Search This Blog

Friday, August 13, 2010

Jangan guna perkataan ‘Bufet Ramadan’ jika tiada sijil halal



13/08/2010 6:12pm

MELAKA 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengingatkan pengusaha hotel yang belum memohon pensijilan halal daripada jabatan itu agar tidak menggunakan perkataan “Bufet Ramadan” yang boleh mengelirukan umat Islam terhadap status halal hidangan.
Pengarah JAIM, Sulaiman Harmain Shah juga menasihati umat Islam agar sentiasa peka dan teliti dengan penawaran “Bufet Ramadan” yang ditawarkan oleh hotel yang cuba meraih keuntungan di bulan Ramadan ini.
Setakat hari ini, JAIM mengesahkan 19 buah hotel di negeri ini telah mendapat pensijilan halal daripada jabatan, katanya di sini, hari ini.
Sulaiman berkata, lima lagi hotel di negeri ini masih di peringkat pertimbangan untuk pemberian sijil halal itu.
Umat Islam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hotel halal di Melaka boleh melayari laman web JAIM iaitu www.jaim.gov.my atau menghubungi nombor telefon 06-2882369. – Bernama

Tiga maut dan 18 cedera ribut landa bazar Ramadan



13/08/2010 11:24pm



JASIN 13 Ogos – Angka kematian terkini kejadian ribut kencang di Bazar Ramadan di Stadium Jasin, di sini petang tadi, kini meningkat kepada tiga orang.
Jumlah yang cedera bagaimanapun masih kekal 18 orang.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mengakibatkan kira-kira 40 gerai peniaga di kawasan tersebut musnah dipukul angin. – Utusan

Premis makanan guna produk China

IPOH: Sebuah premis makanan di bandar raya ini diserbu penguat kuasa selepas dikesan menggunakan bahan meragukan dipercayai tidak halal dalam masakannya termasuk mengandungi alkohol dalam operasi bersepadu, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, premis menyediakan makanan laut segar sebagai menu utama itu dikesan menggunakan bahan masakan tidak halal selepas menemui bahan berkenaan di dapur restoran itu.
Ketua Unit Perihal Dagangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Amer Mansor berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan orang awam yang meragui status makanan dihidangkan ‘bufet Ramadan’ di premis berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bahagian dapur premis terbabit menyimpan bahan masakan mengandungi alkohol dan kebanyakannya produk keluaran China.

“Kami mengambil sebahagian sampel bahan makanan itu untuk dikaji bagi mengenal pasti bahan terkandung di dalamnya,” katanya. Katanya, pihaknya menemui salinan sijil halal ayam digunakan premis berkenaan, manakala sijil halal bagi restoran itu tidak ditemui.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 (2) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh didenda RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kedua.

“Operasi ini yang pertama dilaksanakan dan berterusan sepanjang Ramadan bagi mengelakkan pengguna beragama Islam terpedaya dan ragu-ragu dengan tawaran sama,” katanya.

Katanya, setakat ini, tidak ada tindakan diambil terhadap pemilik restoran itu dan mereka dibenar menjalankan perniagaan seperti biasa, namun tidak dibenarkan menyambung promosi berbuka puasa.

Selain itu, katanya, pihaknya menyeru orang awam yang mempunyai maklumat dan ragu mengenai status penyediaan halal di sesebuah premis boleh menghubungi cawangan KPDNKK terdekat.

Jijik bau longkang

KLANG: Menjijikkan. Itulah rungutan dan keluhan peniaga makanan di bazar Ramadan yang terletak di sepanjang Jalan Kenangan, Meru, di sini, berikutan longkang di belakang tapak bazar mereka kotor dan tersumbat.
Antara bahan buangan membuatkan longkang itu tersumbat adalah tin minuman, plastik, botol air, surat khabar dan bekas makanan.
Seorang peniaga makanan dan minuman, Norizan Ramlan, 32, berkata kekotoran longkang di situ sudah lama berlaku namun tiada sebarang tindakan diambil Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk membersihkannya.

“Sampah-sarap yang menyebabkan longkang ini tersumbat amat menyakitkan mata memandang dan jika dibiarkan, hal itu boleh membahayakan kesihatan.

“Lebih-lebih lagi pada bulan puasa sekarang, ramai peniaga terpaksa menjawab aduan pelanggan yang mengatakan tapak bazar kami kadang-kadang berbau busuk,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pihak MPK yang datang beberapa hari sebelum Ramadan untuk melukis dan menulis nombor petak tapak bazar juga tidak melakukan sebarang tinjauan di longkang itu walaupun ada beberapa peniaga yang sudah membuat aduan.

“Jika masalah itu dibiarkan berterusan bukan saja longkang kotor tetapi, boleh menyebabkan banjir kilat.

“Oleh itu, MPK perlu mengambil langkah segera membaiki dan memulihkan longkang berkenaan supaya tidak tersumbat,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati air di sepanjang longkang itu tidak mengalir dan bertakung menjadi tempat nyamuk dan lalat membiak.

Pengunjung, Farawahida Saarani, 24, berkata keadaan itu menyebabkan pelanggan lari kerana risau makanan dijual terdedah kepada lalat yang mungkin pernah hinggap pada sampah-sarap di dalam longkang.

“Masyarakat kini sangat pentingkan kebersihan jadi saya harap masalah longkang yang kotor itu diselesaikan segera dan jika pihak MPK tak menjalankan tugas mereka, mungkin peniaga di sini pula boleh bergotong-royong membersihkannya,” katanya.

Hakim arah bela diri

SHAH ALAM: Pemandu teksi yang didakwa membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4, dalam satu kejadian di Batang Kali, awal tahun lalu diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.
Mohd Fazli Azri Jamil, 28, dituduh membunuh kanak-kanak itu di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom.

Tertuduh pula diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi termasuk teman wanita tertuduh yang juga ibu mangsa, Siti Nurhanim Aziz, 25.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen utama yang menjadi intipati dalam kes itu. Beliau berkata, sebab kematian si mati yang berpunca dari kecederaan parah di kepala dan badan tidak pernah dipertikaikan kedua-dua pihak. Katanya, keterangan empat saksi kejadian membuktikan bahawa tertuduh menyebabkan kecederaan pada si mati dengan menendang, memijak, menutup pintu kereta. “Juga diakui bahawa tertuduh bermain bola pantai bersama mangsa. Tertuduh menyepak bola yang dipeluk Syafiah. “Jika tertuduh adalah seorang yang penyayang atau melakukannya secara tidak sengaja, dia akan tolong kanak-kanak itu. “Perbuatan itu tidak dapat diterima, apatah lagi tertuduh ketika itu memakai kasut yang ada ‘stud’,” katanya. Menurutnya, daya tahan kanak-kanak tiga tahun empat bulan berbeza dengan orang dewasa. Selain itu katanya, keterangan saksi menunjukkan tertuduh dalam keadaan marah selepas terbabit dengan perselisihan faham dengan ibu mangsa. “Ini dapat dilihat menerusi keterangan saksi keenam bahawa tertuduh berkata, kau pernah nampak budak kena terajang,” katanya. Semua keterangan ini katanya adalah bukti ikut keadaan yang merumuskan bahawa tertuduh menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematian kanak-kanak itu. Menyentuh mengenai pembelaan tertuduh bahawa Syafiah Humaira cedera akibat jatuh motosikal, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan pakar perubatan. Katanya, keterangan Pakar Patologi Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor bahawa taburan kecederaan yang tidak setempat dan terlindung. “Jika tertuduh memilih untuk membela diri, saya tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan mengikut undang-undang,” katanya. Mohd Fazli Azri akan membela diri Isnin

Tak mengaku tawar seks RM50

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM50 kepada seorang anggota polis pada Julai lalu.
Tertuduh, J Jayamani, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Shakirah Mokhtaruddin.
Mengikut pertuduhan dia didakwa menawarkan perkhidmatan seks dengan berkata ‘Bos jalan-jalan cari perempuan ke, ambillah saya baru RM50 sekali perkhidmatan seks termasuk bilik’,” bagi maksud persundalan kepada seorang anggota polis P Ravindran. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Penganggur itu turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua kerana tinggal lebih masa di Malaysia antara 16 Jun sehingga 15 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua kesalahan dilakukan di sebuah hotel di Jalan Medan, Bunus Off Jalan Masjid India di sini, pada jam 4.35 petang, 29 Julai lalu.

Shakirah kemudian menetapkan 15 September depan sebagai tarikh sebutan dan pelantikan peguam.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr N Ghanti.

Majikan hina saya'

KUALA LUMPUR: Tidak tahan akibat sering dimaki hamun majikannya sejak beberapa bulan lalu, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembancuh teh membuat laporan polis.
Mangsa, R Krishnavaeni, 42, mendakwa mengalami tekanan perasaan apabila kerap dihina dan dilontarkan perkataan cacian tanpa sebab munasabah.
“Saya tampil membuat pengakuan ini kerana tidak tahan dengan hinaan, malah saya turut dipanggil pelacur oleh majikan saya yang berasal dari India itu,” katanya di sidang media, semalam.

Katanya, sepanjang bekerja di syarikat itu, dia mengetahui banyak rahsia mengenai hubungan seks majikannya.

