Search This Blog

Monday, September 6, 2010

Isu halal produk sapi: QBB tunggu salinan analisis JKM



06/09/2010 6:40pm

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Syarikat QBB Pte. Ltd. masih menunggu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memberikannya salinan sijil rekod keputusan analisis JKM bagi membolehkannya mengenal pasti “benda asing” yang didakwa terdapat dalam produk minyak sapi keluarannya.
Dengan adanya rekod itu, syarikat berkenaan boleh menggunakan khidmat pakar susu bebas untuk membantu JKM mengenal pasti bahan itu bagi menghindar kekeliruan pengguna Islam.
"Kami masih lagi menunggu maklum balas Jakim (mengenai perkara ini),” kata Pengarahnya, Lim Peck Bin dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau juga menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 2 September lepas bahawa Jakim menarik balik sijil halal produk minyak sapinya kerana mengandungi elemen meragukan.
Sambil menegaskan minyak sapi keluaran syarikat itu halal dan tidak mempunyai bahan meragukan, Peck Bin menjelaskan, Jakim sebenarnya tidak dapat mengenal pasti bahan yang ditermakan sebagai “benda asing” dan tidak pernah membuat kenyataan bahan itu tidak boleh dimakan oleh orang Islam.
Beliau berkata, produk keluaran syarikat itu mendapat kelulusan sijil halal daripada Islamic Coordinating Council of Victoria, iaitu pertubuhan yang mengeluarkan sijil halal yang diiktiraf oleh Jakim.
Bagaimanapun, Jakim menarik balik Sijil Pengesahan Halal (SPH) kerana analisis Jakim yang dijalankan oleh JKM tidak dapat mengenal pasti kandungan kecil yang kemudiannya ditermakan sebagai “benda asing”. – Bernama

Rakam kesalahan trafik guna telefon bimbit juga salah



06/09/2010 6:44pm

GERIK 6 Sept. – Pemandu yang menggunakan telefon bimbit berkamera bagi merakamkan kesalahan trafik pengguna lain turut melakukan kesalahan dan boleh disaman, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
"Penggunaan telefon bimbit ketika memandu turut tersenarai dalam kesalahan trafik dan dengan jelas, pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Penguat Kuasa JPJ di Jalan Gerik-Jeli, di sini hari ini.
Justeru katanya, pemandu yang mahu merakamkan kesalahan pemandu lain menggunakan kaedah itu hanya boleh berbuat demikian selepas mereka memberhentikan kenderaan mereka.
"Rakaman itu (juga) boleh dibuat dengan bantuan penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu,” kata Solah.
Beliau turut menjelaskan ramai pengguna salah faham mengenai kaedah itu dan pihaknya ada menerima rungutan daripada pengguna kerana rakaman yang diambil menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, kaedah itu mendapat sambutan positif dan sebanyak 26,880 aduan bergambar diterima daripada pengguna jalan raya tahun lepas.
"Lebih separuh daripada aduan berkenaan iaitu 16,349 kes berjaya diselesaikan, manakala 5,872 kes masih dalam siasatan. Sejumlah 4,659 kes juga sudah disenaraikan kerana masih gagal membayar saman,” katanya. – Bernama

Empat bekas pengarah Transmile didenda RM1.88 juta



06/09/2010 7:01pm

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bursa Malaysia Securities Bhd. hari ini mendenda sejumlah RM1.88 juta ke atas empat bekas pengarah Transmile Group Bhd.
Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia berkata, mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Gan Boon Aun (RM781,500); bekas pengarah eksekutif, Khiudin Mohb (RM781,500); pengarah bebas bukan eksekutif, Chin Keem Feung (RM162,000); dan bekas pengarah bebas bukan eksekutif, Shukri Sheikh Abdul Tawab (RM162,000).
Mereka didenda kerana melanggar syarat penyenaraian (LR) Bursa Malaysia membabitkan masa dan pendedahan tepat maklumat kewangan.
Pelanggaran itu sebahagian besarnya melibatkan transkasi utama yang dilaksanakan oleh anak syarikatnya, Transmile Air Service Sdn. Bhd.
Ia merekodkan lebihan kira-kira 30 peratus daripada perolehan disatukan bagi tahun berakhir Disember 2006, dan 35 peratus perolehan disatukan untuk tahun berakhir Disember 2005, untuk perkhidmatan yang tidak disediakan.
Selain hartanah, kilang dan perkakasan bernilai RM341 juta untuk tahun berakhir Disember 2006, yang juga tidak disahkan. – Bernama

Staf AirAsia India mati akibat lengan tersepit dalam 'Aerobridge'

NEW DELHI: Seorang kakitangan rakyat India yang bekerja dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berpangkalan di Hyderabad mati kerana terkejut selepas lengannya tersepit dalam 'aerobridge' (jejambat bertutup) pada pagi Ahad.
"Dalam insiden itu, lengan kanan Amritha Roy terperangkap dalam 'aerobridge' yang ditarik semula dari penerbangan Hyderabad-Kuala Lumpur selepas penumpang menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi," kata laporan media.
Mangsa yang berumur 24 tahun itu, seorang pegawai khidmat pelanggan dengan AirAsia, terus jatuh dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan tetapi mati beberapa minit kemudian.

"Insiden itu memang tidak dijangka dan sangat malang. Kami benar-benar dukacita atas kematiannya dan doa kita adalah bersama dengan keluarganya. "Sebuah jawatankuasa ditubuhkan sebaik kejadian yang terdiri daripada ketua pegawai operasi lapangan terbang New Delhi dan ketua pegawai keselamatan di lapangan terbang Hyderabad bagi menyiasat kejadian itu dan memastikan fakta kes yang lengkap," kata ketua pegawai eksekutif GMR Hyderabad International Airport Limited P Sripathy dalam satu kenyataan.

Roy, dari Kolkata, adalah anak tunggal dalam keluarga. Beliau dilaporkan menyertai syarikat itu Jun lalu.

