Search This Blog

Friday, July 23, 2010

Singkap tabir maksiat


KUALA LUMPUR: Seorang wanita Indonesia bersama kekasihnya seorang lelaki warga Bangladesh tidak kisah berasmara di ruang tamu rumah flat yang disewa mereka dengan hanya ditutup tabir kain walaupun kadangkala dilihat tiga lagi rakannya yang turut menyewa rumah sama.
Lebih menyedihkan, pemilik rumah berkenaan yang juga seorang wanita warga Indonesia seolah-olah merelakan perbuatan terkutuk itu kerana yang penting sewa dibayar mengikut tempoh ditetapkan.
Malah, sewa rumah itu juga menjadi sumber pendapatan warga emas terbabit.
Bukan pasangan itu saja, malah rakannya juga seorang wanita Indonesia bersekedudukan dengan seorang lelaki Indonesia di sebuah bilik lain rumah berkenaan.
Bagaimanapun, rumah yang tidak ubah seperti pusat maksiat itu diserbu pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) awal pagi semalam.
Menurut jurucakap Jawi, operasi yang dijalankan kira-kira jam 2.30 pagi bersama tujuh anggota itu dilakukan berdasarkan maklumat awam.
Katanya, ketika serbuan, mereka terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum pintu dibuka dipercayai mereka bertukar tempat tidur bagi mengaburi mata pihaknya.
Kami ada mendengar bunyi bising di dalam rumah berkenaan ketika pintu diketuk, malah mereka mengambil masa agak lama untuk membuka pintu.
Selepas pintu dibuka, mereka didapati berada berasingan dan tidak seperti maklumat yang diterima, katanya.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan dijalankan, mereka akhirnya mengaku pernah tidur bersama walaupun belum berkahwin.
Katanya, ketika masuk ke dalam rumah berkenaan, dua lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20-an termasuk tuan rumah berada di dalam rumah berkenaan.
Tiada di kalangan mereka yang dapat membuktikan mereka mempunyai hubungan perkahwinan mahupun keluarga, katanya.
Jurucakap berkata, ketika serbuan, lelaki warga Bangladesh yang menjadi kekasih kepada seorang wanita warga Indonesia itu tiada di rumah cuma seorang lagi wanita yang bersekedudukan dengan seorang lelaki Indonesia yang berada dalam rumah itu.
Katanya, siasatan lanjut mendapati semua pasport mereka yang berada dalam rumah berkenaan kecuali pemilik rumah itu sudah tamat tempoh.
Mereka semua kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 (A)(B) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (559) kerana berkhalwat, katanya.
Sumber : Harian Metro

Lelaki tersepit sejam dalam kereta remuk


Posted on the July 23rd, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
REMUK..kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK..kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tersepit hampir sejam selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta lain yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Kinabalu di sini, pagi semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Tengku Amri, 20-an, terpaksa menanggung kesakitan akibat kakinya tersepit selepas bahagian depan keretanya remuk.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi berhadapan Masjid Negara itu, sebuah kereta Perodua Kembara yang dipandu seorang awang hitam memasuki jalan bersebelahan dengan melanggar tembok konkrit sebelum merempuh kereta mangsa.
Mangsa yang tersepit masih sedarkan diri, namun cedera di kepala dan mengadu sakit dada manakala awang hitam terbabit tidak cedera.
Orang ramai cuba membantu mengeluarkan mangsa, tetapi gagal kerana papan pemuka yang remuk menghimpit kedua-dua kakinya.
Difahamkan, ketika orang ramai cuba mengeluarkan mangsa, lelaki warga Afrika terbabit melarikan diri.
Pasukan Bomba dan Penyelamat serta polis trafik yang mendapat maklumat kejadian terbabit tiba kira-kira 15 minit selepas itu dan mengeluarkan mangsa.
Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.
Sumber : Harian Metro

