Search This Blog

Tuesday, August 3, 2010

Makin ramai pembantu rumah lari





2010/08/03

JEDDAH: Bilangan pembantu rumah yang melarikan diri dilaporkan semakin meningkat di sini menjelang kedatangan bulan Ramadan. 

Kebanyakan mereka melarikan diri kerana mengejar gaji lebih tinggi sehingga 2,500 riyal (RM2,123) sebulan terutama kerana kebanyakan keluarga Arab Saudi amat memerlukan pembantu rumah sepanjang bulan puasa, lapor Arab News.
Keperluan pembantu rumah ketika Ramadan menyebabkan ramai keluarga sanggup mengambil pembantu rumah asing haram terutama di bandar raya besar seperti Jeddah, Riyadh dan Makkah.
Bagaimanapun bagi majikan yang kehilangan pembantu rumah, mereka mengalami masalah mendapatkan pengganti berikutan kos mungkin mencecah sehingga 10,000 riyal (RM8,492) sebagai tambahan untuk permit kerja. 

Malah pembantu rumah yang melarikan diri turut mencuri daripada rumah majikan lama mereka. 

Penduduk tempatan, Muslih Al-Rifae menyedari semakin meningkat jumlah pembantu rumah yang biasanya melarikan diri menjelang Ramadan untuk mengejar pendapatan lebih lumayan. – Agensi

AS cuba sekat Iran miliki senjata nuklear





2010/08/03

NEW YORK: Pengerusi ketua staf bersama angkatan tentera Amerika Syarikat, (AS) Laksamana Mike Mullen, berkata negara itu mempunyai rancangan menghalang Teheran daripada memiliki senjata nuklear, sambil menambah: “Saya berharap kita tidak akan sampai ke tahap itu.” 

Penasihat kanan tentera Presiden Barack Obama, berkata AS merancang menyerang Iran sebagai langkah menghalang Teheran daripada memiliki senjata nuklear.
Pegawai tentera berpangkat paling tinggi itu berkata demikian menjawab soalan wartawan di rangkaian televisyen Amerika, NBC mengenai kemungkinan Amerika menyerang Iran. Beliau menjawab: “Ya kita ada rancangan.”
Kenyataan Mullen itu pengakuan yang jarang dibuat pegawai kanan kerajaan AS mengenai wujudnya rancangan mengenakan tindakan ketenteraan ke atas Iran. 

Ungkapan biasa pentadbiran Obama membabitkan isu ini ialah ‘semua pilihan masih dipertimbangkan’. 

Beliau berkata belum tiba masa AS mengambil tindakan terhadap Iran atau mewujudkan konflik terbuka. 

“Program senjata nuklear Iran tidak dapat diterima, tetapi pertimbangan paling teliti akan dibuat sebelum melaksanakan tindakan ketenteraan,” katanya. 
Pendekatan AS terhadap program nuklear Iran adalah selaras dengan Britain dan Perancis iaitu meningkatkan tekanan ke atas Teheran melalui sekatan dengan harapan ia mematuhi kehendak antarabangsa dan menggantung program pengayaan uraniumnya. 

Pentadbiran Obama sering menekankan tindakan ketenteraan adalah langkah terakhir dalam usaha menyekat program nuklear Teheran. 

Jun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan ke atas Iran dengan menyasarkan bank dan perniagaan eksportnya, manakala Kesatuan Eropah (EU) menyekat pelaburan minyak dan gas di negara itu. – Agensi

Pemuda kirim gambar bogel kena tahan





2010/08/03

MADISON (Wisconsin): Seorang pemuda berusia 18 tahun di bandar raya ini menyangka dia akan dapat memikat gadis idamannya apabila mengirimkan gambar bogelnya ke telefon bimbit remaja itu. 

Malangnya dia tidak menyedari bahawa gadis berkenaan berkongsi telefon bimbit dengan ibunya yang ternampak gambar berkenaan dan membuat laporan polis.

Tertukar bayi hampir 25 tahun lalu



BRASILIA – Sepasang bayi yang tertukar secara tidak sengaja sejurus selepas lahir di hospital 25 tahun lalu, kini membawa kepada penyatuan dua keluarga dengan latar berbeza. 

Sejak tahun lalu, Dimas Aliprandi, 25, dan Elton Plaster, 25, tinggal serta bekerja bersama kedua-dua keluarga di sebuah ladang kecil di tenggara Brazil. 

Aliprandi berkata, sejak kecil, dia selalu tertanya-tanya mengapa dirinya menyerupai orang Jerman dan tidak serupa dengan adik-beradiknya yang berdarah Itali. 

Semasa dia berumur 14 tahun, syak wasangkanya bertambah selepas menonton berita di televisyen mengenai kes bayi baru lahir tertukar disebabkan kecuaian pihak hospital. 

Aliprandi memberitahu ayahnya mengenai keraguannya dan ingin melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA), tetapi kos terlalu tinggi menghalang niatnya.: 

Selepas 10 tahun, Aliprandi menjalani ujian DNA yang membuktikan dia bukan anak kandung.: 

Akhirnya, Aliprandi dan Plaster mendapat tahu apa yang berlaku sejurus selepas mereka lahir di hospital yang sama. 

"Penemuan kisah silam tidak mengganggu kami; sebaliknya membawa keinginan untuk menyatupadukan kedua–dua keluarga. 

“Saya dan Plaster ingin kekal bersama keluarga yang membe-sarkan kami serta keluarga kandung kami,” katanya. 

Keluarga Alipradi menerima tawaran daripada keluarga Plaster untuk berpindah ke ladang sayur-sayuran dan kopi untuk tinggal bersama sebagai satu keluarga besar, tahun lalu.

Padah rogol gadis bawah umur




KOTA TINGGI – Seorang lelaki 28 tahun dijatuhi hukuman lima tahun penjara dengan satu sebatan atas kesalahan merogol gadis bawah umur berusia 13 tahun, semalam.

Mohd Faizal Mohd Nin, yang berasal dari Felda Sungai Mas di sini, dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi oleh Hakim Mahkamah, Kunju Krishnan disaksikan pegawai pendakwa, Inspektor Nor Nazliyana Akbar.

Tertuduh didakwa merogol gadis bawah umur di salah sebuah flet tingkat empat di sini, 2 Julai lalu pada jam 6.30 hingga 8.30 pagi dengan memaksa dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap mangsa sekiranya berlaku apa-apa kejadian kemudiannya.

Mohd Faizal yang dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan itu pada mulanya mengambil mangsa di rumahnya di Nusajaya, Johor Bahru pada hari sebelum kejadian dengan menaiki teksi dan pergi ke stesen pengangkutan Larkin pada jam 9.45 malam.

Kemudian pada jam 4.15 pagi, mangsa dan tertuduh menaiki bas dari Larkin dan pulang ke rumah flet tertuduh di sini.

Dalam laporan yang dibuat, mangsa mendakwa dirogol sebanyak dua kali dan tertuduh juga berjanji akan bertanggungjawab atas perbuatannya ke atas mangsa.

Selepas kejadian, mangsa diberi wang RM5 oleh tertuduh supaya ke rumah kakak angkatnya di Ulu Tiram kerana bimbang ibu mangsa membuat laporan polis kerana dia tidak pulang ke rumah. 

Tertuduh juga mengugut mangsa agar tidak melaporkan perbuatan yang dilakukan kepada pihak polis dan jika berbuat demikian, keselamatan keluarga mangsa terancam.

Sementara itu, hasil soal siasat lanjut oleh Inspektor Norhaslinda Ahmad, beliau mendapati tertuduh mengaku telah melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan mangsa dan pemeriksaan hospital juga mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Bapa kesal anak nikah tanpa restu




MATA AYER - “Bunyamin masih terlalu muda dan baru menamatkan pengajian, apatah lagi belum mempunyai pekerjaan. Selama ini pun, hidupnya disara keluarga. Bagaimana dia mahu menyara hidup isteri, jika diri sendiri tidak terbela,” kata seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Abas Mat, 56, berhubung pernikahan anaknya itu. 