Pihak berkuasa lapangan terbang dan polis sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.-Bernama

Bekas Presiden Bolivia dihukum penjara kerana memfitnah





2010/09/06

LA PAZ: Bekas Presiden Bolivia, Jorge Quiroga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan lapan bulan kerana memfitnah dan menghasut ke atas bank kerajaan, Banco Union, menurut peguam bagi bank itu, hari ini. 

Hukuman terhadap Quiroga dijatuhkan semalam, kata peguam Rene Arzabe kepada AFP.
Tuduhan itu dikenakan terhadap dakwaan Quiroga pada 2009 bahawa bank berkenaan terbabit dengan amalan rasuah dan telah 'diambil alih' oleh kerajaan.
Beliau juga menuduh bank berkenaan berhutang dengan dana Venezuela tetapi beliau gagal mengemukakan sebarang bukti. 

Sekiranya hukuman penjara berkenaan disahkan esok, Quiroga bagaimanapun akan bebas dengan bersyarat dan tidak perlu ditahan dipenjara. 

Namun sekiranya hakim memberikan hukuman sehingga tiga tahun dan sehari, 
Quiroga, yang berkhidmat sebagai Presiden Bolivia mulai 2001 hingga 2002, mungkin perlu ditahan di Penjara La Paz.
Arzabe berkata Banco Union akan merayu agar hukuman awal itu disemak semula untuk hukuman lebih berat. 

Selepas hukuman dijatuhi nanti, Quiroga tidak layak lagi untuk bertanding kerusi presiden kecuali dibenarkan oleh Senat Kebangsaan. - AFP 
jac/ao/ksh Bolivia-politics-bank

Peniaga mati terkena 11 tembakan






2010/09/06

BATU GAJAH: Seorang peniaga meninggal dunia selepas ditembak seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Taman Mewah di sini, awal pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad, berkata Vijayan a/l Krishan, 30, yang cedera parah di pinggang dan leher meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dalam kejadian jam 2.40 pagi tadi, Vijayan dikatakan ke rumah rakannya di Kampung Ara Payung di sini yang sebelum itu menganjurkan satu majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Najib berkata Vijayan yang hanya berada kira kira 30 minit di rumah berkenaan telah dihampir oleh seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol lalu melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa. 

Sebelas daripada tembakan itu mengenai pada bahagian pinggang hingga ke leher manakala satu das tersasar ke jalan raya, katanya. 

Suspek yang memakai topi keledar kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang ditunggang rakannya. 

Mayat Vijayan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Berikutan kejadian itu polis kemudian bertindak mengesan suspek dan sejam selepas kejadian polis menahan tujuh lelaki berusia 20 hingga 37 tahun di sekitar Batu Gajah. 

Semua lelaki berkenaan ditahan reman hari ini selama seminggu untuk siasatan lanjut. 

Sebuah motosikal turut dirampas bagi membantu siasatan manakala senjata yang digunakan tidak ditemui, katanya. 

Najib meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di nombor telefon 05-3662222 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Bekas guru hadapi 102 tuduhan eksploitasi, ancam amah




2010/09/06

KANGAR: Seorang bekas guru yang juga pengarah sebuah agensi pekerja asing, SI Setia Sejati Sdn Bhd (SI Setia Sejati) hari ini dihadapkan ke mahkamah atas 102 pertuduhan jenayah membabitkan tindakan mengeksploitasi amah warga Indonesia, termasuk 17 daripadanya membabitkan ancaman dan kekerasan. 

Semua 102 kesalahan itu dituduh dilakukan Lee In Chiew, 49, dalam satu kejadian di kediaman miliknya yang juga pejabat operasi SI Setia Sejati, di No 11 Jalan Bunga Cina, dekat Taman Perlis, di sini, pada jam 11.20 malam 24 Julai lalu.
Daripada 102 pertuduhan berkenaan, 24 dilakukan ke atas Lee yang turut dikenali dengan panggilan Cikgu Lee, manakala 39 lagi ke atas SI Setia Sejati. Sementara selebihnya 39 pertuduhan lagi dibuat terhadap Pengarah SI Setia Sejati yang turut merujuk kepada tertuduh.
Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Afzai Nizam Abdul Aziz mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (AAPO) 2007, membabitkan 85 mengikut Seksyen 12 dan 17 lagi mengikut Seksyen 13 akta berkenaan. 

Semua pertuduhan dibacakan secara berasingan dengan bantuan jurubahasa mahkamah, Joseph Nair, di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Jaisah, dalam satu prosiding khas yang berlangsung di Mahkamah Majistret, di sini. 

Berdasarkan peruntukan, Seksyen 12 AAPO 2007 membabitkan tindakan eksploitasi tenaga manusia dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda, manakala Seksyen 13 pula kerana tindakan mengeksploitasi dengan membabitkan ancaman dan kekerasan yang memperuntukkan penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda. 

Tertuduh yang hadir dengan ditemani isterinya, ketika semua pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya kelihatan tenang sebelum mengangguk faham. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dibuat. 
Afzai Nizam meminta mahkamah menetapkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan RM1.2 juta, termasuk dua penjamin tempatan selepas mengambil kira tahap keseriusan kes yang dihadapi tertuduh. 

Bagaimanapun, peguam tertuduh, K Kumarathiraviam, bangkit menyangkal dengan alasan nilai berkenaan terlalu tinggi, sebelum meminta mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 nilai jaminan bagi satu pertuduhan yang turut mengikat baki 101 pertuduhan lain. 

Monica selepas meneliti hujah kedua-dua pihak kemudian memutuskan wang jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM102,000 dengan dua penjamin. 

Beliau turut menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan kes. 

23 kematian hari kedua Ops Sikap



SHAH ALAM - Sebanyak 23 lagi kematian direkodkan pada hari kedua Ops Sikap ke-22, menjadikan jumlah keseluruhan, 33 kematian. 

Kemalangan maut juga meningkat dari sembilan kes kepada 29 kes keseluruhannya. 

Menurut kenyataan media Bukit Aman, penunggang motosikal masih menjadi penyumbang tertinggi kematian iaitu sebanyak 14 kematian diikuti, kereta sebanyak enam kematian, pacuan empat roda sebanyak dua kematian dan lori, satu kematian. 

