Search This Blog

Tuesday, June 22, 2010

Misteri kehilangan pemuda dua hari terjawab

KOTA BHARU: Misteri kehilangan seorang pemuda terjawab apabila dia ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di atas Jambatan Tendong, dekat sini, kelmarin.
Mayat Kamarul Mat Zain, 20, ditemui penduduk kampung terapung dan hanya memakai seluar dalam serta baju di Sungai Kelantan, kira-kira jam 5 petang.
Menurut ibunya, Wan Yah Wan Seman, 54, anaknya dilaporkan hilang selepas dikatakan keluar memancing ikan bersama rakannya kira-kira jam 10 malam, dua hari lalu.

Katanya, dia bertindak mencari anak bongsunya itu di sekitar kampung selepas pemuda berkenaan tidak pulang ke rumah selain bertanyakan rakan terdekat, namun gagal menjejakinya.

Wan Yah berkata, selepas dua hari anaknya gagal ditemui, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Bunut Susu, Pasir Mas mengenai kehilangan anaknya itu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di balai polis berkenaan, Wan Yah dimaklumkan anggota polis bertugas mengenai penemuan mayat seorang lelaki terapung di sungai oleh penduduk kampung.

“Saya tidak sempat membuat laporan, lalu bergegas ke Jambatan Tendong untuk membuat pengecaman dan berpandukan parut lama pada lututnya, saya mengesyaki mayat itu anak saya.

“Dengan bantuan penduduk dan polis, mayat itu ditarik sebelum saya mengesahkan mayat itu anak saya,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan kejadian itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Sebab lapan serbuan gagal

KUALA LUMPUR: Rahsia kegagalan beberapa serbuan yang dilakukan pihak berkuasa di sebuah pusat karaoke yang turut menyediakan pakej pelacur di Bandar Sunway, di sini, akhirnya terjawab apabila mendapati pemilik sebenar premis terbabit milik seorang pegawai polis.
Difahamkan, premis terbabit sudah menjalankan perniagaan sejak setahun lalu dan setiap maklumat mengenai serbuan dibocorkan penjawat awam itu menyebabkan suspek sering terlepas setiap kali serbuan dilakukan.
Namun, kelicikan itu berakhir apabila Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu, selepas menjalankan perancangan rapi bagi memerangkap semua individu bertanggungjawab.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menahan 13 wanita warga Filipina, Indonesia dan Vietnam yang berusia 20 hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan awal, kita (polis) mendapati semua wanita terbabit dikesan menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini sebelum bekerja sebagai pelacur di pusat karaoke berkenaan.

“Dengan bayaran lingkungan RM300 hingga RM600 bagi setiap langganan, pelanggan turut dibenarkan membawa pulang wanita terbabit ke hotel ataupun rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Azmi berkata, pihaknya juga menahan seorang lelaki berusia awal 40-an dipercayai penjaga pusat karaoke berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Sebelum ini, pihak berkuasa lain pernah melakukan lapan serbuan di premis terbabit selepas mengesan aktiviti pelacuran itu, namun gagal dipercayai kerana maklumat sudah dibocorkan individu tertentu.

“Kita percaya kegagalan itu hasil daripada kelicikan pemiliknya seorang penjawat awam dalam pasukan keselamatan,” katanya.

8 kereta dipecah cermin

SUNGAI PETANI: Penduduk di empat kawasan perumahan, di sini, hairan dan kebingungan apabila cermin beberapa kenderaan dan pintu cermin rumah mereka pecah dibaling dengan pasu bunga oleh individu tidak dikenali, awal pagi semalam.
Dalam kejadian antara jam 3 hingga 4 pagi itu, penduduk Taman Petani Jaya, Taman Makmur, Taman Sentosa dan Taman Setia, dekat sini, terkejut apabila mendapati lapan kereta yang diletakkan di ruang letak kereta rumah mereka pecah cermin belakang akibat dibaling pasu bunga.
Antara kereta yang rosak termasuk Mercedes-Benz, Honda Accord, Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Kancil yang semuanya pecah cermin belakang menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, berkata semua pemilik kenderaan hanya menyedari kejadian itu ketika mahu keluar bekerja semalam.

“Kejadian itu memang mengejutkan kerana sebahagian pemilik kereta tidak menyedari kejadian itu walaupun kenderaan mereka diletakkan di kawasan rumah,” katanya.

Beliau berkata, polis mengesyaki ia dilakukan individu tertentu atau orang kurang siuman dan hingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.

Katanya, semua pemilik kereta terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani, semalam.

Seorang penduduk Taman Makmur, L Youganan, 38, berkata pintu cermin rumahnya pecah selepas dibaling piring pasu bunga dalam kejadian itu.

VIP bookie

KUALA LUMPUR: Golongan kenamaan berstatus Datuk antara tujuh individu dikenal pasti menjadi dalang sindiket pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2010 di negara ini membabitkan nilai pertaruhan lebih RM300 juta sejak temasya sukan terunggul dunia itu bermula 11 Jun lalu.
UMPAN KAKI JUDI...Bakri menunjukkan risalah diedarkan along lengkap dengan jadual perlawanan bola sepak piala Dunia.
UMPAN KAKI JUDI...Bakri menunjukkan risalah diedarkan along lengkap dengan jadual perlawanan bola sepak piala Dunia.
Bagaimanapun, suspek yang amat dikehendaki polis itu dipercayai lari ke luar negara selepas yakin kegiatan mereka dihidu polis berdasarkan kejayaan pasukan itu dalam beberapa operasi membanteras pertaruhan haram dan bookie judi bola sepak.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, selepas pihaknya mengesan kegiatan pertaruhan judi bola sepak melalui talian Internet didalangi beberapa individu berstatus Datuk.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi menjejaki mereka terbabit dengan meminta kerjasama Interpol. Kita masih menjalankan siasatan dan risikan dengan pihak Interpol bagi mengesan suspek terbabit dengan sindiket perjudian di luar negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti suspek berikutan polis masih menyiasat kaitan serta peranan mereka dalam aktiviti pertaruhan haram itu.

“Polis memandang serius aktiviti pertaruhan haram berikutan terdapat sekurang-kurangnya 300,000 kaki judi seluruh negara aktif bertaruh dengan setiap seorang mengeluarkan belanja pertaruhan sekurang-kurangnya RM1,000 sepanjang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010.
“Jumlah besar itu turut ditambah dengan pembabitan sindiket ceti haram (along) yang turut ‘tumpang sekaki’ dengan menyelinap dan bersekongkol dengan sindiket judi bola bagi mendapatkan seramai mungkin tahi judi yang bertaruh,” katanya.

