Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

Lelaki terima panggilan maut




SIK - Seorang lelaki berusia 33 tahun mati dalam kereta, setelah ditembak beberapa das di kepala dan muka di Kampung Batu 8, di sini, kira-kira jam 8 malam semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa, Kia Chian Joo bersama seorang lagi rakan berumur lingkungan 40-an dalam perjalanan balik dari Baling ke Alor Setar.

Menurutnya, pada masa itu, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon seorang individu yang meminta mangsa menemuinya untuk urusan proses jual beli getah di kawasan itu.

“Mangsa bersama rakan kemudiannya bersetuju menemui individu terbabit dan mereka kemudiannya memandu kereta ke kawasan tempat kejadian sebelum membuat keputusan memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Namun tidak lama selepas itu, muncul sebuah kereta berwarna hitam berhenti bersebelahan kereta yang mereka naiki sebelum melepaskan beberapa das tembakan di muka dan kepala mangsa. Dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Zakaria berkata, rakan kepada mangsa sempat melarikan diri dari turut sama menjadi mangsa tembakan, walaupun suspek cuba berusaha mengejarnya, namun tidak berjaya dan dia terselamat.

“Mangsa bersama rakannya berasal dari Alor Setar, sehingga kini pihak polis masih mengesan motif sebenar kejadian tembakan itu dan kami percaya tindakan berkenaan dilakukan dengan niat membunuh.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

41 peratus penjawat awam terlibat rasuah


TEMERLOH - Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, jumlah itu adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah itu, katanya, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret ke muka pengadilan.

"Kita mahu memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam dan membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

"Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di sini, hari ini.- Bernama

Ayam tidak sembelih


KUALA TERENGGANU – Seorang pengguna terkejut apabila mendapati leher ayam yang dibeli di sebuah pasar raya di bandar raya ini meragukan kerana ia tidak mempunyai kesan dipotong dan urat pula tidak putus.

Abdullah Mohd, 66, berkata, keadaan itu cuma disedari setelah isterinya ingin memotong ayam yang dibeli dengan harga RM6.65 pada 31 Mei itu untuk dimasak.

“Nasiblah saya tidak menyuruh penjual di situ memotong terus ayam ini. Jika tidak, pasti saya tidak perasaan keadaan sebenarnya,” katanya.

Tiga peminta sedekah dicekup JKM




KOTA BHARU – Bukan sahaja dipukul tetapi seorang peminta sedekah ini mendakwa dia menghadapi gangguan seksual dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘Abe Mat’. 

Itulah dakwaan nasib malang Alya Muhamad, 20, ketika ditanya berhubung sejarah hidupnya sepanjang menjadi peminta sedekah. 

Alya yang dikatakan tinggal dekat Salor, dihantar oleh lelaki berkenaan dengan menaiki bas untuk menadah tangan meraih simpati ramai di sekitar bandar ini. 

Semalam, dia ditahan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Jajahan Kota Bharu kira-kira jam 11 pagi berdekatan sebuah pasar raya ketika Ops Pengemis. 

Alya yang mengalami masalah penglihatan itu dikatakan terpaksa menadah tangan mengharapkan simpati orang ramai kerana Abe Mat sering meminta wang daripadanya. 

Ketika ditahan, Alya duduk di kawasan panas terik berbekalkan bekas menadah wang dan ranting pokok dipercayai digunakan sebagai tongkat. 

Alya antara tiga yang ditahan dalam operasi melibatkan 14 penguat kuasa dan pegawai selama tiga jam semalam di sekitar Kota Bharu bermula jam 10 pagi. 

Sementara itu, seorang lagi yang ditahan di hadapan sebuah syarikat telekomunikasi iaitu, Che Mah Salleh, 63, berkata, anaknya tidak mengetahui kegiatannya ini kerana dia tinggal sendirian di rumahnya dekat Jalan Minyak Gas, di sini. 

Warga emas itu memberitahu, dia terpaksa meminta sedekah untuk menampung perbelanjaan hidupnya kerana dakwanya anak-anaknya tidak pernah mengambil tahu tentang hidupnya. 

