Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

Masjid dalam gua

MENGAIT pelancongan di Indonesia, majoriti kita terbayangkan Jakarta, Bandung, Bali atau Medan. Maklum saja jarang kita mendengar syarikat pelanco ngan menyediakan perkhidmatan ke destinasi lain di republik itu seperti Palembang, Jogjakarta, Acheh dan Makassar, apatah lagi Surabaya.



TERUJA...seni ukir bersulam ayat suci di dinding masjid yang terletak di dalam gua.TERUJA...seni ukir bersulam ayat suci di dinding masjid yang terletak di dalam gua. ABADI...penulis dan isteri bergambar kenangan di depan pintu masuk ke Masjid Laksamana Cheng Ho. KREATIF...hiasan berwarna warni dalaman masjid di dalam gua di Surabaya. MUDAH...jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dan Madura.TEGUH...Masjid Agung Tuban. JINAK...haiwan liar, termasuk unta ini, menghampiri kenderaan pelawat di Taman Safari di Surabaya (taman safari kedua terbesar di Indonesia).


TERUJA...seni ukir bersulam ayat suci di dinding masjid yang terletak di dalam gua.


UNIK...bahagian depan (pintu masuk) masjid di dalam gua menyejukkan hati.
UNIK...bahagian depan (pintu masuk) masjid di dalam gua menyejukkan hati.

Hakikatnya, Surabaya mempunyai keunikan tersendiri yang pasti meninggalkan kenangan indah kepada mereka yang melawat wilayah berkenaan meskipun ia tidak semoden kota Jakarta atau sepopular pusat pelancongan antarabangsa Bali, sehebat Danau Toba (Medan) atau sedingin Bandung yang terkenal sebagai ‘Kota Fesyen Indonesia’.

Sebaliknya, Surabaya menawarkan pelancongan dengan keindahan semulajadi yang mengasyikkan, diserikan pula dengan seni bina Islam unik seperti masjid dalam gua, sungai mengalir di dalam masjid selain ladang epal terbesar dan zoo ala safari.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, debaran terasa di kalangan kami seramai tujuh orang. Siapa yang akan menjemput sebagai jurupandu, terutama apabila beberapa supir (pemandu kereta sewa) mula bertanya kepada kami destinasi yang ingin pergi, tetapi kami sendiri tidak pasti kerana belum pernah ke Surabaya dan hanya bersandarkan kepada nombor telefon diberi seorang rakan di Malaysia.

Saya terus mendail nombor diberi dan debaran terjawab apabila seorang pemuda berjubah menjawab telefon serta melambaikan tangan.

“Saya Azam dan bapak ini Pak Ishak ya?” Ustaz Mohd Abdullah Azam Termizi al-Hafiz memperkenalkan dirinya dan kemudian menunjukkan kepada kami yakni supir yang akan membawa kami sepanjang empat hari di Surabaya.
Kami kemudian diberi penerangan mengenai kembara kali ini. Yang kami mahu ialah kepuasan melihat keindahan di sekitar Surabaya.

Destinasi pertama kami menuju ke Batu melalui Lapindo, kawasan tanah tinggi yang nyaman. Hampir dua jam perjalanan, kami tiba di Batu.

Selepas solat Maghrib, kami menikmati nasi Arab berlauk kambing di sebuah restoran Arab. Terasa lazat sekali, maklumlah kami lapar kerana sejak tengah hari belum menjamah apa-apa.

Setelah meninjau dan mencari tempat penginapan, akhirnya kami tertarik hati untuk menginap di sebuah banglo di Singgoriti. Kawasan ini memang banyak banglo yang boleh disewa. Harganya juga tidak terlalu mahal.

Banglo di sini dimiliki orang berada yang tinggal di bandar. Mereka datang pada hujung minggu untuk berehat bersama keluarga.

Kami tidur dengan nyenyak, maklumlah cuaca sejuk yang tidak perlu pendingin hawa. Selepas solat Subuh, kami dibawa ke pusat pengajian Nurul Haromain di Pojon, Malang iaitu maahad pengembangan Islam dan dakwah. Sempat juga kami mengikuti kuliah Subuh Ustaz Ihya Ullumud din bersama kumpulan pelajar yang bakal menjadi pendakwah.

Di sini kami teruja dengan teknologi tahi lembu bagi menghasilkan gas untuk memasak. Daripada enam lembu peliharaan di kandang dapat melahirkan gas untuk memasak di dalam kawasan pesantren ini. Satu teknologi yang sudah lama tetapi baru kami ketahui.

Kami kemudian bertolak ke kawasan Agrovisata Apple, Kusuma Argowisata. Ia kawasan perladangan epal terbesar di Indonesia. Satu pengalaman baru bagi kami dapat memasuki ladang epal, makan percuma sepuas hati. Kami hanya membeli epal di sini hasil petikan tangan kami. Memilih yang terbaik saja.

Kami kemudian ke Taman Safari Pandaan. Bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan ini. Kami tidak dibenarkan keluar daripada mobil yang kami naiki.

Pelbagai jenis binatang dapat kami saksikan, termasuk harimau dan singa yang bebas berkeliaran. Kami di sini kesuntukan masa kerana cuaca hampir gelap selain hujan renyai-renyai.

