Search This Blog

Monday, June 7, 2010

Buang bayi: Graduan UiTM dihukum penjara



Jun 7, 10 2:46pm
Seorang graduan universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang graduan Universiti Teknoloji Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum menajtuhkan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu.

Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.

"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampung yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.

Menurutnya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.

Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima
tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu.

- Bernama

Dirogol pendatang indonesia depan suami, anak



Posted on the June 7th, 2010 under BeritaJenayahTempatanWarning by johnjimat
LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.
Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.
Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.
Difahamkan, empat penjenayah iblis itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.
Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.
Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka.
Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.
Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.
Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.
Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah, katanya.

Bapa tingkatan 5



Posted on the June 7th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki tidak diketahui status yang dilahirkan seorang pelajar sekolah di bandar raya ini, kini dijaga nenek saudara, manakala ibunya yang masih dalam pantang sudah menyambung semula persekolahan di sebuah sekolah menengah di sini dengan menunggang motosikal.
Tinjauan Harian Metro ke rumah gadis berkenaan semalam mendapati hanya tiga individu berada dalam rumahnya iaitu nenek saudara, adik gadis itu dan anaknya yang sudah diberikan nama manakala nenek bayi berkenaan dilaporkan keluar bekerja.
Adik mangsa yang belajar di sekolah rendah berkata, kakaknya bersalin secara normal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira sebulan lalu.
Menurutnya, ibunya kini bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini dan sejak kehilangan ketua keluarga selepas bapa meninggal dunia kira-kira setahun lalu, ibunya yang menyara kehidupan mereka anak beranak.
Sejak ketiadaan ayah, ibu bertungkus-lumus menjaga kami sekeluarga, malah tadi (tengah hari semalam) dia pulang menjenguk cucunya sebelum pergi bekerja semula, katanya.
Dia bagaimanapun enggan memberitahu bilangan ahli keluarganya, sebaliknya hanya memberitahu kakaknya itu adalah anak sulung, Ditanya mengenai siapa bapa kepada anak saudaranya itu, dia memberitahu bapa bayi berkenaan adalah pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Negeri Sembilan.
Semalam, bayi comel seberat empat kilogram itu kelihatan sihat dan sesekali dilihat bermain dengan ibu saudara dan nenek saudaranya.
Difahamkan, bayi itu dijangka diserahkan kepada seorang lagi nenek saudara yang sudah pun memberi persetujuan memeliharanya.
Lebih mengharukan ialah kesudian seluruh keluarga berkenaan memelihara dan menjaga bayi itu ketika ibunya tiada di sisi kerana terpaksa mengikuti kelas bagi membolehkannya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, sehingga hari ini, tiada pihak bertandang ke rumah keluarga berkenaan menghulurkan sebarang bantuan bagi meringankan keluarga yang mungkin terpaksa berdepan tohmahan dan perbelanjaan luar jangka berikutan kehadiran orang baru.
Ini diakui seorang jiran yang memberitahu keluarga itu mungkin harus diberikan sekurang-kurangnya khidmat kaunseling walaupun masyarakat sekeliling sebenarnya masih menerima mereka.

Hukum ‘bapa ghaib’



Posted on the June 7th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
KUALA LUMPUR: Bapa ghaib kepada bayi yang dibuang sama ada meninggal dunia atau tidak akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang dan akta negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bapa ghaib yang menghamilkan gadis tidak akan terlepas dengan tindakan mahkamah.
Beliau memberi amaran kepada bapa ghaib tidak bertanggungjawab menghamilkan gadis tetapi melarikan diri dengan meletakkan semua masalah ke atas wanita.
Kami akan bekerjasama dengan Peguam Negara dan pihak berkuasa untuk mengheret lelaki berkenaan supaya dikenakan tindakan wajar bukan hanya memberi hukuman kepada ibu bayi yang dibuang, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim, orphanCare, Kuala Lumpur, di sini, yang dirasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom. Hadir sama, Presiden orphanCare, Datuk Adnan Mohd Tahir.
Shahrizat berkata, punca utama terjadinya kes pembuangan bayi dan bayi luar nikah kerana sikap ibu bapa serta masyarakat sibuk dengan urusan seharian tanpa menghiraukan anak mereka.
Kes ini menunjukkan peningkatan, iaitu bagi tempoh lima tahun dari 2006 hingga 2009 sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan pihak berkuasa.
Manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 24 kes berlaku kerana masih tiada kesedaran kalangan masyarakat mengenai bahaya kes berkenaan.
Katanya, kes itu semakin serius kerana komuniti masih tidak menghiraukan remaja apabila masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Menurutnya, untuk mengelakkan ia daripada berterusan, pelbagai pihak tampil termasuk kerajaan dan swasta yang mengadakan program komuniti Kami kini mempunyai lebih 100 badan termasuk institusi sinar kasih, 55 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi.
Institusi ini boleh membantu remaja bermasalah daripada melakukan tindakan salah termasuk membuang bayi tidak berdosa, katanya.

Tusuk leher ayah



Posted on the June 7th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
KUALA LUMPUR: Angkara anak durjana, seorang bapa berusia awal 40-an cedera parah di leher selepas ditikam dengan gunting ketika bergelut di rumah mereka di Jalan 9, Jinjang Utara di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa ditikam menggunakan gunting selepas suspek yang berusia awal 20-an hilang pertimbangan kerana dilarang menghisap dadah jenis syabu di kediaman berkenaan.
Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang, bapa terbabit bertengkar dengan anaknya sehingga dua beranak terbabit bergelut.
Menurut sumber, selepas bergelut kira-kira 20 minit, suspek tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.
Suspek kemudian mengambil sebilah gunting sebelum menerkam ke arah bapanya dan menikam lelaki berkenaan sebaik keluar dari bilik berkenaan.
Mangsa yang terkena tikaman di leher terjatuh sebelum menjerit meminta tolong, katanya.
Sumber itu berkata, suspek tidak mempedulikan keadaan bapanya walaupun lelaki itu berlumuran darah, sebaliknya dia dikatakan seperti dirasuk hantu apabila terus membelasah bapanya.
Bagaimanapun, jeritan bapa mangsa didengari jiran sebelum seorang daripada mereka segera menghubungi pihak berkuasa, katanya.
Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa yang berlumuran darah terbaring di atas lantai di ruang tamu rumah berkenaan.
Menurut sumber itu, suspek yang tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa dikatakan kaku dan tidak mampu melarikan diri.
Suspek kemudian diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan, manakala bapa mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran untuk rawatan kecemasan, katanya.

41 dipecat kerana minta naik gaji

2010/06/07

TABUK: Perkhidmatan 41 kakitangan pentadbiran Hospital Raja Khaled ditamatkan apabila mereka menuntut kenaikan gaji.

Pekerja terbabit berkata, mereka diberi gaji antara RM524 dan RM1,000 sebulan. Ramai daripada mereka berkeluarga.
Pekerja terbabit sebelum ini telah menggesa campur tangan kerajaan, tetapi gagal. Menurut mereka, berlaku amalan pilih kasih apabila ada kakitangan diketepikan menjawat jawatan tertentu.


Sebahagian pekerja wanita itu berkata, mereka bergantung kepada gaji untuk menanggung keluarga kerana ada di antara mereka ibu tunggal. - Agensi

Dicekup bersama 18 peket heroin

GEORGETOWN: Cubaan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah melarikan diri selepas terserempak anggota polis akhirnya memakan diri apabila dicekup dalam satu pemeriksaan di Jalan Pengkalan Weld di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak suspek dalam keadaan mencurigakan dan cuba menahannya selepas memperkenalkan diri tetapi lelaki itu cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Sumber berkata, dalam kejadian itu, anggota polis terus mengejar suspek sejauh kira-kira 50 meter sebelum menahannya.

Katanya, dalam pemeriksaan itu berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis apabila lelaki berkenaan mahu meloloskan diri, namun dapat ditumpaskan.