“Mak cik tahu, empat anak mak cik akan marah jika dia orang tahu, tapi makcik buat ni sebab tak cukup duit, dia orang tak selalu bagi duit pada makcik. 

“Makcik juga ambil upah basuh baju dan cuci pinggan mangkuk di kedai-kedai dan bukannya selalu mengutip derma,” katanya raih simpati supaya tidak ditahan oleh penguat kuasa JKM semalam. 

Operasi berkenaan diketuai oleh Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu, Mohd Al-Hafiz Hamzah.

Hutan Simpan Johol diceroboh




KEADAAN lereng bukit yang ditarah oleh peneroka haram di Hutan Simpan Johol, Negeri Sembilan semalam.


REMBAU - Kira-kira lima hektar kawasan Hutan Simpan Johol, dekat sini musnah dipercayai akibat diteroka secara haram sejak beberapa bulan lalu.
Tinjauan Kosmo! ke lokasi yang terletak di Bukit Miku, di antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah itu semalam mendapati hutan itu kini gondol apabila pokok-pokok balak termasuk yang berusia ratusan tahun telah ditebang.
Terdapat juga tiga buah pondok yang dibina di lokasi itu dan kesan penerokaan haram tersebut jelas kelihatan ketika melalui jalan Inas-Johol.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, aktiviti berkenaan sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu.
"Saya difahamkan hutan itu ditebang untuk aktiviti pertanian dan dijadikan lokasi penempatan Orang Asli.
"Saya tidak pasti sama ada aktiviti itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak tetapi saya sedih kerana kawasan hutan ditebang serta dibakar begitu sahaja," katanya ketika ditemui semalam.

Bicara liwat Anwar ditangguh



KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan hingga Khamis ini oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi memberi peluang kepada seorang pakar forensik perubatan dari Australia yang dipanggil pihak pembelaan hadir untuk mendengar prosiding kes itu.
Menurut peguam Karpal Singh, Dr. David Wells dijangka tiba di Lapangan Terbang KLIA pada pukul 7 pagi sebelum perbicaraan diteruskan pada pukul 9.30 pagi.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tiada bantahan berhubung perkara itu dengan memaklumkan pihaknya akan memanggil tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memberi keterangan.

Tee Keat gugur dalam rombakan








KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik sebagai menteri penuh.
Beliau juga melantik dua Anggota Parlimen dan empat senator sebagai timbalan menteri yang baru, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri kepada Bernama.
Chee Heung, 57, dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha, 60, yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, jawatan yang sebelum ini disandang oleh Tee Keat.
Dalam pemilihan MCA pada Mac lepas, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Turut digugurkan ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.
Rombakan kali ini juga menyaksikan empat timbalan menteri bertukar portfolio.
Mereka ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim yang bertukar menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat (Timbalan Menteri Pengangkutan); Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan baginda hari Jumaat ini, 4 Jun, pada pukul 3.30 petang di Istana Negara.
Katanya, Seri Paduka Baginda juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D"Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa semalam.

Ibrahim Ali saman Saifuddin Nasution RM2 juta



02/06/2010 3:51pm

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini terhadap Saifuddin Nasution Ismail untuk menuntut ganti rugi RM2 juta setelah mendakwa memfitnahnya dalam sidang Parlimen. - Utusan

Mayat pelajar lemas ditemui



02/06/2010 12:42pm

KOTA BHARU - Pelajar yang hilang di laut ketika mandi di Pantai Sabak di sini semalam ditemui lemas 200 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Shukri Ismail, berkata mayat Tuan Asnan Tuan Nordin, 14, ditemui pada pukul 8.10 pagi oleh pasukan penyelamat yang menyambung operasi mencari pagi ini.
Dalam kejadian pukul 5 petang semalam, Tuan Asnan bersama rakannya, Mohd. Amirul Che Zahari, juga 14, hilang di laut selepas dibawa arus deras berdekatan muara sungai di situ.
Mayat Mohd. Amirul ditemui pada pukul 6.50 petang semalam tidak jauh dari tempat kejadian. - Bernama

