Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Pemuda perjuang poligami



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
JEDDAH: Sekumpulan lelaki muda Arab Saudi melancarkan usaha menggalakkan poligami sebagai cara untuk mengakhiri masalah anak dara tua di kalangan wanita di negara itu.
Mereka melancarkan kempen dalam Facebook berjudul Kami Mahu Empat Isteri, dan meminta setiap lelaki Saudi yang berkemampuan, berkahwin empat bagi mengurangkan jumlah wanita tidak berkahwin di negara itu.
Tidak ada statistik mengenai jumlah wanita negara itu yang tidak berkahwin.
Namun, jumlah mereka dipercayai ramai kerana kos terlalu tinggi untuk mendirikan rumah tangga.
Setiap lelaki Saudi yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal untuk berkahwin lebih daripada seorang tidak perlu teragak-agak untuk berkahwin lebih bagi membantu menangani masalah wanita yang tidak berkahwin.
Dengan berbuat demikian mereka juga membantu mengekang kos perkahwinan yang tinggi yang menjadi punca ramai pemuda mengelak untuk berkahwin, kata kumpulan itu.
Keluarga juga didesak supaya tidak menyulitkan persediaan perkahwinan dengan meminta wang hantaran yang tinggi dan tanggung jawab kewangan yang tidak boleh disediakan oleh bakal pengantin lelaki.
Selain itu, kumpulan berkenaan meminta kaum lelaki yang berkahwin lebih daripada satu supaya berlaku adil dan melayan isteri secara sama rata seperti yang dituntut oleh Islam.
Sementara itu, sekumpulan pemuda Saudi lain yang melancarkan kempen yang sama, juga dalam Facebook berkata, Islam tidak mencipta poligami sebaliknya hanya menghalalkannya.
Mereka juga berkata, Barat melihat lelaki Islam yang berkahwin lebih daripada satu dengan penuh prasangka, lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka yang tidak mengikuti syarat yang telah ditetapkan agama itu.
Jangan anda berkahwin isteri kedua semata-mata kerana mahu berkahwin. Anda hanya perlu kahwin apabila ada keperluan untuk beristeri kedua, ketiga dan keempat dan jika anda berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara mereka secara adil, kata kumpulan itu. – Agensi
Sumber : Harian Metro

Dua penyamun bertelagah



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
SUBANG JAYA: Hanya kerana tidak sependapat, dua penyamun amatur yang bertopengkan kain putih selain berpakaian ala samurai bertelagah sesama sendiri ketika menyamun seorang guru tadika yang juga ibu tunggal berusia awal 50-an di Batu 3, di sini, semalam.
Difahamkan, pertengkaran itu berlaku apabila seorang daripada suspek berniat untuk merogol mangsa, manakala rakannya pula bersimpati kepadanya.
Malah, suspek juga dikatakan tidak setuju dengan tindakan rakannya itu yang mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum menatapi tubuh wanita berkenaan yang berada dalam keadaan separuh bogel.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang tidur di tadika berkenaan dikejutkan dengan bunyi pintu diketuk sebelum bangun untuk melihat siapa yang datang.
Menurut sumber, belum sempat guru tadika berkenaan membuka pintu, dia melihat dua lelaki bertopeng kain putih dan berpakaian ala samurai memasuki premis berkenaan.
Seorang daripada suspek menghampiri mangsa sebelum mengacukan sebilah pisau.
Suspek kemudian mengugut mangsa supaya mendiamkan diri sebelum mengarahkannya menyerahkan barangan berharga miliknya, katanya.
Sumber berkata, ketika mangsa ingin menyerahkan barang kemas dipakainya, seorang daripada suspek memaksa guru tadika berkenaan menanggalkan pakaiannya.
Tindakannya itu tidak disenangi rakannya, namun suspek bertegas menyebabkan mangsa yang ketakutan terpaksa patuh kepada arahannya itu.
Malah, mangsa yang juga bimbang dicederakan kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum dibiarkan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai coli dan seluar dalam, katanya.
Sumber berkata, sebaik merampas wang tunai dan barang kemas milik guru tadika dianggarkan bernilai RM2,000, seorang daripada suspek mengajak rakannya meninggalkan premis itu.
Bagaimanapun, rakannya itu yang dikatakan ghairah selepas menatapi tubuh mangsa selain dipercayai mempunyai niat untuk merogolnya enggan meninggalkan premis berkenaan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Suspek yang kasihan kepada mangsa bertindak memarahi rakannya itu selain mengingatkan mengenai niat sebenar mereka masuk ke premis berkenaan, katanya.
Sumber berkata, rakan suspek kemudian mengalah sebelum mereka melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Sumber : Harian Metro