Malah, pada 7 Julai lalu, kira-kira jam 7 malam, dia dipanggil majikannya itu selepas dia mengadu hal mengenai skandal majikannya itu kepada seorang pengurus projek dalam syarikat berkenaan.

“Saya diberi amaran agar tidak mengambil tahu hal peribadinya sedangkan saya mengetahui semua skandal seksnya di cawangan syarikat terutama di Seremban dan Tampin.

“Saya turut membuat aduan mengenai pergaduhan beberapa pekerja di depan tetamu syarikat kami. Saya memberitahu hal itu kepada pengarah projek kerana tindakan mereka itu boleh menjejaskan reputasi syarikat pembinaan kami,” katanya.

Menurutnya, majikannya itu seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukan itu.

“Apa yang saya kesalkan dia menjerit dengan sekuat hati dengan laungan ‘keluar dari bilik ini pelacur’, saya terkejut kerana dipanggil sedemikian kerana jarak usianya dengan saya seperti ibu dan anak. “Saya seorang wanita Malaysia yang sangat menjaga adat dan perkataan seperti itu adalah sangat sensitif di negara ini. “Saya juga masih lagi seorang pekerja di syarikat berkenaan dan saya takut akan dibuang kerja bila-bila masa saja kerana hal ini. Macam mana saya mahu menyara empat anak yang masih belajar jika dibuang kerja,” katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (Cassa), Datuk Dr Jacob George yang menemani mangsa, turut dimaklumkan menerima lebih lima panggilan daripada pekerja syarikat berkenaan mengenai sering dikacau, maki hamun, dipercayai juga sering dicabul oleh majikannya itu. “Saya minta mereka tampil ke depan untuk membuat laporan polis berkenaan kejadian itu, tetapi mungkin mereka takut dan tidak berani berbuat demikian. Saya juga berterima kasih dengan keberanian mangsa (Krishnavaeni) yang tampil membuat aduan ke atas majikannya itu,” katanya.

Diacu kapak

KUANTAN: “Kelu lidah saya kerana hari kedua Ramadan disambut dengan pengalaman menakutkan apabila diacu kapak dan pemutar skru oleh tiga penyamun yang menceroboh rumah saya.
“Saya anggap kejadian ini ujian Allah supaya bersabar dengan dugaan sempena bulan mulia ini,” kata suri rumah yang hanya dikenali sebagai Ema, 35, selepas rumahnya di Taman Mutiara Perdana, Sungai Karang dimasuki tiga penyamun dipercayai warga asing, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa kerugian RM2,000 termasuk barang kemas dan tiga telefon bimbit selepas tiga penyamun tidak bertopeng menceroboh masuk dengan mencungkil pintu bahagian tepi rumah menggunakan pemutar skru.

Mangsa terjaga dari tidur disebabkan bunyi bising di luar rumah dan bangun untuk memeriksa.

Belum sempat keluar bilik, dia melihat seorang lelaki tercegat berdiri di depan pintu dan mengacukan kapak dan pemutar skru.

Menurutnya, penyamun terbabit mengarahkannya masuk semula dalam bilik sebelum mengejutkan suaminya dan mengikat tangan suaminya menggunakan dawai pagar dipercayai diambil dari rumah jiran.

Katanya, dia merayu supaya tidak diikat kerana mempunyai empat anak berusia dua tahun hingga 11 tahun sebelum penyamun terbabit memintanya menutup lampu beranda.

Ema berkata, selepas merampas wang tunai dan barang kemas rantai leher, cincin, subang, gelang tangan dan tiga telefon bimbit, penyamun itu mengejutkan pula adik lelakinya berusia 25 tahun yang tidur bersama isteri berusia 19 tahun di ruang tamu.

“Adik cuba melarikan diri ke luar rumah dalam keadaan tangan terikat sambil dikejar seorang daripada penyamun itu, tetapi kedua-duanya tersungkur jatuh akibat lantai licin.

“Berlaku pergelutan antara adik dan penyamun terbabit sebelum kami menjerit meminta tolong menyebabkan tiga penyamun itu melarikan diri.

“Saya sendiri hairan adik yang tidur bersama isterinya di ruang tamu tidak dengar bunyi bising di luar rumah,” katanya.

Mat Gian bakar gerai

IPOH: Sekumpulan individu dipercayai Mat Gian bukan saja menceroboh masuk dan menyelerakkan peralatan memasak tujuh lot gerai makan di Pasar Besar Ipoh di sini, malah turut membakar dua gerai berkenaan dalam satu kejadian di sini, semalam.
Selain itu, individu tidak bertanggungjawab terbabit turut menyelongkar peti makanan dan stor gerai berkenaan menyebabkan peniaga menanggung kerugian.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, dua lot gerai makan terbakar manakala tujuh lain dipecah masuk menyebabkan beberapa peralatan memasak termasuk kelengkapan dapur dua peniaga musnah membabitkan kerugian lebih RM1,000.

Seorang saksi yang juga peniaga di pasar itu dikenali sebagai Cheong, 58, berkata dia tiba di gerainya kira-kira jam 2.30 pagi bagi membuat persiapan berniaga sebelum mendapati dua lot gerai terbakar.

Katanya, terkejut dengan kejadian itu, dia memanggil pengawal keselamatan bertugas sebelum menghubungi polis dan bomba.

“Sebelum bomba tiba, saya bersama pengawal keselamatan sempat mengalihkan beberapa tong gas dalam gerai terbakar bagi mengelakkannya meletup.

“Biarpun hanya kebakaran kecil, jika tidak disedari sesiapa, mungkin memusnahkan keseluruhan lebih 30 gerai makan di pasar ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, selain dua gerai terbabit, dia mendapati beberapa gerai berdekatan juga terdapat kesan ceroboh dengan beberapa kelengkapan dapur termasuk bahan memasak disimpan dalam stor makanan berselerak dan terbiar atas lantai.

Sementara itu, Pengerusi MCA Cawangan Pasar Besar Ipoh, Chan Kok Kee, berkata sebelum ini, beberapa kes pecah masuk sering berlaku di kawasan gerai berkenaan kerana wujud beberapa pintu masuk yang menghubungkan kawasan perniagaan itu.

Katanya, pihaknya menyeru Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya membuka satu pagar saja terutama selepas waktu perniagaan bagi membolehkan pengawal keselamatan membuat pemantauan dan mengawal kemasukan individu tidak dikenali seterusnya mengekang kejadian pecah masuk sering berlaku di kawasan itu.

“Saya berharap MBI dapat menimbang cadangan itu sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Mayat berbungkus dalam but kereta dikenal pasti

KUALA LUMPUR: Identiti mayat yang ditemui berbungkus dalam but kereta, Isnin lalu dikenal pasti polis sebagai seorang lelaki bujang dikenali, Sham Sin Hock, 49, dari Jinjang Selatan di sini, yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak lebih seminggu lalu.
Maklumat terbaru itu sekali gus menolak andaian awal mangsa adalah pemilik kereta yang ditinggalkan tersadai berhampiran sebuah taman perumahan di Batu 3, Jalan Ipoh, di sini.
Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis berjaya mengesan alamat pemilik sebenar kereta itu sebelum pergi ke alamat sebuah rumah di Sungai Buloh, di sini. “Bagaimanapun, pemilik kereta terbabit masih hidup dan tiada kaitan dengan kes pembunuhan mangsa.

“Kita masih menyiasat motif pembunuhan mangsa yang masih bujang serta tidak mempunyai pekerjaan tetap. Selain itu mangsa tidak memiliki rekod jenayah,” katanya.

Dia meminta ahli keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan polis berikutan mayat mangsa belum dituntut sehingga kini.

Selasa lalu, akhbar ini melaporkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditemui berbungkus dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan di sebuah taman perumahan.

Difahamkan, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian dipercayai sejak tiga hari sebelum itu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, seorang penduduk di kawasan berkenaan yang curiga selepas terhidu bau busuk menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kejadian berkenaan.

Berbuka dalam lokap

JOHOR BAHRU: 17 pelajar sebuah sekolah di Taman Desa Jaya di sini, berbuka puasa dalam lokap apabila mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas terbabit dalam satu pergaduhan, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, pergaduhan berpunca daripada ejek-mengejek yang membabitkan dua pelajar sebelum bertukar perang mulut ketika mereka makan di kantin sekolah.
Bagaimanapun, ia terus melarat hingga membabitkan pelajar lain dan memburukkan keadaan salah faham itu mengheret kumpulan pelajar terbabit dalam pergaduhan.

Selepas tamat sesi persekolahan, kumpulan pelajar berusia 14 hingga 17 tahun itu kembali bertemu di luar kawasan sekolah kononnya ingin menyelesaikan sengketa terbabit sebelum berlaku pergaduhan itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan remaja itu bagi membantu siasatan.

“Polis sedang menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Walaupun membabitkan jumlah pelajar agak ramai, tetapi hanya beberapa pelajar saja yang mengalami luka ringan.

“Polis juga akan bekerjasama dengan pengurusan sekolah bagi mencari penyelesaian mengatasi masalah terbabit,” katanya.

Menurut Roslan, semua pelajar terbabit direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana memiliki senjata dalam rusuhan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Diminta mengulas kejadian itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Sufa’at Tumin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis dalam hal berkenaan.

