Search This Blog

Monday, May 31, 2010

Bom ditemui di ladang sawit Lumut



Mei 31, 10 7:13pm
Seorang pekerja ladang menemui sebutir bom lama yang masih aktif di sebuah ladang kelapa sawit milik Nadi Agriculture di Simpang Tiga, Pekan Gurney, dekat Lumut kira-kira 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ASP Mohd Jamil Osman berkata pekerja itu menemui satu objek logam yang berkarat ketika sedang bekerja dan melaporkan penemuan itu kepada pihak pengurusan ladang yang kemudiannya membuat laporan polis.

Sepasukan anggota kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengenal pasti objek logam sebagai sebutir bom lama.

"Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Negeri Perak dan bom itu dimusnahkan kira-kira 4 petang ini," katanya kepada pemberita di Seri Manjung, hari ini.

Mohd Jami berkata bom berkenaan yang dipercayai digugurkan dari udara ketika perang dunia pertama atau kedua itu berukuran 30 sentimeter panjang dan berukur lilit 18 sentimeter.

42 pemberontak maut dalam serangan jet pejuang Pakistan



31/05/2010 9:07pm

KALAYA, Pakistan 31 Mei - Lebih 42 orang anggota kumpulan pemberontak terkorban selepas tempat persembunyian mereka diserang jet pejuang Pakistan di wilayah Orakzai hari ini, kata pegawai keselamatan.
“Jet pejuang kami melancarkan serangan selepas mendapat maklumat tentang kewujudan kumpulan pemberontak di kawasan ini,” kata seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan.
Sementara itu, Pegawai kanan kerajaan, Nauman Khan, mengesahkan 42 orang terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam serangan itu. - Reuters

Ugut wanita hamil angkara rasuah seks




MELAKA: Seorang pegawai kanan kerajaan kini disiasat polis berhubung satu laporan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita yang juga seorang pengusaha gerai makanan di sebuah daerah di negeri ini berhubung skandal seksnya.
Menurut sumber, pegawai terbabit meminta habuan seks untuk menolong mangsa memperoleh tapak sebuah rumah kedai bagi tujuan membuka perniagaan gerai berkenaan dan mangsa bersetuju dengan permintaannya itu.
Sumber berkata, pegawai itu dan wanita terbabit kemudiannya bersetuju berjumpa kali pertama di satu tempat sebelum mereka dikatakan melakukan hubungan seks.
Selepas hubungan kali pertama itu, mangsa memperoleh apa yang dikehendakinya sebelum kedua-dua mereka bertemu sekali lagi di satu tempat dan melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, sumber berkata, selepas pertemuan kali kedua itu, mangsa kemudiannya mendapati dirinya tidak datang haid dan dipercayai mengandung anak hasil hubungan dengan pegawai terbabit.
Perkara itu sampai kepada pengetahuan pegawai kanan kerajaan terbabit menyebabkan dia terkejut dan panik. Dipercayai bimbang rahsia hubungan sulitnya dengan mangsa terbongkar, pegawai berkenaan mendesak wanita itu menggugurkan kandungannya.
Begitupun, mangsa enggan menuruti permintaan pegawai terbabit biarpun didesak dan diugut beberapa kali, katanya.
Sumber : Harian Metro

Masuk penjara dalam pantang



Posted on the May 31st, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
MELAKA: Akibat tindakannya tidak berfikir panjang apabila melesapkan wang majikannya, seorang ibu muda yang juga bekas juruwang sebuah pasar raya di negeri ini bukan saja terpaksa merengkok setahun di dalam penjara atas kesalahan itu, malah turut didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.
Apa yang lebih mengharukan wanita terbabit, Noorfazielayati Mohammad, 20, yang masih berpantang selepas melahirkan anaknya pada 10 Mei lalu di Hospital Melaka, terpaksa memelihara dan menyusukan anaknya itu di penjara.
Terdahulu, Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa serta turut memperingati tertuduh supaya benar-benar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.
Saya cuma ingin mengingatkan kesalahan ini adalah dipandang berat oleh undang-undang. Sebab itu ada hukuman penjara minimum setahun.
Awak mungkin ada alasan tersendiri ketika melakukan kesalahan itu. Namun setiap kesalahan mesti ada balasannya. Saya harap awak ambil iktibar dan pengajaran, katanya.
Mengikut pertuduhan, Noorfazielayati, dari Kampung Lapan, dituduh melakukan pecah amanah jenayah iaitu menggunakan untuk diri sendiri wang hasil jualan milik majikannya Parkson Corporation Sdn Bhd, berjumlah RM3,011.60.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 10 Jun 2009, antara jam 9.30 malam hingga 10 malam di Parkson, Mahkota Parade.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat.
Fakta kes menunjukkan, ketika kejadian, Ketua Juruwang Parkson Grand mengesan tertuduh keluar berehat pada jam 6 petang dan tidak masuk semula selepas itu.
Selepas gagal menghubunginya, pengadu kemudian mengarahkan seorang pekerja membuat pemeriksaan dan mendapati wang tunai RM3,011.60 dari peti simpanan kaunter hilang.