Jalan persekutuan mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi dengan lapan kes diikuti Jalan Negeri sebanyak lima kes, Jalan Bandaran sebanyak empat kes, lebuh raya, dua kes dan di susuli jalan-jalan lain sebanyak satu kes. 

Jalan Bandaran pula mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 485 kes diikuti 398 kes di Jalan Persekutuan, 215 kes di Jalan Negeri, 133 kes di lebuh raya dan lain-lain jalan sebayak 91 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,322 kes. 

Sebanyak 8,522 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18,147.

Bapa angkat mayat anak ke hospital



KEMAMAN – Seorang penganggur terbunuh apabila motosikal yang ditunggang secara berlawanan arus terbabit dalam kemalangan di Kilometer 104 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, kelmarin, sekali gus menjadi kes kemalangan maut pertama di daerah ini sejak Ops Sikap ke-22 dilancarkan di negeri ini mulai Jumaat lalu. 

Manakala kes pertama di Marang membabitkan seorang warga emas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Alor Tuman, Marang, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa, Mat Rozil Husin, 32, dari Jalan Delima, Kampung Cacar Baru, Paka, Dungun yang menaiki motosikal secara berlawanan arus dipercayai cuba membelok ke kiri jalan sebelum bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. 

Bagaimanapun, pemandu dan tiga penumpang kereta berkenaan yang kesemuanya penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus, Dungun yang baru sahaja pulang daripada membeli persiapan hari raya di Mesra Mall, Kemasek tidak me-ngalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan kereta terbabit remuk teruk. 

Suasana di tempat keja-dian bertukar pilu apabila bapa, adik dan abang ipar mangsa tiba di tempat kejadian kira-kira sejam kemudian. 

Bapa mangsa, Husin Ibrahim, 61, yang masih trauma meluahkan dia tidak menyangka bahawa kejadian tersebut berlaku kepada keluarganya pada saat Muslimin dan Muslimat menghitung hari untuk menyambut hari lebaran. 

“Bagaimanapun, saya re-da dengan pemergian arwah,” katanya yang turut mengangkat jenazah mangsa untuk dibawa ke hospital. 

Adik mangsa, Mohd Rosmadi, 24, berkata, dia mengetahui kejadian berkenaan sejurus mendapat panggilan daripada kawannya yang kebetulan berada di tempat kejadian. 

“Kali terakhir saya berjumpa dan bercakap dengan abang sebelum saya keluar untuk ke tempat kerja awal pagi tadi. Namun saya tidak sangka itulah kali terakhir saya dapat bercakap dengannya,” katanya yang turut mengakui mangsa yang merupakan anak kelima daripada 11 beradik rapat dengan adik-beradik tidak menunjukkan sebarang tanda atau perla-kuan aneh sebelum ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian berikutan me-ngalami kecederaan parah pada kepala. 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan sudah dituntut keluarganya pada malam kejadian. 

Sementara itu dalam kejadian di Marang, hasrat seorang warga emas untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga dan cucunya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 24.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Alor Tuman, Marang, petang kelmarin. 

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, mangsa iaitu Omar Awang, 70, dari Kampung Gong Beris maut setelah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas henti-henti.

Tak sempat raya




RAWANG - Seorang anggota polis berpangkat konstabel sokongan antara yang maut kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap ke 22 yang bermula Jumaat lalu. 

Dengan masih beruniform lengkap, mangsa, Mohd Khairul Ridduwan A Majid, 22, maut di Kilometer 447.3 Lebuhraya Plus arah utara berhampiran susur ke Rawang Selatan pada jam 8.30 malam kemarin. 

Siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Tapah, Perak itu baru habis bertugas dan dalam perjalanan pulang ke kampung. 

Setiba di tempat kejadian, Mohd Khairul yang menungang motorsikal dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di laluan kecemasan akibat rosak. 

Tetapi belum sempat pemandu lori berkenaan turun untuk memeriksa kerosakan mangsa telah merempuh lori terbabit. 

Lori yang datang dari arah Port Klang menuju ke Tanjung Malim itu kemudiannya terus melarikan diri. 

Menurut Ketua Trafik Selangor, Supritenden Che Hussin Omar, Mohd Khairul yang parah di muka, disahkan meninggal dunia sebaik anggota perubatan dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi. 

“Sebaik kemalangan berlaku, lori terbabit terus berlalu meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun, sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan terlihat kemalangan ini segera mengejar lori terbabit sejauh kira-kira 250 meter sebelum menahan pemandu bagi membantu siasatan. 

“Mohd Khairul merupakan konstabel sokongan di Cawangan Latihan Bukit Aman. Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat,” katanya.

Pemilik bengkel jumpa mayat remaja dalam kereta



KEPONG – Seorang pemilik bengkel tayar terpaksa membatalkan hasratnya memulakan perniagaan setelah menemui mayat seorang remaja lelaki di dalam kereta, di hadapan premisnya di Bandar Manjalara, dekat sini, pagi semalam. 

Pemilik premis berusia lingkungan 50-an sebelum itu datang ke bengkelnya untuk membuka pintu kedai, kira-kira jam 9 pagi. 

Bagaimanapun, dia terlihat sebuah kereta Proton Wira berwarna merah hati diletakkan di hadapan premisnya. 

Dia terlihat seorang lelaki terbaring seakan-akan sedang tidur, namun setelah cermin kereta diketuk berkali-kali, lelaki itu tetap tidak terjaga. 

Sangsi dengan situasi itu, dia kemudiannya menghubungi polis. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, setibanya ditempat kejadian, polis menemui seorang lelaki terbaring kaku di tempat duduk pemandu. 

“Mayat lengkap berpakaian dan tangan memegang kunci pada suis kereta. 

“Tiada kecederaan pada mayat mangsa dan percaya mangsa maut akibat penyakit yang dialaminya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. 

Baliau berkata, mangsa dipercayai maut dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui. 

Katanya, siasatan lanjut mengesahkan mangsa dikenali, Lai Yi How, 20, berasal dari Tanjung Keramat, Kuala Selangor. 

