Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Bakal pengantin dicekup kerana samun bersenjata


ALOR SETAR -- Seorang bakal pengantin dicekup kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata ke atas beberapa stesen minyak di sekitar Kota Setar, Jitra dan Kangar.

Suspek yang berumur 22 tahun itu dicekup di Gunung Keriang pada 8 Okt lalu, iaitu dua hari sebelum dia akan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata bakal pengantin tersebut turut dikehendaki berhubung satu kes rogol di Kuala Nerang dua tahun lalu.

Sehari sebelum suspek ditahan, seorang rakan suspek yang berumur 25 tahun turut ditahan di Pokok Sena.

Beliau berkata kedua-dua suspek aktif menyamun sejak April lalu dan sehingga Oktober lepas, sebanyak 19 buah stesen minyak dan sebuah kedai serbaneka di Pokok Sena telah mereka samun yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM35,000.

Mereka didapati menggunakan senjata seperti parang, pisau dan pistol tiruan dan pernah menikam seorang juruwang sebuah stesen minyak tersebut. "Modus operandi kumpulan ini ialah mereka akan meninjau terlebih dahulu stesen-stesen minyak. Sekiranya tidak ada pelanggan ketika itu, mereka akan masuk ke dalam stesen minyak dan menyamun wang di kaunter juruwang.

"Seorang akan masuk ke dalam stesen minyak dengan memakai topi kaledar dan seorang lagi akan menunggu dengan motosikal di luar stesen minyak," kata Abdul Ghafar.

Selepas menyamun, mereka akan menukar nombor plat motosikal mereka, katanya.

Polis turut merampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan untuk menyamun, dua pucuk pistol tiruan dan sebilah pisau daripada kedua-duanya. Mereka kini ditahan reman sehingga 25 Okt ini.sumber

Polis tembak mati 5 lelaki di Kuantan




2010/10/17

KUANTAN: Polis menembak mati lima lelaki dipercayai warga asing di Indera Mahkota di sini selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun, awal pagi tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP T Narenasagaran, berkata sebelum kejadian semua lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam satu kejadian samun membabitkan empat sekeluarga di Balok Baru dekat sini 3.30 pagi tadi.Beliau berkata, mangsa telah diikat namun salah seorang anak mangsa yang ketakutan telah menjerit menyebabkan penjenayah melarikan diri bersama telefon bimbit, kad ATM, barang kemas dan wang tunai."Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah motokar di jalan Kuantan By Pass yang dalam keadaan mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya, polis cuba menahan kenderaan terbabit namun ia terus memecut laju. 

Narenasagaran berkata, polis kemudian berjaya menghalang kenderaan terbabit di jalan masuk bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Indera Mahkota. 

"Anggota terbabit telah memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan penjenayah berkenaan menyerah diri," katanya. 
Bagaimanapun, katanya, penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan sabit terus melibas dan menyerang anggota polis. 

"Bagi mempertahankan diri, pasukan polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan kelima-lima penjenayah mati di tempat kejadian. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kesemua penjenayah," katanya. 

Narenasagaran berkata, polis turut menemui semula barangan yang disamun daripada mangsa di dalam kenderaan penjenayah terbabit yang dipercayai dicuri di Cheras pada 2005. 

Katanya, dengan tertumpasnya semua lelaki terbabit, polis percaya berjaya menyelesaikan sembilan kes samun iaitu lima di daerah Maran, masing-masing satu di Bera, Pekan, Temerloh dan Kuantan. 

Sementara itu, mangsa Noraini Aziz, 44, ketika ditemui, berkata anak perempuannya berumur 20 tahun yang sedang tidur terjaga selepas menyedari seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam biliknya. 

"Anak perempuan saya yang terkejut terus menjerit memanggil saya sebelum lelaki berkenaan mengeluarkan pisau dan menunjukkan isyarat diam," katanya. 