Difahamkan, sindiket along terbabit sengaja menyebarkan risalah dan kad perniagaan mengandungi jadual perlawanan harian bola sepak Piala Dunia sebagai umpan menarik perhatian kaki judi mendapatkan khidmat mereka untuk meminjam wang bagi bertaruh judi bola sepak.
“Kami ada bukti mereka (along) berperanan dalam pertaruhan haram judi bola sepak terutama menawarkan pinjaman ke atas orang ramai yang menghadapi kesukaran mendapatkan wang bagi bertaruh.

“Kumpulan along ini sanggup menawarkan pinjaman segera sehingga puluhan ribu ringgit tanpa cagaran dalam tempoh 24 jam terutama kepada kaki judi yang terdesak untuk meneruskan pertaruhan biarpun tanpa wang,” katanya.

Beliau berkata, Bukit Aman melalui unit gempurnya mematahkan lebih 10 sindiket bookie dan pertaruhan haram bola sepak di seluruh negara sejak mula beroperasi 11 Jun lalu.

“Melalui operasi Ops Soga seluruh negara sejak 10 hari lalu, polis membabitkan kontinjen seluruh negara sudah melakukan 156 serbuan dan menahan 120 anggota sindiket pertaruhan haram termasuk bookie serta kaki judi berusia 15 hingga 73 tahun.

“Daripada jumlah itu, seramai 100 suspek lelaki manakala 20 lagi wanita selain sembilan warga asing. Agak mengejutkan apabila sindiket pertaruhan ditumpaskan berkenaan dipercayai menguruskan nilai pertaruhan sehingga RM300 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di Bukit Aman, semalam.

Keganasan etnik: 2 lagi maut

OSH: Tentera Kyrgyzstan bertempur dengan etnik Uzbek berhampiran kawasan konflik di selatan bandar ini semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut.
Penyelidik Human Right Watch, Ole Solvang, berkata pertempuran berlaku sekali lagi apabila tentera kerajaan melakukan rondaan di kawasan Nariman yang didiami etnik Uzbek.
“Tentera melakukan pemeriksaan berterusan bagi mengesan senjata dan ramai orang dibelasah.

“Keadaan amat tegang dan pihak berkuasa perlu lebih berhati-hati melakukan pemeriksaan,” katanya.

Selatan Kyrgyzstan menjadi huru-hara sejak keganasan etnik meletus di situ pada 10 Jun lalu dan meragut sehingga 2,000 nyawa.

Jurucakap kerajaan sementara di Kyrgyzstan, Timur Kamchibekov, berkata tentera diserang di kawasan penempatan Uzbek itu.

“Ketika operasi keselamatan, tentera berdepan dengan penentang bersenjata di perkampungan Nariman,” katanya.

Solvang berkata, kira-kira 20 orang cedera dan atas sebab keselamatan, doktor gagal pergi ke kawasan itu. - AFP

Wanita Indonesia jual anak rakan dipenjara 3 tahun

DUBAI: Seorang tukang masak berusia 24 tahun terkejut lalu menangis apabila penterjemah mahkamah membacakan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.
Wanita warga Indonesia itu dikenakan hukuman berkenaan selepas didapati bersalah menjual bayi luar nikah rakan senegaranya dengan harga Dh8,500 (RM7,400) kepada seorang polis wanita yang menyamar orang awam.
Sebelum itu, ketika sesi bela diri, tertuduh menafikan menjual bayi berkenaan.

“Saya tidak berniat mahu menjual bayi itu. Saya hanya memberikannya kepada individu berkenaan,” kata tertuduh kepada Ketua Hakim, Fahmi Mounir.

Fahmi juga mengarahkan wanita itu dihantar pulang ke negara asalnya selepas dia menjalani hukuman itu. - Agensi

3 menyamar ditangkap

JEDDAH: Tiga lelaki ditangkap kerana menduduki peperiksaan akhir bagi pelajar lain di Universiti Raja Abdul Aziz (KAU).
Ketua Penyelia Peperiksaan KAU, Abdul Qadir Tankal melaporkan kepada Arab News, perbuatan menipu itu satu kesalahan jenayah dan pelajar yang mengupah tiga lelaki terbabit boleh dipenjarakan.
“Pada semester lalu tujuh penyamar ditangkap dan dalam semester ini tiga pula dikesan,” ujar Abdul Qadir.

Menurutnya, kes seumpama itu biasa dilakukan pelajar yang belajar separuh masa dan tiada pengenalan gambar dengan pihak universiti. - Agensi

6 tentera Nato terbunuh

KABUL: Enam tentera Nato terbunuh dalam tiga kejadian berasingan di selatan Afghanistan, semalam.
Menurut kenyataan tentera, tiga komando Australia dan seorang tentera Amerika Syarikat maut apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di selatan Kandahar.
Dua lagi tentera Nato terbunuh dalam letupan bom berasingan tetapi sehingga semalam, kewarganegaraan mereka belum disahkan.

Britain juga mengumumkan jumlah tentera mereka yang mati di Afghanistan mencecah 300 orang selepas seorang anggota mereka mati semalam akibat kecederaan kerana terkena bom pada awal bulan ini. Kecelakaan itu berlaku di selatan Helmand.

Laman web bebas, icasualties.org, menyatakan kematian terkini itu menjadikan jumlah korban tentera asing di Afghanistan mencapai 281 orang pada tahun ini. - AFP

Suhu kereta naik alasan pasangan berkhalwat

GELANG PATAH: Setiap hujung minggu, seorang lelaki bujang memberi alasan kononnya suhu kereta melonjak naik sebagai alasan membawa teman wanita singgah di bilik sewanya di Taman Nusantara, di sini.
Rupa-rupanya bukan suhu keretanya yang naik, sebaliknya ‘suhu’ ghairah pasangan terbabit untuk melampiaskan nafsu serakah yang melonjak.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit mengulangi alasan sama dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini hingga perkara itu menimbulkan curiga di kalangan jiran dan penduduk.

Bagaimanapun, selepas berkali-kali memberikan alasan sama, tindakan mereka itu akhirnya dihidu penduduk dan pasangan terbabit ditahan, kelmarin.

Imam Surau Taman Nusantara, Yusma Yusof, berkata lelaki berasal dari Pontian itu yang memandu kereta jenis Proton Wira dan kerap membawa teman wanitanya pulang ke bilik sewanya itu.

