Search This Blog

Wednesday, July 14, 2010

Aksi Gibson pukul kekasih disiar online




15/7


Mel Gibson
Mel Gibson
Tindakan pelakon Lethal Weapon jejas reputasi
LOS ANGELES: Satu rakaman audio terbaru membabitkan bintang filem Lethal Weapon, Mel Gibson yang didakwa mengakui memukul bekas teman wanitanya dari Russia disifatkan bakal menjejaskan reputasi bintang Hollywood berkenaan.
Ia diikuti dengan satu rakaman yang turut disiarkan melalui Radaronline.com yang menunjukkan bintang filem Braveheart itu turut bersifat antiperkauman.
Lelaki jenis apakah ini? soal bekas teman wanitanya, Oksana Grigorieva kepada aktor terbabit dalam rakaman selama lapan minit berkenaan.
Memukul seorang wanita ketika dia memegang seorang bayi di tangannya? Mematahkan dua gigi. Lelaki jenis apakah ini?
Gibson membalas: Oh, awak marah sekarang! Awak tahu, awak memang patut terima balasan ini!
Rakaman berkenaan adalah sebahagian daripada pergaduhan antara Grigoreiva, 40 dan Mad Max Gibson, selepas wanita itu didakwa dipukul pada 6 Januari lalu. Gibson juga didakwa mematahkan beberapa gigi Grigorieva dalam pergaduhan berkenaan.
Gibson dan Grigorieva mendapat seorang anak perempuan, Lucia pada Oktober lalu, beberapa bulan selepas Gibson menceraikan Robyn, isteri yang dikahwini selama hampir 30 tahun dan juga ibu kepada tujuh anak hasil perkahwinan pertama mereka itu.
Polis di Malibu berkata mereka menyiasat kes keganasan domestik membabitkan pasangan itu tetapi tidak memberikan banyak maklumat.
Laman web selebriti TMZ.com melaporkan Grigorieva membuat rakaman itu selepas pergaduhan pada Januari.
Jurucakap Sheriff Los Angeles berkata polis juga menyiasat rakaman yang membabitkan Gibson itu. AFP
Sumber : Bharian.com.my

Wanita warga asing ditahan jual bayi RM10,000



KUCHING 13 Julai - Polis menahan seorang wanita rakyat asing yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi di bandar raya ini dalam serbuan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) malam tadi.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 9 malam selepas meminta wang berjumlah RM10,000 daripada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.
Bertindak atas maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menuju ke kawasan MJC untuk menemui wanita terbabit yang menawarkan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan 23 hari lalu untuk dijual.
Salah seorang anggota polis kemudian cuba berurusan dengan wanita itu yang dipercayai baru sebulan berada di negeri ini.
Ketika berurus niaga, wanita itu meletakkan harga RM10,000 untuk menjual seorang bayi perempuan sebelum polis menyerbu dan menahan suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Huzir Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penahanan seorang wanita warga asing bersama seorang bayi.
"Buat masa ini, kita masih menyiasat sama ada wanita itu mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan bayi di negeri ini atau bertindak berseorangan," katanya di sini hari ini.
Bayi perempuan itu kini diletakkan di bawah jagaan Hospital Umum Sarawak sementara menunggu siasatan kes selesai.

Pusat refleksologi tawar urutan bogel



Beberapa tukang urut ditahan semasa operasi cegah maksiat di Taman Sungai Besi, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Seorang pelanggan lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel tergamam setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Sungai Besi di sini malam tadi.
Malah, ketika diserbu, tukang urut wanita warga asing yang dilanggan lelaki itu juga dalam keadaan tidak berpakaian.
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Sewaktu diserbu, terdapat dua pelanggan sedang diurut oleh pekerja wanita masing-masing dari Indonesia dan Vietnam manakala tiga lagi wanita sedang menunggu pelanggan.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pelanggan terbabit mengaku membayar RM186 untuk mendapatkan khidmat urutan bogel selama sejam setengah
"Selain urutan bogel, premis itu turut menawarkan khidmat urutan batin termasuk menggunakan payu dara," katanya ketika ditemui selepas operasi di sini malam tadi.
Razali berkata, harga bagi khidmat urutan batin ialah RM80 sejam manakala urutan bogel menawarkan dua pilihan iaitu RM135 bagi tempoh sejam dan dinaikkan kepada RM186 jika pelanggan mahu menambah setengah jam lagi.
Katanya, siasatan mendapati premis yang berselindung di sebalik perniagaan urut refleksologi ini sudah beroperasi selama sembilan bulan.
"Pemilik premis mendakwa ada memohon permit daripada PBT untuk beroperasi tetapi belum diluluskan.
"Tindakan premis ini beroperasi tanpa kelulusan adalah menyalahi undang-undang apatah lagi ia turut menawarkan khidmat urutan seks," ujarnya.
Menurut Razali, kelima-lima tukang urut wanita iaitu masing-masing dua warga China dan Vietnam serta seorang Indonesia bersama dua pelanggan serta seorang penjaga premis berusia antara 22 hingga 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.

Bicara nafkah anak AC Mizal hanya 10 minit



KAJANG 13 Julai - Perbicaraan tuntutan mengubah nafkah dua anak lelaki pelakon dan pengacara popular AC Mizal yang dikemukakan oleh bekas isterinya hanya berlangsung selama 10 minit di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini hari ini.
Ia berikutan permohonan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal untuk menangguhkan soal balas terhadap Shafnie Zainuddin, bagi membolehkannya meneliti dokumen-dokumen berhubung tuntutan itu terlebih dahulu.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah kemudian menetapkan 29 September ini untuk Shafnie menyerahkan dokumen-dokumen tersebut sebelum perbicaraan bersambung semula pada 4 dan 12 Oktober ini.
Terdahulu, pada prosiding hari ini, Shafnie, 34, hanya dikemukakan satu soalan oleh peguam syarie, Azmi Rais yang mewakilinya iaitu berkaitan tuntutan insurans terhadap anak-anaknya.
Menjawab soalan itu, wanita itu menyatakan, insurans tersebut merangkumi pendidikan Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, untuk melanjutkan pelajaran.
Jelasnya, premium sebulan insurans tersebut berjumlah RM500 setiap seorang meliputi perlindungan anak-anak tersebut sehingga berumur 25 tahun sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya.
AC Mizal yang memakai kemeja merah jambu turut hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh seorang rakannya.
Dalam permohonan tersebut, Shafnie menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.
Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa rumah atau ansuran rumah (RM650).
Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini dan Shafnie bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001.