Pergerakan kami diikuti kereta peronda taman safari dengan tujuan menjaga keselamatan kami. Kami difahamkan, taman safari ini yang kedua terbesar di Indonesia.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kawasan yang berlaku tragedi lumpur panas yang memusnahkan kawasan luas. Kami terkejut dengan penera ngan Ustaz Azam. Kawasan yang berlaku peristiwa pahit pada 22 November 2006. Peristiwa hemburan lumpur panas daripada perut bumi masih berlaku sehingga sekarang.

Untuk mengawal kawasan daripada limpahan banjir lumpur panas ini, kerajaan Indonesia menambak setinggi 10 meter. Kami menaiki kawasan ditambak itu dan melihat saujana mata memandang kawasan lumpur ini.

Kami difahamkan, tragedi ini menenggelamkan kawasan seluas lebih 71,000 hektar membabitkan 353 kampung, memusnahkan kawasan padi seluas 142 hektar, ladang tebu seluas 24 hektar termasuk sekolah, pejabat, lebih 15 kilang termasuk gedung perniagaan.

Peristiwa ini berpunca daripada penggerudian gas dari perut bumi. Subhanallah, ini yang dapat kami lafazkan apabila memandang ke arah asap panas yang masih memuntahkan lumpur.

Kami kemudian mencari tempat penginapan baru dan memilih kawasan Ampel. Kawasan ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Malam itu malam Jumaat, dan ramai penduduk keluar membeli-belah sekitar masjid yang terkenal di situ.

Di Masjid Ampel ada Makam Wali Sunan Ampel. Keesokannya kami pergi ke rumah penterjemah kitab terkenal di Jawa iaitu Ustaz Yunus Al Mudhor. Beliau menterjemahkan hampir 100 kitab bahasa Arab ke Bahasa Indonesia. Beliau sekarang uzur kerana penyakit kencing manis.

Beliau mendapat pendidikan di India bersama Dato’ Syeikh Baderuddin Ahmad yang kini Mufti Kedah.

Selepas menikmati jamuan ri ngan di rumah Ustaz Yunus, kami menuju ke Tuban. Sepanjang jalan, keindahan dapat dilihat dengan kawasan pertanian yang subur. Kawasan Surabaya tanahnya pamah, tidak ada gunung berapi, walaupun begitu tanahnya subur dengan banyak tanaman padi secara tradisional.

Kami tiba di Tuban tepat masuknya waktu Jumaat. Kami bersyukur kerana sempat solat Jumaat di masjid Agung Tuban, sebuah masjid daerah yang indah daripada segi seni dan reka bentuk ukirannya.

Dalam perhatian saya, boleh dikatakan rata-rata masjid di Indonesia mempunyai laluan air atau takungan air yang perlu dilintasi oleh sesiapa saja untuk ke bilik air. Tujuannya jelas sekali sebagai basuhan kaki. Apatah lagi kalau masjid itu berhampiran laluan anak sungai yang jernih dan sejuk.

Lepas solat Jumaat kami dibawa ke kawasan tidak jauh dari situ yang pada mulanya saya fikirkan kawasan ukiran batu. Menghampiri ke kawasan di depan, ternampak pintu gerbang yang diukir dengan ayat al-Quran.

Kami masuk selepas mendapat kan kebenaran. Berdebar-debar kami memasuki lorong di bawah tanah. Rupa-rupanya ia adalah gua bawah tanah. Bukan gua dalam bukit seperti di Malaysia. Permukaan tanah atasnya rata saja. Dalam gua ni ada kemudahan bekalan elektrik. Pelbagai hiasan ukiran ayat al-Quran pada dinding batu di dalamnya. Ada juga ruang untuk solat dan mimbar tempat membaca khutbah.

Lantai dihiasi dengan jubin dan lampu daripada kristal menambah lagi keharmonian keadaan di dalamnya. Kami ditunjukkan dalamnya juga ada bilik memasak, bertapa, mandi, rehat untuk beradu dan lain-lain. Kami rasa kagum sekali kerana pengalaman baru yang belum pernah dilihat.

Sebelum bertolak balik ke Surabaya, kami dibawa ke penghujung semenanjung Pulau Jawa. Kami menaiki jambatan panjang yang menghubungkan Pulau Jawa dengan Pulau Madura diberi nama Jambatan Suramadu (hasil gabungan Surabaya dengan Madura).

Pada hari terakhir ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Juanda untuk pulang ke Malaysia, kami singgah di sebuah masjid masyarakat Cina Islam. Masjid ini diberi nama Masjid Mohamad Cheng Ho dan mengikut penerangan pentadbir masjid ini, ia ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka.

Lawatan kami kali ini ke Indonesia puas rasanya. Jelas sekali kebesaran Allah yang mentadbir alam ini.

Mayat bayi dihurung lalat


SHAH ALAM – Kemusykilan seorang pemuda tentang tanah yang ditimbus dan dihurung lalat, membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat dalam kejadian di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, di sini, semalam. 

Lebih memilukan, mayat berlumuran darah itu dibungkus dengan kain lampin dan dipercayai ditanam di kawasan itu sejak tiga hari lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Harun Sungep, 25, berkata, ketika itu, dia ke tempat kejadian mencari daun keladi untuk dijadikan makanan itik peliharaannya. 

“Saya duduk di bawah pokok sebelum melihat sekumpulan lalat menghurung tanah yang baru ditimbus. Timbul rasa hairan di hati sebelum saya mengambil keputusan untuk mengorek tanah itu. 

