Search This Blog

Thursday, September 23, 2010

Tuntut RM20 juta



SHAH ALAM - Keluarga mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadung, Tanjung Sepat akan mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM20 juta terhadap suspek utama kes itu, seorang peguam yang mendakwa bergelar ‘Datuk’. 

Pengasas firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners, Kamarudin Ahmad berkata, jumlah sebanyak RM20 juta dianggarkan berdasarkan kepada jumlah waris mangsa yang terlibat dalam tragedi pembunuhan ngeri itu. 

“Jumlah ini merupakan anggaran bagi kehilangan pendapatan yang dialami oleh waris mereka, khususnya waris terdekat bagi keempat-empat mangsa. 

“Saya telah berbincang bersama beberapa peguam dan memutuskan jumlah ini berpatutan dengan kerugian dialami oleh lapan ibu, lapan bapa, dua isteri dan 12 anak mangsa serta ahli keluarga yang lain,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam. 

Kamarudin berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menghalang suspek utama daripada menyorokkan astet-asetnya seperti kereta mewah, tanah dan lain-lain. 

“Kita bercadang untuk mengenal pasti aset-aset lain yang dimiliki suspek utama untuk dimasukkan kaveat ke atas harta-harta itu. 

“Tujuan kaveat adalah untuk menghalang suspek utama daripada melakukan sebarang transaksi ke atas harta miliknya,” katanya. 

Beliau berkata, tindakan susulan hasil daripada keputusan itu akan diputuskan mengikut keadaan semasa. 

“Selepas ini kita akan mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan persetujuan secara rasmi daripada mereka dan berbincang secara terperinci mengenai perkara ini,” katanya. 

Akhbar ini semalam melaporkan, Kamarudin akan mengadakan pertemuan bersama ahli keluarga mangsa hari ini. 

Bagaimanapun, tarikh pertemuan bersama keluarga mangsa di firma guamannya yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur ditunda esok. 

Sementara itu, keluarga peguam Ahmad Kamil Abdul Karim akan menunggu perbincangan rasmi dengan firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners sebelum mempertimbangkan cadangan membuat tuntutan saman tersebut. 

Bapa mertua Ahmad Kamil yang enggan identiti didedahkan berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut berkaitan cadangan berkenaan selagi tiada hitam putih antara keluarganya dan firma guaman tersebut. 

“Jika benar ada pihak yang mahu menawarkan khidmat guaman secara percuma bagi menuntut ganti rugi terhadap suspek, itu perkara yang baik.” katanya. 

Dalam pada itu, bapa mertua Ahmad Kamil turut memohon supaya media memberikan ruang kepada keluarganya yang tertekan sejak berita kehilangan menantunya mula dilaporkan.

Maut digilis treler




GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas maut digilis treler apabila terjatuh dari basikal yang ditunggangnya berhampiran tapak pembinaan di Jalan Timah di sini, semalam. 

Dalam kejadian 11.30 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Chen’g Ai Neoh, 69, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. 

Jurucakap polis berkata, basikal wanita yang baru selesai bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pusat hiburan di sini itu dipercayai bergesel dengan treler terbabit menyebabkan dia jatuh sebelum kepalanya digilis. 

“Mangsa melalui Jalan Timah itu untuk pulang ke rumahnya di Lebuh Nordin manakala lori treler berkenaan pula dari kawasan tapak pembinaan selepas menghantar barangan,” katanya.

Pemandu lori nyaris maut




CHEMBONG - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila lori yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 23 Jalan Seremban - Tampin, di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, lori yang membawa muatan zink dipercayai gagal dikawal ketika melepasi lampu isyarat di persimpangan berkenaan sebelum merempuh lori simen terbabit. 

Pemandu lori simen yang hanya mahu dikenali sebagai Azizi, 30, berkata, dia dalam perjalanan ke Seremban selepas menghantar simen di Rembau. 

“Ketika kejadian, saya baru sahaja melepasi lampu isyarat hijau sebelum dilanggar lori berkenaan yang keluar daripada simpang Pedas,” katanya. 

Menurutnya, pemandu lori itu dipercayai gagal mengawal brek semasa lampu isyarat merah menyebabkan ia merempuh belakang lori simennya. 

“Saya terkejut mendegar dentuman kuat lalu sebelum melihat sebuah lori remuk teruk. Lori itu juga melanggar tiang lampu isyarat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. 

Dia yang turut membawa isteri dan tiga anak di dalam lori itu bersama-sama bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaaan. 

Sementara itu, jurucakap polis berkata, punca kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu lori yang membawa muatan zink membrek semasa lampu isyarat sedang merah. 

Akibatnya, katanya, lori terbabit merempuh bahagian belakang lori simen itu. 

Pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Nagara @ Mat Deni, 60, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Angkara siapa?