“Ada penduduk yang prihatin dan bertanyakan mengapa dia membawa pulang teman wanita. Jawapan diberikan ialah suhu kereta naik.

“Pada mulanya, penduduk menyangka ia benar, tetapi selepas berkali-kali alasan sama diberikan, penduduk mula curiga dan rasa dipermainkan pasangan terbabit,” katanya.

Menurut Yusma, tindakan lelaki itu mengakibatkan penduduk kurang selesa dengan kemungkaran yang berlaku di depan mata sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Berikutan itu, katanya, penduduk dengan kerjasama sepasukan anggota polis dari Balai Polis Gelang Patah melakukan serbuan di bilik sewa lelaki terbabit, petang kelmarin.

“Dalam serbuan jam 5 petang itu, pasangan terbabit yang berdua-duaan di dalam bilik sempit itu mengambil masa lama untuk membuka pintu dengan alasan sedang berehat.

“Pasangan yang lengkap berpakaian kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram,” katanya.

Yusma berkata, serbuan itu bertujuan memberi kesedaran di kalangan masyarakat berkaitan gejala sosial yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan generasi muda.

“Penduduk tidak seharusnya membisu dan berdiam diri dengan permasalahan sosial yang berlaku. Ia bukan untuk menghukum sebaliknya mendidik masyarakat supaya menjauhi perbuatan berdosa termasuk bergelumang dengan maksiat,” katanya.

Waris dua bayi dicari

KUALA LUMPUR: Lagi bayi dibuang, kali ini kedua-dua bayi perempuan berusia dua bulan ditemui orang awam dipercayai ditinggalkan masing-masing di Cheras dan Kajang, kira-kira dua bulan lalu.
Dalam kejadian pertama 1 April lalu, seorang bayi perempuan diberi nama Dhaniyah ditemui orang awam di kawasan perumahan Sungai Chua, Kajang sebelum diserahkan ke balai polis berhampiran.
Pada 25 April lalu pula, seorang lagi bayi diberi nama Alisha Irdina ditemui ditinggalkan di tepi tayar sebuah kenderaan di Taman Sri Murni, Cheras.

Malah, ketika ditemui bayi berkenaan masih bertali pusat.

Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat, Rohaidah Omar berkata, kedua-dua bayi berkenaan kemudian diserahkan ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut dan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka kini ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

“Kami memerlukan waris kedua-dua bayi terbabit dengan segera sebelum mereka dibawa ke mahkamah untuk perintah tetap dan proses untuk mendapat keluarga angkat yang berdaftar dengan JKM.

“Kami mahu keluarga atau waris bayi berkenaan tampil dan menghubungi Pegawai Pelindung PKMD Hulu Langat bagi proses mengambil bayi berkenaan di talian 03-87378007,” katanya ketika di temui di Balai Berita di sini, semalam.

Dibelasah Mat Rempit

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 20 Mat Rempit kembali mengganas apabila menyamun sepasang kekasih sebelum membelasah teman lelakinya di Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) berdekatan plaza tol Subang Jaya dekat sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta pasangan kekasih terbabit yang dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke Kepong ditahan sekumpulan Mat Rempit sebelum mereka mengepung kereta berkenaan.
Mereka kemudian menggunakan topi keledar untuk menghentak cermin kereta mangsa sehingga pecah menyebabkan mangsa ketakutan.

Mangsa yang enggan dikenali dan berusia 29 tahun, berkata kumpulan Mat Rempit terbabit kemudian memaksa mereka menyerahkan barangan berharga sebelum membelasahnya dengan topi keledar di kepala dan badan sehingga dia tidak berdaya untuk melawan.

“Tindakan itu menyebabkan saya cedera parah di kepala manakala teman wanita saya mengalami luka-luka di badan dipercayai terkena serpihan kaca cermin yang pecah.

“Teman wanita saya yang dalam ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa berikutan semua suspek yang dipercayai remaja bertindak ganas dan turut mengugut kami supaya menyerahkan wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas,” katanya.

Mangsa dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Sungai Buloh untuk menghantar teman wanitanya itu pulang ke rumahnya di Kepong.

2 budak lemas

KULAIJAYA: “Anak saya bukan saja tidak minat memancing ikan, malah tidak tahu apa-apa langsung berkaitan aktiviti itu. Kebiasaannya, setiap kali pulang dari sekolah, dia tidak akan keluar lagi.
“Entah bagaimana, semalam dia keluar mengikut rakannya dengan alasan mahu memancing ikan. Walaupun ibunya tidak memberi kebenaran, dia tetap pergi dan tidak lama kemudian, saya dihubungi isteri mengatakan anak lemas, luluh hati saya mendengar khabar itu,” kata Md Salleh A Rahim, 42, di sini, semalam.
Anak Md Salleh, Mukris, 9, lemas bersama rakan sebaya dikenali sebagai Anuar Hakim Salleh di kolam di Jalan Merpati 3, Bandar Putra, di sini, petang semalam.

Menurut Md Salleh, dia yang bekerja sebagai pemandu lori dalam perjalanan pulang ke rumah apabila menerima panggilan daripada isteri memaklumkan kejadian itu, sebelum bergegas ke Hospital Kulai.

“Arwah anak keempat daripada enam beradik tidak menunjukkan perubahan sikap. Cuma apa yang menghairankan ialah kemahuannya untuk pergi memancing.

“Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya sebak.

Keluarga Anuar Hakim bagaimanapun enggan ditemuramah kerana bersedih dengan kejadian.

Sementara itu, saksi kejadian yang sempat menyelamatkan seorang daripada tiga mangsa, Mohd Azizan Nazri, 18, berkata dia sedang bersiar-siar di kawasan itu dan melihat enam kanak-kanak sedang bermandi-manda.

“Tiba-tiba, saya dengar suara meminta tolong dan terus bergegas ke sana. Saya lihat tiga kanak-kanak lemas, lantas saya terjun ke kolam walaupun tidak tahu berenang.

“Saya hanya kuatkan hati serta semangat dan berjaya menyelamatkan seorang daripada mereka. Dua lagi bagaimanapun gagal diselamatkan,” katanya.

Mohd Azizan kemudian mendapatkan bantuan orang ramai.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.59 petang dan sampai di lokasi kejadian 16 minit kemudian.

“Kami menghantar pasukan penyelam dan menemui kedua-dua mangsa di dasar tasik. Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulai,” katanya.