Bagaimanapun, lelaki terbabit dan rakan-rakannya terus melarikan diri selepas jeritan itu bersama barangan yang disamun termasuk wang tunai RM20 dan tiga telefon bimbit. 

Katanya, dia turut mendapati terdapat beberapa pasang selipar yang bukan milik keluarga mereka di bahagian belakang rumahnya. - BERNAMA sumber

Peniaga kedai runcit angkut rokok seludup didenda RM90,000



KUALA TERENGGANU -- Seorang peniaga kedai runcit hari ini didenda RM90,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengangkut rokok seludup tiga tahun lepas.

Azizi Embong, 28, dari Pulau Duyong, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mengangkut 440 karton rokok bernilai RM8,450 dengan sebuah van di depan Sekolah Menengah Tengku Mizan, Jalan Bukit Cempaka-Batu Rakit di sini, pada 6 petang, 21 Jun 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda 20 kali ganda nilai barangan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Azizi yang diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan Pegawai Pendakwa Koh Joo Kai telah memanggil 11 saksi sepanjang perbicaraan kes itu. -- BERNAMA

9 GRO warga asing ditahan


17/10/2010 4:09pm

SEREMBAN - Sembilan orang wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini, malam tadi.
Mereka terdiri daripada tujuh warga China dan dua Thailand berusia antara 20 hingga 31 tahun yang didapati masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.
Turut ditahan pada pukul 8 malam itu ialah tiga orang pelanggan.
Menurut Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Deputi Supritenden Habibi Majinji, kesemua GRO berkenaan bersembunyi di bahagian belakang tempat menyimpan barang di pusat hiburan itu sebelum mereka diberkas.
"Wanita-wanita ini didapati bersembunyi di dalam sebuah bilik sulit di bahagian belakang tempat simpanan barang sebelum mereka diberkas," katanya. - Bernamasumber

China berusaha selamatkan 11 pelombong




2010/10/17

BEIJING: Berpuluh anggota penyelamat bertungkus lumus mengharungi debu tebal untuk mengeluarkan 11 pelombong arang batu yang terperangkap selepas kebocoran gas membunuh 26 rakan setugas mereka ketika Chile menawarkan bantuan dalam operasi menyelamat itu. 

Gas arang batu meletus secara tiba-tiba di lombong di Henan semalam ketika 276 pelombong sedang bertugas di bawah tanah.Presiden Chile, Sebastian Pinera, menawarkan bantuan kepada China dan berkata negaranya mempelajari daripada bencana di lombong San Jose di mana 33 pelombong terperangkap selama dua bulan sebelum diselamatkan minggu lalu."Jika kami boleh membantu, mereka tahu mereka boleh mengharapkan kami," katanya. - AFP sumber

Serangan nekad


PADANG SERAI - Seorang lelaki cedera parah dengan lengan tangan kirinya terbelah akibat diserang dua lelaki bersenjata parang dan botol pecah dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ria, di sini, jam 11.15 malam semalam.

Saksi berkata, serangan itu berlaku ketika masih terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut.

Orang ramai yang berada di situ terkejut apabila mangsa berusia 20an yang berlumuran darah meluru masuk ke dalam restoran sambil menjerit minta tolong.

Pada masa yang sama, sebuah motosikal ditemui hangus tidak jauh dari situ dan polis masih menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan serangan ke atas lelaki berkenaan.

Saksi berkata, tetakan itu menyebabkan lengan kiri mangsa terbelah hingga menampakkan tulang manakala kulit kepalanya pula terkoyak teruk.sumber

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Bagaimanapun kira-kira jam dua pagi, lelaki itu dipindahkan ke hospital lain yang tidak dinyatakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, seorang daripada dua suspek penyerang telah ditahan tidak lama selepas kejadian.

“Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata dan Seksyen 455 kerana melakukan kianat dengan api,” katanya.

Su Song turut memuji tindakan pantas pegawai dan anggotanya yang berjaya menangkap seorang suspek tidak lama selepas kejadian.