PUCHONG – Kecurigaan seorang pemancing yang pada mulanya menyangka terdapat longgokan sampah di tepi lokasi aktiviti hobinya membawa kepada penemuan ratusan surat di tepi tasik berdekatan pusat beli-belah di Bandar Puchong Jaya, di sini. 

Pemancing berkenaan, Soh Kian Lee, 54, berkata, pada 18 September lalu, dia ke tasik itu untuk memancing seperti biasa kira-kira jam 5 petang. 

Katanya, lokasi yang menjadi tarikan beberapa pemancing lain itu disedarinya berubah menjadi tempat longgokan sampah sebelum mendapati apa yang dilihatnya itu adalah timbunan surat. 

“Kali pertama melihat sampah itu (longgokan surat) saya memang buat tidak tahu sahaja, tetapi apabila ke destinasi sama pada hari kedua, saya terkejut apabila melihat longgokan sampah itu sebenarnya adalah timbunan surat yang masih belum dibuka. 

“Selepas dibelek, saya mendapati kebanyakan surat adalah baru dan ada antaranya sudah terkoyak dan terkeluar beberapa kepingan cek dari dalamnya,” katanya yang kemudian menghubungi RakanCop untuk melaporkan aduan. 

Katanya, individu yang membalas panggilan memaklumkan akan menghantar anggota ke lokasi segera, sebelum dia kemudian mengambil keputusan menunggu di tepi tasik itu.

Mati tertiarap dalam semak




KEMAMAN - Mayat seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan parah pada kepala di kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Felda Neram Dua Tambahan, dekat sini, lewat petang kelmarin. 

Akibat kecederaan serius, kesan darah yang telah kering dan berwarna kehitaman pada mayat Mohd Ismazi Ismail, menyebabkan mangsa yang tinggal hanya satu kilometer dari lokasi kejadian kelihatan seolah-olah mati dibakar pada bahagian kepala. 

Hasil tindakan pantas polis, suspek utama kes berkenaan, seorang lelaki berumur lingkungan 29 tahun dan turut berasal dari Felda itu berjaya ditangkap pada malam kejadian bagi membantu siasatan. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi) Superintendan Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang juga seorang penganggur, dikatakan individu terakhir dilihat menunggang motosikal bersama mangsa sehari sebelum penemuan mayat berkenaan. 

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai dua penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu untuk membuang sampah setelah menghidu bau busuk sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 6.30 petang. 

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, didapati kes berkenaan lebih menjurus kepada bunuh berikutan sebatang kayu turut dijumpai tidak jauh daripada mayat mangsa, selain turut ditemui sehelai baju hanya beberapa meter dari tempat mangsa tertiarap. 

“Berdasarkan siasatan awal juga, mangsa keluar rumah kira-kira jam 1.30 petang (kelmarin) bersama seorang kawannya. 

“Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Menurutnya, polis juga masih meneruskan siasatan untuk memastikan kemungkinan terdapat lebih daripada seorang suspek terbabit dengan kejadian itu. 

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang kira-kira jam 11.30 malam untuk tujuan bedah siasat. 

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis telah menahan rakan mangsa berumur 29 tahun yang juga penagih dadah di Kuantan malam kelmarin untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut. 

“Siasatan awal polis mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah dari setiap daerah di sini, semalam. 

Beliau berkata, suspek dipercayai telah memukul kepala mangsa dengan kayu sehingga menyebabkan kematian.

Padah rogol anak kandung

 


KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam. 

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya. 

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu. 

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat. 

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu. 

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya. 

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh. 

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan. 

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian. 

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya. 

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu. 

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Nasib bekas polis didakwa bunuh budak, pengasuh 5 Okt


23/09/2010 4:46pm


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 5 Oktober depan untuk memutuskan sama ada bekas anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa membunuh anak bekas setiausaha UMNO Bahagian Klang dan pengasuhnya, tujuh tahun lepas, akan dibebaskan atau dihukum mati.
Hakim Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan.
Seramai 17 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Mohd. Nahar Abu Bakar, 34, yang pernah bertugas di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak pada 1997, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, berusia dua tahun setengah, di rumah pengasuhnya di No: 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, Klang, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 30 Disember 2003.
Tertuduh yang ditangkap pada 16 Oktober tahun lepas, juga didakwa membunuh pengasuh kanak-kanak itu, Siti Rohana Baharom, 34, di tempat, masa dan tarikh yang sama. - Bernama