Lepas hukuman mandotari, masuk Hospital Bahagia



02/06/2010 5:00pm

PETALING JAYA - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang jurujual kedai perkakasan daripada tuduhan membunuh isteri dan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan tertuduh dihantar dan ditahan ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak kerana tertuduh, Phoy Yew Yong, 34, tidak waras ketika melakukan kesalahan tersebut. - Utusan

Lelaki anak empat ke penjara kerana merompak



02/06/2010 3:51pm

PETALING JAYA - Seorang bapa kepada empat orang anak dikenakan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan secara berkumpulan
sembilan tahun lepas.
Bagaimanapun, Hakim Balqis Aini Mohd. Ali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Zulkipli Mohamed Ismail, 41, dan membenarkan dia diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin serta memerintahkan peguam Salim Bashir yang mewakili Zulkipli, memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari.
Hakim Balqis berkata, bahawa setelah mendengar rayuan tertuduh dan hujahan balas pihak pendakwaan, mahkamah membuat keputusan dengan mengambil kira faktor institusi kekeluargaan.
"Hukuman yang bakal diterima oleh tertuduh akan mengubah keadaan keluarganya," katanya. - Bernama

39 lelaki, 1 warga emas ditahan berjudi



02/06/2010 5:15pm

PULAU PINANG - Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang berjudi dalam sebuah kedai di Taman Desa Relau di sini
kira-kira pukul 11 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata semasa serbuan mereka yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu baru sahaja memulakan permainan judi cip (dadu) dalam premis kosong berkenaan.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Timur Laut selepas melakukan intipan sejak tiga hari lepas.
Katanya ketika diserbu ada antara mereka yang cuba bersembunyi dalam belukar berhampiran premis itu, menyebabkan anggota polis juga terpaksa meredah kawasan belukar kira-kira sejam untuk mengepung mereka.
"Akibat meredah belukar salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi berkenaan cedera di tangan dan menerima 10 jahitan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gan berkata polis merampas wang tunai RM160, dadu, cip dan meja perjudian dalam serbuan itu, dan menurutnya semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

Sindiket dadah tumpas, RM6 juta dirampas



02/06/2010 5:19pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang terlibat dalam pengedaran dan pemprosesan dadah di sebuah rumah di Country Heights di sini dan merampas dadah, sepucuk pistol, dua buah kereta dan pelbagai barangan lain bernilai RM6 juta.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, mereka ditahan dalam satu serbuan Ahad lepas.
Ekoran penahanan itu, polis menemui pelbagai barangan memproses dadah di sebuah rumah di Anggerik Villa di sini yang dijadikan makmal kecil oleh sindiket tersebut.
Katanya, ketiga-tiga mereka berumur dalam lingkungan 30-an, termasuk seorang yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki bagi kes mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan di Sitiawan, Perak, ditahan kira-kira pukul 11.30 malam oleh pasukan Bahagian Narkotik Kajang.
“Dalam pemeriksaan di rumah itu, polis berjaya merampas sejumlah 4.5 gram ketamine, 40 gram syabu dan sepucuk pistol jenama Walther,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah apartment di Anggerik Villa yang dijadikan tempat memproses dadah.
“Polis merampas 12 kilogram (kg) dadah yang disyaki syabu, 12 kg ketamine dan 315 gram campuran serbuk serta pil Ecstacy dan 27kg bahan yang disyaki dadah lain.
Beliau berkata polis turut merampas kenderaan jenis Ford dan Toyota Alphard, kad kredit, buku simpanan bank, bahan kimia, komputer riba dan wang tunai RM2,200. - Bernama

Ribut pasir landa kampung China




GAMBAR menunjukkan ribut pasir yang melanda sebuah kampung di Golmud, China baru-baru ini.