Tragedi motor beroda tiga

JOHOR BAHRU: Keseronokan seorang lelaki kurang upaya menerima bantuan motosikal roda tiga selepas 17 tahun menunggu hanya kekal 20 minit berikutan ditimpa malang apabila dia terjatuh dan patah kaki kanan sejurus majlis penerimaan berlangsung.
Kejadian berlaku selepas mangsa, Fatah Saleh Hussin, 50, menerima kunci motosikal jenis Honda bernombor pendaftaran JJN5636 daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Dewan Pekan Benut, Pontian di sini pada 13 Jun lalu.
Fatah yang berasal dari Parit Jamal berkata, selepas 17 tahun, barulah dia menerima bantuan motosikal roda tiga itu dan tidak menjangka akan ditimpa perkara yang tidak diingini sejurus majlis berakhir.

“Saya terjatuh kerana gagal mengawal keseimbangan selepas terpijak permukaan jalan yang tidak rata.

“Saya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan. Imbasan X-ray yang dibuat mendapati kaki kanan patah dan saya perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Pada April 1993, sebelah kaki Fatah patah selepas dia terbabit dalam kemalangan ke tempat kerja apabila tong kayu berisi botol minuman terjatuh dari lori menyebabkannya terhumban dari motosikal ditunggang.

Akibatnya, Fatah mengalami kecacatan kekal dan bergantung kepada tongkat untuk berjalan. Pada masa sama, dia juga tidak berupaya melakukan kerja berat dan hanya melakukan kerja sambilan membungkus sayur di rumah. Sehubungan itu, dia memohon bantuan berkenaan bagi memudahkannya melakukan kerja ringan selain bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

Fatah mengimpikan berniaga kecil-kecilan menggunakan motosikal roda tiga berkenaan, tetapi lain pula yang berlaku menyebabkannya buntu memikirkan masa depan.

“Kaki kanan saya dimasukkan besi penyokong tulang dan doktor meramalkan kesan kecederaan itu akan mengambil masa bertahun untuk sembuh.

“Selain kaki, tangan saya juga cedera dan sukar digerakkan. “Saya reda dengan ujian Allah ini dan berharap supaya sembuh segera,” katanya.

Ketika ini, Fatah bukan saja bimbang dengan masa depan dua anak yang masih bersekolah, malah buntu memikirkan bagaimana mahu menjelaskan bil rawatan. Fatah berharap ada dermawan yang sudi membantunya menjelaskan kos rawatan berkenaan.

Pasangan khalwat janji mahu taubat

KUALA LUMPUR: Helah terpaksa bermalam dengan bapa saudara kononnya untuk menghadiri temuduga di ibu negara tidak berjaya apabila pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menemui seluar dan pakaian dalam pasangan terbabit yang disembunyikan di bawah selimut di sebuah hotel bajet di sini, malam kelmarin.
Dalam Ops Cegah Maksiat selama lima jam bermula jam 10.30 malam itu, pasangan terbabit merayu minta dibebaskan dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat namun rayuan mereka tidak diendahkan dan terus dibawa ke pejabat Jawi untuk diambil keterangan.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Asmawi Umar, tindakan menyerbu hotel dilakukan bagi membanteras perlakuan maksiat yang semakin berleluasa pada masa ini.

“Selepas mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan kami masuk membuat pemeriksaan, kira-kira jam 2 pagi.

“Pasangan yang dalam keadaan terperanjat tidak menyangka kami akan membuat serbuan pada malam itu berikutan ia bukan hari cuti umum,” katanya.

Mayat bapa lemas ditemui

OTA KINABALU: Mayat seorang bapa yang berkorban nyawa demi menyelamatkan tiga anaknya yang hampir lemas akhirnya ditemui terapung kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilihat hilang dari permukaan air di Pantai Dalit, Tuaran, semalam.
Mayat Jufitin Ginajal, 48, ditemui orang ramai kira-kira jam 6 pagi semalam selepas lebih 17 jam tragedi yang turut meragut nyawa seorang anak lelakinya, Rony, 25, kira-kira jam 12.50 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro berkata, mayat bapa kepada enam anak itu dihantar ke Hospital Tuaran bagi menjalani bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.

Remaja maut motosikal rempuh kereta

KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Rawang menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta menyebabkan dia tercampak beberapa meter, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam yang berlaku di KM 24 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, mangsa Soo Beng Huat, 18, mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Gombak, Inspektor Abdul Raheem Eliyas mengesahkan kejadian.

3 cedera masjid kena bom

PATTANI : Seorang wanita dan dua budak lelaki cedera apabila dua lelaki melontar bom tangan ke dalam masjid di daerah Sai Buri, semalam.
Menurut polis, Aranya Tokayor, 43, Romsu Aming dan Amran Kwaeng, kedua-duanya berusia 9 tahun, cedera dalam letupan ketika jemaah menunaikan solat subuh.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di Hospital Putera Mahkota Sai Buri.
Penyiasat berkata, serangan dilakukan dua lelaki bermotosikal. - Agensi

Bicara kes koperal polis sebabkan kematian Aminulrasyid bermula 12 Oktober ini

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan selama 12 hari bermula 12 Oktober bagi mendengar perbicaraan kes koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian seorang remaja berumur 15 tahun dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini, dua bulan lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan 9, 10 dan 11 November untuk mendengar kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan beliau sudah menyerahkan sebanyak 38 dokumen termasuk laporan bedah siasat kepada pihak pembelaan.
Mohd Dusuki memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kelak.

Pada 10 Mei lalu, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian AminulRasyid Amzah di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Jenain, memakai kemeja ungu, berseluar jeans biru dan bertopi, hadir di mahkamah bersama peguamnya Salim Bashir, manakala Karpal Singh hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Turut hadir kakak mangsa, Nor Azura dan ibu mangsa, Norsiah Mohamad dan Monalisa Mokhtar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PBIG) sekolah mangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini. Sementara itu, Karpal Singh ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan menulis kepada pihak Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mengetahui perkembangan kes Azamuddin Omar, remaja yang berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian. "Kami khuatir tiada perkembangan tentang kes saksi utama kejadian ini (Azamuddin) walaupun beliau dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman. Saya akan tulis kepada Peguam Negara untuk mengetahui statusnya berikutan kes ini sudah lama," katanya.