Penuntut Syariah dicekup khalwat




AMPANG - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam. 

Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi. 

Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan. 

Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lajut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut. 

“Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil,” katanya. 

Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut. 

“Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya. 

“Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu,” katanya. 

Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akuan yang juga menunutut di IPT sama. 

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang. 

“Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai,” katanya. 

Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah. 

Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut. 

“Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais,” katanya. 

Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat. 

“Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanyasumber

Bas rempuh rumah




TUMPAT - Gara-gara brek tangan lupa ditarik pemandu sebuah bas City Liner perjalanan Kota Bharu-Tumpat, bergerak sendiri bersama penumpangnya merempuh sebuah rumah anggota polis trafik di Kampung Sedar di sini, pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, akibat rempuhan itu, rumah sewa milik Lans Koperal Ikhwan Abdullah rosak teruk di bahagian garajnya yang turut merosakkan kereta Wira hingga terpaksa menanggung kerugian hampir RM8,000 

Bagaimanapun, penumpang dalam bas terbabit seramai lima orang tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian pemandunya berusia 40-an tiada dalam bas kerana turun untuk membeli nasi kerabu di kedai makan berhampiran rumah tersebut. 

Isteri Ikhwan, Rohani Salleh, 28, berkata, dia tidak menyangka gegaran kuat yang dirasainya ketika dia sedang melipat kain di ruang tamu rupa-rupanya bas rempuh garaj rumahnya. 

“Bila terdengar dentuman kuat, saya terus membuka pintu, alangkah terkejutnya apabila nampak kepala bas di dalam garaj rumah saya dan menghimpit kereta kami. 

“Dalam masa itu juga, suami saya serta tiga anak saya tersedar dari tidur dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku,’ katanya. 

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana rempuhan bas berkenaan tidak meranapkan rumah sewa yang didiami hampir enam tahun selepas berhijrah mengikuti suami yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. 

Seorang saksi, Shaari Abdullah, 43, berkata, dia bagaikan tergamam seketika apabila melihat bas yang diletakkan di bahu jalan bergerak dengan sendiri selepas pemandunya turun untuk membeli nasi di kedai di situ. 

Menurutnya, dia terdengar jeritan penumpang dalam bas yang panik apabila bas bergerak sendiri, tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa. 

“Saya melaung sekuat hati melihat bas berkenaan bergerak menggelongsor sehingga merempuh garaj rumah tersebut, semua pelanggan di kedai ini tidak dapat berbuat apa-apa hanya mampu melihatnya,” katanya yang baru selesai menghantar kuih di kedai makan tersebut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan semua penumpang bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat murid jatuh sungai ditemui dekat muara Sungai Galas




2010/10/17

KUALA KRAI: Mayat seorang murid Tahun Enam yang hilang di Sungai Kelantan, dekat Dabong tengahari kelmarin ditemui pada 11.15 pagi ini. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nasir Hassan, berkata mayat Raja Nurafi Raja Hussain, 12, ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh."Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga diteruskan seawal 9 pagi tadi dan anggota penyelamat telah melakukan operasi menyelam dengan jarak lebih jauh iaitu lima kilometer dari tempat mangsa tetapi tidak menemui sebarang petunjuk."Anggota kita berpatah balik mencari tidak jauh dari kawasan mangsa terjatuh iaitu berhampiran muara Sungai Galas dan Sungai Pergau dekat Dabong itu, dan melihat satu objek terapung sebelum mengenal pasti ia adalah mayat mangsa," katanya di sini hari ini. 

Nasir berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan difahamkan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. 

Raja Nurafi, murid Sekolah Kebangsaan Dabong, dipercayai terjatuh di sungai itu kira-kira 11 pagi kelmarin. 