GOLMUD - Ribut pasir yang melanda deretan rumah di sebuah kampung di wilayah Qingha berhampiran gurun Gobi di China umpama dalam filem bencana keluaran Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk kampung berlindung di dalam rumah masing-masing dengan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika ribut pasir itu melanda dengan kelajuan 21 meter seminit dan membawa bersama bertan-tan pasir baru-baru ini.
Bandar Golmud dihuni kira-kira 200,000 orang penduduk.
Akademi Sains China menganggarkan bilangan ribut pasir di negara berkenaan meningkat sebanyak enam kali ganda sejak 50 tahun lalu dengan 80 peratus berlaku di antara bulan Mac dan Mei. - Agensi

Model dipenjara kerana benarkan tubuhnya diraba





ROM - Model seksi majalah lucah Playboy, Brigitta Bulgari dihukum penjara selepas didapati membenarkan remaja sekolah berumur 15 tahun meraba-raba dirinya dalam satu persembahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang hakim Itali mereman gadis berambut perang yang berusia 27 dan berketurunan Hungary itu selepas dia melihat rakaman video telefon bimbit mengenai tarian erotik tersebut.
Rakaman itu didakwa menunjukkan beberapa orang remaja menyentuh punggung model tersebut dalam satu persembahan erotik.
Hakim Giuiliano Mignini menolak satu permohonan ikat jamin dengan berkata: "Saya terfikir risiko sama ada dia akan berhubung dengan remaja tersebut semula selepas ini.
"Saya berpendapat tindakan menghukum Brigitta di penjara buat sementara waktu merupakan tindakan yang betul," ujarnya.
Model majalah lucah itu disabitkan dengan kesalahan melakukan persembahan tidak senonoh di hadapan remaja di bawah umur.
Namun peguam bela model seksi itu, Bruno Oberta dengan marah berkata: "Saya berpendapat hakim tersebut terlalu bias terhadap wanita seksi. - Agensi

Israel sumbat aktivis dalam penjara



GAMBAR menunjukkan sebuah penjara yang terletak di bandar Beersheba, selatan Israel yang menempatkan aktivis Gaza yang ditawan rejim Israel kelmarin.


TEL AVIV - Seramai 610 aktivis asing yang ditangkap kerana menyertai konvoi kapal perang dalam armada kecil dikenali sebagai Flotila Kebebasan Gaza kini ditahan di sebuah penjara di selatan Israel, kata seorang jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel semalam.
Seramai 45 aktivis lagi yang mengikuti konvoi enam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu telah diusir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, Israel.
Dalam konvoi itu, seramai 18 warga Malaysia turut menaiki dua buah kapal penghantar bantuan tersebut sebelum mereka ditangkap dalam serbuan komando-komando Israel pada awal pagi kelmarin di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.
Jurucakap perkhidmatan penjara itu berkata, semua tahanan asing itu berada dalam keadaan baik dan mereka ditempatkan di dalam lokap yang boleh menempatkan dua atau empat orang tahanan.

INFOGRAFIK menunjukkan lokasi kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel kelmarin.


Aktivis-aktivis itu ditahan di sebuah penjara jenayah baru yang baru dibuka sejak 11 hari lalu di bandar Barsheeba, selatan Israel yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan sehingga 800 banduan.
Kebanyakan aktivis yang tiba pada lewat kelmarin dan pagi semalam tidak membawa sebarang barangan milik peribadi.
Aktivis-aktivis itu diberikan pakaian dalam, alat kelengkapan dandanan diri, selipar, selimut dan makanan.

Israel siar senjata yang dirampas



GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan tentera Israel mempamerkan senjata-senjata yang dirampas di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel menyiarkan satu rakaman klip video yang menunjukkan sejumlah senjata yang didakwanya ditemui semasa serbuan berdarah ke atas sebuah kapal misi bantuan antarabangsa yang menuju ke Genting Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara senjata yang didakwa dirampas semasa serbuan kelmarin itu termasuk sejumlah bahan letupan, pisau, parang, lastik dan topeng gas.
Klip itu turut disiarkan di laman YouTube di Internet.
Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan anggota-anggota komando melakukan serangan di atas kapal Mavi Marmara kelmarin dengan alasan mereka telah diserang terlebih dahulu.
Tentera Israel mendakwa senjata itu ditemui di dalam kapal tersebut yang mengikuti pelayaran konvoi ke Gaza.
Rejim Zionis menyatakan, senjata-senjata itu digunakan terhadap anggota-anggota tentera laut ketika mereka memasuki kapal tersebut.
Tentera Israel menyatakan seramai sembilan aktivis dibunuh semasa serbuan tersebut manakala 40 yang lain cedera. - Agensi

Israel serang Gaza, lima maut




BEBERAPA askar Israel berhimpun dekat sempadan Gaza Israel semalam.