Bapa tuntut anak bayar nafkah





KUALA TERENGGANU 13 Julai – Sejak tujuh tahun lalu, seorang pesara swasta memelihara dua orang cucu yang ditinggalkan oleh anak lelakinya setelah bercerai dengan ibu kanak-kanak tersebut.
Dengan kudrat yang tidak seberapa, warga emas itu bersama isterinya membesarkan cucu-cucunya itu tanpa bantuan nafkah daripada bapa kanak-kanak tersebut.
Walhal anak pesara itu merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di ibu negara dengan pendapatan RM17,000 sebulan.
Tidak tahan dengan sikap ‘lepas tangan’ anaknya itu, Mustafa Ismail, 64, telah mengemukakan tuntutan supaya Nasrun, 37, membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya itu selama tempoh tersebut sebanyak RM20,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir turut menuntut perintah agar Nasrun memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji untuk keperluan dua cucunya yang kini berusia 13 tahun (perempuan) dan 15 tahun (lelaki).
Selain itu, beliau sebagai plaintif menuntut anak lelakinya itu memohon maaf kepadanya dan hadir ke mahkamah tersebut bagi menyelesaikan kes berkenaan.
Mustafa yang diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof mengemukakan tuntutan berkenaan ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie, Kamarulazmi Ismail hari ini.
Pada prosiding tersebut, Mustafa yang kelihatan sebak, membaca wakalah pelantikan peguam syarie dengan nada tersekat-sekat sebelum meminta Fazru Anuar membacakan tuntutantuntutan berkenaan.
Nasrun yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan itu tidak hadir di mahkamah hari ini.
Kamarulazmi kemudian menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula permohonan tersebut yang dibuat mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Negeri Terengganu 1985.
Hakim tersebut menyifatkan kes itu cukup mengaibkan dalam institusi keluarga Islam dan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia melibatkan antara bapa dengan anak kandungnya sendiri.
Malah jelasnya, kes itu merupakan kes kedua yang pernah menggemparkan negara berkaitan tuntutan nafkah yang dikemukakan ibu bapa terhadap anak kandungnya selepas kes membabitkan seorang pensyarah di Seremban kira-kira tiga tahun lalu.
Justeru itu, beliau berharap kes berkenaan dapat diselesaikan di luar mahkamah dengan kedua-dua belah pihak memberi pertimbangan wajar ke arah penyelesaian demi kebaikan bersama.
Sementara itu, Fazru Anuar sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, plaintif terpaksa menanggung dua cucunya itu sejak tujuh tahun lalu tanpa bantuan nafkah daripada Nasrun.
‘‘Malah selama tempoh itu, Nasrun yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dan berpendapatan RM17,000 sebulan tidak pernah menjenguk dua anaknya itu yang dijaga plaintif bersama isteri (ibu Nasrun),’’ katanya.
Menurut beliau, plaintif mendapat hak penjagaan ke atas kedua-dua cucunya itu pada 2004 daripada bekas menantunya setelah pasangan tersebut bercerai pada 30 Disember 1998.
Nasrun dan bekas isterinya masing-masing telah berkahwin lain.
Ditanya sama ada pihak plaintif akan akur dengan nasihat hakim untuk menyelesaikan konflik keluarga itu di luar mahkamah, beliau berkata:
‘‘Anak guam saya bersifat terbuka dan akan pasti mengubah pendirian jika defendan pulang menjenguknya dan isteri serta dua anaknya itu serta memohon maaf akan keterlanjuran,’’ ujarnya.

Penganut Kristian merusuh di Ireland Utara



Perusuh cuba merempuh benteng kawalan anggota polis dalam rusuhan yang dianjurkan penganut Katolik Ireland selepas perarakan besar-besaran Orange Order di Utara Belfast, Ireland, kelmarin. - AFP


BELFAST 13 Julai - Polis hari ini berusaha menghentikan rusuhan yang dianjurkan penganut Katolik Ireland di beberapa bahagian di Ireland Utara, sehari selepas perarakan besar-besaran Protestan, satu acara tahunan yang sering mencetuskan keganasan antara kedua-dua penganut Kristian itu.
Polis dan ahli politik menuduh kumpulan serpihan Tentera Republikan Ireland (IRA) merancang keganasan itu selepas perarakan besar-besaran Orange Order, sebuah persatuan Protestan Britain, semalam yang tidak diterima minoriti Katolik Ireland.
Keganasan bermula di Ardoyne, sebuah pangkalan lama IRA di utara Belfast, di mana kira-kira 100 penunjuk perasaan cuba menyekat satu laluan perarakan, sementara lelaki-lelaki bertopeng dan kumpulan remaja di tepi jalan melempar batu-bata, botol, batu dan bom botol ke arah polis.
Polis rusuhan yang lengkap memakai topi keselamatan dan perisai mengheret setiap penunjuk perasaan ke tepi jalan, sebelum menggunakan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Seorang wartawan Associated Press menyaksikan seorang remaja yang mahu melempar batu-bata ke arah polis, terjatuh dan berdarah di bahagian muka selepas terkena semburan meriam air polis.
Penunjuk perasaan lain yang berada di atas bumbung, dilihat melempar botol bir kosong ke arah polis.
Keganasan merebak ke beberapa daerah Katolik di Belfast dan bandar-bandar lain. Keganasan sekali-sekala masih tercetus awal hari ini, mendedahkan permusuhan kaum yang masih berlaku di sebalik usaha perdamaian selama dua dekad di Ireland Utara. - AP

Tiga lagi mangsa kencing tikus





KUANTAN 13 Julai – Tiga lagi penduduk dimasukkan ke Hospital Jengka tengah malam tadi kerana disyaki dijangkiti kuman leptospirosis (air kencing tikus) dan meliodosis (kuman dari air dan tanah) di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terbaru tersebut dilaporkan stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Ho Khai Mun berkata, sehingga kini hanya seorang iaitu mangsa terdahulu yang agak kritikal dan masih dirawat di Hospital Selayang, Selangor.
Beliau meminta orang ramai tidak panik dengan kemasukan tiga lagi mangsa terbaru tersebut kerana keadaan mereka tidak membimbangkan.
‘‘Kami sentiasa membuat pemantauan terhadap mangsa-mangsa yang terdedah dengan risiko itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kejadian seramai enam lelaki meninggal dunia dalam tempoh seminggu akibat dijangkiti kuman itu selepas berkhemah semasa operasi menyelamat seorang mangsa lemas di Lubuk Yu baru-baru ini.
Mereka yang meninggal dunia ialah Azizam Abdullah, 58; Timothy Hoo Seng Heng, 29; Lim Sin Lai, 55; Mohd. Ali Abdullah, 60; Zakaria Ayub, 52, dan Zainal Abidin Ismail, 56, ketika menyertai operasi mencari mangsa lemas, Mohd. Azhar Azizam, 28, pada 26 Jun lalu.
Operasi menyelamat mangsa lemas itu disertai 83 individu termasuk anggota pasukan penyelamat bersama penduduk tempatan bermula 26 Jun hingga 30 Jun lalu.
Khai Mun juga meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu penularan kuman tersebut sehingga menimbulkan panik kepada masyarakat.
‘‘Orang ramai usah panik apabila ada lagi mangsa dimasukkan ke wad. Semua pihak diharap bertenang menghadapi situasi ini, tambahan pula keadaan masih lagi terkawal,” tegasnya.
Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail ketika ditemui di sini berkata, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menutup sementara Hutan Lipur Lubuk Yu selama dua bulan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan terbabit.
Ini kerana kata beliau, siasatan awal mendapati kematian enam lelaki terbabit berpunca daripada tanah, bukannya air sungai.
‘‘Kita dapati kawasan hutan lipur itu terlalu kotor dengan sampah sarap terutama plastik dan polisterin,” katanya.
Bagi tujuan itu juga tambah beliau, kerajaan negeri memohon peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf hutan lipur tersebut bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

22 pendulang emas haram ditahan



14/07/2010 4:52pm

MERSING 14 Julai – Seramai 22 pendulang emas haram yang terdiri daripada warga asing dan tempatan termasuk dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun ditahan dalam serbuan di Hutan Simpan Bukit Twiss, Tenggaroh dekat sini, kelmarin.
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari, diketuai Pegawai Hutan Daerah, Zubait Said bersama kakitangannya termasuk Unit Penguat Kuasa Jabatan Perhutanan negeri, polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). – Utusan

Pengawal dipenjara 10 tahun akibatkan kematian



14/07/2010 5:03pm

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan mengakibatkan kematian seorang pemilik sebuah kedai permainan video.

Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan Muhammad Azman Saholl Meera menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 22 Mac 2009.
Pada 1 Julai tahun lepas, Muhammad Azman mengaku tidak bersalah membunuh Alex Rafael, 25, di perkarangan Blok C, Danau Kota, Setapak kira-kira pukul 5.40 pagi, 22 Mac.

Pendakwaan bersetuju dengan representasi yang dikemukakan oleh peguamnya, Datuk N. Sivananthan kepada Pejabat Peguam Negara di mana Muhammad Azman ditawarkan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun.
Menurut fakta kes, Muhammad Azman dan beberapa rakannya sedang minum apabila mereka menerima panggilan daripada seorang lagi rakan yang meminta pertolongan untuk "menyelesaikan" salah faham dengan Alex.
Apabila tiba di sana, Muhammad Azman dan rakan-rakannya bersemuka dengan Alex serta rakan-rakannya yang bersenjatakan parang.

Satu pergaduhan kecil tercetus selepas salah seorang daripada rakan tertuduh diserang, mengakibatkan tertuduh menggunakan sepucuk pistol ketika bersemuka kumpulan itu dan melepaskan tembakan ke arah Alex.
Alex dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia setibanya di HKL.

Ketika mengemukakan rayuan Sivananthan berkata, anak guamnya mengaku bersalah sebaik sahaja diberi peluang berbuat demikian merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
Beliau berkata, Muhammad Azman dibenarkan membawa pistol memandangkan dia bekerja dengan sebuah firma keselamatan dan satu-satunya tembakan yang dilepaskannya semasa insiden itu bukan bertujuan untuk membunuh mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz menjalankan pendakwaan. - Bernama

1 polis maut, 4 cedera letupan bom di lapang sasar



14/07/2010 8:59pm

KAMPAR 14 Julai – Seorang anggota polis maut, manakala empat yang lain cedera termasuk seorang parah dalam satu kejadian letupan bom di lapang sasar di sini hari ini.
Ketiga-tiga yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kampar, manakala yang cedera parah pula dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika kira-kira 40 anggota polis sedang menjalani latihan di situ. – Utusan

Rusia kritik tindakan Iran



MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengakui Iran sedang mengumpul keupayaan bagi membina bom nuklear, kenyataan yang menggambarkan pendirian Rusia yang semakin hampir kepada negara Barat. 

Kenyataan Medvedev itu merupakan kritikan paling kasar yang pernah dikeluarkan oleh Rusia mengenai program nuklear sekutu tradisinya, Iran. 

Medvedev juga memberikan isyarat bahawa Moscow mungkin 'hilang sabar' selepas bertahun berlembut dengan Teheran. 

"Jelas, Iran semakin hampir dalam memiliki keupayaan untuk membina bom nuklear," katanya dalam satu mesyuarat di Moscow, kelmarin. 

Menurutnya, Iran tidak bertindak dengan cara terbaik dan menggesa Teheran menunjukkan keterbukaan dan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi memeriksa keupayaan nuklear republik Islam itu. 

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Israel menuduh Iran membina senjata nuklear namun dinafikan oleh Iran yang menegaskan program nuklaer negara itu adalah untuk tujuan keamanan.

CNN nafi Anwar bayar




KUALA LUMPUR - Cable News Network (CNN) menyifatkan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program 'Connect the World' adalah rekaan semata-matanya.        

Jurucakap CNN semalam berkata, rangkaian televisyen itu kesal kerana tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ia disiarkan.        

Sejak beberapa hari lalu, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu.        

Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger, sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat, yang juga memetik satu atau dua akhbar tempatan di sini. 

Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian baik dengan media. - Bernama

Hentikan pembinaan



SUNGAI SIPUT (U) – Masalah keretakan dinding dan tiang rumah yang berlaku di Taman Makmur, di sini, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kerana dikhuatiri lama- kelamaan ia boleh menyebabkan kediaman mereka runtuh. 

Penduduk mendakwa keretakan itu berlaku berikutan projek pembinaan landasan kereta api berkembar yang dilakukan berhampiran kawasan perumahan mereka. 

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sungai Siput, M Sugumaran berkata, penduduk berang dengan tindakan pihak pemaju yang tidak melayan permohonan mereka lalu mengambil tindakan menggesa kerja pembinaan itu diberhentikan. 

Menurutnya, kira-kira 50 penduduk berkumpul dan menggesa pekerja kontrak memberhentikan kerja pembinaan kira-kira jam 8.00 pagi, Sabtu lalu. 

“Rumah penduduk bukan sahaja retak tetapi tekanan jentera dan mesin pembinaan menyebabkan air keluar daripada tanah. 

“Apabila persetujuan dalam perbincangan bersama pemaju tidak ditunaikan, penduduk tekad menyuruh kerja pembinaan dihentikan serta-merta dan tindakan itu akhirnya berjaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, kelmarin. 

Sugumaran berkata, berikutan tindakan itu, beberapa wakil pemaju hadir ke lokasi pembinaan. 

“Wakil pihak kemudiannya bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar pada 14 Julai ini," katanya. 

Katanya, masalah dinding retak itu semakin menggusarkan penduduk dan kerana itu mereka mengambil tindakan sedemikian. 

“Tiap-tiap hari keretakan yang berlaku semakin banyak dan penduduk berasa takut. 

“Kita berharap pihak pemaju bersedia memberikan kerjasama ,” katanya.

Perkuburan Karak diancam bahaya



KUALA LUMPUR – Kawasan Perkuburan Karak di sini diancam bahaya apabila berlaku hakisan dipercayai disebabkan aliran sungai di sekitarnya. 

Jambatan yang menghubungkan dua kawasan tanah kubur tersebut turut runtuh dan sebuah jambatan kayu terpaksa dibina buat sementara waktu. 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semasa lawatannya ke kawasan tersebut berkata, disebabkan hakisan berlaku di tebing, urusan pengkebumian hendaklah dibuat di bahagian tengah yang kurang berisiko. 

“Tebing tanah yang terhakis adalah di kawasan perkuburan kanak-kanak, jadi saya minta urusan pengkebumian dibuat di kawasan yang tidak terancam sementara kerja-kerja pembinaan tembok dibuat,” katanya. 

Sementara itu, Jurutera Bahagian Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Karim Muhamed berkata, kerja-kerja pembinaan untuk mengatasi masalah tersebut akan dibuat secepat mungkin. 

