Anjing berkenaan, Bill, menerkam William Jaundrell melalui tingkap kereta yang terbuka menyebabkan kaki bayi terbabit hampir putus.
Ketika kejadian, ibu Jaundrell, Patricia, berhenti di depan rumah ibu bapanya untuk menziarahi mereka kira-kira jam 4 petang.
Kejadian itu, kata Patricia, berlaku sangat pantas kerana dia hanya meninggalkan Jaundrell beberapa minit dalam keretanya.
“Kami bergegas ke kereta apabila mendengar Jaundrell menjerit dan melihat Bill menggigitnya,” katanya.
Jaundrell dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan doktor bercadang memotong kaki bayi itu sebelum menemui cara menyelamatkannya. – Agensi