Pada 20 Mei lalu, abang kepada Azamuddin, Muhamad Hafizzudin membuat laporan polis mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.-Bernama

Senawang dibanjiri pendatang asing

SEREMBAN: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di Bandar Baru Senawang, di sini, yang dikenali sebagai perkampungan warga asing mengundang rasa kurang selesa penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah gelagat mereka yang kurang sopan.
Terdapat empat taman perumahan dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin dan kebanyakannya terdiri daripada warga Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand.
Jumlah mereka kini semakin ramai selepas majikan dipercayai menambah jumlah pekerja untuk bekerja di sektor perkilangan sekitar kawasan itu.

Tinjauan Metroplus di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria pada setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar dalam kumpulan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa.

Seorang penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata berdasarkan pengamatannya mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah.

Katanya, kehadiran warga asing yang mendiami apartmen dan rumah teres di taman berkenaan sememangnya menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk.

“Rata-rata penduduk khuatir keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak sihat sering dikait dengan warga asing termasuk kes kecurian motosikal.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia di bawah pengawasan majikan masing-masing, namun penduduk sudah diminta berhati-hati dan mengawasi anak masing-masing terutama perempuan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kami berharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih rapi demi keselamatan penduduk kerana beberapa kejadian pecah rumah turut berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan ini yang dikaitkan dengan warga asing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima beberapa laporan daripada orang ramai mengenai gelagat kurang sopan warga asing termasuk mengganggu isteri orang atau gadis tempatan di khalayak ramai seperti di pasar raya tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain.

“Malah, ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk terutama remaja perempuan dan golongan isteri.

“Bukan memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk yang beragama Islam, sememangnya merimaskan,” katanya.

Mohd Fadil berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah kebanjiran warga asing demi kepentingan dan keselamatan penduduk.

Pekerja terjatuh dalam mesin kisar daging putus kaki

CALIFORNIA: Seorang pekerja kilang membungkus daging putus kedua-dua kakinya apabila terjatuh ke dalam mesin pengisar daging.
Pegawai Kesihatan dan Keselamatan melakukan siasatan sebaik kejadian ngeri itu berlaku di sebuah kilang membungkus daging di Vernon, California.
Mangsa yang tidak disebut namanya dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas kedua-dua kakinya sehingga atas paras lutut terputus.

Dia dipercayai terjatuh ke dalam mesin yang memnpunyai alat pemotong berputar yang digunakan untuk mengisar daging.

Pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil terpaksa menggunakan jentera pemotong untuk membelah mesin berkenaan dan menarik keluar lelaki terbabit.

Ketua pasukan bomba, Kapten Dave Moore memberitahu laman web knx1070.com, ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba, mangsa masih berada dalam mesin itu dalam keadaan sedar. - Agensi

Penyamun pecahkan cermin kereta isteri VIP

KUALA LUMPUR: Seorang isteri ahli politik hanya mampu tergamam apabila disamun dua lelaki ketika sedang memandu kereta bersendirian.
Dalam kejadian itu, penjenayah yang menunggang motosikal itu bertindak menumbuk cermin kereta dipandu mangsa hingga pecah sebelum melarikan beg tangan mangsa.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 46 tahun sedang memandu kereta melalui Jalan Pantai Baru, di sini, sebelum berhenti berhampiran lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tee, berkata, ketika kejadian dia sedang memandu kereta melalui jalan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Universiti Malaya.

Menurutnya, dia yang melihat lampu merah kemudian segera memperlahankan kereta sebelum sempat melihat dua lelaki bermotosikal mendekati sisi kenderaannya. “Ketika itu salah seorang penjenayah menumbuk cermin kiri sebelah penumpang kereta menyebabkan kaca bertaburan dan mengenai muka saya.

“Pada masa sama, salah seorang penjenayah bertindak memasukkan tangan ke dalam kenderaan sebelum menarik beg tangan yang ketika itu diletakkan di celah kaki saya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekelip mata dan dia tidak sempat berbuat apa-apa.

“Penjenayah kemudian memecut melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa sempat saya mengingati nombor pendaftaran motosikal terbabit,” katanya.

Pekerja kaunter rebut penumpang dengan ulat

KUALA LUMPUR: Ingin merebut penumpang menyebabkan segelintir pekerja kaunter tiket keluar untuk menjual tiket atau meraih penumpang sedangkan pengusaha bas sudah berjanji untuk tidak berbuat demikian ketika perbincangan diadakan sebelum mereka berpindah ke Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di sini bulan lalu.
Pengarah Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Abdul Rahman Daud berkata ketika keputusan memindahkan sementara terminal bas dari Puduraya ke Bukit Jalil, pengusaha bas ekspres sudah berjanji akan menempatkan dua pekerja saja di kaunter tiket.
Malah, mereka juga bersetuju pekerja tidak keluar dari kaunter dan memakai pakaian seragam syarikat untuk senang dikenal pasti.

“Dalam mesyuarat dengan pengusaha bas sebelum ini, mereka sudah menyatakan persetujuan terhadap perkara berkenaan dan mereka tidak boleh menyalahkan kami jika tindakan turut dikenakan terhadap pekerja kaunter yang menjual tiket luar dari kawasan yang dibenarkan.

“Lagipun tindakan mereka meraih tiket itu hanya mengganggu orang ramai, biarlah penumpang membuat pilihan mereka sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai terdapat pekerja kaunter yang terbabit sama dalam insiden menyerang penguat kuasa JPJ, Jumaat lalu.

Berhubung kejadian lima penguat kuasanya diserang lebih 100 ulat tiket, jabatannya akan terus memerangi kumpulan itu kerana mereka bertindak mencabar pihak berkuasa.

“Semua orang kena hormat undang-undang yang ada dan pihak kami menjalankan tugas demi untuk kepentingan rakyat dan memudahkan mereka menggunakan pengangkutan awam tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Menurutnya, JPJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi memantau kumpulan ulat tiket ini secara berterusan.

Katanya, selepas dua operasi besar-besaran yang dilakukan Sabtu dan Ahad lalu, sebilangan besar ulat tiket sudah berjaya diberkas termasuk mereka yang terbabit dalam insiden menyerang anggota JPJ.

“Sekarang kalau kita lihat keadaan di terminal sudah agak lancar tanpa gangguan ulat tiket dan orang ramai pun lebih selesa menggunakan perkhidmatan bas.

“Pengangkutan awam adalah salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan antara tumpuan utama menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam. Kami akan pastikan matlamat ini dicapai tanpa sebarang gangguan terutamanya ulat tiket,” katanya.