Abas Mat berkata, anak lelakinya berkahwin dengan anak gadis kepada seorang guru silat di Mata Ayer, di sini, petang Sabtu lalu. 

Laporan itu dibuat Abas di Balai Polis Padang Besar kira-kira jam 1 petang, kelmarin selepas mendapat tahu anak lelakinya, Bunyamin Abas, 19, bernikah dengan anak gadis guru silat berkenaan yang baru berusia 17 tahun, sehari selepas itu. 

Abas mendakwa, dia percaya anaknya itu berdepan dengan nasib serta masalah sama seperti yang dihadapi pelajar Universiti Al-Azhar, Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27. 

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkahwinan berkenaan kerana tiada sebarang rundingan dibuat antara keluarganya dengan pihak pengantin perempuan. 

“Pihak Pertubuhan Darul Islah ada menghubungi saya baru-baru ini untuk minta saya hadir bagi tujuan rundingan, tetapi ia tidak berlaku kerana saya berada di luar kawasan menghadiri kursus. 

“Namun, saya sudah maklumkan kepada mereka saya tidak setuju Bunyamin dinikahkan dengan alasan masih terlalu awal bagi anak saya untuk berumah tangga,” katanya. 

Bunyamin pernah memaklumkan hasrat untuk berkahwin kepada ibunya, Hamidah Hassan, 50. Namun, ia turut tidak dipersetujui. 

“Sejak itu, Bunyamin tidak lagi berhubung dengan keluarga sehinggalah kami dapat tahu dia sudah bernikah Sabtu lalu,” katanya. 

Difahamkan, berdasarkan laporan dibuat Abas menyatakan rasa tidak setuju dengan pernikahan anaknya. 

Selain Abas, sebelum ini dua lagi laporan turut dibuat terhadap kejadian sama oleh Mohd Fuzi Mohd Zain, yang juga bapa kepada Mohd Firdaus, masing-masing pada 27 dan 30 Julai lalu di Balai Polis Arau. 

Sementara itu, Abas turut mempersoalkan tindakan guru silat berkenaan yang dikatakan membuat keputusan bagi pihak Bunyamin dan menikahkan anaknya tanpa restu daripadanya. 

“Saya minta pihak berkenaan melakukan siasatan ke atas guru silat berkenaan serta pusat di mana lelaki itu bernaung kerana khuatir lebih ramai anak muda akan mengambil tindakan sama,” katanya. 

Terdahulu Sinar Harian siaran 2 Ogos lalu ada menyiarkan kenyataan guru silat itu yang menafi melarikan salah seorang pelajar yang bernikah dengan anak gadisnya. 

Beliau berkata, hasrat berkahwin adalah terdetik dari hati pelajar itu sendiri, tanpa dipaksa mana-mana pihak seperti yang didakwa keluarga mereka. 

Petang Sabtu lalu, Bunyamin dan Mohd Firdaus dinikahkan guru silat mereka dengan dua anak gadisnya yang berumur 24 dan 17 tahun dalam satu majlis ringkas di pejabat Pertubuhan Darul Islah, yang disaksikan Imam 1 Masjid Ngulang.

Cubaan wanita bunuh diri tidak berjaya



SELANDAR – Gara-gara dipercayai berselisih faham dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 40 tahun tekad mahu membunuh diri berhampiran simpang tiga Kampung Jus di Empangan Jus, Selandar, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, mangsa yang berseluar pendek dan memakai baju belang merah jambu putih tekad membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan dua pemancing yang kebetulan berada di tempat kejadian. 

Saksi, Salim Yat, 61, berkata, pada mulanya dia bersama rakan menyangka kereta dipandu wanita terbabit adalah kenderaan rakan pancingnya. 

"Tetapi sebaik sahaja diamati, ia bukan milik rakan kami, sebaliknya mendapati seorang wanita berketurunan Tionghua sedang menangis. 

“Kemudian kami terus turun ke tepi empangan untuk memancing dan wanita terbabit turut sama turun. Dia berdiri tidak sampai tiga meter dari lokasi kami memancing," katanya. 

Menurutnya, wanita itu kemudiannya membuka kasut dan semakin turun ke dalam air sambil menangis sehingga menyebabkan mereka panik. 

“Wanita yang masih bujang itu terus menuju bahagian air yang dalam. Kami berdua segera bertindak menenangkannya. 

"Rakan saya minta kunci keretanya dan ambil telefon bimbit milik mangsa, lalu menghubungi polis berhampiran," katanya. 

Salim berkata, wanita yang menetap di Durian Tunggal itu meminta semula kunci kereta dan mencampakkan telefon bimbitnya ke dalam air. 

“Selepas dua jam, dia berjaya dipujuk dan polis membawanya ke balai polis berhampiran," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Suprintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kempunan jajan




TANJUNG GEMOK – Hajat seorang bapa untuk bertemu anaknya setelah dua hari tidak berjumpa tidak kesampaian apabila anaknya itu maut selepas dirempuh lori kayu balak berdekatan lampu isyarat Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gemok di sini, tengah hari semalam. 

Raziman Anggas, 33, reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia tidak sempat menemui anaknya, Muhammad Ashari Mubarak, 7, sejak Jumaat lalu selepas terpaksa ke Bentong untuk menguruskan hal perniagaan. 

Menurutnya, dia pulang semula ke rumah pada malam kelmarin (Ahad), namun tidak sempat berjumpa anaknya itu kerana arwah tinggal di Rumah Amal Raudhatul Ikhwan, Tanjung Gemok. 

“Saya baru pulang dari Bentong malam semalam (kelmarin), ambil keputusan untuk berehat dan tidak sempat menatap wajah Allahyarham,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Raziman berkata, kali terakhir dia berjumpa Muhammad Ashari pada pagi Jumaat lalu dan sempat menghantar anaknya itu ke sekolah sebelum bertolak ke Bentong. 

“Sebelum ini saya jarang hantar arwah ke sekolah, tapi pada Jumaat lalu tiba-tiba hati saya terdetik untuk menghantarnya ke sekolah dan dia sempat mencium kedua-dua tangan saya,” katanya. 

Manakala ibu mangsa, Siti Asiah Abd Rashid, 29, berkata, dia sempat untuk berseloroh dengan Muhammad Ashari sepanjang Sabtu dan Ahad lalu. 

Menurutnya, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik sepanjang di rumah dan arwah sentiasa ceria bermain bersama rakan-rakannya seperti biasa. 

“Saya sempat menggosok baju sekolah arwah dan tidak sangka itu adalah kali terakhir saya melihatnya di rumah sebelum dia ke asrama berdekatan,” katanya. 

Siti Asiah juga menyifatkan anak kedua daripada enam adik beradik itu sebagai seorang anak yang baik dan mendengar kata. 

“Kehilangannya ini adalah satu ujian dan dugaan daripada Allah dan sebagai makhluk sudah semestinya perasaan sedih serta sayang itu ada tetapi saya reda dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya. 

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Zulhairi Harun, 30, berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan hanya sempat melihat mangsa dirempuh lori terbabit. 

Zulhairi yang juga pengawal keselamatan di SK Tanjung Gemok berkata, apa yang menyedihkan dia tidak sempat menyelamatkan kanak-kanak malang itu kerana lori itu didakwanya meluru laju di persimpangan isyarat terbabit. 

“Cuma saya sempat menyuruh seorang lagi rakan mangsa supaya tidak melintas ke seberang jalan, tetapi mangsa tidak sempat berlari menyebabkan lori itu merempuhnya,” katanya. 