Remaja tertinggal kunci disangka pecah rumah

AMPANG: Seorang remaja dituduh beberapa penduduk mahu memecah masuk sebuah rumah sedangkan dia terlupa membawa kunci.
Penduduk yang tidak berpuas hati itu bertindak melulu apabila seorang daripada mereka tiba-tiba memukul dan menampar remaja terbabit.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi, Ahad lalu di sebuah flat di Taman Permata di sini dan ketika itu remaja terbabit yang berniaga pulang ke rumah sewanya.
Ketika itu sepupunya tiada di rumah dan remaja terbabit terlupa membawa kunci sebelum dia menunggu di depan pintu.
Bagaimanapun, perbuatannya itu dilihat seorang jiran yang menuduh dia mahu menceroboh rumah berkenaan, katanya.
Menurut sumber itu, remaja berkenaan cuba memberi penjelasan Bagaimanapun, jiran terbabit enggan mendengar penjelasan dan memanggil beberapa penduduk untuk menahannya, katanya.
Menurutnya, remaja itu disoal siasat sebelum jirannya yang tidak berpuas hati menamparnya.
Remaja berkenaan menceritakan kejadian terbabit kepada sepupunya yang pulang tidak lama selepas itu.
Sepupunya mencari jiran terbabit sebelum dia berjumpanya di tingkat bawah kawasan rumah itu, katanya.
Sumber berkata, ketika itu, berlaku pertengkaran sebelum jiran terbabit naik angin dan membelasah sepupu remaja itu dengan menggunakan parang dan kayu.
Jiran itu memanggil rakannya dan beberapa penduduk lain sebelum mereka membelasah mangsa, katanya.
Menurutnya, polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan lima lelaki yang memukul mangsa.
Sumber : Harian Metro

Wanita jumpa bayi


JOHOR BAHRU: Bungkusan sampah yang bergerak-gerak di bawah tempat duduk seorang wanita di hentian bas Jalan Persiaran Mutiara Emas awal pagi semalam menyelamatkan bayi baru lahir yang ditinggalkan ibu tidak berhati perut.
Hanya berbalut kain batik dan diletakkan dalam beg plastik, bayi perempuan comel menempuh kesejukan apabila ditinggalkan di atas simen di bawah tempat duduk hentian bas tidak jauh dari Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ternyata bayi itu bernasib baik apabila ditakdirkan ditemui wanita dalam perjalanan ke tempat kerja itu jam 6.40 pagi semalam.
Curiga dengan isi kandungan beg plastik yang bergerak-gerak itu, wanita terbabit memeriksa bungkusan dan terkejut mendapati bayi perempuan masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.
Sumber : Harian Metro

MPV terjunam dalam gaung


KAMPAR: Gara-gara memandu laju menggunakan tayar ganti, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki lapan penumpang hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum melanggar tembok penghadang jalan dan terjunam ke gaung sedalam 30 meter dekat sini, semalam.
Kejadian itu menyebabkan lima penumpangnya maut termasuk seorang yang tercampak keluar dari kenderaan serta seorang lagi tersepit manakala dua yang lain parah.
Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 10.15 pagi di Kilometer 301.9 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, dekat Gopeng.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang maut lima wanita warga Vietnam berusia awal 20-an manakala seorang lagi wanita yang juga rakan senegara serta dua lelaki warga tempatan berusia 30-an mengalami kecederaan.
Menurutnya, dua lelaki tempatan yang cedera dikenali sebagai Tan Kok Soon, 32, dan Ong Wong Hui, 31, masing-masing berasal dari Johor.
Beliau berkata, tiga daripada mangsa mati di tempat kejadian selepas parah di kepala manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.
Pada masa ini, kami masih gagal mengenal pasti identiti semua enam wanita warga asing itu. Kami hanya menemui tiga pasport milik mangsa di tempat kejadian manakala dokumen pengenalan diri tiga mangsa lain gagal ditemui.
Berikutan kejadian itu, kami turut menyiasat sebarang kemungkinan wanita warga asing itu menjadi mangsa sindiket pelacuran dan aktiviti pemerdagangan manusia, katanya.
Sumber : Harian Metro

