Search This Blog

Sunday, August 22, 2010

Loji nuklear pertama Iran dilancar


IMEJ yang diambil daripada stesen televisyen berbahasa Arab milik kerajaan Iran, Al-Alam TV merakamkan majlis pelancaran loji tenaga nuklear pertama Iran di Bushehr, semalam. - AFP


BUSHEHR 21 Ogos - Iran hari ini mula menghantar bahan bakar ke loji nuklear pertamanya di Bushehr, di selatan Teheran, yang menimbulkan kontroversi.
Selepas beberapa dekad tertangguh, jurutera-jurutera akhirnya memindahkan bekalan bahan bakar dari Rusia ke loji di selatan bandar pelabuhan, Beshehr dengan disaksikan pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Jurucakap Organisasi Atom Iran, Ali Shirzadian semalam berkata, loji nuklear bernilai AS$1 bilion (RM3.1 bilion) itu akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober atau November ini apabila ia dihubungkan dengan rangkaian bekalan tenaga elektrik.
Sementara itu, Ketua Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi berkata, Teheran akan terus mengayakan uranium untuk dijadikan bahan bakar untuk loji Bushehr kerana negara ini tidak akan berterusan membelinya dari Rusia.
"Loji Bushehr mempunyai jangka hayat selama 60 tahun dan kami merancang untuk menggunakannya selama 40 tahun, kata Ali yang dipetik oleh agensi berita IRNA.
Rabu lalu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, loji Busherh itu bertujuan memastikan Iran menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan. - AFP

Sungai Indus melimpah, 150,000 lagi dipindah


MANGSA banjir di khemah perlindungan mangsa banjir di pangkalan tentera udara Pakistan di Sukkur berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan makanan yang agih-agihkan. - AFP


SUKKUR, Pakistan 21 Ogos - Kira-kira 150,000 lagi penduduk Pakistan terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi apabila berpuluh-puluh pekan dan perkampungan di selatan negara ini tenggelam akibat tebing Sungai Indus pecah, hari ini.
"Kami telah memindahkan lebih 150,000 penduduk dari beberapa kawasan pedalaman di Sindh dalam tempoh 24 jam lalu," kata jurucakap kerajaan wilayah, Jamil Soomro.
Banjir turut melanda kawasan-kawasan baru di daerah Thatta di wilayah Sindh. Di kawasan Sukkur pula, pihak berkuasa menyediakan 126 kem sebagai pusat perlindungan untuk mangsa banjir, kata Soomro.
Seramai 600,000 penduduk sudah berada di kem-kem perlindungan yang didirikan di wilayah Sindh sejak banjir melanda sebulan lalu.
Pakistan dilanda banjir teruk mengakibatkan satu per lima daripada wilayahnya ditenggelami air. Sekurang-kurangnya enam juta penduduk kehilangan rumah manakala 20 juta penduduk lagi terjejas teruk.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merayu bantuan kecemasan sebayak AS$460 juta (RM1.4bilion), manakala Amerika Syarikat menjanjikan bantuan sebanyak AS$150 juta (RM471juta).
Bahkan Pakistan berkata, pihaknya akan turut menerima bantuan daripada 'musuh'nya, India berjumlah AS$5 juta (RM15.7juta).
Pihak berkuasa menjangka banjir akan surut dalam tempoh beberapa hari lagi apabila air sungai mengalir ke Laut Arab.
Sementara di China, tiga orang dilaporkan hilang dan lebih 50,000 lagi dipindahkan di timur laut China hari ini apabila banjir melanda sepanjang sungai Yalu, kawasan bersempadan dengan Korea Utara.
Kira-kira 230 kediaman di bandar Dandong runtuh dan perkhidmatan pengangkutan, bekalan elektrik serta komunikasi terputus.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, menurut agensi berita Xinhua.
Xinhua bagaimanapun melaporkan, beberapa jalan raya ditenggelami air di sepanjang sungai itu dan kediaman-kediaman di Dandong dinaiki air sehingga paras lutut.
Pekerja-pekerja bergegas membina benteng pasir di sepanjang sungai Yalu dengan hujan lebat dijangka terus turun sepanjang hari ini, lapor akhbar itu. - AP/AFP

150,000 lagi mangsa banjir Pakistan dipindahkan

SUKKUR: Kira-kira 150,000 warga Pakistan terpaksa dipindahkan ke tempat lebih tinggi apabila air dari Sungai Indus menenggelamkan berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di selatan Pakistan, semalam.
Pegawai kerajaan berkata, banjir hanya dijangka surut di seluruh negara beberapa hari lagi selepas lebih banyak air disalurkan sungai ke Laut Arab.
Ketika ini kira-kira 600,000 orang masih berlindung di khmah sementara di wilayah Sindh sejak bencana itu melanda bulan lalu.

Jurucakap kerajaan tempatan, Jamil Soomro, berkata dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 150,000 mangsa banjir dipindahkan ke tempat selamat.

Bagaimanapun, kebanyakan mangsa mendakwa mereka kekurangan makanan disebabkan keadaan pusat itu kurang terkawal. Kata mereka, bagi wanita keadaan lebih sukar kerana terpaksa berebut-rebut dengan lelaki untuk mendapat makanan. - AP

Ibu pitam lihat kubur anak sebelah abang

PARIS: Seorang wanita warga emas yang kesedihan selepas mengiringi mayat abangnya untuk ditanam di kubur, terkejut apabila mendapati anak lelakinya dikebumikan di sebelah liang lahad berkenaan.
Keluarga itu baru saja bergerak pulang selepas urusan selesai apabila ternampak satu kubur baru di sebelah yang dikhaskan untuk orang miskin ditanda dengan nama dan tarikh lahir anak wanita terbabit.
Jurucakap keluarga itu berkata, sejurus kemudian seorang orang terkejut dan menjerit.

Katanya, wanita itu, Josiane Vermeersch, pitam kerana terlalu terperanjat dan tidak menyangka anaknya itu, Olivier, 42, meninggal dunia pada 5 Julai lalu akibat penyakit.

Kejadian berlaku di kawasan perkuburan berhampiran Lille, kelmarin dan dilaporkan media, semalam.

Menurut Josiane, dia menghubungi anaknya beberapa hari lalu untuk memaklumkan kematian abangnya (bapa saudara Olivier) tetapi gagal.

“Nampaknya ada pihak yang tidak menjalankan tugas dan saya mahukan penjelasan,” katanya.

Undang-undang Perancis mewajibkan mayat dikebumikan selewat-lewatnya enam hari selepas kematian disahkan. - Reuters

Pondan tak peduli

KUALA LUMPUR: Tak kenal dosa. Itu perbuatan sebilangan pondan beragama Islam yang berpeleseran menjaja maruah mereka di Lorong Haji Taib, Chow Kit, yang sangat mengaibkan.
Daripada tinjauan Metro Ahad semalam, golongan ini seolah-olah tidak menghormati langsung Ramadan dan sanggup meneruskan aktiviti pelacuran meskipun pada siang hari dalam keadaan orang ramai yang sesak di kawasan berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kegiatan itu aktif selepas jam 11 pagi. Difahamkan, ia berlanjutan hingga larut malam dan mereka hanya menghentikan operasi seketika pada waktu berbuka puasa antara jam 7 hingga 8 malam.

Kehadiran mereka dengan mudah dilihat di antara Lorong Haji Taib 1 dan 2 dan akan cuba menggoda lelaki yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit untuk mendapatkan pelanggan.