Polis yang melakukan pemeriksaan pada tubuh suspek berusia 49 tahun itu menemui 18 peket kecil dipercayai serbuk heroin.

Katanya, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut dan siasatan mendapati, suspek sebelum ini pernah ditahan polis enam kali, malah dibuang daerah kerana mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah.

Paris tak kenal sopan

Menghabiskan masa singkat dalam promosi khas di Mesir baru-baru ini, agak jelas Paris Hilton tidak mendapat nasihat yang betul sebelum memulakan perjalanannya
pix_middle
Ketika bersiar-siar untuk melihat dari dekat Piramid Giza di pinggir Kaherah, Paris muncul dengan pakaian seksi dan bercanggah dengan penerimaan penduduk negara itu.
Selebriti yang lebih terkenal kerana kontroversi berbanding bakat seni itu dibayar untuk berada di Mesir bagi menarik kedatangan orang ramai ke ekspo pemotoran, Automech 2010.

Di padang pasir berhampiran piramid itu, Paris mengenakan pakaian menjolok mata - baju mendedahkan belakang badan dan skirt pendek.

Bagi selebriti berusia 29 tahun itu, pakaian berkenaan mungkin dianggap tidak keterlaluan, namun penduduk setempat berpendapat sebaliknya.

Sesetengah pihak berkata, pakaian Paris keterlaluan kerana banyak mendedahkan tubuhnya kepada umum untuk ditatap penduduk sebuah negara majoriti umat Islam.

Apabila Paris berjalan-jalan di kawasan terbuka, dia sebenarnya dilihat cuba menayang tubuh lebih daripada sepatutnya.

Malah, dia dilihat lebih melampau ketika memanjat menaiki unta sebelum gambarnya dirakam jurukamera.

Walaupun seluar pendek dan bikini mungkin diterima warga Mesir apabila ia dipakai di kawasan percutian seperti Sharm el-Sheik dan Hurghada, pengunjung Barat sepatutnya menutup tubuh mereka supaya lebih sederhana jika berada di sekitar Kaherah dan Luxor.

Kegagalan memahami budaya setempat mungkin menyebabkan pelancong asing menarik 'perhatian tidak perlu' di kalangan lelaki tempatan.

Pemerhati berpendapat, pihak yang berkenaan sepatutnya menasihati Paris supaya berpakaian lebih konservatif, atau sekurang-kurangnya menutup paha dan lengan.

Selepas melawat piramid, Paris sempat menukar pakaian lain dan muncul sejurus kemudian dengan baju hitam dan weskot merah jambu.

Destinasi dituju - Muzium Mesir yang terletak di Kaherah.

Sambil melihat artifak dipamer, Paris tidak pernah gagal menghiburkan pengunjung muzium dengan gaya glamornya.

Di laman Twitter peribadinya, Paris menulis: "Paris di Kaherah! Seronok sangat! Saya sukakan Mesir. Mesir amat mengagumkan!" Nasib baik Paris tidak mengunjungi Masjid Muhammad Ali yang terkenal di kota raya itu.

Tunjuk kemaluan selepas samun rantai leher

BENTONG: Seorang lelaki yang menyamar polis bantuan, bertindak luar dugaan apabila membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis sebelum melarikan seutas rantai leher milik mangsa di pusat peranginan Genting Highlands, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an berjalan seorang diri sebelum ditahan lelaki terbabit.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu mengugut mahu membawa mangsa ke Balai Polis Genting Highlands untuk pemeriksaan sebelum meminta wang.

Apabila enggan, mangsa diarah menyerahkan rantai leher sebelum suspek menunjukkan kemaluannya dan melarikan diri apabila ternampak teman lelaki mangsa.

Polis kemudian menahan suspek tidak lama kemudian selepas aduan dibuat mangsa.

Suka mangsa berbaju sekolah

AMPANG: Pemandu teksi ‘gila seks’ yang ditahan polis selepas memperkosa ramai gadis remaja dikesan mempunyai nafsu pelik apabila hanya menjadikan remaja berpakaian seragam sekolah sebagai sasaran utamanya.
Ini terbukti apabila sehingga kini kebanyakan mangsa yang membuat laporan polis mendakwa suspek perogol bersiri itu gemar memaksa mangsa melakukan hubungan seks ketika mangsa masih berpakaian baju sekolah.
Seorang mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, sejarah hitam diperkosa pemandu teksi itu mengganggu emosinya kembali selepas akhbar menyiarkan gambar penjenayah berkenaan minggu lalu.

Menurutnya, dia yang mahu melupakan detik hitam terbabit terkejut apabila melihat wajah suspek adalah lelaki yang memperkosanya empat tahun lalu.

“Ketika itu saya masih di bangku sekolah dan lelaki itu memperdaya dan memperkosa saya sebelum kejadian dirakam dengan kamera video telefon bimbit.

“Apa yang saya ingat, perkara itu berlaku ketika saya menahan teksinya di Plaza Sungai Wang, Bukit Bintang untuk pulang ke rumah. Saya masih ingat apabila diugut akan dimalukan menggunakan rakaman kejadian rogol itu sekiranya saya menolak untuk melakukan hubungan seks.

“Malah saya pernah dipaksa melakukan seks beramai-ramai selain nyaris diliwat. Dia gemar melakukan hubungan seks ketika saya memakai baju sekolah. Oleh itu dia sering mengarahkan saya memakai seragam sekolah walaupun ketika itu saya sudah hampir setahun menamatkan alam persekolahan,” katanya.

Menurutnya, pemandu teksi tua itu turut pernah memujuknya supaya menjadi pelacur dengan bayaran RM100 manakala dia menjadi ‘bapa ayam’ dan mengambil komisen RM20 dari aktiviti berkenaan.

“Bagaimanapun saya enggan sebelum menukar nombor telefon bimbit setahun lalu selepas tidak tahan dipaksa menjadi abdi seks,” katanya.

Ditanya mengapa dia enggan tampil untuk membuat laporan polis berhubung kes rogol pernah dialami itu, mangsa memberitahu dia kini sudah berkahwin dan bakal melahirkan bayi tidak lama lagi.

Dia mengakui apa yang dialaminya itu adalah akibat kebodohannya sendiri kerana terlalu bimbang ugutan video klip bogelnya tersebar.

“Jika saya membuat laporan polis empat tahun lalu, pastinya suspek sudah dapat diberkas,” katanya. Pemandu teksi terbabit ditahan polis kira-kira jam 9 malam Isnin lalu berhampiran Jalan Imbi dan suspek dikesan pernah merogol sekurang-kurangnya 10 penumpangnya sebelum gambar mangsa diambil menggunakan kamera video telefon bimbit.

Sehingga kini enam gadis yang pernah menjadi mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan menasihati mangsa yang belum membuat laporan polis agar tampil memberikan keterangan bagi memudahkan siasatan polis.

“Polis tidak boleh paksa mangsa buat laporan tapi jika mereka hanya mendedahkan pengalaman di akhbar, kita sukar untuk mengheret suspek ke mahkamah,” katanya.

Katanya, bagaimanapun setiap aduan yang dilaporkan mangsa akan disiasat polis secara terperinci.

'Lelaki hijau' nyaris maut

KOTA KINABALU: Seorang tukang cat nyaris menemui ajalnya ketika sedang melakukan kerja mengecat bahagian dalam sebuah tangki air apabila dia pengsan dipercayai akibat terhidu bau bahan itu di di Kampung Air, semalam.
Lelaki berusia 30-an dikatakan tidak sedarkan diri sebelum terjatuh ke dalam baldi cat berwarna hijau ketika sedang melakukan tugas berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bertindak memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu mengeluarkannya.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit sedang melakukan kerja mengecat di dalam sebuah tangki air di atas bumbung sebuah rumah.