Pukul isteri tuntut cerai




AMPANG: Kerana tidak berpuas hati dengan isterinya, seorang lelaki bertindak luar dugaan apabila membelasah wanita terbabit bertubi-tubi ketika berada di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini, Rabu lalu.
Mangsa yang juga seorang guru ditumbuk tanpa belas kasihan dan kejadian terbabit berlaku dari luar mahkamah hingga ke dalam mahkamah, dan turut disaksikan peguam serta bapa mentuanya.
Malah, lelaki berkenaan biadab apabila turut mengugut bapa mentuanya yang mahu menolong anak perempuannya yang ketika itu dibelasah.
Bagaimanapun, drama aksi ganas itu berakhir tidak lama kemudian apabila polis menahan lelaki terbabit selepas menerima panggilan kakitangan mahkamah berkenaan. Menurut sumber polis, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika pasangan itu di mahkamah berkenaan menyelesaikan proses perceraian mereka.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang ketika itu berada dalam mahkamah keluar sebelum isterinya yang ternampak kelibat lelaki terbabit cuba melarikan diri.
Namun, suaminya itu terus mengejar dan sebaik menghampiri wanita itu dia melepaskan tumbukan bertubi-tubi tanpa belas kasihan, katanya.
Katanya, ketika kejadian, bapa mentua lelaki terbabit turut campur tangan, namun dia diugut mendapat habuan sama dengan anak perempuannya membuatkan bapa mentua hanya mampu mendiamkan diri.
Mujur seorang rakan mangsa membantunya sebelum wanita terbabit melarikan diri dengan masuk dalam mahkamah.
Sejurus masuk ke mahkamah, wanita terbabit duduk berhampiran peguamnya kerana terlalu takut melihat kelakuan ganas lelaki terbabit, katanya.
Menurutnya, sangkaan wanita yang dia akan lebih selamat ketika berada dalam mahkamah ternyata meleset apabila suaminya yang masih tidak berpuas hati terus menghampirinya.
Sejurus menghampiri mangsa dan juga peguamnya, lelaki terbabit melepaskan beberapa tumbukan lagi yang terkena kepala wanita terbabit.
Mangsa kemudian diminta peguamnya itu masuk ke sebuah bilik untuk mengelak daripada dibelasah sementara beberapa orang cuba mengawal lelaki berkenaan, katanya.
Sumber terbabit berkata, kakitangan mahkamah terpaksa menghubungi polis disebabkan tindakan ganas lelaki terbabit yang mencetuskan huru-hara di mahkamah sebelum ditahan.
Berikutan dipukul, mangsa mengalami beberapa kecederaan di muka serta matanya lebam selain kesakitan di leher, katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita itu.
Menurutnya, lelaki berusia 38 tahun ditahan, namun dia dibebaskan kelmarin selepas siasatan dan segala keterangannya diambil. Kami menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan, katanya.
Sumber : Harian Metro

Suami isteri maut lepas daftar anak




KUALA LUMPUR: Baru beberapa jam mendaftar anak di sebuah kolej, suami isteri menemui ajal apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kemalangan di Kilometer 296.7, Lebuhraya Utara- Selatan menghala Kuala Lumpur, berhampiran susur keluar Bangi, dekat sini, kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7 malam itu, mangsa Ahmad Ariffin Ahmad Manap, 67, maut di tempat kejadian manakala isterinya Zainab Jusoh, 54 meninggal dunia ketika di Hospital Serdang.
Zainab seorang penerbit rancangan televisyen di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) manakala suaminya bekas juruteknik di stesen sama.
Jurucakap polis trafik berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas menghantar anak mendaftar di sebuah Kolej di Seremban, Negeri Sembilan.
Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu anak mereka yang berusia 19 tahun dan ketika sampai di lokasi kejadian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok.
Suami mangsa di bahagian penumpang hadapan tersepit dan maut di tempat kejadian manakala isterinya di belakang dikejarkan ke hospital parah, katanya.
Sumber : Harian Metro

Gempa bumi kuat gegar Mindanao

31/5/2010KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 6.16 petang tadi. 

