Search This Blog

Tuesday, June 8, 2010

Tiga beradik maut nahas

Oleh Petah Wazzan Iskandar 

2010/06/08

Kereta mangsa terbakar selepas rempuh tembok penghadang

BUTTERWORTH: Tiga anak Naib Presiden dan Pengarah Urusan, Mattel (M) Sdn Bhd, Azlan Nithiabalan Abdullah, maut apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh tembok penghadang laluan Touch & Go di Plaza Tol Sungai Dua, di sini, semalam.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 2.30 pagi itu, tiga beradik itu dalam perjalanan dari Taman Pauh Jaya di sini, menuju ke rumah mereka di Bertam Golf Resort, Kepala Batas.
Mangsa ialah Azwadi Aznil Nithia, 22; pemandu kereta, Azwari Aznal Nithia, 20, dan adik bongsu perempuan mereka, Aztika Azrin, 14.
Azwadi Aznil Nithia dan Azwari Aznal Nithia rentung di tempat duduk masing-masing manakala adik perempuan mereka terbakar sebahagian badan.

Kejadian berlaku apabila Proton Satria Neo dipandu Azwari yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Aztika Azrin di Taman Pauh Jaya, hilang kawalan lalu merempuh tembok penghadang di plaza tol berkenaan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan berkenaan melambung dan terbalik manakala bahagian hadapan rosak teruk dan terbakar.

Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit gagal kerana api marak hingga menyebabkan kereta berkenaan hangus.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Butterworth, Zulkifli Harun, berkata pihaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan mayat semua mangsa yang tersepit.

Kenderaan berkenaan yang terbalik juga menyukarkan kerja menyelamat dengan keadaan mereka yang hangus. Kita terpaksa menggunakan pemotong hidraulik untuk memotong beberapa bahagian utama kenderaan itu, katanya.

Separuh mati

2010/06/08
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki hanya mampu melihat kekasih dibelasah separuh mati sekumpulan samseng termasuk gadis ‘kung fu’ di khalayak ramai, kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai pendandan salun ditumbuk dan ditendang wanita kung fu terbabit akibat tidak membayar hutang.

Sumber polis berkata, ketika kejadian mangsa berusia 25 tahun bersama teman lelakinya berhampiran medan selera di Jalan Gelang Off Jalan Sungai Besi, di sini.

Warga India didakwa menyamar sebagai doktor dan rawat pesakit

SINGAPURA
SEORANG warga India yang pernah mengikuti pengajian perubatan di negaranya tetapi tidak menamatkan pengajiannya itu telah didakwa minggu lalu mengendalikan klinik di Selegie Road tanpa lesen yang sah.Pandarakandi Asokan, 49 tahun, juga didakwa menyamar sebagai doktor dengan menyediakan pelbagai rawatan perubatan seperti bagi penyakit batuk, selesema, demam dan cedera pada anggota badan. Kebanyakan pesakitnya adalah warga India.Pandarakandi tiba di Singapura pada 30 April lalu.Dia menyewa sebuah bilik di Nombor 237 Selegie Road dan mula menggunakannya sebagai klinik perubatan pada 2 Mei lalu.Dia tidak memohon sebarang lesen daripada Pengarah Khidmat Perubatan bagi menggunakan premis itu sebagai klinik perubatan.Bagi tuduhan kedua pula, defendan, yang tidak memiliki sebarang ijazah perubatan, memberikan pelbagai rawatan kepada pesakitnya, termasuk memberi krim dan ubat bagi meredakan rasa sakit.Tertuduh juga memberikan ubat kepada para pesakitnya bagi pelbagai jenis penyakit seperti batuk, demam, kecederaan ringan dan kesakitan pada badan.Pandarakandi memberikan pesakitnya pelbagai ubat yang dibeli di India tetapi dia memberitahu mereka bahawa ubat yang diberikannya itu merupakan 'ubat dari Barat'.Dia juga tidak memohon Sijil Pengamalan daripada Pengarah Khidmat Perubatan untuk menjadi pengamal perubatan.Bagi tuduhan pertama iaitu mengendalikan premis sebagai klinik perubatan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman denda sehingga $20,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Kerana bertindak sebagai doktor, Pandarakandi boleh dijatuhi hukuman denda sehingga $100,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Guru yoga mengaku kelar suami

SINGAPURA
SEORANG guru yoga sambilan mengaku mengelar tangan dan tempurang lutut kanan suaminya dengan pisau dapur.
Kejadian berlaku pada 22 November lalu selepas Alexandra Chan, 28 tahun, bertengkar dengan suaminya, Encik Tang Sin Tong, 39 tahun, seroang peniaga, kerana keengganan tertuduh pergi bercuti dengannya.Chan dikatakan menyerang suaminya itu dengan tiba-tiba setelah Encik Tang membenarkannya masuk ke dalam bilik tidur utama di rumah mereka di Kondominium Linear, Upper Bukit Timah Road. Ketika itu Chan berkata dia mahu mengambil semua barangnya.Kes itu akan didengar lagi 19 Julai ini.

Tangisan sebelum nahas

KEPALA BATAS: “Kali terakhir saya menemuinya petang semalam (kelmarin), dan sebelum pulang arwah (Aztika), dia menangis dan mengucap,” kata Amirul Ariff Abdul Razak, 17, rakan sekolah Aztika Azrin Azlan, 14, yang maut bersama dua abangnya dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Dua, jam 2.45 pagi semalam.



SEDIH...ibu Aztika ditenteramkan saudara-mara.
SEDIH...ibu Aztika ditenteramkan saudara-mara.

REMUK...anggota bomba memeriksa kereta terbakar rempuh plaza  tol, semalam.

Amirul Ariff berkata, dia bersama adik perempuannya yang berusia 16 tahun, berkawan rapat, dengan Aztika Azrin, malah rakannya itu pernah tidur di rumah mereka.

Katanya, kelmarin (Ahad) Aztika Azrin datang ke rumahnya di Bukit Jambul dan arwah menangis memberitahu mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam.

“Sebelum itu arwah ada menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) memberitahu ayahnya dia tidak mahu ke sekolah hari ini (semalam) untuk kali terakhir.

“Sebelum dijemput abangnya, arwah menangis dan mengucap menyatakan mahu belajar agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya ketika ditemui di rumah Aztika di Penang Golf Resort, semalam.

