Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

Pelajar Pakistan ragut kamera pelancong dijel

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta warga Pakistan dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan meragut kamera milik seorang pelancong Taiwan, awal bulan lalu.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Javed Ashraf, 24, selepas dia mengaku salah.
Dia didakwa meragut kamera jenama Canon Model IXUS 105 milik akauntan, Hsuan Pei Chen, 29, di hadapan kedai 7 Eleven, Jalan Sultan Ismail, di sini, jam 1.55 tengah malam pada 24 September 2010.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr Ghanti Nathan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Ghanti memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana memalukan negara ini dengan perbuatannya yang tidak bermoral. Katanya, tertuduh adalah warga negara asing yang belajar di sini, manakala mangsa pelancong yang datang melawat negara ini.

“Perbuatan tertuduh mencemarkan imej negara di mata pelancong asing,” katanya.

UPP Pengkalan Kubor rampas beras seludup bernilai RM39,000

PENGKALAN KUBOR: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor berjaya merampas 13,000 kilogram beras seludup bernilai RM39,000 dalam satu serbuan awal pagi tadi.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah kedai separa siap di Kampung Pangkal Meleret, Machang kira-kira 4.30 pagi tadi hasil intipan melalui maklumat orang awam.
"Bagaimanapun, tiada individu yang ditemui ketika serbuan itu dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 260 kampit beras yang setiap satunya seberat 50 kilogram dan dianggarkan bernilai RM39,000.

Mazlan berkata, kesemua beras wangi berkenaan dipercayai adalah beras yang diseludup dari negara jiran dan bakal dipasarkan untuk pasaran tempatan terutama di Kuala Lumpur.

"Beras berkenaan biasanya akan dibungkus semula dengan pelbagai jenis jenama untuk dipasarkan kepada orang ramai," katanya.

Mazlan berkata kesemua beras berkenaan akan diserahkan kepada Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pengkalan Kubor bagi tindakan dan siasatan lanjut.-Bernama

Pelayan sambilan dan penganggur dipenjara 28 bulan

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan sambilan dan penganggur dikenakan hukuman 28 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen disini hari ini atas tuduhan menyamun seorang pelajar pada Disember tahun lalu.
Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Nasir Satapa,36, dan Sayed Zukinai Sayed Ab Aziz,43, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan.

Mereka didakwa menyamun beg sandang berwarna hitam yang antaranya mengandungi wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit milik Abdul Aziz Mahmud, 19, di Jalan Segambut Bahagia Tambahan berdekatan stesen Komuter Segambut
Jinjang, di sini pada 7 malam, 5 Disember 2009.

Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara
sehingga 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, pada 7 malam, 5 Disember tahun lalu, ketika mangsa sedang
berjalan berdekatan stesen itu, sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna merah
yang dinaiki dua lelaki menghampirinya.

Selepas itu, suspek turun dari kereta dan meminta kad pengenalan Abdul Aziz
serta beg sandang yang dipakai mangsa, sebelum terus menarik beg itu dan terus

Buruh didakwa bunuh anak diarah bela diri

SHAH ALAM: Seorang buruh diarah membela diri atas tuduhan membunuh anak lelakinya berusia dua tahun yang rangka mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian di perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Sembilan, Teluk Intan, Perak, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menentapkan 25 Oktober depan untuk tertuduh membela diri.
Beliau membuat keputusan itu terhadap M Murthy, 31, selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pemandu pelancong bebas 26 tuduhan perdagang rakyat China

KLANG: Seorang pemandu pelancong dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada 26 tuduhan memperdagangkan rakyat China bagi maksud eksploitasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, tahun lalu tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Slamat Yahya memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chin Fung Chu, 48, yang berasal dari Penampang, Sabah.
Seramai 26 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Chin yang diwakili peguam MJ Ganesan didakwa memperdagangkan 26 rakyat China iaitu 17 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 15 dan 46 tahun. Daripada jumlah itu (26 orang), enam daripada mereka di bawah umur.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta terbuka, Bangunan AMC di KLIA, pada 4 Ogos tahun lalu.

Chin didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan Seksyen 14 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Tiga lelaki terbunuh dalam serangan di selatan Thailand

PATTANI: Tiga lelaki terbunuh apabila sekumpulan militan bersenjatakan M-16 menyerang sebuah kampung di daerah Saiburi, di sini , malam tadi.
Ketua Polis Saiburi, Kolonel Amnaj Dee berkata, tiga lelaki itu sedang menaiki sebuah pikap di sepanjang kampung Tungket dan Baoloh Moo 4, Tumbol Paseyawoh di Saiburi, bagi menghantar 400 anak ayam ke perkampungan berdekatan.
"Mereka diserang hendap dan ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan dua M-16 pada kira-kira 9 malam, katanya.

Beliau berkata, Sutin Panja, 24, Weerapol Jantarungsi dan Watchara Tirafarika, kedua-duanya berumur 21 tahun. Mereka mati di tempat kejadian.

"Sesetengah anak ayam itu juga mati," katanya.

Kol Amnaj berkata, polis menjumpai 25 kelongsong peluru di tempat kejadian.

Lebih daripada 4,000 orang terbunuh di selatan Thailand sejak kumpulan pemisah melancarkan semula kempen mereka pada Januari 2005 bagi menuntut kemerdekaan wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala, yang mempunyai majoriti penduduk Islam.-Bernama

Jayanthy diminta buat laporan polis berhubung penyelewengan syarikat suaminya

SHAH ALAM: Isteri kepada ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak Ogos tahun lalu, S Anpalagan, hari ini hadir di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor bagi mendapatkan pandangan berhubung kes penyelewengan dalam syarikat milik suaminya itu.
S Jayanthy, 34, yang memakai baju berwarna merah jambu dan seluar hitam ditemani Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam tiba di pejabat itu kira-kira jam 11.55 pagi dan keluar semula sejam kemudian.
Manikavasagam berkata, Jayanthy hadir atas arahan polis Bukit Aman berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam syarikat milik Anpalagan termasuk jawatan pengarah syarikat yang bertukar tangan tanpa sebarang makluman pada Disember tahun lalu, kira-kira empat bulan selepas kehilangan mangsa.

"Hasil pertemuan dengan seorang pegawai (polis) tadi, Jayanthy diminta untuk mendapatkan lebih banyak maklumat termasuk dokumen-dokumen penting serta membuat satu laporan polis berasingan mengenai penyelewengan dan penipuan syarikat milik suaminya," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, Manikavasagam berkata, pihaknya akan membantu Jayanthy mengumpul semua dokumen yang diperlukan dalam masa seminggu sebelum satu laporan polis dibuat.