BANDAR GAZA - Lima penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza semalam sehari selepas komando-komando rejim Zionis menyerbu konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.
Menurut Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, tiga daripada lima orang itu mati akibat satu serangan Israel di utara Gaza yang diperintah oleh pergerakan Hamas.
Tentera Israel menyatakan ia melancarkan satu serangan udara di sebuah kawasan selepas dua roket dilancarkan dari Gaza oleh pejuang-pejuang Palestin.
Menurut seorang jurucakap tentera Israel, dua pejuang Palestin turut ditembak mati kerana menyusup masuk ke selatan negara Yahudi itu.
"Terdapat insiden berbalas-balas tembakan menyebabkan mereka (dua pejuang Palestin itu) terbunuh," katanya.
Beberapa saksi di Gaza menyatakan, insiden berbalas-balas tembakan itu diikuti oleh bedilan peluru berpandu helikopter tentera Israel. - AFP

Tiga bot nelayan dilanggar feri





DUA orang nelayan Sukor Abdullah (kanan) dan Hasbullah Ali melihat sebuah bot nelayan yang tenggelam akibat dirempuh feri di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah semalam.

KUALA KEDAH – Sebuah bot nelayan tenggelam manakala dua lagi rosak teruk apabila dilanggar oleh sebuah feri penumpang di Pelantar Haji Zabidi, Kampung Seberang Kota di sini semalam.
Ketika kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kebanyakan pemilik bot dan awak-awak sedang membuat persiapan untuk turun ke laut pada pukul 5 petang.
Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.
Menurut salah seorang pemilik bot, Mohd. Musa, 58, ketika itu dia dan 10 rakannya yang lain berada di pelantar dan sedang membaiki pukat.
“Feri terbabit lalu di hadapan pelantar dan membuat pusingan U sebelum terkena bot saya dan bot lain. Dua buah bot yang diletakkan bersebelahan bot saya mengalami kerosakan di beberapa bahagian,” katanya.
kredit: kosmo.com.my

Ribut Tropika Agatha melanda Bandar Guatemala menyebabkan lubang besar



Ribut Tropika Agatha telah meragut 150 korban, menyebabkan Bandar Guatemala berlunbang besar.



Ribut dan tanah runtuh dari Ribut Tropika Agatha  telah menewaskan lebih dari 150 orang di seluruh Amerika Tengah dalam beberapa hari terakhir, dan tampaknya menyebabkan lubang besar dibandar Guatemala.



Lubang Besar Sebuah disebabkan disebabkan oleh Agatha badai tropika di Guatemala City pada hari Ahad. Hujan deras yang dibawa oleh ribut tropika pertama musim 2010 ditumbuk Amerika Tengah dan Mexico selatan, mencetuskan tanah runtuh yang mengorbankan nyawa.






Hidup terbuang di Kerala

KUALA LUMPUR: Terperangkap di bumi asing, malah dicederakan ibu kandung mereka. Itu yang di alami empat beradik termasuk tiga kanak-kanak warga Malaysia yang 17 tahun hidup sebatang kara di Kerala, India.
TERBUANG...Rukkiya (kiri) dan Muhd Khairun menunjukkan gambar empat beradik terbabit.
TERBUANG...Rukkiya (kiri) dan Muhd Khairun menunjukkan gambar empat beradik terbabit.
KENANGAN...empat beradik terbabit.
KENANGAN...empat beradik terbabit.
Mohammad Yusof Al Safeer Mohd Ali Maniam, 23, Mohammad Yunus Al Safeer Mohd Ali Maniam, 20, Nabish Bismeera Al Jafeer Mohd Ali Maniam, 21 dan Nabish Rahimmeera Al Safeer Mohd Ali Maniam, 19, dibawa memasuki negara itu pada 1993 oleh bapa mereka Mohd Ali Maniam Abdullah, 49, menggunakan pas lawatan sosial yang kini tamat tempoh.
Mohd Ali pula sudah 12 tahun menghilangkan diri, meninggalkan keluarganya di sana terkontang-kanting tanpa tujuan menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berhubung meminta pertolongan keluarga mereka di Malaysia.