Amirul Ariff berkata, meskipun berlainan kelas, hubungan mereka rapat malah boleh diumpamakan seperti adik-beradik.
Katanya, arwah seorang anak yang baik, mendengar kata dan suka membantu rakan lain yang dalam kesusahan.

“Saya kehilangan seorang rakan rapat, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Dua lelaki ditemui mati lemas di Perak

IPOH: Dua lelaki ditemui mati lemas dalam kejadian di sini dan Pantai Remis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam kejadian pertama polis menemui mayat Loke Weng Kian, 29, di dasar lombong tinggal di Taman Yik Sang pada jam 9.15 pagi ini.
"Laporan polis mengenai kehilangan Loke dibuat oleh keluarganya malam tadi selepas dia tidak pulang ke rumah dan keluarganya yang keluar mencarinya menemui kereta dan selipar Loke di tepi lombong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat dan mayat Loke ditemui pagi ini oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat Loke dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Dalam satu lagi kejadian, mayat seorang nelayan Mohamad Rodzi Bodin, 57, ditemui terapung di Sungai Batu, Pantai Remis pada jam 7.45 pagi ini.

Mohd Rodzi yang berasal dari Kampung Indah, Pantai Remis dilapor keluar ke sungai bersama seorang rakannya untuk menangkap udang kira-kira 10 pagi semalam dan tidak pulang sehingga malam tadi.

Ketika menangkap udang Rodzi bersama rakannya di landa ombak besar menyebabkan mangsa tercampak ke dalam sungai.

Mayat mangsa ditemui terapung oleh nelayan kira kira 20 metar daripada tempat kejadian pagi ini dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat. - Bernama

Lelaki mati dipercayai dibaham buaya di Sungai Kalumpang





2010/06/08

TAWAU: Mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan tidak berkepala dipercayai dibaham buaya ketika dia dan enam rakan sekerjanya sedang mencari kepah di Sungai Kalumpang, 70 kilometer dari sini. 

Ketua Polis Tawau ACP, Ibrahim Chin, berkata mayat Basri Madi, 45, ditemui tersangkut di celah pokok nipah.
"Tangan kiri dan kaki kirinya juga hilang," katanya kepada pemberita hari ini. Katanya mayat Basri ditemui oleh pasukan mencari pada 4 petang semalam, tidak jauh dari tempat dia dipercayai diserang buaya berkenaan pada 11 pagi Ahad lalu.

Semasa kejadian, seorang daripada rakan Basri, ternampak kaki manusia dalam mulut seekor buaya sepanjang tiga meter. 

Ibrahim berkata, ia adalah kejadian kedua seumpama itu dilaporkan sejak 2008 di kawasan itu. - BERNAMA

Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan

KUALA TERENGGANU: Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah. "Tujuan serbuan itu dijalankan adalah untuk mengesan suspek bagi tujuan pertuduhan di mahkamah, namun hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah itu, polis menemui kira-kira 400 helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli dalam almarinya.
"Lelaki berkenaan tinggal seorang dan masih bujang. Selepas soal siasat dijalankan, suspek mengaku mencuri sebahagian besar daripada seluar dalam wanita itu ketika bertugas di Dungun dan Marang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu turut memaklumkan bahawa pakaian dalam itu dicuri di sekitar kawasan perumahan di dua daerah berkenaan sejak setahun lalu.

Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.

"Tetapi fizikalnya tidak mencerminkan dia seorang pondan ataupun gay," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lelaki itu turut positif dadah metaphetamine dan dia ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis juga sedang menyiasat sekiranya ada laporan dibuat oleh mana-mana wanita berhubung kehilangan pakaian dalam mereka bagi membolehkan polis membuat pertuduhan atas kesalahan mencuri," katanya.

Sementara itu, serbuan berasingan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alur Limbat, kira-kira jam 5.30 pagi itu turut membawa kepada penahanan empat individu termasuk seorang wanita, ekoran penemuan 60 biji pil kuda bernilai RM2,400.

Roslan berkata, mereka berumur antara 19 hingga 22 tahun dan ujian air kencing mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.-Bernama

Polis serbu 5 kafe siber

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu lima kafe siber yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet di sekitar Cheras dalam Ops Dadu, kira-kira jam 4 petang tadi.
Serbuan diketuai oleh Deputi Superintendan Razali Abu Samah berjaya merampas ratusan unit komputer yang menjadi tumpuan pelajar sekolah menghabiskan cuti persekolahan mereka.

Lelaki dirempuh penjenayah dalam keadaan kritikal

KUALA LUMPUR: Mohd Azmi Abdul Aziz, 46, yang dirempuh sebuah kereta penjenayah yang cuba melarikan diri daripada polis pada Jumaat lalu, kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang di sini, demikian menurut isterinya.
Nor Ashikin Shaarani, 49, berkata suaminya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sejak Jumaat lalu mengalami kecederaan teruk di kepala dan tulang rusuk.
"Doktor memasukkan besi di kakinya," katanya kepada pemberita di hospital itu selepas menerima sumbangan daripada Ketua Umno Bahagian Seputeh Datuk Mustapha Kamal Yusuf hari ini.

Dalam kejadian pada 6.15 pagi Jumaat lalu, Mohd Azmi, kerani Biro Angkasa, yang sedang memandu keretanya untuk menghantar anaknya Nur Amirah, 17, ke sekolah dilanggar sebuah kereta lelaki disyaki pengedar dadah yang dikejar peronda polis di Taman Melawati di sini.

Nur Amirah, yang turut cedera dan menerima sekitar 100 jahitan di muka dan patah tangan, telah dibenarkan keluar dari hospital itu semalam.

Lelaki disyaki pengedar dadah berumur 27 tahun itu diberkas setelah kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan dekat situ.-Bernama

Tiga lelaki Indonesia tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata

KUANTAN: Tiga warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap sebuah keluarga di sini bulan lalu.
Tertuduh Zakaria Mohamad, 40, dari Makasar, Idris, 30, dari Berakit dan Denni Irawan, 36, dari Ceribon, didakwa melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan parang ke atas peniaga Mohd Isha Hassan, 58.
Bagi pertuduhan pertama di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, kesemua tertuduh didakwa merompak Mohd Isha dengan wang tunai RM87,000, sejumlah barang kemas, dua buah telefon bimbit dan 18 kad prabayar, membabitkan nilai keseluruhan RM130,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumah mangsa berhampiran stesen minyak BHP di Felda Bukit Kuin dekat sini, pada jam 4.14 pagi, 10 Mei lalu.

