menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit sebelum mereka ditahan oleh sebuah kenderaan MPV polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, ketika anggotanya meminta seorang daripada suspek itu menunjukkan lesen, suspek terus memecut dan terlanggar kereta peronda polis terbabit.

Beliau berkata, anggotanya tidak cedera dan terus menghubungi bilik gerakan bagi mendapatkan bantuan.:

“Satu lagi MPV kita kemudiannya dapat kesan dua suspek itu, namun mereka sekali lagi merempuh kenderaan polis.

“Mereka tidak berhenti dan terus memecut ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Sultan Ismail sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Waja,” k:atanya, semalam.

Menurutnya, kereta dinaiki dua suspek terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

“Seorang suspek keluar dari kereta untuk melarikan diri, tetapi berjaya ditahan polis. Rakannya yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disahkan mati jam 6 pagi tadi (semalam),” katanya.

Zulkarnain berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kedua-dua suspek itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya, semakan ke atas kereta dinaiki suspek mendapati kenderaan itu dilapor hilang di Melaka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379 kerana curi.

10 tahanan jahit mulut

ADELAIDE: Sepuluh orang yang berusaha mendapatkan perlindungan di Australia menjahit mulut mereka sebagai membantah kelewatan memproses permohonan visa.
Bagaimanapun, kerajaan Australia memberi amaran, bantahan seumpama itu tidak akan mengubah kerja memproses visa mereka.

Kejadian berlaku di sebuah pusat tahanan pendatang di Pulau Krismas.

Tahanan itu yang semuanya lelaki, enggan menerima bantuan perubatan sejak bertindak demikian Jumaat lalu.


Kebanyakan pencari perlindungan yang tiba di Australia datang dari Afghanistan, Iraq dan Iran. - AP

Dakwa dirogol kerana mahu halang suami ke Thailand

MANAMA: Seorang wanita rakyat asing sanggup mendakwa dia diperkosa semata-mata kerana mahu menghalang suaminya daripada bercuti ke Thailand.
Wanita itu kini ditahan polis dan akan didakwa kerana menipu.

Menurut polis, wanita berkenaan menelefon polis dengan mendakwa kononnya seorang lelaki memasuki rumahnya, merogolnya dan mencuri pasport suaminya bersama-sama tiket penerbangan.

“Anggota peronda dikerah ke rumah wanita itu untuk menyiasat laporan berkenaan.


“Tetapi mereka mendapati ada sesuatu yang tidak kena dan selepas disoal siasat, wanita itu didapati menipu kerana mahu menghalang suaminya pergi ke Thailand. - Agensi
metro

Sebulan tinggal dengan mayat mangsa

AUCKLAND: Seorang lelaki menjerut teman wanitanya, warga Thailand dan kemudian tinggal dengan mayatnya selama sebulan.
Gordon Hieatt, 48, didakwa membunuh Nuttidar Vaikaew, yang juga berusia 48 tahun selepas mereka bertengkar di apartmennya April tahun lalu.

Dia kemudian membasuh mayat wanita itu dan tidur bersamanya di atas katil.

Hieatt bagaimanapun menolak dakwaan dia mengadakan seks dengan mayat itu.


Pendakwa raya, Rachael Reed memberitahu mahkamah semalam, Hieatt juga meletakkan gaun pengantin di kepala mayat Nuttidar dan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.

Menurut Rachael, pembunuhan itu hanya diketahui apabila tuan rumah Nuttidar yang datang untuk mengutip sewa menyedari bau teramat busuk dari dalam rumah itu apabila Hieatt membuka pintu.

Apabila polis datang untuk menyiasat pada awal Mei, mereka mendapati kipas dihala ke mayat itu dengan tujuan untuk mengurangkan bau busuk itu.

Rachael berkata, Hieatt mengaku membunuh wanita Thai itu ketika bersembang menerusi Internet dengan seorang pelacur di Thailand.

