Search This Blog

Thursday, July 22, 2010

Kes positif H1N1 turun 29.7 peratus


22/07/2010 3:23pm


KUALA LUMPUR 22 Julai - Jumlah kes positif infulenza A (H1N1) turun 29.7 peratus kepada 52 kes bagi tempoh dari 11 hingga 17 Julai lepas berbanding 74 kes pada minggu sebelum itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 kini 15,380, dengan jumlah kematian kekal 91 orang.
Beliau berkata, bagi tempoh yang sama dari 11 hingga 17 Julai, enam kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) yang baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Selangor dan Perak.
Katanya, jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan simptom ILI juga turun 9.2 peratus iaitu 516 orang berbanding 568 pesakit pada minggu sebelumnya, manakala baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara setakat 17 Julai ialah 375 kes di 64 hospital termasuk di 10 hospital swasta.
"Daripada jumlah itu, hanya 37 pesakit atau 9.9 peratus merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Juga terdapat lima kes H1N1 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya membabitkan individu yang mempunyai faktor risiko,” katanya.
Dr. Mohd Ismail berkata sehingga 16 Julai, 97.54 peratus vaksin H1N1 sudah digunakan melibatkan 369,225 penerima. - Bernama

Gadis ditemui dibunuh kejam, mangsa dirogol


22/07/2010 3:20pm


KOTA BHARU 22 Julai - Polis Kelantan hari ini mengesahkan gadis yang dibunuh kejam dalam Sungai Bagan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulai Chondong, Machang petang kelmarin, dirogol sebelum ditikam di bahagian dada kirinya.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mengesahkan gadis tersebut telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam sungai terbabit.
"Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati, gadis tersebut mati kerana ditikam di bahagian dadanya dan sebelum itu, dia telah dirogol terlebih dahulu,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perbarisan dan makan tengahari sempena Lawatan Persaraannya bermula 12 Ogos hadapan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini. - Utusan

Tiga maut, lima cedera kemalangan dekat Gua Tempurung



IPOH 22 Julai - Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di Km 301 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng dekat sini hari ini.
Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang terbunuh dalam nahas kira-kira 10.30 pagi itu adalah wanita.
Kenderaan berkenaan yang sedang menghala ke arah utara dikatakan tercampak kira-kira 30 meter ke dalam gaung selepas merempuh besi penghadang, katanya.
Seorang mangsa yang mati tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan yang remuk itu.
Beliau berkata lima mangsa yang cedera telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi beberapa daripadanya adalah warga asing, kata jurucakap itu. - Bernama

Diserang lumpur



BATANG MELAKA – Bagaikan ‘tsunami’ kecil! Begitu reaksi penduduk di sekitar Pekan Batang Melaka yang menjadi mangsa apabila lumpur daripada kebun getah yang terletak berhampiran ‘menyerang’ penduduk di situ. 

Banjir lumpur setinggi kira-kira satu meter yang datang dari arah kebun getah berhampiran menenggelamkan rumah 20 penduduk pekan itu dalam kejadian bermula kira-kira 1.15 petang semalam. 

Kejadian itu juga menyebabkan aktiviti di pekan itu lumpuh seketika apabila sebahagian besar yang terlibat dengan kejadian itu merupakan peniaga kedai. 

Salah seorang mangsa, V Janakia, 44, berkata, semasa kejadian, dia sedang sibuk memasak dan terdengar bunyi air yang kuat turun ke bahagian bawah kedainya.

“Lantas saya membuka pintu belakang dan terkejut apabila mendapati air lumpur memasuki rumah saya terus ke bahagian hadapan kedai.

“Saya terkejut lumpur memasuki rumah dengan begitu deras bagaikan ‘tsunami’ kecil,” katanya yang tinggal di situ sejak 50 tahun lalu.
Berikutan kejadian itu, katanya, pelbagai barangan rumah termasuk peralatan elektronik dan perabot rosak.

Sementara suami Janakia, V Somasondaram, 51, berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba mendapati lumpur dari arah belakang sedang menuju ke hadapan kedainya guntingnya.

“Semasa itu, saya sedang berehat menanti pelanggan dan sama sekali kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Pengusaha kedai perabot, Loh Yong Urn, 77, pula berkata kejadian seumpama ini merupakan kejadian kedua berlaku selepas kejadian sama kira-kira 20 tahun lalu.

“Semasa kejadian, saya hanya melihat lumpur datang dari arah kawasan berhampiran yang sudah ‘melumpuhkan’ beberapa kedai berhampiran sebelum datang ke arah bangunan bertentangan.

“Habis semua perabot yang ada di dalam kedai tidak dapat diselamatkan bersama-sama barangan rumah. Jumlah kerugian yang dialami dianggarkan kira-kira RM 50,000,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batang Melaka, Sidang Hasan Maadah, berkata, pihaknya sudah menjangkakan akan berlaku kejadian itu sejak sebulan lalu dan sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan.

“Banjir ini berlaku dipercayai berpunca daripada air yang sudah bertakung setinggi sembilan meter di kebun getah berhampiran apabila ‘calvet’ yang menghalang tanah tidak lagi dapat menampung jumlah air dan tanah.

“Kebetulan pula terdapat projek landasan berkembar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang giat dijalankan di sana,” katanya.

Banjir kilat melanda lagi



BENTONG – Hujan lebat sejak jam 9 malam menyebabkan banyak kawasan rendah sekitar daerah ini dinaiki air lebih kurang satu meter bermula jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi semalam. 