Beliau berkata, Jayanthy melantik seorang pembantu khas bagi semua urusan termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen syarikat milik suaminya itu.

Sementara itu, Jayanthy yang ditemui berkata, dia akan berusaha mendapatkan segala dokumen yang diperlukan dalam kadar segera.

Sabtu lalu, Jayanty melahirkan rasa bimbang apabila masih tidak mengetahui nasib suaminya, Anpalagan, 43, yang tidak pulang ke rumah selepas menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa, Rawang.

Jayanthy yang membuat laporan polis di Balai Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2009 berkata, rakan Anpalagan ada memberitahu bahawa suaminya memaklumkan dia hendak ke Banting.

Bagaimanapun, kereta Mercedez Benz bernombor AGJ 32 milik suaminya dikesan berada di Nur Lembah Pangson Eko Resort, Hulu Langat menerusi sistem kedudukan global (GPS) tetapi resort berkenaan memaklumkan suaminya tidak mendaftar masuk.

Isnin lalu, Jayanthy menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi meminta polis menyegerakan siasatan kes kehilangan suaminya itu.-Bernama

Lelaki maut dipukul dengan batu di Bidor

IPOH: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dipukul dengan batu dalam pergaduhan di Jalan Panggung Wayang di Bidor tengah malam tadi.
Polis kemudian menahan seorang suspek berusia 27 tahun di Pekan Bidor jam 5 pagi tadi dan menemui batu yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa yang berumr 20-an.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, tiada sebarang identiti ditemui pada mayat mangsa.-Bernama

Lepasan IPTA ditahan milik ganja di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang memiliki ijazah pemasaran ditahan kerana memiliki 1.4 kilogram ganja bernilai RM98,000 di Wakaf Mempelam di sini Ahad lalu.
Lelaki terbabit yang juga pemborong kain sutera dan berumur 28 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Jamal, kira-kira 9 malam.
Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dadah itu diperolehi dari negara jiran dan bakal dijual di sekitar sini.

Suspek juga seorang penagih dan kini ditahan reman sehingga Ahad ini.

Sementara itu, ganja seberat 234 gram bernilai RM16,000 dirampas dari seorang lelaki di Kampung Mengabang Telipot, kira-kira 9 malam pada hari Sabtu.

Ketika polis hendak memeriksa kereta yang dinaikinya, suspek yang menyedari kehadiran polis segera mengundurkan kereta itu sehingga melanggar sebuah kenderaan polis.

"Bagaimanapun usaha suspek yang berusia 28 tahun dan sudah berkahwin itu melarikan diri gagal kerana kenderaannya telah terkepung," kata Roslan.

Suspek yang kini ditahan reman didapati mengedar dadah di sekitar Kampung Mengabang Telipot dan Chendering.-Bernama

Cecacing komputer rencana Barat gagal nuklear Iran

TEHERAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran mendakwa cecacing komputer yang ditemui di komputer riba milik beberapa pekerja program nuklear negara itu adalah sebahagian rancangan Barat untuk menggagalkan program atom Iran.
Ramin Mehmanparast berkata, insiden itu tidak akan menghentikan kegiatan nuklear Iran yang amat dibimbangi Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang mendakwa Iran menghasilkan senjata atom. Iran menafikan dakwaan itu.

Penemuan cecacing komputer di loji kuasa nuklear Bushehr itu pernah menyerang lokasi perindustrian di India, Indonesia dan AS. - AP

Kuli ladang sawit pakai kereta mewah

GOMBAK: Seorang pendatang asing warga Indonesia dikesan mampu hidup mewah dengan memiliki kereta model Mercedes-Benz walaupun hanya bekerja sebagai pemetik tandan kelapa sawit di negara ini.
Namun, rahsia kemewahan dimiliki terbongkar selepas lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikesan menjalankan kegiatan mencuri motosikal secara besar-besaran di daerah ini Kegiatan jenayahnya itu terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu tempat tinggalnya di sebuah rumah kongsi di Taman Tasik Puteri, Batu Arang, di sini, semalam.
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis memberkas suspek semasa melakukan ‘Ops Lejang’ di sebuah rumah kongsi di ladang kelapa sawit di kawasan terbabit.

Menurutnya, sebelum itu, polis mendapat maklumat kawasan rumah kongsi didiami suspek menjadi lokasi kumpulan pencuri motosikal warga asing menyembunyikan motosikal curi.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Mercedes-Benz dan enam motosikal curi yang dilaporkan hilang di Klang, Petaling Jaya dan Brickfields.

“Siasatan mendapati kereta Mercedes-Benz yang ditemui itu menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala nombor casis pada enjin kenderaan terbabit sudah diubah suai bagi mengelakkan identiti asal kereta itu dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, selain kenderaan itu, polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan suspek ketika menjalankan kegiatan jenayah. “Siasatan mendapati suspek adalah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan namun pada masa sama turut terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

'Saya di alam ghaib'

GUA MUSANG: “Saya tiba-tiba tersedar apabila kedua-dua tangan dipegang orang ramai sebelum mengusung saya keluar dari kebun. Cuma badan berasa letih kerana tidak makan dan hanya bergantung kepada buah dokong,” kata Hassan Dolah, 90, yang hilang sejak lima hari lalu sebelum ditemui selamat di kebun getahnya di Kampung Pasir Tumbuh, dekat sini, petang semalam.
Hassan ditemui pasukan penyelamat bersama penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencarinya kira-kira jam 1.45 tengah hari dalam keadaan letih di kebun getahnya sambil memegang beberapa tangkai buah dokong dan bertongkat.
Warga emas itu mendakwa, sebelum ini dia nampak orang ramai serta pasukan penyelamat mencarinya, namun mulutnya seolah-olah terkunci untuk memanggil.

“Saya mungkin berada di alam ghaib dan tidak dapat melaung kepada orang ramai yang sedang mencari,” katanya.

“Saya nampak ramai orang termasuk pasukan penyelamat yang melancarkan gerakan mencari tetapi hanya sekadar mampu melihat tapi tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Sebaik menemuinya, pasukan penyelamat segera mengusungnya keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi Jumaat lalu, Hassan keluar seorang diri dengan bertongkat berjalan kaki menuju ke kebun getahnya yang terletak dua kilometer dari rumahnya, tetapi tidak pulang hingga petang.