“Kami akan segerakan pembinaan tembok dan juga jambatan di kawasan Perkuburan Karak ini,” katanya. 

Dalam pada itu, dakwaan bahawa perkuburan tersebut tidak terjaga disebabkan kewujudan berpuluh-puluh batu yang kelihatan seperti batu nisan adalah tidak berasas. 

Batu tersebut adalah sebagai tanda pembahagian lot tanah untuk satu-satu kubur supaya upacara pengkebumian mudah dilaksanankan.

60 murid dipercayai keracunan




BENTONG – Seramai 60 orang murid dari sebuah sekolah rendah dekat sini dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapat rawatan selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah. 

Pengarah Hospital Bentong, Datuk Dr Chandra Sekanan Raman berkata, murid terbabit dibawa menaiki ambulans selepas menerima panggilan daripada pihak sekolah. 

Menurutnya, simptom ditunjukkan murid terbabit termasuk sakit perut dan muntah-muntah dipercayai berpunca dari keracunan makanan. 

“Sehingga jam 3.00 petang semalam, seramai empat murid terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil. 

“Manakala 56 yang lain terdiri daripada 26 lelaki dan 30 perempuan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sementara itu, seorang murid, M Harith Arif Ahmad Razlan, 10, berkata, perutnya tidak selesa selepas menikmati hidangan nasi lemak pada waktu rehat. 

Menurutnya, dirinya berulang kali pergi ke tandas dan kemudian memaklumkan perkara itu kepada guru. 

“Cikgu minta sesiapa yang sakit perut dan muntah-muntah supaya berkumpul di satu tempat. 

“Pada masa itu, saya dapat lihat beberapa orang kawan turut berkumpul dan kemudian kami semua dibawa ke hospital menaiki ambulans,” katanya. 

Bagi M Taufiq Affendi, 11, dia menikmati mi sup di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kira-kira jam 8.00 pagi. 

Menurutnya, selepas itu, perutnya memulas disusuli dengan muntah sebelum memaklumkan perkara itu kepada guru. 

“Ini kali pertama saya mengalami situasi begini dan bernasib baik kerana keadaan tidak teruk. 

“Selepas mendapat rawatan dan diberikan ubat, saya sihat seperti biasa,” katanya. 

Tinjauan Sinar Harian di Hospital Bentong mendapati kebanyakan ibu bapa hadir menjemput anak mereka selepas mendapat rawatan dan murid dihantar ke sekolah semula dengan menggunakan kenderaan hospital.

Syabu bernilai lebih RM1 juta gagal diseludup masuk ke negara ini



SHAH ALAM – Pelbagai taktik ‘keldai dadah’ menyeludup masuk dadah ke negara ini di kesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Terbaru, dadah jenis syabu seberat 4.15 kilogram (kg), bernilai RM1.037 juta, disembunyikan dalam ruang sebuah alat pemanas gelombang ketuhar. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik itu terbongkar selepas polis bahagian narkotik KLIA menahan seora:ng lelaki warga Iran, berumur 27 tahun, Jumaat lalu. 

Katanya, lelaki yang baru tiba dari Dubai itu ditahan kira-kira jam 11 malam. 

“Suspek ketika itu membawa sebuah kotak besar mengandungi ketuhar elektrik dan sebuah beg, tetapi pemeriksaan di mesin pengimbas tidak menemui sebarang imej yang mencurigakan. 

“Polis kemudiannya memeriksa ketuhar itu dan hasilnya 10 bungkusan plastik lut sinar disembunyikan diruang dalamnya, enam bungkus di bahagian atas dan masing-masing dua bungkusan di bahagian kanan serta kiri,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam. 

Nordin berkata, pada awalnya, polis gagal mengesan imej dadah pada mesin pengimbas kerana alat elektrik itu diselaputi dengan beberapa lapisan plastik. 

Katanya, siasatan mendapati, suspek yang pertama kali memasuki negara ini dan mempunyai sebuah bengkel motosikal di negaranya itu, dibayar upah sekitar RM1,600 (AS$500). 

“Negara kita dijadikan transit sebelum diedarkan ke negara jiran dan kita sedang menyiasat dalang sindiket yang beroperasi di sini,” katanya. 

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sementara itu, katanya, dalam tempoh awal tahun hingga Jumaat lalu, seramai 55 suspek termasuk tiga wanita ditahan ketika cuba membawa masuk dan keluar dadah dari negara ini. 

Ketanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 45 warga Iran, diikuti India (empat), Pakistan (dua), Singapura (dua) dan masing-masing satu membabitkan rakyat China dan Filipina. 

“Dalam tempoh itu juga, kita merampas dadah jenis syabu seberat 80 kg, bernilai hampir RM20 juta,” katanya.

Gadis 22 tahun dipercayai jadi keldai dadah di China



KUALA LUMPUR - Seorang gadis tempatan dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah atau telah dijual ke negara asing selepas dilaporkan hilang sejak Mei lepas.

Kejadian berlaku selepas Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah yang mengikuti pengajian Diploma Perniagaan di sebuah politeknik di Kuching, Sarawak, mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial pada awal tahun ini.

Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang pada 24 April.

"Menurut rakan sebiliknya, Christina, memberitahu beliau akan ke China pada 29 April untuk mengikuti James bagi menjalankan perniagaan bersama-sama.

"Selepas itu tiada khabar daripadanya sehinggalah pada 10 Mei lepas apabila beliau menghubungi rakan sebiliknya melalui e-mail dan memberitahu bahawa dia dalam masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.

Luke Niju, 58, berkata, Christina turut memaklumkan bahawa James telah meninggalkannya di China selepas menerima sejumlah wang dari seorang individu.

"Kami membuat laporan polis di Sandakan pada 6 Mei lepas setelah usaha menjejakinya melalui e-mel dan sistem pesanan ringkas gagal," katanya yang kemudian menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA untuk meminta bantuan lanjut.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata, beliau kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa atau cuba mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan dan maklumat dari Interpol untuk mengesan lokasi mangsa dan seterusnya membawa mangsa pulang ke tahah air.

Peniaga ikan ceritakan detik cemas diacu parang dileher



TEMERLOH - "Saya dikejutkan oleh dua lelaki yang kemudian meletakkan parang di leher saya dan mengarahkan saya supaya diam. 

"Mereka kemudian mengikat tangan saya menggunakan dawai dan memaksa saya memberitahu di mana saya menyimpan duit dan barang kemas, tetapi apabila saya beritahu tidak mempunyai wang, mereka kurung saya di dalam bilik," kata peniaga ikan yang rumahnya dimasuki empat pencuri awal pagi tadi.

Suhaizal Yusuf, 32, ketika menceritakan saat cemas ketika diacu parang di kanan dan kiri lehernya dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu berkata nasib baik ketika itu dia bersendirian di rumah.

Isteri dan anak lelakinya yang berumur setahun berada di kampung mereka di Simpang Pelangai, Bentong, katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bangau Tanjong di sini selepas kejadian samun itu.

Dalam kejadian itu, empat lelaki dipercayai warga asing mati ditembak polis tidak sampai setengah jam selepas mereka menyamun peniaga ikan itu.