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat ialah Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khai Mun Chamang dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Khai Mun Repas serta beberapa buah rumah di Kampung Sungai Penjuring, Kampung Chamang, Kampung Repas, Kampung Kemansur dan Kampung Batu Satu Jalan Tras serta jalan lama Raub-Bentong. 

Sebelum ini kawasan terbabit pernah dilanda banjir kilat yang teruk iaitu dua kali pada 2008 namun pada kali ini bilangan mangsa banjir kilat semakin berkurangan kerana tindakan dari pihak berwajib. 

Seorang mangsa yang juga penghuni rumah di Kampung Batu Jalan Tras, Normah Ismail, 45, berkata, hujan lebat sejak jam 9 malam menyebabkan dia berasa tidak sedap hati untuk tidur memandangkan di belakang rumahnya terdapat anak sungai. 

Menurutnya, sebelum ini, mereka yang tinggal di kawasan ini sering dilanda banjir kilat namun selepas projek tebatan banjir sejak setahun lalu, masalah itu semakin berkurangan. 

“Namun tidak sangka pula secara tiba-tiba air deras mengalir masuk ke dalam rumah menyebabkan saya terpaksa mengejutkan anak-anak menyelamatkan diri dan sempat menyimpan buku pelajaran anak-anak supaya tidak basah,” katanya kepada Sinar Harian. 

Normah berkata, hanya lebih kurang lima rumah sahaja yang dilanda banjir kilat sekitar kawasan ini dan kebanyakannya adalah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana kedudukannya terlalu hampir dengan anak sungai. 

Datuk dua cucu mengaku berkhalwat



BESUT- Seorang datuk yang mempunyai dua cucu berusia 55 tahun didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang ibu tunggal berusia 38 tahun. 

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan lelaki yang turut mempunyai tujuh anak itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda seperti dikenakan. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkhalwat setelah didapati berkurung dengan pasangannya dalam sebuah chalet sehingga mendatangkan syak. 

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik chalet dekat Pantai Peranginan Air Tawar, di sini jam 11.50 tengah malam, 24 Mac lalu.

Remaja mangsa bunuh turut dirogol



KOTA BAHARU - Polis mengesahkan seorang remaja yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan di Pulai Chondong, Machang dua hari lalu turut dirogol.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa dirogol bagaimanapun, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa dirogol sebelum ditikam atau sebaliknya.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kini kita hanya dapat mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol melalui bedah siasat yang dijalankan pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Bagaimanapun sama ada mangsa dirogol sebelum ditikam atau ditikam dan kemudian dirogol itu belum dapat kita pastikan," katanya.

Dua hari lalu, seorang gadis yang dikenali sebagai Ilya Nabilah Rosnata, 19, yang berasal dari Kampung Pendek, Kota Baharu ditemui mati dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan, Pulai Chondong, di Machang.

Tiga mati, lima cedera MPV jatuh gaung


IPOH - Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng, pagi ini

Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang terbunuh dalam nahas kira-kira jam 10.30 pagi itu adalah wanita.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan yang sedang menghala ke arah utara dikatakan tercampak kira-kira 30 meter ke dalam gaung selepas merempuh besi penghadang.

Seorang mangsa yang mati tercampak keluar manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan yang remuk itu.

Beliau berkata, lima mangsa yang cedera telah dimasukkan ke Hospital RajaPermaisuri Bainun Ipoh.

“Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi beberapa daripadanya adalah warga asing,” katanya.

Suri rumah tarik balik saman terhadap Ketua Polis Negara



KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dari Johor, menarik balik saman kerana menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selepas dia dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Gajah kerana didakwa terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Peguam Datuk N. Sivananthan yang bertindak bagi pihak pemohon Lim Mui Cheng, 42, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya telah dibebaskan pada 16 Julai.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said, yang hadir bagi pihak Musa, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Lim dibebaskan bukan disebabkan oleh tindakan samannya terhadap Musa.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri telah pun menandatangani surat pembebasan Lim namun dia masih tertakluk kepada siasatan selanjutnya.

Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan permohonan untuk menarik balik saman itu.

Kutu rayau kena cekup



JOHOR BAHRU – Seramai 14 kutu rayau di sekitar bandar raya ini ditahan dalam satu operasi anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), semalam. 

Operasi yang berlangsung selama dua jam itu memberi tumpuan di dua kawasan iaitu sekitar kawasan bandar dan Terminal Pengangkutan Awam Larkin dengan kekuatan seramai 30 anggota dari dua agensi terbabit. 

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, operasi yang bermula seawal jam 3 petang itu merupakan prosedur biasa dilakukan pihaknya bagi mengelakkan pertambahan bilangan kutu rayau di bandar raya ini. 

Menurutnya, tahap keseriusan kewujudan kutu rayau itu masih lagi terkawal, tetapi perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib bagi mengawal kehadiran golongan ini yang boleh mendatangkan imej buruk terhadap negara. 

“JKM negeri akan memperbanyakkan operasi menahan kutu rayau yang dijangka bertambah pada bulan Ramadan ini. 

“Kehadiran kutu rayau yang suka berlegar-legar di sekitar bandar ini pada waktu malam menjejaskan imej malah ada yang membawa masalah memandangkan kebanyakan mereka kurang siuman,” katanya. 

“Justeru, kami merancang kerjasama bersama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dalam operasi berkenaan ada kutu rayau bertindak ganas dan tidak mahu memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi itu.

Pemuda terima padah



KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cuba merompak dan mencederakan seorang perempuan pada 20 Januari lalu. 

Hakim Zainal L.Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohammad Fitri Najmin dari Kampung Sarah, Sering dekat sini selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas tuduhan yang dihadapi. 