“Beberapa minit selepas menggali, saya melihat kain putih berdarah dan terus menghubungi abang ipar sebelum dia ke sini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Menurutnya, selepas abang iparnya, Mazlan Endut, 43, tiba di lokasi, mereka cuba mengali lagi dan terkejut apabila melihat tangan bayi sebelum menghubungi polis memaklumkan penemuan itu. 

“Rabu lalu, abang ipar saya sudah melihat timbunan tanah itu tetapi menyangka pemilik kebun sebelah menanam bangkai binatang bawah pokok ini kerana ada baru ditimbus. 

“Dia ada beritahu saya, bagaimanapun kami tak ambil peduli. Tetapi tadi (semalam) selepas waktu kerja, saya terus ke sini untuk memberi makan kepada kambing dan itik yang dipelihara dan apabila ternampak lalat menghurung tanah itu, saya tergerak hati untuk menggali,” katanya. 

Menurutnya, ini pertama kali berlaku sejak kebun berhampiran Sungai Klang diusahakan hampir enam tahun lalu dan sepanjang minggu ini, mereka tidak nampak kelibat individu yang mencurigakan berada sekitar kawasan itu kerana kebun itu jauh dari kawasan kediaman. 

Sepasukan polis dari Unit Forensik ke lokasi kejadian mengumpul bukti kejadian itu. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin mengesahkan penemuan mayat bayi itu dan menurutnya siasatan sedang dijalankan.

11 maut nahas bas ekpress di Melaka




2010/10/10

MELAKA: Sebelas maut apabila dua bas ekpress, satu van dan tiga kereta berlanggar di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam ini.

Dituduh dalang rompakan

JAKARTA: Polis Indonesia akan menambah tuduhan antikeganasan terhadap Abu Bakar Bashir berikutan penemuan bukti menunjukkan kononnya beliau menghasut pengikutnya merompak dan menyerang sebuah balai polis di Sumatera Utara.
“Kami akan memasukkannya dalam fail kes Abu Bakar supaya orang ramai boleh mendapatkan gambaran jelas berhubung pembabitan ulama itu dalam kejadian berkenaan,” kata jurucakap Polis Indonesia, Iskandar Hasan.

Beliau merujuk kepada kumpulan yang didakwa penggaanas yang menjalani latihan ala tentera di Jantho Aceh, rompakan bank CIMB Niaga di Medan 18 Ogos lalu dan serangan terhadap sebuah balai polis di Deli Serdang, Sumatera Utara, September lalu. Polis Indonesia menahan Abu Bakar pada 10 Ogos lalu ketika ulama itu dan keluarga dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Jawa Tengah.

Polis percaya kumpulan di kem Jantho itu mempunyai hubungan denga al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan Jemaah Ansharut Tauhid yang diketuai Abu Bakar. Polis berusaha mencari lebih banyak bukti untuk mengaitkan ceramah Abu Bakar dengan rompakan di Hamparan Perak dan serangan terhadap balai polis itu. - Agensi

Budak perempuan maut, ibu parah

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan bersama ibunya di Taman Sri Pulai, dekat sini, semalam.
Ibunya pula dipercayai parah di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, HTJS untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, berdasarkan kepada siasatan awal polis, mangsa bersama ibunya dikatakan melintas jalan sebelum dua beranak itu dirempuh kereta.

“Akibat rempuhan itu, kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian manakala ibunya dikejarkan ke HJTS.

“Pemandu kenderaan yang melanggar mangsa bagaimanapun melarikan diri,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke HTJS untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Metro Ahad difahamkan, mangsa dan ibunya adalah warga Indonesia yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan berkenaan dan pada masa sama meminta saksi kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

Mereka yang ada maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Inspektor Mohd Hafizal Zainal Abidin di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.

Mayat tiga nelayan hilang ditemui

SABAK BERNAM: Mayat tiga nelayan, termasuk seorang tekong bot pukat jerut yang karam kira-kira 10 batu nautika dari perairan Kuala Bagan Nakhoda Omar (BNO), di sini, Khamis lalu, ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.
Ketua Penguatkuasa Maritim Pelabuhan Klang, Kapten Mohd Amir Hamzah berkata, semua mayat ditemui terapung di 12 batu nautika ke barat daya BNO.

Menurutnya, semua mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian.

“Operasi ini membabitkan 101 anggota dan pegawai, termasuk 94 dari APMM manakala selebihnya Bomba dan Penyelamat dan PGM.

“Operasi bermula jam 6 pagi tadi (semalam) dan sebaik semua mangsa ditemui, kita menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 12.15 tengah hari,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semua mangsa yang meninggal dunia adalah rakyat tempatan kecuali seorang dari Songkhla, Thailand.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi kira-kira 10 batu nautika dari BNO, bot pukat jerut membawa 16 awak-awak itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Hutan Melintang, Perak sebelum bertembung dengan sebuah kapal dagang yang membawa kontena.

Impak daripada kejadian itu, bot berkenaan terbalik, menyebabkan enam daripada mereka maut manakala selebihnya berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bahagian bawah bot yang terapung sebelum diselamatkan bot nelayan dan pihak berkuasa.

Dua mayat mangsa, Tan Siu Gong, 38, dan warga Songkla, Thailand, Muhamad Busamoh, 40, ditemui pada hari kejadian, manakala mayat seorang lagi mangsa, Tan Xhoon Peng, 47 ditemui kelmarin.

Rasuah: Empat kakitangan Imigresen direman

SHAH ALAM: Empat kakitangan Jabatan Imigresen yang bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, dekat sini, ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah di jeti berkenaan.
Majistret Hafizah Abdul Rajak membenarkan permohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 11.15 pagi.