Melalui penyamaran, seorang pondan yang hanya mahu dikenali sebagai Bella cuba menawarkan khidmat seks, termasuk melakukan seks oral sebanyak RM50.

“Tak payah nak malu-malu, jomlah. Sini line clear (selamat),” katanya kepada wartawan Metro Ahad.

Beberapa pondan yang ditemui turut menawarkan harga yang sama untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu, bahkan ada yang menawarkan harga serendah RM30.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 51, berkata dia naik muak dengan perbuatan jijik pondan yang menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan sejak 10 tahun berniaga di kawasan terbabit.

“Lihatlah apa yang mereka lakukan, di bulan puasa begini pun mereka masih aktif melakukan aktiviti menjijikkan. Yang menyedihkan, tiada pantauan tegas dilakukan terhadap mereka.

“Jika ada pun, hanya bermusim. Sepanjang Ramadan perkara begini sepatutnya tidak berlaku, perlu ada tindakan tegas untuk menanganinya,” katanya.

Bagi Adisman Dahlan, 48, pihak berkuasa sepatutnya peka dengan gejala tidak bermoral itu daripada berleluasa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan.
“Cukup sedih kerana ia berlaku di depan mata kita, tetapi tidak ada apa-apa dapat dilakukan untuk menghalang mereka melakukan kerja terkutuk itu.

“Dalam hal ini pihak bertanggungjawab, termasuk masyarakat sendiri, perlu bersama membasminya. Ia menggambarkan imej teruk dalam masyarakat kita yang majoriti beragama Islam,” katanya yang juga peniaga dari Gombak.

Bakar motosikal

AMPANG: Kerja khianat ‘hantu api’ apabila 10 motosikal milik penduduk sebuah pangsapuri dipercayai sengaja disimbah dengan minyak petrol sebelum dibakar ketika kebanyakan penghuni kediaman terbabit lena tidur, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, kebanyakan penduduk dan pemilik motosikal di Blok B1, Pangsapuri Riviera, Taman Muda, di sini, hanya menyedari kebakaran selepas terdengar bunyi letupan dari tangki minyak motosikal yang dibakar.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas bilik tidurnya tiba-tiba berbahang panas dan dipenuhi bau hangit, menyebabkan dia bangkit dan membuka pintu.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila asap hitam menemui ruang tamu berpunca daripada kebakaran yang berlaku di bawah rumah saya. Pada masa sama saya segera keluar menyelamatkan diri kerana bimbang kebakaran turut membakar rumah saya.

“Sebaik turun ke bawah untuk melihat punca kebakaran, saya terkejut mendapati motosikal saya yang diletakkan di kawasan meletak motosikal di bawah pangsapuri itu terbakar,” katanya yang mendiami tempat itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia dan penduduk berhampiran kawasan itu tidak mampu melakukan apa-apa berikutan api terlalu marak.

“Ini kejadian kali pertama berlaku di kawasan kediaman kami dan saya yakin ia angkara perbuatan khianat berikutan motosikal terbabit tidak mungkin boleh terbakar sendiri. Kedudukan motosikal itu yang disusun sebaris menyebabkan api mudah merebak dan membakar semuanya,” katanya yang kerugian lebih RM3,000.

Tiada rumah beraya

KOTA KINABALU: Empat sekeluarga yang akan menyambut Aidilfitri bulan depan sebak apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran membabitkan tujuh rumah di Kampung Seguntor 2, Batu 11, Sandakan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, ahli keluarga terbabit dipercayai bersiap untuk bersahur tetapi keadaan menjadi riuh rendah apabila diberitahu sebuah rumah berhampiran mengeluarkan asap dan terbakar.
Mujur kira-kira 25 penduduk sempat menyelamatkan diri tanpa kemalangan jiwa tapi hampir semua harta benda gagal diselamatkan.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 pagi sebelum mengerahkan tiga jentera yang mengambil masa 10 minit untuk tiba ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, api terlalu marak berikutan keadaan rumah terletak terlalu hampir antara satu sama lain.

“Selain itu, keadaan rumah diperbuat daripada papan juga menjadi faktor api cepat marak,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Razali berkata, dia bersama 16 anggota berjaya mengawal dan kebakaran dipadam sepenuhnya kira-kira jam 8.40 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada api lilin dan kami masih menjalankan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sumber lain, termasuk mercun atau bunga api, terutama ketika menjelang musim perayaan,” katanya.

Menurut Mohd Razali, daripada tujuh rumah yang terbakar itu, hanya empat didiami manakala selebihnya kosong.

“Kami juga masih menyiasat jumlah kerugian ditanggung, termasuk dua kereta yang turut hangus dalam kejadian ini,” katanya.
Difahamkan, semua mangsa kini ditempatkan di dewan orang ramai sementara menunggu bantuan.

Suami rayu isteri pulang

PENDANG: “Pulanglah sayang, abang dan mak sekeluarga sentiasa merindui Nasiah dan jangan tinggalkan kami semua,” kata Mohd Tarmizi Adam, 35, suami Norasiah Muhammad, 23, yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu.
Mohd Tarmizi berkata, isterinya keluar sejak Jun lalu kerana dikatakan mengikut seorang pengamal perubatan sehingga melupakannya dan keluarga.
Katanya, isterinya berkenalan dengan pengamal perubatan itu ketika kakaknya yang hanya dikenali sebagai Kak Pika mengalami sakit misteri dan dibawa berjumpa bomoh berkenaan.

“Sejak itu berlaku perkenalan antara isteri saya dengan bomoh berkenaan dan selepas itu dia tidak pernah mengikut kata-kata saya, malah sentiasa meminta saya menceraikannya.

“Malah dia sering keluar tanpa pengetahuan saya dan pulang pada waktu malam dan ini menimbulkan kerisauan pada saya mengenai dirinya.

“Sehinggalah Jun lalu isteri saya mengambil keputusan untuk keluar bersama bomoh berkenaan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Alor Ali, di sini, kelmarin.

Kesan suspek tinggalkan kanak-kanak

REMBAU: Polis masih mengesan suspek yang meninggalkan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 bulan di pondok menunggu bas di Km14, Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, setakat ini belum ada pihak tampil untuk menuntut atau membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak itu.

“Jenazah mangsa dibedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) semalam (kelmarin) dan laporan mengenai punca kematiannya akan diperoleh tidak lama lagi,” katanya.

Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Rembau di talian 06-6852222 atau 06-6851999

Gempa bumi lemah di Lahad Datu, Sabah

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berskala 4.0 Richter berlaku di 19 kilometer dari utara Lahad Datu, Sabah, pada jam 3.43 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Keadaan itu boleh menyebabkan kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini. Jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut, kata kenyataan berkenaan.
-Bernama

Abai puasa Ramadan

KUALA LUMPUR: Tua tidak sedar diri! Itulah yang boleh diibaratkan terhadap segelintir lelaki hidung belang beragama Islam yang sanggup berjoli di sebuah kelab dangdut di ibu kota pada bulan mulia ini semata-mata untuk melayan nafsu dengan pelayan pelanggan (GRO) yang rata-rata seksi dan gebu.


BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.
BUKTI... kelab dangdut masih mendapat perhatian pengunjung beragama Islam meskipun pada bulan puasa.

Lebih menjijikkan, pengunjung pusat hiburan berkenaan yang kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas, termasuk individu bergelar Datuk, tergamak meninggalkan anak dan isteri di rumah, apatah lagi menunaikan solat sunat Tarawih.