“Mangsa tidak memiliki sebarang rekod jenayah dan kereta itu juga milik mangsa,” katanya.

Dua warga Thai terlepas hukuman mati




ALOR STAR - Seorang warga Thailand semalam terlepas hukuman mati manakala sepupunya dibebaskan daripada pertuduhan menyeludup dadah. 

Hakim Mahkamah Tinggi Alor Star, Datuk Zamani A Rahim mengarahkan pertuduhan ke atas Somsak Mamasainoo, 33, dipinda daripada Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana terdapat ‘andaian bertindih’ dalam pertuduhan itu. 

Zamani menyatakan, ‘andaian bertindih’ berlaku setelah mahkamah mendapati terdapat keterangan cukup kuat menyatakan ada ruangan istimewa yang dibuat di bahagian antara tempat duduk belakang kenderaan dengan tangki minyak dan ianya dibuat berdasarkan pertukangan seorang pakar. 

“Mahkamah turut mendapati tangki minyak diubah menjadi regang bagi membolehkan ruangan istimewa dibentuk di dalam kenderaan jenis Mercedez Benz yang dinaiki kedua-dua tertuduh. 

“Pada masa sama, mahkamah juga mendapati kenderaan yang dinaiki kedua-dua tertuduh bukan bawah pemilikan mereka,” katanya. 

Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman maksimum penjara seumur hidup dan minimum 10 sebatan sekiranya disabitkan kesalahan. 

Sepupu Somsak, Nuradeng Useng, 31, pula dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan setelah pihak pembelaan berjaya mengemukakan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Menurut fakta kes, pada 6 Mei 2007, kira-kira jam 5.40 petang di laluan masuk Lorong Pemeriksaan Kastam di Kompleks Pemeriksaan Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu, dengan niat bersama mengedarkan 65 ketul dadah berbahaya jenis kanabis seberat 60.4 kilogram yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pemandu teksi dari Narathiwat didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan kesalahan. 

Peguam Latifah Ariffin hadir membela Somsak manakala Nuradeng pula diwakili peguam bela, Ismael Al-Abas. 

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Azamuddin Abdul Aziz.

21 maut cuaca buruk landa Guatemala



GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan berterusan dan cuaca buruk yang melanda Guatemala.

Seramai 12 maut dan 12 lagi cedera dalam insiden tanah runtuh yang menimbus sebuah bas di lebuh raya berdekatan bandar Chimaltenango Tengah akibat hujan lebat, kelmarin.

Sementara itu, sekurang-kurang empat lagi penduduk maut di dalam sebuah rumah yang ditimbus tanah runtuh di barat Quetzaltenango, Jumaat lalu.

Presiden Guatemala, Alvaro Colom berkata, seramai 29,000 orang terjejas akibat bencana itu dan 24,000 lagi akan berhadapan dengan risiko sama disebabkan kerajaan kekurangan dana untuk menangani krisis itu.

Menurutnya, kerajaan terpaksa menghabiskan AS$350-500 juta (RM1 bilion hingga RM1.6 bilion) untuk memperbaiki kemusnahan akibat bencana buruk itu dan kejadian Taufan Frank yang melanda sebelum ini.

Ganja: Bekas jurulatih dipenjara, disebat



06/09/2010 6:24pm

SHAH ALAM – Seorang bekas jurulatih aktiviti luar dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja yang disorokkan di dalam sebuah tin biskut, September tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan tertuduh, Ahamad Kasoma, 42, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 14 September tahun lepas.
Tertuduh yang berasal dari Sarawak didakwa memiliki ganja seberat 389.26 gram di rumah nombor G-10, Riverdale Apartment Park, Jalan Mulia 1, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini, kira-kira pukul 6 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. – Bernama

Dadah: 3 pelajar warga Nigeria ditahan



06/09/2010 6:36pm

SHAH ALAM – Polis menahan enam orang termasuk tiga pelajar kolej swasta warga Nigeria dan merampas dadah jenis heroin bergred tinggi seberat 1.39 kilogram di asrama kolej itu di USJ Subang Jaya di sini Khamis lepas.
Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata, mereka ditahan di asrama itu oleh Unit Narkotik Bukit Aman pada kira-kira pukul 6 petang dan semasa pemeriksaan, polis turut menjumpai heroin di premis itu yang dipercayai dibawa dari luar negara dengan nilai pasarannya kira-kira RM80,000 sekilogram.
Mereka yang ditahan berumur antara 19 hingga 34 tahun.
Sementara itu, polis mematahkan dua cubaan membawa masuk dadah jenis ketamin dan syabu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lepas.
Dalam kejadian 10 pagi, polis menahan seorang lelaki warga India berusia 25 tahun dan semasa diperiksa, polis menemui 1.9kg dadah disyaki ketamin bernilai RM57,000 disorok dalam salah sebuah dua beg yang dibawanya.
Pada hari yang sama pukul 10.30 malam, polis menahan dua adik-beradik warga Bulgaria, seorang lelaki berumur 26 tahun dan perempuan 19 tahun, di KLIA dan merampas 4.6kg dadah dipercayai syabu dengan nilai pasaran RM1.1 juta, selepas mereka tiba dengan satu penerbangan dari Doha, Qatar.
Kesemua sembilan orang itu kini ditahan reman sehingga Rabu atau Khamis ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung mandatori, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Tertinggal kondom




SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika kondom terbabit masih di dalam farajnya?
MOHD
Pontian, Johor
KONDOM mudah ditarik keluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak.
Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.
Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya.
Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.
Sementara itu, usah bimbang, agak mustahil untuk kondom memasuki ke dalam rahim kerana pintu rahim sangat kecil.
Bagaimanapun, kegagalan fungsi kondom (melindungi zakar anda dari awal penetrasi sehingga anda mengeluarkannya dari faraj) menyebabkan isteri anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan.
Kondom terbabit mungkin tertanggal kerana zakar anda sudah kembali mengendur selepas ejakulasi (anda sepatutnya terus menarik zakar keluar sejurus selepas ejakulasi) atau kondom terbabit longgar.
Sumber : Harian Metro

Trauma buaya





2010/09/05

BATU BERENDAM: Penemuan seekor buaya betina yang dianggarkan sepanjang 2.4 meter berhampiran Sungai Putat, dekat sini, baru-baru ini, kini menimbulkan trauma kepada pekebun sayur dan penduduk di sekitar kawasan itu. 