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Fitri didakwa cuba melakukan rompak dan pada cubaan merompak harta milik Aziah Awang Mat itu, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Aminah Abdul Majid, 44. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sarah, Sering dekat sini kira-kira jam 8.45 pagi. 

Atas kesalahan itu, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh di penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. 

Menurut fakta kes, semasa mang-sa (Aminah) sedang mengemas rumah majikannya, tertuduh yang sedang bersembunyi di belakang pintu bilik dalam rumah tersebut telah mengikat mulutnya dengan kain lampin dari arah belakang dan mengacu sebilah pisau ke arah leher mangsa. 

Mangsa kemudiannya berpaling ke arah tertuduh dan melihat tertuduh menutup sebahagian mukanya dengan kain pelikat dan tertuduh memegang sebilah pisau. Tertuduh kemudiannya meminta kunci bilik tidur utama daripada mangsa dan mangsa telah memberitahu kunci tersebut ada pada tuan rumah. 

Selepas itu, tertuduh menolak mangsa ke dalam bilik dan berlaku pergelutan antara tertuduh dan mangsa menyebabkan tangan mangsa luka terkena pisau yang dipegang tertuduh. 

Tertuduh kemudiannya mengurung mangsa dalam bilik rumah tersebut dan melarikan diri keluar dari rumah itu sambil menanggalkan kain pelikat pada mukanya dan memegang sebilah pisau. 

Segala perbuatan tertuduh semasa melarikan diri itu disaksikan anak saudara pemilik rumah berkenaan iaitu Saiful Azwar Azmi yang tinggal di rumah bersebelahan. 

Mohammad Fitri yang diwa-kili peguam Ahmad Nurie Abdul Rahman kemudiannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum terhadap anak guamnya. 

“Tertuduh telah memilih untuk membuat pengakuan bersalah tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan bersedia menerima hukuman atas perbuatannya itu. 

“Seperti mana yang mahkamah sedia maklum, pengakuan salah tertuduh itu menjimatkan masa dan kos mahkamah untuk meneruskan perbicaraan kes-kes lain,” katanya. 

Menurutnya, kesalahan itu juga merupakan kesalahan pertama tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini. 

“Tertuduh juga telah insaf dan menyesal atas perbuatan yang beliau lakukan. 

“Saya mohon budi bicara mahkamah mengenakan satu hukuman penjara seminimum mungkin bermula dari tarikh ditangkap dan tertuduh tidak dikenakan sebarang sebatan,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan serius. 

“Kesalahan yang dilakukan amat serius kerana melibatkan penggunaan senjata dan menyebabkan kecederaan pada mangsa. 

“Saya mohon satu hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat di luar sana agar kesalahan seperti ini tidak diulangi lagi,” katanya. 

Zainal semasa membacakan keputusan penghakimannya membe-ritahu beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah satu kesalahan serius. 

“Saya rasa satu hukuman berat wajar dikenakan ke atas kamu supaya memberi pengajaran dan iktibar agar kamu tidak mengulangi lagi kesalahan seperti ini. 

“Saya juga bersetuju dengan hujah peguam kamu, faktor pengakuan salah kamu menjimatkan masa mahkamah. Namun, ia bukan satu faktor yang kuat untuk saya menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap kamu,” katanya. 

Menurutnya, beliau bersetuju dengan permohonan peguam tertuduh agar tertuduh tidak dikenakan hukuman sebat disebabkan masih muda. 

“Saya harap hukuman yang dijatuhkan dapat memberikan keinsafan kepada kamu dan menjadi orang yang berguna apabila keluar nanti. 

“Setelah keluar nanti, kamu lupakannya episod lama dan bukalah lembaran baru dalam hidup kamu,” katanya.

Pemandu rogol pelajar dalam bas sekolah



MELAKA - Akibat merogol pelajar Tingkatan Satu di dalam bas sekolah, tiga tahun lalu, seorang lelaki yang juga pemandu bas berkenaan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, semalam. 

Ibrahim Sali @ Ali, 25, dari Taman Harmoni, Merlimau pada hari akhir pembelaan kes didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Hakim Elesabet Paya Wan. 

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa merogol seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun 9 bulan di dalam sebuah bas sekolah di hadapan Taman Muhibbah, Merlimau, kira-kira 3 petang, pada April 2007. 

Tertuduh yang diwakili peguambelanya, Shaari Nor memohon mahkamah memberi hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu adalah pertama kali serta hubungan seks yang dilakukan atas dasar suka sama suka. 

Timbalan Pendawa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dalam pendakwaannya pula berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat atas faktor kepentingan awam dan istilah 'suka sama suka' tidak boleh dijadikan alasan kerana mangsa di bawah umur haruslah dilindungi. 

Elesabet yang mendengar hujah dan meneliti fakta kes menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. 

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Tumpas




BANDAR BARU BANGI – Taktik sekumpulan pencuri pasir yang mengeluarkan pasir tanpa kebenaran pada awal pagi dan bergerak secara serentak gagal apabila ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Daerah Hulu Langat (PDHL) bersama anggota polis awal pagi semalam. 

Modus operandi mereka yang masuk dan keluar secara berkumpulan di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih ternyata sia-sia setelah lapan buah lori pasir muatan lapan tan ditahan semasa dalam perjalanan membawa keluar pasir berkenaan untuk pasaran sekitar Selangor kira-kira jam lima pagi. 

Kejayaan PDHL mematahkan kegiatan berkenaan dan menyita lori bersama pasir dalam masa serentak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta adalah kejayaan yang terbesar dicapai sehingga kini. 

Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin A’ala berkata, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada masyarakat setempat, intipan dijalankan oleh PDHL diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Daerah, Khairul Fahmi Mahmud dan Setiausaha Keselamatan Daerah, Noor Dasrafeezal Abdul Shukur serta enam anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Kajang (IPD) di kawasan berkenaan. 