‘Saya tidak maafkan dia’



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Saya tidak akan maafkan dia atas fitnah yang dilemparkan melainkan dia betul-betul insaf dan bertaubat, kata penyanyi nasyid, Mohd Fitri Mohd Haris berhubung dakwaan bekas isteri keduanya kononnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan sering meminta wang daripada wanita itu.
Bekas anggota kumpulan UNIC berusia 26 tahun itu turut menafikan dakwaan bekas isterinya yang berusia 22 tahun kononnya dia seorang playboy sebagaimana disiarkan menerusi sebuah program televisyen Ahad lalu.
Menurut Mohd Fitri, dia amat terkejut apabila dimaklumkan adiknya mengenai pengakuan bekas isterinya itu ketika dia dalam perjalanan ke Batu Pahat bersama keluarga bagi menemani seorang adiknya mendaftar masuk ke sebuah maktab, Ahad lalu.
Saya mengaku berkahwin dengannya pada 12 Mei 2009 di Songkhla, Thailand sebelum menceraikan isteri pertama sebulan kemudian tetapi kini saya berpendapat apa berlaku termasuk perceraian dengan isteri pertama seolah-olah sudah dirancang.
Ini kerana semasa berkahwin dengan isteri kedua, semuanya sudah diatur abang ipar dan seorang lagi wanita mengaku sebagai tunangnya. Ketika itu ibu saya sibuk dengan persiapan menunaikan haji.
Saya sendiri tidak tahu apa berlaku ke atas saya sehingga sanggup menurut kata-kata mereka dan hanya mengikut mereka sehingga ke Songkhla, katanya yang ditemui semalam.
Mohd Fitri berkata, sebelum mengenali bekas isteri keduanya itu yang juga peminatnya, hubungannya dengan bekas isteri pertama amat baik tetapi bertukar menjadi benci kerana hasutan wanita itu yang melaga-lagakan mereka berdua.
Disebabkan itu dia menceraikan isteri pertamanya.
Mohd Fitri turut menjelaskan dia berhasrat mendaftar perkahwinan di Malaysia tetapi isteri keduanya enggan tanpa memberikan alasan, menyebabkan dia menceraikan wanita itu selepas dua minggu berkahwin.
Saya hanya sedar sesuatu tidak kena selepas ibu pulang dari Makkah. Sepanjang berkahwin saya hanya menurut kata-kata isteri kedua saya itu termasuk memakai tangkal walaupun saya sedar ia menyalahi akidah. Malah, teman dari kumpulan nasyid saya turut perasan perubahan saya, katanya.
Mengenai tuduhan dia kerap meminta wang daripada bekas isterinya itu, Mohd Fitri menjelaskan, dia memang ada meminta wang sebanyak RM6,000 kerana seorang rakan membuat laporan polis pada 8 Mac lalu kerana wanita itu dituduh mencuri komputer riba miliknya.
Itu saja wang yang saya minta kerana saya membayar ganti rugi menggunakan duit sendiri, saya bukan jenis orang yang memeras wang. Saya terpaksa membayar ganti rugi kerana tidak mahu dia ditahan polis.
Bekas isteri saya sebenarnya pelik, dia mengaku kepada keluarganya bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tetapi hakikatnya mana ada pensyarah berusia 22 tahun.
Dia juga memburukkan nama saya di kalangan keluarganya kononnya saya kerap meminta duit sedangkan saya yang banyak berbelanja untuk menyaranya.
Selepas dia membuat pendedahan di televisyen, saya berjumpa dan bertanya kenapa dia sanggup berbuat demikian, dia hanya menjawab sebab sakit hati tetapi tidak menyangka membawa kesan buruk kepada nama dan karier saya sehinggakan bapa saya jatuh sakit, katanya.
Menurutnya, bekas isteri keduanya itu ada menyatakan rasa kesal tetapi keadaan sudah terlambat, namun dia sedia memaafkannya jika wanita itu mahu berubah dan bersedia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.
Saya juga ada saksi di kalangan ahli keluarganya untuk membela nama saya dan menjelaskan perkara sebenar. Perkara ini terlalu peribadi untuk dibincangkan tetapi saya terpaksa tampil selepas ramai pihak terutama rakan dan peminat memandang serong terhadap saya, katanya.
Sumber : Harian Metro