Gempa bumi itu berlaku di 7.0 darjah Utara dan 124.1 darjah Timur kira-kira 191 kilometer ke barat Davao, Filipina dan 675 kilometer ke timur laut Lahad Datu, Sabah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - Bernama

Lelaki ditemui terbunuh dengan kesan luka di tubuh di Kallang Road

SINGAPURA




SEORANG lelaki ditemui mati di sebuah tanah lapang bersebelahan sebuah kondominium di Kallang Road pagi semalam.
Lelaki yang dipercayai berbangsa India itu dikatakan mengalami kecederaan di bahagian leher, tangan dan badannya.Polis berkata, mereka menerima panggilan tentang seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dekat kondominium The Riverine By The Park pada 7.30 pagi.Paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, terletak sekitar 200 meter daripada stesen MRT Kallang, mengesahkan kematian lelaki itu sekitar 8 pagi.Berita Harian difahamkan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen peribadi.Ketika wartawan berada di tempat kejadian, terdapat beberapa pegawai polis daripada unit forensik sedang sibuk menjalankan siasatan di kawasan tersebut.Mayat lelaki tersebut dilihat dalam keadaan terlentang. Beliau memakai baju warna kelabu, berseluar dan berkasut hitam.Kejadian tersebut menarik perhatian ramai hingga para pemandu yang melalui kawasan itu memperlahankan kenderaan untuk meninjau keadaan. Malah ada yang memberhentikan kereta mereka untuk melihat dari dekat.Polis sedang menyiasat dan menyifatkannya sebagai satu kes pembunuhan.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000.

Larangan rokok di pejabat swasta mulai esok

KUALA LUMPUR: Larangan merokok diperluaskan ke semua tempat kerja dan pejabat di sektor swasta yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat dan akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Beliau berkata keputusan itu yang dibuat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menjadikan jumlah kawasan larangan merokok yang diwartakan setakat ini kepada 21.

"Langkah ini supaya kita dapat melindungi kakitangan di pejabat di sektor swasta daripada asap rokok dan langkah ini juga dapat menjaga kesihatan mereka daripada penyakit-penyakit kronik akibat asap rokok," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Corinne Capuano.

Tema sambutan pada tahun ini "Gender and Tobacco: with an emphasis on marketing to women" atau dalam konteks negara ini, "Wanita dan Tembakau-Berwaspada! memberi penekanan kepada usaha-usaha industri rokok yang menjadikan wanita sebagai sasaran dalam strategi pemasaran rokok".

Antara kawasan yang sudah diwarta sebelum ini ialah pusat hiburan atau panggung wayang, kawasan hospital dan klinik, lif atau tandas awam, tempat makan dan kedai berhawa dingin, kenderaan awam dan hentian pengangkutan awam serta kawasan premis kerajaan. - Bernama

Dadah: Lelaki Indonesia ke tali gantung

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar kanabis seberat 4,697 gram, enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Hasbala Mohd Sarong, 22, gagal membuktikan prima facie terhadap kes pendakwaan.

Hasbala didapati bersalah melakukan kesalahan itu di perhentian bas di depan Kilang Proton, Seksyen 26 di sini, kira-kira 10 malam pada 27 Februari 2004.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama

Pelatih PTD meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru



31/05/2010 6:49pm

KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi tadi selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HTAR setelah koma sejak Jumaat lepas.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat di sini selepas solat Zohor.
Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan suami, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, dan seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia, dua tahun.
Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.
Sebelum kejadian, Norhashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya, mengadu tidak sihat, tetapi beliau terpaksa mengikuti latihan tersebut.
Ibunya, Norlia Rashid, 61, bahawa berkata sejak Ahad lepas kesihatan Norhashimah tidak begitu baik tetapi dia tetap mahu pulang ke kem untuk menjalani latihan seperti biasa. - Bernama

Korban serangan Israel ke atas flotila meningkat 19 orang



31/05/2010 5:51pm

BAITULMAQDIS 31 Mei – Stesen televisyen Channel 10 TV dalam laporan terbarunya hari ini meletakkan angka korban serangan komando Israel ke atas Flotila Pembebasan meningkat kepada 19 orang dengan 26 lagi cedera. – AFP