“Rondaan dan intipan diadakan bermula tiga pagi namun pergerakan masuk lapan lori yang memasuki lokasi pengeluaran pasir tanpa kebenaran berkenaan hanya berjaya dikesan seawal empat pagi sebelum keluar semula dengan membawa muatan pasir jam lima pagi. 

“Anggota penguatkuasa kemudiannya mengekori lori itu sebelum bertindak mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan mereka dibahu jalan Sungai Lalang menuju ke Pekan Semenyih untuk siasatan lanjut. 

“Hasil pemeriksaan, kita dapati kesemua lori muatan lapan tan berkenaan membawa muatan pasir dipercayai tanpa permit di Batu 24 Jalan Sungai Lalang, Semenyih. 

“Kesemua pemandu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 an disoal siasat dan kegiatan haram itu dipercayai baru beroperasi”, katanya.

Jurutera nyaris maut diserang penyamun

J
KUALA LUMPUR- Seorang jurutera awam nyaris maut selepas diserang dua penjenayah bersenjatakan sabit dan parang yang turut menyamun pelbagai barangan berharga termasuk kereta dan wang tunai miliknya di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju, di sini, minggu lalu. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa, Stephen Ng Weng Fatt, 49, yang baru selesai menghantar anaknya ke kelas tuisyen, berjalan menuju ke keretanya jenis Toyota Fortuner yang diletakkan di tepi jalan di kawasan itu. 

Menurutnya, ketika dia membuka pintu untuk masuk, tiba-tiba datang seorang lelaki menolaknya dan mengugut sambil mengacukan sabit di lehernya. 

“Lelaki itu paksa saya menyerahkan dompet, telefon bimbit dan barangan berharga lain. Apabila saya menoleh, saya lihat ada seorang lagi rakan lelaki itu memegang sebilah parang berada di belakang. 

“Dalam masa sepuluh saat saja, penjenayah mengambil semua barang milik saya dan mengarahkan saya menghidupkan enjin kereta dan melarikan diri dengan kenderaan saya,” katanya di Wisma MCA, semalam. 

Stephen berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan seolah-olah dipukau apabila ditinggalkan kedua-dua penjenayah itu. 

“Saya tersedar kira-kira dua minit selepas itu dan menyedari ada satu lagi telefon bimbit dalam beg pinggang. Saya cuba menghubungi talian kecemasan 999 namun gagal," katanya

Suami berhak adu kecurangan Cut Tari: Peguam

JAKARTA: Suami Cut Tari, Johanes Yusuf Soebrata, berhak membuat aduan mengenai persetubuhan haram isterinya dengan vokalis Peterpan, Ariel.
Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea, berkata walaupun Johanes masih belum menggunakan haknya itu, dia boleh berbuat demikian.
“Cut Tari mengaku dia adalah wanita yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dan dia bersalah daripada aspek melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Walaupun begitu, kata Hotman, siasatan polis masih belum disiapkan.

“Terserah kepada Johanes untuk membuat tindakan selanjutnya, tetapi apa yang saya tahu, dia masih menunggu perkembangan lanjut siasatan,” katanya.

Cuma, kata Hotman, setakat ini Johanes bersikap terbuka dan memaafkan Cut Tari. - Agensi

Borang kastam Armstrong dicuri

BOSTON: Dua lelaki semalam dituduh mencuri dokumen kastam Neil Armstrong, lelaki pertama yang berjalan di bulan.
Menurut polis, lelaki berkenaan berhasrat menjual borang yang diiisi bekas angkasawan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan pada 13 Mac lalu.
Denfendan, Thomas Chapman dan Paul Brick- man menawarkan untuk melelong dokumen menerusi Internet. - AP

Kumpulan mafia tumpas

ROME: Polis Itali menangkap 67 orang dan merampas kira-kira 250 juta euro (RM1.02 bilion) harta dalam operasi terhadap kumpulan mafia, Ndrangheta.
Operasi berkenaan sekali gus melenyapkan kumpulan mafia berkenaan yang berpangkalan di Corigliano Calabro di wilayah Calabria, selatan Itali.
Menurut kenyataan polis, pasukan keselamatan yang bertindak hasil maklumat daripada pembelot, melancarkan serbuan di Calabria, Lombardy di utara Itali dan beberapa wilayah lain, menangkap suspek yang dituduh memeras ugut dan mengedar dadah.

Siasatan itu turut mendedahkan kegiatan peras ugut secara sistematik terhadap pemilik perniagaan kecil, lapor agensi berita, Ansa.

Kejadian itu adalah satu lagi tamparan terhadap Ndrangheta selepas polis bulan lalu menangkap ketua sindiket berkenaan bersama-sama 300 yang lain dan merampas harta bernilai berpuluh-puluh juta euro. - Agensi

Pasangan curang jatuh flet ketika berasmara

LUBECK (Jerman): Sepasang kekasih cedera selepas terjatuh dari tingkap sebuah rumah pangsa ketika terlalu leka mengadakan hubungan seks, semalam.
Pasangan itu yang menjalin hubungan sulit ditemui berbogel di kaki lima selepas tergelincir dari tingkat satu bangunan berkenaan.
Jiran berkata, pasangan itu sering bertemu di rumah pangsa itu untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Seorang daripada mereka berkata, penghuni di situ mungkin jarang terserempak dengan pasangan terbabit, tetapi selalu terdengar suara dari rumah berkenaan ketika mereka berasmara.