Katanya, lori itu sepatutnya berhenti terlebih dahulu kerana pada ketika itu lampu isyarat masih merah. 

“Saya pun terkejut apabila mendapati lori itu tidak memberhentikan kenderaannya sedangkan laluan itu adalah laluan murid melintas pada waktu itu,” katanya. 

Sementara itu, suami kepada penunggang motosikal yang nyaris dirempuh lori itu, Mohd Shah Harun, 52, berkata, isterinya, Faezah Ali, 38, panik selepas melihat lori itu menuju ke arahnya sebelum memberhentikan motosikal dan meninggalkannya di atas jalan. 

Katanya, lori itu yang hilang kawalan terus merempuh motosikalnya hingga menyebabkan motosikal jenis Modenas Kriss milik mereka terbakar. 

“Saya bersyukur kerana nyawa isteri tidak melayang dan dia kini trauma dengan apa yang dilaluinya,” katanya. 

Menurutnya, barangan berharga seperti MyKad, lesen memandu dan duit turut hangus dalam kejadian itu.

Maut selepas tunai hasrat anak


KOTA BHARU – Seorang warga emas, Yaacob Ismail, 73, maut di tempat kejadian selepas menghantar borang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) anaknya di pejabat pos Pengkalan Chepa, di sini kira-kira jam 3.50 petang semalam. 

Beliau yang merupakan bekas anggota tentera dipercayai mati di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna putih ketika cuba membuat pusingan U di lampu isyarat berhampiran dengan pasar raya Pantai Timur. 

Yaacob yang tercampak dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala itu adalah seorang pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Agama Maahad (Perempuan) di sini. 

Sementara itu, isterinya ketika ditemui, Azizah Ismail, 53, berkata, suaminya banyak mendiamkan diri sepanjang semalam. 

“Hari ini suami hanya duduk di rumah dan sibuk mengisi borang biasiswa anaknya yang belajar di Politeknik Kota Bharu sehingga dia pergi ke pejabat pos jam 3.30 petang,’’ katanya yang berasal dari Kampung Sungai Baru, di sini. 

Azizah berkata, suaminya itu adalah seorang ayah yang baik dan rapat dengan sembilan anaknya yang berumur dari 35 tahun hingga sembilan tahun. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk melakukan bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

DS NIZAR DIBUANG PADANG OLEH HAKIM TAK BERTAULIAH ...

ANAK MUAALLAF: DS NIZAR DIBUANG PADANG OLEH HAKIM TAK BERTAULIAH ...: "(Setelah DS Nizar berucap baru 15 minit, Ganesan mengarahkan Nizar untuk berhenti dan duduk, tetapi tidak dipedulikan oleh beliau) Ganesan m..."

Anak dilarikan isteri warga Indonesia







BUKIT MERTAJAM 2 Ogos - Seorang ejen insurans merayu pihak berkuasa serta orang ramai untuk membantu menjejaki dua anaknya yang dipercayai dilarikan isterinya seorang warga Indonesia, Jumaat lalu.
Tan Kah Beng, 44, berkata, dia menyedari kehilangan anaknya sebaik sahaja bangun daripada tidur kira-kira pukul 10 pagi apabila kelibat Agnes Tan Jing Ying, 5, dan Johnathan Tan Jing Li, 3, tidak kelihatan.
Dia mula mengesyaki sesuatu apabila mendapati pasport antarabangsa milik isterinya, Bening Supriyanti, 39, serta sijil kelahiran dan MyKid kedua-dua anaknya sudah tiada dalam simpanan.
Menurutnya, isterinya yang berasal dari Solo, Indonesia sudah empat kali cuba melarikan diri dari rumah mereka di Lorong Semilang, Seberang Jaya di sini.
"Saya membuat pemeriksaan di seluruh rumah dan mendapati semua dokumen termasuk sijil kelahiran dan MyKid anak-anak serta sedikit barang kemas turut dilarikan.
"Seorang pemandu bas RapidPenang memberitahu melihat kelibat seorang wanita membawa anak-anak yang berbaju tidur dan sebuah beg pakaian menaiki bas sebelum turun berhampiran Hotel Sunway," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kah Beng yang kelihatan tidak terurus memberitahu, dia amat bimbang dengan keselamatan kedua-dua anaknya yang masih kecil itu.
Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya sebelum ke Jabatan Imigresen untuk menyekat isteri dan anak-anaknya keluar dari Malaysia.
Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan isterinya yang dikahwini sejak 2003 itu walaupun ada kalanya mereka bergaduh mengenai perniagaan telefon bimbitnya yang semakin merosot.
Jelasnya, dia buntu mencari anak-anaknya itu dan berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan anak-anaknya agar menghubunginya di talian 016-4108014.

108 warga Iran terlibat dadah ditahan sehingga Julai





KUALA LUMPUR 2 Ogos - Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, seramai 108 warga Iran termasuk 13 wanita ditahan polis kerana terlibat dalam penyeludupan dan memproses dadah di seluruh negara.
Angka yang didedahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun nyata mengejutkan kerana jumlah tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu hanyalah 20 orang termasuk tujuh wanita.
Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 500 peratus untuk tempoh tersebut berbanding sepanjang tahun lalu.
Katanya, berdasarkan perkembangan semasa, angka itu mungkin bertambah dalam lima bulan akan datang.
"Jumlah dadah khususnya syabu yang dirampas adalah 270 kilogram (kg), dianggarkan bernilai hampir RM60 juta sehingga Julai lalu berbanding 13kg sepanjang tahun lalu.
"Sejak Januari lalu, kegiatan dadah yang didalangi warga Iran kian menjadi-jadi dan hampir setiap hari ada tangkapan dibuat terhadap kurier manusia yang digunakan untuk menyeludup dadah masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, bermacam-macam modus operandi digunakan sindiket termasuk yang terbaru menyorok dalam tapak kasut dan pemegang bagasi.
"Daripada analisis, untuk tiga bulan pertama, mereka cuba menyeludup di antara dua dan 30 kilogram tetapi apabila kerap ditahan pihak berkuasa, sindiket itu membawa pula dalam jumlah sedikit iaitu satu kilogram atau kurang bagi mengelakkan kerugian," katanya.
Beliau menambah, bulan-bulan berikutnya iaitu April dan Mei menampakkan kegiatan sindiket reda seketika namun mereka bergiat aktif semula pada Jun.
Othman memberitahu, selain menggunakan kurier manusia, mereka juga menjadikan kediaman-kediaman mewah sebagai makmal memproses dadah.
"Mereka membawa masuk pula minyak syabu yang sebenarnya sudah tiga suku siap, cuma perlu dilakukan proses pengeringan sebelum ia menjadi dadah syabu," katanya merujuk kepada kejayaan polis Kuala Lumpur merampas minyak syabu bernilai RM40 juta baru-baru ini.