Pembantu kedai edar pil khayal dihukum gantung



31/05/2010 6:43pm

KOTA BAHARU 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pembantu kedai selepas didapati bersalah mengedar 979 bijil pil jenis ”methamphetamine” seberat 13.94 gram, dua tahun lalu.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim sewaktu membacakan penghakimannya, berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Ahmad Sa'ad Hazmin, 25, tanpa keraguan yang munasabah.
"Hanya ada satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan terhadap kamu bersabit kesalahan ini, dan dengan ini, mahkamah memerintahkan kamu dihukum gantung sampai mati.
"Dalam kes ini pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan berlakunya transaksi jual beli secara terus,” katanya.
Ahmad Sa'ad kelihatan tenang sewaktu hukuman itu diumumkan dan selepas berakhirnya prosiding, keadaan menjadi hiba apabila sanak saudara mengambil kesempatan memeluk dan mencium tertuduh itu.
Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai menjual pakaian terpakai, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Kampung Kasar, Pasir Mas, pada pukul 8.40 malam, 29 Januari 2008.
Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin manakala tertuduh diwakili peguam Wan Naziruddin Wan Jaafar.
Wan Naziruddin berkata pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu. - Bernama

Cuma RM5 satu kepala






KUALA LUMPUR: Bayar RM5 atau beri syabu. Itu syarat keji tiga remaja panas yang dikesan sanggup membiarkan tubuh dijamah lelaki asalkan apa yang dihajati dapat dipenuhi.

Wartawan Metro Ahad menemui tiga remaja itu menerusi bantuan sumber. Seorang daripada mereka sedang berusaha untuk kembali ke pangkal jalan, namun dua lagi masih belum puas berseronok.
Ikuti pengakuan tiga remaja terbabit, seorang di Johor dan dua lagi di Sabah.
ALIN, 17 (Johor):
HANYA dalam tempoh dua tahun, lebih 30 lelaki pernah menikmati tubuhnya dan dia hanya meminta bayaran RM5 untuk satu kepala, itupun kepada lelaki yang baru dikenali. Bagi yang sudah biasa dengannya, dia memberikan secara percuma saja.
Begitulah pengakuan seorang remaja yang pernah berdepan sejarah hitam dinodai lebih daripada seorang lelaki, termasuk rakan sekolah pada satu-satu masa.
Menurut Alin, aktiviti yang sinonim dengan panggilan kekah di kalangan remaja itu mula dilakukannya sejak berusia 16 tahun.
Mulanya saya menyerahkan kehormatan kepada teman lelaki yang sebaya dengan saya, tetapi lama-kelamaan, ramai rakan sekolah tumpang sekaki. Teman lelaki bercerita kepada rakan mengenai keterlanjuran kami dan selepas diketahui ramai saya mula popular.
Siap ada rakan yang bertindak umpama bapa ayam apabila dia bersusah payah mengumpul rakan sekolah yang mahu turut sama kekah saya. Saya kenakan bayaran RM5 untuk satu kepala dan paling ramai saya pernah melayan sehingga enam orang, dapatlah RM30 untuk beli tambah nilai kad prabayar telefon dan kumpul wang beli telefon bimbit baru, katanya.
Alin yang menetap di Johor mengakui selepas terbabit dengan aktiviti keji itu, dia berasa ketagih dan kerap melakukannya.
Kebiasaannya saya melakukan aktiviti berkenaan ketika hari sekolah. Kami ponteng beramai-ramai dan menjadikan rumah seorang rakan untuk melakukannya. Ibu dan ayah tak tahu sebab apabila tiba waktu pulang sekolah sekitar jam 1 petang, saya sudah tunggu di depan sekolah, katanya.
Dia semakin liar apabila dapat keluar rumah beberapa hari dengan alasan tidur di rumah kawan, walhal ikut lelaki yang baru dikenali.
Dengan lelaki yang sudah bekerja itu pun saya di kekah rakannya, kata Alin yang terus hanyut dengan dunianya sehingga terpaksa bertukar sekolah.
Sudah tukar sekolah pun dia terlanjur lagi. Pernah satu ketika melakukan hubungan seks dengan rakan sekolah yang baru.
Apabila berpeluang keluar sekolah ketika cuti, buat pula dengan orang lain. Jika kenalan itu bawa rakan, saya kena kekah juga, katanya.
Alin berkata, selama dua tahun terbabit dengan aktiviti keji itu, dia sudah melayan lebih daripada 30 lelaki.
Sepanjang tempoh dua tahun itu, pernah sekali saya mengandung. Saya dapat tahu mengandung selepas sembilan bulan dan dengan bantuan rakan saya gugurkan kandungan itu di sebuah klinik.
Perasaan serik hanya seketika saja. Selepas itu saya hanya memikirkan untuk berseronok saja, katanya.
Alin menyedari risiko tabiat buruknya itu, tetapi dia mengakui tidak terlalu memikirkannya sangat.
Kini, dia cuba membuka lembaran baru dalam hidupnya dengan menjauhi rakan yang hanya tahu merosakkannya. Katanya dia sedar, bukan mudah untuk berbuat demikian tetapi mahu berubah demi ibunya.
Walaupun bermasalah, saya tetap mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan tidak seberapa, tetapi saya juga mahu merubah kehidupan saya.
Saya kasihan dengan ibu yang banyak berkorban membesarkan saya. Sudah puas saya melihat dia menangis kerana saya dan saya tidak mahu dia menangis lagi, kata Alin yang kini mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran.
NURUL, 16 (Sabah):
NURUL hanya perlu diberikan syabu jika mahu menikmati tubuhnya. Mulanya dia hanya ingin mencuba syabu yang dikatakan membuatkan sesiapa yang mengambilnya menjadi seronok, tetapi percubaan secara suka-suka itu membuatkan dia ketagih.
Saya mula menghisap syabu beberapa tahun lalu, Akibat ketagih, saya mula keluar malam secara senyap untuk berfoya-foya selain mendapatkan bekalan daripada rakan lelaki yang sedia memberi dadah itu dengan syarat mengadakan hubungan seks, katanya.
Menurutnya, keseronokan berhibur, termasuk mendapat bekalan syabu secara percuma menyebabkan dia rela menyerahkan tubuh sebagai balasan.
Setiap kali diberi syabu, saya rela ditiduri oleh lelaki, katanya yang menghisap syabu tiga kali dalam seminggu.
Dia biasa melakukan aktiviti itu di rumah rakannya ketika ibu bapa rakannya itu keluar bekerja.
Selepas semuanya selesai, saya akan pulang ke rumah sebelum gelap atau malam, katanya.
Remaja bertudung itu mengaku ketiadaan wang untuk membeli syabu selain ketagihan memaksanya sanggup tidur dengan lelaki yang boleh membekalnya syabu.
Biasanya, syabu dijual dalam sekitar harga RM30 hingga RM50 bagi satu tiub sepanjang satu sentimeter dan boleh dikongsi sehingga lima orang.
LINA, 16 (Sabah):
DIA mengakui mula mengambil syabu selepas berkawan dengan Nurul. Keseronokan mengambil bahan terlarang itu menyebabkannya kehilangan dara empat bulan lalu.
Kerana syabu saya sanggup menyerahkan tubuh kepada sesiapa saja yang
memberikan saya barang itu. Apabila bersama rakan, saya sukar menolak ajakan dan pelawaan untuk menghisap syabu kerana mereka tidak lokek berkongsi bekalan.
Saya juga rela dinodai kerana keseronokan paling utama, katanya.
Sumber : Harian Metro