KPD terbabit kes tembak rakan masa memburu ditukar


23/09/2010 6:08pm

SUNGAI PETANI 23 Sept. – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berkata, ketua polis daerah (KPD) Temerloh yang tertembak rakan semasa memburu landak di Lanchang, Pahang pada Sabtu lepas, telah ditukarkan.
Beliau berkata, langkah itu bagi memudahkan siasatan kes yang dibuat mengikut prosedur biasa polis tanpa sebarang pengecualian sekalipun melibatkan pegawai kanan.
Tindakan tatatertib sewajarnya juga akan dikenakan selepas siasatan insiden itu siap tidak lama lagi, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pertukaran tersebut.
Dalam kejadian itu, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed dipercayai tertembak rakannya, Che Abdul Ghani Midon, 49, yang juga penolong pegawai RISDA Maran ketika berburu bersama enam lagi di hutan Kemasul, Lanchang.
Kejadian itu menyebabkan Che Abdul Ghani buta mata kanannya akibat terkena peluru senapang patah Ahmad Fadzillah. – Bernama

Isteri jutawan India dedahkan rakaman perbualan telefon


23/09/2010 6:38pm

KLANG 23 Sept. – S. Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Kapar di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y. Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.
Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu.
Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.
"ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini,” kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan.
Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India semalam berkata, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya. – Bernama

3 didakwa kemukakan pernyataan palsu


23/09/2010 6:33pm

KUALA LUMPUR – Tiga pengarah eksekutif di sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sistem keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) serta seorang eksekutif kanan akaun syarikat itu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap empat tuduhan mengemukakan pernyataan palsu syarikat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.
Mereka ialah Pengarah Eksekutif Syarikat Inix Technologies Holdings Berhad iaitu Mok Chin Fan, 52; Cheong Kok Yai, 50; dan Jimmy Tok Soon Guan, 40; yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu serta Eksekutif Kanan Akaun, Normah Sapar, 36.
Kesemua mereka didakwa mengemukakan satu pernyataan palsu dalam penyata pendapatan bagi tahun 2005 dan 2006 syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchanged Square, Bukit Kewangan di sini antara 2005 dan 2006.
Untuk kesalahan berkenaan, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum 10 tahun.
Selain itu, keempat-empat tertuduh juga mengaku tidak bersalah bagi tuduhan menerbitkan prospektus syarikat itu bertarikh 29 Julai 2005 yang mengandungi maklumat palsu bagi tempoh kewangan berakhir 31 Januari 2005 di Inix Technologies Holdings Berhad di Subang Jaya antara 15 dan 29 Julai 2005.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 55(1)(a) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55(3) akta sama yang membawa hukuman denda RM3 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Peniaga miliki 600 biji pil kuda ditahan


23/09/2010 3:43pm


MARANG – Polis menahan seorang peniaga dan merampas 600 biji pil kuda seberat 60.62 gram daripadanya di tepi jalan Kampung Bukit Sawa, Bukit Payong di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Marang, Supt. Ahmad Mazlan Yahaya berkata, polis membuat serbuan di kawasan tersebut pukul 2.30 pagi, Selasa lepas sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
"Hasil serbuan itu, kita menahan seorang lelaki yang pada masa itu berada di atas sebuah motosikal,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Ahmad Mazlan berkata, dadah tersebut dijumpai dalam satu bungkusan yang diletak dalam satu sampul surat di dalam poket jaket yang dipakai peniaga itu.
Katanya, anggaran pasaran semasa dadah berkenaan ialah RM18,000.
Katanya, peniaga berumur 26 tahun itu ditahan reman sehingga 27 September untuk siasatan lanjut dan menurutnya polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai RM2,900 milik suspek. – Bernama

Bunuh rakan: Hukuman mati dikekalkan


23/09/2010 7:11pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas pemasang jubin kerana membunuh rakannya lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak rayuan Chan Kwee Fong untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2005.
Kwee Fong, 56, didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh Ng Weng Beng, 44, di sebuah restoran di Taman Sri Manir, Manir, Terengganu pada 8.30 malam, 16 Ogos 2002.
Dia juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan. – Bernama

3 warga emas maut dalam 3 kemalangan


23/09/2010 1:59pm

IPOH – Tiga lelaki warga emas terbunuh dalam dua kemalangan di sini dan Taiping, semalam dan malam tadi.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd. Rodzi Rejab berkata, dalam kejadian di Jalan Ipoh-Kanthan di sini, Liew Tat Chin, 65, yang hendak melintas jalan terbunuh selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar, pada pukul 11.25 malam tadi.
Tat Chin yang berasal dari Kantan, Chemor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit tidak berhenti dan meneruskan perjalanan dan kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari, katanya.
Sementara itu, dalam kejadian kedua, seorang warga emas Wong Kok Lan, 65, berasal dari Sungai Siput terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta semasa keluar dari sebuah stesen minyak di Jalan Ipoh-Sungai Siput, pada pukul 9.30 pagi semalam.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat, manakala pemandu kereta terbabit membuat laporan polis.
Dalam satu lagi kejadian, seorang warga emas yang menunggang motosikal terbunuh selepas merempuh penghadang besi di jalan kawasan taman perumahan di Asam Kumbang, Taiping, pada pukul 2.15 petang semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat, katanya.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di tempat kejadian. – Bernama