Ahli keluarga bersama penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu melancarkan gerakan mencarinya hingga lewat malam pada hari sama, tetapi tidak ditemui sebelum membuat laporan di Balai Polis Bertam.

Selain itu, Hassan berkata, dia sedikit pun tidak sedar di mana dia berada ketika kehilangannya.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur ditemui semula kerana keluargnya terutama isteri, Sepiah Mamat, 68, risau dengan kehilangannya.

“Saya ke kebun itu ingin melihat suasananya memandangkan tiga tahun tidak ke situ berikutan diserang angin ahmar.
“Tidak sangka pula, kedatangan ke situ membawa masalah lain,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman berkata, pihaknya mencari mangsa di tempat sama berulang kali, namun gagal sehingga dia ditemui di lokasi berkenaan petang semalam dalam keadaan tidak bermaya.

“Hairan juga tiba-tiba warga emas itu muncul di depan pasukan penyelamat bersama penduduk kampung dalam keadaan selamat,” katanya.

46 GRO warga asing ditahan dalam Ops Noda

SEBAHAGIAN daripada 46 wanita warga asing yang disyaki GRO  yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, Georgetown, lewat malam tadi.Foto: Rudy Syareme Sheriffudin (06/10/10)
GEORGETOWN: Seramai 46 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China dan Vietnam yang dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Wan Abdullah Tunku Said berkata dalam serbuan kira-kira pukul 11.40 malam itu polis turut menahan 2 wanita warga tempatan yang bekerja sebagai GRO di situ.
"Daripada jumlah itu, 31 adalah dari China dan 15 warga Vietnam manakala dua rakyat tempatan. Semua mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ada di antara mereka yang ditahan itu tidak memiliki pas perjalanan, melanggar syarat pas lawatan sosial dan syarat premit pekerja.

Beliau berkata, dalam Ops Noda itu, polis turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga di premis itu dan empat wanita warga tempatan yang bertindak sebagai 'ibu ayam' kepada kesemua GRO berkenaan.

"Polis turut memeriksa dan mengambil keterangan 28 pelanggan yang berada di premis hiburan berkenaan," katanya.

Wan Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap pemilik premis hiburan berkenaan kerana menggaji dan melindungi warganegara asing.

-Bernama

Ugut bakar isteri kedua

KUALA LUMPUR: Rahsia perkahwinan pertama yang terbongkar dan perebutan anak menyebabkan seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak di luar kawalan apabila menyimbah petrol serta mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup, kelmarin.
Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan wanita itu sejak dua tahun lalu, namun sepanjang setahun pertama perkahwinan mereka, mangsa yang berusia 26 tahun tidak tahu suaminya sudah mempunyai isteri serta enam anak.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila perkahwinan mereka memasuki tahun kedua selepas wanita itu mengetahui dia isteri kedua.

Menurut sumber, sejak rahsia itu terbongkar pasangan terbabit sering bertengkar dan suspek sering memukul wanita itu menyebabkan dia membawa anak tunggalnya berusia setahun keluar dari rumah serta tinggal di rumah kakaknya di Cheras, di sini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, suspek pergi ke rumah kakak iparnya dan meminta mangsa menyerahkan semula anak mereka.

“Akibatnya, berlaku lagi pertengkaran. Kali ini suspek seperti hilang kawalan mengugut membakar semua barang di rumah itu dan mangsa ditampar beberapa kali,” katanya.
Menurutnya, apabila kakak mangsa dan ahli keluarganya campur tangan bagi mengelakkan mangsa terus dikasari, suspek semakin berang, lantas mengugut untuk membakar isteri keduanya itu.

“Suspek pergi ke kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah kakak mangsa sebelum berpatah balik dengan memegang sebuah botol. Suspek menyimbah cecair dipercayai petrol ke arah mangsa sambil berteriak mahu membakar isterinya hidup-hidup,” katanya.
Sumber itu berkata, keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan ahli keluarga mangsa selepas mengancam hendak menghubungi polis jika suspek berkeras untuk meneruskan niatnya.

Menurutnya, suspek meninggalkan kawasan itu, namun mengugut tidak akan membiarkan isteri keduanya itu hidup tenang.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields semalam, sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Beras seludup bernilai RM39,000 dirampas



06/10/2010 3:46pm

PENGKALAN KUBOR - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor berjaya merampas 13,000 kilogram beras seludup bernilai RM39,000 dalam satu serbuan awal pagi tadi.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah kedai separa siap di Kampung Pangkal Meleret, Machang kira-kira pukul 4.30 pagi tadi hasil intipan melalui maklumat orang awam.
"Bagaimanapun, tiada individu yang ditemui ketika serbuan itu dilakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 260 kampit beras yang setiap satunya seberat 50 kilogram dan dianggarkan bernilai RM39,000.
Mazlan berkata, kesemua beras wangi berkenaan dipercayai adalah beras yang diseludup dari negara jiran dan bakal dipasarkan untuk pasaran tempatan terutama di Kuala Lumpur.
"Beras berkenaan biasanya akan dibungkus semula dengan pelbagai jenisjenama untuk dipasarkan kepada orang ramai," katanya.
Mazlan berkata, kesemua beras berkenaan akan diserahkan kepada Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pengkalan Kubor bagi tindakan dan siasatan lanjut. - Bernama

Bayi mati diserang monyet liar

SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah di sini, petang ini.
Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit haiwan itu pada 1.15 tengah hari tadi.
Datuk bayi itu, A Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumahnya.

Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur, manakala menantunya B Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air.

"Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.

"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan. Jiran saya kemudian kejarkan cucu saya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, namun didapati cucu saya meninggal dunia," kata Valayutham. Beliau berkata, monyet liar itu dipercayai memasuki rumahnya melalui pintu depan sebelum ke ruang tamu dan menyerang cucunya.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Khairuddin Mohamad berkata, sebaik anggota bomba sampai di tempat kejadian, mereka dapati dua ekor monyet berada di atas pokok di kawasan belukar di situ. "Kita kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara negeri untuk menghantar petugas ke kawasan kejadian untuk tindakan lanjut," katanya.