Mereka kini tinggal bersama ibu kandung mereka K Nadeera, 50, warga negara India yang mengalami masalah kesihatan mental kronik sehinggakan empat beradik ini sering dicederakannya.

Kesengsaraan mereka mendapat perhatian Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh yang kini merangka pelan khas bagi membawa pulang semua empat beradik terbabit pulang ke Malaysia.

Muhd Khairun berkata, mereka masih mempunyai seorang lagi adik bongsu, Abdul Manaf, 16, yang mendapat taraf kerakyatan India kerana dilahirkan di sana.

Katanya, adik bongsu bapa mereka, Rukkiya i/k Ibrahim, 37, pernah melawat empat beradik terbabit dua tahun lalu dan mendapati mereka hidup daif, malah terbuang kerana tidak diiktiraf warga tempatan.

Menurut Muhd Khairun, kes itu paling rumit dalam tempoh pihaknya menguruskan misi membawa pulang rakyat Malaysia memandangkan mereka memasuki negara itu menggunakan pas lawatan sosial 17 tahun lalu.

“Mereka hidup di dalam pondok usang yang didirikan dari lumpur tidak ubah seperti dalam filem ‘Slumdog Millionaire’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, lebih membimbangkan keselamatan mereka turut terancam apabila terpaksa hidup berjaga-jaga bimbang dicederakan ibunya yang mengalami sakit mental kronik, malah pernah mencederakan mereka.

Muhd Khairun berkata, pihaknya menyediakan beberapa pelan sepatutnya dalam usaha membawa pulang empat beradik terbabit bagi mendapatkan pembelaan serta penjagaan sempurna di tanah air.
“Kami sudah berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan bukti semua mereka ini rakyat Malaysia sebelum memulakan misi membawa pulang empat beradik malang terbabit,” katanya.

2 anak dibiar mengemis

KUALA LUMPUR: Dua beradik lelaki berusia tujuh dan lapan tahun dibiarkan ibu bapanya berkeliaran di sekitar Chow Kit di sini dalam keadaan tidak terurus sambil meminta sedekah sedangkan kanak-kanak seusia mereka sepatutnya berada di sekolah menimba ilmu.
Lebih menyedihkan, dua beradik itu dipercayai anak tidak sah taraf hasil perhubungan ibu bapa mereka hanya mengharapkan ihsan orang ramai mendapatkan sesuap nasi gara-gara kesibukan bapa mereka mencari pekerjaan selepas berhijrah ke bandar raya ini beberapa minggu lalu.
Namun, nasib malang kanak-kanak itu berubah selepas diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menemui mereka tidur dalam keadaan kesejukan dan kelaparan di atas jejantas berhampiran Stesen LRT Titiwangsa pertengahan bulan lalu.

Mendedahkan kejadian itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak peduli ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedangkan mereka bertanggungjawab memberikan perlindungan dan kasih sayang. “Ibu bapa berusia 44 dan 45 tahun tiba di ibu negara sebulan lalu dari Terengganu dan mendakwa mereka tinggal di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mereka melaporkan mengenai kehilangan anak mereka pada 15 Mei lalu selepas kanak-kanak berkenaan tidak pulang dua hari.

“Bertindak atas laporan itu, polis membongkar sikap buruk ibu bapa terbabit yang sebenarnya tidak pernah ambil peduli kehidupan anak mereka meminta sedekah di sekitar Chow Kit bagi membeli makanan dan kadangkala bermain video di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat awam, dua beradik itu dibantu seorang penduduk yang menetap berhampiran HKL, namun mereka hilang arah apabila lelaki itu bertugas seminggu di luar daerah.

“Apabila anaknya tidak pulang ke surau yang menjadi kediaman mereka, pasangan itu menuduh penduduk terbabit melarikan anak mereka dan membuat laporan polis.