Di mahkamah berasingan, mereka menghadapi tuduhan kedua iaitu merampas sejumlah barang kemas dan sebuah telefon bimbit bernilai kira-kira RM10,000 milik isteri mangsa, Zainab Talib, 56, pada jam 3.30 pagi pada hari dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, yang dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon, mereka didakwa merompak anak perempuan pasangan terbabit, Shazwanie Mohd Isha, 18, dengan merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba membabitkan nilai RM5,000.

Bagi pertuduhan keempat, mereka didakwa merompak anak saudara peniaga itu, Zulmuhaimin Mohamad, 20, yang turut berada di dalam rumah, dengan merampas sebuah telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM600.

Mereka, yang tidak diberi ikat jamin, didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kesemua tertuduhan melantik peguam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How.-Bernama

Gari dipakai kepada Kugan gagal ditemui - Pegawai Penyiasat

PETALING JAYA: Gari yang dipakaikan kepada A Kugan sepanjang tempoh soal siasat gagal ditemui selepas tahanan itu dilaporkan mati dalam lokap, tahun lalu, kata pegawai penyiasat di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Asisten Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar, 32, berkata beliau juga tidak mengetahui atau menemui kunci untuk gari itu dan turut menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.
"Jika saya tidak mengetahui mengenai gari itu, bagaimana saya boleh pula mengetahui kunci bagi gari itu," katanya ketika disoal balas peguam Datuk P M Nagarajan, yang mewakili konstabel V Navindran, yang menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Reaksi saksi itu semasa menjawab soalan itu menimbulkan kemarahan Nagarajan dan beliau mengingatkan Mohd Marzuki bahawa akan timbul pelbagai soalan yang lain jika beliau enggan menjawab mengikut kehendak soalannya.

Saksi pendakwaan ke-22 itu memberitahu mahkamah, bahawa beliau juga tidak mengetahui gari milik siapa yang digunakan terhadap Kugan dalam tempoh kejadian itu berlaku.

Mohd Marzuki memberi keterangan pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah 1 Okt lepas terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah.

Navindran dituduh melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Jan tahun lalu, dan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Dalam keterangan pada 7 April lalu, saksi pendakwaan ke-19, Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor, 29, memberitahu bahawa gari yang digunakan terhadap Kugan adalah miliknya yang ketika itu sedang bertugas dari 15 Jan hingga hari berikutnya, pada pukul 8 malam.

Perbicaraan dihadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung 19 Julai ini dengan keterangan dua saksi pendakwaan iaitu pembantu pegawai penyiasat kes, Inspektor Khairi Kamarudin dan ahli kimia Adriane Reeza Ali.-Bernama

Dua lelaki dihukum penjara 12 tahun miliki 3,920 pil khayal

KOTA BAHARU: Dua penganggur masing-masing dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan memiliki 3,920 biji pil jenis methamphetamine seberat 65.98 gram di sini, tiga tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Azuwan Mohd Zain, 24 dan Mohd Redzuan Che Yasin, 27, kedua-dua dari sini, selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu memiliki dadah itu.
Sebelum ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah memiliki pil khayal itu di Kampung Belakang, di belakang Balai Polis Kok Lanas, dekat sini, pada jam 6.55 petang, 13 Mac 2007.

Atas tuduhan pilihan, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob, manakala Mohd Azuwan diwakili oleh peguam Muhammad Hasif Hasan dan Mohd Redzuan oleh Zamri Mat Nawang.-Bernama

Wanita warga Singapura rugi lebih RM250,000 ditipu teman lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Singapura terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM250,000 akibat ditipu teman lelakinya warga Malaysia sejak awal tahun 2009 hingga April lalu.
Mangsa yang bertugas sebagai jurutera perisian dan hanya mahu dikenali sebagai Chang, 31, kini turut diburu oleh 15 buah bank akibat bebanan hutang yang ditanggungnya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang membuat aduan kepada biro itu semalam, dikatakan memberi wang secara tunai setiap kali teman lelakinya meminta wang daripadanya. "Kita meminta peguam untuk menyelidik kes ini dan jika boleh kita mahu selesaikan perkara ini dengan membuat laporan polis dari Malaysia dan Singapura.

Difahamkan anggota keluarga dan rakan mangsa masih tidak mengetahui kejadian yang menimpa mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Kam K C, 34, berasal dari Kuantan, Pahang dan berkenalan dengan mangsa ketika suspek bertugas di sebuah firma kewangan di Singapura pada tahun 2002.

Suspek kini seorang penganggur dikatakan sering meminta wang kepada mangsa atas pelbagai alasan termasuk berhutang dengan Ah Long dan kalah pertaruhan bola sepak.

Chong berkata, suspek dikatakan telah pulang ke Malaysia pada April lalu, bagaimana masih tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Sebanyak 18 kes seumpama itu dilaporkan di Biro Pengaduan Awam MCA sejak tahun 2006 hingga April 2010 yang membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM679,708.

-Bernama

12 terkorban akibat feri karam di Bangladesh



08/06/2010 4:07pm

DHAKA 8 Jun - Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk 10 kanak-kanak mati lemas dan ramai lagi masih hilang selepas sebuah feri yang padat dengan penumpang tenggelam di timur laut negara ini.
Kejadian itu berlaku di daerah Sunamganj, kira-kira 140 kilometer di utara ibu negara Dhaka, kata pegawai daerah Kamrul Alam.
"Mayat-mayat mangsa terdiri daripada enam murid sekolah, empat kanak-kanak dan dua wanita telah ditemui setakat ini," kata Alam sambil menambah bahawa feri itu didapati terlebih muatan.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan di mana terdapat ramai penumpang lagi yang masih hilang.
Kejadian kemalangan melibatkan bot dan feri akibat kelemahan standard keselamatan dan lebihan muatan adalah perkara biasa di Bangladesh, sebuah negara yang direntasi oleh 230 buah sungai.
Bulan lalu sekurang-kurangnya 16 orang mati apabila sebuah feri yang padat dengan muatan karam di daerah Kishorganj. - AFP

6 kampung dilanda ribut


Oleh Nahar Tajri

2010/06/08

Lebih 50 rumah di Yan dinaiki air, bumbung diterbang angin kencang

YAN: Lebih 50 rumah di enam kampung di sini, dinaiki air manakala 17 rumah lagi di empat kampung rosak teruk membabitkan 500 penduduk dari 50 keluarga dalam kejadian ribut dan hujan lebat di sekitar daerah ini, awal pagi semalam.