Menurut rakan mangsa yang mahu dikenali Sebai Laudin, kebetulan pada waktu kejadian dia berada di tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Dia tidak menyahut panggilan saya dan selepas beberapa kali jeritan saya memanggilnya tidak dijawab, saya segera naik ke atas untuk melihat apa berlaku.

“Saya terkejut apabila mendapati rakan saya sedang terbaring tidak sedarkan diri manakala badannnya menjadi hijau akibat terkena cat yang tertumpah,” katanya.

Katanya, dia cuba masuk ke dalam tangki berkenaan untuk membantu mangsa tetapi bau cat yang kuat menyebabkan dia turut mengalami sesak nafas.

“Bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam tangki berkenaan,” katanya.

Katanya, selepas dibawa keluar dan diberi bantuan kecemasan, rakannya itu tersedar dalam keadaan badannya dipenuhi cat hijau.

Kejadian berkenaan menyebabkan orang ramai yang mengerumuni bangunan terbabit kehairanan selepas melihat ‘lelaki hijau’ dibawa turun sebelum memasuki ambulans.

Mangsa juga kelihatan berada dalam keadaan terpinga-pinga selain lemah sehingga terpaksa dipapah sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

Ifa hanya persoal wang khairat

KUALA LUMPUR: “Pergaduhan itu bukan berebut harta atau khairat kematian sebaliknya saya hanya mempersoalkan di mana wang khairat kematian arwah ibu kepada adik saya,” kata penyanyi dangdut terkenal, Ifa Raziah berhubung kejadian dia dipukul dengan topi keledar oleh adik lelakinya dipercayai bergaduh di rumah keluarganya di Felda Guar Napai, Kedah, Khamis lalu.
Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Sharipah Raziah Mustapha, 34, berkata, selepas Allahyarham ibunya, Maimunah Ahmad meninggal Khamis lalu, dia mengeluarkan wang sendiri menguruskan pengebumian. “Selepas itu baru saya tahu ada wang khairat kematian RM500 dan bertanya kepada adik-beradik di mana wang itu sehingga saya menguruskan semua urusan pengebumian bersendirian. “Keadaan semakin tegang sehingga berlaku pertengkaran apabila saya meminta mereka mengeluarkan wang bagi menunaikan permintaan terakhir arwah ibu memperbaiki rumah di Felda Guar Napai bagi memudahkan anak cucu bercuti di kampung,” katanya. Ifa berkata, dalam pertengkaran itu, adiknya keluar dari rumah dan datang semula membawa topi keledar sebelum memukulnya menyebabkan ahli keluarga lain masuk campur meleraikan keadaan. “Selepas itu sekali lagi kami bergaduh menyebabkan dia memukul saya sekali lagi dan disebabkan terlalu marah saya kata lebih baik dia tikam saya mengakibatkan adik saya mengambil sebilah pisau namun ditenangkan ahli keluarga lain,” katanya. Ifa membuat laporan polis bagi mengelakkan keadaan lebih keruh berlaku.

Senyap lepas lihat asap

HULU TERENGGANU: “Ada antara kami mencapai hasil jualan sebelum lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan kedai sebaik terdengar bunyi bising seakan-akan pagar digoncang. Keadaan ketika itu kelam-kabut kerana kami panik, tetapi nasib baik ada beberapa anggota polis datang dan memantau keadaan.
“Bagaimanapun, ada antara kami di sini tidak mahu mengambil risiko simpan segala barangan berharga selain menunggu arahan pihak berkuasa,” kata seorang peniaga di hadapan Depoh Tahanan Imigresen Ajil, di sini, semalam.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Mek Nah itu berkata, dia bimbang dengan kejaidan berlaku kira-kira jam 8 malam itu selepas terdengar bunyi bising yang berlarutan beberapa jam.

Menurutnya, bunyi bising itu kemudian reda sebaik kepulan asap dilihat di kawasan itu dan dia percaya asap berkenaan digunakan untuk mententeramkan keadaan.

“Saya nampak kepulan asap, pada mulanya sangka berlaku kebakaran, selepas asap berkenaan tiada, bunyi bisingpun senyap,” katanya.

Semalam, kira-kira 200 pendatang Vietnam merusuh cuba melarikan diri dengan memecahkan beberapa pintu besi depoh berkenaan.

Berikutan itu, beberapa lelaki dipercayai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dilihat berada sekitar jalan sambil memegang kayu manakala beberapa anggota polis, imigresen, bomba dan penyelamat serta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) turut bersiap sedia di kawasan depoh.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, setakat ini polis dapati punca kejadian kerana tahanan tidak puas hati dengan layanan diterima.

Katanya, pihaknya berusaha mencari penyelesaian dengan merujuk perkara itu dengan kedutaan tahanan.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, kita akan rujuk perkara ini dengan kedutaan sama ada hantar mereka pulang ke negara asal lebih awal atau tidak,” katanya.

Menurutnya, lapan tahanan Vietnam cedera ringan ketika berasak-asak memecahkan pintu besi di blok tahanan.

Manakala, Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu, Mahasan Mustapa berkata, blok bangunan dipecahkan menyebabkan tiga pintu besi rosak.

Menurutnya, kejadian dikatakan berpunca apabila tahanan Vietnam lama dan baru mula berbalas tumbukan dipercayai akibat salah faham dan kekecohan itu menyebabkan berlaku provokasi.

17 diminta serah diri

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan 17 penjenayah berbahaya yang juga ahli geng rompakan dan samun selain disenarai antara suspek paling dikehendaki.
Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata semua suspek itu disyaki terbabit puluhan kes rompakan dan jenayah terancang termasuk menggunakan senjata api. Menurutnya, semua lelaki itu berusia 20 hingga 50-an dan berasal dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Menurutnya, sembilan daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur iaitu Chan Pooi Mun, 26, Fong Ching Too, 25, Chew Bee Teck, 50, Fabian Lurdasamy, 37, Choong Hoong Wai, 22, Ridzuan Abdul Rahim, 25, Gobi Nair Madhavan Nair, 31, Mohd Adzim Kamarudin, 27, dan Muhammad Nor Wahab, 28. “Empat lagi suspek iaitu Chong See Chin, 23, Phua Soon Hooi, 26, A Kurunanidhi Arjunan, 37 dan Krishnamurthi Thangaiah, 22, berasal dari Selangor. “Dua lagi berasal dari Negeri Sembilan iaitu Vikneswaran Loganathan, 26, dan Amirul Hadi Faqih Ariffin, 23,” katanya. Ku berkata, dua lagi penjenayah berbahaya yang turut diburu adalah Woong Chee Keong, 40, berasal dari Pulau Pinang manakala Irman Shah Kamaruddin, 30, dari Kelantan.
“Saya menyeru supaya mereka yang disenaraikan menyerah diri atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Semua suspek ini disiasat mengikut Seksyen 457, 392 dan 395 Kanun Keseksaan,” katanya. Menurutnya, polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil atau berhubung terus melalui telefon Rakan Cops di 03-21159999.

Pipi berdarah

SUBANG JAYA: Seorang murid lelaki tahun dua sebuah sekolah di Puchong, luka di pipi kanan selepas ditampar gurunya, kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai ditampar guru lelaki berusia 30-an selepas tamat sesi persekolahan di dalam bilik darjah. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata ketika kejadian, ibu mangsa yang hairan anaknya tidak muncul di pintu pagar selepas waktu persekolahan terpaksa menunggu di luar sekolah hampir 30 minit sebelum memasuki kawasan sekolah itu. Katanya, sebaik tiba di depan bilik darjah anaknya itu, mangsa keluar dalam keadaan menangis dan ketakutan sambil mendakwa pipi kanannya ditampar guru tanpa sebab.

Bekas mahasiswi dipenjara 12 bulan kerana buang mayat bayi

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas seorang bekas mahasiswi universiti yang mengaku salah membuang mayat bayi lelakinya.