Hieatt bagaimanapun mem- beritahu mahkamah, dia tidak berniat membunuh Nuttida.

Perbicaraan bersambung esok. - AP
metro

Pembunuh amah ditangkap

RIYADH: Seorang lelaki Saudi dan isterinya ditangkap atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Kikim Komalasari.
Nama pasangan yang ditangkap itu belum didedahkan.

Bagaimanapun, duta Indonesia di Arab Saudi, Gatot Abdullah Mansyur berkata, mereka sudah disoal siasat oleh polis.

Gatut memberitahu wartawan Arab News, Kikim didera sebelum dibunuh dan mayatnya dicampakkan di tepi jalan oleh majikannya pada 11 November lalu.


Di Jakarta kelmarin, Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, leher amah itu dikelar sementara tubuhnya penuh dengan kesan luka.

Ia adalah kes kedua penderaan terhadap amah Indonesia di Arab Saudi yang berlaku baru-baru ini.

Dalam kes pertama, Sumiati Binti Salan Mustapa, 23, cedera parah dengan sebahagian bibirnya ‘hilang’ selepas digunting oleh isteri majikannya di Madinah.

Jurucakap polis Madinah, Brigadier Mohsen Al-Raddadi mengesahkan isteri majikan Sumiati kini sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pendakwaan dan Siasatan Arab Saudi. - Agensi
metro

Umi mungkin dijel 12 tahun


TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.
TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.
PASIR PUTEH: “Jika benar hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap anak saya dikurangkan kepada hanya 12 tahun, saya sekeluarga sangat bersyukur.
“Selama ini saya ingat anak sulung saya akan mati di dalam penjara, namun mimpi ngeri itu nampaknya akan bertukar,” kata Mohamad Lazim, 54, ayah kepada Umi Azlim, 26, gadis Malaysia yang dipenjara di Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar hampir tiga kilogram heroin.

Mohamad Lazim berkata, berita gembira itu diperolehnya daripada seorang saudara yang berhubung dengan kakitangan kedutaan Malaysia di China dan berharap ia adalah benar.
“Setakat ini saya berharap apa dikhabarkan kepada saya benar belaka. Saya bersyukur kerana rayuan dibuat sebelum ini mungkin mendapat maklum balas daripada mahkamah di China,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya tertekan kerana Umi Azlim dijatuhi hukuman mati sebelum ditukar kepada penjara seumur hidup.

“Saya menganggap jika benar hukuman ke atas Umi Azlim dikurangkan kepada penjara 12 tahun, tiada yang lebih menggembirakan adik- beradiknya, terutama adik kembarnya Umi Azmira dan Umi Azuraiha, 18.

“Meskipun kami sekeluarga belum mendapat pengesahan mengenai perkara itu, sedikit sebanyak berita ini menceriakan kami, malah memberi harapan rayuan kami mungkin diterima,” katanya yang bekerja sebagai mekanik di Taman Desa Anda, di sini, semalam.

Mohamad Lazim berkata, dia menyerahkan surat rayuan itu kepada pihak mahkamah ketika melawat Umi Azlim bersama arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim dan penyelaras Tabung Umi Azlim, Hu Pang Chaw, tiga tahun lalu.
“Pada awalnya kami menjangkakan hukuman penjara seumur hidup itu yang terakhir dikenakan terhadap Umi Azlin dan menganggap mungkin hayatnya akan berakhir di sana.

“Namun kini dengan berita yang kami peroleh, mungkin harapan untuk dia dibebaskan akan terlaksana,” katanya.

Menurutnya, daripada maklumat yang diberitahu kepadanya, bukan anaknya saja yang kini dipenjara di China atas kesalahan dadah, malah ramai lagi rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan sama.

“Sebagai bapa, saya menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pekerjaan anak mereka, terutama jika membabitkan perjalanan ke luar negara.