Mereka yang tidak mempedulikan Ramadan ini tanpa segan silu meneguk air kencing syaitan sambil rebah dibelai GRO terbabit.

Tinjauan Metro Ahad baru-baru ini mendapati, hampir setiap malam dianggarkan 50 pengunjung memenuhi pusat hiburan itu.

Malah, golongan lelaki berkenaan langsung tidak mempedulikan kesucian Ramadan dan mengabaikan ibadat Tarawih hingga sesetengah daripada mereka sanggup melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti senaman turut dieksploitasikan golongan GRO itu bagi mewujudkan gerak tarian yang memberahikan bagi menarik perhatian pelanggan.
GRO terbabit juga bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian mengghairahkan, malah turut tidak kisah jika bahagian tertentu tubuh mereka dipegang serta diraba pengunjung.

Berdasarkan pemantauan, kelab dangdut berkenaan dibuka seawal 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan ini dan menyediakan hampir 30 GRO manakala pada hari biasa, kelab ini dibuka seawal jam 3 petang.
Tanpa rasa curiga, seorang ‘Mami’ yang mendekati wartawan menawarkan gadis sebagai peneman dengan bayaran hanya RM40 untuk satu jam, malah GRO berkenaan juga boleh dijadikan teman ‘geli-geli’.

Pada masa sama, golongan GRO itu boleh ditempah dengan bayaran RM200 serta dibawa keluar sehingga pagi sebagai pemuas nafsu, tetapi semua itu atas perbincangan bersama GRO terbabit.

Dalam perbualan wartawan bersama seorang GRO, dia mendakwa kelab dangdut itu jarang diserbu pihak berkuasa tempatan.

GRO itu juga mendakwa dia tidak risau dengan kehadiran pihak berkuasa kerana kelab berkenaan berada di luar ‘pandangan’ mereka.

Seorang pengunjung tegar yang ditemui wartawan berkata, sama ada puasa atau tidak, kelab dangdut berkenaan menjadi tempat persinggahannya.

“Di sini kita tidak perlu risau apa-apa. Jarang sekali pihak polis datang membuat serbuan, malah tiada aktiviti luar biasa diadakan.

“Paling kurang, saya mendapatkan khidmat bersuka ria dengan GRO, menari dan geli-geli. Malah, jika suka sama suka, saya perlu membayar GRO berkenaan, kemudian membawanya ke hotel untuk memadu kasih.

“Saya kerap datang ke kelab ini untuk mendapatkan khidmat sama selain melupakan penat lelah bekerja seharian,” katanya.

Sementara itu, mengulas aktiviti golongan lelaki berkenaan, penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, kebanyakan individu yang melakukan dosa terang-terangan seperti ini mengalami krisis keimanan.

“Bayangkan, kenapa seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit ke pusat hiburan daripada datang ke masjid yang dipenuhi pelbagai juadah berbuka percuma?

“Malah, melangkah ke masjid juga menjadi pahala percuma kepada mereka daripada mengutip dosa besar ke tempat maksiat.

“Itulah yang kita gelar krisis keimanan. Benteng iman pada diri masing-masing luntur dan rapuh hinggakan tergamak melakukan maksiat pada bulan mulia ini.

“Pada masa sama, meskipun sudah berumur dan kebanyakannya boleh digelar ‘senja’, mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran. Malah kelakuan mereka turut menghina dan menjatuhkan maruah islam,” katanya.

Menurut Hassan, golongan itu sesuai digelar lebai malang kerana sukar meninggalkan larangan-Nya, malah Nabi Muhammad SAW turut menamakan budaya berkenaan sebagai budaya lubang biawak.

“Budaya lubang biawak sama seperti individu yang gemar mencari keseronokan di pusat hiburan. Lepas satu pusat hiburan, dia mencari keseronokan di tempat lain pula.

“Ini sebenarnya penghalang dalam Islam. Perkara ini harus dibendung pihak berkuasa dan seharusnya mereka yang gemar melakukan kemungkaran ini disedarkan daripada terus terjerumus,” katanya.

127 keluarga terbabit banjir di Engkilili

KUCHING: Kira-kira 127 keluarga di tujuh kawasan, termasuk dari lima rumah panjang di daerah kecil Engkilili dekat Sri Aman, terjejas oleh banjir berikutan hujan sejak beberapa hari lalu.
Beberapa mangsa berpindah ke rumah sanak-saudara masing-masing di kawasan lebih tinggi walaupun ada rancangan untuk memindahkan semua mereka ke dewan serbaguna di bazar di sini, kata seorang jurucakap bilik gerakan banjir daerah kecil Engkilili hari ini "Beberapa kawasan yang dilanda banjir, termasuk Ensurai, Merbong, Bua, Pukong, Sungai Menuang, Batu Ansus dan Merio Nanga terletak berhampiran tebing Batang Lupar, yang meningkat paras airnya berikutan hujan lebat," kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, kata beliau, keadaan beransur pulih apabila paras banjir menurun kepada 1.5 kaki pada jam 8 pagi ini berbanding lima kaki semalam.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan berterusan di beberapa kawasan dalam tempoh seminggu akan datang.-Bernama

Polis subahat bunuh Datuk Bandar Santiago ditahan

MONTERREY: Enam anggota polis Mexico ditahan, semalam, kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang datuk bandar di utara negara itu, kata polis, semalam.
Sebelum ini, pengawal terbabit mendakwa dia turut diculik tetapi dibebaskan kemudian.

Ketua penyiasat di negeri Nuevo Leon, Adrian de la Garza, berkata polis terbabit menerima habuan AS$700 (RM2,198) sebulan untuk bersubahat dengan penjenayah terbabit.

Setiap mereka, kata de la Garza, memainkan pelbagai peranan, termasuk menjadi pengawal.

“Mereka bekerja dengan kumpulan penjenayah,” katanya pada sidang media itu.

De la Garza turut menunjukkan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan sekumpulan penculik bersenjata tiba di rumah malam Ahad minggu lalu menaiki kereta pacuan empat roda.

Penculik itu kemudian menyerbu masuk tanpa dihalang anggota polis bertugas.

Cavazos kemudian diheret masuk ke kenderaan itu bersama pengawalnya yang duduk di bangku depan.

Pegawai pendakwa Nuevo Leon, Alejandro Garza y Garza, berkata pegawai polis itu mengaku bersekongkol dengan penculik.

“Kami masih memburu saki-baki kumpulan ini,” katanya.

Mayat Cavazos, 38, ditemui dengan tangan bergari dan mulut disumbat di pinggir bandar Santiago malam Rabu lalu.

Polis enggan mengesahkan pembunuhan itu berkaitan dengan persaingan kartel dadah Mexico. - AP

Wikicong cabar tapisan Thailand

BANGKOK: Sekumpulan aktivis siber tidak dikenali membuka laman sesawang khas bagi memaparkan maklumat mengenai Thailand yang diambil dari Wikileaks selepas ia disekat kerajaan negara berkenaan.
Antara kandungan yang ada dalam laman sesawang kontroversi itu adalah rakaman video peribadi Putera Mahkota Vajiralongkorn, makan malam dengan seorang wanita yang kemudian menjadi isterinya.

Sesetengah capaian ke laman sesawang Wikileaks disekat sejak akhir Jun lalu tetapi masih dapat dimasuki jika menggunakan nama domain serta penyedia perkhidmatan Internet berbeza.

