Search This Blog

Thursday, May 27, 2010

Aplikasi lucah: Kerani bank individu pertama disabit kesalahan

n
27/05/2010 4:31pm

KLANG – Seorang kerani bank, yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Dia melakukan kesalahan itu di Aras 1, Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang, kira-kira pukul 5 petang, 10 Jun tahun lepas.

Tajulzairi didakwa mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – Bernama

Dua anggota polis didakwa terima rasuah RM600

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah RM600 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang terlibat dengan dadah, tiga tahun lepas.

Lans Koperal Azizi Ibrahim, 45, dan Koperal Roslee Che Ani, 46, didakwa menerima rasuah daripada Mahafez Mohamed sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Sagiman Zakaria di hadapan kedai makan Steven Corner, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Ampang pada 6.30 petang, 17 September, 2007.

Mereka yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semula kes. – Bernama

Saman Anwar terhadap Mohd. Saiful 23 Sept

KUALA LUMPUR - Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana niat jahat dalam membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh ketua pembangkang itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 September.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K.Pavani menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Jason Tay dan Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful.

Zamri memberitahu pemberita bahawa peguam plantif (Anwar) meminta mahkamah untuk tarikh lain bagi sebutan kes itu sementara menunggu perbicaraan jenayah Anwar mengenai pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Jenayah.

Mahkamah Tinggi Jenayah telah menetapkan 31 Mei hingga 4 Jun ini untuk meneruskan perbicaraan liwat Anwar. Mahkamah juga menetapkan sebulan dari 2 hingga 30 Ogos untuk perbicaraan tersebut.

Anwar, 63, memfailkan saman itu terhadap Mohd. Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, yang mendakwa bahawa bekas pembantunya itu membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata, Mohd Saiful mengetahui bahawa pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi meneruskan dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Beliau mendakwa ekoran laporan polis itu reputasi beliau telah terjejas dan beliau sangat sengsara dan malu.

Mohd. Saiful dalam kenyataan pembelaannya pada Mei 2009 berkata, laporan polis itu adalah wajar dan jika tidak benar, pendakwaan tidak akan mengenakan pertuduhan liwat terhadap Anwar. - Bernama

45 wanita warganegara asing bekerja sebagai GRO di tahan

IPOH – Empat puluh lima wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat hiburan di Manjung dekat sini dua hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada 37 warganegara Vietnam dan lapan rakyat China yang kesemuanya berusia antara 18 dan 40 tahun.

Serbuan itu yang dilakukan serentak melibatkan 37 anggota dan pegawai dari cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Kontinjen Perak, adalah hasil maklumat orang ramai, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siasatan mendapati kesemua wanita berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO, katanya.

Mohd. Dzuraidi berkata, polis turut menahan tiga lelaki rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 30-an atas kesalahan membenarkan warga asing bekerja tanpa permit yang sah. – Bernama

Dua gudang simpan makanan musnah dalam kebakaran

PADANG BESAR – Dua gudang menyimpan barangan makanan di kawasan perindustrian Padang Besar di Kampung Kolam dekat sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, Khairul Ariffin Che Ramli berkata, kejadian berlaku selepas pukul 12 tengah malam dan pihaknya menerima panggilan pukul 12.45 pagi daripada orang awam yang melihat kepulan asap dari arah gudang itu.

Tiga jentera iaitu dua dari balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan sebuah dari Padang Besar dengan dibantu dengan dua jentera bomba sukarela Padang Besar dan Kaki Bukit, mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran.

Dua gudang separuh konkrit itu antara lain menyimpan makanan seperti bawang, makanan dalam tin dan minyak masak.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

Akibat ingin buang sial, enam wanita tertipu RM625,000

KUALA LUMPUR – Kerana percaya dengan satu kumpulan yang boleh membantu membuang sial, enam wanita berusia dalam lingkungan 40-an tertipu sebanyak RM625,000 sejak tahun lepas.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, kes terbaru melibatkan seorang wanita yang dikenali sebagai Goh yang kerugian kira-kira RM72,700 termasuk barangan kemasnya.