Polis berkata, pasangan itu leka berasmara di tepi tingkap sebelum wanita yang bersuami itu gagal mengimbangkan diri dan akhirnya terjatuh bersama teman lelakinya.

Walaupun ditemui berbogel, wanita terbabit menafikan dia berasmara, sebaliknya sekadar ‘bergurau-senda’.

Akibat kejadian itu, hidung pasangan terbabit patah, selain cedera pada kepala dan muka. - Agensi

Suspek bunuh ditahan

BUKIT BERUNTUNG: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kejam lelaki berusia 30-an yang mayatnya dijumpai di Ladang Sungai Tinggi, dekat sini, Ahad lalu, berikutan tertangkapnya dua lelaki warga Indonesia di sebuah kolam ikan di Kampung Timah, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata berdasarkan soal siasat ke atas kedua-dua suspek berusia awal 30-an itu, seorang daripada mereka mengaku membunuh mangsa pada hari kejadian.
“Bermula dari kes pergaduhan, suspek mengambil tindakan membunuh mangsa yang dikatakan kerap membuli mereka yang pernah bekerja di kolam sama.

“Sebelum dibunuh mangsa dibawa ke tempat kejadian oleh dua suspek itu. Dia ditetak dengan senjata tajam di leher, tangan dan badan beberapa kali,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Norel berkata, suspek dipercayai berdendam terhadap mangsa yang dikatakan sering bergaduh dengan mereka.

Menurutnya, suspek juga mengaku membuang senjata yang digunakan dan pakaian mangsa ke dalam Sungai Selangor kerana bimbang kejadian itu dibongkar.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Doktor cinta' lesap RM20,000

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kasanova menjaja kisah sedihnya yang kononnya hidup sebatang kara bagi memperdaya gadis-gadis yang dikenali melalui laman sembang untuk memberi wang kepadanya.
Lebih memeranjatkan, kebanyakan mangsa yang kerugian berpuluh ribu ringgit termakan helah dan pujukan ‘doktor cinta’ terbabit yang berjanji mahu berkahwin dengan mereka dalam tempoh terdekat.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina, 38, berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit yang dikenali sebagai Nazaruddin, September tahun lalu selepas diperkenalkan rakannya melalui satu laman sembang.

“Tanpa berselindung dia memberitahu amat cintakan saya dan merancang untuk memperisterikan saya Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu bekerja sebagai tutor di sebuah kolej pendidikan perubatan swasta dan mendakwa hidup sebatang kara berikutan ibunya sudah meninggal dunia.

“Sejak itulah bermula lakonan liciknya yang mendakwa dia tidak dibayar gaji oleh majikan selain mengalami kemalangan jalan raya. Akibat simpati, saya memasukkan wang ke dalam akuan bank miliknya dengan niat mahu membantu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak hanya membayar wang ansuran motosikal dan sewa rumah teman lelakinya itu malah turut memberikan wang sara hidup sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Namun selepas memberikan wang lebih RM20,000, dia mula menyedari ditipu selepas lelaki terbabit tiba-tiba hilang tanpa dapat dihubungi.

Mafia junior

BENTONG: Mereka baru berusia 15 tahun dan masih bersekolah, tetapi perangai masing-masing tidak ubah seperti ‘mafia junior’ apabila bersenjatakan parang serta sepucuk pistol mainan ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di bandar ini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, empat remaja terbabit yang menunggang dua motosikal berhenti di depan kedai serbaneka itu sebelum tiga daripadanya masuk dan berpura-pura mahu membeli barang.
Difahamkan, tiga pelajar tingkatan tiga itu masing-masing kemudian mengeluarkan sebilah parang serta sepucuk pistol mainan sebelum bertindak mengacu kepada dua pekerja kedai serbaneka berkenaan mengakibatkan mangsa berusia lingkungan 20-an ketakutan.

Tiga ‘mafia junior’ terbabit merampas wang tunai RM150 dalam mesin juruwang serta 20 kotak rokok pelbagai jenama mengakibatkan jumlah kerugian dianggarkan RM400.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata suspek kemudian melarikan diri ke arah seorang lagi rakannya yang sedang menunggu di luar kedai serbaneka sebelum memecut motosikal masing-masing.

Menurutnya, hasil pemeriksaan melalui rakaman litar tertutup, polis mengecam wajah empat suspek terbabit sebelum anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan dua daripadanya ketika melepak di bandar ini kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, dua suspek terbabit cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas menyedari kehadiran dua anggota polis peronda namun gagal sebelum dibawa ke IPD Bentong untuk siasatan berhubung kejadian terbabit.

Rosli berkata, hasil siasatan lanjut terhadap tangkapan pertama, polis menahan dua lagi rakan suspek berkeliaran di bandar ini, kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.

“Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini pernah terbabit dalam kes samun di Genting Highlands pada 16 Julai lalu apabila mengacukan pisau di leher seorang wanita sebelum merampas telefon bimbit mangsa.

“Susulan tangkapan berkenaan, polis kemudian menemui semula beberapa kotak rokok pelbagai jenis berada dalam bakul motosikal yang dipercayai disamun di kedai serbaneka berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, semua suspek terbabit kini ditahan reman selama seminggu di IPD Bentong untuk membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.
Katanya, polis menasihatkan ibu bapa mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelak terjebak kegiatan jenayah.