Suhaizal berkata, keempat-empat lelaki terbabit kemudian menggeledah rumahnya kira-kira setengah jam sebelum melarikan diri bersama wang tunai, seutas jam tangan, lima telefon bimbit, barang kemas dan komputer riba keseluruhannya dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, dia cuba keluar dari rumah untuk mendapatkan pertolongan namun jeriji pintu hadapan rumahnya dikunci kumpulan lelaki terbabit, memaksanya keluar melalui pintu dapur dalam keadaan tangan terikat.

"Saya pergi ke jalan raya dan menahan seorang penunggang motosikal yang kebetulan kawan saya," katanya.

Katanya, mereka kemudian terlihat anggota polis yang kebetulan meronda di sekitar kawasan itu dan memaklumkan mengenai kejadian samun berkenaan.

Dipaksa bogel, kena pukul 23 kali



JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan mendakwa dipukul 23 kali dalam keadaan bogel menggunakan getah paip di bahagian kaki sehingga menyebabkan tulang jarinya retak, di sebuah penjara di sini, 1 Julai lalu. 

Akibat insiden itu, mangsa, SP Suppayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak dapat berjalan dengan baik selain menjejaskan pekerjaan dan rutin hariannya kerana terpaksa bercuti sebulan tanpa gaji. 

Sebelum ditahan di penjara, Suppayah telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan isterinya, CM Premma dan dia kemudiannya didenda RM1,000 atau tujuh hari penjara jika tidak membayarnya oleh Mahkamah Majistret, di sini. 

Suppayah berkata, selepas hukuman denda dijatuhkan, Mahkamah memberi masa sehingga jam empat petang kepada Premma untuk membayar denda tersebut. 

“Bagaimanapun, ketika isteri saya sedang mengeluarkan wang, saya telah pun dibawa ke penjara kira-kira jam tiga petang. Sedangkan, waktu sebenar saya patut ditahan ialah jam empat petang. 

“Isteri saya yang datang pada jam 3.45 petang berasa pelik dan terkilan dengan tindakan mahkamah yang menahan saya lebih awal walaupun telah memberi tempoh masa sehingga jam empat petang,” katanya ketika ditemui selepas sidang media anjuran Pas Johor di sini, semalam. 

Suppayah berkata, ketika dalam penjara, dia mendakwa dibawa masuk oleh dua anggota penjara lelaki yang memakai baju seperti askar ke dalam satu bilik sebelum menyuruhnya menanggalkan semua pakaiannya dan bertindak memukulnya menggunakan getah paip di kaki sejurus berbogel. 

“Pukulan 23 kali di kaki itu sangat menyakitkan kerana saya menghidapi penyakit kencing manis dan diabetes. Selepas dipukul, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyuruh saya mengambil pakaian semula dan keluar dari bilik tersebut. 

“Mereka juga telah mengingatkan saya supaya jangan beritahu pada sesiapa tentang kejadian tersebut selepas peristiwa itu,” katanya. 

Suppayah kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral sejurus dibebaskan keesokannya, sebelum terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah, di sini. 

Hasil pemeriksaan mendapati tulang jari kakinya retak dan perlu berehat akibat kecederaan itu. 

Menurutnya, dua anggota polis datang ke rumahnya selepas laporan dibuat untuk mengambil kenyataannya kira-kira jam dua petang dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan. 

“Kes ini masih lagi dalam siasatan kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Gurauan undang padah




KUALA PILAH - Kemeriahan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara pasukan Sepanyol dan Belanda, baru-baru ini, dicemari dengan insiden seorang remaja lelaki menumbuk muka rakannya. 

Insiden berkenaan bukan berlaku di sekitar lokasi perlawanan akhir iaitu Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan tetapi di sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini, kira-kira jam 1 pagi, 12 Julai lalu. 

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Jaafar Baba berkata, pelajar Tingkatan Lima terbabit berang apabila pengurusan sekolah tidak meluluskan permohonannya untuk menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2010. 

“Pelajar terbabit kemudiannya diusik mangsa iaitu seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat yang tinggal dalam bilik asrama sama berikutan kegagalannya menyaksikan babak pertemuan akhir antara Sepanyol dan Belanda,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dekat sini, semalam. 

Jaafar berkata, gurauan itu mengundang padah apabila pelajar berkenaan tiba-tiba naik minyak dan berlaku pergaduhan kecil sebelum dia bertindak agresif menumbuk mangsa pada bahagian muka.

Menurutnya, tumbukan sekali itu mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian hidung dan gigi.

"Sejurus selepas ditumbuk, mangsa membuat laporan kepada pengurus asrama sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini bagi menerima rawatan.

"Mangsa terpaksa ditahan di wad hospital sehingga petang keesokannya. Dia dan pihak sekolah membuat laporan di IPD sebaik sahaja ke luar dari hospital,” katanya.

Menurutnya, pihak polis telah memanggil suspek untuk memberi keterangan, semalam. 

"Suspek dilepaskan setelah keterangannya diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Upah seks RM10



KULIM- Siapa sangka remaja berusia 15 tahun yang masih bersekolah di sini, menyimpan pelbagai sejarah hitam dalam hidupnya. 

Ida (bukan nama sebenar) adalah anak ketiga daripada lima beradik. 

Menurutnya, ketika berusia tujuh tahun, dia dirogol bapa kandungnya beberapa kali sebelum dijadikan alat pemuas nafsu rakan bapanya itu. 

Pada usia sementah itu, dia masih tidak mengenal erti kehidupan dan hanya menurut segala arahan bapanya. 

Namun, disebabkan tidak tahan dengan perbuatan bapanya, dia menceritakan permasalahan yang menimpanya itu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan polis. 

“Setahun selepas dia merogol saya, saya diarah bapa melayani nafsu kawan-kawannya pula. Saya akan diberi upah RM10 setiap kali melakukan perbuatan keji itu. Saya diminta melakukan perbuatan itu bersama seorang pak cik. Hampir setahun pak cik melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap saya. 

"Semua ini saya rahsiakan daripada pengetahuan orang lain kerana saya diugut bapa sekiranya perkara ini diketahui orang lain, saya akan dicederakan. Saya pernah merayu kepada kawan-kawan bapa supaya tidak melakukan perbuatan itu ke atas saya, tetapi mereka tidak endahkan malah terus memuaskan nafsu mereka kerana sudah membayar duit kepada bapa. 

"Perkara ini berlaku sehinggalah saya berusia 11 tahun," katanya. 

Dia tidak menafikan perbuatan keji bapanya itu bukan saja berlaku terhadap dirinya malah nasib sama turut dialami beberapa adik beradiknya. Ada di antara mereka diliwat. 

Menurutnya, mereka menjadi trauma terhadap bapa yang sering menjadikan mereka adik beradik tempat memuaskan nafsu. 

Walaupun ibunya kini bercerai dengan bapanya, lelaki itu masih mengganggu mereka. 

“Saya sedih kerana orang sering ambil kesempatan terhadap diri saya sehingga hari ini. Ada antara mereka mengugut untuk menceritakan apa yang berlaku ke atas saya kepada orang lain dan mengaibkan saya semata-mata mahu melakukan hubungan seks dengan saya. 