Kerja RM1.6j bayar RM6,000



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Seramai lapan sub kontraktor yang terbabit menyiapkan kampus milik sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) di sini, hampir gulung tikar dan hidup terseksa sejak 2006, selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pembinaan utama projek itu.
Mereka mendakwa hanya dibayar antara RM1,000 hingga RM3,000 bagi projek membabitkan kos RM9 juta itu dan kontraktor utama enggan membayar wang sepatutnya diterima mereka iaitu secara keseluruhannya RM1.6 juta, tanpa alasan munasabah walaupun semua kerja ditugaskan siap seratus peratus.
Seorang subkontraktor, Abdul Hamid Omar, 32, berkata dia terbabit menyiapkan tandas dari tingkat dua hingga sembilan bangunan itu membabitkan kos RM530,000.
Pada mulanya, kontraktor utama bersetuju membayar selepas menerima bayaran daripada pelanggan, tetapi saya hanya mendapat RM2,000 menyebabkan saya gagal membuat pembayaran kepada syarikat pembekal.
Sejak tiga tahun lalu, saya dikejar syarikat pembekal kerana gagal membayar semua bahan pembinaan yang dipesan dan disenaraihitamkan.
Setiap kali saya mahu berjumpa dengan kontraktor utama untuk membincangkan perkara ini, mereka melengah-lengahkan pembayaran sehingga saya hampir gulung tikar, katanya, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, dia bersama tujuh lagi syarikat subkontraktor mendapati syarikat pembinaan itu sudah menerima RM4.2 juta termasuk RM700,000 pada September lalu.
Kenapa mereka tidak mahu membayar kami sedangkan sebahagian wang sudah diterima daripada pelanggan. Kami cuba bertemu dengan pelanggan itu dan mereka mahu membantu, tetapi syarikat pembinaan berkenaan pula enggan menandatangani perjanjian tuntutan, katanya.
Seorang lagi sub kontraktor dari Shen Ming Trading, Goh Kok Foo, 44, berkata syarikat pembinaan itu berhutang dengannya sebanyak RM390,327.
Apa yang membuatkan saya marah, saya mendapat tahu pengarah syarikat pembinaan itu membeli tiga kereta mewah dan tiga motosikal berkuasa tinggi selepas mendapat projek itu.
Jika dia mampu membeli kenderaan mewah itu, kenapa dia menganiaya kami sehingga saya hanya dibayar RM3,000, katanya.
Mohd Fahbell Md Yasin, 38, berkata isterinya sebagai sub kontraktor yang terbabit dengan pembinaan kampus itu hanya menerima pembayaran RM1,000 saja sedangkan hutang adalah RM63,728.
Saya pernah berjumpa dengan pengarah syarikat pembinaan itu memohon simpati supaya dia melunaskan hutang.
Dia langsung tidak melayan, malah mencabar kami membawa perkara itu ke mahkamah, katanya.
Sehubungan itu, semua subkontraktor terbabit membuat dua laporan polis masing-masing di Semenyih, Kajang pada 31 Mac lalu dan Bukit Puchong, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Sementara itu, Presiden Kebangsaan Pertubuhan Sukarelawan Seni, Kebudayaan, Sosial dan Pendidikan India Malaysia (PSKSP), Dr N Thanasegeran berkata, beliau akan bertemu dengan pengurus IPTA berkenaan bagi menyelesaikan masalah itu tanpa melalui syarikat pembinaan terbabit.
Sumber : Harian Metro