4 tercampak dari kereta


JEMPOL: Mengerikan apabila empat sekawan tercampak keluar dari Proton Wira Aeroback yang mereka naiki terbabit kemalangan di Kilometer 27, Jalan Bahau-Kratong, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, dua mangsa tercampak ke dalam longkang manakala dua lagi di atas jalan menyebabkan dua daripada mereka menemui ajal.
Pemandu kereta, S Ganasan, 35, yang tercampak ke dalam longkang mati di tempat kejadian kerana parah di kepala manakala seorang penumpangnya, S Ganes, 30, mati ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.
Malah, dua tayar di bahagian depan dan belakang kereta berkenaan turut tercabut akibat kemalangan ngeri itu manakala tiang elektrik yang dilanggar juga dikatakan patah tiga.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata sepasukan polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah Bahau gagal dikawal sebelum terbabas.
Kenderaan itu kemudian melanggar tebing longkang di bahagian kiri jalan sebelum merempuh pula tiang elektrik, katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, empat mangsa yang menaiki kereta itu tercampak keluar menyebabkan pemandunya mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di hospital sementara dua lagi penumpang mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.
Menurutnya, semua mangsa yang dipercayai bersahabat itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke Terengganu untuk bekerja.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut kemalangan itu dan meminta kerjasama orang ramai tampil membantu siasatan, katanya.
Sumber : Harian Metro

Buang kerja, gantung tugas


KANGAR: Ditamatkan perkhidmatan atau digantung tugas. Itu antara tindakan bakal dikenakan kepada seorang guru sebuah sekolah rendah di Arau, dekat sini, jika dakwaan dia mencium muridnya berusia tujuh tahun di belakang pintu bilik darjah terbukti benar.
Kementerian Pelajaran mengambil keputusan tidak akan melindungi atau berkompromi dengan mana-mana guru di negara ini yang dikesan terbabit kes cabul atau rogol terutama membabitkan mangsa dalam kalangan murid sendiri.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, guru yang melakukan perbuatan memalukan termasuk kes terbaru di sebuah sekolah rendah di Arau akan digantung tugas atau ditamatkan perkhidmatan jika terbukti dakwaan itu benar.
Sumber : Harian Metro