“Polis menjalankan operasi dua minggu mencari kanak-kanak itu sedangkan ibu bapa mereka seperti tidak kisah dengan kehilangan itu sehingga dimaklumkan JKM yang kanak-kanak terbabit sudah diselamatkan dan ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak di Cheras sehari selepas hilang,” katanya.

Ku berkata, siasatan terhadap ibu bapa berkenaan mendapati dua beradik itu tiada sijil kelahiran kerana tidak sah taraf.

Ku berkata siasatan lanjut mendapati ibu terbabit mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan pasangan itu akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai.

JKM juga dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan mereka.

bagi membolehkan dua beradik itu menikmati kehidupan lebih sempurna. “Perkara ini menyedihkan kerana ada ibu bapa tergamak membiarkan zuriat yang masih kecil membawa hala tuju sendiri sedangkan anak mereka memerlukan kasih sayang dan pelajaran,” katanya.

Selain itu, Ku berkata siasatan lanjut mendapati ibu terbabit mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan pasangan itu akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai.

JKM juga kini dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan mereka bagi membolehkan dua beradik itu menikmati kehidupan lebih sempurna

Suami isteri ‘bertani’ tanam pokok ganja

SEGAMAT: Kreatif tidak bertempat. Begitulah sepasang suami isteri berusia 31 dan 27 tahun yang berlagak seperti petani moden apabila menanam tujuh pokok ganja secara hidroponik di belakang rumah mereka di Bandar Putra, di sini.
Dalam serbuan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, jam 11.30 malam Jumaat lalu, pasangan itu juga memiliki 1.3 gram dadah sama.
Difahamkan, dadah itu hendak digunakan terbabit untuk pembenihan semula berikutan penemuan tujuh pokok ganja yang disemai lebih seminggu lalu.

Mereka menggunakan alasan mahu melakukan uji kaji tanpa mengetahui pokok itu dadah terlarang.

Serbuan itu merencatkan cita-cita mereka yang baru menceburi penanaman dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, ketika serbuan pihaknya mendapati pokok berkenaan disemai dalam kotak lut sinar menggunakan kaedah hidroponik yang tidak memerlukan tanah. Pasangan suami isteri berusia 31 dan 27 tahun itu menjadikan alasan kononnya terpaksa menanam tumbuhan itu untuk melakukan uji kaji dan mereka juga tidak mengetahui pokok itu dadah terlarang.

“Kes ini pertama kali berlaku dan membuktikan pengedar dadah sekarang melakukan pelbagai taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya. Katanya, polis tidak menolak kemungkinan pasangan itu menanam marijuana itu untuk kegunaan sendiri.

“Siasatan lanjut juga mendapati tumbuhan itu baru ditanam mereka sekitar enam hingga tujuh hari lalu, malah mereka juga baru selesai mengasingkan biji benih yang diperoleh melalui sebungkus plastik berisi ganja yang dibeli beberapa minggu sebelum itu,: katanya.

Abdul Majid berkata, pasangan itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup serta enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Tiga beradik rentung

KOTA KINABALU: Tiga beradik yang asyik mengulangkaji pelajaran mati rentung apabila rumah mereka di Kampung Timbagan, Papar, di sini, musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api pelita yang mereka gunakan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin itu, ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan selepas bomba memadamkan kebakaran.
Tiga adik beradik malang itu adalah Noraliana Rejos, 2, Norshiliana, 6, dan abangnya yang bisu, Reshal, 8. Seorang lagi adik mereka, Norshilina berkata, ketika kejadian mereka sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu.

“Sebaik menyedari kebakaran saya keluar meminta pertolongan jirannya tetapi sebaik tiba semula ke rumah saya mendapati rumah kami hampir musnah dijilat api manakala semua adik-beradik gagal ditemui,” katanya. Menurutnya, ketika kejadian, ibu mereka yang juga seorang ibu tunggal dipercayai keluar bekerja di sebuah restoran di pekan ini dan tiba selepas dimaklumkan jiran mengenai tragedi berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, ketika kejadian keempat-empat beradik itu dipercayai leka mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan pelita berikutan rumah malang itu tiada bekalan tenaga elektrik.

