Search This Blog

Thursday, June 10, 2010

Tiga pam minyak disita KPDNKK

TUMPAT: Akibat bersekongkol dengan penyeludup, pemilik sebuah stesen menerima padah apabila tiga pam minyak di stesennya di Wakaf Bharu, di sini, disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.
Berikutan itu, KPDNKK merampas lebih 13,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM23,400 daripada stesen minyak berkenaan.
Difahamkan, tindakan itu dikenakan terhadap pemilik stesen selepas operasi bersepadu yang dilakukan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 4 pagi semalam, menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berasal dari Kampung Simpangan, Tumpat yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan bahan bakar itu.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 9, PGA, Deputi Superintendan Mohamad Latip berkata, ketika serbuan lelaki terbabit sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang ditempatkan di bahagian tempat duduk belakang.

Beliau berkata, menyedari kehadiran pasukannya, lelaki terbabit cuba melarikan diri, tetapi sempat ditahan untuk pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di dalam kereta terbabit, kami mendapati ada dua tangki besar di bahagian tempat duduk belakang dan satu tangki sedang diisi dengan diesel.

“Kami membuat semakan dan mendapati lelaki terbabit sudah mengisi hampir 283 liter dengan nilai hampir RM500,” katanya.

Mohamad berkata, berikutan rampasan itu, pihaknya dengan kerjasama KPDNKK bertindak menyita tiga pam diesel selain merampas semua diesel yang berada di dalam tangki besar untuk tindakan lanjut.

Tukang masak ‘jadi tebusan’

BENTONG: Tiga penyamun bersenjatakan sepucuk pistol dan parang menunjukkan sikap tamak apabila bukan saja melarikan pelbagai barang berharga serta wang tunai, malah merampas kereta mewah Toyota Alphard milik mangsa, di Taman Meranti, dekat sini, pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kereta milik mangsa yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000 ditemui semula di Kawasan Perindustrian Benus, dekat sini.
Sebelum kejadian, tiga penyamun terbabit yang menaiki Honda Accord berhenti di depan rumah mangsa selepas mengekori tukang masak mangsa yang tiba di rumah berkenaan.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata tiga penyamun itu kemudian keluar dari kereta dan mengekori tukang masak berkenaan sebelum mengarahkan wanita berusia 40 tahun itu membuka pintu.

Menurutnya, sebaik pintu dibuka, tiga penyamun itu masuk ke dalam rumah.

Katanya, kejadian terbabit hanya disedari majikan mangsa yang berada di tingkat atas selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu sebelum turun membuat pemeriksaan.

Rosli berkata, ketika turun, seorang daripada tiga penyamun itu yang naik ke tingkat atas terserempak dengan majikan mangsa dan terus mengacukan parang.

“Majikan mangsa bersama suaminya dikurung dalam sebuah bilik manakala tukang masak itu bersama empat anak kepada pasangan suami isteri terbabit diselubung dengan selimut.

“Tiga penyamun terbabit menggeledah rumah itu dan merampas wang tunai RM1,500, komputer riba, kamera digital, lima telefon bimbit dan tiga jam tangan berjenama yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM25,000,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan turut mendapati, sebelum melarikan diri tiga penyamun terbabit turut melarikan kereta Toyota Alphard milik mangsa sebelum kenderaan mewah itu ditemui di Perindustrian Benus menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, susulan laporan yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, polis sudah menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu tiga penjenayah terbabit.

18 kes baru disah positif H1N1

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kes baru disahkan positif influenza A (H1N1) dan tiada kematian dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata, lapan kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah individu yang mempunyai faktor risiko, katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mohd Ismail berkata, memandangkan jangkitan H1N1 masih aktif, orang awam perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah kawalan dan pencegahan.

Orang ramai ingin mendapatkan maklumat berkaitan virus H1N1 serta langkah pencegahan melayari http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.- Bernama

Rogol gadis dalam keadaan tangan bergari

AMPANG: Nafsu pelik seorang lelaki dikatakan mendorong dia menyamar sebagai polis sehingga bertindak luar biasa merogol remaja yang ketika itu dalam keadaan tangannya bergari.
Pengalaman pahit dan hitam itu ditempuh remaja berusia 14 tahun terbabit selepas dia terpedaya taktik lelaki itu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya bersama saudara di Sentul, Rabu lalu.
Difahamkan, mangsa bersama saudaranya berjalan di kawasan Sentul sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menunggang motosikal. Menurut sumber polis, sejurus menghampiri mereka, lelaki berkenaan mendakwa dia polis dan meminta mangsa mengeluarkan kad pengenalan untuk diperiksa. Lelaki berkenaan menarik tangan mangsa dan menggari sebelum kononnya membawa ke balai polis.

Bekas pensyarah jadi ‘Doktor Goyang’

KAJANG: Seorang bekas pensyarah sebuah kolej swasta layak digelar ‘Doktor Goyang’ apabila menjadikan kediamannya sebagai makmal memproses ubat batuk bagi pasaran sekitar Bandar Baru Bangi.
Aktiviti suspek berusia 34 tahun itu terbongkar apabila polis mendapat maklumat awam dan melakukan serbuan ke atas rumah disyaki di Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, suspek yang sudah berkeluarga dipercayai membeli ubat batuk di sebuah farmasi sekitar Kajang dan mencampur bahan itu dengan sejenis pil dinamakan ‘pseudoephiderine’. “Hasil pemeriksaan, polis merampas 6,800 pil pseudoephiderine, 906 gram cecair kodein, 11,500 mililiter cecair promethazine dan beberapa peralatan memproses ubat batuk bernilai RM5,000,” katanya, semalam. Shakaruddin berkata, hasil ujian mendapati suspek positif methaphetamine dan opiate dan ditahan reman 14 hari bermula dari tarikh tangkapan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. Katanya, suspek yang juga bekas tenaga pengajar bagi subjek kimpalan logam dipercayai aktif dalam kegiatan haram itu, sejak dua bulan lalu. “Hasil siasatan mendapati suspek menjual bahan larangan itu RM20 sebungkus. Polis percaya kawasan pengedaran ubat batuk ciptaannya itu merangkumi lokasi Bandar Baru Bangi dan sekitarnya,” katanya.