Datuk berhati haiwan

KUCHING: Seorang datuk yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Padawan terpaksa meringkuk dalam penjara selama 62 tahun selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan merogol cucunya sejak enam tahun lalu.
Tertuduh berusia 60 tahun yang tidak diwakili peguam mengaku melakukan semua kesalahan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Dia mengaku merogol cucunya di dua lokasi berasingan iaitu di kebun dan rumahnya. Dia dihukum mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Hakim Mahkamah Seksyen Kuching, Afidah Abdul Rahman memerintahkan hukuman itu dijalankan bermula semalam.
Mengikut kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa raya Teo Teck Soon, tertuduh didakwa merogol cucunya ketika berusia lapan tahun buat kali pertama di sebuah pondok di kawasan kebun di Jalan Kuching, Serian, dekat sini, antara jam 12 tengah malam hingga 12 tengah hari sekitar Januari hingga Disember 2004.

Dia kemudian mengulangi kesalahan itu pada 2005 juga pada waktu sama di sebuah rumah bernombor 25, Kampung Mambong, Jalan Kuching, Serian.

Warga emas itu turut dituduh melakukan perbuatan sama pada 2006 , 2007, 2008, 2009 dan kali terakhir pada 28 Jun lalu. Semua kesalahan itu dilakukan di tempat sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh meminta hukuman ke atasnya dikurangkan dengan alasan dia sudah tua dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan serta mengaku sudah insaf.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh itu, Afidah kemudian mensabitkan kesalahan pertama pada 2004 dengan hukuman penjara sembilan tahun, hukuman penjara 10 tahun untuk tuduhan kedua yang dilakukan pada 2005, lapan tahun (2006), enam tahun (2007), tujuh tahun (2008), lapan tahun (2009) dan 12 tahun bagi kesalahan dilakukan pada 2010.

Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengandung 28 minggu selain terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

Tertuduh dikatakan memelihara mangsa sejak kecil selepasibu bapanya menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.

Sepanjang tempoh penjagaan itu, tertuduh dikatakan mengambil kesempatan ketika mangsa berusia lapan tahun sehinggalah dia berusia 14 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian itu disaksikan sendiri isteri tertuduh, namun dia dimarahi dan diugut supaya tidak melaporkan perkara ini.

Datuk tendang jurugambar

KUCHING: Seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Datuk direman kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan bayi dan kanak-kanak di sekitar bandar raya ini bertindak luar dugaan apabila cuba menendang dan memaki seorang jurugambar, semalam.
Lelaki berkenaan bertindak demikian sebaik keluar lokap untuk dibawa ke kamar mahkamah bagi membolehkan dia dan isteri serta enam lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes berkenaan mendapat perintah menyambung tahanan reman ke atas mereka.

Ketika itu lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba menendang jurugambar ketika gambarnya dirakam.

Pasangan itu dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendapat perintah melanjutkan tempoh reman memandangkan reman sedia ada berakhir semalam.

2 bebas tuduhan pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk seorang bekas bendahari Pemuda MIC dilepas dan dibebaskan daripada lima pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM10 juta, pada 2004 dan 2005.
Hakim Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap S Ganesan, 34, dan Datuk V Alexander Chako, 49, terhadap lima pertuduhan kes itu.
Mahkamah turut berpendapat tuduhan yang dikenakan adalah cacat dan tidak dijelaskan secara jelas kepada kedua-dua tertuduh bagi membela diri. Kedua-dua mereka tenang ketika mendengar keputusan itu. Ganesan didakwa terbabit pengubahan wang haram iaitu menerima RM400,000 melalui cek bernombor 490824 dan 527692 di RHB Bank Berhad, No 17-G dan 17-1, The Boulevard, Midvalley, Lingkaran Syed Putra di sini, pada 8 Februari dan 24 Februari 2005. Kedua-dua kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum lima tahun penjara dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali. Alexander Chako, seorang pengarah syarikat pula didakwa dengan tiga pertuduhan dengan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dalam transaksi jual beli membabitkan tanah GM2968, Lot 1599, Mukim Kuala Lumpur di pejabat Tetuan Megat Najmuddin Leong & Co,102, Jalan Bangsar, antara 14 September dan 1 Oktober 2004.

Dia turut didakwa menggunakan tanah itu sebagai cagaran untuk memperoleh RM10.5 juta daripada Malaysian Assurance Alliance Berhad di pejabat Malaysian Assurance Alliance Berhad, Suite 20.03, Jalan Dewan Bahasa, pada 19 Oktober dan 27 Disember 2004.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima RM10 juta melalui akaun firma Tetuan Megat Najmuddin Leong & Co di RHB Bank Berhad. Perbuatan itu didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, No 17-G dan 17-1, The Boulevard, Mid Valley Lingkaran Syed Putra, antara 29 September 2004 dan 1 Mac 2005.

Ketiga-tiga kesalahan itu dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Sarjan dituduh peroleh suapan RM300 diperintah bela diri

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memperoleh suapan berjumlah RM300 pada dua tahun lalu.
Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Hassim Ma’asah, 49, selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.
Dia yang hadir ke mahkamah dengan berbaju Melayu hijau bersama seorang wanita yang percayai isterinya tenang ketika mendengar keputusan itu. Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperoleh suapan berupa RM300 tunai daripada Muhammad Faizal Kamaluddin sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Osman Saifudeen Osman, yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Restoran Putra 101, Jalan Putra di sini, pada jam 2.30 petang, 10 Mei 2006. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Peragut dijel 5 tahun

SHAH ALAM: Seorang peragut yang diberkas selepas motosikalnya dirempuh siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru dirompaknya, minggu lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku salah meragut pelajar berkenaan.
Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu terhadap Hairul Azuan Abdul Rahman, 33, pengawal keselamatan tempat letak lori di Seksyen 26, dekat sini, dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan mulai tarikh tangkap iaitu 15 Julai lalu. Mengikut pertuduhan, Hairul Azuan didakwa meragut beg tangan Juliza Jamaludin yang berisi dompet, telefon bimbit Sony Ericsson, kad pelajar UiTM dan kad ATM Bank Islam, lesen memandu dan kad pengenalan. Kejadian itu menyebabkan pelajar berkenaan kerugian kira-kira RM500. Dia didakwa berbuat demikian Jalan Persiaran Raja Muda Seksyen 3, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi, pada 15 Julai lalu.
Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda.