Lagi sindiket dadah Iran tumpas




RUMAH mewah berkembar yang menjadi tempat di mana dadah jenis syabu bernilai RM 24.9 juta dirampas di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
Gambar : Aizzul A.Majid
Pem : Tan (JENAYAH) / Atikah (JENAYAH KOSMO) Aizzul A.Majid




KUALA LUMPUR 2 Ogos - Setelah pelbagai taktik menyeludup dadah antarabangsa dipatahkan oleh pihak berkuasa negara ini, warga Iran kini beralih menggunakan perkhidmatan penerbangan kargo pula.
Bagaimanapun modus operandi itu juga berjaya digagalkan pihak berkuasa apabila merampas 113 kilogram syabu bernilai RM24.9 juta.
Kejayaan itu diperoleh hasil serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sebuah rumah mewah berkembar di Bukit Kiara kira-kira pukul 3 petang semalam.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan dan Iran berusia 26 dan 45 tahun serta merampas wang tunai berjumlah RM260,000.
Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Othman Harun pada sidang akhbar hari ini berkata, dadah-dadah itu dibawa masuk dari negara jiran melalui penerbangan kargo.
"Sebelum itu, dadah-dadah tersebut disorokkan di dalam lapan balang besi silinder, sebelum dibalut dengan berlapis-lapis pita plastik," katanya.
Difahamkan, lapisan terakhir balang itu menggunakan kertas yang tertera jenama pengedar makanan Iran iaitu IcePack. IcePack mempunyai 130 rangkaian cawangan di seluruh dunia.
Pada lapisan kertas itu juga tertera cawangan syarikat berkenaan di Jalan Sultan Ismail di ibu negara yang setelah disiasat didapati tidak wujud.
Tinjauan di laman web IcePack mendapati, syarikat tersebut merupakan rangkaian restoran makanan segera berasal dari Iran.
Menurut Othman, jika sebelum ini, sindiket dadah Iran menggunakan manusia untuk menyeludup dadah dalam skala kecil, kini mereka lebih berani membawanya masuk dalam kuantiti lebih besar.
"Dadah-dadah itu dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan juga serantau.
"Polis sedang membuat siasatan terperinci untuk mengenal pasti dalang dan rangkaian sindiket itu termasuk kerjasama tempatan di negara ini," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati ahli sindiket tersebut mampu hidup mewah menyewa rumah berkenaan dengan harga RM13,000 sebulan.
Katanya, mereka juga membeli sebuah kereta Mercedez Benz E250 berharga RM550,000, lima hari lalu.
Tambahnya, kejayaan yang dicapai pihaknya adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat dengan rakan sejawat di Singapura.

Bukan salun rambut semata-mata

KAJANG: Pelanggan di sebuah salun di bandar ini bukan hanya mendapat perkhidmatan memotong atau mencantikkan rambut, malah ditawarkan juga khidmat seks dengan bayaran serendah RM30.
Perniagaan salun rambut yang sudah beroperasi lebih dua tahun itu menjadi tumpuan warga asing melempiaskan nafsu pada setiap hujung minggu. Kegiatan maksiat itu terbongkar dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Selangor kira-kira jam 5.15 petang kelmarin selepas mendapat maklumat awam dan risikan.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Selangor, Johari Supardi berkata, premis itu dikesan ‘menyajikan’ seks apabila dilihat ramai warga asing terdiri daripada Bangladesh, Indonesia, dan Thailand beratur menunggu di premis itu.

“Serbuan juga mendapati, dua wanita warga Thailand berusia 25 dan 30-an yang bekerja di salun itu turut menyediakan khidmat seks dengan hanya RM30 sekali perkhidmatan.

“Siasatan lanjut, dua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, tetapi menyalahgunakan pas itu untuk melakukan pekerjaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. “Lokasi premis itu memang strategik, di belakangnya terdapat lorong tersembunyi yang khusus untuk warga asing keluar masuk,” katanya.

Ketika serbuan, lebih 10 pelanggan warga Indonesia, Bangladesh dan India terdapat di dalam premis itu dipercayai baru selesai melempiaskan nafsu bersama dua wanita terbabit. “Lebih menarik, seorang lelaki Indonesia menyorok di dalam tangki air selepas mendapati Jabatan Imigresen membuat serbuan, pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan diri,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua kira-kira jam 11 malam, empat warga Thailand ditahan di sebuah premis urutan tradisional di Taman Kinrara, Puchong, di sini, apabila mendapati premis berkenaan turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Johari berkata, ketika serbuan, empat wanita Thailand itu berusia 27 hingga 41 tahun berkenaan hanya bercoli dan seluar dalam.

122 disaman

KUALA LUMPUR: Panik selepas menyedari sekatan jalan raya dilakukan polis, segelintir samseng jalan raya sanggup menunggang keluar dari laluan motosikal dengan melawan arus dan melakukan aksi ‘zig-zag’ di Lebuhraya Persekutuan, di sini semalam.
Ketua Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, perbuatan itu adalah aksi biasa dilakukan penunggang motosikal yang dipercayai tidak mempunyai dokumen yang sah.
Dalam operasi bermula jam 11 pagi dan berakhir tiga jam kemudian dianggotai 10 anggota termasuk pegawai dengan mensasarkan lokasi sekitar laluan motosikal lebuh raya itu.

“Berdasarkan rekod, kami pernah mencatatkan penemuan sejumlah motosikal dipercayai dicuri berdasarkan laporan polis yang dibuat pengadu selain beberapa kes penyalahgunaan dadah di kalangan penunggang motosikal di laluan berkenaan.

“Malah ada kes penunggang motosikal yang panik membuang bungkusan plastik sebaik menyedari sekatan jalan dilakukan,” katanya. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan yang dibuang penunggang berkenaan mengandungi dadah jenis kanabis atau ganja.

Azmi berkata, dalam operasi itu, pihaknya mengeluarkan sejumlah 122 saman.

“Antara kesalahan yang dicatatkan termasuklah ketiadaan lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan kesalahan lain,” katanya.

Nyaris maut rumah terbakar

DENGKIL: Seorang warga emas nyaris maut apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kebakaran membabitkan tiga rumah sederet di Kampung Baru Dengkil di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Chow Pang Wha, 73, seorang diri di dalam rumah, manakala anaknya yang juga seorang guru mengajar di sekolah berhampiran.
Difahamkan, dia sempat menyelamatkan diri melalui pintu depan, tetapi dalam keadaan kelam-kabut itu dia ditimpa kayu menyebabkan tangan kirinya melecur.

Anak mangsa, Chow Chai Nee, 30, berkata ketika kejadian dia sedang bermesyuarat, sebelum dimaklumkan jirannya mengenai kejadian itu.

“Saya bergegas pulang dan mendapati rumah hangus terbakar, manakala ayah cedera di tangan kiri.

“Ayah trauma dan tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Malah, warga emas itu dilihat cuba masuk ke rumahnya yang sudah hangus terbakar ketika pihak bomba sedang berusaha memadamkan api, tetapi dihalang penduduk kampung yang berada ditempat kejadian.

Chow juga dilihat tidak bercakap walau sepatah perkataan, tetapi dilihat hanya mampu merenung rumahnya yang hangus terbakar.

Seorang lagi mangsa, Puah Siew Eng, 55 berkata dia kehilangan wang tabungan yang disimpan sejak beberapa tahun lalu akibat kebakaran itu.

Katanya, wang berkenaan diberikan adik-adiknya selepas dia tidak lagi bekerja akibat masalah kesihatan.

“Saya amat sedih, semua wang yang disimpan hangus, tak dapat diselamatkan. Saya cuba masuk semula, tetapi anggota bomba dan orang kampung menghalang sebab api terlalu marak,” katanya sambil menangis.
Puah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik bersama dua lagi saudara, sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran yang meminta mereka keluar.

Katanya, dia tidak sempat menyelamatkan barang lain, kerana api merebak terlalu cepat.

Difahamkan, kejadian itu bermula dari rumah kedua sebelum merebak ke dua buah rumah jiran lain.

Sementara, Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Ahmad Fadzillah Tahir, berkata pihaknya mendapat panggilan daripada penduduk kampung pada jam 12.12 tengah hari dan menghantar satu jentera bersama lapan anggota ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Tak ingat nama

KUALA LUMPUR: Gempar apabila seorang lelaki warga Afrika berusia dalam lingkungan 20-an berjalan dalam keadaan bogel di tengah Lebuhraya Hubungan Timur-Barat berhampiran Taman Connaught menuju Petaling Jaya, semalam.
Tindakan luar biasa lelaki terbabit mengundang perasaan hairan dan bimbang kebanyakan pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit berjalan hampir lima kilometer (km) sebelum berhenti di sebuah kedai minyak kerana kepenatan.
Menurut sumber, lelaki terbabit kemudian meminta air dan roti kerana kelaparan daripada seorang pekerja kedai minyak berkenaan.