Tujuh CCTV awasi penguat kuasa

KUALA LUMPUR: Kebolehan licik sindiket cakera padat digital (DVD) cetak rompak menghidu kehadiran pegawai penguat kuasa terbongkar selepas pihak berkuasa menemui tujuh kamera litar tersembunyi (CCTV) yang dipasang sekitar markas mereka di Danau Desa.
Taktik itu terbongkar apabila lapan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu markas itu sehingga memaksa ahli sindiket melarikan diri, kira-kira jam 5.30 petang semalam. Ketua Penguat kuasa PPDNKK, Othman Nawang, berkata lampu dan penghawa dingin dalam premis masih terbuka seolah-olah sengaja ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa ketika serbuan. Menurutnya, banyak CCTV di pasang dalam dan di luar premis selain ada yang diarahkan ke kawasan jalan. “Siasatan kemudian mendapati bahagian hadapan premis diletakkan puluhan album dengan kulit judul pelbagai filem barat dan tempatan. Namun, penemuan kulit judul filem tanpa kepingan DVD di dalamnya bagaikan petunjuk terdapat stor rahsia di dalam premis terbabit,” katanya. Menurutnya, pegawai KPDNKK yang melakukan pemeriksaan di bahagian belakang premis terbabit, bagaimanapun hanya menemui tandas dan pintu belakang kedai.
“Bagaimanapun, selepas dinding kayu berhampiran tandas diketuk, pegawai KPDNKK mula mengesyaki sesuatu tidak kena dan percaya terdapat ruangan kosong di dalamnya,” katanya.

RMK-10 : Merendahkan umur bagi permulaan persekolahan

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ditetapkan lebih ramai kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah iaitu lima tahun selaras dengan amalan di negara maju.
Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.
Sehubungan itu kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.

Pendidikan prasekolah turut dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015, berbanding sekitar 67 peratus pada masa ini.

Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan.

Dalam tempoh 2010-2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk program ini.

Sementara itu, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal.

Tumpuan Permata adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,5000.

Banjir di Pendang semakin buruk

PENDANG: Banjir di daerah Pendang semakin buruk apabila bilangan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Kompleks Rakan Sukan di sini meningkat kepada 51 orang sehingga 11 pagi ini.
Mereka yang dipindahkan itu adalah daripada 12 keluarga semua dari Kampung Pondok Ampar, Kampung Bonggol Kambing, Kampung Suka Mari, Kampung Bonggol Besi dan Kampung Pondok Haji Hussein, kata Penghulu Mukim Guar Kepayang, Pendang, Mat Isa Mohd Arif.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan tikar, selimut, kain dan makanan manakala Yayasan Sultanah Bahiyah menyumbang tilam dan bantal khas untuk warga emas," katanya semasa ditemui di Kompleks Rakan Sukan.

Mat Isa berkata, lebih ramai mangsa dijangka dipindahkan kerana hujan lebat turun sejak awal pagi tadi. Tinjauan Bernama di Sungai Pendang mendapati paras air berada pada 2.9 meter, melebihi paras amaran iaitu 2.7 meter tetapi di bawah paras bahaya pada 3.30 meter.-Bernama

Satu keluarga di Gurun dihalau dari rumah sewa

GURUN: Hanya kerana tidak mampu menjelaskan bayaran pendahuluan elektrik sebanyak RM40, sepasang suami isteri yang mempunyai sembilan orang anak dihalau dari rumah sewa mereka di Kampung Bukit Kuang, Padang Lembu, dekat sini.
Namun Shahrul Abdul Rahman, 37, dan keluarganya kembali ceria apabila Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menghulur bantuan kepada mereka hari ini.
Pengerusi GPMS cawangan Kedah, Zuraidi Rahim berkata pihaknya akan turut membantu perbelanjaan empat anak Shahrul yang belajar di darjah dua hingga enam serta akan turut memindahkan keluarga tersebut ke Sungai Petani.

"GPMS akan mendapatkan tempat tinggal untuk mereka di Sungai Petani kerana isteri Shahrul, Marwati Mohd Nazar, 35, bekerja di kilang di Sungai Petani," katanya ketika melawat keluarga itu di kampung berkenaan.

Shahrul berkata, beliau tidak mempunyai wang untuk menjelaskan wang cagaran bayaran elektrik yang mungkin menyebabkan pemilik rumah menghalau mereka tiga minggu lalu.

"Pada malam itu kami menumpang tidur di kaki lima sebuah bengkel kosong di kampung ini. Esoknya kami didatangi pemilik bengkel dan membenarkan kami tinggal di bengkel hingga hari ini," katanya.

Menurutnya, mereka baru sebulan menyewa rumah di kampung itu dengan kadar RM100 sebulan sejak berpindah dari Kuala Lipis, Pahang pada April lalu.

"Saya melakukan kerja sambilan dan memperolehi kira-kira RM200 sebulan," kata Shahrul.

Marwati memperolehi kira-kira RM500 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulur wang kepada keluarga tersebut boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Shahrul bernombor 156114191576.-Bernama

Pasangan kembar terbunuh dalam kemalangan di Kangar

KANGAR: Sepasang saudara kembar terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah motosikal dan kereta, di persimpangan kilometer 2.7 Jalan Raja Syed Alwi, di sini semalam.
Aishah Kamis dan kakak kembarnya, Fatimah, masing-masing berumur 22 tahun, terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian pukul 6.30 petang.
Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Superintendan Rosli Yahaya berkata, Aishah yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala, Fatimah yang membonceng dan sedang mengandung dua bulan, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), jam 9.45 malam semalam.

Katanya, pasangan kembar itu dalam perjalanan dari Kangar untuk pulang ke rumah di Kampung Tok Kaya dekat sini apabila tiba-tiba sebuah kereta yang hilang kawalan gagal berhenti di persimpangan lalu melanggar mereka, mengakibatkan kedua-duanya tercampak dari motosikal.

Kereta itu yang dipandu seorang warga tua berusia 67 tahun turut tercampak ke dalam sawah berhampiran namun pemandu kereta dan isterinya hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HTF.

Katanya, pasangan kembar itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah selesai membeli barangan untuk dijadikan hantaran perkahwinan ibu saudara mereka.

Sementara itu, ibu mangsa, Nirat Shafie, 69, berkata Aishah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di HTF dan Fatimah bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sini merupakan anak keenam dan ketujuh daripada tujuh beradik.-Bernama

Wang judi RM1 bilion



Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/06/10
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti empat sindiket perjudian Internet bola sepak tanpa lesen didalangi individu bergelar ‘Datuk’ membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion bagi perlawanan Piala Dunia yang berlangsung esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya kini menubuhkan satu pasukan khas dalam operasi dikenali ‘Ops Sogar’ bagi menggempur sindiket terbabit yang turut didalangi beberapa pakar teknologi maklumat (IT).

“Kami percaya sindiket ini beroperasi di seluruh negara membabitkan wang pertaruhan mencecah RM1 bilion dan bergiat di kalangan orang tempatan. Namun kami sedang menyiasat sama ada mereka mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak.

“Bagi menjaga kepentingan awam, kami mengarahkan semua pegawai di semua kontinjen menggempur mana-mana sindiket yang menganjurkan pertaruhan.