“Biasanya, jika perkara itu tidak serius kami akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk sesi kaunseling dan perbincangan sebelum diajak berdamai.

“Bagaimanapun, jika ia serius kami akan mengambil tindakan seperti memberi amaran, gantung sekolah atau paling teruk dibuang terus. Bagaimanapun, perkara itu hanya akan diputuskan lembaga disiplin sekolah sendiri,” katanya.

Akibat tegur anak jiran

SELAYANG: Hanya kerana menasihati anak jiran yang nakal, seorang lelaki cedera dipukul jirannya yang tidak berpuas hati dengan tindakannya kerana dikatakan menjaga tepi kain orang.
Bapa budak berkenaan yang juga penyewa rumah mangsa di Kampung Baru Batu Caves, di sini, bertindak memukul mangsa sehingga cedera di lengan dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu, mangsa, Mohd Rasul Zakaria, 45, didatangi bapa kanak-kanak terbabit berusia 30-an yang tiba-tiba masuk ke rumahnya sebelum memaki hamun ibu mangsa dan keluarganya.

Lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati tindakan mangsa mengadu kepada guru besar sekolah anaknya berkaitan perilaku anaknya yang suka membuat bising dan memecahkan tingkap rumah jiran ketika bermain bola di padang sempit berdekatan rumahnya.

Lelaki terbabit menuduh mangsa mengintip isterinya mandi bagi menutup kesalahan dilakukan anaknya.

Lelaki yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan itu bertindak menyerang mangsa walaupun berkali-kali cuba dileraikan ibu mangsa, malah turut bertindak mengasari ibunya.

Selepas memukul mangsa, lelaki itu meninggalkan rumah mangsa.

Mohd Rasul berkata, anak lelaki terbabit berusia 12 tahun disifatkan kanak-kanak yang sangat nakal kerana gemar merokok walaupun baru bersekolah rendah, malah dia juga memiliki kumpulan samseng sendiri dengan melakukan kegiatan jenayah di sekitar kawasan itu. seperti mencuri harta benda penduduk.

Difahamkan, kumpulan dianggotai anak lelaki terbabit turut disertai beberapa anak warga Indonesia yang tinggal berhampiran dan mereka kerap menghisap ganja dan terbabit dalam kes dadah.

Menurutnya, isteri lelaki terbabit yang menjalankan perniagaan menjual nasi lemak sering menasihati anaknya itu untuk berkelakuan baik, tetapi tidak dihiraukan.

Katanya, dia kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Selayang Sabtu lalu, tetapi tidak diterima kerana anggota bertugas memberi alasan kes itu adalah kecil.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini dan berharap polis selalu datang ke Jalan Bunga Raya Utama 3, Kampung Baru Batu Caves untuk membuat rondaan. Beliau berkata, dia kesal dengan sikap yang ditunjukkan lelaki terbabit yang tidak menghargai nasihat diberikan dan juga jasa baik keluarganya menyewa rumah kepada keluarganya selama hampir dua tahun.

Pelajar terbabit nahas sebelum berbuka puasa

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang penuntut kolej berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang keluar dari simpang Jalan Pulau Kerengga, petang kelmarin, tetapi bernasib baik kerana hanya cedera dalam kejadian itu.
Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang, Mohd Nazrul Farid Abdul Aziz, 20, dari Kolej Ranaco di Kemaman bertolak ke Kampung Gelugor Raja, dekat sini, selepas mendapat cuti tiga hari.
Namun hasratnya berbuka bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia kini terlantar di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebaik doktor mengesah tangan kirinya patah dan cedera di beberapa anggota badan.

Anak sulung daripada 10 beradik itu ketika ditemui di wad berkenaan memberitahu sebelum kemalangan, dia sempat singgah membeli lemang untuk keluarganya.

“Sebelum bertolak, saya menghubungi ibu dan adik-adik meminta mereka menunggu saya untuk berbuka bersama,” katanya.

'Dakwa ikut Seksyen 302'

KUALA LUMPUR: Pesalah kes buang bayi kini berdepan dengan hukuman lebih berat termasuk hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan membunuh selepas kes pembuangan bayi diklasifikasi sebagai kes bunuh.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Kabinet kelmarin memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas melihat kes berkenaan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Kita sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kerana walaupun pelbagai langkah sudah diambil kerajaan, ia masih berleluasa dan memutuskan agar hukuman lebih berat dikenakan.

“Kerajaan tiada pilihan lain lagi kerana pembuangan bayi kini menjadi budaya di negara kita seolah-olah berada pada zaman jahiliah
“Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat kes ini sebagai kes cubaan bunuh atau jika dengan niat sebagai kes bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Perbendaharaan bernilai kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, di sini, semalam.

Menurut Shahrizat, sebelum ini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

“Kini, kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh tanpa niat atau Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh,” katanya.

Shahrizat berkata, sebanyak 241 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 2008 termasuk 60 kes sama direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

“Pelbagai langkah dilakukan dalam usaha bagi menangani kes pembuangan bayi sebelum ini menerusi pendekatan kebajikan termasuk mengadakan kempen dan program di peringkat sekolah dan sebagainya.

“Namun, pendekatan dibuat itu nampaknya tidak diambil berat segelintir pihak menyebabkan isu sama berlaku,” katanya.
Katanya, PDRM juga diminta menggunakan kaedah asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

“Langkah itu wajar untuk membawa pesalah dan pasangannya untuk dihadapkan ke mahkamah serta tidak terlepas daripada hukuman yang sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, pasangan yang terlanjur kemudian hamil dan terdesak untuk bantuan dinasihat supaya mendapatkan dengan pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis dan NGO.
“Kita mahu mereka pergi mendapatkan bantuan daripada saluran betul bagi mengelak mereka terjerumus lebih teruk dengan membuang bayi.

“Pelbagai program dan bantuan disediakan bagi membantu mereka daripada melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.
Amaran juga turut diberikan kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Penduduk Gaza hanya harap kupon untuk isi perut

KUALA LUMPUR: Penduduk Gaza, Palestin memerlukan sumbangan rakyat Malaysia bagi memulihkan kembali wilayah itu akibat peperangan yang tiada kesudahan dan hingga kini lebih 80 peratus rakyatnya masih menganggur dengan hanya menunggu bantuan makanan dunia setiap hari.
Pengerusi Pertubuhan Islamic Palestin Bandar Jabalia, Abdalrahim M Shehab berkata, setiap hari penduduk negaranya menghadapi kesukaran akibat tiada kerja dan hanya mendapat kupon sebelum memperoleh agihan makanan.
“Kita perlu bantuan dan simpati rakyat Malaysia bagi membangunkan kembali lima sektor penting Palestin termasuk aktiviti sosial, pendidikan, kesihatan, pertanian dan ekonomi,” katanya ketika ditemui pada sidang media penerangan terkini berkaitan keperluan rakyat Gaza oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Balai Berita, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Misi Keamanan Dunia (GPM), Mohd Asri Abdul dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Abdalrahim berkata, setiap hari penduduk Gaza terutama pelajar sekolah terpaksa menghadapi situasi sukar untuk ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh lapan kilometer melalui cebisan bangunan runtuh.

“Untuk itu, kita mahu membina kembali sektor pendidikan Gaza bagi memberi ilmu kepada pelajar yang kini berada dalam kesusahan dan kemiskinan,” katanya.

Mohamad Raimi berkata, sempena Ramadan ini, pihaknya berusaha mengumpul dana sebanyak RM150,000 untuk disumbangkan kepada Gaza. Katanya, pihaknya melancarkan Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin Abim dengan kerjasama Berita Harian yang dilancarkan awal Ogos lalu untuk memberi bantuan kepada Gaza. “Hingga kini, sejumlah RM17,000 dikumpulkan untuk diagihkan kepada Gaza untuk bantuan Ramadan ini dan berharap orang ramai sudi memberi sumbangan yang boleh disalurkan ke akaun RHB Islamic, 21401360010196,” katanya.

Kontraktor dakwa dipukul

KAPAR: Seorang kontraktor pasir tidak puas hati selepas ditahan polis kerana didakwa memukul tiga penjawat awam yang bertugas sebagai Pegawai Pejabat Tanah Hulu Selangor Isnin lalu di jalan besar Bukit Beruntung-Sungai Choh.
Lee Kuang Heng, 36, berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Isnin lalu itu, dia memandu kenderaan Toyota Hilux miliknya di jalan besar Bukit Beruntung-Sungai Choh sebelum ditahan sebuah kenderaan yang mengarahkannya berhenti.
“Tiba-tiba tiga lelaki keluar dari kenderaan itu dengan membawa kayu dan meluru ke arah saya seterusnya memukul saya. Cermin depan kereta saya pun pecah sebab dibaling batu.

“Saya gagal berbuat apa-apa dan tak tahu kenapa saya dipukul. Akibat kejadian itu, saya cedera pada tangan, kepala dan kaki,” katanya ketika ditemui di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam.

Lee berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor selain membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah pusat kesihatan di situ. “Selepas membuat pemeriksaan, polis datang menahan saya kerana didakwa memukul penjawat awam.

“Saya direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu sebelum diikat jamin RM2,000 oleh seorang ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Manikavasagam (gambar) berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyifatkan ia sesuatu yang tidak seharusnya berlaku di negara ini.