Wikileaks menarik perhatian seluruh dunia akhir Julai lalu apabila ia memaparkan pelbagai dokumen ketenteraan rahsia Amerika Syarikat mengenai operasi di Afghanistan.

Pengarah Pejabat Jenayah Komputer di Kementerian Penerangan dan Teknologi Komunikasi Thailand, Aree Jiyorarak, berkata pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sekatan ke atas Wikileaks.

Sebaliknya, kata Aree, ia gagal dicapai mungkin disebabkan masalah teknikal.

“Saya tahu sesetengah pihak mendakwa laman sesawang itu disekat, tapi ia hanya masalah pelayan Internet.

“Wikileaks boleh dicapai dari pejabat saya dan kerajaan memberi jaminan laman sesawang itu tidak disekat,” katanya.

Kata Aree, kira-kira 1,300 laman sesawang disekat di negara itu dan kebanyakannya kerana mempunyai atau menyediakan capaian dengan video perhimpunan politik di Thailand.

Bagaimanapun, pihak lain menganggarkan jumlah laman sesawang disekat kini mencecah puluhan ribu.

Kandungan paling sensitif dalam Wikileaks adalah rakaman video Vajiralongkorn makan malam dengan seorang wanita yang kemudian menjadi isterinya.

Dalam mesej dipapar Wikicong, mereka mencabar kerajaan menyekat data dalam Wikileaks.

“Kami tidak bimbang kerana ada beribu-ribu cara untuk menyampaikan maklumat itu kepada rakyat,” katanya. - AP

Pengasas WikiLeaks diburu polis kerana dua serangan seksual di Sweden

STOCKHOLM: Pengasas laman sesawang kontroversi WikiLeaks, Julian Assange, kini menjadi orang buruan di Sweden kerana disyaki terbabit dalam kejadian rogol.
“Satu daripadanya kerana merogol,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak dapat menyatakan apa tuduhan kedua dikenakan terhadap Assange, tetapi dipercayai ada kaitan dengan serangan ke atas wanita. Sementara itu, Assange menafikan tuduhan berkenaan.

“Dakwaan itu tak benar,” katanya melalui e-mel ke akhbar Sweden, Aftonbladet. - Agensi

Cheryl rebah diserang malaria

LONDON: Juri rancangan X Factor yang semakin popular gara-gara kecurangan suaminya, Cheryl Cole, dilaporkan menghidap demam malaria selepas bercuti bersama kawan baiknya ke Tanzania, baru-baru ini.
“Akibatnya, saya terpaksa dirawat dua minggu di hospital sebelum berehat di rumah di Surrey, Britain,” katanya.

Dia kemudian terbang ke Los Angeles untuk menanti sembuh sepenuhnya sambil bercuti bersama Hough.

Pada mulanya Cheryl tidak menyangka dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu sehinggalah dia terpaksa ‘mengalah’ ketika menghadiri sesi uji bakat X Factor.

Dilihat lebih senyap berbanding biasa, Cheryl kelihatan meletakkan kepala ke atas tangannya di meja kerana kesakitan dan penat.

Isteri Ashley Cole yang dalam proses bercerai secara rasmi itu akhirnya berbaring di belakang studio sambil menahan sakit kepala, menggeletar dan demam.

Pemeriksaan doktor kemudian mengesahkan Cheryl, 27, menghidap demam malaria.

Rakaman insiden itu dapat disaksikan peminat apabila musim terbaru X Factor mula ditayangkan di stesen televisyen ITV, malam ini.

Disebabkan masalah itu, Cheryl tidak lagi menyertai barisan juri X Factor sehinggalah bulan depan.

Doktor berkata, imunisasi penyanyi kumpulan Girls Aloud itu lemah kerana menjalani jadual hidup yang padat. - Agensi

Ops Samseng Jalan Raya: 148 disaman


22/08/2010 12:18pm

KUALA LUMPURR — Sebanyak 148 saman POL 257 dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur sepanjang “Ops Samseng Jalan Raya” yang diadakan bermula pukul 11 malam tadi hingga 3 pagi ini.
Jurucakap polis berkata, sebuah motosikal turut disita dalam operasi kerana penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalannya tamat tempoh.
Operasi itu diadakan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di kedua-dua arah berhampiran Kampung Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi.
Saman POL 257 adalah saman yang diberi semasa kesalahan dilakukan.
Sementara itu dalam operasi trafik sekitar Kuala Lumpur pula, polis menahan lima lelaki berumur antara 18 dan 26 tahun serta menyita motosikal mereka.
Mereka yang ditahan mengikut Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan itu ialah dua pekerja bengkel, seorang penghantar surat, seorang kerani swasta dan seorang penganggur, kata jurucakap itu. —Bernama

Lelaki ditahan bersama 2.7kg ganja


22/08/2010 4:22pm

ALOR SETAR — Seorang kakitangan swasta ditahan bersama 2,700 gram dadah jenis ganja bernilai kira-kira RM9,000 dalam satu serbuan di pekan Lunas, Kulim dekat sini Khamis lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, DSP Zainuddin Saad berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap pukul 9.30 pagi di sebuah gerai makan hasil maklumat orang ramai.
"Polis kemudian menemui tiga ketulan mampat ganja dan satu paket kecil juga dipercayai ganja dalam motosikal suspek yang diparkir tidak jauh dari gerai berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan kali terakhir ditahan pada 2004.
"Polis masih menyiasat sama ada suspek memang bergerak sendirian ataupun terbabit dengan sindiket,” katanya.
Beliau berkata suspek direman tujuh hari mulai hari tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Rogol cucu tiri di kandang lembu



REMBAU - Seorang datuk berusia 49 tahun di sini, bertindak luar batasan apabila tergamak menodai cucu tirinya berusia 15 tahun sebanyak dua kali, Jun la:lu.

Lebih memalukan, lelaki terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kandang lembu yang jauh daripada pandangan orang ramai.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, nekad membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan menceritakan perangai datuk- nya itu kepada guru sekolahnya sebelum guru terbabit menasihatkannya membuat laporan polis.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, polis turut bertindak menahan suspek pada tarikh sama laporan dibuat.

“Suspek ditahan reman mulai dari tarikh dia di- tangkap sehingga siasatan selesai bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan hukuman sebatan,” katanya.

Maut dibelasah along

KUALA LUMPUR: Melihat kekasih hati dibelasah sekumpulan samseng upahan along, seorang kontraktor yang cuba tampil sebagai hero maut selepas dibelasah dengan kayu oleh penjenayah terbabit yang cuba mengutip hutang daripada wanita itu.


MAUT...seorang lelaki mati dipukul oleh along di Selayang semalam
MAUT...seorang lelaki mati dipukul oleh along di Selayang semalam

Dalam kejadian di depan Medan Makanan Lung Seng, Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, jam 1.30 pagi semalam, mangsa mengalami keretakan tengkorak apabila dibelasah beramai-ramai oleh lima samseng itu yang datang menaiki kereta BMW.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian itu Tan Boon Tat, 51, yang berasal dari Kampung Kayu Ara dikatakan makan bersama kekasihnya yang dikenali dengan nama Armiah dari Filipina.

“Berdasarkan siasatan awal, abang kepada Armiah diburu along berikutan kegagalannya melunaskan hutang sebelum menghilangkan diri.

“Berikutan itu along berusaha mencari adik mangsa yang dianggap bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang dibuat abangnya,” katanya.