Konduktor muzik terkenal dituduh rogol budak lelaki



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahLuar Negara by johnjimat
15/7
BANGKOK: Konduktor muzik terkenal Russia, Mikhail Pletnev menghadapi tuduhan merogol seorang budak lelaki bawah usia 15 tahun di Thailand.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Pletnev, Pengarah Artistik Orkestra Kebangsaan Russia dan juga pemenang anugerah Grammy, bagaimanapun dibebaskan semalam selepas membayar ikat jamin sebanyak 300,000 baht (RM30,000) selepas ditangkap pada hari yang sama di Pattaya.
Dia menghadapi tuduhan merogol budak lelaki bawah umur 15 tahun yang membawa hukuman penjara empat hingga 20 tahun, kata pegawai kanan polis, Leftenan Kolonel Omsin Sukkanka.
Katanya, polis menimbang sama ada akan turut mendakwa Pletnev atas tuduhan menahan juvana secara haram.
Dia perlu melapor diri di mahkamah setiap 12 hari dan jika ingin ke luar negara, perlu mendapat kebenaran mahkamah kerana kami sudah memaklumkan kesnya kepada pihak imigresen, kata Omsin. – Reuters
Sumber : Harian Metro

2 lagi mengaku berkhalwat



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
15/7
SHAH ALAM: Mereka tanpa segan silu berhimpun dalam sebuah bilik hotel untuk melayan muzik, sehingga awal pagi.
Pada masa sama, beberapa kenalan lain lalok akibat mengambil dadah di bilik bersebelahan.
Semalam, dua lagi daripada 39 peserta parti itu mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat sehingga menimbulkan syak di dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre, November tahun lalu.
Ini menjadikan 12 sudah mengaku salah, manakala bakinya, 27 termasuk tujuh wanita akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 6 Oktober depan.
Dua yang mengaku salah hari ini, Muhamad Said Uzair Bharudin dan Muhamad Khairil Izwan Mohamad Jamil.
Muhamad Said Uzair dikenakan denda RM2,500 atau penjara 60 hari.
Manakala, Muhamad Khairil Izwan pula didenda RM2,000 atau penjara 30 hari.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sebahagian besar pelajar berusia 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik, Blok 4 hotel itu yang terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, di sini, jam 2.10 pagi, 15 November 2009.
Mereka didakwa berada bersama-sama dengan bukan mahram sehingga boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketika rayuan terhadap hukuman, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafisi Ahmad Kamal berkata, hukuman berat perlu dikenakan kepada tertuduh kerana kes itu sudah mencemarkan kesucian Islam.
Kejadian ini menyebabkan ada yang memandang serong kepada penganut agama Islam. Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukkan contoh baik kepada bukan Islam, katanya.
Pada prosiding semalam, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat memerintahkan salah seorang tertuduh, Noor Maria
Mohammad Jamil didenda RM200 kerana gagal hadir prosiding terdahulu.
Beliau juga membenarkan permohonan pendakwaan bagi mengekalkan ikat jamin tertuduh yang tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
Sumber : Harian Metro

‘Geng Colombia’ kebas beg RM40,000



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Hanya lima saat diperlukan seorang penjenayah licik dipercayai ahli `Geng Colombia’ untuk memperdaya seorang suri rumah menggunakan beberapa keping syiling yang sengaja ditaburkan di lantai sebelum beg berisi wang tunai RM40,000 milik mangsa dilarikan.
Suspek dikatakan sengaja menjatuhkan beberapa kepingan syiling 20 sen dan 50 sen di lantai untuk mengalihkan tumpuan mangsa.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 tengah hari kelmarin, mangsa berusia 35 tahun sedang menjamu selera bersama keluarganya di sebuah restoran du di Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini.
Menurutnya, mangsa yang leka makan terkejut apabila seorang lelaki bertubuh gempal dan berkulit putih menghampirinya.
Lelaki berusia 40-an berpura-pura menegur sambil bertanya sama ada beberapa kepingan syiling di atas lantai berhampiran milik mangsa.
Suspek sengaja menunjukkan duit di atas lantai yang terletak di sebelah kanan kerusi diduduki mangsa. Sebaik ditunjukkan syiling itu, mangsa segera menoleh untuk mengutipnya, katanya.
Sebaik mangsa bangun selepas mengutip syiling didapati beg tangan miliknya diletakkan di atas kerusi lesap.
Lelaki misteri memakai kemeja T dipercayai warga Amerika Latin hilang.
Mangsa kemudian mengesyaki dia diperdaya dengan helah syiling dijatuhkan ke lantai oleh lelaki terbabit sebelum membuat laporan polis di balai polis berdekatan, katanya.
Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai AS$ 3,000 (RM10,200), wang tunai mata wang tempatan RM20,000, barang kemas bernilai RM8,000, bernilai hampir RM40,000.
Sumber : Harian Metro