Ulat ganas warga asing

KUALA LUMPUR: ‘Ulat tiket’ di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil yang bersikap kurang ajar dan agresif terhadap anggota penguat kuasa turut didalangi warga asing yang menyalahgunakan permit kerja.
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berdasarkan jumlah tangkapan yang menunjukkan peningkatan di kalangan warga asing yang bekerja sebagai ulat.
“Hasil pemeriksaan menunjukkan mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah, namun permit mereka sebenarnya untuk pekerjaan lain. Kes sebegini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, meskipun berdepan ancaman samseng yang semakin berani mencederakan anggota penguat kuasa, JPJ tetap komited untuk menghapuskan kegiatan ulat tiket secara menyeluruh.

“Mereka mengganas dan terdesak akibat kesungguhan pihak berkuasa yang semakin aktif membanteras kegiatan ulat tiket. Ketika terminal bas masih di Puduraya, mereka mempunyai banyak ruang untuk meloloskan diri setiap kali operasi dijalankan, namun di Bukit Jalil, kawasan terminal bas berkenaan luas dan tidak banyak ruang untuk mereka bersembunyi. Bila sudah terdesak, mereka terpaksa tunjuk samseng,” katanya.

Menurutnya lagi, selepas kejadian lima anggota JPJ dikepung ulat tiket samseng, minggu lalu, beliau menambah bilangan anggota berpakaian seragam dan juga penguat kuasa yang menjalankan aktiviti penyamaran untuk tujuan keselamatan.

“Selain itu, kita juga mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak polis dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), manakala operasi penyamaran di terminal bas Hentian Duta, Hentian Putra dan Bukit Jalil tetap berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di terminal Bukit Jalil mendapati ulat tiket semakin berkurangan berikutan kehadiran anggota penguat kuasa yang menjalankan rondaan dan pemantauan secara berterusan.

Menurut sumber, aktiviti haram mereka kini beralih ke terminal bas Hentian Duta disebabkan peningkatan jumlah anggota penguat kuasa di Bukit Jalil.

9 tuduhan rogol, cabul

DIDAKWA...Chin diiringi polis ketika keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding, semalam.
DIDAKWA...Chin diiringi polis ketika keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding, semalam.

AMPANG: Seorang pemandu teksi dihadapkan ke mahkamah berasingan di sini, semalam atas sembilan pertuduhan merogol, cubaan merogol dan mencabul lima remaja perempuan bawah umur yang masing-masing berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Chin Hock Nam, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Chin yang dibawa ke mahkamah dengan berkemeja coklat menghadapi satu pertuduhan cubaan merogol dan dua tuduhan merogol di Mahkamah Sesyen manakala enam pertuduhan cabul di Mahkamah Majistret.

Bagi pertuduhan merogol dan cubaan merogol remaja bawah umur, pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi dan Hakim Roszianayati Ahmad di dua Mahkamah Sesyen berasingan.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa cuba merogol seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun di dalam sebuah bilik di No 28/2R, Jalan Maju 1/14, Taman Lembah Maju, Selangor pada jam 1.30 tengah hari pada Ogos 2009.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun serta sebat dan mengikut Seksyen 511 kanun sama (Akta 574) yang membawa hukuman penjara dan denda.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga di tempat sama dia didakwa merogol dua lagi remaja berusia 15 tahun pada jam 1 tengah hari, masing-masing pada 24 dan 27 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Asisten Superintendan A Vassu.

Bagi kesalahan mencabul remaja bawah umur Chin didakwa di dua mahkamah majistret berasingan.

Dia didakwa atas dua pertuduhan di tempat sama menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk, memegang, meraba dan mencium buah dada dan kemaluan dua remaja perempuan dengan niat mencabul kehormatannya.
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada jam 3 petang pada pertengahan Februari dan Ogos 2009.

Majistret Aida Mastura Mohamed Amin kemudian menetapkan 12 Julai ini sebagai tarikh sebutan.

Chin turut didakwa atas empat pertuduhan mencabul seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun di hadapan Majistret W Karimah A Md Ab Ghani.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meraba dada serta menghisap buah dada dengan niat mencabul kehormatan pada jam 12 tengahari, Mac dan April 2009.

Manakala bagi pertuduhan ketiga dia didakwa meraba, menghisap buah dada dan menjilat kemaluan mangsa pada jam 1 tengah hari pada Mei 2009 dan bagi pertuduhan keempat dia didakwa memegang dan meraba dada mangsa antara jam 3 petang hingga 4 petang di antara Oktober dan November 2008.

Bagi kesalahan mencabul dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman 10 tahun penjara atau denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan dilakukan di tempat sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radhi.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Julai ini bagi tarikh sebutan.
Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang tawaran jaminan dengan alasan kepentingan awam dan keselamatan tertuduh.

“Pihak pendakwaan ada menerima banyak ugutan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh melalui facebook, sekiranya dia dilepaskan pasti dia berada dalam bahaya,” kata Vassu.
Terdahulu Chin memohon mahkamah menyediakan jurubahasa bagi prosiding sebutan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan perbuatan keji seorang pemandu teksi berusia 54 tahun yang gemar menjadikan mangsa rogol dan cabul di kalangan remaja belasan tahun.

Bot bawa pendatang asing karam di Port Dickson

PORT DICKSON: Sebuah bot yang membawa 22 pendatang tanpa izin dipercayai dari Indonesia karam dipukul ribut kira-kira 2 batu nautika dari Port Dickson pada jam 3 pagi tadi menyebabkan seorang mati lemas dan 14 lagi masih hilang.

PGA serbu stor simpan diesel bersubsidi di Pandamaran

KLANG: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui satu pusat menyimpan diesel subsidi sebelum bahan itu diagihkan kepada pemborong atau diseludup ke luar negara malam tadi.
Pegawai Pemerintah Batalion Kelima PGA, Superintendan Md Rusli Mat Junus berkata dalam serbuan pada 9.30 itu di belakang sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Kem, Pandamaran, sebuah lori tangki didapati sedang melakukan pemindahan minyak diesel dari stor itu.
"Polis menahan dua orang pekerja stor itu dan pemandu lori berkenaan yang kesemuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 30an, katanya kepada pemberita di Balai Polis Pandamaran di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka gagal menunjukkan surat atau dokumen mengenai pemilikan atau kebenaran menyimpan minyak diesel bersubsidi itu.

Turut dirampas ialah lori tangki berkenaan dengan muatan 13,000 liter diesel, hos memindahkan minyak diesel itu dan sebuah pam untuk menyedut bahan bakar berkenaan.