“Saya tidak mahu apa yang menimpa anak saya turut berlaku ke atas anak orang lain dan anggaplah ia sebagai pengajaran,” katanya yang memaklumkan dia mendapat tahu mengenai berita itu melalui adiknya pada sambutan Aidilfitri lalu.

Sebelum ini, Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007 dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007, tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diterima.

Belasah kerana permainan

KOTA KINABALU: Gara-gara permainan Internet, seorang remaja koma apabila dibelasah tiga rakan lelakinya menggunakan kepala tali pinggang selepas berlaku perselisihan faham di sebuah kafe siber di Jalan Sulaman Central, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Kay Tamtali, 18, cedera parah di kepala selepas dibelasah tiga lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan permainan disertai mereka.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum itu dan ketiga-tiga suspek yang tidak puas hati menunggu mangsa di luar kafe berkenaan.

Sebaik keluar, berlaku cabar mencabar antara mangsa dan semua suspek dan diakhiri dengan pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, seorang suspek melibas kepala mangsa menggunakan kepala tali pinggang, menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah, semua suspek melarikan diri manakala orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi polis.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marung ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih melakukan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi, polis menemui mangsa terbaring berlumuran darah sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan,” katanya.

Parah dibelasah samseng


BANTU... anggota paramedik Hospital Kulim merawat mangsa di tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.
BANTU... anggota paramedik Hospital Kulim merawat mangsa di tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital.
KULIM: “Ketika mangsa membuka kedai, tiba-tiba sekumpulan samseng datang dan membelasahnya tanpa belas kasihan.
“Mangsa lari menyelamatkan diri menuju ke panggung wayang tetapi samseng terbabit sempat mengejar sebelum membelasah serta melibasnya dengan parang,” kata saksi kejadian seorang lelaki yang juga pekerja kedai di sebuah pasar raya di sini menjadi mangsa tetak sekumpulan samseng, kelmarin.

Saksi yang tidak mahu dikenali berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku terlalu pantas, malah ketika itu suasana bising dengan jeritan mangsa dan kumpulan lelaki berkenaan.
“Orang ramai terkejut dengan kejadian itu, malah mencari tempat berlindung untuk menyelamatkan diri kerana kumpulan terbabit sangat ganas.

“Risau dengan keselamatan diri, saya hanya melihat kejadian dari jauh serta menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian serta memohon bantuan ambulans dari Hospital Kulim,” katanya.

Katanya, selepas membelasah mangsa, kumpulan samseng itu sempat mengugut orang ramai supaya tidak campur tangan atau menerima nasib sama seperti mangsa sebelum mereka melarikan diri dengan dua kereta.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 20 tahun cedera parah di kepala serta badan akibat dipukul selain ditikam dengan senjata tajam.

Mangsa dirawat di tempat kejadian oleh petugas paramedik Hospital Kulim sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal serta maklumat orang ramai mendapati sekumpulan lelaki bersenjata menyerang mangsa kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa membuka kedai majikannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang kira-kira tujuh lelaki menaiki dua kereta.

“Mangsa dipercayai dipukul di depan kedai itu sebelum melarikan diri ke arah panggung wayang kira-kira 10 meter dari kedai terbabit,” katanya.

Menurutnya, cubaan menyelamatkan diri gagal apabila kumpulan lelaki terbabit sempat menahan mangsa berdekatan panggung wayang.

Katanya, mangsa sekali lagi dipukul serta ditikam di kepala, badan, tangan serta belakang, menyebabkannya rebah.