"Saya tertekan dan kini selalu bermasalah. Tidak ramai yang mahu mempercayai saya, malah menganggap saya bohsia. Semua ini tidak benar. 

"Polis menyiasat kes ini dan bapa sekarang di bawah jaminan. Saya berharap mahkamah dapat mempercepatkan pendakwaan terhadap bapa saya kerana dia masih berlegar di sekitar kawasan Kulim. Selagi dia masih ada, tidak ada sebarang pembelaan terhadap kami adik beradik," katanya.

Maut digilis lori pasir



KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), Marang, maut digilis lori muatan pasir dalam kemalangan ngeri di Jalan Kampung Pak Madah, Marang, kira-kira jam 9 pagi semalam. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Norhayati Isa, 25, dari Kampung Pantai Ali menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari Bukit Payong ke Rawai untuk pulang ke rumahnya pada pagi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superinten dan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mangsa mengalami malang bertimpa apabila dia yang dikatakan ingin memotong sebuah kenderaan bagaimanapun terjatuh, selepas berlaku pergeselan sebelum dilanggar lori. 

“Melalui siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal terjatuh ke tengah jalan selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya. 

Menurutnya, mangsa yang cedera parah terutama pada bahagian dalaman badan maut serta-merta di tempat kejadian. 

Sementara itu, bapa mangsa, Isa Abdullah, 55, ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh seorang saksi. 

Isa mengakui terkejut dengan berita itu, bagaimanapun dia redha dengan kematian anak ketiga daripada tujuh beradik itu dan turut sedih kerana pemergiannya langsung tidak menunjukkan sebarang petanda. 

Mangsa, graduan Ijazah Bioteknologi di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sedang mengambil kursus jangka pendek dalam bidang sama di Tesdec kira-kira dua bulan lalu. 

Isa berkata, anaknya yang sering berulang-alik sebelum ini dikatakan menemani rakannya pulang ke asrama kira-kira jam 7 petang dan bermalam di sana pada hari sebelum kejadian. 

“Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari asrama Tesdec, semalam, untuk menukar pakaiannya sebelum menghadiri kelas. 

“Kali terakhir saya berjumpanya kira-kira jam 7 petang semalam (kelmarin) dan tiada tanda pelik ditunjukkan, semuanya biasa sehinggalah saya diberitahu mengenai kemalangan ini,” katanya. 

Dalam masa sama, Isa turut kesal kerana kerap kali melihat lori yang melalui kawasan berkenaan dipandu laju dan berharap keadaan itu tidak berlaku pada masa hadapan. 

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Ali selepas Asar.

Abdul Kudus dan MPAJ usaha selesai isu pemecatan di luar mahkamah

2010/07/14


KUALA LUMPUR: Pengarah penguatkuasa yang dipecat Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu pemecatan beliau di luar mahkamah dalam tempoh dua minggu.
"Jika mereka gagal, Mahkamah Tinggi pada 19 dan 20 Ogos akan mendengar saman yang difailkan oleh Abdul Kudus terhadap MPAJ," kata peguam Abdul Kudus, M.Manoharan.


Peguam dari kedua-dua pihak bertemu dengan Hakim Noor Azian Shaari untuk pengurusan kes hari ini.


Pada 7 Jun 2006 Abdul Kudus menfail saman terhadap pemecatan beliau oleh lembaga disiplin MPAJ pada 11 Jun 2003, dengan mengatakan bahawa ia tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.


Menurutnya, beliau dan MPAJ menyetujui perjanjian supaya beliau menjadi pegawai penguatkuasa selama tiga tahun mulai 15 Januari 2001, namun lembaga disiplin itu menamatkan perkhidmatannya berdasarkan kepada bukti dengar cakap, dan mendakwa bahawa seorang menteri menfitnah beliau menerusi akhbar tempatan.


Abdul Kudus yang mengatakan bahawa beliau tidak diberi peluang untuk membuat rayuan, meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau masih seorang pegawai penguatkuasa dan berhak untuk mendapat gaji tertunggak serta faedah dan ganti rugi am.


MPAJ dalam pembelaannya berkata bahawa pemecatan itu dibuat mengikut undang-undang.


Pada 30 Jun lalu Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhi hukuman terhadap Abdul Kudus, 47, penjara selama tempoh berjumlah 11 tahun dan 10 bulan serta denda RM370,000 terhadap 24 kesalahan menerima rasuah berjumlah RM59,000.


Mahkamah Tinggi Shah Alam dijangka mendengar rayuannya pada 23 Julai.-Bernama

Samun jengkaut, stimrol

KOTA TINGGI: Sudahlah ditampar dan dipaksa diam, seorang penjaga kuil warga emas terkebil-kebil apabila wang tunai RM10.20 ditinggalkan di atas tempat meletakkan berhala sebagai harga sebuah jentera penggelek yang dilarikan sekumpulan perompak.

Namun, kumpulan 10 penjenayah terbabit tidak profesional apabila terkial-kial ketika mahu menghidupkan enjin jentera penggelek secara sambungan wayar sehingga terpaksa mengambil masa dua jam sebelum berjaya berbuat demikian.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam Khamis lalu, kumpulan penjenayah menceroboh kediaman penjaga Kuil Sri Maha Mariaman di Jalan Johor di sini.


“Mangsa yang berusia 58 tahun sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba dia ditampar seseorang menyebabkan cermin matanya tercampak.

Pecah peti besi

MASJID TANAH: Sekumpulan penjenayah bertindak memecah masuk sebuah pasar raya di pekan ini dipercayai melalui pintu di bahagian belakang premis terbabit sebelum melarikan wang tunai hasil jualan dan barangan mengakibatkan kerugian lebih RM50,000, kelmarin.

Kejadian berkenaan disedari kira-kira jam 9.25 pagi apabila beberapa pekerja yang mahu memulakan kerja mencari wang tunai dalam peti besi dan barangan di dalam premis berkenaan, hilang.


Penyelia pasar raya itu, Nurfarahin Mohd Mansur, 22, berkata dia membuka premis berkenaan seperti kebiasaan, tetapi tidak nampak sesuatu yang mencurigakan dan cuma menyedari pintu belakang terbuka ketika membuat pemeriksaan dengan pengurusnya, Wong Tuck Chen, 44.


Menurutnya, berikutan rasa tidak sedap hati, mereka membuat pemeriksaan lanjut sebelum mendapati peti besi yang mengandungi wang tunai hasil jualan sepanjang Sabtu dan Ahad lalu serta peti simpanan tunai yang disimpan di dalam bilik khas juga didapati hilang.

Anggota geng samun dipenjara 14 tahun dan enam sebatan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan ke atas seorang lelaki anggota geng samun bersenjata yang didapati bersalah stas dua tuduhan miliki peluru dan senjata api.

Too Wah Lim, 49 yang pernah terbabit dengan hampir 20 rampakan sebelum ini pernah dipenjara 14 tahun Mahakamah Tiggi Kuala Lumpur selepas mengaku salah atas pertuduhan menyebabkan kematian dalam satu kejadan samun di restoran.