Mereka percaya bilangan reptilia berkenaan di situ mungkin bukan seekor. Jadi mereka sepakat berharap pihak berkuasa terbabit dapat mengambil tindakan dengan memeriksa kawasan terbabit dengan segera.
Bagi pekebun dan penduduk yang ditemui di situ, selagi belum ada jaminan reptilia berkenaan tidak lagi menghuni kawasan terbabit, selagi itu perasaan bimbang akan terus ada. Bagi mereka, kes buaya menghuni kawasan tebing Sungai Putat perlu diselesaikan segera.

Adik pemimpin Abu Sayyaf maut ditembak polis

ZAMBOANGA: Pasukan komando polis bertempur dengan kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina menyebabkan seorang maut dan mencederakan beberapa yang lain, semalam.
Anggota Pasukan Tindakan Khas melancarkan serangan di kampung terpencil di Pulau Jolo selepas pasukan perisik melaporkan lokasi kegiatan kumpulan itu, kata Ketua Polis, Superintendan Kanan Joseph Ramac. “Pasukan Komando Tindakan Khas menyerang kumpulan Abu Sayyaf di desa Lapa menyebabkan seorang anggotanya, Gafur Jumdail terbunuh, manakala beberapa anggota yang tercedera dapat meloloskan diri,” kata Ramac.
Anggota yang terbunuh itu adalah adik kepada Abu Jumdail, salah seorang pemimpin kanan Abu Sayyaf. Kerajaan Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM320,000) kepada penyaluran maklumat yang membawa kepada penangkapan Abu Jumdail.

Anggota Abu Sayyaf di bawah pimpinan Abu Jumdail dipercayai bertanggungjawab di atas penculikan seorang kru televisyen pada 2008 yang kemudian dibebaskan selepas wang tebusan dibayar. Kumpulan itu juga dipersalahkan atas serangan hendap terhadap konvoi polis hingga menyebabkan kematian ketua polis dan beberapa yang lain pada tahun lalu. Abu Sayyaf adalah serpihan kumpulan militan Islam yang bertanggungjawab terhadap beberapa siri keganasan di Filipina termasuklah tragedi pengeboman feri yang mengorbankan 100 orang di Teluk Manila pada 2004. - AFP

Rooney langgan pelacur: Akhbar

LONDON: Wayne Rooney berpeleseran dengan seorang pelacur yang bernilai £1,200 (RM6,000) satu sesi ketika isterinya, Coleen hamil.


COLEEN...isteri Rooney (gambar kiri). Jenny, pekerja seks.
COLEEN...isteri Rooney (gambar kiri). Jenny, pekerja seks.

ROONEY.
ROONEY.
Penyerang England dan Manchester United itu didakwa meniduri Jenny Thompson, 21, tujuh kali dalam masa empat bulan. Jenny, dalam pengakuannya kepada akhbar News of The World berkata: “Rooney menggoda saya dengan mesej pesanan ringkas dan membayar wang yang banyak.
Bintang England itu merayu Jenny dan seorang rakannya untuk melayani nafsu seksnya serentak. Dia kemudian melanggani pelacur itu berulang kali sementara Coleen menunggu saat untuk melahirkan anak mereka, Kai.

“Rooney begitu terhibur dengan setiap pertemuan kami dan dia tidak kisah apa yang dilakukannya di belakang Coleen.

“Saya berpendapat dia percaya dirinya melebihi segala-galanya. Selaku wanita, saya tidak suka apa yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika saya hamil,” kata Jenny.

Dalam temuramah yang akan memusnahkan imej Rooney sebagai suami yang baik hingga membolehkan pasangan selebriti itu meraih berjuta-juta dolar, Jenny mendedahkan apa yang dilakukan bintang Manchester United itu, termasuk menidurinya di sebuah hotel lima bintang yang menjadi kegemaran selebriti dan anggota pasukan Manchester United yang lain.

Jenny berkata, Rooney turut mengajaknya pulang ke rumahnya untuk mengadakan seks ketika ketiadaan Coleen. Jenny juga memberitahu bagaimana dia mula menemui Rooney, 24 Jun tahun lalu di Kasino 235 Manchester ketika pemain itu minum bersama anggota keluarganya dan rakan sepasukan, Rio Ferdinand. “Saya berada di bar bahagian VIP bersama seorang lagi wanita dan mereka memanggil kami untuk berbual.

“Kemudian kami menghisap rokok di tandas bersama Rooney dan adiknya dan kami bertukar-tukar nombor telefon. “Ketika itu, Wayne tidak tahu pekerjaan saya sebenar.

“Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyerlahkan hasratnya. “Dia suruh saya menunggunya di satu sudut dan kemudian kami berkucupan selama tiga atau empat minit.” Pertemuan itu disusuli dengan satu lagi pertemuan seminggu kemudian di hotel lima bintang, Lowry, tempat Rooney melepaskan nafsu seksnya terhadap Jenny dan seorang lagi rakan pelacur itu. - Agensi

Israel bom 3 terowong

SEMENANJUNG GAZA: Pesawat pejuang Israel mengebom tiga terowong di Gaza menyebabkan dua warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera, kata sumber rasmi Hamas, semalam.
Dua lagi rakyat Palestin hilang ekoran serangan udara tentera Israel itu. Menurut sumber itu, kelima-lima mangsa adalah penyeludup yang giat menyeludup barangan di terowong berkenaan berhampiran sempadan Mesir-Gaza. Tentera Israel berkata, pesawat pejuang mereka menyerang dua terowong yang sering dijadikan laluan untuk kegiatan penyeludupan, manakala terowong ketiga pula digunakan kumpulan militan Palestin untuk menyusup ke Israel. Serangan itu juga sebagai membalas serangan Hamas terhadap Israel di Tebing Barat minggu lalu yang mengakibatkan empat penduduk maut dan dua lagi cedera.
Insiden serangan yang terhenti hampir dua tahun tercetus kembali apabila Israel dan Palestin cuba mencapai kesepakatan dalam rundingan damai di Washington, baru-baru ini. Israel sering membalas serangan dengan mengebom terowong kegiatan penyeludupan. Serangan kali ini juga sebagai membalas pelancar roket daripada kumpulan militan Sabtu lalu. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhasrat untuk mencapai persetujuan dalam rundingan damai diadakan. Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengadakan pertemuan susulan di Mesir minggu depan. - AP