Disamun gadis seksi



KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikesan sengaja menayangkan bahagian sulit tubuhnya kepada pemandu teksi dinaiki sebelum menyamun menggunakan cecair misteri yang sengaja disembur ke muka mangsa.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri lebih dua jam tersedut kimia klorofom didakwa gadis itu cecair membangkitkan ghairah lelaki.
Dalam kejadian terbaru, seorang pemandu teksi dikenali sebagai Abdullah, 68, disamun gadis seksi terbabit yang menahan teksinya berhampiran Old Town, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 11 pagi, baru-baru ini.
Menurutnya, gadis yang memakai skirt berkenaan dilihat membawa beg bimbit berwarna hitam sebelum meminta dihantar ke Hentian Bas Klang, di sini.
Gadis berkenaan yang berkulit putih dan mempunyai parut halus di pipi kanan ternyata cukup peramah dan bertanya banyak soalan berhubung kerjayanya sebagai pemandu teksi.
Pada masa sama gadis terbabit memberitahu bekerja sambilan sebagai penjual ubat kuat khusus untuk menaikkan syahwat lelaki.
Pada masa sama, dia mengeluarkan botol kecil seperti minyak wangi yang didakwa berkhasiat’ untuk mengembalikan kejantanan lelaki, katanya.
Menurutnya, dia bagaimanapun menolak tawaran gadis terbabit untuk membeli ubat berkenaan dengan alasan sudah tua dan tidak memerlukan ubat itu.
Namun gadis terbabit seolah-olah tidak berputus asa dan memujuk saya supaya membeli cecair terbabit yang didakwa hanya perlu disemburkan ke bahagian kemaluan lelaki.
Dia memberitahu cecair terbabit dijualnya pada harga murah iaitu RM70 berbanding harganya di farmasi atau kedai ubat yang mencecah lebih RM100 sebotol.
Namun saya berulang kali menolak tawaran itu, katanya yang juga bapa kepada enam cahaya mata.
Menurutnya, gadis terbabit yang mungkin mula berputus asa kemudian mengubah tajuk perbualan dengan meminta mangsa meneka sama ada dia masih anak dara atau sudah berkahwin.
Saya yang enggan menjawab pertanyaan gadis terbabit bagaimanapun terkejut apabila gadis terbabit tiba-tiba menyelak baju dipakainya sambil menunjukkan puting payudaranya kepada saya.
Tindakan berani gadis terbabit menyebabkan saya terkejut dan memintanya supaya menjaga tertib dan tidak melakukan perbuatan kurang senonoh di hadapan saya, katanya.
Menurutnya, gadis itu tanpa segan silu menyuruh dia memandang payudaranya dengan mendakwa ia adalah bukti dia masih dara.
Lebih mengejutkan apabila gadis terbabit dengan beraninya sengaja menunjukkan pusat selain menyelak skirt dipakai bagi menayangkan bahagian sulitnya itu, katanya.
Menurutnya, tindakan `berani mati’ gadis berusia lewat 20-an itu menyebabkan hatinya benar-benar tersentak.
Ketika itulah gadis terbabit sengaja menyemburkan cecair perangsang seks berkenaan ke arah lubang penghawa dingin teksi saya sebelum bau wangi menyelubungi kereta saya.
Tidak sampai beberapa saat selepas itu, kepala saya tiba-tiba berasa berpusing dan mengantuk tanpa diketahui punca.
Saya rasa berat kepala terpaksa memberhentikan teksi berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sebelum tertidur dalam keadaan kepala tertangkup pada stereng kereta. Ketika itu saya seolah-olah tidak sedarkan diri dengan apa berlaku dipercayaikesan cecair pelik disemburkan gadis itu, katanya.
Menurutnya, dia hanya tersedar kira-kira dua jam kemudian selepas terdengar azan Zuhur dari masjid berhampiran.
Ketika itu gadis terbabit hilang manakala RM70 disimpan dalam poket baju saya hilang. Saya yakin wanita terbabit sengaja membuatkan saya pengsan sebelum merompak.
Kesan kimia cecair berkenaan menyebabkan saya batuk dan muntah sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah di Sungai Buloh di sini. Saya tidak tahu kimia apa digunakan wanita terbabit, mungkin kimia klorofom kerap digunakan penjenayah membuat mangsa pengsan sebelum diperkosa, katanya.
Dalam beberapa kes sebelum ini, polis turut mengesan cecair diperbuat bahan pengawet dikenali phencyclidine untuk mengkhayalkan mangsa sebelum diperkosa.
Sumber : Harian Metro

Kasanova simpan gambar bogel, seluar dalam mangsa



KLANG: Bermodalkan rupa paras yang dimiliki, seorang kasanova menjadikan ketampanannya sebagai modal untuk memerangkap mangsa sebelum dijadikan pemuas nafsunya.
Lelaki berusia 26 tahun dan bekerja sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat penerbitan di Shah Alam itu turut mempunyai perangai pelik dengan menyimpan seluar dalam wanita selain gambar bogel gadis dipercayai pernah menjalin hubungan dengannya.
Bagaimanapun, kelicikan kasanova terbabit berakhir apabila dia diberkas polis kelmarin selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa lelaki hidung belang terbabit.
Sumber berkata, mangsa yang baru tiba dari Perak dua hari lalu dipercayai dirogol suspek di sebuah pangsapuri sebelum gambar bogelnya dirakam suspek.
Mangsa kemudian membuat satu laporan polis pada hari sama dan susulan itu, kita menjejaki suspek sebelum menahannya.
Hasil serbuan ke rumah suspek, polis turut menemui beberapa keping gambar bogel gadis selain seluar dalam dipercayai kepunyaan mereka yang pernah menjalin hubungan seks dengannya, katanya di sini, semalam.
Sumber : Harian Metro

Nafi bangkai katak dalam kuah sate



KUANTAN - “Saya rasa tidak masuk akal dakwaan mengenai ada bangkai katak dalam kuah sate yang dibeli dari pihak kami,” kata pengurus operasi Warunghijau Enterprise, Muhammada Dahlan Abdul Rahman yang menyangkal dakwaan ada anak katak dalam kuah sate yang dijualnya. 