Dua samseng berbalas tembak




JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal, berkata polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kejadian tembak menembak di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan.
Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.
Orang ramai menyatakan melihat kedua-dua lelaki itu bertengkar di tepi jalan. Mereka juga melihat beberapa das tembakan dilepaskan ke arah warga Singapura itu, katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, semalam.
Amer berkata, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dalam keadaan stabil.
Lelaki terbabit dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau di Singapura selain pernah melakukan jenayah di negara ini.
Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek yang melarikan diri selepas menembak mangsa.
Suspek kes ini adalah seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 40-an dan turut mempunyai rekod jenayah di negara ini, dan sedang diburu polis, katanya.
Katanya, polis menyiasat pelbagai kemungkinan motif, termasuk pertelingkahan antara kongsi gelap, perselisihan peribadi atau saingan perniagaan haram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cuba bunuh) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.
Difahamkan, polis turut berhubung dengan rakan sejawat mereka di Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua lelaki terbabit selain mengawasi pintu masuk sempadan.
Sumber : Harian Metro

Rakyat Malaysia dalam perjalanan ke Gaza selamat



KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.

Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.

"SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di sini.

Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria. 

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin. 
Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata, mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya. 

Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.


Kapal misi Gaza diserang askar Israel, nasib dua wakil Astro Awani belum diketahui



KUALA LUMPUR -- Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata, mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.

"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.

Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.

Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.

Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.

Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.

"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya.


Berwaspada beli kereta import terpakai - Nadzri




KUALA LUMPUR - Rakyat tempatan yang berhasrat membeli kenderaan import terpakai dinasihat supaya lebih berhati-hati kerana terdapat laporan kes pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata, JPJ mengesan dua kereta dengan nombor pendaftaran yang sama apabila pemilik kenderaan itu masing-masing mengalami kesukaran untuk membaharui cukai jalan dan menuntut insurans.