Gesa segera solat berjemaah

SEGAMAT: “Sebaik selesai azan Zuhur, dia (Md Sukor Md Dalip, 47,) tanpa berlengah mengambil wuduk. Dia sempat menyuruh semua jemaah Surau Felda Moakil segera berwuduk supaya dapat menunaikan solat Zuhur secepat mungkin,” kata Suwandi Chokro, 58, jiran kepada empat beranak yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori, semalam.


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.





MD SUKOR




MD SUKOR
Dalam kejadian di Kilometer 150 Jalan Segamat-Labis, dekat sini, Proton Iswara dipandu Md Sukor bertembung treler ketika mangsa bersama tiga ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Moakil, dekat Labis, kira-kira 2.30 petang semalam.

Pertembungan kedua-dua kenderaan terbabit menyebabkan kereta dinaiki empat beranak berkenaan terperosok di bawah treler sebelum diheret kira-kira 50 meter hingga ke bahu jalan.

Kejadian mengerikan itu membuatkan empat sekeluarga itu tersepit dalam kenderaan dan mati di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera.

Selain Md Sukor, turut terbunuh ialah isterinya, Zaiton Mohd Rasip, 54, serta dua anak mereka, Mohamad Syafiq, 16, dan Mohamad Syazwan, 15.

Menceritakan semula detik sebelum kejadian, Suwandi berkata, jirannya itu kelihatan gembira dan beria-ia mahu menunaikan solat Zuhur berjemaah.
“Sebaik selesai azan, mangsa menyuruh semua jemaah segera berwuduk supaya menunaikan solat secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suwandi berkata, sebaik selesai menunaikan solat, mangsa tergesa-gesa meninggalkan surau dan hanya sempat bersalaman dengan beberapa jemaah.
Namun, kami meneruskan ibadah masing-masing sambil berharap dapat menemuinya semula pada solat Tarawih pada sebelah malamnya.

“Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan kejadian ini. Seorang rakan memaklumkan kenderaan dipandu mangsa terbabit kemalangan,” katanya.

Suwandi berkata, selama beberapa hari ini, dua anak mangsa yang berusia 15 dan 16 kelihatan begitu mesra kerana setiap kali berjumpa mereka tanpa segan silu memeluk jiran sebagai tanda memohon kemaafan sempena ketibaan Aidilfitri.

Difahamkan, kedua-dua mangsa meninggalkan tiga lagi anak, masing-masing bekerja di daerah ini dan Johor Bahru.

Anak syak ibu dikurung

KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.
“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.

“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya.

Israel bom 3 terowong

SEMENANJUNG GAZA: Pesawat pejuang Israel mengebom tiga terowong di Gaza menyebabkan dua warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera, kata sumber rasmi Hamas, semalam.
Dua lagi rakyat Palestin hilang ekoran serangan udara tentera Israel itu. Menurut sumber itu, kelima-lima mangsa adalah penyeludup yang giat menyeludup barangan di terowong berkenaan berhampiran sempadan Mesir-Gaza. Tentera Israel berkata, pesawat pejuang mereka menyerang dua terowong yang sering dijadikan laluan untuk kegiatan penyeludupan, manakala terowong ketiga pula digunakan kumpulan militan Palestin untuk menyusup ke Israel. Serangan itu juga sebagai membalas serangan Hamas terhadap Israel di Tebing Barat minggu lalu yang mengakibatkan empat penduduk maut dan dua lagi cedera.
Insiden serangan yang terhenti hampir dua tahun tercetus kembali apabila Israel dan Palestin cuba mencapai kesepakatan dalam rundingan damai di Washington, baru-baru ini. Israel sering membalas serangan dengan mengebom terowong kegiatan penyeludupan. Serangan kali ini juga sebagai membalas pelancar roket daripada kumpulan militan Sabtu lalu. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhasrat untuk mencapai persetujuan dalam rundingan damai diadakan. Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengadakan pertemuan susulan di Mesir minggu depan. - AP

Mati ditikam teman lelaki kekasih

MANILA: Seorang lelaki Britain yang berkunjung ke Filipina untuk melamar seorang wanita yang dikenalinya menerusi Internet ditikam hingga mati oleh kekasih wanita berkenaan.
Wanita terbabit, Nanqueen Romero, 31 turut cedera dalam serangan itu yang dilakukan oleh kekasihnya, warga Filipina, kata polis.
John Lorne McDonald menganjurkan parti di kediaman Nanqueen dan melamarnya. Bagaimanapun, polis berkata, tidak dipastikan sama ada Nanqueen ada menceritakan kepada McDonald mengenai teman lelakinya, Anselmo Locastales, yang muncul di majlis itu dan menyerang pasangan terbabit.

Locastales melarikan diri selepas serangan itu dan sehingga ini masih belum ditangkap.

Kedutaan Britain tidak dapat dihubungi semalam dan tidak ada butir peribadi mengenai McDonald diperoleh.