"Goh didatangi tiga wanita rakyat China yang mendakwa dia akan ditimpa bala jika tidak melakukan upacara menolak bala di sebuah bank di SS2, Petaling Jaya pada pukul 9 pagi, 30 April lepas,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata, Goh yang telah dipukau, secara sukarela menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,700 serta barang kemas bernilai RM70,000 dan sebagai pertukaran, dia diberikan sebuah beg yang berisi dua botol air dan dua paket garam.

Chong berkata, sejak tahun lepas, sebanyak enam kes seumpama itu yang melibatkan golongan wanita dalam lingkungan umur 40 hingga 60 tahun dilapor kepada biro terbabit. – Bernama

Polis tahan tiga warga indonesia disyaki larikan RM10,000

KUALA TERENGGANU – Polis menahan tiga warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan wang tunai RM10,000 dari sebuah kenderaan milik seorang peniaga, di Chendering di sini, tidak sampai 12 jam selepas menerima laporan mengenainya, dua hari lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supt. K. Manoharan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa lalu, selepas seorang peniaga lelaki berusia 58 tahun dari Rusila, Marang, menunaikan cek RM10,000 dari sebuah bank di sini.

"Sampai di Chendering, peniaga yang dalam perjalanan pulang ke Rusila itu berhenti untuk membeli makanan di sebuah restoran tanpa mematikan enjin keretanya, sementara wang tunai itu diletakkan di tempat duduk di hadapan sebelah pemandu.

"Tiba-tiba muncul seorang lelaki membuka pintu kereta dan mengambil wang itu sebelum melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu dalam sebuah kereta yang menghala ke arah Marang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata, ketiga-tiga lelaki yang berumur 30-an itu kini ditahan reman selama empat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – Bernama

Miliki DVD, VCD cetak rompak: Tukang masak didenda RM20,000

KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak hari ini didenda RM20,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah memiliki dua salinan DVD dan empat salinan VCD cetak rompak tiga tahun lepas.

Hakim Mohd. Nasir Nordin turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan bercagar RM3,000 selama dua tahun terhadap Sung Siew Chun, 25, berhubung 14 pertuduhan yang serupa kerana memiliki 50 keping salinan DVD dan VCD pelbagai tajuk filem.

Siew Chun, dari Cheras, didakwa melakukan kesalahan itu di balkoni Elite Trading, tingkat satu, Plaza OUG, Jalan Klang Lama pada 5 petang 17 Januari 2007. – Bernama

Sembilan termasuk sepasang suami isteri ditahan edar dadah

BESUT – Polis menahan sembilan orang termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Besut dalam satu operasi yang bermula dari pukul 4.30 petang semalam sehingga tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, ia bermula dengan serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Besut dan IPK Terengganu ke atas sebuah rumah di Kampung Lak Lok, dekat sini kira-kira 4.30 petang.

"Dalam serbuan itu polis menahan sepasang suami isteri berumur 44 dan 41 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya di sini hari ini.

"Ia berdasarkan penemuan 14 ketulan ganja mampat dan tiga paket ganja kesemuanya seberat 9.67 gram yang dianggar bernilai RM4,000 di rumah itu yang turut dihuni oleh enam orang anak pasangan itu, yang berumur antara 13 dan 18 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ekoran penahanan pasangan suami isteri itu, polis melancarkan operasi bagi mencari anggota kumpulan itu dan berjaya menahan tujuh lelaki berumur antara 37 dan 45 tahun di sekitar Besut. – Bernama

Ibu ditahan kes bayi ditanam berdekatan stesen komuter

SHAH ALAM – Polis hari ini menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata, wanita berusia bawah 20 tahun itu ditahan di rumahnya di sini pada 9 pagi tadi, manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

"Ketika ditahan, wanita terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang. Dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” katanya.