Berdepan dua tuduhan



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Lelaki yang tergamak mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh isterinya sehingga pengsan, bukan saja bakal berdepan hukuman atas jenayah keganasan rumah tangga, sebaliknya tuduhan memiliki senjata seludup.
Ini kerana menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, alat terbabit bukan sebarangan produk yang boleh diperoleh di pasaran terbuka sebaliknya memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa untuk memilikinya.
Katanya, beliau percaya bukan sebarangan pihak diberi permit untuk alat berkenaan, apatah lagi ia sudah dikelaskan kerajaan Malaysia sebagai senjata berjadual seperti mana senjata api lain termasuk pistol dan senapang.
Kita tak pasti sama ada lelaki itu benar-benar mempunyai permit sah untuk memiliki alat renjatan elektrik terbabit, tetapi jika dia memperolehnya menerusi pasaran gelap atau seludup daripada negara luar, dia boleh didakwa.
Maknanya dia berdepan dua tuduhan jika siasatan mendapati dia bersalah, kesalahan pertama – menggunakan keganasan ke atas isteri dan ini tergolong dalam keganasan domestik, manakala satu lagi memiliki barang seludup.
Sebab itu, kita minta orang ramai melaporkan segera kepada polis jika mempunyai maklumat berkenaan pasaran karat atau gelap yang aktif mendagangkan senjata sebegini. Kita tak mahu ada pihak menyalahgunakannya, katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Kamal Affendi turut memberitahu sejak 80-an tiada perubahan pada corak pergaduhan dalam keluarga, malah tren suami isteri bergaduh ketika di ambang perceraian hampir sama setiap tahun dan tidak menunjukkan perbezaan.
Apa membezakan darjah keganasan dan peralatan digunakan kerana orang dulu bergaduh, masa zaman pinggan mangkuk digunakan, cuma melukakan saja, tapi kini bertujuan menyeksa mangsa, katanya.
Sumber : Harian Metro

Terajang isteri



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
AMPANG: Akibat cemburu, seorang lelaki tergamak menolak isterinya sebelum menendang perut wanita terbabit yang sedang mengandung dua bulan di rumah mereka di Lembah Jaya, kelmarin.
Perbuatan lelaki terbabit berlaku kira-kira jam 2 petang selepas pasangan muda berusia 20-an itu bertengkar.
Menurut sumber polis, suami wanita berkenaan dikatakan tidak berpuas hati apabila mengetahui isterinya yang bekerja sebagai pengasuh bersembang dengan seorang jiran lelaki yang tinggal berhampiran rumah mereka.
Ketika berada di rumah, berlaku pertengkaran sebelum si suami tiba-tiba naik berang dan hilang kawalan kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan isterinya.
Lelaki terbabit tiba-tiba menolak isterinya dan menendang perut wanita berkenaan, katanya.
Sumber terbabit berkata, biarpun isterinya ketika itu sedang mengandung dua bulan, namun lelaki berkenaan langsung tidak menghiraukannya hinggalah ahli keluarga wanita itu terpaksa campur tangan.
Wanita malang terbabit hanya mampu menahan kesakitan sebelum adik dan ibunya berjaya meleraikan pergaduhan itu.
Akibat tendangan itu, wanita terbabit mengadu mengalami kesakitan di bahagian perut berikutan dia ketika itu sedang mengandung dua bulan, katanya.
Sumber terbabit berkata, melihatkan keadaan kakaknya yang ketika itu mengerang kesakitan, adiknya kemudian bergegas membawa wanita itu ke hospital. Wanita terbabit bernasib baik kerana kandungannya tidak terjejas dan dia hanya mengalami kecederaan ringan akibat ditolak dan ditendang suaminya, katanya.
Namun, perbuatan lelaki itu ternyata kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan kerana dia sanggup melakukan sebegitu kepada isteri yang sedang mengandungkan anak mereka hanya kerana cemburu selepas wanita itu bersembang dengan jiran, katanya.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan dalam proses mendapatkan keterangan daripada suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro

‘Pegawai’ curi duit



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
MELAKA: Saya terkejut apabila wanita itu muncul di dapur rumah tanpa memberi salam dan terus duduk sambil bertanyakan nama ibu tunggal tidak dikenali, kata Siti Rafeah Ithnin, 71, yang kehilangan hampir RM500 selepas ditipu seorang wanita berusia 20-an menyamar pegawai kebajikan dalam kejadian Isnin lalu.
Menceritakan kejadian itu, Siti Rafeah dari Kampung Alai, di sini, berkata kejadian berlaku antara jam 9.30 hingga jam 11 pagi apabila seorang wanita masuk ke rumahnya sebelum bertanyakan seorang ibu tunggal bernama Habsah.
Menurutnya, dia terkejut wanita tidak dikenali itu masuk ke rumahnya dan kemudian bertanya siapa dirinya serta apa tujuan kedatangannya.
Katanya, selepas duduk, wanita terbabit terus bertanyakan nama seorang ibu tunggal tetapi dia memberitahu tidak mengenali orang dicarinya.
Sejurus itu, wanita terbabit bertanyakan sama ada saya ibu tunggal dan pernah mendapat bantuan atau tidak tanpa menimbulkan sebarang perasaan syak wasangka.
Wanita itu mengeluarkan pen serta kertas dan mula menulis sambil bertanyakan saya tinggal dengan siapa. Dia kata nanti dia tolong dapatkan RM500 sebulan, katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurut mangsa, wanita terbabit turut bertanyakan sama ada dia mempunyai baju hitam berbunga putih, sebelum memberitahu tiada tetapi `pegawai terbabit mendakwa mahu mengambil gambarnya sambil meminta mencari dalam bilik.
Katanya, wanita terbabit turut membantu mencari di dalam almari, tetapi dia bertegas memaklumkan tidak mempunyai baju berkenaan, namun tidak diendahkan.
Selepas beberapa minit, kami keluar dan wanita berkenaan bertanyakan pula sama ada saya mempunyai jubah boleh dipakai untuk diambil gambar, tetapi selepas mengenakan jubah, dia meminta menunggu sebentar dengan alasan mahu mengambil kamera di dalam Perodua Kancil berputih.
Saya menunggu hampir 30 minit tetapi wanita berkenaan tidak muncul sebelum memeriksa beg duit atas meja di ruang dapur dan terkejut RM486.50 hilang.
Menyedari wang tunai dalam beg lesap, saya lemah berikutan wang itu diberi anak lelaki untuk belanja harian, katanya. Dia berkata, anak lelakinya membuat laporan kejadian di Balai Polis Kandang pada hari sama.
Sumber : Harian Metro

Tiga beradik samseng jalan raya



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
AMPANG: Seorang anggota polis dan dua adiknya bertindak ganas dengan membelasah seorang lelaki dalam keadaan tangan bergari selepas mereka melanggar kereta mangsa, Isnin lalu.
Difahamkan, ketika kejadian, tiga beradik terbabit yang berusia awal 20-an dipercayai berada di bawah pengaruh dadah turut menyamun mangsa sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mangsa yang berusia 20-an memandu seorang diri ke Gombak dilanggar kereta suspek dari belakang.
Menurut sumber, mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum diikuti suspek.
Belum sempat mangsa meminta ganti rugi, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa membayar ganti rugi menyebabkan berlaku pertengkaran.
Mangsa bertegas membuat laporan polis menyebabkan tiga beradik terbabit berang sebelum menyerangnya, katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak di sini, sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Difahamkan, semua suspek diberkas polis dan hasil siasatan awal mendapati mereka adik-beradik.
Sumber : Harian Metro

Jumpa mayat terapung

KLANG: Seorang pekerja Alam Flora Sdn Bhd yang membersihkan tempat riadah sekitar Taman Pengkalan Batu di sini, tergamam selepas melihat mayat terapung di Sungai Klang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada rakannya.
Dalam kejadian jam 9.37 pagi, mayat seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui terdampar di tepi sungai.