“Seorang penjawat awam tak patut bertindak macam itu sebab tindakan ganas seumpama ini tak dapat selesaikan masalah.

“Pegawai terbabit yang sedang melakukan operasi memantau juga tak bolehlah bertindak melulu seperti itu kerana boleh mengancam keselamatan orang ramai,” katanya.

Katanya, pihaknya kesal dengan tindakan polis tiba-tiba menahan mangsa.

“Saya kesal dan tidak faham dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi bahawa mangsa hanya cedera disebabkan terjatuh dan bukannya dipukul pegawai berkenaan,” katanya.

Padah bohong di mahkamah

KOTA BHARU: Seorang peniaga kedai runcit didenda RM10,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku salah memberi keterangan palsu berhubung kes politik wang yang sedang dibicara di mahkamah sama pada 16 Mac lalu.
Hakim Rofiah Mohamad mengenakan denda itu terhadap Mohammad Harun, 51, dan hukuman penjara dua tahun menanti tertuduh yang juga bekas ketua cawangan sebuah parti politik jika gagal membayar denda terbabit.
Keputusan berkenaan dijatuhkan Rofiah selepas mempertimbangkan rayuan peringanan hukuman dipohon peguam bela tertuduh, Zahari Kechik, serta mengimbangi faktor pemberatan hukuman dikemukakan pihak pendakwaan.

“Mohamad, selepas mahkamah mempertimbangkan hujahan peguam kamu, pemberatan hukuman pihak pendakwaan dan mengambil kira latar belakang kamu, maka mahkamah perlu menjatuhkan hukuman wajar.

“Dalam situasi kamu pada hari ini (mengaku salah) mahkamah mengenakan denda RM10,000 dan jika gagal bayar, berdepan hukuman penjara dua tahun dan sehari penjara,” katanya ketika menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, Zahari dalam rayuannya memohon mahkamah mengambil kira latar belakang anak guamnya yang mempunyai 10 anak termasuk tujuh masih bersekolah selain pengakuan salah yang menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Tertuduh sekarang menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan di rumah dan menghantar barangan dapur kepada pelanggan. Sekarang tertuduh aktif dalam politik dan pernah menyandang jawatan ketua cawangan sebuah parti politik.

“Anak guam juga insaf dan lebih berhati-hati selepas ini. Mahkamah juga perlu mengambil kira tertuduh memiliki tujuh anak yang masih bersekolah selain akan cuba menghindarkan permainan politik yang tidak sihat kerana menjadi mangsanya,” katanya.

Mendengar rayuan terbabit, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Zakiah Che Mat, menyerahkan kepada budi bicara mahkamah mengenakan hukuman wajar ke atas tertuduh berdasarkan pengakuan salah terbabit.

“Isu dikatakan pihak pembelaan bahawa saksi dipaksa adalah pandangannya semata-mata dan harus dibuktikan sekiranya ingin membuat penyataan sedemikian. Ini kerana sikap sebahagian pihak sebeginilah yang menyebabkan SPRM hadapi masalah di mahkamah seterusnya menjejaskan kes SPRM,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohammad dari Pengkalan Kubor, Tumpat, didakwa memberi keterangan berbeza berhubung satu kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2, dekat sini, membabitkan kes Mohd Anuwari @ Mohd Solleh Mohamad.
Mohammad didakwa memberi keterangan pada jam 2.45 petang: ‘Anuwari datang bayar wang saya sebanyak RM400. Dia berhutang dengan saya’, sedangkan pernyataan itu tidak selaras dengan diberikan kepada Penyiasat Syamsul Ariffin Othman.

Ketika pegawai terbabit menjalankan kuasa di bawah Seksyen 22 (8) Akta Pencegahan Rasuah 1997, keterangannya: ‘Encik Anuwari Muhamad datang ke rumah saya. Beliau menyerahkan wang sebanyak RM400 kepada saya. “Saya tidak tahu dari mana dia mendapat wang itu. Tujuan wang terbabit diserahkan adalah untuk diagihkan kepada ketua-ketua cawangan.” Bagi pertuduhan itu, Mohammad didakwa mengikut Seksyen 27 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Kesalahan itu, Mohammad berdepan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Britain marah Naib Presiden Iran gelar warganya bodoh

LONDON: Pejabat Luar Britain berkata, dutanya di Iran mengecam naib presiden negara itu kerana menganggap warga Britain bodoh.
Walaupun biasanya pegawai Britain enggan melayan kenyataan seumpama itu, dutanya, Simon Gass, menulis dalam blog yang dimuatkan dalam laman sesawang kerajaan mengutuk kenyataan berkenaan.
“Pegawai kerajaan Iran gagal menunjukkan sikap menghormati dengan kenyataan tidak logik dan semberono itu,” katanya.

Dalam ucapannya Isnin lalu, Mohammad Reza Rahimi berkata, warga Britain adalah ‘manusia bodoh yang diperintah mafia’.

Naib Presiden Iran itu turut mengkritik Perdana Menteri Britain, David Cameron, kerana tidak cukup pengalaman mentadbir negara. - AP

Cut kecewa Ariel nafi

JAKARTA: Ariel Peterpan dilaporkan tidak mengaku mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari seperti terpapar dalam rakaman video yang tersebar meluas baru-baru ini.
Menurut sumber, vokalis Peterpan itu menafikan lelaki dalam rakaman itu adalah dirinya.
Laman sesawang kompas.com melaporkan, penafian itu dibuat Ariel ketika bersemuka dengan Cut Tari di Ibu Pejabat Polis Indonesia, kelmarin.

Berdepan dengan kenyataan itu, Cut Tari - sebelum ini mengaku dia mengadakan hubungan seks dengan Ariel - kelihatan tenang.

Katanya, dia memang menjangkakan penafian Ariel itu sejak lama dulu.

“Tidak, saya tidak terkejut langsung kerana memang sebelum ini pun dia tidak membuat pengakuan di media massa.

“Justeru, saya serahkan isu ini kepada pihak yang berkenaan,” katanya.

Ketika disiasat, kata Cut Tari, dia hanya memperkatakan apa yang sepatutnya secara jujur.

Katanya, jika Ariel mendakwa tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap dirinya, itu bukan masalah.

“Itu adalah urusan Ariel, tapi di pihak saya, semuanya sudah dijelaskan kepada polis,” katanya.

Cut Tari juga merujuk kesnya itu kepada Persatuan Peguam Indonesia, semalam.
Walaupun begitu, Cut Tari mengaku dia agak sedih apabila diperlakukan begitu.

Mengaku tidak mampu menggambarkan perasaan itu, dia juga melihat penafian Ariel itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Ia memang aneh, terutama apabila dia terus menafikan pembabitannya dalam klip berkenaan.

“Dia juga menafikan mengenali dan mempunyai perasaan terhadap saya,” katanya. - Agensi

China berang tentera AS jalani latihan di Laut Kuning

BEIJING: Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menggesa negara itu memberi reaksi tegas terhadap rancangan Amerika Syarikat menghantar kapal pengangkut pesawat tentera ke perairan berhampiran untuk menjalani latihan.
PLA berkata, seperti sesebuah negara yang perlu mendapat penghormatan, ketenteraan juga mesti dihormati.
“Jika ada seseorang tidak menyakiti saya, saya juga tidak menyakiti sesiapa, tetapi jika ada yang menyakiti saya, saya pasti menyakitinya,” kata pemimpin PLA, Mejar Jeneral Luo Yuan.

Katanya, kata-kata itu bukan cakap kosong.

Bulan lalu, AS dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan bersama di Laut Jepun berhampiran semenanjung Korea.

Latihan itu dikutuk China dan sebagai tindak balas, Beijing turut mengadakan latihan tentera besar-besaran.

Jurucakap Pentagon, Geoff Morrell, minggu lalu berkata sebuah kapal pembawa jet tentera berkuasa nuklear akan menyertai latihan susulan di Laut Kuning yang terletak di antara semenanjung Korea dan China.

Kapal George Washington itu turut menyertai latihan Julai lalu. - Reuters

Ketua pegawai eksekutif dituduh gagal isytihar bankrap

SEREMBAN: Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kontraktor pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan gagal memaklumkan status kebankrapan ketika menandatangani kontrak dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai lebih RM2 juta, tiga tahun lalu.
Shahrul Affendi Alias, 63, yang memakai baju kemeja cerah dan seluar biru mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.
Mengikut tuduhan, tertuduh dihukum bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 15 Ogos 1991 melalui guaman kebankrapan dan seorang bankrap yang belum dilepaskan.

Shahrul kemudian memasuki dan menandatangani kontrak dengan JKR bernilai RM2,851,014 ketika tempoh kebankrapan itu dan gagal memaklumkan pihak yang berkontrak di Jalan Taman Komersil Senawang 4, Taman Komersil Senawang, Seremban pada 10 September 2007.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 109 (1) akta sama.

Bagi kesalahan itu, dia menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mazilah Manap menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan pada 26 Ogos depan.

“Semua penyerahan dokumen perlu dilakukan dalam tempoh dua minggu dan mahkamah berharap pihak pendakwaan dapat melaksanakannya sebelum tarikh berkenaan,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Insolvensi negeri, Ahmad Muttaqin Robbani Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam, Azman Aziz.