Berdasarkan fakta kes, Juliza, 23, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah di UiTM dihampiri tertuduh yang menaiki motosikal kira-kira jam 8.30 pagi, pada hari kejadian. Sebaik tiba di Persiaran Raja Muda, motosikal ditungganginya dipintas tertuduh yang kemudian menyambar beg tangan yang diletak dalam bakul sebelum memecut laju motosikalnya menuju Seksyen 3.

Oleh kerana terlampau geram, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu nekad mengejar lelaki itu sehingga Jalan Persiaran Dato’ Menteri sebelum melanggar motosikal lelaki itu berdekatan satu pusingan U.

Akibat rempuhan itu, mangsa dan tertuduh terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum penjenayah terbabit cedera ringan cuba melarikan diri.

Mangsa menjerit meminta tolong dan jeritannya didengar dua pegawai polis yang kebetulan berada di restoran berhampiran sebelum mereka bersama orang ramai mengejar penjenayah dan menahannya.

Tertuduh kemudian ditahan dalam longkang besar berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Raja Muda. Akibat kejadian itu, mangsa cedera ringan di tangan dan kaki kanan akibat terjatuh dari motosikal. Terdahulu ketika rayuan terhadap hukuman, Hairul Azuan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman lebih ringan kerana mendakwa melakukan perbuatan itu akibat kesempitan wang.

“Saya perlu menyara ibu dan bapa uzur di kampung dan adik saya,” katanya.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed.

Pemandu dipenjara tujuh tahun, 3 sebatan

MELAKA: Seorang pemandu bas sekolah dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar tingkatan tiga dalam bas terbabit di Merlimau, dekat Jasin, tiga tahun lalu.
Hakim Elesabet Paya Wan dalam penghakimannya mendapati tertuduh, Ibrahim Sali, 26, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.
Menurutnya, tertuduh memilih memberi keterangan bersumpah dan membangkitkan enam fakta utama dalam pembelaannya, namun mahkamah berpendapat keterangan tertuduh tidak boleh dipercayai dan diterima kerana tidak konsisten.

Selain itu, terdapat keterangan tertuduh sendiri bahawa sudah berlaku kemasukan kemaluan tetapi seperti tidak masuk. Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dari Taman Harmoni, Merlimau didakwa merogol mangsa dalam bas sekolah di depan Taman Muhibbah, Merlimau, Jasin, kira-kira jam 3 petang pada April 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.

Ketika merayu, Shaari Nor yang mewakili tertuduh memohon hukuman paling minimum dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan jika tertuduh dipenjarakan lama, tiada orang untuk memandu bagi menghantar pelajar selain kesalahan pertama tertuduh.

Perbuatan penakut

KUALA LUMPUR: Perbuatan individu membakar rumah seorang imam dan dua ahli jawatankuasa Surau At-Taufiqiah flat 16 tingkat di Sungai Besi, di sini pagi kelmarin dianggap penakut, malah dayus kerana tidak berani menyatakan rasa tidak puas hati dengan berhadapan punca sebenar masalah.
Lebih teruk, mereka mengambil jalan jenayah dalam menyatakan rasa tidak puas hati sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar budaya masyarakat tempatan. Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affendi Hashim berkata, merosakkan harta benda awam boleh diertikan sebagai vandalisme namun apabila berkaitan harta persendirian ia lebih kepada perbuatan khianat.
“Lebih menyedihkan orang yang patut dicontohi dan diteladani seperti seorang imam dikeji malah cuba dianiaya,” katanya ketika diminta mengulas tindakan individu tidak dikenali membakar rumah seorang imam dan dua ahli jawatankuasa Surau At-Taufiqiah flat 16 tingkat di Sungai Besi, pagi kelmarin.

Katanya, mereka ini mungkin tidak berpuas hati malah berasa malu dengan diri sendiri sehingga sanggup membahayakan nyawa orang.

Menurutnya, mungkin motif utama individu itu berkaitan rasa kurang senang dengan tindakan serta aktiviti membina moral serta sahsiah di kalangan remaja di kawasan itu.

Katanya, remaja atau sesiapa saja yang berkenaan perlu berani berhadapan dengan pihak yang mengundang rasa tidak puas hati mereka, bukan dengan melakukan sesuatu di belakang pihak itu.

Menurutnya, perbuatan itu dikira dayus apabila mereka melakukannya secara tersembunyi agar tidak diketahui mangsa kerana bimbang identiti mereka terbongkar.

Kamal berkata, lebih baik diketahui identiti apabila berdepan dengan pihak berkenaan daripada melakukan jenayah yang kesannya lebih buruk kelak.

“Apa yang dilakukan imam serta mangsa perlu diteruskan kerana mereka melakukan sesuatu yang betul, jangan pernah merasakan untuk berhenti dari aktiviti tazkirah dan dakwah sebegini.

“Malah, selain daripada mereka, orang lain juga digesa lebih aktif menjalankan aktiviti sedemikian,” katanya.

Benci dapat bayi perempuan

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.
“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.
“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

Awang Misai Merah 'terkucil'

KUALA TERENGGANU: Ketua sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Awang Misai Merah didapati benar-benar mempunyai misai lebat berwarna perang kemerahan menyebabkan kumpulan itu mendapat jolokan daripada nama berkenaan.