Muhammad Dahlan mempertikai perkara yang berlaku kepada keluarga Zakaria Nor Mohd, 51, bahawa anak katak dalam kuah sate berlaku dalam kawalan pihak mereka. 

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa pengadu telah membeli sate tersebut pada sebelah petang dan pulang ke rumah kira-kira jam 10 malam dan dalam jangka waktu untuk pulang ke rumah mereka pelbagai perkara boleh berlaku. 

“Kami sentiasa prihatin aspek kebersihan produk daripada dapur sehinggalah ke lori pengangkutan kami,” katanya. 

Sinar Harian 15 Julai lalu menyiarkan mengenai seorang kanak-kanak, Nurul Elyana Maisara, 6, nyaris termakan anak katak dalam kuah sate yang dibeli oleh bapanya. 

Muhamad Dahlan berkata, dalam proses penyediaan kuah, bahan-bahan seperti bawang, kacang cili dan lain-lain lagi akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dikisar dan selepas itu akan dimasak serta dibiarkan mendidih dalam empat hingga enam jam sebelum api dapur dimatikan. 

“Oleh itu, saya percaya dan yakin adalah mustahil dan tidak masuk akal bangkai anak katak yang cukup sifat tersebut boleh wujud semasa dalam kawalan kami yang mana telah menjalani proses mengisar,”katanya. 

Bagi pemilik tunggal Warunghijau Enterprise, Nur Haslinda Husin berkata, pihaknya berharap agar masyarakat tidak memandang negatif terhadap perniagaan mereka ini kerana ia terjadi disebabkan salah faham. 

“Saya berpengalaman membuat sate dan kuahnya lebih daripada 10 tahun di mana ibu saya, Rohani Mustaffa merupakan peniaga sate juga,” katanya.

Bayi putus kepala ditemui



PELABUHAN KLANG - Seorang penyelam Royal Selangor Yatch Club tidak menyangka plastik hitam yang diingatnya berisi bangkai ayam yang dilihat terapung di Yatch Club rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki yang sudah terputus kepala. 

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang semalam, dia bersama beberapa rakan sedang menarik bot untuk dibawa ke darat bagi dibersihkan melalui landasan yang dikhaskan. 

“Ketika berada dalam bot, saya ternampak kaki kecil sebesar tapak tangan dewasa dalam satu plastik hitam yang terapung berhampiran landasan. 

“Saya memaklumkan rakan-rakan namun semua mengesyaki ia adalah kaki ayam yang dibuang orang ramai. 

“Namun firasat saya kuat mengatakan ia adalah kaki manusia dan lantas saya turun ke dalam air lalu membawa plastik itu ke daratan,” katanya. 

Menurutnya, sebaik membuka plastik, dia dan rakan-rakan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi yang sudah terputus kepala. 

“Kelihatan ia masih bertali pusat dan lehernya dipenuhi darah bercampur air. Perutnya juga sudah kembung dipenuhi air. 

“Berdasarkan keadaan mayat, saya yakin ia baru dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab ke laut. Saya segera memberitahu pengurus yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian. 

Dalam pada itu, sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah bayi lelaki. 

“Ia dibungkus bersama sehelai lampin pakai buang dalam satu plastik hitam. Berdasarkan keadaan mayat kita mengesyaki ia dibuang ke laut dalam tempoh tidak sampai 24 jam. 

“Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu. Semua maklumat bakal diketahui melalui bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok (hari ini),” katanya. 

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.