“Buat masa ini kami sudah mengesan empat sindiket terbesar yang turut didalangi mereka bergelar Datuk,“ katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Mohd Bakri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan turut didalangi ‘along’ yang menawarkan pinjaman haram sepanjang pertaruhan itu dilakukan.
“Kami percaya, selain melakukan pertaruhan di kafe perjudian siber, mereka turut mempunyai lokasi tertentu sebagai markas operasi dan unit pemantauan kami akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

“Saya memberi amaran kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan. Selain mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram juga turut dikenakan bagi menyita semua harta mereka jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, di lobi Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berkata kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan serius terhadap sindiket perjudian dan orang perseorangan yang didapati bersalah mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289), Akta Pertaruhan 1953, Akta Jenayah Komputer 1977 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Hukuman yang boleh diambil mengikut akta yang dinyatakan termasuk hukuman maksimum lima tahun dan denda maksimum RM200,000 terhadap penjudi dan penganjur mesin perjudian,” katanya.

Lee berkata, terdapat dua bentuk perjudian menerusi talian iaitu ‘online casino’ dan ‘online sports betting’ yang berpusat di luar negara tetapi mempunyai ejen dalam negara yang beroperasi tanpa lesen.

Selain tindakan berkenaan, pihak yang ditangkap atas kesalahan sama boleh dikenakan tindakan sekatan atau tahanan mengikut undang-undang pencegahan iaitu Akta Kediaman Terhad 1933, Ordinan Darurat 1959 dan Akta Pengubah Wang Haram (pembiayaan keganasan) 2007.

Lee berkata, bagi pencegahan di peringkat antarabangsa, PDRM turut menjalinkan kerjasama dengan Interpol dalam membanteras aktiviti itu yang membabitkan negara Asean.

“Kementerian berusaha memelihara hak asasi masyarakat dan pada masa sama membantu mengekalkan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Orang awam juga dialu-alukan untuk memberi maklumat sindiket perjudian dengan menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 dan Bilik Kawalan MCC Bukit Aman di talian 03-22663333/3444,” katanya.

Cekik bayi hingga mati

KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum  ditanam secara sembunyi.
KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

Remaja ditiduri dua lelaki

BEIJING: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dihadap ke mahkamah kerana melakukan hubungan seks dengan dua lelaki, semalam.
Sebelum itu, bapa remaja itu membuat laporan polis dan menuntut anaknya dibebaskan dengan alasan anaknya khayal diberi dadah, dirogol dan dipaksa menyertai rakaman video seks itu.
Klip video lapan minit itu muncul di Internet awal tahun ini dan menunjukkan remaja dikenali hanya sebagai Li berbual dan ketawa bersama pasangannya yang berbogel. Saudara remaja itu menegaskan beliau tidak sepatutnya dihukum kerana bapanya yang membuat laporan polis Mac lalu.

“Li adalah mangsa dalam kes ini,” kata saudaranya. - AFP

Empat remaja menangis bebas tuduhan bunuh

SHAH ALAM: Empat remaja yang terbabit pergaduhan sehingga membawa kepada kematian seorang remaja lelaki, dekat Kajang, empat tahun lalu, terlepas tali gantung selepas dibebas dan dilepaskan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin gagal membuktikan semua tertuduh bersalah atas pertuduhan membunuh remaja itu. Selepas keputusan dibacakan, semua tertuduh yang kini berusia awal 20-an menangis kegembiraan dan meluru ke ahli keluarga mereka yang memenuhi galeri awam. Mengikut pertuduhan, mereka bersama beberapa orang yang masih bebas didakwa terbabit satu perhimpunan haram dengan seorang atau beberapa orang daripada mereka membunuh Chong Gui Rong, 16, di tepi jalan Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Bandar Baru Sungai Long, Kajang. Perbuatan itu didakwa dilakukan pada kira-kira jam 6.30 petang, pada 29 September 2006. Ketika kejadian, keempat-empat mereka berusia 16 dan 17 tahun dan semua mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata keterangan pakar patologi menunjukkan punca kematian mangsa adalah kecederaan akibat benda atau senjata tumpul dan bukan disebabkan tumbukan.
Menurutnya, ia tidak selari keterangan saksi pendakwaan bahawa keempat-empat remaja itu hanya menumbuk mangsa dengan tangan. “Dengan itu, saya tidak boleh sabitkan mana-mana remaja ini kerana tuduhan bunuh tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Selain itu, katanya, keterangan saksi pendakwaan juga menunjukkan ada seorang lelaki tidak dikenali didakwa menggunakan kayu ketika kejadian.

Guru di Belgium dipecat sebab enggan buka burqa semasa mengajar

BRUSSELS: Seorang guru Matematik telah dipecat daripada sebuah sekolah menengah di Belgium selepas beliau enggan membuka burqa yang dipakai semasa mengajar.Di permulaan tahun akademik yang lalu, sebuah sekolah di bandar Charleroi, di selatan Brussels, telah menggesa guru yang lahir di Turkey itu agar membuka burqa semasa mengajar.Beliau, yang telah memakai burqa di bilik darjah sejak dua setengah tahun lalu bagaimanapun enggan berbuat demikian dan membawa kesnya ke mahkamah.Pada mulanya, Mahkamah Tribunal Charleroi, menyokong lembaga sekolah dengan memberi sebab institusi sekolah harus berkecuali dari segi agama.Bagaimanapun, pada Mac lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan sekolah itu tertakluk di bawah undang-undang bandar Charleroi, yang belum mengeluarkan undang-undang yang mengharamkan simbol agama di sekolah.Guru itu lantas telah kembali ke sekolah.Namun, tidak lama kemudian, pihak majlis perbandaran mengeluarkan undang-undangnya sen- diri bagi mengharamkan pemakaian 'semua simbol agama'.Kelmarin, pihak sekolah memecat guru itu kerana beliau masih enggan membuka burqa semasa mengajar.Terdapat perbezaan pendapat di kalangan rakyat Belgium berkaitan isu pemakaian burqa.Pada Mei lalu, Ahli Parlimen memutuskan untuk mengharamkan pemakaian burqa di tempat awam.Undang-undang itu merangkumi semua jenis pakaian seperti purdah dan burqa yang tidak membolehkan si pemakai itu dikenal pasti dengan jelas.Undang-undang itu perlu diluluskan oleh Dewan Senat sebelum itu dapat dikuatkuasakan. -- AFP.

Wanita hadapi tuduhan biar anak jadi pengemis




KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan mengabai kebajikan dan membiarkan dua anak lelakinya menjadi pengemis pada Mei lalu.

Bagi pertuduhan pertama Zalina Ali, 44, didakwa mengabaikan anaknya yang berumur lapan dan sembilan tahun yang mungkin menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi.