Susulan itu, kumpulan samseng upahan along berkenaan berjaya menjejaki Armiah sebelum berpura-pura duduk minum di medan selera terbabit.
“Selesai makan, Tan dan teman wanitanya yang dalam perjalanan untuk pulang ditahan samseng berhampiran tangga medan selera terbabit.

“Kumpulan samseng itu bertanya Armiah berhubung hutang yang dibuat oleh abangnya, namun dia enggan bertanggungjawab. Bagaimanapun, suspek mengugut wanita terbabit supaya menjelaskan hutang itu hingga berlaku pertengkaran,” katanya.
Samseng kemudian memukul wanita itu, menyebabkan Tan yang hanya mendiamkan diri terpaksa masuk campur untuk membantu.

Malangnya niat baik mangsa mengundang maut apabila suspek membelasahnya beramai-ramai dengan kayu hingga berlumuran darah.

“Suspek yang mendapati mangsa tersungkur tidak sedarkan diri kemudian bergegas melarikan diri dengan menaiki kereta model BMW dari lokasi kejadian,” katanya.

Susulan kejadian itu polis daerah Sentul segera bergegas ke lokasi kejadian, namun mendapati mangsa tidak lagi bernyawa dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Zakaria berkata, serangan itu menyebabkan mangsa cedera teruk di kepala akibat dihentak dengan kayu bertubi-tubi.

“Setakat ini polis percaya abang mangsa mampu membantu polis bagi menjejaki kumpulan pembunuh berkenaan. Polis kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana jenayah membunuh,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, empat anggota geng samun kafe Internet yang sekian lama diburu polis berjaya ditahan, pagi semalam.

Zakaria berkata, kumpulan penjenayah itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis di Jalan Ipoh, Sentul, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Proton Wira disyaki baru melakukan samun kafe Internet di daerah Dang Wangi dan dalam perjalanan untuk melakukan jenayah sama di sekitar daerah Sentul.

“Hasil siasatan, dua daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah curi dan samun, manakala seorang lagi dikehendaki oleh polis Kuantan berhubung kes gaduh. Semua suspek diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Polis daerah Sentul turut melakukan siasatan terhadap kaitan suspek dengan kejadian rompakan kafe Internet di Kepong jam 2 pagi semalam. Dalam kejadian itu, penjenayah bersenjatakan parang menyamun pekerja kafe Internet terbabit sebelum melarikan diri,” katanya.

Curi emas beli dadah

KOTA KINABALU: Dua beradik layak digelar ‘anak setan’ apabila sanggup menyelongkar peti simpanan bersama dua rakan sebelum mencuri barang kemas milik ibu mereka semata-mata mahu membeli dadah.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari di Kampung Maksak, Keningau, semalam, kedua-dua beradik berkenaan iaitu seorang gadis berusia 20 tahun dan adik lelakinya berusia 19 tahun bersama dua rakan mengambil kesempatan ketiadaan ibu mereka yang berusia 50-an.
Difahamkan, si ibu yang bekerja sebagai pengedar barangan kosmetik berada di sini untuk bertemu pelanggan.

Mangsa mula menyedari barang kemasnya hilang sebaik tiba di rumah selepas mendapati almari biliknya terbuka manakala peti simpanan barang kemas menempatkan dua rantai, dua cincin dan gelang emas berjumlah RM5,000 hilang.

Mangsa turut hairan apabila pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan umpil atau pecah masuk pada pintu serta tingkap rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal mendapati pencuri memasuki rumah mangsa melalui pintu depan dan mengesahkan tiada kesan umpil ditemui di rumah mangsa.

“Mangsa kehilangan barang kemas dianggarkan berjumlah RM5,000. Polis percaya kehilangan barang berharga ini dilakukan suspek yang tahu selok-belok di rumah, termasuk lokasi peti simpanan barang kemas itu disorokkan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa mengesyaki perbuatan itu dilakukan dua anaknya sebelum polis berjaya mengesan mereka bersama dua lagi rakan berada di pekan Keningau.

“Polis menahan dua beradik itu kira-kira jam 1.30 petang hari sama bersama rakan mereka berusia 30 dan 18 tahun.

“Ketika soal siasat, semua suspek mengaku mengambil barang kemas milik mangsa ketika ketiadaannya di rumah dan menggadai semua barangan itu,” katanya.

Katanya, polis turut menahan seorang pemilik kedai berikutan membeli barang curi.
“Hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis syabu manakala seorang lagi bebas dadah.

“Semua mereka direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ibu, bapa hilang

KUALA KRAI: Perasaan sedih menyelubungi jiwa sembilan beradik kerana sanggup bersusah payah menghasilkan sekeping kad hari raya semata-mata menagih kepulangan ibu bapa yang menghilangkan diri tanpa berita sejak setahun lalu.


ISI HATI...tujuh daripada sembilan beradik melukis kad hari raya  merayu kepulangan ibu bapa sempena Aidilfitri tahun ini.
ISI HATI...tujuh daripada sembilan beradik melukis kad hari raya merayu kepulangan ibu bapa sempena Aidilfitri tahun ini.

TIADA BERITA...Kasmaliza dan Mahadi melarikan diri.
TIADA BERITA...Kasmaliza dan Mahadi melarikan diri.
Meskipun ringkas, mesej suara hati anak kecil terbabit nyata memberi kesan kepada sesiapa saja yang melihat kad itu kerana sanggup berbuat apa saja semata-mata mengharapkan kepulangan sempena Aidilfitri tahun ini.

Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.

Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.

Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.

Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.
Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.

Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.
Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.

Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.

Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.

Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.

“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.

“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.

Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

Tercampak 5 meter

BUKIT BERUNTUNG: Ibarat kisah sedih bertimpa-timpa apabila seorang guru lelaki yang sebelum ini kehilangan dua insan tercinta iaitu ibu kandung dan kakaknya, maut dalam keadaan mengerikan apabila tercampak lebih lima meter selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta.


MAUT.. anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut selepas dirempuh kereta berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, Lebuhraya Utara Selatan, pagi semalam.
MAUT.. anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut selepas dirempuh kereta berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, Lebuhraya Utara Selatan, pagi semalam.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Savvy ketika mangsa melalui Kilometer 429.2 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, di sini.

Menurutnya, dalam kejadian jam 11.50 pagi semalam, beberapa saksi memberitahu melihat motosikal ditunggang mangsa dibawa dalam keadaan terhoyong-hayang dan tidak stabil.

“Akibatnya, kereta Savvy yang dipandu seorang lelaki bersama dua ahli keluarganya gagal mengelak sebelum merempuh motosikal itu. Difahamkan, pemandu kereta terbabit dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa di kampungnya di Changkat Jering, Perak.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa melambung ke arah cermin depan kereta terbabit sebelum tercampak kira-kira lima meter. Mangsa kemudian terjatuh di tepi penghadang besi lebuh raya.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Berchang, Kuala Lipis, Pahang dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan terhadap kemalangan itu mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan jalan 1987.

Difahamkan, mangsa sebelum ini kehilangan ibu kandungnya yang meninggal dunia pada 5 Ogos lalu. Sebelum itu, kakak mangsa turut dikatakan menghembuskan nafas terakhir dua minggu sebelum ibunya meninggal dunia akibat sakit.