TAHAN...Awang Misai Merah (dua dari kanan) dan dua anaknya yang diberkas dalam serbuan pagi semalam.
TAHAN...Awang Misai Merah (dua dari kanan) dan dua anaknya yang diberkas dalam serbuan pagi semalam.
Lelaki berusia 48 tahun yang sebelum ini bersembunyi selepas meloloskan diri dalam beberapa siri serbuan polis di sekitar negeri ini akhirnya terjerat selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menyerbu sebuah rumah di Kemaman.

Walaupun kelihatan garang dan gagah dengan misai lebatnya, lelaki berkenaan dikatakan beberapa kali ‘terkucil’ ketika diserbu dan memberitahu pihak berkuasa dia mengalami masalah itu akibat pengambilan ubat batuk secara berlebihan.

Berikutan itu, dia yang amat dikehendaki kerana bertanggungjawab terhadap beberapa kes curi kenderaan berat membabitkan pacuan empat roda dan lori di negeri ini mungkin akan menjalani ujian air kencing bagi mengetahui sama ada positif dadah atau sebaliknya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengesahkan penahanan ketua kumpulan itu berkata, suspek ditahan bersama dua anak lelakinya berusia 17 dan 24 tahun di sebuah rumah di Cheneh, Kemaman.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat orang ramai kira-kira jam 7 pagi semalam dan polis turut menemui tiga kenderaan dengan dua daripadanya didapati mempunyai kesan ubah suai seolah-olah ada tampalan pada casisnya.“Berikutan itu, kedua-dua kenderaan dirampas dan dibawa ke IPK untuk ujian forensik dan kami akan memohon perintah reman terhadap tahanan bagi membantu siasatan,” katanya.

“Sebenarnya tangkapan kes itu baru saja dilakukan dan polis masih menjalankan siasatan, jadi tidak banyak yang boleh saya katakan setakat ini kerana proses siasatan masih di peringkat awal,” katanya kepada Harian metro.
Geng Awang Misai Merah digeruni kerana mempunyai rangkaian hampir di seluruh negeri ini dan dipercayai menjadikan kawasan pedalaman lokasi pasaran kenderaan curi selain menjadikan pemilik kenderaan pacuan empat roda sebagai sasaran.

Nasib ibu Si Tanggang

KUANTAN: Nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Buaya di sini, tidak ubah seperti kisah ibu Si Tanggang apabila dia bukan saja dimaki-hamun anak kandung, malah turut dihalau insan yang dilahirkannya.

BUKTI...Zaiton menunjukkan laporan polis dibuat terhadap anak sulungnya.


BUKTI...Zaiton menunjukkan laporan polis dibuat terhadap anak sulungnya.
Lebih menyedihkan apabila anak yang pernah ditatang bagai minyak yang penuh satu ketika dulu, sanggup memanggilnya dengan gelaran babi, malah tidak mengaku lahir daripada rahim ibunya.

Ibu tunggal malang itu, Zaiton Jaafar, 57, mendakwa anak sulungnya yang dahulunya baik mula berubah sikap sejak suaminya meninggal dunia hampir 19 tahun lalu.

“Saya isteri ketiga kepada arwah suami dan mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup, namun anak perempuan saya yang juga anak kedua meninggal dunia akibat ketumbuhan dalam otak kira-kira tujuh tahun selepas kematian suami.

“Saya berkahwin lain setahun selepas kematian suami dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, suami keduanya menghilangkan diri kira-kira 16 tahun lalu dan sejak itu dia tinggal bersama anak lelaki sulung (hasil perkongsian hidup dengan suami pertama) yang berusia 32 tahun serta anak ketiga (dengan suami kedua) di rumah peninggalan suami pertamanya. “Rumah itu dulunya atas nama syarikat milik arwah suami kemudian ditukar hak kepada anak sulung saya sebelum dia berkahwin dengan seorang kerani bank kira-kira 10 tahun lalu.

“Sejak tinggal berasingan dia tidak pernah menjenguk saya sehinggalah dia ingin berkahwin lain kira-kira empat tahun lalu,” katanya yang bekerja sebagai tukang sapu.
Zaiton berkata, sebelum sambutan Aidilfitri tahun lalu, anak sulung bersama isterinya pulang ke rumah kononnya mahu meminta ampun dan mengajaknya tinggal bersama di Kuala Lumpur.

“Namun, ketika tinggal bersamanya di sana, saya sering dimaki-hamun walaupun hanya melakukan kesalahan kecil menyebabkan saya kembali ke rumah asal.

“Derita saya tidak berakhir di situ apabila dia dan isterinya pulang ke rumah yang saya diami sekarang dan berkeras mahu menjual rumah berkenaan,” katanya.

Kemuncaknya, Zaiton mendakwa, anak sulungnya itu pernah menolaknya sehingga terjatuh dan menghalaunya keluar, malah anak ketiganya turut menjadi mangsa amarah lelaki berkenaan.

“Dia turut memanggil saya dengan gelaran babi dan pernah tidak mengaku lahir daripada rahim saya selain menyorok makanan di rumah supaya saya tidak dapat makan. Malah, isterinya turut membaling selipar ke arah saya, baru-baru ini.

“Walaupun dihalau keluar, saya tetap tidak meninggalkan rumah berkenaan kerana tiada tempat lain untuk dituju namun berikutan bimbang keselamatan diri, saya membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, Isnin, lalu.

Menurut Zaiton, dia bimbang anak sulungnya itu menjual rumah yang didiaminya sekarang. Jika keadaan itu berlaku, dia pasti buntu mengenangkan nasibnya dan anak bongsu kerana mereka akan kehilangan tempat tinggal.