Anggota Perhilitan kemudian menembak mati seekor daripada monyet itu.-Bernama

Penganggur, pelayan dipenjara 28 bulan



06/10/2010 3:55pm

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dan pelayan sambilan hari ini masing-masing dikenakan penjara 28 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyamun barangan milik seorang pelajar, tahun lepas.
Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Sayed Zukinai Sayed Ab Aziz, 43, (penganggur) dan Mohd Nasir Satapa, 36, (pelayan sambilan) selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mereka didakwa menyamun beg sandang berwarna hitam yang antaranya mengandungi wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit milik Abdul Aziz Mahmud, 19, di Jalan Segambut Bahagia Tambahan berdekatan stesen Komuter Segambut Jinjang, di sini pada 7 malam, 5 Dis 2009.
Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Mengikut fakta kes, pada pukul 7 malam, 5 Disember tahun lepas, ketika mangsa sedang berjalan berdekatan stesen itu, sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna merah yang dinaiki dua lelaki menghampirinya.
Selepas itu, suspek turun dari kereta dan meminta kad pengenalan Abdul Aziz serta beg sandang yang dipakai mangsa, sebelum terus menarik beg itu dan terus melarikan diri.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Ops Noda: 46 GRO asing ditahan



06/10/2010 4:25pm

GEORGETOWN - Seramai 46 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China dan Vietnam yang dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar di sini malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Wan Abdullah Tunku Said berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.40 malam itu polis turut menahan dua wanita warga tempatan yang bekerja sebagai GRO di situ.
"Daripada jumlah itu, 31 adalah dari China dan 15 warga Vietnam manakala dua rakyat tempatan. Semua mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, ada di antara mereka yang ditahan itu tidak memiliki pas perjalanan, melanggar syarat pas lawatan sosial dan syarat premit pekerja.
Katanya, dalam Ops Noda itu, polis turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjaga di premis itu dan empat wanita warga tempatan yang bertindak sebagai 'ibu ayam' kepada kesemua gro berkenaan.
"Polis turut memeriksa dan mengambil keterangan 28 pelanggan yang berada di premis hiburan berkenaan," katanya.
Wan Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap pemilik premis hiburan berkenaan kerana menggaji dan melindungi warganegara asing. - Bernama

24 rumah rosak dalam kejadian ribut



06/10/2010 6:59pm

KEPALA BATAS – Sebanyak 24 buah rumah rosak apabila kebanyakan bumbung rumah berkenaan diterbangkan angin dalam satu kejadian hujan lebat disertai ribut di kawasan Penaga di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, 10 rumah rosak teruk dan hampir hilang keseluruhan bumbungnya dalam kejadian yang berlaku sekelip mata.
Menurut salah seorang mangsa Aminah Yaakob, 45, semasa kejadian beliau berada di bahagian dapur rumahnya dan tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga menyebabkan bumbung rumah tercabut.
Katanya ketika ditemui hari ini, kejadian ribut itu berlaku dalam tempoh kurang lima minit dan beliau dengan segera mengarahkan tiga anaknya keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.
Sementara itu, Shapie Sarip, 50, berkata, beliau sedang bersiap untuk menunaikan solat maghrib semasa kejadian tersebut.
"Tiba-tiba sahaja bunyi berdentum dan sedar-sedar semua terbang, saya hanya mampu mengingati Allah, syukur nyawa saya masih ada dan semua anggota keluarga saya selamat,” katanya. – Bernama

Polis tahan 18 warga Afrika dan rampas 96kg ganja



KUALA LUMPUR - Polis telah merampas 96 kilomgram dadah jenis ganja bernilai hampir RM300,000 dan menahan 18 orang dari benua Afrika dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, kesemua mereka berumur lingkungan 19 dan 40 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di seluruh negara sejak awal Januari lepas.

"Hasil risikan, sindiket itu turut menggunakan kolej-kolej pengajian tinggi swasta di bandar-bandar besar termasuk di ibu negara sebagai lokasi pengedaran dadah.

"Dadah-dadah yang diedarkan itu adalah untuk para pelajar kolej berkenaan dan ini merupakan trend terkini yang digunakan sindiket dari Afrika itu sebagai usaha mengukuhkan pasaran mereka di negara ini," katanya.

Tumbuk pembunuh anak



SHAH ALAM - Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Klang, melepas geram de�ngan menumbuk seorang bekas polis selepas Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki yang membunuh anaknya dan pengasuh kanak-kanak itu, tujuh tahun lalu. 

"Kurang ajar!" jerit Shohimi Shafie, selepas menumbuk dada Mohd Nahar Abu Bakar, di luar bilik mahkamah semalam, sebelum anggota polis membawa lelaki itu keluar. : 

Mohd Nahar, 34, hanya memandang Shohimi. Dia didapati bersalah membunuh anak Shohimi, Muhammad Nurosama Shohimi, 2 tahun, dan Siti Rohana Baharom, 34, di rumah No 19, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, pada jam 1 tengah hari, 30 Disember 2003. 

Hakim Mohd Yazid Mustafa berkata, Mohd Nahar tidak menafikan dia pergi ke kawasan flat tersebut bersama seorang yang dikenali sebagai Normah Jantan. 

Menurut hakim itu, beliau berpuas hati dengan keterangan di mahkamah bahawa pada hari kedua, Mohd Nahar mengarahkan wanita tersebut menghidupkan enjin kereta dan Mohd Nahar meng�ambil sebilah pisau di belakang kereta. 

“Saya berpuas hati pisau rambo itu miliknya,” kata Mohd Yazid. 

Berdasarkan keterangan di mahkamah dan keterangan ikut keadaan di mana Mohd Nahar berada di tempat kejadian, beliau berpuas hati Mohd Nahar menikam kanak-kanak itu dan pengasuhnya.: 

Mohd Yazid berkata, tindakan Mohd Nahar melarikan diri dari tempat kejadian dilihat seorang jiran dan tidak mendatangkan keraguan munasabah dengan keterangan pembelaan Mohd Nahar ke tempat itu untuk hisap dadah bersama rakannya, yang dikenali sebagai Wan Gemuk, di kawasan buang sampah flat tersebut. 

Katanya, seorang lagi saksi melihat Mohd Nahar menikam mangsa dan kemudian melarikan diri. 

Shohimi, 42, kini Pegawai Khas Hal Ehwal Agama kepada Pengerusi Kumpulan Bersama Naza Motor Trading. Bersamanya di mahkamah adalah isterinya, Hamidah Harun, 40. 

Beliau berkata, amat puas hati dengan keputusan mahkamah itu dan bersyukur akhirnya pembunuh anaknya itu menerima pembalasan. 

“Alhamdulillah, hukuman ini amat betul. Penjenayah itu membunuh anak kecil saya,” kata Shohimi, dengan air mata berlinangan. Isterinya yang berada di sampingnya turut menangis. 