Wanita miskin di Filipina sering menggunakan laman temu jodoh untuk mencari suami warga asing dengan harapan dapat menjalani kehidupan lebih baik. - AFP

Kereta bertembung treler

SEGAMAT: Keriangan empat beranak yang baru pulang membeli-belah persiapan hari raya di bandar ini berakhir kedukaan apabila mereka terkorban selepas kereta dinaiki bertembung sebuah treler di Kilometer 150 Jalan Segamat-Labis kira-kira jam 2.30 petang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata empat sekeluarga itu yang baru pulang daripada membeli-belah di Pekan Labis, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati Proton Iswara Aeroback dipandu mangsa cuba memotong sebuah kenderaan, namun tidak berjaya. Akibatnya, kereta mangsa bertembung treler yang datang dari Labis seterusnya mengakibatkan dua kenderaan terbabit berlanggar secara berhadapan,” katanya. Abdul Majid berkata, pertembungan itu membuatkan kereta dipandu mangsa, Md Sukor Md Dalib, 47, tersepit di hadapan treler itu manakala orang awam di tempat kejadian gagal membantu keempat-empat mangsa berikutan terlalu parah serta tersepit di tempat duduk masing-masing.

26 pelancong China cedera

KUALA LUMPUR: Satu daripada tiga bas persiaran yang membawa kira-kira 100 pelancong warga China terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 17.4, Jalan Genting Highlands, awal pagi semalam mengakibatkan 26 orang cedera.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penumpang yang cedera termasuk pemandu bas dan seorang pemandu pelancong dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Ketua Polis Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata ketika kejadian kebanyakan penumpang bas seramai 42 orang itu tidur nyenyak.

Curi balak ketika Tarawih

RAUB: Taktik licik menebang dan memindahkan kayu balak dalam masa tiga hingga lima jam ketika umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih dikesan digunakan satu sindiket yang melakukan aktiviti haram itu di daerah ini.


BUKTI...Zulfakar menunjukkan kayu cengal yang dicuri di kawasan Hutan Simpan Kelau, Raub, kelmarin.
BUKTI...Zulfakar menunjukkan kayu cengal yang dicuri di kawasan Hutan Simpan Kelau, Raub, kelmarin.

Bagaimanapun, helah itu dihidu anggota Unit Penguat Kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang menahan tiga lelaki dan merampas dua lori enam tan serta masing-masing sebuah pacuan empat roda dan jengkaut dalam dua kes cubaan memindahkan kayu jenis cengal bernilai kira-kira RM38,000 di sini, malam kelmarin.

Seorang lelaki yang ditahan dikenal pasti sebagai penduduk tempatan dan disenaraikan sebagai aktif melakukan kegiatan memindahkan kayu tanpa permit di beberapa kawasan hutan di daerah ini.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Zulfakar Ali, berkata dalam kes pertama, usaha pemandu lori, jengkaut dan pacuan empat roda terbabit melarikan diri di kawasan Hutan Simpan Batu Talam, di sini, gagal apabila mereka diberkas sembilan anggota Unit Penguat Kuasa JPNP.

Katanya, selepas mendapat aduan, pihaknya membuat serbuan di kawasan Hutan Simpan Batu Talam kira-kira jam 11 malam dengan dibantu dua anggota polis dari Balai Polis Cheroh, di sini.

“Pemeriksaan dilakukan di dalam lori yang bertutup mendapati ada tiga kayu cengal seberat lima tan metrik bernilai RM25,000 yang cuba dipindahkan tanpa permit dan dipercayai untuk dihantar ke Selangor.
“Usaha menahan anggota sindiket terbabit yang berusia 30-an hingga 40-an pada mulanya berdepan kesukaran, namun mereka diberkas beberapa minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati sindiket terbabit menebang tiga pokok cengal di kawasan hutan simpan itu dan mereka melakukan kegiatan berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima jam ketika umat Islam menunai solat sunat Tarawih,” katanya.
Katanya, sindiket terbabit dipercayai mempunyai pengalaman melakukan aktiviti menebang dan membawa keluar kayu balak tanpa permit terutama di Raub, Lipis serta Jerantut dan tumpuan mereka membabitkan balak berkualiti tinggi seperti cengal, meranti, merbau serta balau.

Katanya, tiga lelaki terbabit kini direman sebelum didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Zulfakar berkata, dalam kes kedua, pihaknya menahan sebuah lori bersama enam kayu cengal bergergaji pelbagai saiz selepas usaha mereka yang melarikan diri gagal apabila tayar kenderaan dinaiki terbenam dalam lumpur di kawasan Hutan Simpan Kelau, dekat sini.

Katanya, siasatan mendapati sindiket terbabit cuba membawa keluar lebih lapan tan metrik kayu cengal bergergaji bernilai RM13,000 secara berperingkat, namun kegiatan haram itu disekat.

“Kami gagal menahan individu yang terbabit dalam kes ini apabila mereka berjaya melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari kehadiran anggota unit penguat kuasa,” katanya.

Korban dendam

AMPANG: Kematian seorang pelayan kelab malam di hadapan rumahnya di Pangsapuri Pandan Vill, Pandan Perdana, di sini, malam kelmarin berkemungkinan angkara dendam.
Mangsa, Chia Siok Heng, 32, ditemui mati dalam keadaan terbujur dan berlumuran darah dipercayai ditetak lapan kali di dada, leher dan tangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.55 malam itu, mangsa bersama teman serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba didatangi dua lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata selepas mendengar ketukan pintu dari luar rumahnya itu, mangsa keluar untuk membuka pintu berkenaan.

“Apabila mangsa tiba di pintu rumahnya, seorang suspek mengugut mangsa dengan sebilah parang supaya membuka pintu. Mangsa yang ketakutan membuka kunci pintu jeriji sebelum keluar bertemu lelaki terbabit. “Rakan mangsa yang mendengar bunyi bising di hadapan rumahnya cuba pergi ke arah mangsa, namun terkejut apabila melihat kehadiran suspek yang memegang parang. Seorang suspek mengarahkan rakan mangsa itu mendiamkan diri,” katanya.

Kehilangan Sosilawati timbul misteri


SOSILAWATI Lawiya bergambar bersama keluarganya di hadapan rumahnya di Gombak baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.
Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.
Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.
Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.
"Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.
"Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.
Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.
Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.
"Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.
"Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.
Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.
Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.
Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.
Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami.
Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.
Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.
Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.
"Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,'' katanya menerusi SMS di sini hari ini.
Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.
"Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,'' jelasnya lagi.