Beliau berkata, ia melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang pemiliknya bermastautin di Kuala Lumpur manakala kereta import terpakai yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama berada di Pahang. 

"Kami akan panjangkan perkara ini kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana ia melibatkan kereta import dan bagi memastikan kereta ini tidak terlibat dengan kes seludup," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Nadzri turut meminta agar pembeli kenderaan import terpakai tidak mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan, sebaliknya melaporkan kepada JPJ jika merasa sangsi dengan tawaran itu atau membuat semakan sendiri.

Warga emas maut dilanggar kereta




PARIT BUNTAR - Seorang warga emas maut setelah basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Taiping berhampiran stesen minyak Shell di sini, kira-kira jam 1.20 pagi, kelmarin. 

Mangsa, Whang Song Sin, 63, ketika kejadian dalam perjalanan pulang selepas membeli barang keperluan dari kedai runcit berhampiran. 

Dia maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan lebih menyedihkan beberapa buku roti yang dibeli sebelum itu bertaburan di atas jalan. 

Anak saudara mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, bapa saudaranya itu tinggal bersendirian kerana kedua-dua anaknya bekerja di Singapura dan Sarawak. 

Menurutnya, mangsa adalah seorang yang peramah dan dikenali ramai di kawasan itu. 

“Saya terkejut apabila dimaklumkan rakan, bapa saudara meninggal kerana terlibat kemalangan dan saya terus ke sini. 

“Kedua-dua anaknya sudah dihubungi dan mereka dalam perjalanan pulang,” katanya yang ditemui di tempat kejadian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Menurutnya, kejadian itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian terbabit diharap dapat tampil memberi maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.

Penyangak masjid kena cekup



KAMPUNG PELUBANG- Misteri kehilangan wang daripada tabung masjid di sekitar sini yang sering berlaku, akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki ditahan ketika sedang cuba menyelongkar tabung masjid di sini, minggu lalu. 

Dalam kejadian itu, seorang ahli jemaah masjid, Mohd Hussaini Mohd Shuib, 37, berkata, dia yang berada di kedai berhampiran masjid ternampak seorang lelakimenunggang motosikal memasuki perkarangan masjid kira-kira jam 3 petang. 

Pada awalnya, kata Mohd Hussaini, dia tidak mengesyaki apa-apa yang buruk melainkan beranggapan lelaki itu mungkin singgah untuk bersolat. 

“Bagaimanapun, selepas lebih setengah jam, saya mula berasa curiga, lebih-lebih lagi apabila melihat dia keluar dan kemudian masuk semula dengan membawa sebatang besi. 

Lebih mencurigakan kerana pintu masjid ditutup,” katanya. 

Berikutan itu, Mohd Hussaini bersama beberapa rakannya menyelinap masuk ke dalam masjid itu tanpa disedari lelaki berkenaan.

“Ketika kami masuk, dia begitu asyik menyeluk tabung masjid. Tanpa berlengah, kami terus menangkapnya dari belakang,” katanya.
Ketika ditahan, wang RM133.80 ditemui pada lelaki itu.

Dia bagaimanapun mengakui, itulah kali pertama dia berbuat demikian dan mengakui tidak tahu kes pecah tabung masjid yang lain.

Lelaki yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak berusia empat bulan itu juga berkata, dia mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menyara keluarga menyebabkannya terdesak untuk mencuri wang masjid.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin berkata, pemuda berusia 21 tahun berasal dari Padang Sanai, Padang Terap itu mengakui kepada polis dia terlibat dalam lima kes pecah dan mencuri wang tabung masjid di sekitar daerah ini.

Nyaris maut dirempuh kontena




PETALING JAYA – Tiga wanita warga Indonesia nyaris maut setelah dirempuh sebuah lori kontena ketika sedang menunggu bas di Hentian Seri Setia di Kilometer 28.7, Lebuhraya Persekutuan menghala ibu kota dekat sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, tiga mangsa yang bekerja kilang elektronik berhampiran lokasi kejadian baru habis kerja syif malam. 

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, lori kontena tanpa muatan itu dalam perjalanan dari arah Shah Alam. 

Katanya, siasatan awal mendapati lori yang berada di lorong tengah itu hilang kawalan dan terus melanggar hentian bas tersebut sebelum terbabas di lorong motosikal. 

Difahamkan, stereng lori berkenaan gagal berfungsi hingga hilang kawalan. 

“Dua daripada tiga mangsa terperosok di bawah lori kerana tidak sempat melarikan diri ekoran kejadian berlaku dengan pantas. 