Maut lori terjun gaung

CAMERON HIGHLANDS: Seorang buruh warga Indonesia terbunuh selepas lori membawa muatan batu dipandunya terbalik sebelum terjunam ke tebing setinggi 15 meter di Kilometer 57, Jalan Simpang Pulai-Lojing, di Blue Valley, dekat sini, petang kelmarin.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu lori berkenaan dipercayai dalam perjalanan menghantar muatan batu ke tapak kebun sayur di kawasan berhampiran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal lori dipandunya sebelum hilang kawalan dan terjunam ke tebing setinggi kira-kira 15 meter.

Katanya, kejadian terbabit disedari rakan mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum meminta bantuan majikan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keluarga Roslin membisu

KOTA BHARU: Keluarga pemain badminton, Roslin Hashim, 35, enggan memberi sebarang ulasan mengenai krisis rumah tangga yang melanda pemain terbabit bersama isterinya, Norhayati Othman, 38.
Tinjauan di persekitaran rumah terbabit mendapati ada sebuah kereta Perodua Kenari berwarna merah, namun keadaan rumahnya sunyi dengan semua tingkap dan pintu terkunci rapi.

Jiran tetangga juga membisu mengenai ketidakmunculan keluarga pemain badminton itu.

Wartawan kemudian dimaklumkan oleh seorang mekanik motosikal yang menjalankan perniagaan berhampiran bahawa bapa Roslin mungkin menunaikan umrah.

Pada 10 Julai lalu, Roslin diijabkabulkan dengan Norhayati dalam satu majlis ringkas sebelum melafazkan cerai pada 7 Ogos lalu.

Akhbar melaporkan, Norhayati dalam keterangannya mendakwa Rosli melafazkan cerai dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang dalam keadaan sedar, siuman dan tenang selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jalani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Kanak-kanak maut, dua parah rumah dijadikan stor mercun meletup

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.
Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.
"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan, manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenal pasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya tidak
jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat
sehingga menggegarkan rumahnya.

Dia kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah
rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara
dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian
dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring
di luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang juga seorang
peniaga.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terbabit dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Selepas mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu
tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Katanya, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan,
Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya
tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di
tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Dia turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan
itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35,
ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak
berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa
hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian,"
katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk di
pakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca
sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terbabit.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur
untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun
menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini.

Katany,a kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.-Bernama

Remaja lemas selepas tergelincir dalam sungai ketika lihat rakan menjala

CHANGLUN: Seorang remaja lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Jeragan dekat sini semasa sedang melihat dua rakannya menjala ikan di sungai itu malam tadi.
Rakannya Mohd Hisham Syahidan, 24, berkata kejadian berlaku terlalu pantas kerana air sungai ketika itu sangat deras.

"Saya dan seorang lagi rakan tidak mampu berbuat apa-apa kerana air sedang berpusing ketika itu dan Asyraf dilihat tenggelam timbul dalam air," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata dia dan seorang lagi rakannya terus memberitahu bapa Asyraf yang tiggal di Kampung Darat tentang tragedi itu sebelum mendapatkan pertolongan orang kampung. Ibu Asyraf, Sabariah Abdul Hamid, 40, berkata sebelum kejadian, anaknya itu meminta RM40 daripadanya untuk membeli barang-barang keperluan bagi persediaan menyambut hari raya.

"Dia minta izin untuk pergi membeli belah selepas berbuka, saya tidak tahu yang dia akan pergi menjala ikan," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zamri Chik berkata mayat Asyraf dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari oleh Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di dasar sungai tiga meter dari tempat dia jatuh.-Bernama

Pelajar tahun dua cedera kena mercun

ALOR STAR: Seorang pelajar tahun dua cedera di tapak tangan kanan apabila mercun bola meletup dalam tangannya, ketika bermain bahan api itu di rumah rakannya di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena dekat sini.
"Kejadian itu berlaku apabila mangsa mengambil semula mercun yang dibalingnya kerana tidak meletup, tapi mercun itu kemudiannya meletup dalam tangannya secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar Sekolah Kebangsaan Nawa itu pulang ke rumah sambil menangis dan memberitahu ibunya tentang kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh jirannya untuk mendapatkan rawatan.

Bapa saudaranya berkata, anak saudaranya itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.-Bernama

Remaja lelaki mangsa ke dua kencing tikus di Kedah

ALOR STAR: Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun adalah mangsa kedua yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus atau leptospirosis di Kedah tahun ini.
"Dia mandi bersama empat rakannya di kawasan rekreasi itu, tetapi rakan-rakannya tidak menunjukkan simptom-simptom penyakit itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun empat lagi rakan remaja itu sihat, tetapi mereka diberi rawatan berterusan kerana penyakit itu boleh dikesan paling awal selepas tiga hari dan paling lambat selepas 15 hari terdedah dengan bakteria berkenaan.

Katanya, selain Puncak Janing, dua lagi kawasan rekreasi di Kedah iaitu Lata Bayu di Baling dan Bukit Wang di Jitra masih ditutup kepada orang ramai.

"Saya menerima laporan masih ada orang yang mengunjungi Puncak Janing walaupun kawasan itu ditutup kepada orang ramai, jadi saya nasihatkan supaya mereka tidak mengunjungi kawasan-kawasan itu lagi," katanya.

Kematian pertama disebabkan wabak ini di Kedah adalah pada awal bulan ini apabila seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berusia 30-an meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas berkelah di kawasan perkelahan Lata Bayu, Baling.-Bernama

Pelajar Malaysia selamat daripada gempa Yogyakarta semalam

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi di wilayah Yogyakarta, yang digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran lima skala richter petang semalam, selamat.
"Perkara itu disahkan oleh semua pemimpin pelajar Malaysia yang dihubungi," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Kejadian jam 6.41 petang Sabtu itu menyebabkan ramai warga Yogyakarta menjadi panik dan bertempiaran lari meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan, serta beberapa kemudahan awam termasuk hospital di bandar itu rosak, dan ada juga penduduk yang cedera akibat ditimpa bumbung rumah.

Menurut Junaidy, beberapa pelajar Malaysia memberitahu bahawa mereka dapat merasakan gegaran gempa itu dengan jelas, namun mereka tidak panik.

Ketika ini terdapat 510 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di beberapa institusi pengajian tinggi di Yogyakarta termasuk di Universiti Gadjah Mada (UGM) dalam bidang kedoktoran, farmasi dan pergigian.

Sementara itu, di luar kota Yogyakarta, terdapat 18 pelajar Malaysia sedang menuntut di bidang agama di pesantren.

Junaidy berkata, secara kebetulan ketika ini ramai pelajar Malaysia sedang bercuti dan pulang ke tanah air untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. "Pihak MSD terus memantau keselamatan para pelajar dan mereka juga mempuyai prosedur standard bencana alam yang perlu dilaksanakan mereka sekiranya berlaku bencana gempa bumi," katanya.

Yogyakarta pernah dilanda gempa bumi kuat pada Mei tahun 2006, mengakibatkan ada pelajar yang dihantar pulang ke Malaysia dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam kejadian empat tahun lalu itu ada sebahagian pelajar Malaysia yang memilih untuk kekal di sana menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa gempa bumi.-Bernama

Along ancam pemandu lori

JOHOR BAHRU: Berang dengan seorang pemandu lori yang tidak akur arahan membayar denda, sekumpulan along mengancam keluarga mangsa dengan menyimbah cat dan memecahkan cermin kereta mereka sebanyak empat kali.
Balasandran berkata, kejadian itu disedari selepas pulang ke rumah di Jalan Pulai Perdana 9/7, Taman Pulai Perdana, di mana dia mendapati cermin keretanya dipecahkan selain lantai kediamannya disimbah cat merah.