Dalam kejadian tersebut, Muhammad Nurosama dan Siti Rohana mati selepas ditikam di kediaman pengasuh itu. Muhammad Nurosama ditikam dua kali di belakang, manakala Siti Rohana ditikam sekali di dada.

Empat beradik kaki dadah




KUALA PAKA – Rahsia pengambilan dadah jenis morfin membabitkan adik beradik di sebuah rumah kawasan perkampungan nela-yan tradisional dekat sini terbongkar apabila 'port' mereka diserbu polis, petang kelmarin. 

Lebih mengharukan, kesemua suspek yang ditahan mempunyai pertalian darah dan difahamkan hidup bersama sejak lebih 20 tahun lalu. 

Bagaimanapun, godaan kuat terhadap barang khayal itu menyebabkan kesemua adik-beradik masing-masing: berumur 30, 26, 22 dan 20 ini tewas sehingga dipercayai menjadikan aktiviti pengambilan barang terlarang itu sebagai rutin harian mereka. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, empat suspek, kesemuanya adik-beradik yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut itu berjaya membongkar aktiviti pengambilan dadah jenis morfin membabitkan adik-beradik. 

Dahlan berkata, seorang daripada suspek terbabit adalah penagih tegar morfin dan mempunyai beberapa rekod jenayah manakala tiga lagi adik-beradiknya dipercayai turut mengikuti jejaknya. 

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu lokasi berkenaan kira-kira jam 6.20 petang kelmarin lalu menahan empat adik-beradik itu untuk siasatan lanjut. 

“Kesemua suspek selepas menjalani ujian saringan air kencing disahkan positif dadah jenis morfin dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 (rawatan dan pemulihan), 

“Jika sabit kesalahan empat beradik ini boleh dikenakan hukuman menjalani rawatan di pusat serenti dan tempoh pengawasan selama dua tahun," katanya.

Mangsa syak peragut sama




KUANTAN – “Saya hanya mampu memeluk erat anak kecil berusia 11 bulan di depan dan membiarkan mereka mengambil beg duit di dalam raga motosikal,” kata ibu tunggal, mangsa ragut di Taman Impian, Jalan Sungai Lembing dekat sini. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu hanya satu kilometer dari tempat mangsa ragut, Noresah Mat Isa, 24, yang dimasukkan ke hospital Jumaat lalu. 

Mangsa terbabit, Sarina Abdul Basid, 31, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari Taman Impian dan tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dari arah belakang lalu menjerit ke arahnya supaya memberhentikan motosikalnya. 

“Memikirkan keselamatan anak yang berdiri dalam bakul motosikal, saya berhenti tetapi mereka terus mengambil beg duit saya yang diletakkan di bawah baju,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. 

Katanya, ketika itu dia tidak mampu menjerit dan menyerahkan beg duit kerana tidak mahu anaknya cedera. 

“Bagaimanapun, lelaki terbabit terus memecut motosikal yang ditungganginya apabila abang saya kebetulan melalui tempat itu,” katanya yang mengesyaki lelaki sama dalam kejadian sebelum ini. 

Sementara itu, abangnya, Shahrim Abdul Basid, berkata, ketika melalui tempat itu, dia mengesyaki adiknya mengalami masalah. 

“Saya terus mengejar lelaki itu kerana percaya dia meragut beg adik saya. Bagaimanapun saya tidak dapat mengikut mereka selepas melalui jalan raya menuju ke Jaya Gading yang agak sesak dengan kenderaan,” katanya. 

Shahrin berkata, dia dapat melihat dengan jelas dua lelaki itu dan berharap pihak polis dapat melakukan tindakan susulan bagi menangkap dua lelaki itu sebelum individu lain menjadi mangsa. 

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang dihubungi, Norhasmida Abdul Kadir berkata, dia menaiki motosikal untuk ke bengkel suami di Taman Impian pada jam 12 tengahari, tiba-tiba seorang lelaki menjerkahnya supaya berhenti. 

Katanya, lelaki itu sepantas kilat merentap rantai lehernya dan mengambil beg duit dalam motosikalnya. 

“Seperti hari-hari biasa saya melalui jalan itu tetapi tidak menyangka ada peragut yang mungkin memerhatikan,” katanya yang mengesyaki orang sama yang meragut mangsa mereka. 

Mangsa keempat di jalan yang sama ialah Nor Emilianiza Zahid, 21, dia menunggang motosikal bersama adiknya manakala anaknya yang berusia 10 bulan berdiri di dalam raga bahagian depan. 

Ketika itu mereka didatangi lelaki yang menunggang motosikal dan menjerit menyebabkan mereka terkejut dan hampir terjatuh. 

“Lelaki itu menengking kami dan terus menarik beg di dalam raga tetapi tersangkut di bahagian tempat duduk. Ketika itu kami terus menjerit dan lelaki terus melarikan diri tanpa mengambil beg saya,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusiff berkata, polis menerima laporan berkenaan dan kini sedang menyiasat kes itu dan menjalankan pemantauan di tempat kejadian. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan beg duit di dalam raga motosikal kerana boleh mengundang bahaya selain menunggang motosikal mengikut undang-undang dan tidak secara berbahaya.

19 GRO China diserbu ketika layan 30 pelanggan


SERAMAI  19 wanita warga China yang dipercaya GRO ditahan di sebuah premis makanan yang berselindung menggunakana papan tanda restoran masakan Melayu ditahan dalam operasi  di Taman Maluri Cheras Kuala Lumpur lewat malam tadi. Foto: Syarafiq Abd Samad. (04/04/10)
SHAH ALAM – Seramai 19 pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga China yang sedang sibuk melayan lebih 30 pelanggan, ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras, awal malam kelmarin.

Menurut sumber, turut ditahan tiga pekerja restoran warga Nepal, masing-masing dua wanita dan satu lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Menurutnya, ketika diserbu kira-kira jam 10 malam, semua wanita itu sedang sibuk menghiburkan pelanggan berusia antara 19 hingga 60 tahun yang berkunjung ke premis untuk makan dan mendapatkan ‘perkhidmatan istimewa’.

“Siasatan awal ke atas 19 pelayan wanita mendapati mereka memiliki pasport yang sah untuk berada di negara ini.

“Bagaimanapun, dokumen itu disalahgunakan untuk melakukan kegiatan haram yang berselindung di sebalik premis makanan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, perkhidmatan yang ditawarkan sangat menarik kerana pelanggan yang datang hanya perlu membayar sebanyak RM50 sebagai bayaran permulaan.