“Pekerja kedai minyak berusia awal 20-an itu yang kasihan melihat lelaki terbabit kemudian memberi lelaki itu makan selain turut memberikan sehelai tuala untuk menutup tubuhnya sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan hilang ingatan kerana dia tidak dapat mengingati nama sendiri.

“Malah, ada yang mendakwa dia dipukau individu tidak bertanggungjawab sebelum menyamun wang dan pakaiannya,” katanya.

Sumber berkata, sekumpulan peronda tiba di lokasi kejadian sebelum membawa lelaki terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, siasatan awal, mangsa adalah pelajar yang mengalami masalah mental.

Amah abai bayi dijel 11 bulan

KUALA LUMPUR : Pembantu rumah warga Indonesia kepada seorang pegawai kanan polis dihukum 11 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan meninggalkan anak majikannya tanpa pengawasan, bulan lalu.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Sulisna, 22, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 26 Julai lalu.
Sulisna mengaku bersalah meninggalkan bayi lelaki berusia 10 bulan itu tanpa diawasi di rumah beralamat No B-14-a, Desa Aman 2, Pantai Dalam, Brickfields, di sini antara jam 11 pagi dan 4 petang pada 21 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun. Sulisna, yang bekerja sebulan sebagai pembantu rumah Asisten Superintenden Norazlin Che Mohd Noor, 34, dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita Kanak-Kanak, Bukit Aman, turut dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah mencuri RM300.

Dia melakukan kesalahan itu pada jam 4.19 petang, pada tarikh dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan boleh didenda. Siti Shakirah memerintahkan semua hukuman penjara terhadap Sulisna berjalan serentak. Mengikut fakta kes, dalam kejadian itu, Norazlin yang juga pengadu kes itu menerima panggilan telefon daripada jirannya yang meminta izin memasuki rumahnya yang tidak berkunci kerana terdengar tangisan anak pengadu. Selepas masuk rumah, jiran itu mendapati anak pengadu ditinggalkan berseorangan di ruang tamu dalam keadaan keletihan, manakala pembantu rumah itu dipercayai melarikan diri selepas mencuri barang pengadu.

Hidup mewah berakhir

KUALA LUMPUR: Ganjaran upah lumayan menyebabkan dalang sindiket dadah di kalangan warga Iran tidak serik mencuba pelbagai kaedah menyeludup dadah syabu ke negara ini termasuk menggunakan perkhidmatan kurier udara yang dianggap lebih selamat.
Ini terbukti apabila seorang lelaki warga Iran berusia 26 tahun diberkas polis Sabtu lalu bukan saja mempunyai wang sebanyak RM260,000, malah membeli sebuah kereta Mercedez Benz E250 berharga RM550,000 secara tunai.
Namun jenayah licik itu akhirnya terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sengaja mengatur perangkap bagi menjejaki suspek yang dikesan menyeludup dadah berkenaan ke Malaysia.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam tabung silinder yang kononnya bagi mengisi ais.

Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 113 kilogram dengan nilai pasaran RM24.86 juta.

“Polis sengaja membiarkan kurier itu melepasi pintu masuk negara bagi membolehkan dalang sindiket dadah antarabangsa dikesan. Hasilnya polis berjaya mengesan lokasi persembunyian suspek sebelum serbuan dilakukan jam 3 petang, Sabtu lalu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah mewah di Sri Hartamas, sebelum polis memberkas seorang lelaki Iran dan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun,” katanya.

Menurutnya, polis menemui lapan silinder yang setiap satu mengandungi bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan kristal syabu seberat 14 kilogram.

“Silinder yang diisytiharkan bungkusan ais ketika diperiksa kastam dikesan cuba diseludup masuk ke dalam negara pada 30 Julai lalu.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya memintas cubaan itu hasil kerjasama dengan Biro Narkotik Pusat Singapura,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, selain rampasan dadah, polis turut merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM260,000 dan sebuah kereta Mercedez Benz E250 yang dipercayai baru dibeli dengan harga lebih setengah juta ringgit “Siasatan lanjut mendapati suspek menyewa rumah mewah itu dengan bayaran RM13,000 sebulan. Polis yakin penahanan suspek warga Iran itu dapat membongkar taktik serta rangkaian sindiket itu di negara ini.
“Setakat ini polis yakin, suspek cuba memasarkan dadah syabu bermutu tinggi itu untuk pasaran antarabangsa dan tempatan. Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 7 Ogos depan ” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat jika suspek ada kaitan dengan sepasang warga Iran yang turut diberkas polis kerana membuka makmal dadah mini di sebuah rumah di Jalan Hartamas 2, pada 22 Julai lalu.

20 pegawai digantung tugas

PUTRAJAYA: “Kalau itu nasib saya, saya terima hakikat itu,” kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mengulas teguran Menteri Dalam Negeri yang bertindak mahu menukarkan beliau kerana kejadian 20 tahanan warga Afghanistan yang ditahan berjaya melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kelmarin.
Katanya, beliau akur dengan teguran itu dan sanggup ditukarkan kerana kejadian itu membabitkan imej antarabangsa dan maruah negara.
“Ini perkara besar, tak boleh buat main-main. Jadi, saya kena terima hakikat, kalau sesuatu tidak dilakukan, Ketua Pengarah perlu ditukarkan, saya akur.

“Maknanya, saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharap menteri dan kerajaan,” katanya. Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 20 pegawai yang bertugas ketika kejadian berkenaan, dan semua mereka sudah digantung tugas.

Anak lari ibu sasaran along

KULIM: Seorang ibu kini hidup dalam kebimbangan apabila menjadi sasaran along selepas anak perempuannya yang berusia 30 tahun dan masih berstatus isteri orang melarikan diri bersama teman lelakinya selepas ditangkap berkhalwat Jun lalu.
Anak perempuannya itu dipercayai membuat pinjaman dengan along berkenaan sebelum ditangkap khalwat, manakala menantunya kini sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Narkotik Pahang.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia percaya anaknya melarikan diri bersama teman lelakinya ke Kepala Batas.

Penderitaan wanita itu bertambah parah apabila pihak bank turut memburu anaknya kerana tidak membayar tunggakan ansuran kereta.

Detik cemas 36 jam

JOHOR BAHRU: Empat sahabat umpama berselisih dengan maut apabila tindakan mereka berpaut pada tong ikan dan serpihan bot yang pecah menyelamatkan diri daripada lemas dan menjadi santapan jerung selepas bot dinaiki ketika keluar memancing berkecai dipukul ombak.
Lebih mencemaskan, mereka yang hanyut dibawa ombak itu terpaksa mengharungi kesejukan air laut lebih 36 jam sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan yang melihat keempat-empat mangsa melambaikan tangan meminta bantuan kira-kira dua batu nautika dari Pantai Pontian Besar di sini, pada jam 4 pagi semalam.
Semua mangsa yang keluar memancing dengan sebuah bot, keletihan berikutan tidak makan serta minum untuk tempoh lama selain terpaksa menggunakan tenaga yang ada untuk berpaut pada serpihan bot sebelum diselamatkan Difahamkan, mereka keluar dari rumah di Sungai Kurap pada jam 4.30 petang Sabtu lalu untuk memancing berhampiran perairan Pulau Pisang menggunakan sebuah bot gentian.

Bagaimanapun, enjin bot berkenaan rosak serta sukar untuk dihidupkan menyebabkan mangsa mula cemas.