Polis Melaka buru 3 lelaki

MELAKA: Bahagian Siasatan Jenayah (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyenaraikan tiga individu paling dikehendaki yang masih diburu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan liwat.
Mereka ialah Muhammad Shahrol Azwan Hislam, 20, pemegang kad pengenalan bernombor 900616-10-5913 dengan alamat terakhir di G-G-2, Blok Rumah Pangsa Kampung Padang, Pokok Mangga dan Andi Samsor, 23, kad pengenalan 870721-61-5013 beralamat di H-2-04, Jalan Balaut Taman Rinting, Masai, Johor.

Kedua-dua mereka yang kini menghilangkan diri sedang dikesan bagi membantu siasatan kes rogol yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Suspek ketiga Tengku Shaiful Nizam Tengku Abdul Jalal, 30, pemegangkad pengenalan bernombor 800913-04-5023 beralamat di No 104 Jalan Melaka Baru 2/3, Taman Merdeka Baru, Batu Berendam.

Anggota polis tertipu tiket penerbangan

KUALA TERENGGANU: Penipu tidak kenal siapa dan itulah yang berlaku apabila seorang anggota polis turut menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang mengaku boleh menguruskan pembelian tiket kapal terbang sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Wanita itu menggunakan perwatakan lemah lembut selain kedudukannya selaku bekas kakitangan syarikat penerbangan, menyebabkan mangsa mudah terpengaruh.

Dalam kejadian Mei lalu, mangsa dari perumahan polis di sini membeli enam keping tiket ke Sabah dan Sarawak bernilai lebih RM2,000 daripada seorang wanita.

Selepas memasukkan wang ke dalam akaun wanita berkenaan, suspek gagal dihubungi dan mangsa tidak mengetahui status tempahannya sehingga hari ini.

Dua tertuduh kes bakar gereja dipenjara lima tahun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik setelah mendapati mereka bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini.
Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya, Raja Mohamad Izham, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah selepas dipanggil membela diri.
Kedua mereka didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Jan lepas.

Kedua-dua beradik itu dituduh melakukan kesalahan tersebut bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 30 Julai lalu rakan mereka, Azuwan Shah Ahmad, 23, dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan atas tuduhan yang sama.-Bernama

'Jutawan' Lubnan dipenjara enam tahun lima bulan kerana menipu

KUALA LUMPUR : Seorang warga Lubnan yang mendakwa dirinya seorang jutawan, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia didapati bersalah atas dua tuduhan menipu dan satu tuduhan menyalahguna pas lawatan, lima tahun lalu.
Elie Youssef Najem, 50, dihukum penjara tiga tahun bagi dua tuduhan menipu dan lima bulan bagi tuduhan menyalahguna pas lawatan selepas Majistret Mohd Azali Ibrahim mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kes berkenaam.
Beliau memerintahkan hukuman itu berjalan berturut-turut mulai hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Azali membenarkan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan pasportnya ditahan sehingga kes selesai.

Elie yang pernah berjanji untuk menyumbang RM1 bilion kepada Majlis Kanser Nasional, didakwa menipu Tan Sim Chai, 64, dengan memperdaya Tan bahawa dia akan membayar balik hutangnya apabila memperoleh wang dari luar negara berjumlah 2.6 juta pound sterling.

Tindakan Elie itu mendorong Tan menyerahkan sembilan keping cek Maybank berjumlah RM22,000 pada kira-kira jam 10 malam, 12 September 2005.

Bagi tuduhan kedua, Elie didakwa menipu Tan atas alasan yang sama hingga mendorong Tan menyerahkan RM13,000 pada pukul 11 malam, 13 Sept 2005. Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Elie turut didakwa melakukan kesalahan mengikut peraturan 11(7) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja sebagai pengarah syarikat dengan menggunakan pas lawatan.

Ketiga-tiga pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kuan Seng, di sini.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Terdahulu, peguam S. Selvam yang mewakili Elie memohon agar mahkamah menangguhkan hukuman yang dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan termasuk diabetes dan dia memerlukan rawatan untuk penyakitnya itu.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran membantah penangguhan hukuman itu dengan alasan rayuan yang diberikan oleh peguam bela adalah tidak relevan.

"Tertuduh telah cuba menipu pengadu dan saya rasa alasan bahawa penangguhan hukuman ke atas tertuduh kerana penyakit yang dialami yang diberikan oleh peguam bela adalah tidak kuat...walaupun tertuduh berada di penjara, dia tetap akan mendapat perubatan bagi mengubati penyakit yang dihidapinya," katanya.

-Bernama

Lelaki Nigeria dan tukang urut tempatan dilepas dan dibebas daripada tuduhan dadah

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan seorang tukung urut wanita warga Malaysia dan seorang penganggur lelaki warga Nigeria dari tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu terhadap Zuhaila Abu Bakar, 29, dan Nnoli Chidi Rayes, 36, kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, kerana mengedar kokain seberat 5,186.4 gram di sebuah apartment di Jalan Damai Perdana Bt 9 Cheras pada 11 Mei 2007 pukul 6.00 petang. Asmabi berkata, antara fakta pihak pendakwaan yang dipertikaikan mahkamah ialah mengapa dua wanita yang turut berada bersama Zuhaila dan Rayes dalam rumah itu semasa serbuan polis tidak dikemukakan sebagai saksi. "Semasa serbuan dibuat Zuhaila berada di ruang tamu bersama dua wanita berkenaan yang sedang makan sementara Rayes didapati berada di bilik tidur utama rumah itu yang disewa oleh Zuhaila," katanya. Asmabi berkata, antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan mahkamah bagi menyabitkan tertuduh dengan dakwaan itu ialah mereka memiliki dadah itu dan dadah itu di dalam jagaan dan kawalan mereka. Dadah kokain itu ditemui di dalam bungkusan plastik yang dijahit pada tujuh helai jeans dalam satu beg yang diperiksa semasa Rayes berada di dalam bilik itu. Bagaimanapun, beliau berkata Zuhaila tidak boleh dikatakan mempunyai kawalan terhadap rumah itu kerana ada orang lain di dalam apartment berkenaan. "Bilik itu pun banyak pakaian wanita dan tidak ada keterangan bilik itu di bawah kawalan OKT 1 (Rayes) dan OKT 2 (Zuhaila)," kata beliau. -Bernama

Polis serbu sarang pelacur di Rasah Jaya

SEREMBAN: Seramai 22 wanita asing yang menawarkan khidmat seks di sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya gagal melepaskan diri daripada tangkapan polis Operasi Noda di sini malam tadi.
Serbuan itu dibuat pada 10 malam tadi oleh tiga pegawai dan 12 anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan kerjasama polis negeri.
Jurucakap polis ketika dihubungi Bernama berkata wanita-wanita terbabit, yang berusia antara 20 dan 40 tahun, mengenakan caj RM50 kepada setiap pelanggan sebagai teman berbual manakala untuk hubungan seks, mereka mengenakan bayaran di antara RM300 dan RM350 sejam.

"Ada antara mereka yang menyamar sebagai pelajar," katanya. Pusat hiburan itu terletak di empat lot kedai dua tingkat dan pemiliknya mengubahsuai premis itu dengan membina bilik-bilik kecil.

Premis itu turut dipasang kamera litar tertutup untuk memantau kedatangan pihak berkuasa selain mempunyai pintu-pintu rahsia ke satu bilik persembunyian.

Seramai 18 pekerja pusat itu turut ditahan, tiga daripadanya positif dadah dan seorang lagi disyaki menjadi "ibu ayam".-Bernama

Bapa maut motosikal dilanggar kereta

SEREMBAN: Hasrat seorang bapa untuk membeli persiapan Hari Raya berakhir apabila beliau maut selepas motosikal yang ditunggang bersama anak lelakinya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran persimpangan Senawang, 8.30 malam tadi.
Menurut jurucakap polis, mangsa, Yusof Basiron, berusia 50-an, maut di tempat kejadian selepas mendapat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anaknya yang berusia 16 tahun terselamat dan hanya mengalami cedera di kaki.
Mereka dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Pilah ke bandar Seremban, katanya ketika dihubungi Bernama.

Manakala pemandu lelaki kereta Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan.-Bernama

Warga Kemboja dipenjara selepas cuba rasuah anggota polis

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Kemboja yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana cuba merasuah seorang anggota polis, Isnin lalu.
Hakim Sabariah Atan memerintahkan Sles Man menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap iaitu 9 Ogos lepas, sebelum dihantar pulang ke Kemboja.
Sles, 30, dari Phnom Penh dan bekerja sebagai penoreh getah di Serting, Jempol di sini, juga berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda.

Menurut kertas pertuduhan dia cuba memberi rasuah sebanyak RM150 kepada anggota polis yang menahannya dalam satu sekatan di Jalan Bahau-Mahsan pada 6.30 petang, sebagai dorongan untuk tidak menangkapnya kerana memiliki pasport tamat tempoh, iaitu setakat 9 Feb 2008.

Sles didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fiza Fazlin Fandi.