Dua pembantu rumah warga Kemboja hilang dari rumah majikan di Pulau Pinang

PULAU PINANG: Sebuah agensi pekerjaan bimbang terhadap keselamatan dua pembantu rumah warga Kemboja yang hilang dari rumah majikan mereka di Pulau Tikus di sini sejak Selasa minggu lalu.
Pengarah Urusan Agensi pekerjaan Bumiteras Sdn Bhd, Baby Goh berkata Vuth Sokkum, 23, dan Sinorn Chin, 32, yang baru dua minggu bekerja di rumah majikan mereka itu hilang antara jam 7.30 pagi dan 9 pagi.
"Mereka pertama kali datang ke Malaysia dan bekerja di rumah yang sama.

Menurut majikannya, kira-kira jam 7 pagi sebelum beliau keluar, kedua-duanya masih ada di rumah dan sebaik pulang semula pada 9 pagi mereka telah tiada.

"Keadaan rumah seperti biasa manakala pagar dan pintu depan rumah tidak berkunci," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam Gerakan di sini hari ini.

Goh berkata, sebaik majikan mereka memaklumkan perkara itu, beliau terus membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini ekoran bimbangkan keselamatan kedua-duanya.

Katanya, Vuth dan Sinorn tidak membawa sebarang pakaian, wang dan pasport, malah kedua-duanya juga tidak faham serta tidak tahu berbahasa Malaysia atau Inggeris.

Goh berkata, menurut majikan mereka juga, kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah ketika bekerja di rumah berkenaan dan kelihatan biasa sahaja.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang terjumpa Vuth dengan ketinggian 150sm dan Sinorn (152sm) supaya menghubunginya di talian 012-4878873 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan Dr Kiew Hen Chong yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan, berkata pihaknya akan membantu Goh untuk mencari dua pembantu rumah terbabit dengan mengedarkan foto mereka di kawasan tumpuan orang ramai.-Bernama

Rasuah: Anggota polis trafik dipenjara setahun, denda RM20,000

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik berpangkat konstabel hari ini dipenjara setahun dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menerima sogokan wang tunai RM370 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang peniaga, dua tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Konstabel Mahazan Mat Halim, 28, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berhubung dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Mahazan yang bertugas di Balai Polis Trafik Tun H S Lee, kelihatan sebak sebaik mahkamah mengumumkan keputusan itu.

Bagaimanapun, Hakim Abu Bakar membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Mahazan ditangguhkan dan mengarahkan peguam Mohd Hairani Samsi memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum jam 2 petang esok.

Mahazan dituduh menerima sebuah telefon bimbit jenama Nokia model 6120 dan wang tunai RM20 daripada Zainuddin Maiden sebagai dorongan untuk tidak menyaman peniaga itu yang melakukan tiga kesalahan lalu-lintas, iaitu memandu sambil menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar serta cukai jalan tamat tempoh.

Dia dituduh melakukan kesalahan pertama itu di Batu 5 1/2, Jalan Cheras-Kajang berhampiran Taman Midah, Cheras di sini, pada 7.30 malam, 3 Mac 2008.

Bagi kesalahan kedua, Mahazan dituduh sekali lagi menerima wang tunai RM350 daripada Zainuddin di Stesen Minyak Shell, Jalan Maharajalela di sini, dua hari selepas itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari maksimum 20 tahun, dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi, bagi setiap kesalahan.

Ketika meminta hukuman ringan, Mohd Hairani berkata, ini adalah kesalahan pertama Mahazan yang berasal dari sebuah keluarga miskin di Perlis, dan nilai rasuah juga agak kecil.

Sepanjang perbicaraan kes yang memakan masa lebih kurang setahun, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azizun Mohamad, mengemukakan 13 saksi, manakala Mahazan memberi keterangan bagi pihak pembelaan. -Bernama

Anggota sindiket curi kereta mewah di Pulau Pinang ditembak mati


ANGGOTA polis forensik memeriksa mayat seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta mewah selepas mati ditembak oleh pasukan polis ketika cuba melarikan diri, di Lintang Bukit Jambul, Bukit Jambul, Pulau Pinang, 14 Julai. - Utusan/ZHAFARAN NASIB

PULAU PINANG: Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota sindiket mencuri kenderaan mewah yang aktif di sekitar negeri ini, di Persiaran Bukit Jambul di sini, pada jam 6.10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditembak selepas cuba menyerang polis ketika diekori sejauh lima kilometer.
"Dua pasukan polis yang sedang membuat pemantauan di sekitar kawasan berkenaan, terserempak dengan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dipandu lelaki itu seorang diri.

"Pasukan kita membuat pemeriksaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan mendapati nombor pendaftaran dan warna kereta itu tidak sama seperti dalam rekod mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tun Hisan berkata sebaik menyedari diekori polis, lelaki terbabit terus memecut kereta yang dipandunya dan terbabas ketika cuba membuat pusingan U.

Lelaki itu terus keluar dari keretanya dan mengacukan pistol ke arah polis, (bagaimanapun) salah seorang anggota kita bertindak lebih pantas dengan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri," katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Tun Hisan berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bergiat aktif mencuri kenderaan mewah di sekitar negeri tersebut sebelum menjualnya di pasaran gelap.

"Berdasarkan semakan, kita juga mendapati kenderaan yang dipandunya itu adalah kenderaan yang dicuri di Simpang Pulai, Perak baru-baru ini," katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini giat mengesan saki baki anggota sindiket berkenaan.-Bernama

Jual bayi RM10,000

BATU KAWA: RM10,000. Itulah harga ditetapkan untuk mendapatkan seorang bayi perempuan berusia 25 hari sebelum sindiket penyeludupan manusia beroperasi di Bandar Baru Batu Kawa di sini, ditumpaskan polis, malam kelmarin.
SELAMAT...anggota polis mendukung bayi berusia 25 hari cuba dijual sindiket.
SELAMAT...anggota polis mendukung bayi berusia 25 hari cuba dijual sindiket.
Seorang wanita warga Indonesia berusia 32 tahun dipercayai dalang sindiket terbabit, cuba menjual bayi berkenaan kepada dua anggota polis yang menyamar pasangan suami isteri, sebelum dia diberkas di sebuah restoran makanan segera, kira-kira jam 9 malam.

Suspek dipercayai menjadikan pasangan berkahwin tidak mempunyai anak sasaran menjual bayi berkenaan.

Difahamkan, sebelum ditahan, satu temu janji diatur antara sindiket terbabit dengan bakal pembeli di sebuah restoran bagi mendapatkan bayi itu dipercayai diseludup dari Kalimantan, Indonesia, dengan harga RM10,000.

Dua anggota polis menyamar sebagai suami isteri menghampiri wanita berkenaan sambil berpura-pura mahu membeli bayi itu sebelum perbincangan lanjut diadakan.

Kedua-dua anggota polis terbabit pergi ke tempat diarahkan sindiket terbabit selepas mengaku tidak memiliki anak walaupun lama mendirikan rumah tangga.
Sebaik tiba di tempat dijanjikan itu, wanita terbabit bersetuju menjual bayi berkenaan, namun belum sempat transaksi dilakukan, kedua-dua anggota polis berkenaan menunjukkan kad kuasa lalu menahannya.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengesahkan polis menyerbu sebuah restoran makanan segera dan berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Beliau berkata, maklumat awal menunjukkan bayi berkenaan diseludup masuk oleh suspek untuk diserahkan kepada sindiket tertentu sebelum dijual di sekitar bandar raya ini.