“Mereka (pelanggan) boleh memilih mana-mana GRO untuk menghiburkan mereka termasuk aksi ‘ringan-ringan’. Sekiranya tidak berpuas hati, pelanggan bebas untuk memilih GRO lain yang diingini,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan yang berpuas hati dengan ‘layanan percubaan’ boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih istimewa dengan pelayan sama di bilik berbeza.

Menurutnya, sebelum ini premis itu pernah diserbu polis namun pemiliknya seolah-olah tidak serik menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Katanya, 19 wanita warga China itu ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen dan tiga yang lain dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi membantu siasatan.

Serbuan yang disertai sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, berakhir kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Pemandu nyaris dibelasah samseng jalan raya



SHAH ALAM – Berpunca daripada rasa tidak puas hati ketika memandu kenderaan, seorang lelaki nyaris dibelasah samseng jalan raya berhampiran Plaza Tol Setia Alam di Lebuhraya Klang-Shah Alam (LKSA), dekat sini, semalam.

Biarpun tidak mengalami kecederaan, cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa dipecahkan. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dua suspek lelaki, menaiki sebuah kereta Proton Waja secara tiba-tiba memintas kenderaan mangsa. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, tindakan itu menyebabkan mangsa terus mengejar suspek. 

Menurutnya, suspek tidak terus memecut tetapi memperlahankan kenderaannya dan sebaik dipintas, mangsa terus menjeling ke arah suspek. 

“Suspek kemudianya memecut laju dan memotong kenderaan mangsa, sebelum bertindak memberhentikan kenderaan secara mengejut di hadapan mangsa. 

“Kejadian itu menyebabkan berlaku kemalangan kecil dan suspek terus keluar memecahkan cermin kereta mangsa, seterusnya melarikan diri,” katanya. 

Beliau berkata, beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis, kedua-dua suspek dikesan dan terus diberkas. 

”Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek terbabit positif dadah dan kami turut menemui satu paket kecil dadah dalam seluar seorang daripada suspek,” katanya. 

Menurutnya, seorang suspek itu turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan berbaur jenayah kepada mangsa serta khianat kenderaan.

Suu Kyi saman junta tentera Myanmar




YANGON - Pemimpin Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi memfailkan saman terhadap junta tentera Myanmar kepada Mahkamah Agung kerana membubarkan partinya daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang, semalam. 

Pengikut Suu Kyi dilaporkan akan memboikot pilihan raya pertama Myanmar sejak dua dekad negara itu diperintah junta tentera, yang akan diadakan pada 7 November ini. 

Parti NLD yang dipimpin Suu Kyi memenangi pilihan raya yang diadakan pada 1990 tetapi beliau tidak dibenarkan berada di Parlimen. 

Suu Kyi menghabiskan 20 tahun daripada hidupnya dalam tahanan dan beliau sekarang sedang menjalani perintah berkurung di rumahnya. 

Sebelum ini, Mahkamah Agung menolak saman yang dikemukakan Suu Kyi disebabkan pembubaran parti beliau daripada bertanding pada Mei lalu. 

"Kami tetap tidak akan berputus asa kerana jika kami berhenti di sini, segala-galanya akan hilang," kata peguam bela Suu Kyi kepada sidang media.

Sorok 560 karton rokok seludup bawah fabrik uniform bomba



ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 50-an ditahan manakala 560 karton rokok jenis Gudang Garam Surya disorok di bawah fabrik pakaian seragam Jabatan Bomba dan Penyelamat di bahagian tempat duduk penumpang keretanya dirampas.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah, Mohd Jasri Othman berkata, sebelum ditahan kira-kira pukul 2.30 petang semalam, anggota UPP telah mengekori kereta suspek sehingga ke sebuah kawasan perumahan dan menahannya.

"Serbuan ini hasil makluman awam dan selepas melakukan pemeriksaan, didapati terdapat rokok di bahagian tempat duduk belakang serta dalam bonet kereta terbabit," katanya.

Beliau berkata, rokok yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM9,400 dan cukai yang cuba dielakkan ialah lebih RM32,000.

Mohd Jasri berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan. Kes diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Usaha menyelamat diperhebat




SAN JOSE - Kesemua 33 pelombong yang terperangkap di dalam lombong emas dan tembaga di San Jose, Chile sejak 5 Ogos lalu semakin bersemangat untuk dibawa keluar dalam masa terdekat. 

Berita mengenai pelombong itu masih selamat di dalam runtuhan pada paras hampir 700 meter di bawah tanah diketahui pada 22 Ogos lalu dan Presiden Chile, Sebastian Pinera memberi jaminan bahawa mangsa akan dikeluarkan sebelum sambutan Hari Natal pada Disember nanti. 

Sejak Ogos lalu, ratusan sukarelawan terlibat dalam usaha menyelamatkan 32 pelombong Chile dan seorang pelombong Bolivia yang terperangkap. 

Makanan serta pelbagai barangan keperluan dihantar kepada pelombong itu menggunakan lubang kecil yang berjaya dikorek menggunakan jentera berat. 

Dalam perkembangan terbaru, kesemua mangsa dipercayai dapat dibawa keluar selewat-lewatnya pada 15 Oktober ini. 

Berita itu disambut gembira kesemua pelombong dan mereka mula menghantar beberapa barangan milik mereka keluar dari dalam lubang menggunakan kapsul khas yang disediakan. 

Antara barangan bernilai yang dihantar kepada kaum keluarga adalah bendera Chile yang ditandatangani dan surat-surat yang diterima daripada keluarga mereka sebelum ini.

41 PATI dicekup




JOHOR BAHRU – Seramai 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua perempuan dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 50 jenayah kekerasan termasuk samun, pecah rumah dan ragut di sekitar bandar raya Johor Bahru dan Nusajaya berjaya dicekup polis. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran bermula Khamis lalu sehingga semalam. 

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 22 hingga 45 tahun dan polis turut menemui pelbagai alatan seperti parang, kapak dan pisau dipercayai digunakan ketika melakukan pelbagai jenayah. 

“Selain itu, polis turut menemui dua komputer riba, kamera, telefon bimbit, sejumlah wang dan jam tangan dipercayai hasil rompakan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam. 

Mohd Mokhtar berkata, mereka yang ditangkap tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kini masih ditahan reman untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, dalam kes lain pula, dua lelaki berumur 26 dan 30 tahun ditahan bersama 49 paket dadah jenis heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, Kluang, tengah hari kelmarin. 

