SANDRA Bullock sudah mengesahkan dia tidak akan kembali kepada bekas suaminya, Jesse James selepas mereka bercerai Mac lalu kerana kecura ngan James.
BERSAMA anak angkatnya, Louis.
WAKTU BAHAGIA Sandra dan James.
Meskipun ada laporan mendakwa Sandra, 46, dan James, 41, sering berhubung dan bertemu, sumber berkata, mereka berbuat demikian semata-mata kerana Sandra mahu menghabiskan le bih banyak masa dengan anak James yang dibesarkannya seperti anak sendiri sejak lima tahun lalu.
“Sandra melakukannya semata-mata kerana Sunny dan Chandler, anak James dengan isteri pertamanya. Dia belum bersedia berpisah de ngan anak-anak James. Dia mahu mereka hidup bersamanya dan ingin menghabiskan masa ber terusan bersama mereka. Sandra sudah bertekad tidak akan menerima James kembali meskipun lelaki itu memohon maaf secara terbuka.
“Aktres itu cekal de ngan keputusannya untuk menjadi ibu tunggal,” kata satu sumber.
Ia termasuk membesarkan anak angkatnya, Louis Bardo bersendirian.
“Sandra tidak berdepan dengan masalah untuk meneruskan ranca ngan itu dan setakat ini, dia berpuas hati dengan apa yang dilaluinya. Dia sibuk dengan Louis, karier dan rakan-rakannya,” kata sumber itu lagi.
Bagaimanapun, James dijangka akan sentiasa ada berdekatan dengannya. Sandra bersetuju hasrat James untuk membeli rumah sendiri berhampiran rumahnya di Austin, Texas supaya boleh menjaga anaknya bersama.
“Mereka menjual rumah mereka di Los Angeles. Dalam pada itu, James mengekalkan sebuah lagi rumah miliknya di bandar berkenaan. Sandra akan membahagikan masanya antara Texas dan New Orleans sementara James membahagikan masanya antara Los Angeles dengan Texas,” kata seorang rakan mereka.
Dalam pada itu, Sandra sudah menyelesaikan semua proses menjadikan Louis anak angkatnya.
Seorang hakim di New Orleans menandatangani dokumen berkaitan minggu lalu selepas mende ngar hujah pelbagai pihak. Bintang The Blind Side itu bersama beberapa anggota keluarga dan rakannya turut hadir. Sandra begitu gembira. Dia amat menyayangi kanak-kanak itu,” kata seorang rakan kepada majalah People.
Sementara itu, Sandra yang baru-baru ini dinobatkan oleh majalah Forbes sebagai aktres berpendapatan paling lumayan, dilapor berang dengan Levi Johnston, bekas tunang Bristol Palin ketika majlis Anugerah Pilihan Remaja baru-baru ini hingga didakwa mengarahkan pemuda itu menjauhi dirinya.
Menurut laporan, Johnston yang hadir bersama penyanyi Brittani Sen ser berulang kali cuba mendekati Sandra.
Satu sumber di majlis berkenaan berkata: “Sepan jang majlis itu Johnston cuba mendekatkan diri dengan aktres itu. Dia begitu terdesak inginkan gambarnya dirakam bersama Sandra dengan harapan ia akan tersiar di muka depan mana-mana majalah atau sekurang-kurangnya dapat bertemu secara peribadi dengannya dan memberi aktres itu nombor telefonnya. “Tetapi Sandra tidak berminat dan memberitahu semua orang, ‘Jauhkan dia daripada saya.’” Sumber itu juga berkata, selepas menyedari Sandra tidak senang dengan kehadirannya, Johnston cuba mengurat tiga selebriti wanita lain. Malangya, mereka juga enggan bergambar dengannya.