Malang bertimpa apabila pada masa sama, langit mula gelap diikuti ribut petir dan ombak besar yang melambung bot terbabit. Bagaimanapun, dalam keadaan cemas itu mangsa sempat menyarung jaket keselamatan sebelum bot karam akibat dipukul ombak.

Mangsa, Tan Lai Seng, 37, ketika dihubungi berkata, dia tidak akan ke laut berikutan trauma dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya serta tiga lagi sahabat pada awal pagi Ahad lalu.

“Bot karam kira-kira jam 2 pagi, sejurus kemudian kami hanya bergantung pada jaket keselamatan dan tong ikan bagi mengelak lemas hingga ada antara kami hampir berputus asa berikutan ombak kuat.

“Kami saling membantu selain memberikan kata-kata semangat supaya terus bertahan. Ketika hanyut, kami hanya mampu berdoa agar segera diselamatkan berikutan lemah kerana tidak makan dan minum selepas bekalan makanan dan minuman di bawa bersama tenggelam bersama bot,” katanya.

“Bagi menghilangkan rasa haus kami meneguk air laut. Sejurus diselamatkan, saya meminta air daripada nelayan terbabit. Hanya Tuhan saja yang tahu nikmatnya meneguk air selepas sekian lama dahaga, “ katanya.

Isteri mangsa, Ang Pei Seah, 34, yang kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada jam 10 malam iaitu beberapa jam sebelum kejadian, resah apabila suaminya tidak pulang seperti dijanjikan pada pagi Ahad dan bergegas membuat laporan di Balai Polis Pontian.

“Kami sekeluarga bersyukur kerana suami selamat dan amat berterima kasih kepada nelayan yang menyelamatkan mereka selain semua pihak terbabit dalam usaha mengesan mereka,” katanya.

Kasih cikgu miang

AMPANG: Cikgu miang. Gelaran itu layak buat seorang guru disiplin apabila dia yang sepatutnya menjadi pembimbing sebaliknya mengambil kesempatan mencabul dua pelajar.
Akibatnya, guru terbabit ditahan polis kira-kira jam 12 tengah hari semalam di sebuah sekolah di Ampang selepas dua pelajar yang menjadi mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan, dua pelajar terbabit mempunyai masalah disiplin dan guru berkenaan ditugaskan mengawal dan memantau tingkah laku mereka yang dikatakan kerap ponteng sekolah.

Menurut sumber polis, guru itu dikatakan cuba menerapkan kasih sayang kepada mangsa sebagai satu daripada proses membimbing mereka.

“Dia ditugaskan memantau kedua-dua mangsa yang mempunyai masalah disiplin dan dikatakan sering menghantar mereka pulang setiap kali tamat sesi pembelajaran.

“Mangsa yang masing-masing berusia 15 tahun pada mulanya menganggap guru berkenaan memang mengambil berat diri mereka dan sentiasa mencurahkan kasih sayang,” katanya.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku awal Mac lalu apabila guru terbabit menghantar seorang daripada mangsa pulang di sebuah pangsapuri, kira-kira jam 12 tengah malam.

“Sejurus tiba, mangsa turun dari kereta sebelum guru terbabit mengambil kesempatan mencium pipi mangsa kononnya sebagai tanda kasih sayang.

“Bagaimanapun, bapa mangsa sempat memerhatikan tindakan guru terbabit sebelum dia mengesyaki kemungkinan lelaki itu cuba mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, kejadian kedua berlaku 24 Julai lalu ketika salah seorang mangsa mengikut guru terbabit ke sebuah sekolah di Sentul kerana mempunyai urusan sebelum mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Pandan Perdana, kira-kira jam 5 petang.

“Sebelum beredar, dia sempat mencium pipi pelajar terbabit. “Lelaki itu mendakwa ciuman itu sebagai tanda kasih sayang dan turut memberitahu ia satu proses mendisiplinkan diri,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bertanyakan kepada ibunya baru-baru ini sama ada perbuatan guru itu salah atau tidak.

“Ibu mangsa memberitahu perbuatan itu memang satu kesalahan sebelum dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Mangsa turut menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum diberitahu rakannya dia juga turut menjadi mangsa guru terbabit,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis, Jumaat lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan guru terbabit.

“Lelaki berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan polis turut merampas dua kereta milik lelaki itu yang digunakan ketika menghantar dua pelajar terbabit pulang,” katanya.

Skandal sumo: Polis serbu pejabat Yakuza

TOKYO: Polis Jepun menyerbu sejumlah pejabat Yakuza berhubung skandal perjudian yang mencemar sukan sumo negara itu.
Operasi itu dilakukan ekoran penahanan tiga samseng dan seorang bekas penggusti sumo kelmarin kerana disyaki memeras ugut lebih RM218,00 daripada seorang broker judi besbol tanpa lesen.
Badan yang mengawal selia sukan sumo berkata, sekurang-kurangnya 27 penggusti, jurulatih dan individu lain dari 13 pusat sumo mengaku menyertai aktiviti perjudian tanpa lesen membabitkan keputusan sukan besbol.

Di Jepun, kerajaan hanya membenarkan perjudian bagi sukan lumba kuda dan sesetengah sukan permotoran.

Yakuza tidak dianggap haram dan beroperasi seperti badan korporat. - AFP

Video lucah Katrina gegar Bollywood

NEW DELHI: Dunia Bollywood digemparkan dengan rakaman video lucah yang dibintangi seseorang mirip Katrina Kaif. Video berkenaan bertajuk Skandal Seks Katrina Kaif.
Bagaimanapun, Katrina membantah terbabit dalam rakaman video berkenaan. “Video itu amat menjengkelkan dan perempuan dalam rakaman video berkenaan jelas tidak menyerupai saya,” ujar Katrina dalam laman thelinkpaper, semalam. Artis kelahiran Hong Kong pada 16 Julai 1984 itu menolak dakwaan yang mengatakan perempuan dalam video berkenaan dirinya. Dia juga enggan memberi ulasan lanjut.
“Bagaimana orang boleh mengatakan pelaku video itu adalah saya? wajah perempuan itu memang jelas berbeza daripada saya. Saya tidak mahu mengulas lanjut isu ini,” kata wanita yang pernah mendapat gelaran perempuan paling seksi di India.

Rakaman video itu menunjukkan seorang perempuan mirip Katrina menanggalkan pakaian renangnya sebelum melakukan hubungan dengan beberapa jejaka.

Skandal video lucah di India bukan saja membabitkan artis Bollywood seperti Katrina. Malah, sebelum ini Preity Zinta, Mallika Sherawat, Kareena Kapoor dan Riya Sen juga pernah menerima tuduhan sama. Namun, ternyata video lucah itu semuanya palsu. - Agensi

Lindsay masuk pusat pemulihan selepas keluar penjara

LOS ANGELES: Walaupun dibenarkan keluar dari penjara selepas ditahan 14 hari, Lindsay Lohan belum boleh menikmati kebebasan sepenuhnya.
Aktres itu meninggalkan penjara pada jam 1.35 pagi semalam selepas menjalani sebahagian daripada hukuman tahanan selama 90 hari ditetapkan mahkamah.
Lindsay dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar larangan dalam kes membabitkan dadah pada 2007.

Sebaik saja dibebaskan, Lindsay, 24, dikehendaki memulakan proses pemulihan selama tiga bulan di sebuah pusat ditetapkan pihak berkuasa.

Pendakwa berkata, Lindsay tidak boleh dibebaskan lebih awal dan mesti menghabiskan sepenuh masa di pusat pemulihan berkenaan.

Disebabkan penjara California sesak, pesalah yang disabitkan atas dakwaan tidak membabitkan keganasan dan tiada rekod jenayah seperti Lindsay boleh diberi kelonggaran jika berkelakuan baik.