Empat kakitangan Jabatan Imigresen itu ditahan kelmarin dalam operasi khas antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan setakat ini seramai 11 orang manakala lapan orang awam juga ditahan SPRM membabitkan kes sama.

Sembilan daripada mereka bekerja di Jeti Penumpang Pulau Ketam dan dua lagi adalah pegawai di Jeti Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terpelanting 50 meter

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh selepas motosikal Kawasaki 750cc ditunggangi dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Mercedes sebelum terpelanting sejauh kira-kira 50 meter di Jalan Coastel Kota Kinabalu, pagi semalam.


MAUT... anggota polis dan orang ramai mengangkat mayat Chong selepas terbabit dalam kemalangan.
MAUT... anggota polis dan orang ramai mengangkat mayat Chong selepas terbabit dalam kemalangan.

Difahamkan sebelum kejadian, Chong dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Petagas ke kediamannya di Taman Likas Jaya, Likas, dekat sini.

Motosikal ditunggangi Chong dipercayai bergesel pada pintu kanan depan kereta, dalam perjalanan dari arah yang sama sebelum tercampak ke seberang jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ada kesan hentakan di bahagian kanan pintu depan kereta mewah terbabit.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu yang dikatakan ahli perniagaan berusia 31 tahun hanya cedera ringan dan diberikan rawatan pesakit luar di hospital sama.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat QEH, di sini, semalam.

Dalam pada itu, isteri mendiang, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, yang turut berada di Rumah Mayat QEH enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kematian suaminya.

Chong yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), meninggalkan isteri, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, dan empat anak berusia antara 13 hingga 23 tahun.

Mendiang dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan memegang jawatan sebagai Bendahari PBS serta pengerusi cawangan Elopura parti berkenaan.

Mendiang memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas lawannya menarik diri pada saat akhir.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 selepas menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Pada pilihan raya itu, mendiang meraih 9,479 undi manakala Chung 5,771 undi.

Beberapa wakil rakyat turut kelihatan menziarahi mendiang, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api, Datuk Dr Yee Moh Chai yang juga Timbalan Presiden PBS serta Adun Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Mayat Chong akan dibawa ke Rumah Mayat Fook Lusiew, Jalan Tuaran, di sini.

Dua beranak maut digilis lori tanah di Yan

YAN: Hasrat dua beranak pulang ke rumah bagi menikmati makan tengah hari bersama anggota keluarga yang lain tidak kesampaian selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tanah di Pekan Sungai Yan di sini hari ini.
Motosikal mangsa yang dipercayai datang dari Kampung Dulang di sini menghala ke Kampung Perigi bergesel dengan sebuah lori tanah yang datang dari arah sama dan kedua-dua mangsa tercampak di tengah-tengah jalan sebelum digilis lori itu.

Ketua Trafik Yan, Inspektor Ahmad Salimi Md Ali mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, sejurus kemalangan itu berlaku pemandu lori terbabit menyerah diri di Balai Polis Yan dan kini ditahan reman beberapa hari untuk membantu siasatan. Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di talian 04-4655222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama

Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas ketika berkelah di Taman Rekreasi Sungai Sedim

KULIM: Seorang pelajar tahfiz dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras selepas tergelincir ke dalam sungai di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim dekat sini malam tadi.
Rakannya, Mohd Intan Md Yusof, 39, berkata sebelum itu, mereka berdua memancing ikan di lokasi terbabit dan berhenti seketika untuk mengerjakan solat Maghrib.

"Kami tiba di kawasan rekreasi ini kira-kira 6.30 petang dan selepas beberapa minit memancing, kami berhenti untuk mengambil wuduk. Semasa hendak mengambil wuduk dan melintasi sebuah bongkah batu besar, Mohd Izat tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh ke dalam air," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dia yang berjalan di hadapan mangsa hanya sempat mendengar jeritan, tetapi tidak sempat menghulurkan bantuan.

"Dia menjerit meminta tolong, selepas menoleh, saya dapati dia sudah dihanyutkan arus deras," katanya.

Mohd Intan berkata, orang ramai yang berada di sekitar kawasan kejadian turut berusaha mencari mangsa, tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, pihaknya memulakan gerakan mencari dan menyelamat, yang disertai kira-kira 50 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Unit Skuba dan anggota RELA serta penduduk tempatan, selepas menerima maklumat.

"Seramai tujuh anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dihantar untuk melakukan gerakan mencari, termasuk menyelam di kawasan lubuk.

Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula pukul 8 pagi ini," katanya.