Angin kencang diikuti hujan lebat yang berlarutan dari jam 8 pagi Sabtu lalu hingga jam 2 pagi kelmarin menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dengan paras air di beberapa sungai di daerah ini naik hingga paras satu meter.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, berkata hujan berterusan selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di kawasan Kampung Kepala Bukit, Kampung Titi Teras, Kampung Teroi, Kampung Sungai Bongkok, Kampung Sungai Malai dan Kampung Sungai Ibuk.

"Setakat ini, kita belum menerima maklumat terperinci mengenai bilangan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir.

"Selain itu kita juga tidak menerima apa-apa laporan berkenaan mangsa yang diarahkan berpindah ke penempatan sementara mangsa banjir.

"Bagaimanapun berdasarkan tinjauan kita hari ini (semalam) banjir sudah surut namun kita tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya di sini, semalam.

Ku Rahman berkata, dalam kejadian ribut pula sebanyak 17 rumah di kawasan Taman Desa Aman, Pondok Haji Hussin, Kampung Lorong Panglima dan Guar Chempedak rosak teruk terutama di bahagian bumbung apabila atap rumah diterbangkan angin kencang.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, meminta orang ramai yang terbabit dalam banjir supaya membuat laporan di Balai Polis Guar Chempedak atau mana-mana balai polis bagi memudahkan pemantauan dibuat.

"Ia perlu bagi memudahkan JKM membuat semakan mengenai bilangan mangsa yang terbabit dan daripada maklumat itu, JKM akan menyiasat jumlah kerugian bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mangsa secepat mungkin.

"Sehingga kini juga masih belum ada mangsa dilaporkan terpaksa berpindah ke penempatan sementara dengan paras air dilaporkan beransur pulih," katanya.

Seorang penternak lembu, T. Saminathan, 29, dari Sungai Bongkok berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM2,000 selepas semua makanan lembu dan mesin mengepam air miliknya rosak.

"Saya tidak sempat mengalihkan semua makanan ternakan dan peralatan itu kerana kejadian banjir berlaku dengan cepat.

"Saya ada kira-kira 200 ekor lembu dan dengan kejadian semalam mungkin ada yang hilang," katanya.

Wanita mati tercampak dari kereta





2010/06/08

TANGKAK: Seorang wanita maut apabila tercampak keluar daripada Proton Wira dipandu suaminya yang turut parah dalam kemalangan di Kilometer 165.6, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke Utara, di sini, jam 9 pagi kelmarin. 

Identiti wanita yang meninggal dunia di Hospital Tangkak dan suaminya yang kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru masih belum dapat dipastikan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Proton Wira terbabit dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaannya terbabas ke bahu jalan dan terhumban ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu. 

Wanita berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia pada jam 1.17 tengah hari ketika mendapat rawatan di hospital, manakala suaminya yang masih tidak sedarkan diri dikejarkan ke HSA. 

Mengikut alamat tertera pada kad pengenalan mangsa, mereka berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, ketika kejadian pasangan itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah, katanya di sini semalam. 

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu memberikan maklumat.

Polis bawa berita buruk jam 3 pagi





2010/06/08

KEPALA BATAS: Bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan ngeri di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, semalam, tidak menyangka tujuan dua anaknya keluar untuk mengambil adik bongsu mereka berakhir dengan tragedi. 

Azlan Nithiabalan Abdullah, 50, berkata dua anak lelakinya itu keluar dengan memandu Proton Satria Neo dari rumah petang kelmarin dan sepatutnya pulang pada sebelah malam.
Saya yang pelik dengan kelewatan mereka dan cuba beberapa kali menghubungi telefon bimbit mereka.
Selepas puas mencuba, saya masih gagal menghubungi mereka sehinggalah beberapa anggota polis datang ke rumah pada jam 3 pagi memaklumkan kejadian yang menimpa mereka, katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kepala Batas, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Proton Satria Neo yang dinaiki Azwadi Aznil Nithia, 22; Azwari Aznal Nithia, 20, dan adik bongsu perempuan mereka, Aztika Azrin, 14, terbakar selepas merempuh tembok penghadang plaza tol. 

Jenazah tiga beradik itu selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bertam Indah.

Berjaya susup 5 pita rakaman



Oleh Magendran Rajagopal, Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim

2010/06/08

SEPANG: Berita serangan tentera Israel terhadap Mavi Marmara yang mengorbankan sembilan aktivis kemanusiaan dari Turki tidak melemahkan semangat saya dan jurugambar serta aktivis lain untuk meneruskan misi bersama kapal Rachel Corrie. Malah, ia membakar semangat kami untuk merakamkan lebih banyak gambar untuk tatapan masyarakat dunia, kata wartawan penyiaran TV3, Halim Mohamed. 

Beliau berkata, walaupun kecewa kerana gagal merakamkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan menemubual beberapa pemimpin Palestin serta rakyat negara itu, kejayaan membawa keluar lima pita rakaman yang mengandungi gambar misi berkenaan, sedikit sebanyak mengubat kesedihan itu.
Halim dan jurugambar, Mohd Jufri Judin adalah antara enam aktivis Malaysia yang dibebaskan Israel kelmarin selepas kapal MV Rachel Corrie yang dinaiki mereka diarahkan ke Pelabuhan Ashdod.
Mereka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amman, Jordan bersama ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria; anggota Perdana Global Peace Foundation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu. 

Ketibaan mereka disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; penaung PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penasihatnya, Datuk Mukhriz Mahathir. 

Ketika ditemui, Halim berkata, walaupun perasaan takut menyelubungi mereka yang berada di atas kapal Rachel Corrie, pengalaman aktivis lain banyak membantu menenangkan mereka. 

Bagaimanapun, pengalaman ketika disoal siasat tentera Israel dan terpaksa bermalam di pusat tahanan mereka, tidak akan dilupakan sampai bila-bila, katanya. 
Sementara itu, Jufri berkata, maklumat lengkap yang diperoleh Israel mengenai latar belakang mereka amat mengejutkan.