Anak bongsu dari tujuh beradik itu dikatakan sempat meminta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar dari rumah. 
Dia kemudian dipercayai telah pergi ke sungai tanpa memaklumkan kepada kedua ibu bapanya sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tersebut. - BERNAMA sumber

Pemandu teksi ditahan dalam 'Ops Samseng dan Mabuk'




2010/10/17

IPOH: Seorang pemandu teksi berusia 51 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selain terbabit dalam kemalangan ketika polis menjalankan Ops Samseng Jalan Raya dan Mabuk di sini awal pagi ini. 

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata lelaki itu ditahan pada jama 3 pagi ketika memandu teksinya di Jalan Raja Nazri Shah di sini selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain."Pemandu teksi terbabit hanya cedera ringan dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Beliau berkata, dalam operasi yang bermula 12 tengah malam hingga 5 pagi tadi itu, sejumlah 51 saman dikeluarkan ke atas 18 pemandu kereta dan 33 penunggang motosikal. 

"Antara kesalahan mereka ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, lesen tamat empoh, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ubah suai nombor pendaftaran," katanya. - BERNAMA sumber

Polis bongkar sindiket seludup organ manusia

PRISTINE (Kosovo): Polis Kesatuan Eropah (EU) di Kosovo berkata lima orang termasuk seorang bekas pegawai kanan didakwa terlibat dalam penyeludupan organ manusia dan pertubuhan jenayah.
Encik Karim Limdal, jurucakap bagi misi peraturan undang-undang EU, berkata doktor dan seorang pegawai kanan kementerian kesihatan adalah antara mereka yang didakwa melakukan pemindahan buah pinggang untuk penderma dan penerima antarabangsa.Tiada perincian mengenai identiti suspek terlibat didedahkan kepada umum.Hasil siasatan awal pada tahun 2008, sebuah klinik swasta yang menjadi tempat doktor-doktor terlibat bekerja telah ditutup oleh para penyiasat.Ketika itu, para penyiasat mendapati seorang lelaki Turkey menjual buah pinggangnya kepada penerima Israel. -- AP.

4 kapal pindah minyak ditahan


17/10/2010 1:59pm

JOHOR BAHRU 17 Okt. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan empat kapal tangki asing yang disyaki melakukan pemindahan sebanyak 125,752 liter minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.
Pengarah Operasi APMM Wilayah Selatan, Kapten Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya turut menahan 52 krew membabitkan 15 rakyat Thailand, Filipina (12), Indonesia (13), Myanmar (8) dan Belanda (4) yang kesemuanya berumur antara 20 dan 59 tahun bagi membantu siasatan.
"Pegawai dan anggota APMM dalam Kapal KM Manjung yang melakukan 'Operasi Perkasa Selatan' memeriksa empat kapal itu di dua lokasi berasingan pada kedudukan 1.8 batu nautika selatan Tanjung Ayam, Pengerang, antara pukul 10 pagi dan 5.30 petang.
"Pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran oleh keempat-empat kapal berkenaan, yang didapati melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Dius Api," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd. Zubil berkata, pemeriksaan mendapati Kapal MT Fortress memindahkan 50,000 liter Marin Fuel Oil (MFO) ke kapal MT Danai 4 manakala MT Baltic Unity memindahkan 75,752 liter Marine Gas Oil (MGO) kapal Marissa Green.
Beliau berkata, MT Fortress didaftarkan di Tarawa, Kiribati, MT Danai 4 di Bangkok, Thailand, MT Baltic Unity di Freetown, Sierra Leone manakala Marissa Green di Rotterdam, Belanda.
Katanya, APMM akan terus mempertingkatkan pengawasan di perairan Pengerang bagi memastikan perairan tersebut bebas dari pencemaran serta aktiviti yang menyalahi undang-undang. - Bernama

21 maut, 16 terperangkap


DUA anggota penyelamat bersiap sedia untuk turun menjalankan operasi menyelamat di lombong bawah tanah di bandar Yuzhou di wilayah Henan, tengah China, semalam. - AP