Lindsay menaiki sebuah kenderaan yang sedia menunggunya di penjara dan tidak melalui pintu utama, sekali gus berjaya mengelak daripada jurugambar yang berkumpul di situ. - AP

Ada pelan serang Iran

WASHINGTON: Menurut Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika Syarikat (AS), tentera AS mempunyai rancangan untuk menyerang Iran walaupun rancangan itu bukan satu keputusan bijak.
Laksamana Mike Mullen turut menyuarakan kebimbangan dengan kesan yang dihadapi sekiranya peperangan berlaku, lapornya kepada AFP.
Mullen berkata, tindakan ketenteraan ke atas Iran akan membawa kesan buruk kepada sesetengah bahagian dunia. Bagaimanapun, beliau juga berkata membenarkan Iran menjalankan program senjata nuklear tidak boleh diterima.

“Secara jujur, saya amat bimbang dengan kedua-dua keadaan itu,” kata Mullen Menurut Mullen, tindakan sekatan antarabangsa ke atas Iran diharap dapat mendorong Teheran menghentikan program nuklearnya.

Mullen juga tidak menafikan ketika ditanya sama ada tentera AS mempunyai rancangan untuk melancarkan serangan terhadap Iran.

“Rancangan tindakan ketenteraan ke atas Iran sudah dibincangkan dan akan terus menjadi agenda utama kami.

“Bagaimanapun, kami harap ia tidak akan diteruskan walaupun ia alternatif terakhir perlu dilakukan,” kata Mullen lagi.

Barat termasuk AS menuduh Iran berhelah apabila menjalankan program nuklear di bawah program Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Namun, laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan program nuklear Iran bertujuan untuk kegunaan awam negara itu. - AFP

Tentera Zionis berlatih bom Teheran di Romania

TEHERAN: Satu sumber risikan berkata helikopter tentera Israel terhempas di Romania minggu lalu ketika menjalankan latihan untuk melancarkan serangan terhadap Iran.
Enam tentera Israel dan juruterbang warga Romania yang menaiki helikopter CH-53 terbunuh selepas terhempas di kawasan pergunungan di tengah Romania. Sumber itu berkata, Israel dan Romania yang bekerjasama menjalankan latihan melakukan serangan ke atas tapak senjata nuklear Iran. Dilaporkan jarak antara Tel Aviv dan tapak program nuklear Iran di Nataz ialah 1,600 kilometer sama jaraknya antara Israel dengan Romania, Greece dan Bulgaria. Tentera Israel yang bekerjasama menjalankan latihan ketenteraan dengan negara berkenaan dipercayai mempunyai agenda tersendiri.
Israel melancarkan operasi 'Blue Sky 2010’ bagi memantau program nuklear Teheran yang didakwa dilakukan di bawah kawasan pergunungan setinggi 2,000 meter. Bagaimanapun, Iran menolak dakwaan itu dan menekankan Teheran memberi kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai program nuklearnya. Iran juga berkata Teheran berhak untuk menjalankan program teknologi nuklear secara aman sejajar dengan persetujuan ditandatangani dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT). - Agensi

11 terbunuh diamuk pemabuk

BEIJING: Seorang lelaki mabuk mengamuk sambil memandu jengkaut di utara China untuk merempuh kedai dan kenderaan di bandar Yuanshi menyebabkan 11 terbunuh, kata jurucakap kerajaan semalam.
Insiden itu berlaku apabila Li Xianliang, 38, membunuh seorang pelanggan di depoh arang Hongyuan yang terletak di wilayah Hebei.
Li bekerja sebagai pemandu jengkaut di situ.

Kenyataan pemerintah tempatan menyatakan, dalam keadaan mabuk Li memandu jengkaut itu ke jalan raya dan merempuh pelbagai jenis kenderaan yang ada di situ.

Amukan Li hanya berakhir selepas dia diberkas sepasukan polis yang mengepung apabila jengkaut itu berhenti di kawasan lapang beberapa jam kemudian.

“Suspek ditahan berdepan dihukum mati jika disabitkan kesalahan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, lapan orang mati di tempat kejadian dan tiga lagi di hospital.

Seramai 20 lagi cedera.

Gambar dimuat naik di laman web berita menunjukkan mayat ditutup dengan kain, manakala banyak kenderaan musnah digelek jengkaut Li.

Kebanyakan bahagian depan kedai juga rosak teruk apabila dirempuh kenderaan berat itu.

Sejumlah kejadian amuk dilaporkan di China sepanjang tahun ini, tetapi biasanya dilakukan dengan menggunakan senjata tajam ke atas kanak-kanak sekolah.

Bimbang kejadian itu ditiru, Beijing mengehadkan laporan seumpama itu dilaporkan media massa secara meluas. - AP

Anderson nyaris rentung

LISBON: Pemain Manchester United dari Brazil, Anderson Luis de Abreu Oliveira, terpaksa diheret keluar dari kereta mewah dinaikinya selepas kenderaan itu terbakar akibat kemalangan awal pagi kelmarin, lapor media semalam.

PANJANG UMUR...Anderson bersama kereta sport miliknya yang  terbabas dan terbakar berhampiran kawasan lapang di Braga, Portugal.
PANJANG UMUR...Anderson bersama kereta sport miliknya yang terbabas dan terbakar berhampiran kawasan lapang di Braga, Portugal.

Walaupun kemalangan itu agak serius, pemain bahagian tengah berusia 22 tahun itu hanya cedera ringan.
Saksi berkata, Anderson gagal mengawal keretanya ketika melalui jalan berhampiran Braga di utara Portugal.

Katanya, kereta mewah itu kemudian merempuh tembok berhampiran sebuah padang dan terbakar.

“Saya sangka dia mati.

“Abang saya menariknya keluar dan memadamkan api sebelum ia menghanguskan kenderaan itu,” katanya dipetik akhbar harian Jornal de Noticias.

Walaupun kereta sport itu mempunyai hanya dua tempat duduk, tetapi ketika kejadian ada seorang wanita Brazil dan seorang lelaki lain bersama Anderson.

Mereka bertiga diberi rawatan sebelum dibenarkan pulang kerana mengalami cedera ringan.

Akhbar Jornal de Noticias melaporkan, sumber hospital mengesahkan, daripada ketiga-tiga mangsa, wanita terbabit paling banyak menerima rawatan, tetapi semuanya kerana kecederaan kecil.

Polis pula berkata, ketiga-tiga mereka berfoya-foya di sebuah kelab malam sebelum kejadian.

Akhbar itu turut memetik sumber daripada ejen Anderson yang berkata, pemain itu akan kembali ke Manchester bagi proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya Februari lalu.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan didakwa atas kejadian itu.

Sebelum bermain untuk Manchester United pada 2007, Anderson pernah mewakili kelab Porto selama dua tahun. - Reuters

Perkosa isteri rakan

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan tepat menggambarkan perbuatan keji seorang sahabat apabila sanggup merogol isteri rakan karibnya itu di rumahnya di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 29 tahun itu mendakwa turut dibelasah suspek kerana keengganannya melayani nafsu rakan baik suaminya itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit terpaksa mengalah apabila suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum mengugut untuk membunuhnya sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi.

Penderitaan wanita terbabit tidak berakhir di rumah itu malah dia ditinggalkan suspek dalam keadaan separuh bogel di sebuah masjid selain telefon bimbitnya turut dirampas. Semuanya bermula kira-kira jam 8 malam, apabila lelaki terbabit yang berusia awal 30-an diminta suami mangsa menjemput isterinya itu pulang bekerja disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut sumber, wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di Damansara, di sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta.

“Dalam perjalanan pulang, suspek mendakwa perlu singgah di rumahnya akibat tertinggal barang.

Sumber berkata, bagaimanapun sebaik tiba di rumah mangsa terkejut apabila mendapati ibu dan bapa suspek tiada di rumah itu.