Menurutnya, selang beberapa minit, dia juga menerima SMS ugutan daripada along berkenaan yang mendesaknya membayar wang denda sebanyak RM400 bagi mengelak mereka mengulangi perbuatan sama.

“Kejadian itu berpunca akibat isteri meminjam wang sebanyak RM500 daripada along pada pertengahan tahun lalu ketika mengusahakan kedai menjual bunga.

“Meskipun isteri sudah melangsaikan hutang itu, kumpulan along masih bertindak mengugut menerusi panggilan telefon dengan alasan keluarga kami belum membayar denda atau caj lewat bayar,” katanya.

Balasandran berkata, dia yang sanggup berunding dengan along bertambah keliru apabila mereka enggan bersemuka, sebaliknya hanya mendesaknya memasukkan wang ke akaun bank milik seorang wanita.

'Dia bukan pemilik rumah'

KUALA LUMPUR: Bukan calang-calang penipu apabila seorang lelaki dan keluarganya bijak berlakon kononnya pemilik sebuah pangsapuri sebelum menyewakannya kepada seorang mangsa selama tiga bulan.
Bagaimanapun, tembelang keluarga terbabit pecah apabila pemilik rumah itu berkunjung ke pangsapuri berkenaan kerana dia langsung tidak menerima bayaran daripada penyewa.
Difahamkan, mangsa terpedaya selepas dia membaca iklan ketika mahu menyewa sebuah rumah di Puchong Kinrara itu bersama isterinya sebelum mereka bertemu ‘pemilik’ rumah terbabit.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul, 29, dia menghubungi ‘pemilik’ rumah berkenaan sebelum berjanji bertemunya awal Mei lalu untuk berbincang mengenai sewa.

“Saya bersama isteri pergi ke rumah itu dan kami bertemu isteri dan lima anak lelaki terbabit yang ketika itu mahu keluar.

“Ketika ditanya, mereka mengakui pangsapuri berkenaan milik mereka dan ini menguatkan lagi keyakinan kami kepada lelaki terbabit,” katanya. Menurutnya, dia menyerahkan wang deposit RM1,400 dan lelaki terbabit memberikan resit sebagai bukti pembayaran.

“Selepas segala urusan pembayaran selesai, saya, isteri dan anak kami yang berusia tiga tahun berpindah dan menetap di rumah terbabit sehingga ke hari ini.

“Bagaimanapun, kami menerima kejutan apabila pemilik rumah sebenar datang dan mendakwa dia tidak menerima wang sewa selama lapan bulan dan meminta kami sekeluarga keluar serta-merta,” katanya.

Menurutnya, dia memberitahu keadaan sebenar dan lega apabila pemilik berkenaan bertimbang rasa.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu itu mengalami kerugian mencecah RM3,000 dan dia membayar sewa bulanan RM400 sebulan sepanjang menetap di situ.

Menurutnya, dia membayar tunai kepada lelaki terbabit setiap kali hujung bulan dan mereka akan bertemu di restoran atau stesen minyak berdekatan rumah itu.
“Sejurus tembelangnya pecah, saya menghubungi suspek dan dia meminta maaf serta berjanji akan memulangkan kembali semua wang yang dilarikan itu.

“Bagaimanapun, tiba hari dijanjikan, saya menghubunginya, namun suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis kerana risau kemungkinan suspek akan menipu orang lain.

Ajal beli juadah berbuka

LENGGONG: “Saya sedih kerana hasrat abah membeli kuih untuk juadah berbuka tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan ngeri itu.


REMUK...keadaan kereta mangsa yang remuk dirempuh treler.
REMUK...keadaan kereta mangsa yang remuk dirempuh treler.

ANGKAT...mayat mangsa dibawa naik  kenderaan polis untuk dibawa ke hospital.
ANGKAT...mayat mangsa dibawa naik kenderaan polis untuk dibawa ke hospital.
“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian, tetapi sebelum pergi ke bazar Ramadan itu sempat mengimamkan solat Asar di Masjid An-Nur, Kampung Kuak,” kata Ahmad Ramzi, 46, anak Allahyarham Bukhari Harun, 76, yang meninggal dunia selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Simpang Kuak, dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 5.25 petang di Kilometer 25, Jalan Kuala Kangsar-Grik itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Sauk membeli juadah berbuka.

Akibat pertembungan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala selepas tersepit di tempat duduk pemandu yang remuk.

Ahmad Ramzi berkata, bapanya yang juga bekas Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Lenggong sempat mengimamkan solat Asar di Masjid An-Nur sebelum memandu bersendirian.

Katanya, arwah memang biasa solat fardu setiap waktu di masjid berkenaan yang terletak hanya 300 meter dari rumah dan kadang-kadang menjadi imam walaupun bukan imam bertauliah.
Mangsa meninggalkan seorang balu, Alawiyah Tabligh, 54, dan lapan anak termasuk yang bongsu masih belajar dalam tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah.

Jenazah disembahyang di Masjid An-Nur diimamkan anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib. Turut hadir Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Noor Abdullah, berkata kejadian jam 5.25 petang itu berlaku sebaik mangsa keluar dari satu persimpangan untuk menghala ke Kuala Kangsar.

“Ketika itu, secara tiba-tiba kereta mangsa bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang memandu bersendirian mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tersepit di tempat pemandu,” katanya.

Soi Lek mahu bantu Melayu bersaing peringkat global




2010/08/22

DALAM pelbagai reaksi yang diluahkan selepas membangkitkan isu ini, Datuk Seri dituduh buta sejarah dan seolah-olah melupakan teras perpaduan negara. 

Apa yang saya bangkitkan berkaitan realiti, bagaimana bukan Bumiputera boleh membantu kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Orang yang kita jemput (pembentang kertas kerja) bukan kucing kurap, mereka mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Kita katakan kalau negara hendak mencapai matlamat MBE dan RMKe-10, nyata kita kena yakinkan pelabur tempatan dan asing, kena tarik pelaburan langsung asing (FDI). Setiap tahun kita kena capai pelaburan RM115 bilion dalam sektor swasta, ia angka besar dan terlalu optimis kerana jika kita perhatikan dalam RMK-9, apa kita dapat tarik tak lebih RM60 bilion atau tak sampai separuh daripada apa yang disasarkan dalam RMKe-10.Ini bermakna kita kena melipatgandakan usaha, antaranya memastikan ekonomi berdaya saing. Saingan bukan antara Cina dan Melayu atau India, tetapi pada peringkat antarabangsa... ini realiti jika kita hendak bersaing dengan negara lain. Dari segi pelaburan, dulu kita di tangga kedua, sekarang tertinggal di belakang Indonesia, Filipina, Vietnam. Kalau tak sedar lagi, kita terus jatuh, tapi kita masih relaks saja, kononnya daya saing ialah antara kita saja... itu tak betul. Isunya ialah bukan persaingan di antara Cina dan Melayu.Jadi, itulah sebenarnya tujuan resolusi ini diluluskan. 