“Polis masih menyiasat motif serangan dan sehingga kini kita belum memperoleh maklumat daripada mangsa kerana masih dirawat di hospital.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Sehubungan itu Chin turut memohon orang ramai menyalurkan maklumat di Balai Polis Kulim atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan

Polis maut dirempuh bas

KANGAR: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar maut selepas dirempuh sebuah bas awam ketika menunggang motosikal ke tempat kerja di Kilometer 16.8 Jalan Bukit Keteri, dekat sini, petang kelmarin.
Konstabel Tambahan Saiful Azman Osman, 23, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di badan dengan tangan dan kaki sebelah kanan terputus selepas digilis bas terbabit dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, Saiful Azman yang bertugas di Bahagian Pengangkutan IPD Padang Besar dalam perjalanan ke tempat kerja di Felda Mata Ayer, dekat sini.
Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, bas awam dalam perjalanan dari Padang Besar ke Kangar memasuki laluan bertentangan ketika memotong lori sebelum merempuh Saiful yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

“Arwah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan manakala tangan dan kaki kanannya terputus selepas dirempuh bas,” katanya, semalam.

Difahamkan, polis menahan pemandu bas berusia lewat 40-an selepas hadir melaporkan kejadian malam kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, bas berkenaan dipercayai cuba memotong lori di depannya namun tidak menduga kehadiran Saiful Azman dari arah bertentangan.

Tangguh pertunangan

KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila pelajar kolej kejururawatan, Nurzilawati Hussin, 20, yang melecur teruk akibat kejadian bas RapidKL terbakar Khamis lalu, terpaksa melupakan hasrat untuk melangsungkan pertunangannya Januari depan.
Mangsa yang sepatutnya menamatkan pengajian tidak lama lagi dikatakan merancang mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Ridzuan Jusoh, 23, selepas lebih dua tahun berkenalan.

Kekasih mangsa yang ditemui di luar wad kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, dia hanya mengetahui tragedi mengerikan yang menimpa kekasihnya selepas dihubungi rakan mangsa.

Dia yang bekerja di Terengganu mendakwa segera bergegas datang ke HKL untuk melihat keadaan kekasihnya yang didapati melecur teruk dari bahagian pinggang hingga ke jari kaki.

“Keadaannya menyayat hati. Kedua-dua belah kakinya berbalut sehingga ke bahagian punggung. Doktor memberitahu, kesan melecur terbabit sungguh serius dan memerlukan masa sehingga dua bulan untuk sembuh sepenuhnya.

“Namun, dia mungkin memerlukan masa lebih lama untuk penuh sepenuhnya, apatah lagi kesan melecur terbabit turut akan menyebabkan kesan parut kekal,” katanya sedih.


Menurutnya, rancangan melangsungkan majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana Nurzilawati cedera teruk.

“Dia hanya mampu terbaring dan menahan sakit. Paling merunsingkan apabila dia tidak dapat menduduki peperiksaan semester dua minggu lagi,” katanya.

Nurzilawati yang ditemui di HKL berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan dan mungkin mengalami beberapa kecacatan kekal pada bahagian bawah kaki.

“Tindakan undang-undang mungkin diambil bukan sebagai ganti rugi kesakitan yang saya alami kerana rawatan yang dilakukan juga menyakitkan.

“Malah, saya juga berharap ia menjadi pengajaran dan supaya pihak lain juga bertanggungjawab terhadap perkhidmatan yang mereka sediakan,” katanya.

Dua lagi mangsa ialah Nadia Husna Arshad, 20, dan Nur Aisyah Abd Samad, 20.

“Kecederaan dialami Nurzilawati dan Nadia sungguh menyedihkan. Bayaran kos perubatan dan pampasan saja tidak memadai,” kata Aisyah yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ketika mengunjungi Nadia, semalam.

Bagaimanapun, Nadia yang masih mendapat rawatan di PPUM berharap pihak syarikat bas mengotakan janji untuk menanggung segala kos perubatan.

Menurutnya, kos perubatan terlalu tinggi untuk merawat kecederaan melecur dialaminya sehingga mencecah RM300 sehari, iaitu kos membeli sejenis ubat berbentuk krim.

“Sepatutnya, semalam (kelmarin) saya menggunakan ubat berkenaan, namun difahamkan bekalan ubat terbabit belum diperoleh.