BEIJING 16 Okt. - Satu letupan di sebuah lombong arang batu di wilayah tengah China hari ini menyebabkan 21 pekerja lombong terkorban dan 16 lagi terperangkap di bawah tanah.
Letupan berlaku tiga hari selepas dunia dikejutkan dengan operasi penyelamat dramatik ke atas 33 pelombong yang terperangkap lebih dua bulan di lombong bawah tanah utara Chile.
Seorang pegawai di jabatan pentadbiran keselamatan kerja yang dikenali sebagai Li berkata, kedalaman tempat 16 pelombong itu terperangkap masih belum diketahui, begitu juga perincian dan punca letupan yang berlaku pada pukul 6 pagi di wilayah Henan itu.
Saluran China Central Televison pada awalnya melaporkan seramai lebih 30 orang terperangkap dan 20 lagi terbunuh, namun Li memberitahu jumlah mereka yang terperangkap itu termasuk mangsa yang terkorban.
Sementara itu, agensi berita Xinhua memetik pegawai lombong di bandar Yuzhou sebagai berkata, letupan berlaku di lombong milik Pingyu Coal & Electric Co. Ltd.
Industri perlombongan di China merupakan yang paling bahaya di dunia dan lebih 2,600 orang terbunuh dalam insiden berkaitan lombong tahun lalu.
Akhbar pro-kerajaan, People's Daily kelmarin melaporkan kerajaan China telah menutup lebih 1,600 lombong kecil dan haram tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha memperbaiki piawaian keselamatan.
Kecelakaan di lombong di negara ini menurun sejak akhir-akhir tahun ini selepas kerajaan menutup banyak lombong haram, tetapi angka kematian kembali melonjak dalam enam bulan pertama tahun ini. - APsumber

Polis tahan 18 PATI


JEMPOL 16 Okt. - Kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan kawasan pedalaman di Palong dekat sini sebagai penempatan sementara berjaya dibongkar pihak berkuasa apabila seramai 18 daripada mereka ditahan dalam satu operasi di sini, malam tadi.
Dalam operasi selama lima jam yang bermula pukul 11 malam di Palong 4, 5 dan 6 itu, kesemua mereka terkejut setelah menyedari kehadiran polis di kawasan berkenaan.
Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, polis yang menerima maklumat mengenai kewujudan warga asing itu bertindak melakukan intipan sebelum serbuan dilakukan.
"Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap lebih 40 warga asing yang terdiri daripada Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
"Berdasarkan pemeriksaan lanjut, kita dapati 18 warga Indonesia termasuk lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an didapati memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"16 daripada mereka dikesan melanggar syarat pasport manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd. Sabri menjelaskan, ketika serbuan dilakukan, terdapat sebahagian mereka cuba melarikan diri namun gagal setelah kesemua mereka dikepung.
Beliau berkata, kebanyakan bekerja sendiri dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
"Polis akan terus melakukan operasi dan orang ramai yang ada maklumat, diminta memaklumkan kepada polis bagi membolehkan tindakan segera dilakukan," katanya.sumber

10 terbunuh bas jatuh gaung


17/10/2010 3:39am

BEIJING 17 Okt. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 34 lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung ketika melalui jambatan di sebuah kawasan pergunungan di sini awal pagi semalam.
Agensi berita tempatan, Xinhua melaporkan, dua kanak-kanak merupakan antara mangsa yang cedera dalam kejadian yang berlaku di Dulan iaitu sebuah perkampungan yang terletak di wilayah Haixi.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu bas berkenaan. - AFP

Helikopter terhempas di Mexico, lapan terkorban


17/10/2010 3:39am


VERACRUZ 17 Okt. - Lapan orang terbunuh selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di tenggara Mexico lewat malam semalam.
Ketua Pertahanan Awam Veracruz, Silvia Dominguez berkata, helikopter itu dalam perjalanan dari Campeche menghala ke daerah Minatitlan di negeri ini sebelum ia terhempas.
Tambah Dominguez, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian itu. - AP
sumber

Warga tua panik peluru M-16 tembus bumbung

BANTING: Seorang warga tua terperanjat apabila mendapati sebutir peluru dipercayai daripada senjata M-16 tiba-tiba menembusi atap dapur rumahnya di sini, pagi semalam. 