Bagi pertuduhan kedua, Zalina yang juga seorang pengemis, didakwa membiarkan kedua-dua anaknya itu untuk mengemis dan menerima sedekah daripada orang awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di jejantas stesen LRT Titiwangsa di sini pada 6 petang 13 Mei lalu.

Pertuduhan pertama adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, manakala pertuduhan kedua adalah mengikut Seksyen 32 (a) akta yang sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Majistret Aina Azahra Arifin tidak menetapkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin dan kemudian menetapkan 12 Julai ini bagi sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya P. Viknesvaran.- Bernama


Nenek pasrah berlumur debu



GELANG PATAH - Demi mencari rezeki walaupun keadaan kesihatannya tidak menentu selepas menghidap sakit lutut dan darah tinggi, seorang nenek berusia hampir 80 tahun masih gigih bekerja di dapur kayu arang, di sini.

Fatimah Reting berkata, bukan sahaja bekerja di sini, malah beliau dan anak perempuannya yang sudah berkahwin dan bekerja di tempat sama turut tinggal di rumah yang dibina majikannya sejak beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, saya tinggal di tepi sungai berhampiran namun rumah itu sering kali dinaiki air terutamanya selepas hujan lebat atau semasa air pasang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berpindah ke sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, beliau berasal dari kampung Sungai Suka tetapi lokasinya agak terpencil dan tidak mempunyai kemudahan asas selain jalan perhubungan di situ adalah jalan balak yang hanya boleh dimasuki oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Saya lebih selesa tinggal sendiri, selepas mendapat persetujuan daripada majikan, menantu mengambil keputusan untuk membina pondok yang disambungkan daripada rumah yang mereka tinggal,” katanya.

GRO rakyat China dan Vietnam ditahan dalam operasi



10/06/2010 4:02pm

PULAU PINANG – Lebih 20 pelayan pelanggan (GRO) rakyat China dan Vietnam ditahan dalam operasi di sebuah pusat karaoke dan hiburan di Jalan Magazine di sini, awal hari ini.
Turut ditahan dalam serbuan polis Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman pada pukul 1 pagi itu ialah seorang GRO rakyat tempatan.
"Kami menahan 24 GRO warga China, dua warga Vietnam, termasuk 2 yang dipercayai ibu ayam serta 13 lelaki tempatan dipercayai pekerja pusat karaoke itu dan pengurus kepada GRO itu,” kata Ketua Operasi D7, Supt. Maszely Minhad kepada pemberita di tempat serbuan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika serbuan GRO itu cuba untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum melarikan diri melalui tiga pintu kecemasan dan bertindak menyembunyikan diri di dalam sebuah bilik air.
Maszely berkata, kesemua yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an. – Bernama

Empat ditahan, pelbagai haiwan liar dilindungi dirampas



10/06/2010 4:29pm

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas pelbagai jenis haiwan liar yang dilindungi dan menahan empat orang dalam empat operasi di Selangor dan Perak baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Perhilitan, Misliah Mohamad Basir berkata, dalam serbuan pertama pada 31 Mei lepas di pasar Taman Len Sen, Cheras, pihaknya menemui empat ekor ular tedung, tujuh Asiatic Cobra, 25 disyaki hempedu ular sawa dan satu bekas aluminium minyak disyaki mengandungi hidupan liar.
"Tiga lelaki ditangkap dan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga dihadapkan ke mahkamah 30 Jun ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan kedua pada hari yang sama di sebuah premis perniagaan di Pulai, Perak, pihaknya merampas satu kepala kambing gurun, satu keping kulit kambing gurun dan 59 botol disyaki minyak kambing gurun.
Seorang lelaki ditangkap dan diikat jamin polis sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga dihadapkan ke mahkamah 30 Jun ini, katanya.
Pada 1 Jun lepas, jabatan menemui dua bagasi yang mengandungi pelbagai jenis kura-kura dan ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Hasil pengecaman dan pengiraan yang dilakukan terhadap kura-kura itu, kami mendapati 285 ekor ialah spesies dari Radiated Tortoise, 14 ekor Spider Tortoise dan seekor Madagascar Tortoise. Kesemua haiwan itu masih hidup, manakala pemilik bagasi terbabit gagal dikesan,” katanya. – Bernama

Lelongan gaun Lady Di RM921,600





2010/06/10

GAUN hitam Lady Diana.
GAUN hitam Lady Diana.
LONDON: Sehelai gaun hitam terdedah yang mengubah penampilan Lady Diana Spencer daripada gadis pemalu kepada ikon fesyen dilaporkan mencecah sehingga 192,000 pound (RM921,600) dalam acara lelongan. 

Lady Di mengenakan pakaian itu ketika kali pertama kemunculan beliau di khalayak ketika pertunangan dengan Putera Wales pada 1981.
Baju berkenaan dianggarkan Kerry Taylor mencecah 50,000 pound (RM241,000) menyaksikan bidaan tinggi sebelum ia dilelong di sebuah muzium di Chile, Fundacion Museo de la Moda.
Pakaian terbabit pernah mencetuskan kritikan disebabkan lehernya terlalu mendedahkan. Ketika Diana tunduk untuk melangkah keluar dari kereta di Royal Opera House, kumpulan jurugambar mula kecoh sehingga menyebabkan Putera Charles menimbulkan pertanyaan: “Adakah adakah anda semua tiada lagi penulis fesyen?” 

Pakaian Diana mempunyai sejarah tersendiri kerana ia dipakai ikon berkenaan dan melampaui masa. Awalnya disangkakan sudah dirosakkan Diana tetapi ditemui dalam tong sampah di rumah pereka pakaian terbabit, David dan Elizabeth Emanuel. – Agensi

Bunuh anak selesai hutang




2010/06/10

MEXICO CITY: Seorang bapa di sini yang mendakwa menyerahkan dua anaknya kepada seorang wanita untuk menyelesaikan hutang mengakui bahawa beliau sendiri yang membunuh kedua-dua anaknya berkenaan. 

Javier Covarrubias, 20, tidak memaklumkan mengapa beliau membunuh anaknya sebaliknya sekadar mengakui membunuh mereka dan menyembunyikan mayat mereka di tempat berasingan, kata satu kenyataan pejabat peguam negara.
Pihak berkuasa kelmarin berkata mayat dua kanak-kanak ditemui dalam beg plastik. – AP

Wanita paksa 5 anak mencuri didedah





2010/06/10

MAKKAH: Penduduk kota suci umat Islam di sini terkejut berikutan satu laporan menyatakan seorang wanita warga Arab Saudi memaksa lima orang anaknya mencuri dari pasar raya dan pusat beli-belah.