Beliau berkata, anggota penyelamat juga terpaksa menghentikan operasi petang ini berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

"Sehingga 4.30 petang ini, mangsa belum ditemui dan kami terpaksa menghentikan gerakan mencari dan menyelamat," katanya.-Bernama

Polis musnah bom perang paling besar pernah ditemui di Sarawak


10/10/2010 6:18pm

MIRI 10 Okt — Sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) polis hari ini telah berjaya memusnahkan sebiji bom seberat kira-kira 450 kilogram yang dipercayai dijatuhkan oleh tentera British semasa Perang Dunia Kedua berdekatan Sekolah Menengah Kerajaan Lutong, kira-kira 12 km dari sini.
Bom paling besar pernah ditemui di negeri ini terpaksa diletupkan dua kali bermula dari pukul 2.45 petang bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kerosakan di sekitar kawasan terbabit.
Pegawai Turus Logistik dan Persenjataan Polis Kontinjen Sarawak, ASP Wan Zulkifli Wan Ali yang mengetuai operasi itu berkata bom berkenaan juga ditanam kira-kira 3.66 meter sebelum diletupkan.
Polis di sini telah dimaklumkan berkenaan penemuan bom itu kira-kira pukul 2.00 petang Jumaat lepas dan ekoran dari saiznya yang agak besar telah merujuk kepada Ibupejabat Polis Sarawak di Kuching.
Seorang pekerja binaan menemui bom berkenaan semasa sedang menggali lubang menggunakan sebuah jentera pengorek.
Wan Zulkifli yang tiba semalam mengetuai sepasukan 10 orang pakar dari UPB Sarawak dan Bukit Aman untuk memulakan kerja-kerja pemusnahan bom berkenaan.
Kawasan dalam lingkungan 1.5 km dari tempat penemuan itu juga turut dikosongkan sementara kira-kira 81 orang terdiri dari anggota Polis, Pasukan Gerakan Am dan Rela telah dikerah untuk membuat kawalan di pinggir kawasan lingkungan yang ditutup.
Kira-kira 700 orang penduduk dari dua buah kampung yang berdekatan juga ditempatkan sementara di sebuah sekolah rendah di Lutong semasa operasi pemusnahan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. — Bernama

Mayat lelaki tanpa tangan ditemui di Kajang


10/10/2010 3:03pm

KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki yang terputus tangan kanan dan mempunyai kesan tetakan di muka dijumpai di sebuah kawasan lapang di Taman Kajang Utama, Kajang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Sakaruddin Che Mood berkata, berdasarkan pengenalan diri yang ditemui pada mayat, mangsa dikenal pasti sebagai Rashid Abdullah, 31 yang berasal dari Kajang dan bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat keselamatan.
"Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam pada pukul 8.30 pagi dan berdasarkan kecederaan yang dialaminya, polis percaya lebih dari seorang suspek yang melakukan pembunuhan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sakaruddin berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. — Bernama

Peniaga bebas daripada tuduhan membunuh


10/10/2010 3:04pm

ALOR SETAR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang peniaga daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Sungai Petani lima tahun yang lalu.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chong Len Fatt, 38.
Chong bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Teoh Chin Chong, 26, di hadapan Dewan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor, Sungai Petani antara 10 malam dan 10.30 malam pada 6 Mac 2005.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zakhi manakala Chong diwakili peguam Naran Singh. — Bernama

2 pelajar cedera dipukul di Sungai Petani



10/10/2010 4:52pm

SUNGAI PETANI — Dua pelajar sekolah menengah di Taman Ria di sini, cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan remaja dalam dua kes berasingan Khamis lalu.
Salah seorang mangsa yang merupakan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Mohd Suwandi Afiq Ramlee, 15, terseliuh bahu kanan serta cedera di beberapa bahagian badan selepas dipukul sembilan pelajar sekolahnya pada pukul 10.10 pagi.
Bapa mangsa, Ramlee Saad, 57, mendakwa Mohd Suwandi dipukul sekumpulan pelajar dalam kawasan sekolah dipercayai selepas berlaku salah faham di kantin sekolah sebelum kejadian.
"Saya dihubungi seseorang daripada hospital (Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani) memberitahu anak saya cedera dipukul.
"Saya kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada malam itu juga (Khamis),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa, Ridzuan Ahmad, 16, yang cedera serta lebam di beberapa bahagian badan pula mendakwa diserang sekumpulan remaja di tepi kawasan sekolahnya di Taman Ria sehingga tidak sedarkan diri pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang.
"Waktu tu saya jalan seorang diri, tak tau sebab apa kena pukul, saya tak kenal mereka,” katanya yang juga merupakan rakan kepada Mohd Suwandi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.
"Kejadian ini adalah pergaduhan biasa melibatkan pelajar sekolah yang berselisih faham di sekolah,” katanya. — Bernama

Pelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria



10/10/2010 5:07pm

KUALA TERENGGANU — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di sini kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi.
Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas.
Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, sekumpulan ustaz dari Darul Syifa telah dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan pelajar terbabit selain usaha membaca surah Yasin yang dilakukan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan.
"Keadaan terkawal dan setakat petang ini hanya tinggal seorang pelajar perempuan yang masih belum pulih sepenuhnya dan kita telahpun membenarkan mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, pelajar yang terlibat dibenarkan bercuti sehingga keadaan masing-masing kembali pulih.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada kejadian berpunca daripada gangguan makhluk halus atau tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan. — Bernama

Lelaki mengamuk di sekolah

DIKEJARKAN KE HOSPITAL: Seorang murid yang cedera disorong ke sebuah helikopter selepas seorang lelaki bersenjatakan pistol mengamuk di Sekolah Rendah Kelly Elementary di Carlsbad, California, Jumaat lalu. - Foto AP
Mudah cetak
E-mel