Polis Melaka tumpas geng culik anak ahli perniagaan

MELAKA: Polis berjaya menyelesaikan satu kes culik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Tanjung Kling dekat sini pada 31 Mei lalu selepas menahan 13 orang termasuk seorang anggota tentera.
Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, polis menahan sembilan daripada anggota kumpulan itu di negeri ini, manakala empat lagi ditahan di Bahau, Negeri Sembilan antara 2 dan 5 Jun lalu.
"Polis berjaya merampas sebahagian wang tebusan sebanyak RM48,390 daripada suspek yang berusia antara 20 dan 53 tahun itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Mohd Rodwan berkata, polis turut merampas dua kereta Proton Wira, sebilah pedang berserta dua sarung, 11 unit telefon bimbit, seunit pemain cakera padat, komputer riba dan beberapa barangan kemas.

Katanya, mangsa diculik lima lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna gelap pada pukul 3.30 petang 31 Mei lepas ketika mangsa berjalan kaki berseorangan untuk pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Tanjung Kling.

Beliau berkata, pada hari sama juga suspek menghubungi bapa mangsa, seorang ahli perniagaan, dan meminta RM1 juta sebagai wang tebusan.

"Melalui perbincangan, akhirnya suspek bersetuju menerima wang tebusan RM120,000 dan bapa mangsa memberikan wang pada 2 Jun lalu pada jam 1.20 pagi di Jalan Cheng, dekat sini," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit kemudian dilepaskan dengan selamat di hadapan sebuah sekolah di Batang Tiga dekat sini, pada jam 6.05 pagi hari sama.

Katanya, tujuh daripada suspek itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala enam lagi termasuk seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang dipercayai perancang penculikan berkenaan masih ditahan reman sehingga 11 Jun ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.- Bernama

Lima anggota keluarga nyaris maut

GOMBAK: Percutian indah diimpikan lima sekeluarga bertukar menjadi tragedi hampir meragut nyawa apabila kereta dinaiki mereka tiba-tiba berasap sebelum terbakar.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pemandu kereta, Chong Chee Song, 41, sempat memberhentikan kereta yang dinaiki bersama isteri dan tiga anak di bahu jalan sebelum mendukung keluar anak kecilnya bagi menyelamatkan diri.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios itu melalui jalan berbukit berhampiran Kilometer 15.4, Jalan Genting, di sini.

“Mangsa yang berasal dari Jinjang, Kuala Lumpur juga sempat membuka bonet kenderaan dan membawa keluar beg pakaian. Beberapa minit kemudian api marak membakar keseluruhan keretanya,” katanya.

Dua beranak terbunuh kemalangan dekat Bidor

TAPAH: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Km 65.9 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Bidor hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari ialah pemandu kereta Chung Woon Cheng, 41, dan anak lelakinya Chee Wei Loon, 15, kedua-duanya berasal dari Bukit Pagar, Tapah.
Beliau berkata, kedua-duanya mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala, dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Katanya kejadian berlaku ketika dua beranak itu sedang dalam perjalanan dari Bidor ke Tapah apabila kereta yang dinaiki mereka dikatakan gagal memotong sebuah kereta di hadapan, lalu bertembung dengan sebuah bas yang datang dari arah bertentangan.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata pemandu bas serta sembilan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Roslan berkata, akibat kejadian kereta jenis Proton-Wira Aeroback itu remuk di bahagian hadapan, dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bidor terpaksa di panggil untuk mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kejadian itu.-Bernama

Tiga beradik maut kemalangan ngeri di Plaza Tol Sungai Dua

KEPALA BATAS: Tiga beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kepala Batas di sini maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan melanggar tembok di Plaza Tol Sungai Dua arah utara di sini sebelum terbakar awal hari ini.

Kemalangan ngeri jam 2.45 pagi itu menyebabkan Azwari Aznal Nithia Azlan
Nithiabalan, 20, Azwani Aznil Nithia, 22, dan Aztika Azrin, 14, mati di tempat
kejadian.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Asisten Superintendan Ahmad Ezzely Razali berkata, kereta jenis Proton Satria Neo warna hitam yang dipandu Azwari dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok tol di lorong ketiga plaza itu.

"Selepas terlanggar tembok tol di lorong ketiga, kereta yang dinaiki tiga
remaja dari Seberang Jaya itu terlanggar tembok tol keempat dan terbalik
beberapa kali sebelum terbakar.
"Kesemua mereka dipercayai terperangkap di dalam kereta semasa kebakaran dan
mayat dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas sejam kejadian
berlaku," katanya di sini hari ini.


Ahmad Ezzely berkata, mayat tiga beradik itu di hantar ke Hospital Kepala
Batas untuk bedah siasat.

"Polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di plaza tol
itu bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian
itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mayat tiga beradik berkenaan dituntut anggota keluarga mereka
selepas selesai bedah siasat dan dibawa pulang ke rumah mereka di Bertam di
sini.

Mayat mereka akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini. -Bernama

Sindiket tipu SMS tumpas

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan SMS yang memperdaya 2,656 mangsa dengan kerugian kira-kira RM6.4 juta sejak tiga tahun lalu, hasil dua serbuan di Tawau, Sabah.


Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Koh Hong Sun berkata, dalam serbuan yang dilakukan JSJK Bukit Aman dan Ibu
Pejabat Polis Daerah Tawau itu 25 warga asing dan seorang wanita warga tempatan
berumur antara 16 dan 41 tahun ditahan.

"Kumpulan itu menawarkan ganjaran lumayan kononnya memenangi cabutan bertuah dari syarikat besar seperti Maxis, Petronas dan Power Root diberkas dalam dua serbuan berasingan di dua rumah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Koh berkata modus operandi sindiket ialah menghantar SMS secara rawak kepadaorang ramai dengan mengatakan penerima SMS itu akan memenangi hadiah anjuran
syarikat besar tertentu.

"Mangsa kemudian diminta memberi nombor akaun bank serta dikehendaki memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun itu dengan alasan memudahkan urusan penghantaran hadiah.

myMetro Mutakhir 8 wanita asing kerja rumah urut ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai lapan wanita warga asing yang bekerja di sebuah premis urut di Desa Sri Hartamas ditahan dalam Ops Noda, tengah malam tadi.

Tahanan reman lari dari Hospital Selayang ditangkap semula

KUALA LUMPUR Seorang tahanan reman yang melarikan diri dari Hospital Selayang semalam berjaya ditangkap di Wisma Eagles, Jalan Ipoh, di sini pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia, Za'ba Abu Bakar berkata, tahanan itu yang menerima rawatan di Wad 7D hospital itu melarikan diri kira-kira jam 11.30 malam semalam. "Seramai lima anggota dari Penjara Sungai Buloh yang bertugas dalam gerakan mencari tahanan itu berjaya menangkap semula kira-kira jam 5.50 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan.
"Lembaga Siasatan akan menyiasat insiden itu dan tindakan menahan kerja akan dilaksanakan terhadap anggota yang didapati cuai," katanya. -Bernama

Kastam Sabah rampas 153 telefon bimbit buatan China

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Sabah merampas 153 unit telefon bimbit pelbagai jenama buatan China bernilai RM17,800 dalam satu serbuan di Asia City di sini semalam.
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Yunos Tahir berkata, lapan warga negara Malaysia, termasuk seorang perempuan, berumur antara 19 dan 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
"Jika didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihak kastam menerima aduan daripada peniaga di sekitar Asia City bahawa penjualan telefon bimbit tersebut bermula pada hari Sabtu semasa pesta komputer peribadi (PC Fair).

Yunos berkata pihaknya mengambil langkah segera bagi memastikan penjual telefon bimbit buatan China itu tidak menyambung jualan di kawasan atau tempat lain.

Sementara itu, Kastam Sabah merampas 12,920 bungkus rokok pelbagai jenis dengan anggaran jumlah cukai sebanyak RM105,592.01 di sekitar Kota Kinabalu antara 17 Mei dan semalam.