Butiran terperinci mengenai wanita itu dan anaknya didedahkan selepas suami wanita berkenaan membawa anak mereka ke hospital untuk mendapat bantuan psikiatri dan mengugut membawa kes terbabit ke mahkamah.

Bapa kanak-kanak itu yang namanya tidak didedahkan memberitahu laman web berita Arab News beliau hanya mengetahui anak mereka dipaksa mencuri selepas mereka enggan berbuat demikian dan mengadu kepadanya.
“Dia memaksa mereka mencuri dan mengugut mereka agar mematuhi arahannya. Apabila mereka tidak lagi mahu melakukannya, isteri saya mengadu kepada saya dan menuduh semua anak kami pencuri.

“Saya amat marah dan memberi amaran kepada mereka. Anak saya akhirnya memberitahu bahawa ibu merekalah yang menyuruh mencuri. Selepas itu barulah saya sedar isteri saya menipu dan membawa anak kami untuk mendapatkan rawatan psikologi,” katanya.

Bapa kanak-kanak itu juga melahirkan rasa kesal kerana tidak mengetahui perkara itu sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Anak sulung pasangan itu, Nizar, 16, memberitahu Arab News ibunya terbabit dengan aktiviti tidak bermoral sejak beberapa tahun lamanya.

“Dia menjalin hubungan dengan lelaki lain. Dia akan meninggalkan kami bersendirian ketika membawa kami keluar dan kemudian pergi dengan lelaki lain,” katanya.

Nizar berkata, ibunya mengugut akan memberitahu bapanya dia dan adiknya mencuri, jika mereka mengadu kelakuan buruknya. – Agensi

Wanita disyaki cekik bayi baru lahir ditahan



Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2010/06/10

Penduduk jumpa mayat ditanam di ladang kelapa sawit

KOTA KINABALU: Seorang ibu bukan saja mencekik bayi yang baru dilahirkannya sehingga mati, malah menanamnya di belakang sebuah rumah di kawasan penanaman kelapa sawit Ladang Pertesa, Jalan Jerecoh, Kinabatangan, kira-kira 500 kilometer (km) dari sini dipercayai bagi menutup perbuatan kejamnya.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam Isnin lalu apabila seorang lelaki yang juga pekerja ladang berkenaan terdengar suara bayi menangis di belakang sebuah rumah kongsi.
“Ketika itu saya nak pergi menutup (mengunci) enjin pam bekalan air. Saya dengar suara bayi menangis tetapi saya tak syak apa-apa sebab memikirkan biasalah kalau budak menangis.

“Selepas kunci pam air, saya pulang ke rumah tetapi tidak sedap hati. Pagi semalam (kelmarin) saya beritahu hal itu kepada seorang rakan dan kami pergi ke belakang rumah kongsi itu yang dekat dengan rumah saya.

“Kami memeriksa kawasan sekeliling dan selepas sejam, rakan saya ternampak kesan tanah baru digali yang ditimbus pelepah sawit," katanya yang enggan namanya disiarkan di sini, semalam.

Curiga melihat keadaan itu, mereka menggali kawasan itu dan terkejut apabila menemui guni mengandungi mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Penemuan itu dimaklumkan kepada pengurus ladang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir, yang mengesahkan penemuan mayat bayi itu berkata, pemeriksaan awal mendapati wujud kesan lebam di lehernya, dipercayai akibat dicekik.

“Sebaik menerima panggilan, kita menghantar beberapa anggota untuk menyiasat. Mereka menemui mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Seorang daripada lelaki yang menemui mayat itu mendakwa pernah melihat seorang wanita sarat mengandung di ladang terbabit sebelum ini.

“Polis mengesan rumah wanita berkenaan dan mendapati keadaan fizikalnya seperti baru lepas bersalin.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit,” katanya.

Dua ditahan ketika sibuk bancuh arak haram

SEREMBAN: Tindakan saman yang pernah diambil pihak berkuasa sebelum ini langsung tidak diendahkan dua lelaki termasuk seorang warga India untuk bergiat aktif semula memproses dan menjual minuman keras di sekitar Jempol, dekat sini.
Kedegilan mereka bagaimanapun mengundang padah apabila dicekup dalam serbuan berasingan di daerah berkenaan iaitu sekitar Kampung Melor dan Ladang Air Hitam, Jumaat lalu.
Ops Bersepadu itu disertai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol diketuai Asisten Superintendan Mohd Yazed Mohd Serah dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Sumber polis berkata, kedua-dua suspek berusia 45 dan 46 tahun itu ditahan selepas mendapati mereka memproses dan menjual minuman keras haram.

“Siasatan mendapati warga India terbabit ialah pembantu dan pembuat arak dan kami (polis) turut menemui beberapa tong air berisi arak di dalam rumah termasuk kenderaan suspek.

“KDRM merampas alat membuat arak termasuk pengetuk, pisau, sabit, bekas mengisi peralatan dan kayu pengasah,” katanya di sini, semalam.

Kereta sorong, paip jadi roket

BEIJING: Seorang petani mengisytiharkan perang ke atas pemaju yang mahu memiliki tanahnya dengan membina meriam menggunakan kereta sorong dan paip, lapor media semalam.
Yang Youde yang menetap di pinggir bandar Wuhan, Hubei, melancarkan roket ke arah pasukan yang mahu mengusirnya dan mendakwa berjaya menghalang dua cubaan mereka.
Katanya, dia menggunakan belerang bunga api sebagai bahan peledak.

Bagaimanapun, kata Yang, dia menembak roket itu sekadar mahu menakutkan pekerja pemaju terbabit.

“Saya tidak berniat mencederakan sesiapa,” katanya dipetik akhbar China Daily. Media melaporkan, roket ciptaan Yang mampu bergerak sejauh 100 meter dan menghasilkan letupan kuat.

Tidak diketahui sama ada serangan mencederakan mana-mana pihak.

Walaupun pendekatan diambil Yang dilihat lebih agresif, masalah seperti dihadapinya itu dianggap lazim di China.

Kata Yang, dia ditawarkan kira-kira RM63,300 untuk tanahnya tetapi dia menuntut harga lima kali ganda lebih tinggi.

Yang nyaris diusir pada Februari lalu apabila pekerja pemaju cuba menyerangnya apabila dia kehabisan roket, tetapi polis datang menyelamatkannya.