Jurucakap polis berkata, ketika ditemui, mayat lengkap berpakaian manakala badannya sudah membengkak dipercayai akibat terendam terlalu lama dalam sungai.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan siasatan juga tidak menemui kesan kecederaan.

“Mangsa berkulit cerah dan dipercayai berusia 30-an,” katanya.

Menurutnya, identiti mayat dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Bekas teman wanita zalim

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasih kerana mahu berkahwin dengan gadis lain mengundang padah apabila dia dibelasah bekas teman wanitanya sehingga cedera parah dan patah kaki kanan.
Difahamkan, wanita berusia 40-an itu membuat perancangan rapi untuk membelasah lelaki terbabit dengan berpura-pura mengajaknya ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Masjid India di sini, kononnya bagi berbincang dan pada masa sama membayar hutang mangsa.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa ke rumah bekas teman wanitanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita terbabit yang tidak bekerja memberi alasan mahu memulangkan semua hutang yang dipinjamnya daripada bekas teman lelakinya yang berusia 38 tahun sejak mereka mula berkenalan lapan tahun lalu.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berjanji datang ke rumah wanita terbabit selepas waktu kerja.

“Sebaik masuk ke rumah, lelaki itu tergamam apabila wanita berkenaan mengajukan pelbagai soalan mengapa dia sudah lama tidak menghubunginya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak dapat menjawab soalan itu berjanji akan menghubungi wanita terbabit lebih kerap selepas ini.
“Namun, secara tiba-tiba, wanita terbabit mengambil dua batang kayu panjang yang disembunyikan di bawah katil dalam biliknya sebelum memukul tubuh, tangan dan kedua-dua kaki lelaki itu sekuat hati. Wanita itu kemudian merampas telefon bimbit, wang tunai RM450 dan jam tangan yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa cuba menghalang, namun gagal akibat kakinya patah dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mangsa akhirnya dapat menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, untuk rawatan.

Pemandu terlelap

BENTONG: Faktor mengantuk dan terlelap ketika memandu dipercayai menjadi punca sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang di kalangan peneroka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 48.5 Lebuh raya Karak, dekat sini menyebabkan pemandu bas dan lima penumpang parah, awal pagi semalam.



REMUK...keadaan bas persiaran selepas melanggar belakang treler di Lebuh raya Karak, pagi semalam.
REMUK...keadaan bas persiaran selepas melanggar belakang treler di Lebuh raya Karak, pagi semalam.




TERHUMBAN...van dan kereta yang turut terbabit dalam kemalangan, semalam.
TERHUMBAN...van dan kereta yang turut terbabit dalam kemalangan, semalam.
Malah, lebih menimbulkan tanda tanya pemandu bas terbabit hanya berusia 21 tahun dan baru memperoleh lesen memandu bas.

Difahamkan semua penumpang dalam perjalanan menghadiri majlis Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak, Perak, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 pagi apabila bas persiaran berkenaan mengelak sebelum merempuh belakang sebuah treler.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu bas dan lima penumpang bas cedera parah manakala 19 lagi penumpang cedera ringan.

“Difahamkan, ketika kejadian bas dipandu dari Felda Jengka, Pahang, itu membawa kira-kira 40 penumpang. Kebanyakan penumpang yang cedera parah duduk di bahagian hadapan bas,” katanya.
Difahamkan, kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi treler mengangkut muatan dandang terpaksa berhenti kira-kira 100 meter di belakang bas yang mengalami kemalangan itu.

“Pemandu treler terbabit terpaksa berhenti berikutan muatan dandang besar yang dibawa itu tidak dapat melepasi kawasan kemalangan. Difahamkan, dandang seberat 75 tan terbabit dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Pelabuhan Klang.
“Pada masa sama sebuah kereta Perodua Kancil mengiringi treler besar itu turut berhenti di belakangnya. Namun tindakan itu sekali lagi mengundang nahas apabila sebuah van dipandu seorang lelaki merempuh Perodua Kancil menyebabkan kedua-dua pemandu terbabit cedera,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan sembilan ambulans dari Hospital Bentong, Selayang, Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca kemalangan berkenaan berikutan kawasan kejadian bukan jalan curam.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahim yang dihubungi berkata, kemalangan ngeri itu turut membabitkan beberapa kanak-kanak turut menjadi penumpang bas terbabit.