-Bernama

Polis tahan tujuh suspek kes bunuh

LUMUT: Polis menahan tujuh suspek berhubung kes pembunuhan seorang Anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Changkat Keruing dekat sini pada 31 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata ekoran penangkapan berkenaan, polis masih memburu seorang lagi suspek utama yang dikenali sebagai Nyi Aung, 22, seorang warga Myanmar.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata polis telah menghasilkan gambar fotofit suspek itu dan diedarkan di semua pintu keluar masuk negara.

Salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan itu adalah saudara kepada suspek berkenaan, katanya.

Pada kejadian 31 Julai lalu, mayat Lim Ting Peng, 49, yang juga Ketua cawangan MCA Changkat Keruing, ditemui terperosok dalam sebuah perigi di kawasan Ladang Ternakan Ayam, Ong Lai miliknya.

Mayat mangsa ditemui sehari selepas keluarganya membuat aduan polis mengenai kehilangan beliau.-Bernama

Polis Temerloh buru penjenayah warga Colombia

TEMERLOH: Polis Temerloh sedang memburu tiga penjenayah warga Colombia yang dipercayai cuba merompak rumah seorang tauke kilang papan di Taman Setia, Mentakab Rabu lalu.
Mereka dikenali sebagai Hernandez Munoz Siervo Amadeo, 37, Martinez Castillo Juan Eduardo, 41, dan Andres Manuel Lopez Pataquiva, 26.
Mereka dipercayai turut melepaskan dua das tembakan kepada pegawai polis yang cuba menyiasat mereka.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, suspek disyaki warga Colombia berdasarkan pengenalan diri yang mereka tinggalkan di dalam kereta yang mereka naiki untuk merompak rumah berkenaan.

Polis telah mengedarkan gambar-gambar penjenayah terbabit.

Beliau berkata, cubaan ketiga-tiganya untuk merompak rumah tauke berkenaan yang menaiki sebuah Proton Persona disedari oleh seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berhampiran rumah berkenaan.

"Apabila dihampiri untuk diperiksa, suspek terus melarikan diri ke dalam belukar berhampiran.

"Ketika cuba mengejar suspek, pegawai tersebut mendengar dua bunyi letupan dipercayai tembakan yang dilepaskan penjenayah terbabit.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta penjenayah yang ditinggalkan, polis menemui beberapa peralatan pecah rumah.

"Berdasarkan peralatan itu, mereka adalah pakar dalam aktiviti pecah rumah," kata Ahmad Fadzillah.-Bernama

'Saya diadili Tuhan'

SEREMBAN: Tertuduh kes bunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, Januari lalu, Rasidi Ismail, 32, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa dia membawa kepala bapanya yang disembelih keluar dari kawasan rumah menggunakan motosikal hingga ke pekan Tampin.

TERTUDUH...Rasidi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, semalam.
TERTUDUH...Rasidi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, semalam.


Ketika memberi keterangan dari kandang tertuduh, Rasidi yang memakai baju kemeja putih berkata, sebaik sampai di Tampin, dia meneruskan perjalanan ke Seremban menggunakan sebuah teksi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur.

“Saya turun di Petaling Street dan mendapat visual imej seorang bekas teman saya iaitu Sherry meminta saya tunggu di Kuala Lumpur dan saya menyewa sebuah hotel bajet di Petaling Street. Saya menunggu dia (Sherry) sehingga esok paginya.

“Pada malam itu, saya diadili oleh Tuhan di atas pembunuhan yang dilakukan dan dijatuhi hukuman pancung,” katanya.

Menurutnya, pada pagi itu, dia mendapat tulisan di langit meminta supaya menanam kepala bapanya di mana-mana tanah perkuburan Islam lalu dia pergi ke Shah Alam menaiki sebuah teksi.

Katanya, sebaik sampai di sana, dia menanam kepala bapanya berhampiran pagar dan balik semula ke Kuala Lumpur dengan teksi sebelum solat Zuhur di Masjid Jamek Kuala Lumpur.
“Selepas itu, saya (pergi) ke Penjara Pudu untuk menjalani hukuman pancung, tetapi saya dapati Penjara Pudu sudah ditutup lalu saya bertanyakan kepada anggota polis yang bertugas di situ di mana tempat hukuman pancung dijalankan kerana saya dijatuhkan hukuman di dalam perbicaraan.

“Saya kemudian diarahkan oleh anggota polis itu supaya pergi ke belakang mahkamah dekat Dataran Merdeka dan apabila sampai di situ, saya dapati mahkamah berpindah lalu kembali semula ke Masjid Jamek Kuala Lumpur,” katanya.
Rasidi berkata, pada sebelah petang, dia mendengar ribuan suara manusia di sekeliling menyebabkannya menjadi bingung dan berkecamuk.

Menurutnya, dia mendengar suara itu menyerang anggota polis supaya anggota polis menembak kepalanya yang membawa maksud hukuman pancung terbabit terlaksana.

Katanya, dia mengambil sebilah pisau dari kedai makan berdekatan Masjid Jamek Kuala Lumpur lalu berjalan mencari balai polis berhampiran, namun berjumpa dengan anggota polis yang meronda di Stesen LRT Masjid Jamek dan mengacukan pisau ke arah mereka dengan harapan anggota polis itu menembak kepalanya.

“Namun, mereka tidak menembak kepala saya bahkan mengejar dan berjaya menahan saya lalu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Rasidi menghadapi pertuduhan membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuknya, Atan Daud, 87, dan neneknya, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi dan 11 pagi pada 5 Januari lalu.

Selain itu, dia dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119 kampung berkenaan pada tarikh dan waktu sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Pada perbicaraan hari ketiga semalam, dua saksi pihak pembelaan iaitu bekas tunang dan majikan memberikan keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin.

Sementara itu, bekas tunang mangsa, Mysharah Mohammad Ali, 29, ketika menjawab pertanyaan peguam bela tertuduh, Hanif Hassan, berkata dia ada menerima panggilan daripada Rasidi pada malam 3 Januari lalu yang memberitahu beberapa ahli keluarganya sudah meninggal dunia.

Bekas majikan tertuduh, Azahar Abdul Halim, 35, berkata Rasidi mula berubah sikap selepas beberapa bulan bekerja di syarikat pembinaan di Shah Alam.

Katanya, Rasidi yang bekerja pada September 2008 sebagai pegawai penyelaras tapak projek mula berubah sikap dengan bercakap seorang diri di tapak binaan selain enggan mendengar arahan daripada orang lain.

Perbicaraan akan bersambung pada 1 dan 2 September depan dengan pihak pembelaan akan mengemukakan saksi penting iaitu seorang pakar sakit jiwa.

JPM periksa bot

MELAKA: Sejumlah 150 bot menangkap ikan bersaiz besar dan kecil berpangkalan di jeti nelayan Muara Sungai Duyong, Padang Temu, diperiksa Jabatan Perikanan Melaka (JPM) di sini, bagi memastikan ia selamat digunakan nelayan sebelum ke laut.
Ia membabitkan 50 bot besar nelayan Sungai Melaka yang berpindah ke muara terbabit beberapa tahun lalu selain 70 perahu kecil milik nelayan Padang Temu dan 30 perahu kecil di Kota Laksamana.
Pengerusi Persatuan Nelayan Wilayah Melaka Selatan, Othman Ahmad berkata, pemeriksaan setiap dua tahun itu bertujuan memastikan keadaan fizikal serta ciri keselamatan bot berkeadaan baik dan mempunyai aspek keselamatan.

“Antaranya, pihak berkenaan mengukur panjang bot selain memeriksa enjin bot jika terdapat sebarang perubahan pada enjin berkenaan.

“Selain itu, mereka turut memeriksa ciri keselamatan bot yang menggunakan enjin dalam khususnya bot besar,” katanya ketika ditemui di lokasi Pemeriksaan Vesel untuk Tujuan Pembaharuan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan Tahun 2011/12 di Muara Sungai Duyong, baru-baru ini.

Sementara itu, Othman berkata, semua perahu dan bot menangkap ikan turut digalakkan menggunakan atau menyediakan jaket keselamatan ketika pemeriksaan.

Katanya, jika terdapat sebarang perubahan atau kekurangan pada sesuatu bot atau perahu berkenaan pihak JPM akan mengambil tindakan lanjut terhadap pemilik terbabit termasuk tidak boleh memperbaharui lesen vesel.

Pejabat kerap dipecah masuk

PETALING JAYA: Peniaga dan penyewa lot pejabat di Bandar Sunway di sini, kini kebimbangan berikutan kejadian pecah pejabat yang semakin kerap dilaporkan di kawasan berkenaan sejak akhir ini hingga mengganggu tumpuan mereka melakukan urusan harian.
Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan kebanjiran pekerja asing yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan. Difahamkan, kejadian berlaku pada awal pagi antara jam 1 hingga 5 pagi ketika premis kosong dan penduduk berhampiran tidur nyenyak.
Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati, pintu di beberapa pejabat diumpil dengan besi menyebabkan pintu rosak.

Mangsa, Jason Hee, berkata tidak sampai setahun pejabat syarikatnya beroperasi di situ, sudah tiga kali pejabatnya dimasuki pencuri dan terbaru pada minggu lalu menyebabkan kehilangan lebih 25 komputer dan komputer riba. Katanya, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM10,000 dan tiga laporan polis sudah dibuat.