Mei lalu, 100 petugas gagal sekali lagi apabila mereka dihujani roket sama. - Reuters

'Abang Mat sepak di kotak penalti'

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat menyepak bola yang sedang dipeluk seorang budak sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting, di padang Batu 30 dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu.
Saksi ketujuh pendakwaan, Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, berkata, dia melihat Mohd Fazli Azri Jamil melakukan perbuatan itu berdekatan dengan kotak penalti di padang permainan itu ketika sedang menyaksikan rakannya bermain bola sepak. Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, pada awalnya dia melihat Mohd Fazli, 28, yang dikenalinya sebagai Abang Mat naik angin selepas kanak-kanak itu tidak mendengar arahan supaya kembali membaling bola yang disepak ke arahnya. “Ketika saya tiba di padang itu, saya lihat Abang Mat sepak bola dan kemudian menyuruh budak perempuan itu mengambilnya semula. Saya nampak budak itu ambil balik bola itu dan kemudian membalingnya ke arah Abang Mat. “Abang Mat marah. Dia kata, kau tidak ada kaki ke nak bagi bola itu. Selepas itu, Abang Mat kemudian sepak bola itu ke arah budak itu. Budak itu ambil balik dan peluk bola dalam keadaan mencangkung. Abang Mat kemudian minta balik bola, tetapi budak itu diam menyebabkan Abang Mat terus sepak bola yang dalam pelukan kanak-kanak itu. “Budak itu terus terpelanting,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes Mohd Fazli yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu. Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Muhammad Faleeq berkata, Abang Mat kemudian menyeret tangan budak itu selepas melihat kanak-kanak yang terpelanting berkenaan enggan berdiri semula seperti yang diarahkannya. Katanya, dalam keadaan itu, budak itu hanya mampu menjerit kesakitan apabila Abang Mat mencampaknya ke luar padang. “Dia kemudian tarik tangan budak itu supaya bangun, tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula. Abang Mat suruh budak itu duduk sebelum dia bertindak memijak perut dan menyepak bahu kiri kanak-kanak itu,” katanya. Pada peringkat itu, katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun tindakannya mengundang kemarahan tertuduh yang memberitahunya, ‘Kau jangan sibuk, nanti kau yang akan aku buat macam ini.’ Sementara itu, saksi kesembilan pendakwaan, Muhammad Sanusi, 15, berkata dia melihat seorang budak perempuan terkena pintu teksi milik Mohd Fazli yang ditutup tertuduh selepas kanak-kanak itu enggan keluar dari kenderaan itu pada petang kejadian.

Menurut saksi, tertuduh sebelum itu datang ke padang berkenaan dengan menaiki teksi dengan dua budak, satu daripadanya perempuan yang bertubuh agak besar berbanding satu lagi kanak-kanak lelaki yang masih kecil yang dikenalinya sebagai Amy. Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, 15, pada petang sama, dia melihat Mohd Fazli memarahi seorang budak perempuan kerana tidak mahu menjaga budak lelaki bernama Amy berikutan tertuduh mahu bermain bola. “Abang Mat kata, Pia kau jagalah Amy, karang aku pijak dengan kasut but ini,” katanya. Perbicaraan bersambung hari ini.

Belasah majikan

AMPANG: Seorang lelaki bertindak samseng apabila membawa tiga rakan sebelum mereka mengamuk dan membelasah bekas majikannya yang dikatakan tidak membayar gaji di sebuah rumah di Persiaran Mamanda, di sini, Rabu lalu.
Akibatnya, mangsa cedera di muka dan kepalanya apabila dia ditumbuk rakan bekas pekerjanya itu yang menggunakan buku lima, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam. Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah terbabit bersama dua lagi rakannya sebelum mendengar loceng dibunyikan. “Sebaik mendengar bunyi loceng, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membuka pintu dan melihat bekas pekerjanya di luar rumah. “Namun, tidak lama selepas itu, tiga lagi lelaki yang tidak dikenali dan bersenjatakan parang serta buku lima terus meluru masuk ke rumah mangsa,” katanya.
Sumber berkata, sejurus masuk ke rumah itu seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan buku lima terus menumbuk muka mangsa. “Mangsa terpinga-pinga dengan kejadian itu sebelum seorang lagi rakan bekas pekerjanya itu mengacukan parang dan meminta supaya dia mendiamkan diri. “Takut dicederakan lebih teruk, mangsa hanya mampu membisu dan semua lelaki terbabit kemudian merampas pelbagai barang berharga dalam rumah berkenaan,” katanya. Menurut sumber itu, tidak berpuas hati dengan hasil diperoleh, seorang daripada lelaki berkenaan kemudian bertindak biadab apabila memecahkan pintu bilik rakan mangsa yang ketika itu sedang tidur. “Sejurus masuk, lelaki terbabit menendang kepala rakan mangsa selain turut memukul dan menghentak kaki rakannya itu dengan menggunakan parang. “Rakan mangsa hanya mampu membiarkan dirinya dibelasah kerana dia langsung tidak mengetahui punca kejadian terbabit,” katanya.

Berikutan itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM10,000 dan dia kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian terbabit. Siasatan awal mendapati bekas pekerja mangsa yang berusia 18 tahun itu tidak berpuas hati kerana dia mendakwa tidak dibayar gaji. “Bagaimanapun, remaja berkenan dikatakan sudah tidak hadir ke tempat kerja hampir dua minggu membuatkan bekas majikannya itu terpaksa menahan gajinya.

“Selain itu, remaja terbabit juga dikatakan masih menyimpan beberapa barang berharga milik syarikat bekas majikannya itu dan dia enggan memulangkan kembali barang terbabit,” katanya.

Daerah Pendang dilanda banjir

ALOR SETAR: Hujan lebat yang turun di Pendang sejak Ahad lalu mengakibatkan lima kampung di daerah itu dilanda banjir.
Penghulu Mukim Guar Kepayang Mat Isa Mohd Arif berkata sehingga jam 5 petang ini, seramai 43 orang daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Rakan Sukan di sini.
Kesemua mereka dipindahkan secara berperingkat sejak petang Isnin lalu apabila kediaman mereka dinaiki air.

"Isnin lalu, hanya tiga keluarga yang dipindahkan tetapi bermula petang semalam, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada enam keluarga dan sehingga pukul 5 petang ini satu keluarga lagi dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya.

Beliau berkata, antara kampung yang dinaiki air ialah Kampung Pondok Ampar, Kampung Bonggol Kambing, Kampung Suka Mari, Kampung Bonggol Besi dan Kampung Pondok Haji Hussien.-Bernama

'Tolong berantai'

ALOR SETAR: Bermodalkan RM250, orang ramai dikatakan mampu memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1,600 seminggu dengan menyertai satu pelaburan dikenali sebagai ‘tolong berantai’ yang bergiat aktif di bandar raya ini.
Sindiket terbabit menampal iklan pelaburan itu di sekitar pusat bandar ini bagi menarik lebih ramai ahli menyertai pelaburan berkenaan. Tinjauan Harian Metro semalam mendapati banyak iklan pelaburan yang dikenali sebagai ‘tolong berantai’ itu dikesan menjadi tumpuan ramai selepas dikatakan mendapat pulangan menarik.
Wartawan Harian Metro menyamar dengan menghubungi nombor telefon bimbit tertera pada iklan itu diangkat seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Ina’ berusia awal 40-an mendakwa pelaburan itu bertujuan menolong mereka yang mengalami masalah kewangan.