10 Okt 2010

LUAR NEGARA


LOS ANGELES: Dua kanak-kanak cedera kelmarin selepas seorang lelaki yang tidak siuman melepaskan tembakan secara membabi buta di sebuah sekolah rendah di Carlsbad, California, sebelum dia dikejar dan ditangkap, menurut polis dan para saksi
Pihak berkuasa lewat kelmarin mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Brendan L. O'Rourke, 41 tahun, yang dipercayai seorang pelawat.Lelaki itu, yang membawa satu tin minyak petrol, sebuah tong gas dan sejumlah peluru, mengamuk di sekolah yang terletak di Carlsbad, di pantai utara San Diego.'Dia melepaskan tembakan di kampus dan mencederakan dua murid,' kata pegawai polis, Leftenan Jay Eppel, kepada AFP.Menurutnya seorang murid berusia enam tahun dan seorang lagi, tujuh tahun, telah dikejarkan ke sebuah hospital di San Diego, tetapi kecederaan mereka tidak membahayakan nyawa.Kedua-dua murid itu cedera akibat terkena serpihan logam, kata pihak berkuasa.Mereka diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Kanak-Kanak Rady di San Diego.O'Rourke ditahan selepas dikejar dan ditangkap dua pekerja binaan yang berada dekat situ, kata Leftenan Eppel. -- Agensi.

Pekerja hotel pakai seluar dalam wanita




2010/10/10

ILLINOIS: Seorang wanita mengemukakan saman terhadap seorang pekerja hotel, Oscar Garcia-Franco, selepas mendapati tertuduh memakai seluar dalamnya. 

Dayanara Fernandez memasuki bilik hotelnya di Deerfield, Illinois, apabila melihat pekerja hotel itu memakai skirt, seluar dalam dan kasut tumit tingginya.Lelaki itu dikenakan tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan dikenakan denda AS$187 (RM600) selain pemantauan mahkamah selama 90 hari.
Dalam saman itu, wanita terbabit menuduh pekerja hotel itu mencabul hak peribadinya, masalah emosi serta mendakwa hotel cuai mengambil dan melatih pekerja. 

“Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa kali Garcia-Franco terasa mahu mencuba pakaian wanita,” kata akhbar. 

Reaksi Fernandes ketika melihat seluar dalamnya dipakai orang tidak pula dilaporkan akhbar di sini. – Agensi

Pekebun jumpa mayat bayi





2010/10/10

ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi ditemui di tanah rizab  berdekatan Sungai Klang, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi ditemui di tanah rizab berdekatan Sungai Klang, semalam.
SHAH ALAM: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui ditanam di kawasan tanah rizab di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, berdekatan Sungai Klang, di sini, semalam. 

Mayat ditemui kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pemilik kebun, Harun Sungep, 25, yang sedang mencari daun keladi di sekitar tempat kejadian untuk makanan itiknya sebelum melihat kesan tanah yang baru ditimbus berdekatan sungai itu.“Saya curiga dengan kesan tanah itu mengambil keputusan untuk menggalinya bersama abang ipar dan terkejut melihat tangan bayi lalu terus menghubungi polis,” katanya sambil menambah mayat sudah berbau dan dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, ketika dihubungi berkata mayat bayi perempuan itu dihantar Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 

Ribuan ikan Sungai Rajang timbul



Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my
2010/10/10

ANTARA spesies ikan yang berjaya dikutip nelayan selepas timbul di Sungai Rajang, kelmarin.
ANTARA spesies ikan yang berjaya dikutip nelayan selepas timbul di Sungai Rajang, kelmarin.
Pelbagai spesies bersaiz besar dipercayai mabuk berjaya ditangkap penduduk 

KUCHING: Selepas dikejutkan dengan fenomena luar biasa sisa balak dan kayu terapung di Sungai Rajang, sejak Khamis lalu, penduduk yang tinggal di tebing sungai terpanjang di Malaysia itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa, kelmarin.Kali ini, bukan sisa kayu terapung yang membuatkan perhatian terarah ke sungai yang mengalir deras itu, tetapi ribuan ikan air tawar termasuk patin, labang, jelawat dan kaloi yang timbul di permukaan dipercayai mabuk akibat lumpur tebal yang memenuhi sungai berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan penduduk di tebing Sungai Rajang bagaikan berpesta, menangkap ikan mabuk itu yang ada antaranya mencecah berat sehingga 20 kilo gram seekor. 

Seorang penduduk di pekan Kanowit, Boniface Endawi Kana, 45, berkata fenomena luar biasa ikan timbul itu disedari penduduk yang menyusuri sungai itu selepas ribuan tan sisa kayu terapung melalui pekan berkenaan. 

“Apabila menyedari ratusan ikan timbul, penduduk bergegas mendapatkan perahu dan mengutip ikan yang belum mati itu sehingga akhirnya keadaan di Sungai Rajang yang sebelum itu sunyi tanpa sebarang aktiviti selepas dilanda fenomena sisa kayu hanyut, bertukar menjadi pesta menangkap ikan mabuk. 

“Ramai juga yang mengambil kesempatan menangkap ikan untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjualnya kepada orang ramai di pekan Kanowit dan difahamkan ada seorang penduduk memperoleh RM380 selepas dia berjaya menjual seekor ikan patin seberat 18 kilogram," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam. 
Boniface berkata, kejadian ikan bersaiz besar timbul itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan penduduk percaya ia ada kaitan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan pembalakan di Sungai Baleh iaitu salah satu cabang Sungai Rajang. 

Kejadian itu menyebabkan lebih 20,000 penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang dan kawasan yang bergantung kepada pengangkutan sungai itu, termasuk di lebih 200 rumah panjang, terjejas berikutan laluan Sungai Rajang tersekat dengan dipenuhi balak yang dibuang, kayu hanyut dan sisa pohon. 