1.45kg heroin dirampas, lelaki ditahan


23/09/2010 2:12pm

GEORGETOWN – Polis merampas 1.45kg heroin dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam dan menangkap seorang lelaki berumur lingkungan 30-an yang sedang membungkus dadah itu ke dalam paket-paket plastik.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, lelaki itu yang ditahan pada kira-kira 6.30 petang itu, mempunyai tiga rekod kesalahan dadah sebelum ini dan sedang diintip berikutan satu maklumat awam.
Beliau berkata, polis juga merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk membungkus heroin dan juga beberapa paket plastik lutsinar yang kosong, katanya kepada pemberita.
Ayub berkata, polis menganggarkan dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira RM80,000 di pasaran.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan. – Bernama

Peniaga miliki 600 biji pil kuda ditahan


23/09/2010 3:43pm

MARANG – Polis menahan seorang peniaga dan merampas 600 biji pil kuda seberat 60.62 gram daripadanya di tepi jalan Kampung Bukit Sawa, Bukit Payong di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Marang, Supt. Ahmad Mazlan Yahaya berkata, polis membuat serbuan di kawasan tersebut pukul 2.30 pagi, Selasa lepas sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
"Hasil serbuan itu, kita menahan seorang lelaki yang pada masa itu berada di atas sebuah motosikal,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Ahmad Mazlan berkata, dadah tersebut dijumpai dalam satu bungkusan yang diletak dalam satu sampul surat di dalam poket jaket yang dipakai peniaga itu.
Katanya, anggaran pasaran semasa dadah berkenaan ialah RM18,000.
Katanya, peniaga berumur 26 tahun itu ditahan reman sehingga 27 September untuk siasatan lanjut dan menurutnya polis turut menyita sebuah kereta dan wang tunai RM2,900 milik suspek. – Bernama

Militan balas dendam rakan mati




2010/09/23

Lelaki bersenjata serang balai polis, sebabkan tiga terbunuh

JAKARTA: Polis Indonesia mengesyaki kumpulan lelaki bersenjata yang menyerang Balai Polis Hamparan Perak di Medan, Sumatera Utara pagi semalam dan membunuh tiga anggota keselamatan dikaitkan dengan rompakan bank CIMB Niaga 18 Ogos lalu yang turut mengorbankan seorang pegawai polis. 

Ia berkaitan dengan rompakan bank CIMB Niaga kerana mereka menunjukkan corak serangan sama dan dilatih dengan baik, kata jurucakap Polis Nasional, Inspektor Jeneral Iskandar Hassan kepada Jakarta Globe.Hamparan Perak adalah satu kawasan yang diserbu unit polis elit antipengganas Densus 88 hujung minggu lalu. Ketika serbuan, polis membunuh tiga suspek dan menahan 15 yang lain. Semua suspek dikaitkan dengan kumpulan pengganas berpusat di Aceh, kata Ketua Polis Nasional, Jeneral Bambang Hendarso Danuri.
Menurut Bambang, lelaki terbabit turut bertanggungjawab atas beberapa siri rompakan di wilayah berkenaan, termasuk rompakan maut CIMB Niaga itu. 

Sementara itu, polis menemui 10 kelongsong peluru yang digunakan daripada senjata seperti AK 47 dan M-16 dan pistol dari Balai Polis Hamparan Perak. 
Hasan berkata kumpulan pengganas menganggap polis musuh mereka. 

Pada mulanya mereka mensasarkan warga asing, kemudian merompak untuk mendapatkan wang bagi membiayai pergerakan dan kini mengumpul kekuatan untuk menyerang sebuah balai polis, katanya. 
Pakar keselamatan, Noor Huda Ismail memberitahu Jakarta Globe semalam, serangan ke atas balai polis adalah balas dendam kerana kematian suspek pengganas Sabtu lalu di Medan. 

Pada pendapat saya, ini adalah balas dendam. Wujud satu ideologi digelar qisas atau bunuh balas bunuh, kata Noor Huda. 

Ia mungkin agak sukar untuk difahami namun mereka ini diberi tekanan mental untuk membalas perbuatan jahat, katanya. 

Ia bukan serangan pertama ke atas polis. Pada 2005, sekumpulan lelaki diketuai Asep Jaja, seorang pengganas, menyerbu balai polis di Loki, Ambon dan membunuh enam pegawai polis Briged Bergerak (Brimob). 

Asep dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2006 atas peranannya dalam serangan itu. Minggu lalu, Jakarta Globe bercakap dengan Asep dalam selnya di Porong, Jawa Timur. Asep berkata polis menjadi sasaran pengganas kerana mereka dianggap jahat. Agensi