Katanya, Norshilina yang dipercayai ternampak api merebak segera berlari mendapatkan bantuan manakala tiga beradik yang lain terperangkap.

“Bagaimanapun, ketika beberapa jiran tiba untuk membantu, mereka terdengar tong gas meletup dan api merebak terlalu cepat kerana dinding rumah berkenaan diperbuat daripada papan lapis,” katanya.

Abdul Fuad berkata, polis menerima panggilan pada jam 8.30 malam dan menjumpai mayat ketiga-tiga beradik itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah berkenaan kira-kira jam 9.15 malam.

“Semua mereka dibawa ke Hospital Papar untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Kampung Kuala, di sini,” katanya

Warga emas bimbang rumah ‘dicat’ biru dua lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas bimbang keselamatannya terancam selepas sekumpulan along bertindak menyimbah dinding rumahnya dan keretanya dengan cat sebanyak tiga kali dalam tempoh berbeza.
Warga emas itu yang bekerja sebagai pendandan rambut terpaksa menanggung malu dan kerugian akibat perbuatan along itu.
Mangsa, Chan Mei Ying, 60, berkata, dia tidak pernah meminjam dengan mana-mana kumpulan along kerana tidak mengalami masalah kewangan memandangkan dia hidup seorang diri.

“Kali pertama rumah saya disimbah cat ialah pada 6 April lalu kira-kira jam 8 pagi, kebetulan saya mahu keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Saya terkejut apabila melihat dinding rumah dan kereta saya ada cat biru. Kerana bimbang akan keselamatan, saya terus ke Balai Polis Rawang membuat laporan.

“Saya berasa hairan kenapa rumah saya menjadi sasaran mereka sedangkan saya tidak pernah membuat pinjaman dengan along,” katanya.

Menurutnya, malang menimpa dirinya lagi apabila rumah dan keretanya disimbah cat buat kali keduanya pada 20 April lalu kerana kemungkinan kumpulan along itu menganggap dia tidak mahu menjelaskan pinjaman walaupun sudah diberi amaran pertama.

“Saya amat terkejut apabila sekali lagi rumah saya disimbah cat berwarna biru. Saya tidak tahu bagaimana untuk berjumpa dengan along itu kerana mereka melakukan kerja jahat itu ketika saya sedang tidur.

“Kerana tidak mahu disimbah cat lagi, saya menulis nota memberitahu ‘tolong tuan (along), anda cari rumah nombor 24 tetapi tidak ada yang pernah meminjam. Jangan buang cat lagi. Tolong! Tolong! Terima kasih’ dan menggantungnya di pagar rumah saya,” katanya.

Difahamkan, selain menyimbah cat, kumpulan terbabit turut mengedarkan risalah di kawasan perumahannya di Taman Rawang Perdana, di sini bertujuan memalukan peminjamnya.

“Jiran saya ada menunjukkan risalah yang diedarkan mereka yang tertera gambar peminjam iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 60an. Apa yang menghairankan, saya langsung tidak mengenali lelaki itu dan tidak tahu bagaimana urusan pinjaman antara kedua pihak.

“Jiran saya juga tidak mengenali peminjam terbabit dan mungkin dia sudah menipu along dengan menggunakan alamat rumah saya bagi mengelakkan dia dijejaki along terbabit,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.
Mei Ying berkata, dia membeli rumah itu sejak 12 tahun lalu dan menetap seorang diri, malah, dalam tempoh berkenaan dia tidak pernah menyewakan rumahnya itu kepada mana-mana individu lain.

Menurutnya, walaupun notis sudah digantung, kumpulan terbabit masih menyimbah cat ke rumahnya menyebabkan dia berang dengan tindakan along itu sebelum datang ke Biro Aduan MCA membuat aduan.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong menjelaskan menerima 110 kes membabitkan aduan diganggu along dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 650 along yang dianggarkan terbabit memberi pinjam kepada orang awam dengan nilai pinjaman mencecah RM11.6 juta dalam tempoh yang sam