“Jika saya mula menggunakan krim itu untuk rawatan selanjutnya, saya sudah boleh keluar wad dan balik ke rumah. Masalahnya, penggunaan krim perlu dilakukan secara konsisten dan kos pula terlalu tinggi (RM300 sehari) buat saya dan keluarga,” katanya.

Semalam, Nadia yang ditemani Aisyah di Wad Surgeri PPUM dikunjungi keluarga dan sanak saudara terutamanya ibu Nadia, Siti Asar Talib, 59, abangnya, Roslan, 40, dan Rosnizam, 30.

Rosnizam berkata, dia dan ahli keluarga lain berharap adiknya cepat pulih dan mahukan pihak RapidKL mengotakan janji mereka.

“Bagi kami, adik cepat pulih dan dapat meneruskan pengajiannya seperti biasa,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan tiga pelajar kolej kejururawatan cedera, dua daripadanya melecur teruk, selepas enjin bas dinaiki tiba-tiba meletup, menyebabkan mereka terjatuh ke bahagian enjin yang terbakar.
metro

Nasib 19 pelombong belum diketahui



BEBERAPA orang pekerja lombong membantu pasukan penyelamat bagi mengesan 29 pelombong yang masih terperangkap di lombong Pike River Coaleo di daerah Grey, New Zealand, semalam. - REUTERS


GREYMOUTH 20 Nov. - Pasukan penyelamat masih gagal berhubung dengan 29 pelombong yang terperangkap di bawah tanah selepas berlaku satu letupan di lombong arang batu di negara ini semalam, ekoran kebimbangan tahap gas berbahaya yang menghalang usaha menyelamat.
Datuk Bandar daerah Grey yang menyampaikan taklimat ringkas kepada anggota keluarga mangsa berhubung bahaya gas itu berkata, kekecewaan mula tergambar di wajah-wajah ahli keluarga mangsa.
"Ada ahli keluarga mangsa yang marah dan putus harapan. Ia adalah satu pertemuan yang amat beremosi.." kata Tony Kokshoorn.
Menurut Ketua Eksekutif Pike River Coal, Peter Whittall kepada sidang media di Greymounth, pekan terdekat dengan lombong itu, letupan berkemungkinan besar disebabkan gas metana.
"Ujian kualiti udara daripada sampel yang diambil pagi ini masih belum memberi sebarang keputusan," katanya.
Komander polis daerah, Supritendan Gary Knowles berkata, mereka sedang menimbang untuk menghantar pasukan penyelamat ekoran kebimbangan penyebaran gas yang membawa maut akibat letupan lombong arang batu itu. - Reuters

1,000 penduduk terputus hubungan





PENDUDUK tempatan melihat kawasan mendapan tanah yang merosakkan jalan raya di Kilometer 6, Jalan Kuala Medang ke Kampung Orang Asli Pantos, Kuala Lipis, semalam.


KUALA LIPIS 19 Nov. – Lebih 1,000 penduduk Orang Asli Kampung Pantos, Hulu Jelai terputus hubungan apabila jalan raya di Kilometer 6, Jalan Kuala Medang-Pantos tiba-tiba mendap dalam kejadian hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Wartawan Utusan Malaysia yang mengikuti rombongan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika mengadakan majlis korban 22 ekor lembu di Kampung Pantos, semalam mendapati jalan raya berkenaan mendap sedalam 10 meter.
Berikutan itu, hanya satu lorong sahaja boleh digunakan oleh kenderaan tetapi mendatangkan risiko bahaya kerana ia akan runtuh sekiranya hujan terus melanda di kawasan itu.
Tok Batin Orang Asli Kampung Pantos, Abdul Rahman Abdullah, 70, berkata, jalan berkenaan sudah tidak selamat dan membahayakan pengguna khususnya kenderaan berat.
“Mendapan tanah semakin besar dan sudah ada keretakan tanah yang mengundang padah kepada orang ramai.
“Sehingga kini pihak berkuasa belum lagi memasang papan tanda amaran kepada orang ramai khususnya pelawat yang kerap berkunjung ke kampung kami untuk mengagihkan daging korban dan menginap di sini,” katanya.
Penduduk Orang Asli Islam, Ayub Abdullah, 59, berkata, mendapan itu berpunca daripada tanah runtuh di bahagian tebing berdekatan jalan raya dan wujudnya air dalam tanah ketika hujan lebat berlaku.
“Keseluruhan kawasan jalan tar sudah mendap akibat cerun dihakis air dan tanah mulai runtuh di kawasan berdekatan,” katanya.
Ayub berkata, pihak berkuasa perlu segera membaiki kerosakan itu di samping membuat laluan alternatif demi keselesaan penduduk ke Kuala Medang, Sungai Koyan dan bandar Kuala Lipis.

