16/11/2010 3:56pm
SHAH ALAM - Seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita menggunakan sebilah kapak semasa merompak mangsa pada akhir bulan lepas.
Nuradham Khairuddin, 27, dari Sungai Buloh, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hasbi Hasan.
Tertuduh didakwa merompak sebuah beg tangan, dua buah telefon bimbit jenis Nokia dan Sony Ericsson serta wang tunai RM2,000 milik Hasimah Yusof, 46, dan semasa melakukan rompakan tertuduh telah mencederakan mangsa menggunakan sebilah kapak.
Nuradham didakwa melakukan kesalahan itu di tepi kilang No: 65, Jalan Kip 9, Taman Perindustrian Kip, Sri Damansara, Kepong, Gombak, kira-kira pukul 5.30 petang pada 27 Oktober lepas. - Bernama