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Yeow Ah Huan, 70, memasuki ruang dapur rumahnya selepas berkebun, manakala isterinya pula sedang memasak.
Sebutir lagi peluru dikatakan turut menembusi rumah jiran Ah Huan tetapi kedua-dua peluru sesat itu tidak mengenai sesiapa. Kedua-dua mereka kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua peluru bersaiz 5.58 milimeter itu dilepaskan daripada senjata sama. 

Polis masih menyiasat sama ada peluru berkenaan tersasar dari lapang sasar tentera yang terletak di balik bukit kira-kira satu kilometer dari rumah kedua-dua warga tua itu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengakui pihaknya masih menyiasat. 
sumber

Penyanyi dakwa diperkosa ulama




2010/10/17

Aida Saskia (kiri) dan Zainuddin  MZ
Aida Saskia (kiri) dan Zainuddin MZ
JAKARTA: Selepas video lucah didakwa membabitkan tiga penghibur popular mengejutkan rakyat Indonesia, seorang ulama terkenal negara itu pula menjadi tumpuan kerana didakwa merogol seorang penyanyi. 

Minggu lalu, penyanyi Aida Saskia, 25, menuduh ulama Zainuddin MZ merogolnya, namun pemimpin agama itu menafikan tuduhan terbabit, lapor tempointeraktif.Aida mendakwa, insiden merogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika dia berusia 16 tahun.Peguam Aida, Alamsyah Hanafiah berkata Aida kecewa dengan ucapan Zainuddin mengenai video lucah membabitkan Nazril Irham atau Ariel ‘Peterporn’, Cut Tari dan Luna Maya tersebar secara meluas. 

“Dia memutuskan untuk mendedahkan salah laku (dirinya dan Zainuddin) yang amat memalukan,” kata Alamsyah. Zainuddin merancang mengadakan sidang media menjawab tuduhan itu kelmarin namun membatalkannya. 

Dalam pada itu, Habib Mahdi, seorang ulama yang dekat dengan Zainuddin ketika dihubungi detikhot menerusi telefon kelmarin berkata, Zainuddin, 59, mengakui dirinya tidak sakit hati dan bersedia memaafkan Aida dengan bersyarat. 

“Kata Zainuddin, andainya Aida sudah tidak marah dan menarik balik tuduhan itu, dia akan maafkan Aida demi umat,” kata Habib. 
Mahdi juga juga merancang menemukan wanita yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi dangdut itu dengan Zainuddin. Sebagai ulama yang menjadi orang tengah antara Aida dan Zainuddin, Mahdi merasa bertanggungjawab mendamaikan mereka. 

Kata Mahdi, ketika ini Zainuddin sibuk berdakwah dan tidak sempat bertemu Aida. Kiyai yang memegang jawatan ketua umum Parti Bintang Reformasi itu membatalkan sidang medianya kelmarin atas sebab tidak diketahui. 

Dalam perkembangan lain, Alamsyah berkata, anak guamnya pernah sekali melakukan hubungan seksual dengan Zainuddin. 

“Aida bercerita kepada saya bahawa dia pernah diperkosa sekali. Hanya sekali,” kata Alamsyah ketika ditemui di pejabatnya Khamis lalu. 
Jika dalam tempoh dua minggu tuntutan Aida tidak dijawab, perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan. 

Mengenai sikap Zainuddin yang menyangkal dan tidak mengakui perbuatan tidak senonoh terhadap Aida, Alamsyah mencabar Zainuddin membuat laporan polis jika merasa namanya dicemarkan Aida. 

Sementara itu, artis dan pengacara Dorce Gamalama mengakui sangat mengenali Zainuddin dan tidak yakin ulama itu merogol Aida. – Agensi 
sumber