Kedai barang lusuh musnah terbakar



ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kedai barang lusuh di Rahang Kecil, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 5 Sept. - Sebuah premis barangan lusuh musnah dalam kebakaran di Jalan Tok Ungku, Rahang Kecil di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu sebuah rumah dua tingkat milik pemilik kedai itu turut terbakar.
Ketua Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jaafar Yusof berkata, pihak bomba tiba ke tempat kejadian dua minit kemudian setelah menerima panggilan awam kira-kira pukul 8.35 malam.
Katanya, ketika tiba, api sudah marak dan memusnahkan hampir 80 peratus bangunan tersebut.
"Api merebak begitu cepat dalam bangunan dan kebakaran ini dipercayai bermula dari dalam kedai terbabit.
"Bomba berjaya mengawal keadaan kira-kira 15 minit sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tambah beliau, seramai 28 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2 bergegas ke tempat ke untuk memadam kebakaran.
"Anggaran kerugian kemusnahan kedai terbabit kira-kira RM1.8 juta. Bagaimanapun kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Difahamkan ketika kejadian berlaku pemilik kedai berusia 70-an itu keluar makan bersama ahli keluarga di sekitar bandar di sini.

Lelaki ditemui tergantung di tangga


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Seorang buruh ditemui mati tergantung di tangga tingkat 16, sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jinjang Utara, di sini hari ini.
Mayat Jefri Abdul Razak, 23, ditemui oleh penghuni di tingkat itu yang terkejut melihat sepasang kaki terjuntai, kira-kira pukul 7 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, saksi kemudian memaklumkan kepada ketua blok berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis.
"Mayat mangsa ketika ditemui terjerut dengan kain bendera. Sehingga kini kami mengklasifikasikan ia sebagai kematian mengejut.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang dan kami akan menunggu laporan bedah siasat jika ada unsur jenayah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, ketua blok terbabit, Hussin Chik, 50-an berkata, dia tidak menyangka mangsa adalah anak salah seorang penduduk kawasan tersebut.
"Pada mulanya saya ingat mangsa adalah warga asing kerana tingkat tersebut tidak ramai penghuni.
"Namun selepas menemui kad pengenalan barulah saya mengetahui identitinya," ujarnya.
Beliau berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sepanjang dia menjadi ketua blok di kawasan tersebut.

Kerani dihukum mati minta ampun



ZAKARIA dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam selepas dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah.


ALOR SETAR - Suasana di Mahkamah Tinggi di sini semalam hiba apabila Zakaria Ahmad, 32, yang dijatuhi hukuman mati bergegas ke arah ibunya dan meminta ampun kerana didapati bersalah mengedar dadah kanabis seberat 2207.1 gram di Sungai Petani empat tahun lalu.
Zakaria yang merupakan kerani di sebuah syarikat swasta di Sungai Petani dilihat menangis sebaik mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abd.Wahab.
Selepas mahkamah bersurai, Zakaria terus menerpa ke arah ibunya dan memohon ampun sambil menangis di riba ibunya yang turut tersedu-sedu menahan tangisan.
"Mak saya minta ampun," minta Zakaria sambil terus menangis di pangkuan ibunya itu.
Mohd. Zaki menjatuhkan hukuman mati terhadap Zakaria selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.
"Saya berpuas hati bahawa tertuduh mempunyai pemilikan dadah yang dijumpai dalam kereta dipandu tertuduh.
"Saya mengambil kira keadaan semasa tertuduh ditangkap iaitu dadah tersebut dijumpai di dalam kereta milik tertuduh yang ditangkap pada awal pagi," kata beliau.

Kereta bertembung treler, 4 maut



Keadaan kereta dan treler yang berlanggar dan mengorbankan empat sekeluarga di Sungai Karas, Labis, Segamat semalam.


SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.
Dalam tragedi pada pukul 3 petang itu, mereka yang terkorban ialah Md. Shukor Md. Dalib, 47, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Syazwan, 16, dan Mohd. Syafiq, 15.
Pemandu treler itu pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta yang dipandu Shukor dalam perjalanan pulang dari bandar Segamat menuju ke rumah mereka di Felda Maokil 1 di sini.
"Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa dirempuh treler itu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dan remuk teruk," kata beliau.
Menurut beliau, akibat rempuhan itu kesemua mangsa keluarga peneroka itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Abdul Majid berkata kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat.

Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta



INILAH kediaman mewah Sosilawati di Gombak yang hilang tanpa berita sejak enam hari lalu.


KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.
Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.
Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.
Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.
Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.
Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

Iklan raya TV3 ditarik balik



BABAK kanak-kanak menaiki beca terbang turut diselitkan pada iklan Aidilfitri yang ditarik balik TV3 serta-merta berkuat kuasa semalam.


KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.

Pengemis auta bazar Ramadan



SEORANG pengemis memangku bayi untuk meraih simpati orang ramai di bazar Ramadan Damansara Damai, Petaling Jaya.


KUALA LUMPUR - Kawasan pasar malam, bazar Ramadan serta masjid di Lembah Klang kini menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis asing untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sedang menjalani ibadat puasa.
Dengan 'bermodalkan' anak-anak kecil serta berlakon kononnya mengalami kecacatan yang serius, para pengemis terbabit akan duduk di tepi-tepi lorong menadah tangan supaya dikasihani.
Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan sejak awal Ramadan lalu mendapati, terdapat antara tiga hingga tujuh orang pengemis bukan warga tempatan meminta sedekah di hampir setiap pasar malam atau bazar Ramadan.
Antara faktor yang mendorong kebanjiran pengemis asing berkenaan ialah sikap murah hati rakyat tempatan yang suka menderma sehingga menarik mereka untuk menjadikan kawasan tempat mereka mengemis.
Menariknya, kebanyakan pengemis asing yang dipercayai berasal dari Myanmar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan China itu mampu meraih pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari.
Hasil pemerhatian mendapati, pengemis tersebut dipercayai dikuasai oleh satu sindiket dipercayai warga tempatan yang bertindak menghantar mereka ke lokasi yang mempunyai ramai orang dengan menggunakan van atau kereta.
Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Damansara Damai, Taman Tun Dr. Ismail, Sentul, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Bangsar dan Taman Sri Sentosa.