Ahli Parlimen maut nahas motosikal kuasa tinggi





2010/10/10

Edmund Chong Ket Wah
Edmund Chong Ket Wah
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru, dekat sini, kira-kira jam 11.40 pagi semalam. 

Chong, 54, yang menunggang motosikal Kawasaki 750cc, dipercayai bergesel dengan kereta Mercedes S320 ketika dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di Petagas ke kediamannya di Taman Likas Jaya, Likas dekat sini.Mendiang yang meminati aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi, dipercayai bergesel di bahagian kanan pintu depan kereta dalam perjalanan dari arah sama di laluan sehala dua lorong sebelum tercampak ke seberang jalan dari arah pusat bandar raya ini ke Tanjung Aru.
Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, meninggalkan isteri, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, dan empat anak berusia antara 13 hingga 23 tahun. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata siasatan awal mendapati ada kesan hentakan di bahagian kanan pintu depan kereta itu. 

Bagaimanapun, pemandu kereta itu yang dikatakan ahli perniagaan berusia 31 tahun hanya cedera ringan dan diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini. 

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala. Mayatnya dibawa ke QEH bedah siasat. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat QEH, di sini semalam. 
Mayat Chong akan dibawa ke Rumah Mayat Fook Lusiew Jalan Tuaran di sini. Isterinya yang turut berada di Rumah Mayat QEH, enggan ditemubual kerana terlalu sedih. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Chong mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi buat penggal kedua atas tiket Barisan Nasional (BN) apabila memperoleh 9,478 undi bagi menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 undi. 

Parlimen Batu Sapi (P185) mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Sekong (N43) yang diwakili Datuk Shamsuddin Yahya daripada UMNO dan Karamunting (N44) yang diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin. 

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh, berkata beliau menerima panggilan daripada Chong beberapa jam sebelum kejadian yang memaklumkan akan ke KKIA mengambil tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula esok. 

Turut menziarahi jenazah Chong ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta pemimpin kanan PBS, termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. 

Pulangan berganda

KUALA LUMPUR: “Setakat ‘dibela’ seorang lelaki, itu perkara biasa. Jadi perempuan simpanan sebenarnya peluang untuk saya memperoleh pulangan berganda kerana ‘kerjaya’ ini ‘lubuk wang’ yang sangat luas.


NIZA... sugar daddynya rela ‘berkongsi kasih’.
NIZA... sugar daddynya rela ‘berkongsi kasih’.

Perempuan simpanan itu mendedahkan, menjadi trend di kalangan golongan berkenaan dibela lebih daripada seorang lelaki kerana di kalangan lelaki terbabit, mereka seperti ada kumpulan dan tidak kisah bertukar-tukar pasangan antara satu sama lain.

“Saya sendiri dibela tiga lelaki. Pada mulanya saya tidak tahu ada peluang seperti ini, tetapi apabila berlaku kepada diri saya, baru saya tahu.

“Rupa-rupanya lelaki yang bela perempuan simpanan ini ada rakan yang kemaruk buat benda sama. Justeru, apabila lelaki yang membela saya berjumpa mereka, itulah peluang saya untuk memasang ‘jerat’,” katanya.

Niza berkata, ketika pertemuan berkenaan, dia bergaya sehabis mungkin dan berpakaian seksi bagi menjerat rakan lelaki yang membelanya.

“Sesiapa yang pandang lain macam, itulah sasaran saya. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan hanya dalam tempoh beberapa hari secara ‘rasmi’ saya menambah koleksi ‘sugar daddy’.
“Begitu juga yang saya lakukan untuk memperoleh ‘sugar daddy’ ketiga,” katanya.

Pada mulanya Niza mengakui bimbang ‘kecurangannya’ terbongkar, tetapi ternyata ada antara golongan terbabit rela ‘berkongsi kasih’.

“Saya bersungguh-sungguh merahsiakan kecurangan saya, tetapi lama kelamaan lelaki pertama yang membela saya bertanya bagaimana layanan rakannya terhadap saya.

“Dia mengakui tahu rakannya turut membela saya. Kata lelaki itu, ia perkara biasa dan dia turut melakukan perkara sama iaitu membela perempuan simpanan milik rakan,” katanya yang dibela kontraktor dan ahli perniagaan berstatus ‘suami orang’ sejak dua tahun lalu.

Menurut Niza, dia memperoleh ‘untung besar’ dengan hanya goyang kaki di rumah.

“Dulu saya bekerja sebagai jurujual minyak wangi di pusat beli-belah. Berapa sangat pendapatan yang mampu saya peroleh setiap bulan.

“Apabila mendapat habuan dibela tiga lelaki, saya mampu duduk di kondominium, pakai kereta berharga lebih RM100,000, bergaya seperti selebriti dan melancong ke luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, Niza berkata, dia sedar ‘tempoh laku’ dirinya hampir tamat kerana begitulah lumrah sebagai perempuan simpanan.

“Lelaki pertama yang membela saya setakat itu masih setia. Dua lagi masing-masing dah masuk lima dan tiga bulan.

“Tak tahu sampai bila mereka akan terus membela saya. Bagaimanapun, saya tak bimbang kerana ketika ini saya menanti peluang ‘menjerat’ rakan ‘sugar daddy’ saya,” katanya.

Bagi seorang lagi perempuan simpanan yang mendakwa siswi kolej swasta, memang satu trend lelaki yang membela perempuan simpanan ‘berkongsi kasih’ tetapi ia bergantung kepada ‘perangai’ dan layanan wanita terbabit.