"Siasatan awal mendapati minyak diesel itu diperoleh daripada pemandu-pemandu lori tangki minyak diesel yang singgah di stor itu selepas melakukan penghantaran ke stesen-stesen minyak," kata Md Rusli.-Bernama

Pemandu treler didakwa cuai hingga sebabkan kematian lima sekeluara

PEKAN: Seorang pemandu treler hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian lima sekeluarga dalam nahas kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Loh Fook Chin, 41, didakwa memandu cuai sehingga menyebabkan lima sekeluarga maut dalam nahas membabitkan treler dan sebuah MPV di KM 88 Jalan Kuantan-Segamat pada 17 Jun lepas pada jam 8 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Majistret Emma Shahriana Ali kemudian menetapkan 2 Ogos untuk tarikh perbicaraan dengan tertuduh perlu diikat jamin sebanyak RM6,000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Heng Yin Loo.

Mengikut laporan akhbar, lima sekeluarga terbunuh dan tiga lagi cedera parah apabila MPV yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler.

Mereka yang meninggal dunia ialah Roland Wee Seng Hock, 56, anak lelakinya, Joash Wee, 23, serta dua anak perempuannya, Jasinth Wee, 18 dan Jelyn Wee, 16, dan ibu mentuanya, Lim Kim Boon, 79.

Dalam kejadian itu, kenderaan Naza Ria yang dipandu Roland, seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah menengah di Muar, dipercayai sedang menuju ke Melaka, untuk menyambung cuti persekolahan selepas menghabiskan tiga hari menziarah rakan keluarga itu di Kuantan.-Bernama

Kes fasakh Aida Radzwil 22 Julai ini

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan kes fasakh yang difailkan dramatis Aida Radzwil terhadap suaminya, Joe Radzwil selepas penyanyi itu memfailkan pembelaan dan tuntutan perintah kembali taat kepadanya.

Kematian pelajar perempuan kerana keguguran


22/06/2010 6:14pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan hari ini mengesahkan kematian seorang pelajar perempuan di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan di sini semalam adalah kerana keguguran.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, berdasarkan laporan bedah siasat, polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, dan kes itu kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Bagaimanapun punca sebenar kematian seperti dakwaan kononnya mangsa menelan terlalu banyak pil atau sebagainya itu tidak dapat disahkan kerana siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang pil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (I) itu ditemui mati di sebuah bilik penginapan, dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran. - Bernama

2 kapal pindah minyak secara haram ditahan


22/06/2010 6:18pm

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan dua kapal tangki asing yang disyaki melakukan pemindahan sebanyak 100,000 liter minyak secara haram di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.
APMM juga menahan 14 krew kapal terdiri daripada sembilan warga Indonesia dan lima warga Thailand di atas kapal MT Vanda, yang berdaftar di San Lorenzo, Honduras dan MT Mimosa di La Paz, Bolivia.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Abdul Hadib Abd. Wahab berkata, anggota APMM dalam kapal KM Tegas mengesan dua kapal dalam keadaan mencurigakan itu berhimpit antara satu sama lain, pada kedudukan 2.3 batu nautika Tanjung Stapa, kira-kira pukul 9.25 pagi.
"Pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran atau permit dari Ketua Pengarah Jabatan Laut untuk melaksanakan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Diberkas: Subahat dengan konsultan palsu SPRM


22/06/2010 7:09pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berumur 31 tahun diberkas di Raub, Pahang, semalam kerana dipercayai bersubahat dengan seorang konsultan palsu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dia disyaki bersubahat dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang Datuk daripada SPRM untuk meminta RM10,000 daripada seorang anggota polis kononnya untuk menutup kes anggota polis itu yang disiasat oleh SPRM, kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu kes lain, seorang buruh warga Vietnam diberkas oleh SPRM di Padang Besar, Perlis, semalam kerana cuba menyogok seorang anggota polis.
Buruh berusia 24 tahun itu diberkas kerana cuba memberikan rasuah kepada anggota polis supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak memiliki pasport, kata kenyataan itu. – Bernama

Mayat lelaki bertatu burung helang ditemui


22/06/2010 7:11pm

PASIR PUTEH – Polis hari ini menemui mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di dalam sebuah parit di Kampung Pak Makyong di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd. Kamal Zainal berkata, lelaki itu yang memakai baju-T lengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam mempunyai tatu burung helang pada tangan kanannya.
"Pihak polis dihubungi berkenaan penemuan mayat itu oleh orang ramai pada pukul 10.30 pagi. Pemeriksaan awal mendapati tidak ada kecederaan pada badannya,” kata Mohd. Kamal ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah awak-awak warga asing yang bekerja dengan nelayan tempatan di Tok Bali.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. – Bernama

Dua lelaki disyaki bakar wanita ditahan


22/06/2010 8:07pm

SIBU – Polis hari ini menahan dua lelaki yang disyaki membakar seorang wanita berhampiran pusat beli-belah Delta Mall di Jalan Pedada di sini pada 12 Jun lalu.
Mereka yang berumur 38 dan 24 tahun ditahan di dua tempat berasingan awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 32 dikatakan telah disimbah dengan minyak petrol sebelum dibakar.
Dia yang bekerja di sebuah restoran makanan segera cedera parah pada badannya dan dimasukkan ke Hospital Sibu sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu.
Sumber polis memberitahu, pada mulanya, seorang suspek berumur 38 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Bahagia Jaya.
Berikutan penahanannya, suspek kedua yang berumur 24 tahun ditahan pula di rumahnya di Kampung Nangka.
Kedua-keduanya ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan. – Bernama

Pak Long dituduh cabul janda anak satu


KUANTAN: Seorang bomoh dikenali sebagai Pak Long yang didakwa mengambil kesempatan mencabul seorang janda anak satu ketika berubat dengannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tertuduh, Jamil Arshad, 54, dari Felda Bukit Sagu, di sini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Iriane Isabelo.
Mengikut kertas pertuduhan, Jamil didapati mencabul janda berusia 21 tahun itu di rumah mangsa di Felda Sungai Panching Utara, di sini, antara jam 7 hingga 8 malam, 16 Jun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan kes. Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.
Harian Metro pada 19 Jun lalu melaporkan seorang nenek mendapatkan khidmat bomoh terbabit selepas mendapati cucu perempuannya kerap jatuh sakit akibat terlalu merindui bekas suaminya selepas mereka bercerai.
Keadaan mangsa yang lemah menyebabkan neneknya percaya dia terkena buatan orang sebelum berusaha mendapatkan bantuan seorang bomoh tradisional yang terkenal dengan panggilan Pak Long di kalangan penduduk setempat untuk berubat.
Tertuduh kemudian memaklumkan janda berkenaan terkena buatan orang dan perlu diubati segera sebelum mengarahkan mangsa masuk ke bilik mandi untuk menjalani upacara mandi bunga.
Ketika memandikan mangsa yang hanya berkemban, tertuduh didakwa meraba bahagian sulit wanita berkenaan dengan alasan ia cara perubatannya bagi membuang segala benda buruk yang ada pada tubuhnya.
Sumber : Harian Metro