Hati-hati rakan 'maya' minta kirim barang




KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan berhati-hati dengan warga asing atau rakan 'maya’ dikenali melalui Internet yang meminta tolong menghantar barang ke luar negara dan diberi ganjaran lumayan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kebanyakan mangsa yang menjadi ‘kuda tunggangan’ menghantar dadah ke luar negara adalah daripada rakyat tempatan terutamanya kaum Cina, Sabah dan Sarawak. 

Menurutnya, beliau akan meminta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, menyiasat jumlah rakyat tempatan yang menjadi mangsa kes berkenaan. 

“Kebanyakan mangsa ‘kuda tunggangan’ ini percaya dengan rakan ‘maya’ atau teman lelaki dan wanita warga asing yang memberikan ganjaran mewah jika mereka membawa barang yang dipinta ke luar negara. 

“Mangsa tidak tahu barang yang dimaksudkannya, apabila ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang, barulah mereka sedar ditipu,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam. 

Soi Lek berkata, pelbagai taktik licik digunakan warga asing untuk mencari ‘kuda tunggangan’ antaranya berpura-pura menjadi teman lelak:i atau wanita dan meminta mangsa membawa ‘barang’ sebagai syarat berkahwin. 

:”Penggunaan visa ketibaan (VOA) perlu diteliti supaya tidak disalah gunakan pihak tertentu,” katanya selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA melalui Ketua Bironya, Wong Koon Mun di Wisma MCA, semalam.

‘Gunung emas’ bawa derita



KRUBONG - Penduduk berhampiran pusat pelupusan sampah di Krubong, di sini, terus menderita menghidu busuk sampah tidak berkesudahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka. 

Pelbagai janji diberikan pihak tertentu, kononnya mahu memindahkan lokasi yang dipanggil ‘gunung emas’ oleh pencari barangan terpakai tetapi janji hanya tinggal janji. 

Penduduk mendakwa, bau dari pusat pelupusan sampah itu umpama bau bangkai yang teramat busuk dan antara yang terbabit adalah penduduk di Kampung Ladang berikutan jarak hanya 200 meter sahaja. 

Penduduk, Johari Shukor, 51, berkata, paling ketara apabila dia menerima kunjungan saudara-mara di rumahnya. 

“Setiap kali mereka datang, pasti bertanyakan dari mana datangnya bau busuk seperti bangkai ini,” katanya. 

Sementara itu, Halim Samad, 63, berkata, keadaan bertambah teruk apabila hujan. 

“Kami mahu termuntah menahan bau busuk sampah. Malangnya, kami tidak boleh buat apa-apa, terpaksa tahan sahaja walaupun rasa tertekan,” katanya.

Awas perompak siber




GURUN - Seorang juruteknik terkejut apabila RM4,000 yang disimpan dalam sebuah bank tempatan ‘hilang’ tanpa kesan, kira-kira setengah jam selepas beliau melakukan transaksi pengeluaran wang pada hari kejadian. 

Mangsa, Mohd Suhaimi Mohd Salleh, 27, yang berasal dari Simpang Empat Petronas, di sini mendakwa, kejadian itu berlaku pada 13 Julai lalu. 

Sebelum itu, beliau menerima RM5,000 daripada seorang rakan yang memindahkan wang itu melalui kaunter bank terbabit, di Lumut, Perak kira-kira jam 1.24 petang. 

Menurutnya, setelah wang dipindahkan, rakannya, seorang askar menghubunginya menerusi telefon untuk menyatakan transaksi pemindahan RM5,000 ke akaun simpanannya selesai dan meminta beliau menyemak baki akaun untuk pengesahan transaksi. 

Selepas disemak, wang sememangnya berjaya dipindahkan apabila penyata baki mencatat jumlah RM5,005.07. 

19 warga asing ditahan



PASIR GUDANG – Seramai 19 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dan rampasan barangan termasuk kerusi dan meja di sita dalam Operasi Bersepadu Bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Imig�resen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Pasir Gudang, di sini, malam semalam. 