Katanya, pelaburan itu dikenali sebagai ‘tolong berantai’ yang baru diperkenalkan di sini.

“Peserta tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian dan bukan juga berbentuk ‘kutu’. Setiap ahli boleh mendapat pulangan lapan kali ganda dalam tempoh seminggu atau 10 hari dengan hanya membuat pelaburan RM250.

“Setiap ahli dikehendaki mencari dua ahli baru dengan setiap seorang membuat pelaburan RM250,” katanya di sini, semalam.

Ina berkata, ahli baru boleh membayar wang pelaburan terus kepadanya sama ada datang ke rumahnya di Kampung Gajah Mati, di sini atau membuat temu janji di tempat lain.

Ina yang mendakwa memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan itu kini mempunyai kira-kira 50 ahli yang bernaung di bawahnya terdiri daripada pelbagai usia.

Katanya, syaratnya cukup mudah iaitu pelabur diminta menyediakan wang tunai RM250, salinan Mykad dan nombor akaun bank yang akan dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Suhaimi Mat Sari berkata, skim itu dikenali sebagai ‘Head Hunter’ yang kemungkinan menyalahi peraturan.

“Kita akan siasat latar belakang syarikat terbabit dan jika didapati melanggar peraturan kami akan bertindak,” katanya.

Mahkamah: Empat remaja bebas tuduhan bunuh remaja lelaki dalam pergaduhan

SHAH ALAM: Empat remaja lelaki dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki dalam satu pergaduhan, empat tahun lalu.
Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin gagal membuktikan kesalahan membunuh terhadap kesemua remaja lelaki terbabit.
Sejurus keputusan itu dibaca, kesemua remaja lelaki terbabit yang kini berumur antara 20 dan 21 tahun menangis kegembiraan dan memeluk anggota keluarga mereka yang berada di galeri awam. Mereka bersama-sama beberapa orang yang masih bebas dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram di mana seorang atau beberapa orang daripada mereka membunuh Chong Gui Rong, 16, di tepi jalan Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Bandar Baru Sungai Long, Kajang, kira-kira pukul 6.30 petang, 29 September 2006. Ketika kejadian, keempat-empat remaja itu berumur antara 16 dan 17 tahun. Mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Yazid berkata keterangan pakar patologi menunjukkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan akibat benda atau senjata tumpul dan bukan disebabkan oleh tumbukan.

"Menurut keterangan saksi pendakwaan, keempat-empat remaja lelaki terbabit hanya menumbuk mangsa dengan tangan mereka dan ia tidak konsisten dengan laporan pakar patologi. Saya tidak boleh sabitkan mana-mana remaja ini bagi kesalahan terbabit dalam perhimpunan haram kerana tuduhan bunuh tidak dapat dibuktikan.

"Keterangan saksi pendakwaan juga menunjukkan kewujudan seorang lelaki tidak dikenali yang didakwa menggunakan sebatang kayu tetapi tiada saksi pendakwaan yang dapat mengenal pasti sama ada seorang daripada keempat-empat remaja lelaki terbabit adalah lelaki tidak dikenali itu.

"Saya tidak boleh mensabitkan kesemua remaja terbabit di bawah tuduhan Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan justeru melepas dan membebaskan mereka tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai 25 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Keempat-empat remaja lelaki itu diwakili peguam Salim Bashir, Jagdish Kaur, James George dan Ariff Azami Hussein.-Bernama

Kanak-kanak hilang selepas dibawa berjalan nenek saudara

TEMERLOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hilang sejak lima hari lalu setelah dibawa berjalan oleh nenek saudaranya yang mempunyai masalah mental.
Ibunya, Wong Lai Lan, 21, berkata ketika kejadian, beliau dan suaminya, G Chandramohan, 24, keluar bekerja dan hanya menyedari kehilangan anak tunggalnya, Nisha Chandramohan setelah pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang, Jumaat lalu.
Beliau berkata, Nisha kebiasaannya ditinggalkan bersama nenek saudara berusia 54 tahun itu dan moyangnya berusia 71 tahun di rumah mereka di Taman Bukit Bendera di sini.

"Ketika kejadian nenek saya sedang memasak di dapur, ibu saudara saya kemudian mengambil peluang pintu rumah yang tidak berkunci untuk membawa keluar anak saya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata, ibu saudaranya itu tidak pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Tindakannya itu turut mengakibatkan dia sendiri tersesat sebelum ditemui orang ramai merayau-rayau dalam kawasan taman perumahan itu kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian.

Bagaimanapun katanya, ketika ditemui, Nisha tidak ada bersama nenek saudaranya itu menyebabkan dia membuat laporan polis pada malam itu di Balai Polis Mentakab.

Wong adalah seorang kerani di sebuah kilang berkata, sejak kehilangan anaknya itu, dia dan suami tidak lagi mampu untuk bekerja kerana keluar mencari anak di sekitar bandar Mentakab dan Temerloh.

Mereka turut mengedarkan risalah malah mendapat bantuan bomoh untuk mengesan anaknya namun masih menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, dia merayu bantuan orang ramai yang terlihat anaknya atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu agar menghubunginya di talian 016-9323803.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu dan berkata pihaknya sedang giat menjalankan usaha mengesan kanak-kanak itu.-Bernama

Ada kedai dalam kedai



JOHOR BAHRU - Sandiwara lima premis perniagaan yang tertera notis ‘untuk disewa’, akhirnya dihidu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mendapati ia dijadikan stor menyimpan barangan tiruan.

Operasi yang dilakukan 10 anggota di premis perniagaan di Bukit Indah di sini pada jam 10 pagi itu membawa kepada penemuan 500,000 pakaian, kasut dan beg berjenama yang disorokkan di dalam empat lagi premis bercantum antara satu dengan lain yang dihubungkan menerusi pintu rahsia.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, ia adalah tangkapan terbesar di Johor mahupun negara bagi tahun ini dengan nilai rampasan RM1.3 juta. 

“Barangan ini dipercayai untuk pasaran tempatan dan negeri-negeri berdekatan. Saya amat terkejut dengan pengubahsuaian yang dilakukan. Mulanya ingatkan ada satu kedai, tetapi terdapat empat kedai yang dicantumkan membabitkan lima premis,” katanya.

Turut ditahan dua lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan dan pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 manakala semua barangan yang dirampas akan disiasat di bawah Seksyen 3 1 (b) Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara barangan tiruan berjenama yang dirampas ialah Adidas, Nike, Levi’s, Crocs dan Gucci.