Gadis diajak keluar dinodai 8 lelaki


15/7
KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja perempuan keluar rumah melalui pintu sulit iaitu tingkap bilik tidurnya akhirnya menghancurkan masa depannya sendiri apabila dia dirogol lapan lelaki dalam tiga kejadian berasingan antara 9 hingga 18 Jun lalu.
Apa yang menyedihkan, semua lelaki itu hanya dikenali melalui telefon sebelum mereka mengajak gadis terbabit menyelinap melalui tingkap bilik pada waktu malam tanpa disedari semua ahli keluarganya yang menetap di sebuah kampung di Ajil.
Selepas dibawa keluar, mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir hinggakan ada antaranya membabitkan sekumpulan tiga hingga empat lelaki dalam satu-satu masa menyebabkan mangsa yang tidak tahan akibat diperlakukan demikian membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut dan memberitahu siasatan mengenai kes berkenaan masih dijalankan.
Kami menerima satu laporan di Balai Polis Wakaf Tapai oleh seorang remaja berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol dan setakat ini kami dapati dia dirogol lapan individu menyebabkan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan, katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa dibawa seorang lelaki pada 9 Jun lalu selepas dia menyusup keluar melalui tingkap biliknya kira-kira 10.30 malam dan ketika itu, dia dirogol lelaki berkenaan sebelum dua lagi rakan lelaki terbabit turut berbuat demikian.
Sumber : Harian Metro

Terlepas tembakan dalam pesawat Nuri, tiada kecederaan


22/06/2010 8:42pm

KUALA LUMPUR 22 Jun – Satu kejadian tembakan secara tidak sengaja berlaku di dalam pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika satu latihan penerbangan di sekitar Pulau Labuan pada 10 Jun lepas.
Bagaimanapun tiada anggota yang cedera dan pesawat tersebut selamat kembali ke pangkalan di pulau itu.
Pegawai Perhubungan TUDM, Mej. Kamarulzaman Ali berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi apabila satu das tembakan terlepas dari sepucuk senjata api M16 yang dipercayai terjatuh ketika pesawat itu dipukul angin kencang.
"Ketika kejadian, tujuh anggota penyelamat tempur termasuk seorang juruterbang berada di dalam helikopter berkenaan dan sedang menjalani latihan gerakan menyelamat taktikal.
"Dipercayai ketika kejadian, angin kuat dan senjata tersebut terjatuh menyebabkan peluru menembusi lantai Nuri tersebut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebuah lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian. – Bernama

Tragedi Cinta Berahi



ANGGOTA polis mengusung mayat pelajar yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).
Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.
Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.

Bot pancung terbalik, satu lemas, 14 hilang



22/06/2010 1:13pm

TELUK KEMANG - Seorang dikhuatiri lemas manakala 14 lagi dilaporkan hilang apabila bot pancung yang mereka naiki dipercayai terbalik di sini pagi ini.
Manakala tujuh penumpang bot berkenaan dilaporkan selamat dan telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk diberi rawatan lanjut. - Utusan

Cut Tari mengaku kepada polis


15/7

CUT TARI
JAKARTA – Selebriti Indonesia, Cut Tari mengaku bahawa wanita dalam satu klip video lucah yang tersebar di Internet kelihatan mirip seperti dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang pernah menjadi pengacara televisyen membuat pengakuan itu kepada polis.
“Dia (Cut Tari) menyatakan memang (perempuan dalam video) miripnya,” kata seorang pegawai polis, Marwoto yang memetik kenyataan Cut Tari kepada wartawan.
Namun katanya, Cut Tari menyatakan walaupun wanita tersebut mirip dirinya, ia belum membuktikan bahawa dia terlibat dalam video tersebut.
Menurutnya, polis memerlukan sedikit masa lagi untuk menyiasat identiti pasangan dalam klip video yang menggemparkan rakyat Indonesia itu.
Cut Tari menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini selepas satu klip video menunjukkan terdapat seorang wanita mirip dirinya sedang melakukan hubungan seks dengan vokalis band Peterpan, Ariel.
Selain klip video mirip Cut Tari itu, polis Indonesia turut menyiasat satu lagi klip video yang menampilkan pasangan mirip aktres Luna Maya dan Ariel.
Mengulas mengenai kes tersebut, polis memberitahu, penyanyi berkenaan dan kekasihnya itu akan dipanggil untuk menjalani ujian suara bagi mengesahkan sama ada mereka merupakan pasangan dalam klip lucah berkenaan.
Cut Tari adalah bekas kekasih Ariel manakala Luna Maya merupakan kekasihnya sekarang. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Gerak hati ibu selamatkan dua anak daripada terbakar


ANGGOTA bomba memeriksa rumah Wan Zainab (gambar kecil) yang terbakar di Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam.

NIBONG TEBAL Seandainya Wan Zainab Wan Pa, 35, tidak menghantar dua anaknya ke gerai suaminya pagi semalam, nasib dua anaknya itu tidak dapat digambarkan apabila rumah yang didiaminya hangus dalam kebakaran kira-kira pukul 7 pagi.
Biasanya pada pukul 7 pagi kedua-dua anak saya sedang tidur dan saya akan tinggalkan mereka untuk menghantar tiga anak lain ke sekolah.
Entah kenapa, gerak hati saya agak lain semalam, lalu saya kejutkan mereka dan hantar mereka ke gerai suami. Syukurlah, kami sekeluarga selamat walaupun semua barangan kami musnah, katanya ketika di temui di sini semalam.
Dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tok Keramat, Sungai Acheh, di sini pagi semalam, Wan Zainab bersama suaminya, Mohd. Fuad Ibrahim, 56, berserta lima anaknya selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
kredit : kosmo.com.my