Dalam serbuan itu, 62 orang tempatan dan pemegang IMM13 (dokumen khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada pelarian Filipina untuk tinggal sementara di Sabah) ditahan untuk siasatan lanjut.-Bernama

Dedah rahsia

JOHOR BAHRU: “Hari ini menjadi detik penuh bermakna bagi kami kerana bukan saja impian membina mahligai tercapai, malah sudah tiba masa untuk berterus-terang dengan keluarga kami sebenarnya pembawa virus HIV selepas hampir empat tahun menyimpan rahsia itu,” kata raja sehari, Mohd Shah Khalid, 34, semalam.
PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
Dia yang berasal dari Batu Pahat di sini, berkata, biarpun berita berkenaan memberi kejutan kepada kedua-dua keluarga, namun mereka tetap memberi restu dan meraikan majlis itu bersama isteri, Nik Aslishaz Mustapha, 33, di Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan di Jalan Wijaya, Taman Abad di sini, semalam.

Menurutnya, seperti pasangan mempelai normal lain, dia dan isteri juga mengimpikan kehidupan bahagia sepanjang hayat dan mereka kini lebih berfikiran terbuka menghadapi sebarang cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab suami isteri.

“Sebelum ini, saya mahupun isteri yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan terpaksa merahsiakan perkara itu kerana bimbang menyinggung perasaan keluarga selain menimbulkan masalah tidak diingini.

“Saya mula menghidap virus berkenaan sejak empat tahun lalu akibat terbabit dalam penagihan dadah manakala isteri pula disahkan menghidapi virus berkenaan akibat jangkitan daripada bekas suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Pada awalnya, saya hampir putus asa selepas disahkan menghidapi virus berkenaan dan menjangka mungkin terpaksa membujang seumur hidup tanpa menikmati kebahagiaan kehidupan berumah tangga.
“Namun, kini saya sedar bahawa hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Allah,” katanya,

Menyingkap detik perkenalannya bersama suami, bekas janda anak tiga itu berkata, hubungan percintaan mereka mula berputik apabila bertemu suaminya yang juga penyelaras Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan dalam satu program amal dan selepas bertukar nombor telefon, mereka sering berhubung bagi bertanya khabar.
Menurutnya, tidak dijangka, perkenalan kurang setahun itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin dan berterima kasih kepada semua tetamu memberi sokongan moral.

“Biarpun bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengelak jangkitan, saya dan suami bercadang untuk aktif menjalankan lebih banyak program amal dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai virus HIV.

“Kami juga berhasrat mengikis stigma masyarakat mengenai pembawa virus HIV dalam kalangan masyarakat,” katanya yang menerima mas kahwin RM22.50 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Mempelai berkenaan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan, K Rasasoran.

Musibah isteri curang

KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.
Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, ‘isteri terlampau’ berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

“Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

“Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur.
“Sebaliknya, mangsa membuat laporan polis mendakwa dikasari dan dipukul secara tidak wajar. Mangsa yang parah di mata kanannya selain luka di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sumber itu berkata, berdasarkan siasatan awal, suami mangsa kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan terbabit penyalahgunaan dadah.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan sepasang kekasih veteran berusia 41 dan 54 tahun kerana disyaki terbabit secara aktif sebagai dalang pertaruhan judi lumba kuda dan nombor ekor tidak berlesen.

Sumber polis berkata, pasangan kekasih itu menjalankan kegiatan mereka dengan duduk melepak di tembok batu berhampiran sebuah rumah flat bagi memudahkan mereka mengambil wang pertaruhan daripada pelanggan.

Menurutnya, pasangan berusia 50-an terbabit mampu memperoleh keuntungan lebih RM3,000 sebulan hasil kegiatan menjual nombor ekor haram di kawasan perumahan mereka di Jalan Hang Tuah di sini.


“Mereka di tahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dalam operasi jam 5 petang, kelmarin. Pada mulanya, mereka melarikan diri, namun selepas dikejar kira-kira 50 meter mereka ditangkap” katanya.

Katanya, polis merampas satu alat kelui yang disembunyikan di celah tembok, telefon bimbit, wang tunai dan kertas pertaruhan, selain nombor dipilih pelanggan yang hanya dicatatkan di atas kertas akhbar untuk dijadikan bahan bukti.

Pekerja kolam udang, bekas tahanan dibunuh

YALA: Empat orang ditembak mati dalam keganasan terbaru dikaitkan dengan kumpulan militan di selatan Thailand, semalam.
Menurut jurucakap polis, tiga pekerja kolam udang di Pattani - seorang daripadanya wanita - ditembak dengan raifal pada petang kelmarin.
Seorang lagi rakan mereka cedera parah.

Katanya, ketiga-tiga mangsa beragama Buddha.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki Islam berusia 34 tahun yang baru dibebaskan dari penjara, ditembak mati, semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku di depan rumahnya di Narathiwat.

Lebih 4,100 orang terbunuh sepanjang tempoh enam tahun sejak pemberontak memulakan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Thailand. - AFP

Balik bercuti kereta dicuri

MELAKA: Sebuah keluarga melalui pengalaman menakutkan apabila kereta Mitsubishi Lancer yang dinaiki mereka dilarikan sekumpulan empat lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan parang sebaik tiba di hadapan pintu rumah di Taman Bukit Cheng, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun bersama isteri dan seorang anaknya baru tiba di rumah mereka selepas bercuti di Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata sebaik tiba di depan pintu pagar rumah mangsa, tiba-tiba muncul seorang lelaki dengan beberapa lagi rakannya yang menunggu di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Penjenayah terbabit berpura-pura bertanyakan alamat rumah sebelum memegang tangan mangsa lalu mengacukan sebilah parang dan mengarahkan isteri serta anaknya keluar daripada kenderaan miliknya.

“Sejurus kemudian penjenayah terbabit terus melarikan kenderaan milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sallehudin berkata, sebaik keretanya dilarikan, mangsa melaporkan kecurian kereta terbabit kepada syarikat alat pengesan kenderaan pada kereta itu.

“Selang beberapa minit kemudian kereta yang dilarikan penjenayah terbabit terhenti secara automatik di tepi jalan berhampiran pusat pelupusan sampah di Krubong,” katanya.

Mayat bogel terapung

KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila menjumpai mayat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan bogel terapung di kawasan tangki air terjun menghala Batu Caves, dekat sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Difahamkan, saksi kejadian pada mulanya menyangkakan objek terapung itu haiwan, namun sebaik melakukan pemeriksaan dia terkejut selepas mendapati sangkaannya salah. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata sekumpulan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Serangan balik hotel

GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan berusia 32 tahun kerugian RM20,800 dan putus ibu jari kanannya selepas diserang sekumpulan lelaki tempatan dalam kejadian samun di Jalan Putra, Kuala Lumpur, awal pagi Selasa lalu.
pix_middle
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa, Mohd Al-Shafie Ramli yang berjalan seorang diri untuk pulang ke hotelnya di Jalan Putra, Kuala Lumpur, diserang empat lelaki tempatan bersenjatakan parang dan botol kaca.
Mangsa yang berasal dari Kubang Pasu, Kedah cedera di kepala akibat dipukul dengan botol kaca dan ibu jari tangan kirinya pula putus selepas ditetak suspek.

Malah, beg galas mangsa yang mengandungi wang tunai berjumlah RM20,800 lesap dilarikan dalam kejadian itu.

Mohd Al-Shafie berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan niaganya baru mengeluarkan wang RM10,000 daripada mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjalan kaki seorang diri ke hotelnya.

“Tiba-tiba saya dihentak dengan objek keras dari belakang dan apabila berpaling, empat lelaki berbadan sasa merampas beg galas saya yang mengandungi wang tunai RM20,800 serta memukul kepala saya lima kali dengan botol kaca,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, apabila dia cuba melawan suspek, seorang daripada mereka menetak tangannya dengan parang, namun dia sempat mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke jalan melarikan diri ke arah sebuah kedai 24 jam berdekatan dan meminta tolong anggota polis yang berada di situ.