Apa pun yang orang hendak kata, kita dalam MCA menyokong kerajaan dalam pelaksanaan RMKe-10. Saya katakan mengenai ekuiti 30 peratus kerana dalam sektor tertentu sudah sampai masanya kerajaan laksanakan liberalisasi, buka kepada orang tempatan dan asing, antaranya sektor telekomunikasi. Contohnya, jika guna telefon (bimbit) di depan rumah saya, kita tak boleh dengar, kena pergi belakang rumah baru boleh dengar, tapi caj dikenakan adalah tertinggi di dunia. Penggunaan jalur lebar di negara kita paling rendah di rantau ini. 

Ada sektor tertentu sudah sampai masanya kerajaan liberalisasi atau buka untuk orang tempatan dan asing. Bumiputera dapat dibantu untuk berdaya saing, mereka seharusnya diberi apa yang dikatakan price preference, bermakna kalau ada tender, kalau ada award, Bumiputera dapat harga lebih tinggi supaya mampu berdaya saing. Saya beri contoh, kalau projek bernilai RM1 juta, Bumiputera mungkin boleh dapat RM1.1 juta supaya dia untung lebih besar, barulah boleh berdaya saing. Maknanya dia dapat harga lebih tinggi dalam sektor yang diliberalisasi. 

Pada hemat kami dan semua peserta (kongres), ini lebih baik daripada Ali Baba kerana Bumiputera dapat betul-betul belajar sendiri. Memang ada orang kata yang untung orang Cina juga kerana ramai orang Cina jadi pembekal, tapi tak apalah biar untung sama-sama. Dalam perniagaan siapa pandai dia untunglah. 
Maknanya, apa yang Datuk Seri maksudkan ialah pembahagian keuntungan yang sama rata. 

Saya katakan banyak projek diAlibabakan. PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pun sentuh. Dalam syarikat tertentu, sekadar pengerusi dan ahli lembaganya Bumiputera, yang lain dia tak terbabit. Kita mahu wujudkan perkongsian tulen antara Cina dan Melayu. Dalam kongres ini dijadikan satu topik. Kita jemput Tan Sri Liew Kee Sin (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia) serta Tan Sri Lee Oi Hian (Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur Kepong Berhad) sebab nak kongsi dengan peserta bagaimana wujudkan perkongsian pintar di antara Cina dan Melayu sehingga syarikat mereka berjaya. 

Ada tokoh sejarah berpendapat perbahasan mengenai isu Melayu-Cina kini mula kelihatan seperti kempen Pilihan Raya Umum 1969 yang kemudian membawa kepada rusuhan kaum. 

Anda ingat sekarang Cina dan Melayu gaduh? Sekarang rakyat lebih rasional, mereka tahu bagaimana duduk semeja dan berhujah memberikan pendapat. PM pun hadir (kongres) dan tak merajuk, ada juga peserta Melayu. Saya lihat susah nak kerja macam ini. Semua suka kita berpura-pura sehingga sekarang pemuda Cina dan Melayu di bandar tak sokong kerajaan. Sekarang kita dibelenggu budaya pura-pura. 

Bagaimana pula kenyataan Datuk Seri, MCA tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam perkara yang bawa keuntungan kepada masyarakat Cina. 

Kalau pandangan berkaitan kepentingan Cina, itu bukan monopoli DAP... jangan cakap DAP jadi jaguh masyarakat Cina. Kalau kita (MCA) sentuh kepentingan Cina, (orang) kata MCA macam DAP... jadi, orang Cina kata betullah DAP jaga Cina sebab (orang) UMNO pun cakap macam itu. Jadi, MCA jaga siapa? Hujah macam ini sudah tak boleh pakai. Apa yang saya dan pemimpin MCA sentuh... macam DAP. 
Jadi, DAP cakap mereka jaga kepentingan Cina sebab tengok UMNO pun cakap macam itu dan orang Cina pun percaya, MCA tak boleh pakai. Apabila kita (Barisan Nasional) tak dapat sokongan orang Cina, kita cakap sebab Cina tak suka MCA, tapi yang bunuh MCA siapa? 

Tidakkah Datuk Seri melihat perkara seperti ini boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keamanan negara kerana ada menyentuh hak istimewa orang Melayu dalam ekonomi. 

Mana saya sentuh mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru)... tengok ucapan saya, satu benda pun tak sentuh. Saya cakap terus terang, tetapi bagaimanapun penjelasannya, sebahagian orang Melayu tak akan boleh terima, semua seronok dengan agenda sendiri. Saya minta siapa yang tak faham, tengok balik teks ucapan saya dalam laman web MCA pun ada, saya cuma cakap pasal pembangunan di Malaysia, bukan satu kaum dapat semua, (kaum) yang lain dinafikan, tak ada. Semua orang punya kepentingan bersama, untung sama-sama ada yang melatah. 

Saya tiada kuasa hentikan orang daripada bercakap. Saya hanya katakan saya tidak bercadang merampas hak sesiapa dan hanya kemukakan pandangan bagaimana negara dapat berdaya saing pada peringkat antarabangsa, bagaimana yakinkan pelabur dan pertingkat pertumbuhan negara supaya dalam masa singkat, 10 tahun ini kita mencapai negara berpendapatan tinggi... itu saja, bukan saya nak hentam sesiapa. 

Biskut Turki tahan lapar puasa




2010/08/22

‘Sehr-i Ramazan’ tiada kandungan tepung, mentega, garam lebih sihat

ANKARA: Seorang pembuat biskut di wilayah barat laut Edirne, Turki, Arif Meric, mendakwa berjaya menghasilkan biskut khas yang boleh menahan seseorang daripada berasa terlalu lapar ketika berpuasa. 

Arif terkenal kerana pernah menawarkan hidangan istimewa kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ahli gusti sumo, ahli politik dan artis.Beliau menghasilkan biskut itu khususnya bagi mereka yang menghadapi kesulitan berpuasa meskipun selama beberapa jam selain memudahkan seseorang itu daripada terlalu rasai cuaca hari panas di bulan Ramadan dengan membekalkan tenaga kepada mereka.Biskut yang dinamakan ‘Sehr-i Ramazan’ itu disifatkan Arif sebagai berkhasiat kerana ia tidak mengandungi tepung, mentega dan garam, lapor agensi berita Anatolia. 

“Jika Ramadan berlangsung pada musim panas, seseorang akan berpuasa selama 16 jam sehari dan hilang banyak tenaga. Itu sebabnya kami menghasilkan biskut ini untuk memberikan mereka tenaga. 

“Ia mengandungi rempah, madu, kacang pistachio, gula dan putih telur. Pakar kesihatan meminta kita supaya menjauhi mentega, garam dan tepung. 

“Ini kerana bahan terbabit akan menyebabkan masalah kesihatan terutama bagi yang berpuasa, kami menghasilkan biskut ini yang akan membuat orang ramai tidak berasa lapar. 
“Apabila anda makan hanya sekeping biskut ketika sahur dan berbuka puasa, anda tidak akan berasa lapar sepanjang hari. 

“Ini kerana biskut ini adalah sumber tenaga,” katanya sambil menambah sebanyak 259 gram biskut dijual pada harga 5 lira. 

Arif yang dikenali sebagai duta sukarelawan pelancongan oleh penduduk di Edirne turut menghantar pes badam dan biskut kepada Rumah Putih melalui Jawa-tankuasa Edirne, yang turut menyertai Majlis Berbuka Puasa Kebangsaan dianjurkan Obama pada 5 Februari 2009. 

Beliau juga pernah menawarkan khidmat pemakanan khas kepada ahli gusti sumo yang datang ke bandar terbabit bagi menghadiri pertandingan ‘Kirkpinar Oil Wrestling’ ke-649. – Agensi