Nekad buktikan gangguan elektrik kerap berlaku




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MANAMA: Seorang lelaki bertindak nekad dengan berjalan di atas wayar elektrik bagi membuktikan bekalan elektrik tidak disambung semula dengan pantas ke kampungnya di Asir, barat laut Arab Saudi.
Saksi berkata, Mohammad Al Qah'tani berjalan di atas wayar sambil memegang wayar di atas kepalanya sejauh 100 meter kerana memprotes gangguan yang terlalu kerap berlaku di kampungnya.
“Saya ingin buktikan wayar ini tidak membekalkan elektrik dan syarikat terbabit mengambil masa lama memulihkan bekalan.

“Penduduk muak dengan gangguan elektrik yang terlalu kerap berlaku kerana ia menyebabkan kami kerugian bahan makanan yang busuk,” kata Mohammad. Syarikat terbabit mendakwa gangguan berpunca daripada hujan lebat dan keadaan cuaca yang tidak stabil. - Agensi

Lelaki ditemui mati dicincang




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHARJAH: Polis melancarkan siasatan terhadap kematian seorang lelaki yang ditemui mati dicincang di apartmennya, semalam.
Sumber polis berkata, mangsa disyaki seorang lelaki Arab.
Sepasukan polis dihantar ke apartmen itu selepas orang ramai mengadu bau busuk yang dikenal pasti datang daripada kediaman lelaki itu.

Sebaik sahaja masuk ke apartmen yang terletak di kawasan Industri 1 itu, polis menemui mayat lelaki itu yang dicincang.

Polis kemudian membawa mayat itu ke Makmal Forensik di Balai Polis Sharjah untuk siasatan lanjut.

Beberapa suspek dilapor dipanggil untuk membantu siasatan dan polis kini menggiatkan usaha mencari pembunuh hasil maklumat diperolehi.

Saksi berkata, puluhan jiran mangsa berada di luar kawasan apartmen ketika polis melancarkan siasatan.

“Seluruh jalan di kawasan itu menjadi zon larangan untuk tempoh lama.

“Ada yang mendakwa polis menemui dua beg mengandungi dua mayat di dalam sebuah trak.

“Kedua-dua mayat didakwa dikerat dan dicincang dan organ dalaman mereka dilapor hilang,” kata saksi itu.

Polis enggan mengulas sama ada mayat itu diletakkan di dalam beg tapi menegaskan, hanya satu mayat ditemui. - Agensi

Jambatan runtuh: 12 kanak-kanak maut




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANDA ACEH (Indonesia): Dua belas kanak-kanak terbunuh selepas jambatan gantung yang mereka naiki ketika menjalani upacara menghalau sial runtuh, semalam.
Ketua Daerah, Ibnu Hasyim berkata, insiden berlaku di sebuah kampung terpencil di Aceh.
“Jambatan gantung itu runtuh ketika 37 kanak-kanak berjalan di atasnya,” katanya.

Penduduk berjaya menyelamatkan 25 kanak-kanak tapi 12 yang lain, semuanya berusia bawah 12 tahun dihanyutkan air deras.

Upacara itu diadakan selepas ramai kanak-kanak di situ dijangkiti demam campak. - AFP

Gali kokain RM5.5 juta

MANILA: Polis Filipina berjaya menemui dadah kokain yang dipercayai adalah sebahagian daripada dadah dibuang sindiket dadah Amerika Selatan di perairan berhampiran sebuah pulau negara itu.
Dadah bernilai PHP76 juta (RM5.46 juta) itu ditemui di bebarapa lokasi di Pulau Samar, semalam.
Penemuan hampir 20 kilogram kokain di pelbagai lokasi di pulau itu selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat mengenai bahan larangan itu daripada seorang nelayan tempatan.

Ketua Agensi Anti-penyeludupan, Antonio Villar berkata, beliau yakin kokain ditemui adalah sebahagian daripada dadah yang dibuang di perairan Pulau Samar awal tahun ini.

Bagaimanapun, berbeza dengan penemuan sebelum ini, kokain yang ditemui disimpan di dalam 17 paket berasingan. Lebih daripada 200 kilogram kokain dalam bentuk batu-bata ditemui di pantai pulau ketiga terbesar Filipina itu pada awal tahun ini.

Kerajaan mendakwa ada juga dadah yang dirampas daripada nelayan yang menemui dan cuba menjualnya kepada sindiket jenayah.

Dadah itu dipercayai milik sindiket dadah Amerika Selatan. Mereka didakwa dalam perjalanan ke Hong Kong awal tahun ini tapi membuang dadah itu ke laut kerana percaya operasi mereka dipantau pihak berkuasa.

Filipina didakwa menjadi pusat dadah negara Asia Tenggara dan sindiket jenayah tempatan dikenal pasti membiayai kempen pilihan raya ahli politik tempatan. - AFP

bayi parah diserang musang




2010/06/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LONDON: Sepasang bayi kembar terpaksa dirawat di hospital selepas mereka diserang musang ketika tidur, semalam.
PAULINE...tertekan.
PAULINE...tertekan.
pix_topright
Baru berusia sembilan bulan, pasangan Isabella dan Lola Koupparis diserang haiwan ganas itu ketika tidur di tingkat atas rumah mereka di London.
Polis percaya musang itu menyelinap masuk ke rumah berkenaan melalui pintu yang sengaja dibiar terbuka disebabkan penghuninya panas.

Pada masa sama, ibu bapa bayi terbabit leka menonton televisyen.

Seorang daripada mangsa cedera sebelah mata, manakala seorang lagi terpaksa dibedah bagi merawat luka pada tangan.

Ibu mangsa, Pauline Koupparis, berkata keadaan seorang daripada anaknya tidak begitu memberangsangkan.

“Kami sekeluarga sangat bimbangkan keadaan Isabella dan Lola dan mahu memastikan mereka selamat.

“Seorang daripadanya kelihatan sihat, tapi keadaan seorang lagi tidak begitu baik,” katanya.

Kata Pauline, dia dan suaminya, Nick, menghubungi talian kecemasan 999 kira-kira jam 10 malam sejurus selepas menghalau musang berkenaan dari rumah tiga tingkat mereka di Stoke Newington.

Rumah itu dianggarkan bernilai RM3.9 juta.