“Walaupun saya memasang kamera litar tertutup (CCTV), suspek sangat licik apabila mengalihkan CCTV itu hingga menyebabkan kami tidak boleh mengesan mereka.

“Saya tidak tahan dengan keadaan ini kerana menyebabkan pintu rosak serta kehilangan harta benda,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Pekerja swasta, Nor Azhara Zulkifli, 23, berkata kebanyakan pejabat di kawasan itu dimasuki pencuri yang dipercayai menggunakan besi untuk membuka pintu pejabat dengan mudah.

Katanya, keadaan itu menimbulkan ketakutan di kalangan pekerja kerana selain kes pecah pejabat, ada juga kes ragut berlaku di kawasan itu terutama pada waktu malam.

“Saya minta pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan ini kerana terlalu kerap berlaku jenayah.

“Saya juga berharap polis meletakkan CCTV di kawasan ini yang menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya.

Nor Azhara berkata, kejadian itu kini menjadi ancaman kepada pekerja di kawasan itu dan dia khuatir berlaku kejadian lebih buruk lagi pada masa akan datang.

Penjara jika tidak hormati bulan puasa

DUBAI: Polis Dubai menggesa masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan dengan tidak meminum, merokok dan makan di khalayak ramai.
Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah di Jabatan Hal Ehwal Polis, Kolonel Mohammad Nasser Al Razooqi, berkata, mencemari kemuliaan bulan puasa menyinggung umat Islam dan dianggap perlakuan jenayah yang menyalahi undang-undang.
Gulf News melaporkan polis Dubai menahan tiga individu iaitu dua Arab dan seorang warga Eropah kerana makan dan minum pada waktu siang pada bulan Ramadan tahun lalu.

Menurut undang-undang Persekutuan jenayah keagamaan, pesalah yang didapati makan, minum atau merokok pada bulan Ramadan akan dipenjara sebulan atau didenda Dh2,000 (RM1,735).

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Brigadier Khalil Ebrahim Al Mansouri menggesa orang awam memaklumkan pihak polis sekiranya mereka melihat individu yang melanggar undang-undang pada bulan puasa. Sebanyak 24 orang sudah dipenjarakan kerana melanggar undang-undang pada bulan puasa sejak tiga tahun lalu. - Agensi

Cuba rasuah polis: Warga Kemboja dipenjara




SEREMBAN - Seorang lelaki warga Kemboja yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana cuba merasuah seorang anggota polis, Isnin lepas.
Hakim Sabariah Atan memerintahkan Sles Man menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap iaitu 9 Ogos lepas, sebelum dihantar pulang ke Kemboja.
Sles, 30, dari Phnom Penh dan bekerja sebagai penoreh getah di Serting, Jempol di sini, juga berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda. - Bernama

Bapa maut motosikal dilanggar kereta



13/08/2010 5:05pm

SEREMBAN - Hasrat seorang bapa untuk membeli persiapan Hari Raya berakhir apabila beliau maut selepas motosikal yang ditunggang bersama anak lelakinya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran persimpangan Senawang, 8.30 malam tadi.
Menurut jurucakap polis, mangsa, Yusof Basiron, berusia 50-an, maut di tempat kejadian selepas mendapat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anaknya yang berusia 16 tahun terselamat dan hanya mengalami cedera di kaki.
Mereka dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Pilah ke bandar Seremban.
Pemandu lelaki kereta Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan. - Bernama

10,000 warga Indonesia pulang raya guna SPLP



13/08/2010 5:35pm

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 pencari nafkah warga Indonesia tanpa dokumen perjalanan dijangka pulang ke tanah air mereka secara beransur-ansur bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Anggaran tersebut dibuat berdasarkan permohonan Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang diterima Kedutaan Indonesia di Malaysia sejak kebelakangan ini, kata Kaunselor Penerangan, Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia Widyarka Ryananta.
Secara purata, kedutaan menerima antara 200 dan 300 permohonan sehari sejak akhir-akhir ini dan jumlah ini dijangka meningkat menjelang Aidilfitri, katanya hari ini. - Bernama

Polis tahan tujuh suspek kes bunuh



13/08/2010 5:34pm

LUMUT - Polis menahan tujuh suspek berhubung kes pembunuhan seorang Anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Changkat Keruing dekat sini pada 31 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd. Jamil Osman berkata, ekoran penangkapan berkenaan, polis masih memburu seorang lagi suspek utama yang dikenali sebagai Nyi Aung, 22, seorang warga Myanmar.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata polis telah menghasilkan gambar fotofit suspek itu dan diedarkan di semua pintu keluar masuk negara. - Bernama

Polis buru penjenayah warga Colombia



13/08/2010 6:09pm

TEMERLOH – Polis Temerloh sedang memburu tiga penjenayah warga Colombia yang dipercayai cuba merompak rumah seorang tauke kilang papan di Taman Setia, Mentakab pada Rabu lepas.
Mereka dikenali sebagai Hernandez Munoz Siervo Amadeo, 37; Martinez Castillo Juan Eduardo, 41; dan Andres Manuel Lopez Pataquiva, 26.
Mereka dipercayai turut melepaskan dua das tembakan kepada pegawai polis yang cuba menyiasat mereka.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, suspek disyaki warga Colombia berdasarkan pengenalan diri yang mereka tinggalkan di dalam kereta yang mereka naiki untuk merompak rumah tersebut.
Polis telah mengedarkan gambar-gambar penjenayah terbabit. – Bernama

Gudang haram tepi pagar sempadan diserbu



13/08/2010 6:42pm

PADANG BESAR - Sebuah gudang haram dalam hutan di pinggir pagar sempadan yang dipercayai menjadi lokasi transit diesel dan petrol bersubsidi ke Thailand diserbu Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) di sini hari ini.
Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, dalam serbuan pukul 9.15 pagi itu, pihaknya merampas 650 liter petrol bersubsidi serta peralatan berkaitan termasuk pam penyedut.
Beliau berkata, penyeludup menjadikan gudang yang tersorok di kawasan hutan yang terletak kira-kira 100 meter dari pagar sempadan itu sebagai tempat penyimpanan minyak sebelum diangkut kenderaan Thailand.
Katanya, di lokasi yang sama, kira-kira pukul 9.45 pagi UPP membuat serbuan ke rumah tidak bernombor dan menemui sebuah kenderaan pikup bernombor pendaftaran Thailand yang ditinggalkan dalam keadaan enjinnya masih hidup. - Bernama

5 maut, 500 terperangkap dalam runtuhan lumpur di China

BEIJING: Runtuhan lumpur akibat hujan lebat menyebabkan lima orang terbunuh manakala 500 lagi terperangkap di wilayah barat daya China, Sichuan, lapor agensi berita Xinhua.

Laporan singkat itu tidak menyatakan butiran bencana.

Lebih 1,000 orang terbunuh di bandar Zhouqu di wilayah barat laut Gansu akibat runtuhan lumpur dari gunung selepas hujan lebat minggu lalu. - Reuters

. 2 mayat lelaki ditemui di Ipoh

IPOH: Dua mayat lelaki ditemui dalam dua kejadian berasingan di sini hari ini dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar, berkata dalam kejadian pertama seorang lelaki ditemui mati lemas di sebuah lombong tinggal di Taman Sri Tanjung, Tanjung Rambutan di sini hari ini.
Ibrahim berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hosital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, Hoh dilaporkan keluar dari rumah abangnya sejak Rabu lalu tanpa sebarang pesanan, abangnya yang merasa bimbang kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut apabila menemui mayat mangsa terapung di lombong berkenaan yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan Hoh, dan mangsa dipercayai mati lemas akibat terjatuh ketika pergi ke lombong berkenaan.

Tiada unsur jenayah membabitkan mangsa dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian lain, seorang lelaki Roger A/L Arukanathan, 38, ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pasar raya di sini semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang tinggal di Bercham mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.

"Kejadian pada 6.10 petang semalam itu disedari seorang pekerja pasar raya itu apabila terdengar bunyi seperti benda jatuh dan terkejut mendapati seorang lelaki terbaring dengan darah berlumuran di kepala dan badan.

"Kejadian itu sedang disiasat, dan setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," katanya. - BERNAMA

Kanada tahan kapal kargo seludup hampir 500 warga Sri Lanka

VANCOUVER: Tentera Laut Kanada memintas kapal kargo yang membawa sekurang-kurangnya 500 pelarian Sri Lanka dan bersedia untuk membuat pemeriksaan ke atas mereka kerana bimbang terdiri daripada kumpulan pemberontak yang ditumpaskan dan diharamkan, Tamil Tiger.

Selepas beberapa hari dikesan pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat (AS), tentera laut dan kakitangan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada menahan kapal MV Sun Sea, apabila kapal kargo itu dikesan beralih arah daripada destinasi yang ditetapkan di kawasan Vancouver.
Menteri Keselamatan Awam, Vic Toews, berkata kapal yang dilengkapi bendera Thailand itu membawa 490 pelarian berada di dalamnya, tetapi pihak berkuasa Kanada tidak dapat mengesahkan identiti mereka.