“Saya mengakui trend itu sebab saya juga pernah melaluinya. Bagaimanapun, kena lihat perangai dan layanan kita sebab masing-masing mempunyai selera berbeza.

“Memang peluang buat wang terbuka luas. Orang lain satu ‘sugar daddy’, tetapi kita dua atau tiga,” katanya yang kini mempunyai dua ‘sugar daddy’ kontraktor berstatus suami orang.

Siswi yang dikenali sebagai Apple, 23, itu berkata, pada mulanya dia tidak menyangka wujud trend seperti itu kerana menyangka lelaki yang kemaruk membela perempuan simpanan tidak rela ‘berkongsi kasih’.

“Kalau dah namanya lelaki, mana cukup satu. Lelaki pertama yang membela saya rupa-rupanya turut membela perempuan simpanan rakannya.

“Patutlah dia tak kisah rakannya bela saya walaupun pada mulanya saya bimbang ‘diapa-apakan’ jika kecurangan saya terbongkar,” katanya.

Menurut seorang lagi perempuan simpanan, Mira, 26, dia memilih berkongsi sugar daddy bukan saja untuk menikmati kepuasan seks, malah jalan terbaik buatnya untuk memperoleh kesenangan berlipat ganda.

Menurutnya, rugi jika hanya dibela seorang lelaki kerana bukan semua kemahuan mereka mampu dituruti lelaki berkenaan dalam satu-satu masa.

“Saya kini dibela dua sugar daddy. Jika tidak peroleh sesuatu daripada seorang lelaki, saya minta pada seorang lagi.

“Sekalipun sedar mereka (sugar daddy) bukan hanya membela saya seorang sebagai perempuan simpanan, saya tidak pernah kisah. Yang penting, kemahuan saya dapat dipenuhi dan dapat bersenang lenang,” katanya.

Mira ketika ini bekerja di syarikat swasta dan pernah menjadi GRO di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur.

Dia menjalin hubungan bersama lelaki yang kini menjadi sugar daddynya hampir tiga tahun, namun Mira mengakui ia tidak memadai dan sebab itu dia mencari seorang lagi lelaki yang ingin membelanya.

Gadis berasal dari Sabah ini berkata, dia mula dibela seorang lagi lelaki atas perkenalan yang diatur rakan lamanya di kelab malam.

“Kami berkongsi lelaki sama, tetapi ia bukan masalah. Lagi bagus begitu kerana rakan saya boleh beritahu apa yang saya boleh peroleh daripada lelaki berkenaan.

“Setakat ini saya mewah, soal duit bukan masalah. Tak dapat dengan seorang lelaki, saya boleh minta dengan seorang lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang pramugari yang hanya mahu dikenali sebagai Nisa berkata, memang mewah hidup dibela lebih daripada seorang lelaki simpanan, namun ada kalanya ia membebankan.

Katanya, bukan mudah melayan dua atau tiga lelaki pada satu masa dan menuruti apa saja kemahuan mereka.

“Selepas layan seorang, hari berikutnya kena layan pula yang seorang lagi. Hidup memang mewah, tetapi kadangkala saya penat melayan mereka.

“Jika bukan kerana kemewahan hidup, memang tidak terlayan dibuatnya. Apa pun, bila fikir balik ia masih berbaloi, lagi pun saya tahu hubungan begini tidak bertahan lama, kami (perempuan simpanan) hanya untuk persinggahan lelaki begini,” katanya.

Menurut Nisa, dia bernasib baik kerana jadual kerja dalam dan luar negara sebagai pramugari memudahkannya mengatur pertemuan dengan lelaki yang membelanya.

“Saya boleh beri pelbagai alasan untuk mengelak mereka ingin bertemu saya pada satu masa. Sebab itu, setakat ini saya masih bertahan dengan mereka.

“Entah sampai bila saya perlu hidup begini, yang penting sekarang saya perlu ‘pergunakan’ mereka sebaik-baiknya kerana sampai masa nanti saya tidak akan berguna lagi kepada mereka,” katanya.

7,000 pemilik setuju hantar balik kereta

PENGARAH Urusan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir, menunjukkan 'clock spring' baru kenderaan Gen2 dan Satria Neo. PROTON memperuntukkan RM4 hingga RM5 juta bagi menukar dan membaiki kerosakan ‘clock spring’ pada kedua-dua kenderaan terbabit yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR - Seramai 7,000 pemilik model Proton Gen.2 dan Satria Neo bersetuju menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan komponen berikutan langkah pemanggilan semula kedua-dua model itu.
Pegawai Perhubungan Awam Proton Holdings Berhad (Proton), Widia Yana Abdul Rahman berkata, maklumat tersebut diperoleh melalui laman sesawangnya sejak pengumuman mengenai perkara itu dibuat Jumaat lalu.
"Kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pemilik model tersebut.
"Bagaimanapun pemeriksaan itu melibatkan kerosakan pada clock springs sahaja dan bukannya keseluruhan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Kosmo! baru-baru ini menyiarkan langkah Proton memanggil semula kesemua model Gen 2 dan Neo yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 ekoran kerosakan pada komponen clock springs.
Menurut Widia Yana, pihak Proton tidak meletakkan sebarang tempoh tarikh tamat bagi pemeriksaan percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 dan laman webnya www.protonaftersales.com serta wakil jualan terdekat Proton.