“Hasil ujian air kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah dan kedua-dua mereka kini ditahan reman,” katanya. 

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sementara itu, Mohd Mokhtar turut berpesan kepada warga bandar raya ini supaya tidak terlibat dalam penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan. 

“Pihak kami memandang serius benda ini dan akan kenakan tindakan kepada mereka yang degil. Jangan pandai-pandai mereka atau menghantar berita-berita yang mengandungi hasutan dan palsu sama ada melalui SMS, emel, blog atau sebagainya,” katanya. 

Beliau menegaskan akan mengambil tindakan kepada mereka yang berbuat demikian juga kepada sesiapa yang melakukan ugutan melalui pelbagai bentuk telekomunikasi.

Buang air alasan pecah rumah




KULIM - Dua remaja lelaki ditangkap ketika cuba melakukan pecah rumah di Taman Cendana kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Thng Seng Ang berkata, sebelum masuk ke rumah mangsa, penjenayah terlibat dikatakan berlegar di sekitar kawasan taman itu.

Menurutnya, penduduk taman terlihat sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah diletakkan berhampiran dengan rumah mangsa dalam keadaan mencurigakan. Mereka yang bimbang terus menghubungi hotline PPKM untuk mendapatkan bantuan.

“PPKM menerima aduan dari penduduk di Taman Cendana terdapat sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah mangsa. Saya mengarahkan ahli PPKM yang berada berdekatan dengan tempat kejadian supaya bergegas ke lokasi berkenaan. Hampir 40 ahli PPKM berada di sekitar kawasan Taman Cendana sampai ke tempat kejadian.

"Ketika PPKM sampai, kedua penjenayah masih berada dalam rumah. Salah seorang dari penjenayah memaklumkan kepada saya, mereka hanya ingin membuang air kecil. Melihatkan alasan yang diberikan tidak munasabah, saya menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, Unit MPV dari Balai Polis Kulim sampai ke tempat kejadian mengambil keterangan dan membawa penjenayah terlibat ke balai untuk soal siasat.

Beliau menasihatkan kepada penduduk kawasan taman terutama yang membiarkan rumah mereka dalam keadaan gelap, supaya sentiasa memasang lampu di bahagian luar rumah untuk memastikan persekitaran tempat kediaman terang.

“Saya puji sikap kejiranan yang ada hari ini. Dengan kerjasama semua pihak, masalah jenayah dapat dibendung. Saya berterima kasih kepada semua ahli PPKM dan orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada PPKM sehingga tertangkapnya penjenayah yang melakukan kegiatan pecah rumah.

"Tanpa bantuan polis dan orang ramai, masalah jenayah sebegini sukar untuk ditangani,” katanya.

Geng Boy Air Merbau tumpas



BUKIT BERUANG - Bermula secara suka-suka, akhirnya enam lelaki termasuk seorang siswazah lulusan kejuruteraan mekanikal menjadikan kegiatan mencuri motosikal sebagai pendapatan sampingan. 

Siswazah berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Boy itu dipercayai dalang dalam sindiket ‘Geng Boy Air Merbau’ yang aktif mencuri motosikal di negeri ini sejak Julai lalu membabitkan RM56,000. 

Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar sehingga membawa kepada penangkapan empat lelaki di Jasin, 30 September lalu kira-kira 2.50 pagi. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan dan Operasi), Superintendan Hamdan Majid berkata, dua daripada anggota kumpulan terbabit adalah pelajar institusi pengajian tinggi, seorang mekanik dan seorang pekerja sebuah kilang. 

“Hasil serbuan yang dilakukan di rumah ketua kumpulan terbabit iaitu Boy, polis berjaya menemui sebuah motosikal, tujuh rangka motosikal dan tiga enjin masing-masing telah dileraikan komponennya. 

“Kegiatan didalangi seorang bekas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi yang memiliki kemahiran dalam bidang mekanikal. 

"Mereka mendakwa melakukan kegiatan ini untuk suka-suka iaitu mencuri dan meleraikan peralatan termasuk enjin sebelum dijual kepada individu tertentu terutama rakan-rakan yang berminat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini semalam. 

Hamdan berkata, siasatan polis mendapati, ketua kumpulan tersebut memiliki sebuah bangsal dilengkapi bilik tidur yang didirikan di belakang rumahnya untuk menempatkan motosikal yang dicuri. 

“Difahamkan, dalang kumpulan itu melakukan kegiatan meleraikan motosikal curi berkenaan di sebuah bangsal di belakang rumah dan bijak mengaburi keluarganya dengan mendakwa kenderaan terbabit adalah milik rakannya,” katanya. 

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri mana-mana motosikal jenis Yamaha yang diletakkan di tempat awam dan tidak mempunyai kunci tambahan seperti Yamaha RXZ, 125Z dan LC. 

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379(A), Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman hingga hari ini. 

Polis bagaimanapun masih memburu dua lelaki termasuk bekas penguat kuasa undang-undang, Mohd Fauzi Kasim, 22, yang masih bebas dikatakan turut bersekongkol dalam kegiatan jenayah itu. 

“Mohd Fauzi bernombor kad pengenalan 880225-04-5057 dengan alamat terakhir di Lorong Pandan, sementara seorang lagi Shahir 20-an berasal dari Kandang. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPK negeri di talian 06-2854222 bagi mem:bantu siasatan,” katanya.

Kontraktor maut dirempuh kereta ketika lintas jalan



KUANTAN – Seorang kontraktor maut akibat dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna biru ketika cuba menyeberangi jalan di Jalan Kuantan – Sungai Lembing berhampiran Restoran Rahmat, Indera Mahkota di sini semalam. 

Mangsa, Jubari Ismail, 49, berasal dari Sungai Soi, dekat sini yang cuba melintas jalan selepas bertemu berjumpa anak saudaranya di sebuah restoran berhampiran kira-kira jam 1.40 petang semalam mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. 

Anak saudara mangsa, Mohd Faizal Hashim, 29 berkata, dia berjanji dengan bapa saudaranya itu untuk berjumpa di Restoran Rahmat sebelum mereka berdua pergi ke sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta untuk urusan perniagaan. 

Menurutnya, bapa saudaranya meletakkan kenderaan di seberang jalan berdekatan Masjid Tengku Ampuan Afzan dan berjumpanya di restoran itu. 

“Selepas pak cik saya sampai, kami kemudiannya hendak ke Kolej Shahputra untuk berjumpa pelanggan kami bagi membincangkan soal perniagaan. 