Bagaimanapun, katanya, semua suspek melarikan diri sekelip mata dan dengan bantuan polis, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan kecemasan.

Mohd Al-Shafie berkata, dia ditahan di wad HKL selama dua hari dan menerima lebih 20 jahitan di kepala dan tangan serta mengalami lebam di tangan kanannya akibat dipukul suspek.

Menginap di dusun durian







PERJALANAN selama 45 minit melalui jalan raya berbukit dari pusat bandar George Town, Pulau Pinang ke Balik Pulau dari Paya Terubong memberi pengalaman luar biasa kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negeri itu.
Pemandangan hijau menjamu mata sebaik kereta yang dipandu memasuki Jalan Tun Sardon yang bengkang-bengkok. Benar, ia anugerah yang cukup mempesonakan apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun duriannya.
Lebih menarik, setiap kali tiba musim durian iaitu pada awal bulan Jun hingga Julai setiap tahun, daerah itu menjadi tumpuan masyarakat setempat termasuklah pelancong asing.
Kehadiran mereka bukan semata-mata untuk menikmati raja buah yang harganya ada yang mencecah sehingga RM40 sebiji, bahkan mereka mahu menimba pengalaman meredah dusun buah-buahan.
Kepada kaki durian, makan di dusun pasti menyeronokkan. Pernahkah anda memasang impian untuk bermalam di dusun menunggu buah durian gugur sambil menikmati panorama malam dan mendengar nyanyian unggas hutan?
Reka bentuk rumah Melayu
Terletak berhampiran sungai Titi Kerawang, Vila Durian milik Chang Teik Seng, 48, merupakan antara destinasi percutian menarik khususnya buat para pencinta buah durian jika benar-benar ingin merasai nikmat sebenar raja buah itu di persekitaran yang sebenar.
Mengetengahkan konsep kampung, vila yang didirikan sejak dua bulan lalu itu mempunyai ciri-ciri kemelayuan. Ia sesuai dengan idea asal pemiliknya yang merupakan seorang pekebun durian dan biasa dengan budaya hidup masyarakat Melayu.


PENGUNJUNG boleh menikmati durian segar dengan mengutip buah yang baru gugur.



Idea untuk membina dua buah vila itu adalah ilham isteri dan empat cahaya matanya. Dusun durian itu dikenali dengan nama Bao Sheng Durian Farm.
"Memandangkan saya dibesarkan di kawasan dusun, saya telah lama mengimpikan untuk membina sebuah penginapan di tanah milik mendiang bapa untuk dikongsi dengan penggemar durian.
"Reka bentuk rumah Melayu menjadi pilihan kerana ia dekat dengan jiwa saya yang dibesarkan di kawasan kampung Melayu. "Idea ini bertepatan dengan konsep penginapan dalam dusun durian," katanya yang menghabiskan sekitar RM70,000 untuk kos pembinaan termasuk pengubahsuaian vila.
Dua buah Vila Durian yang dibina seluas 90 meter persegi itu cukup selesa kerana ia dilengkapi dengan sebuah katil, sebuah televisyen skrin rata dan bilik mandi. Teik Seing turut membina sebuah kolam mandi di tengah-tengah vila tersebut yang airnya disalurkan dari air bukit berdekatan.
Melihat Vila Durian yang dihias cantik umpama resort mewah, bayarannya cuma RM180 semalam sahaja lengkap dengan sarapan pagi untuk dua orang.
Kata anak jati Balik Pulau itu, bagi set hidangan makan tengah hari pula bayaran yang dikenakan cuma RM88 seorang.
Makanan yang disediakan pula adalah berdasarkan menu masakan Cina seperti masakan ayam kampung, sayur-sayuran dan ikan segar.
Kepada penggemar durian pula, mereka boleh makan sepuas hati di dusun ini mengikut bajet masing-masing.
Dusun tersebut menawarkan tiga kategori harga yang berbeza iaitu RM25 untuk sarapan pagi, RM35 untuk makan tengah hari dan RM45 untuk makan malam.
"Ketiga-tiga harga ini tiada beza cuma masanya sahaja. Bayar dan pelanggan boleh makan sepuas-puasnya. Tapi lebih menarik jika pilih harga sekitar senja untuk melihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati keenakan buah durian yang rata-rata pokoknya berusia 30 tahun ke atas.
"Kalau betul-betul ingin rasa buah durian segar, pengunjung boleh mengutip sendiri buah durian yang baru gugur," ujarnya.
Jelasnya, 200 batang pokok durian miliknya yang terdiri daripada pelbagai gred itu itu mengeluarkan hasil pada awal bulan Jun. Antaranya ialah durian jenis udang merah, labu air dan isi merah.


SABANA datang ke Malaysia semata-mata ingin menikmati raja buah Balik Pulau, Pulau Pinang.



Dusun itu juga mempunyai buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, langsat dan pisang.
Selain bermalam dan makan durian, pengunjung berpeluang menjelajah di seluruh kawasan dusun seluas 2.6 hektar itu.
"Saya percaya, kedatangan mereka ke sini pasti memberi 1,001 pengalaman manis kerana saya akan berkongsi tip mengenali buah durian daripada cara-cara mengopek sehingga mengenalpasti kualiti buah itu.
"Ia merupakan antara khidmat yang ditawarkan di vila ini selain mempelajari kehidupan seorang pekebun," ujar Teik Seng yang rumahnya terletak di atas bukit beberapa meter dari Vila Durian itu.
Percutian kali keempat
Bagi mengawasi dusunnya dari diceroboh pencuri durian, Teik Seing memberitahu, empat ekor anjing miliknya dilepaskan pada waktu malam bagi menjaga seluruh kawasan kebun dan penghuni vila berkenaan.
Sementera itu, pengunjung dari Belanda, Sabana, 34, ketika ditemui berkata, kedatangannya setiap tahun ke Pulau Pinang adalah untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya.
Memandangkan buah durian tidak ada di negaranya, dia mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu di negara ini semata-mata menyambut kedatangan musim durian.
Merupakan percutian keempatnya ke Malaysia, ia adalah pengalaman pertama Sabana menetap di vila itu. Itupun setelah dia puas bertanya pemandu kereta sewa mengenai penginapan yang menawarkan pakej buah durian.
"Bagi saya, peluang bercuti ke sini adalah satu keputusan yang membanggakan kerana anda bukan sahaja diberi keselesaan tempat tidur tetapi menikmati buah durian sampai kenyang," katanya buah durian mempunyai rasa yang enak selain mempunyai bau yang unik.


TEIK SENG (berdiri) sentiasa memberi layanan mesra kepada pelanggan yang menikmati buah-buahan di dusunnya.



Sabana boleh menghabiskan lebih tiga biji buah durian dalam satu masa. Selain melancong katanya, pemilihan destinasi seumpama itu bertujuan untuk mempelajari cara hidup masyarakat kampung di situ terutama berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
"Saya berminat untuk mengenali cara hidup masyarakat di sini. Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap rakyatnya yang peramah dan kaya budi bahasa.
"Itulah faktor yang menarik saya untuk datang ke sini pada setiap tahun," jelasnya.

Peguam kaki kelentong dicekup


KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket membabitkan penipuan pembelian hartanah yang didalangi seorang peguam wanita apabila dia dan tujuh lagi rakannya ditahan selepas disyaki memperdaya seorang peminjam wang berlesen bernilai RM2.8 juta baru-baru ini.
Tangkapan secara berasingan sejak awal Mei lalu di sekitar ibu negara, Kedah dan Kelantan itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan daripada seorang pemilik syarikat mengatakan tanah seluas beberapa hektar itu telah dicagar kepada pihak bank tanpa disedarinya.
Difahamkan, tanah lapang tersebut terletak di kawasan Glenmarie, Shah Alam dekat sini.