Menurutnya, polis percaya bas berkenaan dipandu laju menyebabkan ia tidak sempat berhenti sebelum merempuh belakang treler terbabit hingga remuk.

“Pemandu bas berusia 21 tahun parah dengan kedua-dua kaki patah selain kecederaan dalaman. Mangsa kini dirawat di Hospital Temerloh, Pahang.

“Konvoi beberapa bas lain yang tidak terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun meneruskan perjalanan menuju ke Trolak, Perak. Polis masih menyiasat punca kemalangan dan tidak menolak kemungkinan pemandu bas mengantuk,” katanya.

Menurutnya, dia juga hairan bagaimana pemandu bas berusia 21 tahun berkenaan dibenarkan memandu bas kerana dia masih terlalu muda dan baru memperoleh lesen memandu.

“Apa yang jelas pemandu bas itu kurang pengalaman dan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai,” katanya

Cheryl disahkan dijangkiti malaria



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
LONDON: Penyanyi, Cheryl Tweed dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti malaria selepas bercuti di Tanzania.
Penyanyi itu pengsan ketika sesi ambil gambar Sabtu lalu.
Cheryl dikatakan rebah ketika rakaman kerana terlalu letih.
Bagaimanapun, beberapa rakan berkata, kesihatan bekas isteri bintang bola sepak Chelsea dan England, Ashley Cole itu bertambah buruk secara dramatik keesokannya dan dia mula berpeluh serta menggigil di kediamannya berharga 6 juta (RM30 juta) di Hurtmore, Surrey.
Doktor segera menjalankan pemeriksaan dan memasukkan Cheryl ke wad.
Semalam, keputusan pemeriksaan mengesahkan dia dijangkiti wabak itu dan dijangka berada di hospital selama beberapa hari dan menghabiskan beberapa minggu lagi untuk pulih.
Jika tidak dirawat segera, jangkitan malaria boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk, kadang kala hingga membawa maut. Agensi
Sumber : Harian Metro

Warga emas jual VCD lucah sara keluarga



Posted on the July 8th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
15/7
ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana menjual video cakera padat (VCD) lucah dan tanpa sijil perakuan B di pasar malam Padang Sera, dekat Kodiang, malam kelmarin, memberi alasan tidak boleh bekerja kerana semua jari tangannya sakit terkena mesin selain mengalami masalah pendengaran.
Lelaki berusia 60 tahun itu turut memberi alasan perlu menyara isteri, empat anak dan lima cucunya berikutan jualan VCD itu mendapat sambutan menggalakkan ketika dia ditahan anggota Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam operasi di pasar malam berkenaan.
Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Filem KDN Kedah/Perlis, Mohd Helmi Hassan berkata, ketika operasi dilakukan jam 8.50 malam, warga emas itu sedang leka menjual di gerainya yang dipenuhi pelanggan.
Katanya, suspek gagal melarikan diri kerana dikepung lima anggotanya sebelum merampas semua VCD terbabit yang dipamerkan atas meja.
Kami percaya suspek sudah hampir setahun menjalankan perniagaan itu seorang diri dan selepas membuat risikan dan intipan hampir sebulan, dia akhirnya ditahan.
Hasil siasatan mendapati warga emas itu memperoleh barangan itu melalui orang tengah sebelum menjualnya untuk menyara kehidupan keluarga. Bahan itu dipercayai diproses di negara ini dan kita masih menyiasat punca bahan itu diperoleh, katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, kelmarin.
Menurutnya, pihaknya merampas 30 VCD lucah dan 185 filem tanpa sijil perakuan B daripada suspek dianggarkan bernilai RM1,500 mengikut harga nilai pasaran.
Katanya, harga sekeping VCD tanpa sijil perakuan B dijual antara harga RM3 hingga RM5 manakala VCD filem lucah pula dijual pada harga RM10 hingga RM15 bergantung kepada filem sama ada baru ditayangkan atau sudah lama, katanya.
Sumber : Harian Metro