Kegembiraan Aidiladha berakhir episod pilu



Anggota bomba membantu mencari barangan berharga yang masih terselamat dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Dusun Melintang, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Kegembiraan sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha berakhir dengan episod pilu apabila rumah ibu bapanya itu musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Melintang dekat sini semalam.
Mangsa, Asmah Hani Muda, 27, yang bekerja sebagai operator di Kuantan bersama suami, Mohd. Nurul Firdaus Nazri, 27, serta dua anak mereka, Nurul Aleeysa Balqis berusia satu setengah tahun dan Nurul Aleeyda Qhaisara (enam bulan) pulang bercuti di rumah tersebut malam tadi.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dan ketika itu, mereka empat beranak berada di rumah tersebut.
"Ketika kejadian, saya sedang memasak di dapur sebelum dikejutkan dengan kebakaran yang bermula dari bilik tengah.
"Tanpa berlengah, saya bersama suami bergegas mencapai dua anak kami sambil meminta pertolongan jiran-jiran untuk memadamkan kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Menurut Asmah Hani, dia dan suami serta jiran kemudian sempat menyelamatkan sebuah kereta Proton Wira miliknya daripada musnah terbakar.
Bagaimanapun katanya, usaha untuk menyelamatkan barangan lain gagal di sebabkan api marak dengan cepat sebelum memusnahkan rumah kayu berkenaan.
"Saya reda dengan kejadian ini dan syukur kepada Tuhan kerana kami semua selamat dan ketika itu juga, emak saya tiada di rumah kerana ke majlis kenduri," ujarnya.
Sementara itu, dua jentera bersama 18 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 4.32 petang sebelum mengambil masa 12 minit untuk mengawal kebakaran.
Pegawai Bomba Kanan Dua, Razak Abidin berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mun Poo tiada rekod jenayah



KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis percaya lelaki Malaysia yang ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan negara itu hanya melakukan kegiatan jenayah tersebut di luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya sudah membuat semakan terhadap rekod Lin Mun Poo sebaik sahaja mendapat maklumat dia ditahan pihak berkuasa AS.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati, lelaki terbabit tidak memiliki sebarang rekod jenayah di negara ini.
"Kita sudah menyemak rekod Mun Poo dan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah di Malaysia.
"Ini bermakna berkemungkinan besar dia hanya melakukan kegiatan jenayah itu di luar negara," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Mun Poo, 32, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa di mahkamah negara itu kelmarin.
Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio; bank pusat AS dan secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.
Mun Poo yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar.
Perkhidmatan perisikan AS menangkap Mun Poo beberapa jam selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.
Mengulas lanjut Syed Ismail berkata, walaupun semakan mendapati Mun Poo tiada rekod jenayah di Malaysia, namun pihaknya bersedia menyiasat lelaki berkenaan jika keadaan memerlukan.
Setakat ini, kata beliau, pihaknya sudah menghubungi pejabat Kedutaan AS di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes berkenaan.
"Kita menyatakan kesediaan kita membantu pihak berkuasa AS untuk menyiasat kes tersebut dengan menyalurkan apa-apa maklumat atau bantuan yang diperlukan," ujarnya.