Sementara itu, jurucakap hospital berkata, keadaan bayi itu ‘serius, tetapi stabil’.

Sementara itu, Koupparis, 40, berkata biasanya dia dan Pauline tidur dengan Isabella, Lola dan abang mereka Max, 4, setiap malam. - Agensi

Tertuduh tendang bola pantai dipelukan mangsa



08/06/2010 12:20pm

SHAH ALAM 7 Jun - Saksi pendakwa ke-7, Muhammad Faleeq Hakimi Zazali memberitahu Mahkamah Tinggi disini hari ini, dia nampak pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil menendang bola pantai yang sedang dipeluk oleh seorang budak perempuan menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting.
Menurutnya, dia juga melihat pemandu teksi itu memegang tangan dan mengheret kanak-kanak perempuan itu dari kawasan 'D' padang bola hingga ke tepi padang sebelum mencampaknya ke luar padang.
Katanya lagi, selepas mencampak kanak-kanak perempuan itu ke luar garisan padang bola, tertuduh telah menarik tangan mangsa supaya bangun tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula.
Tertuduh kemudian menyuruh kanak-kanak itu duduk sebelum menyepak bahu budak perempuan itu.
Menyedari kehadiran saksi yang berlari ke arah tertuduh, Muhammad Faleeq menyatakan tertuduh mengugutnya dengan berkata "Kau jangan sibuk, nanti kau yang aku buat macam ni." - Utusan

Tertuduh ugut budak perempuan



08/06/2010 12:40pm

S.alam - Saksi pendakwa kelapan perbicaraan kes bunuh Syafiah Humaira, Muhammad Nur Afiq Athman,15, memberitahu dia mdengar pemandu teksi, Mohd. Fazli menjerit dengan lantang "Pia, kau jagalah Amy ni, kang aku pijak kau dengan but ni" ke arah seorang budak perempuan.
Mahkamah berhenti rehat seketika kerana saksi kesembilan pendakwa takut hendak menjawab soalan. - Utusan

Union Carbide didapati bersalah tragedi Bhopal



BHOPAL - Cawangan syarikat kimia Amerika Syarikat di India, Union Carbide, serta tujuh kakitangan warga India didapati bersalah kerana cuai sehingga mengakibatkan kebocoran gas toksik industri yang membunuh ribuan penduduk di Bhopal pada 1984. 

Pesalah berhadapan hukuman penjara dua tahun dan denda, sekali gus menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi yang berpendapat, hukuman itu terlalu ringan berbanding kesalahan dilakukan. 

Kebocoran gas toksik dari kilang di tengah bandar Bhopal pada 3 Disember 1984 menyebabkan 3,500 orang terbunuh tetapi aktivis hak asasi berkata, lebih 25,000 orang menjadi mangsa, termasuk penduduk yang mati beberapa tahun kemudian akibat keracunan dan ramai yang hilang deria penglihatan. 

Hukuman yang diputuskan mahkamah semalam hanya bagi warganegara India dan mereka masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. 

"Keputusan ini tidak membawa apa-apa makna selain suatu lawak sahaja. Mereka yang terlibat dalam pembunuhan ribuan penduduk tidak berdosa hanya dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan ini tentu tidak adil," kata seorang aktivis, Rachna Dhingra. 

Insiden kebocoran gas dari kilang racun perosak yang serta-merta membunuh ribuan orang itu masih menjadi tragedi perindustrian terburuk dunia.

Perdana Menteri Korea Utara dipecat



SEOUL - Parlimen Korea Utara memecat Perdana Menteri Kim Yong-il dalam suatu langkah yang dilihat sebagai cubaan menguatkan pengaruh dan kuasa Kim Jong-il. 

Jawatan Perdana Menteri kini dipegang oleh Choe Yong-rim yang menjadi pilihan Kim Jong-il. 

Pemimpin Korea Utara itu turut melantik adik iparnya, Jang Song-thaek, sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan yang dipengerusikannya. 

Kesemua percaturan politik ini dilihat penganalisis politik sebagai usaha licik Kim Jong-il memastikan anak bongsunya boleh menjadi penggantinya sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Banjir dan tanah runtuh di China, 53 terkorban



BEIJING - Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat mengorbankan 52 nyawa di wilayah Guangxi, bahagian barat daya China, sejak akhir bulan lalu. 

Dari 31 Mei hingga 2 Jun lalu, 20 mayat dijumpai, termasuk mayat tiga adik-beradik berumur antara 8 dan 11 tahun yang dihanyutkan banjir semasa berjalan pulang ke rumah nenek mereka selepas sekolah. 

Hujan lebat selama tiga hari itu turut meranapkan 11,000 rumah dan memaksa 200,000 penduduk berpindah, selain memusnahkan 15 tempat takungan air dan ribuan rangkaian terusan. 

Banjir yang dilaporkan paling buruk pada abad ini menjejaskan 50 juta penduduk di wilayah Guangxi dan hujan lebat dijangka turun lagi pada minggu ini.

Enam sekeluarga maut kereta bertembung treler Jalan Kuantan-Segamat


PEKAN - Enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler di kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat,  malam tadi.

Mereka dikenali sebagai Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13, Norsufia Saudi, 10, Norsuhaila Saudi, 7, dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Keratong 2.

"Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya.

Amran berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan.

Dua lelaki ditemui lemas



IPOH - Dua lelaki ditemui mati lemas dalam kejadian di sini dan Pantai Remis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam kejadian pertama polis menemui mayat Loke Weng Kian, 29, di dasar lombong tinggal di Taman Yik Sang pada pukul 9.15 pagi ini.

Laporan polis mengenai kehilangan Loke dibuat oleh keluarganya malam tadi setelah dia tidak pulang ke rumah dan keluarganya yang keluar mencarinya menemui kereta dan selipar Loke di tepi lombong, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkanoperasi mencari dan menyelamat dan mayat Loke ditemui pagi ini oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat Loke dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Dalam satu lagi kejadian, mayat seorang nelayan Mohamad Rodzi Bodin, 57, ditemui terapung di Sungai Batu, Pantai Remis pada pukul 7.45 pagi ini.

Mohd Rodzi yang berasal dari Kampung Indah, Pantai Remis dilapor keluar ke sungai bersama seorang rakannya untuk menangkap udang kira-kira pukul 10 pagi semalam dan tidak pulang sehingga malam tadi.