“Suspek memaksa mangsa melayaninya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Selepas hampir 10 minit bertengkar, suspek bertindak agresif dengan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

“Tindakannya itu menyebabkan mangsa memukulnya dan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di leher mangsa sambil mengugut akan membunuhnya.

“Mangsa yang ketakutan kemudian dirogol suspek. Selepas selesai melempiaskan nafsunya suspek mengarahkan mangsa memakai semula baju untuk dihantar pulang,” katanya.

Difahamkan, suspek tidak membenarkan mangsa memakai seluar menyebabkannya berada dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Penjaga kuil mati diserang 3 lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga sebuah kuil mati dibunuh oleh tiga lelaki yang dipercayai dikenalinya di tepi sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Puteri di Serdang pagi ini.
Lelaki berumur 52 tahun yang namanya tidak dinyatakan oleh polis, cedera
parah di kepala dan ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh penjaga stesen
minyak berkenaan pada 12.30 pagi tadi.

"Penjaga pam minyak itu berkata sebelum lelaki itu meninggal dunia, dia
sempat menceritakan yang dipukul oleh tiga lelaki di kuilnya sebelum dia memandu
kereta untuk ke stesen minyak itu untuk menyelamatkan diri," kata Ketua Polis
Serdang Supt Abdul Razak kepada Bernama.

Beliau berkata bahawa 40 minit selepas kejadian, polis menahan seoranglelaki berumur dalam lingkungan 30an dan sedang mencari dua lagi yang dipercayai
terlibat dalam kes itu. - Bernama

Nur Amalina serah diri

KUALA LUMPUR: Dalang sindiket skim cepat kaya, Nur Amalina Mat Rashid, 23, menyerah diri di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, di sini, petang semalam.
Suspek yang hadir bersama peguamnya kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk diambil keterangan berhubung dakwaan mengatakan dia adalah ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata keterangan Amalina sangat penting bagi membuktikan sama ada dia terbabit atau tidak dalam skim cepat kaya itu.
“Keterangannya sudah direkodkan bagi memudahkan kita (polis) mengesan suspek lain yang mendalangi skim ini. Amalina diminta memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Rohaimi berkata, selain itu, seramai 16 suspek skim cepat kaya yang ditahan baru-baru ini sudah ikat jamin oleh seorang peguam kira-kira jam 8.30 malam semalam di Balai Polis Petaling Jaya. Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan polis sedang mengesan Amalina bagi membantu siasatan terhadap satu skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelaburan produk kesihatan.

Ibu hamil maut nahas

GEMAS: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dikejarkan ke hospital untuk melahirkan anak, maut selepas kereta dinaiki bersama suami dan seorang anak bertembung sebuah treler dalam kemalangan ngeri di Kilometer 9 Jalan Rompin-Gemas, dekat sini, semalam.

REMUK...kereta dinaiki mangsa bersama suami dan anak bertembung dengan treler.
REMUK...kereta dinaiki mangsa bersama suami dan anak bertembung dengan treler.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Azian Abdul Wahab, 40, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Gemas, tidak lama selepas kemalangan.
Sebelum itu, Azian yang mengandung anak kelima dikatakan dikejarkan ke Hospital Kem Syed Sirajuddin di sini, oleh suaminya, Koperal Yusri Ahmad, 36, selepas mengadu sakit hendak bersalin.

Abang mangsa, Amran, 41, berkata adiknya dijangka bersalin pada 27 Julai lalu, tetapi berikutan tiada tanda-tanda mahu bersalin, pihak hospital menasihatkannya pulang berehat di rumah sebelum datang membuat pemeriksaan susulan pada Ahad depan.

“Bagaimanapun, semalam (kelmarin) adik saya mengadu sakit perut seperti hendak bersalin dan pagi ini (semalam) air ketubannya pecah menyebabkan dia terus dikejarkan ke hospital tentera oleh suaminya.

“Namun, dia tidak sempat melahirkan anak,” katanya.

Dalam kejadian itu, Proton Wira yang dinaiki mangsa bersama suaminya serta seorang anak lelaki mereka Mohd Ikram berusia setahun bertembung treler dari arah bertentangan ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Felda Palong 3, dekat sini.

Anak mangsa turut mengalami kecederaan parah di kepala, manakala suaminya patah paha kanan dan tangan kiri serta cedera di beberapa anggota badan lain.

Azian dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala dan patah tulang rusuk kanan yang kemudian dipercayai tercucuk pada bayi dalam kandungan yang menyebabkannya gagal diselamatkan.

Amran berkata, walaupun sedih kehilangan seorang adik yang disayangi, dia sekeluarga reda dengan insiden berlaku dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu suami mangsa bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan menyebabkan wanita itu, anak perempuan dan suaminya cedera parah.
“Mangsa duduk di kerusi penumpang depan meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler berkenaan cuba memotong sebuah jentera berat yang berada di depannya lalu bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

Menurutnya, pemandu treler itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Identiti mangsa korban dikenal pasti



KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti identiti tiga orang termasuk dua wanita dari Asia Barat yang terkorban selepas kereta jenis Chevrolet yang dinaiki bersama dua lagi rakan mereka terlibat dalam kemalangan di sini kelmarin.
Mereka yang terkorban ialah Sayed Mohd. Amin Jamil, 26, Seyedeh Samin Mustafarial Hoseini, 28, dan Mahshid Hussien Javahery, 30.
Sayed Mohd. Amin dan Seyedeh Samin merupakan pelajar Kolej Bandar Utama, Petaling Jaya manakala Mahshid Hussien merupakan seorang pelancong.
Polis turut mengesahkan ketiga-tiga mereka sebagai warga Iran.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, identiti kesemua mangsa diketahui selepas dua rakan mereka yang terselamat dalam tragedi itu tampil membuat laporan lewat petang kelmarin.
Katanya, dua lelaki tersebut ialah seorang pelajar Kolej Bandar Utama warga Iran berusia 28 tahun dan seorang lagi pelajar Kolej Orange International di sini warga Sudan berusia 20 tahun.
“Mereka menghilangkan diri dan terus pergi mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mendakwa trauma apabila melihat tiga rakan mereka itu maut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Awang Hitam jual emas palsu




ABDUL JALIL (kiri) menunjukkan serbuk emas palsu yang dibeli oleh seorang peniaga pada sidang akhbar di Ampang semalam.


AMPANG – Seorang peniaga kini hidup dalam keadaan tertekan apabila bukan sahaja ditipu sebanyak RM80,000 oleh satu sindiket warga Afrika yang menjual serbuk emas tiruan malah, turut diburu rakan kongsi yang menuduhnya menipu.
Kejadian berlaku 29 Julai lalu di kawasan tempat letak kereta Waterfront, Ampang di sini apabila peniaga berusia 41 tahun dari Mantin, Negeri Sembilan membayar harga tersebut kepada dua lelaki Afrika terbabit untuk membeli serbuk emas yang disangka tulen.
Difahamkan, mangsa telah terpengaruh apabila ditawarkan oleh sindiket untuk menjual satu kilogram emas tulen berharga RM80,000 yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM125,000 sebulan sebelum itu.
Pada pertemuan pada 29 Jun di lokasi yang sama, suspek telah menguji ketulenan sampel serbuk emas tersebut di hadapan mangsa bagi meyakinkan peniaga itu.
Ketika itu, suspek dipercayai membawa serbuk emas tulen.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa hanya menyedari telah diperdaya selepas melihat serbuk yang diberi sebaik tiba di rumahnya.
“Mangsa terkejut apabila mendapati serbuk tersebut rapuh berbeza ketika ditunjukkan. Dia kemudian baru teringat mengapa suspek terus melarikan diri dan membuang bungkusan yang mengandungi serbuk itu sebaik mendapat wang ketika bertemu di Ampang Waterfront,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.