'Hamas bukan pengganas'

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan Hamas sebagai kumpulan pejuang Islam Palestin ketika warganya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel dikebumikan, semalam.
Kata Recep, Hamas bukanlah pertubuhan pengganas seperti didakwa kebanyakan pihak, termasuk Israel dan Amerika Syarikat.
“Anggota Hamas adalah pejuang yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.

“Mereka juga dipilih rakyat melalui pilihan raya,” katanya di bandar Konya.

Ucapannya sering terhenti akibat mendapat sorakan hangat orang ramai yang turut mengibarkan bendera Palestin.

Recep berkata, beliau menyatakan pendirian itu kepada pegawai AS sebelum ini.

“Saya katakan kepada mereka, saya tidak boleh menerima Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

“Sehingga kini saya kekal dengan pendirian itu,” katanya.

Sementara itu, ribuan orang berkumpul di seluruh Turki selepas solat Jumaat kelmarin, termasuk sebahagiannya bagi mengiringi jenazah sembilan warga Turki yang terkorban ditembak komando Israel pada Isnin lalu.

Recep turut mengkritik Barat kerana menafikan hak Hamas untuk bergerak melalui landasan demokrasi.

Sementara itu, duta Turki ke Washington, Namik Tan, melahirkan kekecewaannya kerana AS gagal mengecam Israel kerana serangan ganas ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

“Kerajaan menghargai campur tangan Washington mendesak Tel Aviv memulangkan semula aktivis Turki yang ditahan, tetapi tiada satu kecaman pun dibuat di mana-mana peringkat.

“AS sepatutnya pihak pertama yang mengutuk serangan berkenaan,” katanya. - AFP

Wanita hilang 'dipukau' Internet

LONDON: Seorang ibu ghaib selepas terlalu taksub dengan dunia maya 3D (tiga dimensi) di sebuah laman web sembang, lapor media, semalam.
Annemarie Squires, 40, dilihat kali terakhir ketika dia meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan, tiga minggu lalu.
Pasangannya sejak lapan tahun lalu, Andrew Jobe, serta anak mereka, Andrew Hyslop, terputus hubungan sejak itu, manakala telefon bimbitnya dimatikan.

Keluarga Annemarie berkata, beberapa bulan lalu wanita terbabit menghabiskan hampir seluruh masa lapangnya melayari laman web imvu.com.

Laman web itu membenarkan penggunanya mencipta satu avatar (watak) untuk saling berhubung dengan pengguna lain melalui dunia maya.

Kakak Annemarie, Julie Hurst, percaya wanita terbabit bertemu seseorang melalui Internet dan bercadang memulakan hidup baru di tempat lain.

Julie, 41, berkata adiknya seperti dipukau permainan Internet itu pada setiap masa.

“Ia benar-benar mencuri hidup Annemarie dan dia pernah bertengkar dengan Jobe mengenai isu itu,” katanya.

Berasal dari Gosport, Hampshire, Annemarie dilihat meninggalkan rumah bersama dua beg pakaian dan menaiki kereta api berhampiran stesen di Fareham.

Hyslop, 23, berkata selama ini Annemarie adalah wanita yang tidak menunjukkan sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya dia menghantar mesej pesanan ringkas atau memberitahu kami dia dalam keadaan selamat, bukan ghaib terus,” katanya. - Agensi

Hos TV dituduh atur pembunuhan

NICOSIA: Seorang hos rancangan televisyen dibicarakan di Cyprus, semalam, kerana didakwa melakukan pembunuhan ala mafia.
Ibu beranak dua, Elena Skordelli, 42, dituduh bersekongkol bersama dua yang lain menguruskan pembunuhan pemilik empayar media yang juga bekas majikannya, Andis Hadjicostis, 11 Januari lalu.

Hadjicostis mati serta-merta selepas ditembak dari jarak dekat di luar kediamannya. - AFP

Campak kotak

AMPANG: Tindakan dua lelaki, dipercayai bekerja sebagai penarik kereta, mencampak keluar kotak bijirin dari kereta sebaik dihampiri polis membongkar pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan 14 anggota termasuk pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kemudian menahan kenderaan itu.

“Sebaik saja kereta mereka dihampiri polis, seorang daripada suspek mencampak satu kotak makanan bijirin keluar dari kereta. Tindakan itu disedari polis dan hasil pemeriksaan pada kotak berkenaan, polis menemui 1,800 pil Eramin 5,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu dua lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) akta sama. Ujian saringan air kencing terhadap mereka mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ketamin.

Dalam kes berasingan, BSJN IPD Ampang Jaya menahan dua suspek berusia lingkungan 20 dan 40-an iaitu lelaki warga Pakistan dan teman wanitanya di rumah mereka di Taman Kosas, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan di dalam premis kediaman berkenaan, polis menemui beberapa paket plastik lutsinar yang dipercayai berisi 342.8 gram dadah jenis ganja.

Motosikal rempuh jentera bomba

SEREMBAN: Tindakan nekad lelaki dipercayai menunggang laju dan melanggar lampu merah mengundang padah apabila dia maut selepas motosikalnya bertembung dengan jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan menunggang laju dan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh depan sebelah kiri jentera bomba dari arah bertentangan.

Jentera bomba menghidupkan lampu dan siren kecemasan untukmembelok ke kanan persimpangan.

Mangsa yang cedera teruk di kepala mati di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Zakaria Amat, ketika dihubungi berkata, jentera itu dalam perjalanan ke Taman Merbok, Rasah, di sini, selepas menerima panggilan kecemasan mengenai asap di dalam bangunan.

GRO bertempiaran

SEREMBAN: Sekumpulan wanita warga China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke di Rahang, di sini, bertempiaran lari dan cuba meloloskan diri melalui beberapa pintu rahsia sejurus menyedari pihak berkuasa menyerbu premis dua tingkat itu, malam kelmarin.
Jurucakap polis berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama sebulan berhubung kegiatan pemilik premis itu yang dikatakan menggunakan wanita warga asing untuk melayan pelanggan.

“Dalam operasi berakhir kira-kira jam 10 malam itu, enam wanita warga asing berusia 31 hingga 53 tahun berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka warga China.

“Berikutan itu mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang lelaki berusia 30-an dipercayai penjaga premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati premis yang mempunyai lesen itu dipercayai hanya menggaji wanita warga asing untuk menjadi ‘teman sosial’ pelanggan ketika menyanyi dan tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, puluhan pelanggan yang asyik berseronok di dua pusat hiburan di Terminal 2, di sini, tersentak apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa, kira-kira jam 11 malam.

Operasi hasil maklumat awam dan risikan itu dilakukan kira-kira 50 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Unit Anjing Pengesan

Sindiket pecah rumah tumpas

AMPANG: Polis yakin dapat menyelesaikan kira-kira 59 kes pecah rumah selepas menumpaskan satu sindiket pecah rumah didalangi warga Indonesia yang bergiat aktif sejak setahun lalu.
RAMPAS...antara barangan yang ditemui dalam kediaman penjenayah.
RAMPAS...antara barangan yang ditemui dalam kediaman penjenayah.
“Hasil siasatan, anggota unit khas itu menyerbu sebuah premis di sekitar Kuala Lumpur dan menahan tiga suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an pada Rabu lalu,” katanya.

Menurutnya, polis menemui beberapa barangan termasuk barangan kemas, telefon bimbit, kamera digital dan pelbagai barangan berharga lain.

Berdasarkan maklumat daripada suspek terbabit, polis kelmarin sekali lagi menyerbu sebuah rumah di sekitar Ampang Jaya dan menahan dua lelaki tempatan dipercayai saki baki kumpulan berkenaan.

Beberapa barangan berharga turut ditemui, termasuk barangan kemas dan pemain cakera video digital (DVD) di premis berkenaan dan semua suspek yang ditahan dipercayai bekerja sebagai buruh kontrak.