“Rempuhan itu juga menyebabkan hentian bas tersebut rosak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Katanya, kesemua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM) oleh orang awam dan dilaporkan stabil. 

“Pemandu lori berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kita akan merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan,” katanya. 

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati kesesakan lalu lintas sepanjang hampir lima kilometer dan lorong motosikal terpaksa ditutup berikutan kerja mengalih lori berkenaan.

Padah skodeng tandas wanita




KUALA TERENGGANU – Hobi pelik seorang lelaki yang dikatakan gemar mengintai wanita di tandas sebuah stesen minyak di Pengadang Baru, di sini, membawa padah, apabila dia ditangkap orang ramai, malam kelmarin. 

Berikutan kejadian itu, mangsa dilaporkan cedera pada bahagian muka dan badan manakala baju dipakainya dibasahi darah akibat dipukul orang ramai yang geram dengan hobi skodengnya itu. 

Seorang pekerja stesen minyak tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Ery berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika dia sedang bekerja. 

“Tiba-tiba saya dengar bunyi bising pada baha gian belakang berhampiran tandas, ingatkan budak-budak motosikal bergaduh, apabila pergi, saya nampak orang ramai mengerumuni seorang lelaki.

“Rupa-rupanya lelaki itu ditangkap kerana me ngintai di tandas wanita manakala muka dan bajunya dibasahi darah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, orang ramai kemudian menyerahkan lelaki terbabit kepada polis dalam keadaan cedera kira-kira jam 11.30 malam.

Sementara itu, seorang lagi pekerja, Azuwati Mohd Yusof, 26, berkata, kejadian skodeng memang kerap kali berlaku di tandas stesen minyak itu dan ia dipercayai dilakukan orang sama. 

“Kita pernah buat laporan dan polis ada buat pemantauan serta memberi amaran kepada suspek. Namun saya difahamkan mereka tidak dapat tangkap sebab tidak ada bukti dia melakukan perbuatan itu,” katanya.

Menurutnya, suspek biasanya memulakan kerja tidak senonoh itu bermula jam 9 malam dengan memasuki tandas duduk lalu mengintai tandas di sebelahnya apabila ada wanita menggunakannya.

Keadaan itu kata Azuwati, menyebabkan dia dan rakan sekerja wanita lain tidak berani menggunakan tandas pada waktu malam kerana bimbang menjadi mangsa suspek yang datang menaiki Perodua Kancil itu.

“Dia bukan sahaja mengintai, malah mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan kami banyak menerima aduan daripada pelanggan, namun tidak dapat menangkapnya kerana tidak ada bukti,” katanya.

Terkandas gara-gara van sewa haram




RANTAU PANJANG - Seramai 10 warga Kemboja terkandas apabila van sewa haram yang dinaiki mereka ditahan pihak berkuasa apabila bertindak mengambil penumpang tanpa permit sah. 

Seorang warga Kemboja, Ahmad Phon, 40, berkata, dalam perjanjian, mereka sepatutnya membayar tiket perjalanan ke Muar Johor sebanyak RM600 kepada pemandu van. 

“Makan untuk seorang akan dicaj sebanyak RM60, manakala kanak-kanak separuh harga,” katanya. 

Menurutnya, dia sepatutnya memulakan perjalanan dari pekan Rantau Panjang ke Muar kerana bekerja di kedai makan di sana. 

Beliau berkata, memandangkan van tersebut memberhentikan kenderaan di kawasan deretan kedai makan dekat sini, maka mereka bersetuju menggunakan perkhidmatan van tersebut. 

Ahmad berkata, dia tidak mengetahui bahawa van tersebut menjalankan perkhidmatan haram mengambil penumpang kerana tidak mempunyai permit sah perjalanan. 

Sementara itu, Saripah Ahmad Knom berkata, dia bersama suami serta anak-anak memikirkan kemudahan yang ditawarkan akan memudahkan perjalanan mereka ke Selangor. 

“Apabila van tersebut menawarkan harga yang murah, kami terus bersetuju memandangkan kami bergerak secara berkumpulan dan lebih-lebih lagi anak saya masih kecil,” katanya. 

Menurutnya, pemandu tempatan yang berumur dalam lingkungan 50-an serta van sewa haram tersebut telah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan.