Abdul Hamid berkata, taktik yang digunakan pemilik ini berjaya mengaburi perhatian pihak berkuasa, dengan menggunakan pintu sebuah kedai untuk urusan keluar masuk, manakala empat lagi kedai ditampal notis ‘untuk disewa’.

Manakala di bahagian dalam kedai terbabit disambung dengan pintu rahsia, yang seakan-akan dinding.

“Ia dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu, berdasarkan susun atur dan ia juga dilengkapi lif untuk naik dan turun ke atas stor penyimpanan dan dilengkapi 14 kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Katanya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, KPDNKK Johor telah menyerbu 40 premis dengan nilai rampasan RM91, 644 dan akan meneruskan operasi Gerak Gempur Cetak Rompak yang dilancarkan 10 Mei lalu.

Operasi pengemis, kutu rayau




IPOH - Seramai 56 penagih dadah, pengemis serta kutu rayau diberkas dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya, awal pagi semalam. 

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd. Mahir Mohd. Tahir yang mengetuai operasi itu berkata, operasi berkenaan bertujuan menjadikan persekitaran bandar raya Ipoh bersih daripada sebarang gejala sosial. 

Menurutnya, operasi yang bermula sekitar 11 malam hingga tiga pagi itu turut melibatkan sembilan agensi serta 140 penguat kuasa daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kinta, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Rumah Seri Kenangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Operasi ini bertujuan bagi membersihkan bandar raya ini daripada pengemis dan kutu rayau terutama pada waktu malam. 

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati, 48 daripada yang ditahan adalah pengemis serta kutu rayau sementara selebihnya disyaki penagih dadah,” katanya. 

Terdahulu, Mohd Mahir berkata, operasi berkenaan bakal tertumpu di beberapa lokasi popular di sekitar bandar raya seperti Medan Kidd, Masjid Negeri, Stesen Keretapi, Medan Gopeng, Pasar Borong dan sekitar pekan baru. 

Katanya, operasi bersepadu berkenaan bakal membantu membanteras beberapa masalah gejala sosial bagi menjamin kesejahteraan penduduk di bandar raya Ipoh selain dapat menjaga kebersihan. 

“Semua pengemis dan kutu rayau itu bakal disiasat di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa bagi mendapatkan perintah tahanan sementara dan difahamkan mereka ini akan mendiami rumah-rumah kebajikan selama setahun. 

“Dalam tempoh berkenaan, mereka akan menjalani proses pemulihan dan pendidikan yang disediakan oleh khas oleh pihak JKM sebelum dirujuk kepada waris masing-masing,” katanya.

Pengawal berhenti sebab Spears bogel





GAMBAR menunjukkan Flores di belakang Spears semasa dia masih menjadi pengawal peribadinya.



LOS ANGELES - Bekas anggota polis, Fernando Flores berkata, dia meletakkan jawatan sebagai pengawal peribadi penyanyi terkenal, Britney Spears kerana tidak tahan dengan kelakuan pelik penyanyi itu yang pernah berbogel di depannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang rakan Flores yang menyatakan Spears kerap berjalan dalam keadaan bogel sambil memberi isyarat kepada pengawal peribadinya itu supaya memasuki bilik tidurnya.
Menurut rakannya itu, penyanyi itu kerap berlari dalam keadaan bogel sambil menjerit ke arah pengawal-pengawal peribadinya.
Dia berkata, Flores berasa tertekan kerana Spears suka kepadanya berbanding dengan pengawal-pengawal lain.
"Flores akhirnya menghantar notis untuk berhenti kerja pada minggu lalu," kata seorang rakannya.
Menurutnya, Flores yang merupakan duda anak dua akan membuat tuntutan saman yang bernilai berjuta-juta dolar terhadap penyanyi berusia 28 tahun itu kerana melakukan gangguan seksual.
Pada awal bulan ini, penyanyi yang pernah popular menerusi laguBaby One More Time itu keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam menyebabkan bapanya berasa bimbang dengan kelakuan peliknya.
Sebelum ini, bapa Spears, Jamie pernah melarang anaknya daripada bersiar-siar tanpa memakai coli. - Agensi

Polis siasat '3 selebriti seks'




GAMBAR poster iklan menunjukkan Luna Maya bersama Ariel.


JAKARTA - Tiga selebriti Indonesia yang didakwa muncul dalam video seks yang disiarkan di Internet akan disoal siasat kerana kemungkinan mereka melanggar undang-undang antipornografi, kata polis semalam.
Pada minggu lalu, dua video klip seks melibatkan pelakon sinetron, Luna Maya dengan anggota kumpulan Peterpan, Ariel tersebar di Internet.
Seorang lagi selebriti Indonesia yang merupakan seorang pengacara, Cut Tari turut terlibat dalam video seks dengan kekasihnya.
Ketua Detektif Polis, Ito Sumardi berkata, selebriti itu akan disoal mengenai bagaimana klip berkenaan boleh muncul di Internet.
"Kami akan menyoal mereka bagi mengetahui mengenai klip tersebut dan bagaimana ia boleh diedarkan di khalayak awam," katanya kepada pemberita.
Luna merupakan duta muhibah Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain pernah muncul bersama dengan Ariel dalam iklan makanan dan kosmetik Unilever.
Skandal itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar Peterporn di laman Twitter. - AFP

Pekerja seksi bakal dipecat lagi



DEBRAHLEE LORENZANA


NEW YORK - Seorang wanita muda berumur 33 tahun, Debrahlee Lorenzana yang menjadi bintang di Amerika Syarikat (AS) kerana dipecat oleh pihak pengurusan Citibank di sini atas alasan terlalu seksi mungkin diberhentikan kerja oleh majikan barunya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan majikan barunya, bank JP Morgan Chase memberi amaran kepada wanita itu supaya dia tidak berbual mengenai isu pemecatannya dengan kakitangan lain.
Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Lorenzana kerana dia menyebabkan bank itu turut mendapat nama buruk ekoran isu pemecatannya diperbincangkan.
Namun, peguam wanita berkenaan, Jack Tuckner berkata, anak guamnya akan menyaman majikan barunya jika dia dipecat.
"Menghalang dia daripada memperkatakan amalan yang tidak mengikut undang-undang merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang," katanya.
Lorenzana menjadi terkenal selepas dia memfailkan satu tuntutan undang-undang terhadap Citibank kerana dia dipecat disebabkan pakaiannya terlalu seksi sehingga mengganggu pekerja-pekerja lelaki.
Semasa bertugas di Citibank dengan gaji AS$58,132 (RM192,969) setahun, dia dilarang memakai beberapa pakaian yang menunjukkan bentuk tubuh badannya. - Agensi