“Sebelum itu, anggota kami sudah mengesan aktiviti berkenaan dan menghubungi sindiket terbabit dengan menyamar sebagai pasangan suami isteri dan menyatakan minat membeli bayi berkenaan pada harga RM10,000.

“Bagaimanapun, selepas bertemu suspek, dia akhirnya ditahan dan bayi seberat 1.8 kilogram itu berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket berkenaan menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Indonesia untuk membawa masuk bayi baru lahir ke negara ini sebelum disembunyikan di sebuah rumah di sini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan sama ada wanita berkenaan orang tengah atau ibu kepada bayi berkenaan bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadapnya.
“Bayi itu diserahkan kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan sementara.


“Selain suspek wanita, kita menahan seorang lelaki tempatan juga pemandu suspek. Kita menyiasat kemungkinan dia terbabit dengan sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman 14 hari mengikut Akta Imigresen kerana kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

'Tak tipu, tapi ditipu'

KUALA LUMPUR: “Kami tak menipu, sebaliknya kami turut ditipu,” demikian penjelasan penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail mengenai dakwaan dia dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 turut bersubahat dalam penipuan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung.
TERTIPU...Amirol Azery menunjukkan cek tendang dan borang keahlian syarikat MLM terbabit.
TERTIPU...Amirol Azery menunjukkan cek tendang dan borang keahlian syarikat MLM terbabit.
Saiful Nizam, 28, berkata dakwaan itu makin tersebar melalui laman sosial facebook di Internet menyebabkan dia perlu tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya dan mengelak wujud salah faham terhadap dia dan isterinya.

“Hakikatnya, saya juga kerugian kerana pelaburan saya RM30,000 ke dalam syarikat itu tidak mendapat pulangan sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Menurut Saiful Nizam, dia tidak meragui kewibawaan syarikat MLM itu dan yakin pelaburannya akan mendapat pulangan dijanjikan kerana jenama syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu stabil, sudah dikenali dan sering terbabit kerja amal.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan saya langsung tidak menerima pulangan dijanjikan. Jika mengikut perjanjian, setiap bulan saya akan menerima bayaran yang jumlahnya 10 hingga 30 peratus daripada wang yang saya laburkan.

“Saya bukan terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan pulangan yang dijanjikan itu, sebaliknya saya ingin membuat kebajikan kerana syarikat itu mendakwa sebahagian daripada keuntungan syarikat didermakan kepada badan kebajikan,” katanya.

Menurut Saiful Nizam, selepas tidak menerima sebarang pulangan pelaburan, dia menghubungi lelaki terbabit untuk mendapatkan maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sebelum dia langsung gagal dihubungi.

Berikutan itu, Saiful dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 9 Julai lalu.

“Secara jujur saya dan Aida tidak tahu langsung mengenai kegiatan penipuan syarikat itu, jauh sekali bersubahat seperti didakwa sesetengah pihak menerusi facebook. Jadi, saya berharap semua pihak berhenti melemparkan tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya dan Aida.

“Saya tampil membuat penjelasan ini kerana tidak mahu ramai lagi menjadi mangsa penipuan syarikat itu memandangkan mereka masih bergiat aktif mencari ahli di laman facebook serta tidak takut membuat promosi besar-besaran di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Aida, 25, enggan mengulas lebih lanjut mengenai kegiatan syarikat MLM terbabit kerana dia sudah melantik peguam bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

“Apapun, saya mengakui tertipu dengan ‘permainan’ syarikat itu. Saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak menyalahkan saya dan suami kerana kami juga menjadi mangsa.

“Saya juga ingin membuat penjelasan saya dan suami bukan menyertai skim cepat kaya seperti dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar, tapi kami menyertai sebuah syarikat MLM yang kami sangka jujur serta banyak membuat kebajikan,” katanya.

Selain pasangan selebriti itu, Harian Metro menerima aduan seorang juruteknik, Amirol Azery Abd Rahim, 26, yang mendakwa turut menjadi mangsa penipuan syarikat MLM sama selepas gagal mendapat sebarang pulangan daripada pelaburannya RM60,000.

“Saya tidak menyangka syarikat itu yang terkenal dan sudah beroperasi sejak 2000 itu rupa-rupanya melakukan penipuan profesional. Sesiapa pun boleh terpedaya dan yakin dengan perniagaan yang dijalankan mereka berdasarkan bukti ditunjukkan mereka,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini.

Amirol Azery berkata, syarikat terbabit mendakwa memberi sumbangan mencecah RM200,000 kepada satu pertubuhan kebajikan dan menjalankan pelbagai aktiviti promosi di seluruh negara.

“Pemilik syarikat itu bijak bermain kata-kata dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis ketika berucap dalam seminar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota,” katanya.

Menurut Amirol Azery, dia mula mendaftar sebagai ahli skim pelaburan itu penghujung tahun lalu bagi menjana pendapatan sampingan untuk melangsungkan perkahwinan dan menyambung pelajaran.

Bagaimanapun, kedua-dua hasrat itu musnah apabila cek diberikan syarikat terbabit tidak boleh ditunaikan selepas sebulan dimasukkan dalam akaun.

“Saya menghubungi bank untuk mengetahui status cek yang saya terima dan pihak bank memaklumkan ia cek tendang kerana akaun syarikat terbabit sudah ditutup pemiliknya,” katanya.

Cut terlepas?

JAKARTA: Cut Tari mungkin boleh terlepas daripada sebarang hukuman mahkamah jika membuat pengakuan dia tidak merelakan aksi seksnya bersama vokalis Peterpan, Ariel, dirakam.
Pakar undang-undang Universiti Indonesia, Rudi Satrio, berkata melalui pengakuan begitu, Cut Tari boleh dianggap menjadi mangsa rakaman curi.
Jika tidak, kata Rudi, penyampai program televisyen yang bersuami dan mempunyai seorang anak itu boleh dikenakan tindakan kerana dianggap merelakan aksi ranjangnya dirakam.

“Melalui akta antipornografi, sesuatu bahan dianggap lucah jika ia dipaparkan kepada umum dengan persetujuan kedua-dua pihak,” katanya, semalam.

Cut Tari adalah seorang daripada dua personaliti televisyen popular Indonesia yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dan rakaman itu kini tersebar.

Selepas beberapa ketika dianggap sebagai saksi, status Cut Tari bersama Luna Maya kini menjadi suspek dan bakal menghadapi beberapa tuduhan di mahkamah.

Ketika mengadakan sidang media Isnin lalu, Cut Tari mengaku dia tidak pernah memberi kebenaran kepada Ariel merakam aksi ranjang mereka.

Kata Rudi, Cut Tari boleh mengelak disabitkan kesalahan jika dia tidak berniat merakam aksi intimnya itu.

“Dalam keadaan begitu, pihak kedua boleh dianggap merakam aksi itu secara curi,” katanya. - Agensi