Operasi yang bermula jam 10 malam hingga 1 pagi melibatkan enam pegawai imigresen dari Pejabat Imigresen Pasir Gudang, lima anggota Rela dan 33 anggota penguat kuasa MPPG termasuk Bahagian Kesihatan MPPG. 

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pasir Gudang, Norazah Jenan berkata, seramai 19 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1999/63 (Pindaan 2002). 

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke depot tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tahanan reman selama 14 hari untuk tempoh siasatan. 

“Operasi yang dijalankan di sekitar Simpang Kong Kong Masai, Taman Kota Masai, Taman Nusa Damai dan Taman Scientex berjaya menahan 19 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan. 

“Tiga warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan kerana menyalahguna pas lawatan sosial, manakala 15 warga Thailand termasuk dua wanita ditahan kerana tinggal lebih masa dan seorang warga Myanmar ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sementara itu, Pegawai Tadbir MPPG, Sharif Idros berkata, seramai 10 peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM250 manakala enam kedai disita barangan kerusi dan meja dalam operasi melalui pemantauan penguat kuasa MPPG dan maklumat awam. 

Menurutnya, MPPG terpaksa mengambil tindakan atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan meletakkan kerusi dan meja di kawasan lot meletak kenderaan tanpa kebenaran MPPG. 

“Kita terpaksa merampas buah-buahan di Simpang Kong Kong Masai kerana berniaga di kawasan larangan memandangkan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga mengundang kemalangan. 

“Dalam kes rampasan buah-buahan, ia boleh ditebus dalam masa 24 jam, manakala bagi peniaga yang baru pertama kali melakukan kesalahan turut boleh mengambil semula barangan yang dirampas selepas membayar kompaun yang dikenakan,” katanya. 

Sharif berkata, operasi seperti itu sebelum ini sering dijalankan dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa melalui kerjasama dengan jabatan kerajaan yang lain.

24 penuntut IPTA kena cekup



DUNGUN – Keseronokan sekumpulan remaja berkaraoke di sebuah pusat hiburan yang baru dibuka sejak beberapa bulan lalu bertukar cemas apabila lokasi tersebut diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin. 

Lebih mendukacitakan, serbuan kira-kira jam 11 malam membabitkan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dungun itu mendapati, lebih 20 pengunjung pusat hiburan berkenaan terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan. 

Empat daripadanya pula adalah penuntut perempuan yang sedang menuntut dalam tahun akhir pusat pengajian tinggi berdekatan. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, operasi terbabit dilancarkan sebagai salah satu usaha pencegahan jenayah, terutama untuk mengekang pengaruh penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. 

Beliau berkata, pusat hiburan menjadi salah satu sasaran utama pihaknya kerana lokasi berkenaan sering dikunjungi pengunjung terutama belia. 

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 28 pengunjung di situ mendapati, 24 daripadanya adalah penuntut IPTA, empat daripadanya perempuan. 

“Hasil siasatan mendapati, mereka berkunjung ke pusat hiburan ini untuk berseronok, namun apa yang membimbangkan kita ialah mereka boleh terjebak dengan pelbagai gejala sosial lain yang tidak sesuai dengan tahap umur mereka. 

“Malah, lebih membimbangkan jika mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang turut boleh menghancurkan masa depan mereka sendiri,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, berdasarkan ujian saringan air kencing ke atas pengunjung pusat hiburan yang beroperasi di Sura Gate Dungun milik tauke bukan Melayu itu, hanya seorang positif dadah manakala yang lain dibebaskan setelah pihaknya berpuas hati dengan keterangan diberikan. 

Sementara itu, seorang siswi yang turut diperiksa dalam operasi itu berkata, kunjungannya ke pusat karaoke itu hanya untuk melepaskan tekanan setelah bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. 

“Kami baru habis ujian, jadi saya bersama beberapa lagi rakan mengambil keputusan datang ke sini untuk berhibur. 

“Dengan bayaran RM10 sahaja, kami dapat menyanyi dan keadaan ini boleh melegakan 'stres' yang kami hadapi,” katanya yang juga penuntut jurusan Kewangan.