Letupan bom Baghdad, 6 terkorban, 16 cedera



BAGHDAD - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila sebuah kereta berisi bom yang dipandu seorang penyerang berani mati meletup di luar sebuah balai polis di al-Amil. 

Mangsa yang terbunuh termasuk empat polis yang berkumpul di luar balai polis untuk pertukaran syif kerja. 

Dalam satu lagi kejadian awal pagi semalam, seorang pemandu terbunuh manakala tiga penumpang cedera apabila bom yang dipasang di bawah kereta itu meletup di jalan raya yang sesak di Allawi al-Hillah. 

Di Mahmoudiya, 30 kilometer dari Baghdad, bom yang dipasang di bawah kereta meletup dan mencederakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Talib al-Massoudi serta tujuh orang lain. 

Beberapa jam kemudian, sebuah kereta peronda polis meletup di Zayouna, lalu mencederakan empat polis dan seorang pejalan kaki. 

Kesemua perbuatan ini dipercayai dilakukan puak pemberontak yang cuba mengambil kesempatan atas kebuntuan politik dengan menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk. 

Keadaan politik tidak menentu kerana tiga bulan selepas pilihan raya parlimen, pemimpin di Iraq belum mencapai kata sepakat mengenai siapa yang berhak menguasai kerajaan. 

Keganasan terbaru ini menjadi cabaran besar kepada polis Iraq serta tentera Amerika Syarikat yang sedang bersedia untuk berundur.

200 Pati Vietnam, Myanmar merusuh



HULU ERENGGANU - Kira-kira 200 tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) membabitkan warga Vietnam dan Myanmar dikatakan cuba merusuh serta bertindak keluar dari kurungan di Depot Tahanan Imigresen Ajil di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, lapan daripada tahanan warga Vietnam dikatakan turut cedera.

Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, menjadi bertambah kecoh apabila difahamkan tahanan Vietnam bergaduh sesama sendiri melibatkan pendatang lama dan baru.

Pengarah Imigresen Terengganu, Mahasan Mustapa berkata, keadaan bertambah teruk apabila perbalahan merebak ke blok lain sehingga membabitkan pendatang Myamnar.

“Semasa kekecohan berlaku, tahanan bertindak menolak pintu blok dan cuba melepaskan diri dari kurungan. Mereka berjaya keluar, tetapi gagal meloloskan diri dari kawasan pintu pagar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, cubaan rusuhan itu dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 12 malam dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Katanya, kekecohan itu menyebabkan dua hingga tiga pintu blok rosak tetapi memaklumkan ia sudah mula dibaiki.

Murid cedera dilempang ustaz




DAMANSARA – Seorang murid di sebuah sekolah rendah agama di sini cedera dilempang seorang ustaz gara-gara dituduh membuat bising.

Dalam kejadian Jumaat lalu, murid yang juga pengawas sekolah, Azeef Hamdan 12, mengalami pendarahan dalam hidung berikutan dilempang dengan kuat ustaz.

Menceritakan detik itu, Azeef berkata, dia terkejut apabila ustaz yang juga penolong kanan sekolah itu memanggilnya ke hadapan ketika perhimpunan dan tidak semena-mena melempangnya.

Pada ketika itu, katanya, dia sedang mengarahkan seorang murid yang bercakap supaya senyap berikutan perhimpunan sedang berlangsung.

“Ustaz panggil tanpa memberitahu kesalahan saya terus lempang sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. 

Akibat tindakan ustaz itu, telinganya berdengung dan dia tidak dapat mendengar dengan jelas selama beberapa minit.

“Seorang Ustazah kemudian panggil saya ke bilik guru dan melihat kecederaan saya dan cuba menyembuhkannya melalui bacaan ayat suci al-Quran,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Jamilah Mohd Hassan, 45, menyifatkan tindakan ustaz terbabit tanpa usul periksa sebagai melampau.

“Kalau anak saya salah sekalipun, ustaz itu perlu tanya dulu anak saya sebelum ambil tindakan. Ini tidak, dia lempang anak saya sambil disaksikan murid dan guru sekolah itu,” katanya.


Arwah suami tertekan selepas anak bongsu meninggal


KUANTAN - “Memang arwah suami sangat tertekan, mudah marah, tidak lalu makan dan asyik muntah sejak kehilangan anak bongsu kami, Mohd Fikri,” kata Rozita Awang, 43, selepas arwah suaminya, Suhami Mohd Nor, 46, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, semalam.

Sebelum itu, Sinar Harian pernah melaporkan kekecewaan keluarga itu selepas kehilangan Mohd Fikri, 13, yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu akibat jangkitan kuman dalam otak yang disiarkan pada 3 Jun lalu.

Keluarga malang itu terkilan kerana anak mereka lambat dimasukkan ke dalam wad selain mendakwa ia berpunca demam denggi seperti dialami anak kedua mereka, Mohd Firdaus, 19, yang baru keluar dari wad sejak seminggu lalu.

Persekitaran tempat tinggal keluarga itu di Kuarters Kesihatan Negeri yang semakin tercemar dan berisiko, dipercayai berpunca projek pembangunan berhampiran kuarters itu turut mengganggu penghuni sejak ia bermula tahun lalu.

Rozita berkata, punca kematian Suhami disahkan kerana kegagalan jantungnya berfungsi dan meninggal dunia, kira-kira jam 10.53 semalam.

Suami masuk serenti, isteri kena tangkap basah



KULIM - Seorang wanita 30 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumahnya sendiri di Taman Sri Pinang di sini, hari ini.
Difahamkan, suami wanita itu tiga bulan ditahan di pusat serenti di Pahang.

Wanita itu yang bekerja di Kuala Lumpur, dikatakan sering pulang ke rumahnya di sini pada cuti hujung minggu.

Meskipun suaminya tiada, percutiannya bagaimanapun tetap berteman.

Dia ditangkap bersama seorang lelaki berusia 31 tahun, dipercayai kekasih lamanya, malah mereka dikatakan pernah bertunang.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) berkata, pihaknya menerima maklumat orang ramai lalu pergi ke rumah itu untuk menyiasat.

“Pada mulanya, kami terpaksa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka. Selepas beberapa minit, baru wanita itu membuka pintu,” katanya.

Apabila disiasat, kata pegawai itu, pihaknya menemui lelaki berkenaan sedang bersembunyi di bilik belakang rumah itu.

“Kedua-duanya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara hingga setahun,” katanya.

Sempat usik adik sebelum maut



KLANG - “Beberapa hari sebelum kejadian, mangsa sempat bergurau senda dan mengusik adik-adiknya walhal dia sangat tegas dan sukar untuk didekati,” kata Siti Hawa Daud, 41, ibu kepada Muhammad Shafiq Husin, 18, yang maut selepas melanggar sebuah bas di sini, hari ini.

Menurutnya, anak sulung daripada enam beradik itu menunjukkan perlakuan pelik sehingga membuatkan dia dan suami kehairanan serta tertanya-tanya akan perubahan bersikapnya itu.

“Namun pagi ini semuanya terjawab yang dia meninggalkan saya, suami dan lima adiknya yang masih bersekolah selama-lamanya.

“Namun saya reda dengan pemergiannya kerana setiap yang hidup pasti menemui ajal,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang juga seorang mekanik meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah bas di Simpang 4, Jalan Bahagia, Batu Belah di sini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam merangkap Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, mangsa yang datang dari arah Jalan Kapar menghala ke Shah Alam, menunggang motosikal bersendirian.

Beliau berkata, tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak sebuah bas yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membelok ke kanan untuk mengisi minyak di sebuah stesen di kawasan itu.

“Mangsa melanggar bahagian kiri bas berkenaan dan rempuhan kuat itu menyebabkan dia tercampak beberapa meter ke tengah-tengah jalan.

“Mangsa yang mengalami pendarahan serius di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.