Beliau berkata, ada di kalangan individu di dalam kapal itu adalah suspek penyeludup manusia dan pengganas. - AFP

Pencuri ajak polis bertumbuk

SUBANG JAYA: Dua lelaki bukan saja membelasah seorang pemandu van berusia lewat 30-an, malah turut mengugut dan mencabar dua anggota polis untuk bertarung dengan mereka di sini, kelmarin.
Tindakan biadab suspek berusia awal 20-an itu berlaku selepas kurang 10 minit mereka melarikan sebuah kereta mewah Honda Accord milik seorang pengusaha bengkel kenderaan di kawasan perindustrian di sini.
Kejadian kira-kira jam 7 malam itu bermula apabila seorang daripada suspek yang memandu kereta Perodua Myvi terlanggar sebuah van dari belakang ketika baru selesai mencuri sebuah kereta bersama rakannya.

Menurut sumber, suspek dan mangsa berhenti di bahu jalan untuk berunding sebelum dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan berhenti di tempat kejadian.

“Anggota polis berkenaan memeriksa kad pengenalan kedua-dua suspek sebelum cuba menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Sumber berkata, lima minit kemudian seorang lelaki dipercayai rakan suspek tiba di tempat kejadian.

“Rakan suspek yang memandu kereta mewah yang baru dilarikan itu berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sebelum mengarahkan anggota polis berkenaan mendiamkan diri.

“Lelaki terbabit mencapai topi keledar milik seorang daripada anggota polis itu untuk membelasah mangsa,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua anggota polis berkenaan cuba meleraikan kejadian itu, namun lelaki terbabit mengamuk sebelum cuba menyerang anggota polis berkenaan sebelum mencabar mereka untuk bertarung.

“Suspek bertambah berang sebelum merampas walkie-talkie milik anggota polis berkenaan ketika cuba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis berkenaan cuba menenangkan kedua-dua suspek.

Pijak bapa tiri

AMPANG: “Walaupun hanya anak tiri, sampai hati dia menendang saya hingga terjatuh sebelum memijak kaki kanan saya hingga retak,” kata Salam Ahmad, 63, yang dibelasah anak tirinya ketika berada di Balai Polis Pandan Indah, Sabtu lalu.
SAKIT...Salam menunjukkan kakinya yang patah.
SAKIT...Salam menunjukkan kakinya yang patah.
Salam berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya berada di balai polis berkenaan kerana mahu berbincang mengenai masalah peribadi.

“Saya ke balai kerana membuat laporan apabila isteri saya mengugut mahu membakar teksi saya selepas saya mengesyaki dia ada hubungan sulit kerana sering pulang lewat dari tempat kerja.

“Isteri dan anak tiri saya turut ke balai berkenaan kerana saya mahu berbincang dengan isteri bagi menyelesaikan masalah berkenaan secara baik,” katanya.

Namun, ketika itu anak tirinya, wanita berusia 30-an, tiba-tiba menghampiri dan menolak kepala Salam menyebabkan seorang anggota polis menegur perbuatan itu sambil meminta dia menghormati lelaki berkenaan walaupun hanya bapa tirinya.

Menurutnya, walaupun ditegur, wanita terbabit masih tidak dapat mengawal kemarahan dan menendangnya hingga terjatuh sebelum kaki kanannya dipijak.
Salam berkata, dia langsung tidak berdaya dan hanya merayu anaknya itu berhenti memijaknya sebelum anggota polis berkenaan sekali lagi masuk campur untuk mententeramkan keadaan.

“Saya hanya menahan kesakitan dan tidak berdaya melawan kudrat anak tiri saya itu, lebih-lebih lagi kerana saya ada masalah kesihatan akibat penyakit buah pinggang yang dialami sejak lima tahun lalu.
“Mujur seorang anggota polis cepat bertindak dan masuk campur sebelum mententeramkan anak tiri saya itu,” katanya.

Menurut Salam, selepas kejadian, isteri dan anak tirinya beredar tanpa mempedulikannya dan dia bernasib baik kerana anggota balai berkenaan memberikan bantuan.

“Pada mulanya saya enggan melaporkan kejadian itu kerana tidak mahu memanjangkan kes, namun atas nasihat beberapa anggota polis dan kecederaan yang dialami membuatkan saya terpaksa membuat laporan,” katanya.

Berikutan itu, Salam dimasukkan ke hospital kerana retak kaki kanan selain beberapa kecederaan di tangan.

Warga emas itu dibenarkan keluar dari hospital semalam dan dia yang menghidap penyakit buah pinggang ditemui di sebuah pusat dialisis di Ampang ketika mendapatkan rawatan.

Salam berkata, dia terkilan dengan perbuatan anak tirinya itu yang sanggup menendang dan memijak orang tua sepertinya tanpa belas kasihan, lebih-lebih lagi dalam situasi dirinya yang lemah kerana menanggung penderitaan akibat penyakit buah pinggang.

“Sejak usianya setahun, dia tinggal bersama saya, namun ini balasan yang diterima dan saya kecewa dengan tindakan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan Salam.

Wanita tercampak dilanggar pacuan 4 roda

SEREMBAN: Seorang wanita maut akibat tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang dinaikinya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 273.5 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat sini, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan, kelmarin.
REMUK...keadaan Perodua Kancil dinaiki mangsa yang remuk.
REMUK...keadaan Perodua Kancil dinaiki mangsa yang remuk.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Norah Zakaria, 45, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika berada di lorong kanan menyebabkan kenderaannya gagal dikawal lalu terbabas ke kiri lebuh raya.

Jurucakap polis berkata, kenderaan itu kemudian masuk ke dalam longkang di kiri lebuh raya dan mangsa tercampak keluar sebelum mati di tempat kejadian.

“Anak lelaki Norah berusia 11 tahun yang turut berada dalam kenderaan berkenaan patah tulang pinggul.

“Pemandu kereta Perodua Kancil iaitu seorang wanita berusia 27 tahun dan dua lagi wanita yang turut berada dalam kenderaan itu hanya cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada siasatan polis, semua mangsa yang menaiki kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Klang, Selangor.

Menurutnya, setakat ini pemandu kenderaan pacuan empat roda berwarna gelap belum tampil membuat laporan mengenai kemalangan itu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan,” katanya.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Taufiq Abd Samad di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.

Tukang masak Osama kena hukum penjara





2010/08/12

GUANTANAMO: Bekas tukang masak Osama bin Laden dijatuhi hukuman penjara 14 tahun, hukuman penjara pertama dijatuhkan sebuah mahkamah di Teluk Guantanamo sejak peralihan kuasa Presiden Barack Obama. 

Ibrahim al-Qosi dilaporkan bersetuju membuat kompromi dengan pendakwa menimbulkan kemungkinan beliau menjalani tempoh hukuman lebih pendek atau dihantar ke Sudan.
Sekumpulan juri dengan 10 orang memutuskan hukuman terhadap Ibrahim, 51, yang mengaku bersalah pada Julai lalu memberi bantuan material kepada pengganas.
Juri mengarahkan hukuman itu antara 12 hingga 15 tahun dan memberitahu bahawa lapan setengah tahun tempoh dihabiskan Ibrahim di Guantanamo mungkin akan diambil kira. 

Pendakwa dan pembela bersetuju tempoh hukuman antara 12 dan 15 tahun. Juri akan diarahkan hakim untuk mengenakan hukuman mengikut tempoh itu, kata David Iglesias, jurucakap tribunal kementerian kepada AFP. 

Dalam bilik mahkamah kedua semalam, pendakwa dan peguam pembela bagi tahanan kedua, Omar Khadr rakyat Kanada menghabiskan pemilihan juri menjelang perbicaraan jenayah perang. 

Tujuh pegawai tentera akan mendengar bukti kes terhadap Khadr, yang hanya berusia 15 tahun ketika beliau ditahan di Afghanistan dan didakwa melontarkan sebutir bom tangan ketika satu pertempuran senjata yang membunuh pegawai perubatan tentera Amerika Syarikat pada Julai 2002. 
Peguam beliau mengkritik prosiding terhadapnya sebagai dakwaan pertama terhadap seorang askar kanak-kanak dalam sejarah moden. AFP

Dua bakar gereja dipenjara lima tahun



13/08/2010 12:40pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik setelah mendapati mereka bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini.
Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya, Raja Mohamad Izham, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah selepas dipanggil membela diri.
Kedua mereka didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Jan lepas.
Kedua-dua beradik itu dituduh melakukan kesalahan tersebut bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pada 30 Julai lalu rakan mereka, Azuwan Shah Ahmad, 23, dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan atas tuduhan yang sama. - Bernama

10,000 sertai domino manusia




SATU barisan pelajar terjatuh satu demi satu di Bandar Ordos, baru-baru ini.


BEIJING – Seramai 10,267 pelajar di utara China menyertai satu cabaran domino manusia terbesar bagi memecahkan rekod dunia Guinness yang pernah dicatatkan di Singapura pada 2000 lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Acara itu bermula dengan bintang bola keranjang China, Mengke Bateer membaling sebiji bola mengenai peserta pertama sebelum mereka rebah satu demi satu di Bandar Ordos, wilayah autonomi Inner Mongolia, baru-baru ini.
Semua peserta akhirnya dijatuhkan dalam masa satu jam 10 minit dan ia kemudian disahkan beberapa pegawai dari ibu pejabat Guinness World Records telah mengatasi rekod lama yang pernah disertai 9,234 peserta di Singapura.
– Agensi