Semasa menangkap udang Rodzi bersama rakannya telah di landa ombak besar menyebabkan mangsa tercampak ke dalam sungai.

Mayat mangsa ditemui terapung oleh nelayan kira kira 20 metar daripada tempat kejadian pagi ini dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.



Hutang antara punca perceraian di Perlis



KANGAR - Menanggung beban hutang adalah antara fakto:r utama berlaku penceraian di kalangan pasangan Islam di Perlis. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, berdasarkan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya di kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian. 

"Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga," katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini, semalam. 

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lalu. 

Katanya, bagi tahun ini sehingga 15 Mei lalu, seramai 120 pasangan Islam dilaporkan bercerai di negeri ini, katanya. 

“Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang berpisah,” katanya. 

Beliau berkata, sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa sama ikatan itu tidak harus dibubarkan dengan mudah. 

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf kelahiran sepanjang tahun lalu. 

"Oleh itu ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga, tetapi masyarakat dan negara, katanya. - Bernama

Pecah masuk stor simpanan pasar raya



IPOH – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak menyerbu tiga stor simpanan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di salah sebuah pusat pasar raya di sini, semalam. 

Seramai lima penguat kuasa PPDNKK Perak terbabit dalam operasi itu dan mereka terpaksa memecah masuk premis berkenaan menggunakan kuku kambing dan pemotong besi memandangkan pemiliknya tidak dapat dikesan.

Kira-kira 12,000 keping VCD dan DVD pelbagai jenis antaranya filem terbaru, ekstrem, ganas dan lucah turut ditemui disimpan di dalam kotak pada serbuan yang dilakukan mulai jam 3 petang itu. 

Pengarah KPDNKK Perak, Mokhtar Sulaiman berkata, VCD dan DVD yang dirampas daripada ketiga-tiga stor berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM120,000 

Menurutnya, pihaknya bertindak atas maklumat orang awam yang diterima sejak seminggu lalu berhubung tempat penyimpanan VCD dan DVD berkenaan. 

“Difahamkan ada antara stok VCD dan DVD yang baru tiba di tempat penyimpanan masih belum dibungkus untuk dipasarkan. 

“Bagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas pemilik stor simpanan VCD dan DVD itu dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Mokhtar berkata, jika disabit kesalahan mereka yang bersalah boleh didakwa di bawah seksyen 31(B) Akta Perihal Dagangan 1972 dan seksyen 41(1B) Akta Hak Cipta 1987. 

Katanya, mereka masih menyiasat dalang di sebalik aktiviti ini dan dipercayai semua barangan yang dirampas dipasarkan di sekitar bandar raya Ipoh. 

Sementara itu, beliau berkata, Februari lalu PPDNKK Perak berjaya menangkap seorang pengedar VCD dan DVD tiruan yang dikenakan denda RM198,000 serta kini menjalani hukuman penjara selama enam bulan disabit kesalahannya. 

“Justeru, kita akan mengadakan operasi membanteras VCD dan DVD cetak rompak dari semasa ke semasa melalui Kempen Gerak Gempur yang dilancarkan baru-baru ini,” katanya.

Ombak dari Gunung Jerai



GUAR CHEMPEDAK - Bimbang dan takut.

Itulah perasaan dialami penduduk Guar Stesen dan Kampung Baru, di sini apabila banjir lumpur yang melanda kampung mereka awal pagi semalam mengakibatkan kira-kira 31 rumah dinaiki air, manakala tiga rumah lagi roboh.

Seorang penduduk Kampung Baru, Sabri Saari,43, berkata, hujan lebat yang berterusan tidak henti sejak jam 10 malam kelmarin menyebabkan paras air Sungai Gurun meningkat mendadak sehingga mencapai paras 1.8 meter.

Menurutnya, lebih kurang jam 1.30 pagi semalam, dia terdengar bunyi deruan air yang amat kuat dan terkejut apabila melihat gelombang air seakan-akan ombak turun dari kaki Gunung Jerai di belakang kampung dan hampir menenggelamkan kira-kira 12 rumah.

“Gelombang itu mengakibatkan air sungai mengalir deras dan dengan ketinggian hampir 1.8 meter, gelombang sungai itu memusnahkan tiga rumah dan dusun di belakang kampung.

“Dalam tempoh seminggu, sudah dua kali kejadian banjir kilat berlaku setiap kali hujan turun. Saya minta jasa baik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera menyelenggara Sungai Gurun agar tidak mengancam keselamatan kami,”katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Seorang lagi penduduk, Saodah Muhamad,70, meratapi kejadian bencana yang berlaku dan menyuarakan kebimbangan rumahnya akan musnah sekiranya hujan lebat berlaku lagi dalam masa terdekat.

Dia yang kini tinggal bersama dua anak dan seorang cucu hanya mampu berdoa mengharapkan kejadian banjir kilat itu tidak berulang.
“Hari ini kami sekeluarga mungkin selamat, esok lusa kami tidak tahu nasib kami,”katanya.

Sinar Harian difahamkan, tapak sebuah rumah di kampung itu turut terhakis teruk akibat kejadian banjir lumpur semalam.

Sementara itu, di Guar Stesen, kira-kira tujuh rumah berhampiran projek pembinaan landasan keretapi berkembar di sini mengalami kerosakan teruk akibat dinaiki air.

Surirumah, Rodiah Yaakob,38, ketika ditemui berkata, banjir kilat mula melanda rumahnya kira-kira jam 3.30 pagi dan mencapai paras ketinggian 0.6 meter.

“Saya tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga kerana air naik terlalu cepat dalam masa 20 minit saja. Sejak kami tinggal di sini, ini kali pertama kejadian banjir kilat paling buruk berlaku dan saya minta semua pihak berkenaan memberikan bantuan sewajarnya kepada kami,”katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Ja’far ketika ditemui Sinar Harian berkata, sebanyak lebih kurang 60 rumah terlibat banjir kilat yang meliputi Kampung Jelatang, Titi Teras, Sungai Bongkok dan Kepala Bukit di sini semalam.

“Saya minta jasa baik pemaju projek pembinaan landasan keretapi elektrik berkembar, Gamuda-MMC untuk membina satu sistem perparitan sempurna bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa berlaku lagi.