Bos kelab malam tawar RM1.1j kepada polis





SYDNEY - Beberapa pemilik kelab malam termasuk John Ibrahim (gambar) di sini menawarkan kepada polis New South Wales A$400,000 (RM1.1 juta) setahun untuk melakukan rondaan tambahan pada setiap malam Sabtu di King Cross, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Cadangan itu mengikut model di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) apabila hospital swasta dan pusat hiburan membiayai bayaran tambahan untuk tugas rondaan anggota polis bagi menghalang keganasan.
Namun, rancangan Ibrahim dan 20 pemilik kelab malam tersebut ditolak oleh polis.
Ibrahim memberitahu, perancangan untuk memberi bayaran tambahan kepada lapan anggota polis itu akan menyekat aktiviti keganasan dan menggalakkan lebih ramai pengunjung ke King Cross.
"Kami semua menyokong usaha ini. Sebarang usaha untuk melaksanakan satu program melibatkan anggota polis bagi menghalang aktiviti keganasan merupakan satu perkara yang bagus," kata jurucakap dan peguam belanya, Stephen Alexander.
Ibrahim berkata, wang bukannya menjadi penghalang untuk mendapatkan perkhidmatan anggota polis itu.
"Wang bukan perkara utama. Jika tiada sebarang masalah berlaku di sini, lebih ramai orang akan berkunjung ke kawasan ini," katanya. - Agensi

Perompak tersangkut di bumbung rumah




GAMBAR menunjukkan seorang perompak remaja tersangkut di sebuah bumbung rumah di Heaton baru-baru ini.


HEATON, Britain - Salah seorang daripada tiga perompak yang memecah masuk sebuah rumah di sini terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan apabila dia tersangkut di atas bumbung rumah yang dimasukinya itu.
Remaja yang berpakaian hitam itu cuba melarikan diri melalui bumbung rumah selepas kehadiran mereka dikesan oleh pemilik rumah tersebut, Damiano Rea, 31, yang baru pulang.
Pemilik rumah itu mendapati pintu depan rumahnya terbuka manakala kelibat perompak itu berada di ruang tamu menyebabkan dia kemudian mengejar mereka yang melarikan diri ke atas bumbung.
Namun, salah seorang perompak itu terpaksa diselamatkan oleh anggota-anggota bomba dengan menggunakan sebuah tangga bertingkat setelah dia tersangkut di atas bumbung, baru-baru ini.
Dua lagi rakannya berjaya melarikan diri dengan terjun dari bumbung berkenaan.
Seorang pegawai polis, Kev Benson berkata, pihak polis menerima satu panggilan telefon dari seorang pemilik rumah pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan yang mengatakan terdapat seseorang yang berada di atas bumbung rumah.
"Kami tiba di tempat kejadian bersama skuad polis helikopter dan mendapati seorang remaja berada di atas bumbung rumah itu.
"Dengan bantuan pasukan bomba, remaja tersebut dibawa turun dan diselamatkan pada pukul 6.15 pagi waktu tempatan dan dia ditangkap kerana disyaki merompak," katanya.
Remaja berusia 14 tahun itu ditangkap kerana mencuri dan akan didakwa di mahkamah bulan depan. - Agensi

Tiga beranak maut kemalangan




nornabila yang patah kaki kiri dirawat di Hospital Selayang semalam.


HULU SELANGOR - Hasrat lima sekeluarga yang terlalu seronok berkumpul bersama keluarga menjadi petanda buruk apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 72, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Masjid Kalumpang dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi, tiga mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Myvi, Mohamad Efendy Hamim, 32, isterinya Norhaya Musa, 32, dan seorang anak mereka, Mohd. Harith Iskandar Mohamad Efendy, 6.
Dua lagi mangsa yang cedera parah ialah seorang lagi anak pasangan itu, Mohamad Hakim Iskandar Mohamad Efendy, 7, dan adik Norhaya iaitu Nornabila Musa, 12.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussain Che Omar berkata, semasa kejadian lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Myvi dalam perjalanan pulang semula ke ibu negara selepas berjumpa dengan keluarga di Tanjung Malim, Perak.
Bagaimanapun, menurut beliau, ketika dalam perjalanan kereta tersebut bertembung dengan sebuah lori Isuzu.
Ketika kemalangan kawasan itu hujan dan keadaan berkabus.
"Lori Isuzu dari arah Batang Kali menghala ke Sungai Besar hilang kawalan lalu merempuh bahagian depan kereta yang dinaiki lima mangsa," kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, rempuhan kuat itu menyebabkan dua mangsa iaitu Efendy dan Norhaya mati di tempat kejadian.
"Harith meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu," kata beliau.
Kata beliau, Hakim Iskandar yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala Nornabila yang patah kaki kiri dihantar ke Hospital Selayang.
Che Hussain memberitahu, pemandu lori bersama dua orang penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.