“Saya kemudiannya menaiki kenderaan saya dan pak cik saya menyeberangi jalan untuk ke kenderaannya lalu saya terdengar bunyi hon dan dentuman kuat. Apabila saya melihat melalui cermin sisi kenderaan, saya ternampak pak cik saya terbaring berlumuran darah di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam. 

Mohd Faizal kemudiannya mendapati bapa saudaranya itu sudah tidak sedarkan diri dan dia beberapa kali cuba mengejut mangsa namun tiada tindak balas. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, kemalangan yang meragut nyawa pejalan kaki itu berlaku ketika mangsa cuba melintas jalan dari arah kanan ke kiri sebelum dirempuh kereta dalam perjalanan dari arah Indera Mahkota menghala ke Bandar Kuantan. 

Menurutnya, akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. 

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Bekas polis bunuh budak, pengasuh kena gantung


BEKAS konstabel polis, Mohd Nahar Abu Bakar (tengah) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh   Siti Rohana Baharom dan Muhammad Nurosama Sohimi, 2 tahun, di Flet Bandar Baru Klang, 7 tahun lalu.   Nurosama dijumpai mati dengan kesan tikaman di belakang tengkok manakala terdapat kesan tikaman yang dalam ke atas dada Siti Rohana.Foto Effendy Rashid (04/10/10)


2010/10/06

Muhammad Nurosama (kiri) dan Siti Rohana  Baharom.
Muhammad Nurosama (kiri) dan Siti Rohana Baharom.
Mohd Nahar tak beri reaksi ketika hakim jatuhkan hukuman

SHAH ALAM: Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel, Mohd Nahar Abu Bakar dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh anak bekas Setiausaha Umno Bahagian Klang dan pengasuhnya, tujuh tahun lalu.
Hakim Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Mohd Nahar, 34, yang berdiri di dalam kandang tertuduh dengan memakai kemeja-T berwarna kelabu dan berseluar jeans tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hakim membacakan keputusannya.

Tertuduh yang pernah bertugas di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak pada 1997, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, berusia dua tahun setengah, di rumah pengasuhnya di No 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, Klang, kira-kira jam 1 tengah hari, 30 Disember 2003.

Lelaki itu yang ditangkap pada 16 Oktober tahun lalu, juga didakwa membunuh pengasuh kanak-kanak itu, Siti Rohana Baharom, 34, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Seramai 17 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Mohd Nahar yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohd Tanusi pernah dikenakan tindakan buang kerja pada 21 Mei 1999 kerana terbabit dalam kes pecah rumah di Manjung dan dipenjarakan selama enam bulan di Penjara Kajang pada 2000.

Sejurus prosiding mahkamah berakhir, bapa Allahyarham Muhammad Nurosama, Shohimi Shafie yang berada di galeri awam mengalirkan air mata sambil memeluk Mohd Nordin, isterinya Hamidah Harun dan anggota keluarga lain yang turut hadir di mahkamah.

Dalam reaksinya selepas itu, Shohimi, 41, berkata beliau reda atas kematian anaknya dan bersyukur mahkamah menjatuhkan hukuman yang sepatutnya diterima oleh tertuduh.

"Alhamdulillah selepas menunggu enam tahun akhirnya penjenayah yang bunuh dua nyawa termasuk anak saya yang masih kecil menerima hukuman yang sepatutnya. Anak saya baru berusia dua tahun (semasa kejadian)," katanya sebak.

Shohimi yang kini Pegawai Khas (Hal Ehwal Agama) kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Motor Trading Sdn Bhd turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan serta pihak polis yang berjaya menjejaki dan menangkap tertuduh walaupun enam tahun selepas kejadian.

Hamidah, 40, yang berdiri di samping suaminya turut bersyukur atas keputusan mahkamah.

Pasangan suami isteri itu mempunyai empat orang anak dan Muhammad Nurosama anak ketiga mereka.

Abang Siti Rohana, Abdul Wahab Shafie, 47, berkata keluarganya bersyukur kerana selepas enam tahun menunggu akhirnya kes itu selesai. – Bernama

Polis maut kenderaan jatuh gaung


Nahas ketika empat dalam perjalanan hadiri mesyuarat 

CHUKAI: Seorang anggota polis maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 119, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Padang Kubu, malam kelmarin.

15 tahun kaut duit sogok



Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2010/10/06

Sindiket tawar pegawai imigresen 'gaji' lumayan RM3,000 sehari 

KUALA LUMPUR: Sindiket pemalsuan dokumen untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang asing tanpa izin dipercayai beroperasi lebih 15 tahun di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang dengan menawarkan habuan antara RM500 hingga RM3,000 sehari kepada setiap anggota dan pegawai imigresen yang bersubahat.
Sindiket dikatakan masih mampu beroperasi dan mengaut wang daripada pendatang tanpa izin walaupun anggota dan pegawai imigresen bertukar ganti kerana mereka ditawarkan ‘gaji’ lumayan oleh sindiket berkenaan.
Menurut sumber, lebih tiga sindiket beroperasi di pintu keluar masuk negara itu menggunakan modus operandi hampir sama untuk ‘memikat’ kakitangan imigresen supaya bekerjasama dengan mereka dengan upah bulanan minimum RM30,000 sebulan. 

“Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kakitangan imigresen yang baru memulakan tugas di jeti berkenaan pada 2009 berjaya dipikat dan menjadi sebahagian anggota sindiket berkenaan. Semuanya kerana habuan lumayan,” kata sumber berkenaan. 

Bagaimanapun, jumlah yang diperoleh setiap kakitangan imigresen berbeza setiap hari kerana ia dikira mengikut bilangan pendatang asing tanpa izin yang dibawa keluar atau masuk menerusi jeti berkenaan. 

Setakat ini, tujuh kakitangan imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dua pegawai ketika melakukan transaksi wang tunai sebanyak RM26,000 dengan sindiket membawa keluar masuk pendatang asing tanpa izin, di Jeti Port Dickson, Negeri Sembilan. 
Daripada jumlah itu, enam anggota imigresen yang bertugas di Jeti Pelabuhan Pulau Ketam, termasuk seorang ditahan dan SPRM menemui wang tunai RM30,000 di rumahnya dan dua lagi pegawai di Jeti Port Dickson yang semuanya disyaki terbabit rasuah membabitkan sindiket berkenaan. 

Selain kakitangan imigresen, lapan orang awam yang berperanan sebagai orang tengah atau ‘runner’ ditahan. 

Berita Harian pada 27 Ogos lalu mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan, menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin Indonesia.