“Di kawasan Kampung Baru pula, saya mohon JPS meluluskan kerja-kerja mendalamkan Sungai Gurun agar air sungai tidak melimpah ke rumah penduduk dan mengakibatkan banjir kilat,”katanya.

Ibu bapa jangan cepat menuding jari - MB




SEREMBAN – Ibu bapa diminta tidak mudah menuding jari kepada pihak berkuasa sekiranya anak mereka ditahan atau dikenakan hukuman berikutan melanggar undang-undang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan pihak berkuasa mengenakan hukuman terhadap mereka yang terbabit jenayah bukan mahu menganiaya sesiapa, sebaliknya demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

“Kadangkala apabila polis trafik buat operasi dan arah remaja tolak motosikal tiga kilometer dari Ampangan ke Seremban 2, ibu bapa menghujani saya mengatakan pihak polis menganiaya anak mereka. 

“Tetapi jam 3 pagi, anak tiada lesen memandu, adakah mahu salahkan pihak berkuasa? Apabila polis ambil tindakan demi keselamatan orang lain, ibu bapa pula menyalahkan pihak berkuasa dan kerajaan,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai perlu memahami tindakan yang dikenakan terhadap remaja yang melanggar peraturan dan undang-undang adalah demi kepentingan bersama. 

“Kita cuma mahu membaikkan, justeru, keluarga terbabit mesti menerima hakikat anak mereka terlibat. Kita jalani apa sahaja hukuman yang akan dibuat untuk memulihkan anak mereka. 

“Kita bukan mahu menganiaya siapa-siapa, boleh jadi anaknya nanti kita hantar ke pusat pemulihan ataupun kita bagi nasihat,” katanya. 

Sehubungan itu, Mohamad berkata, ibu bapa jangan mudah menuding jari, sebaliknya anak adalah tanggungjawab bersama. 

“Apabila banyak jenayah berlaku, pecah rumah, salahkan pihak berkuasa. Apabila polis bertugas kadangkala memantau orang bermotosikal yang kita syaki, marah pula, jangan macam itu. 

“Kita mesti sama-sama bertanggungjawab pastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjaga di negeri ini,” katanya.

Tren kargo tergelincir



KUALA LUMPUR - Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan beberapa perjalanan terjejas semalam berikutan kejadian tren kargo tergelincir antara Stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara. 

KTMB dalam satu kenyataan di sini, berkata, perkhidmatan yang terjejas ialah perkhidmatan Rawang-Seremban ditamatkan di Stesen Kepong dan penumpang teruskan perjalanan dengan tren shuttle ke Stesen Sentral Kuala Lumpur dan kembali gunakan tren komuter ke Seremban. 

"Perjalanan Seremban- Rawang ditamatkan di Stesen Sentral Kuala Lumpur, penumpang dipindahkan dengan tren shuttle ke Stesen Kepong dan meneruskan perjalanan dengan tren komuter ke Rawang. 

"Tren shuttle antara Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Kepong beroperasi setiap 60 minit dan kembali berkhidmat setiap 30 minit selepas 2 petang. 

Perkhidmatan tren laluan Pelabuhan Klang ke Sentul ditamatkan di Stesen Kuala Lumpur. 

"Turut terjejas ialah perkhidmatan antara bandar KTM melibat perjalanan Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur," katanya. 

Bagaimanapun perkhidmatan kembali pulih kira-kira 4.16 petang semalam. 

“Namun begitu, perkhidmatan di semua laluan dijangka akan mengalami kelewatan sebanyak 30 minit dari jadual asal ekoran daripada kerja-kerja baik pulih yang masih belum selesai sepenuhnya dan masih dijalankan di laluan Kuala Lumpur-Bank Negara,” katanya. 

Semua laluan perkhidmatan tren iaitu Sentul-Pelabuhan Klang-Sentul dan Seremban-Rawang-Seremban yang mengalami keadaan yang sama dijangka akan berlarutan sehingga hari ini. 

Insiden tren kargo itu berlaku kira-kira jam 12.50 pagi semalam ketika tren dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh. 

Tidak ada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTMB orang ramai boleh hubungi talian khidmat e-langgan di 1-300-88-5682. - Bernama.

Bimbang bahana rumah terbengkalai




KUANTAN – Penduduk di Taman Kampung Padang Jaya, di sini bimbang dengan kewujudan 12 rumah di kawasan perumahan di kawasan itu yang terbengkalai dan kini menjadi sarang maksiat terutama pot kaki lalok menghidu gam. 

Keadaan itu membuatkan penduduk di taman berkenaan sentiasa dilanda resah kerana khuatir perumahan teres itu akan terus menjadi pusat sehenti penyakit sosial. 

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati, rumah terbengkalai sejak tujuh tahun lalu itu terbiar ditumbuhi semak samun hingga menjadi lokasi maksiat manakala keadaan dalam rumah tersebut pula dipenuhi dengan sampah sarap dan peralatan menghidu gam seperti tin, botol plastik dan straw minuman. 

Rata-rata penduduk berpendapat, rumah yang terbengkalai itu sepatutnya segera diselenggarakan semula supaya bersih daripada sebarang kegiatan yang tidak sihat. 

Nazman Dain, 38, berkata, keadaan itu memberi kesan kepada penduduk sekitar terutamanya dari sudut keselamatan. 

Katanya, antara kegiatan yang dibimbangkan ialah mereka menceroboh ke dalam rumah berkenaan dan melakukan kegiatan tidak bermoral seperti mengambil minuman keras dan seterusnya menghisap dadah. 

Menurutnya, kewujudan kumpulan yang menghidu gam di kawasan rumah terbiar itu sedikit sebanyak memberi pengaruh buruk kepada golongan remaja di sekitar kawasan tersebut terutamanya pelajar yang masih bersekolah. 

“Sejak rumah tersebut dibiarkan terbengkalai, ia menjadi lokasi bagi beberapa penghidu gam untuk melepaskan gian. 

“Rumah tersebut juga menjadi tempat mat rempit melepak dan melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. 

Kata Nazman, keadaan tersebut membimbangkan dan perlu dibendung kerana rumah itu bukan sahaja berada di kawasan perumahan penduduk, malah ia juga terletak berhampiran dengan laluan penduduk termasuk murid sekolah untuk keluar ke jalan utama 

Bukan itu sahaja, katanya, wabak demam denggi juga boleh merebak memandangkan perumahan tersebut dibiarkan semak dan menjadi tempat takungan air.