Noor Azam berkata, polis masih menunggu laporan kesihatan wanita itu sebelum menjalankan siasatan lanjut.

Isnin lepas, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad menemui satu longgokan tanah yang menyerupai kubur dan selepas digali polis menemui mayat bayi lelaki yang tidak cukup bulan yang dibalut dengan sehelai kain putih. – Bernama

Kes isteri khalwat dibicara mulai 8 hingga 11 November



KANGAR 26 Mei - Kes khalwat membabitkan seorang isteri dengan pasangan bukan Islam ketika hari jadinya pada hujung tahun lalu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini mulai 8 November ini.
Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut selepas menolak bantahan awal Harlina Harun (gambar), 32, untuk mengetepikan pertuduhan yang dihadapinya.
Dalam keputusannya, hakim itu menyatakan, kes tersebut wajar dibicarakan mengikut Seksyen 160 (2) Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 setelah mendapati alasan bantahan itu adalah tidak kukuh.
''Hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwa dalam kes ini pula ada asasnya sendiri. Jadi, mahkamah menetapkan empat hari untuk perbicaraan kes ini iaitu mulai 8 hingga 11 November ini,'' ujarnya.
Pada 28 April lalu, Harlina melalui peguam syarie yang mewakilinya, Zulmi Sabri mengemukakan bantahan awal dengan alasan pertuduhan khalwat tersebut tidak sah atau batal.
Harlina, pegawai Imigresen dari Kedah didakwa berkurung dengan lelaki bukan muhrim, Yeoh Wei Meng, 36, antara pukul 1 pagi dan 5.30 pagi, 24 September tahun lalu di bilik 811, Hotel Putra Palace di sini.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
Wanita itu yang kini dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 30 September tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh pendakwa syarie, Fakhrurrazi Md. Mahdzir.
Akhbar sebelum ini melaporkan kekecewaan suami tertuduh, Mohd. Shazeli Ghazali, 32, apabila isterinya itu diberkas pencegah maksiat, sedangkan dia sudah membeli kek untuk menyambut hari jadi Harlina yang ke-31 pada hari kejadian.

Suasana tegang di Semenanjung Korea


KERETA kebal K-1 Korea Selatan melepaskan tembakan semasa
latihan ketenteraan berdekatan sempadan yang memisahkan dua
negara Korea itu di Yeoncheon, utara Seoul, kelmarin. - AFP



SEOUL 26 Mei - Korea Utara hari ini mengancam untuk menyekat laluan merentasi sempadan dan meletupkan mana-mana pembesar suara Korea Selatan yang melaungkan propaganda selepas enam tahun, ketika ketegangan meningkat berhubung isu kapal perang Korea Selatan yang karam.
Kemerosotan dramatik ini berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton melawat Seoul hari ini dalam siri terakhir lawatan ke tiga negara Asia yang didominasi insiden 26 Mac itu yang dipersalahkan ke atas serangan torpedo Korea Utara.
"Ini adalah provokasi Korea Utara yang tidak boleh diterima dan masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab dan tugas untuk bertindak balas," kata Clinton kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Selatan.
Satu pasukan penyiasat antarabangsa minggu lalu merumuskan sebuah torpedo berpandu yang dilancarkan kapal selam Korea Utara adalah punca kapal perang Cheonan seberat 1,200 tan patah dua dan membunuh 46 kelasinya.
Korea Selatan mula mengambil langkah tindak balas semalam dengan menghentikan perdagangan, menyambung semula propaganda perang dan mengharamkan kapal kargo Korea Utara. Ia dilihat sebagai tindakan paling keras yang dilaksanakan selain ketenteraan.
AS menegaskan bukti Korea Utara bersalah adalah sangat jelas dan menyokong langkah yang diambil Korea Selatan, namun China selaku sekutu penting Pyongyang masih meragui bukti dan tidak banyak melakukan apa-apa selain meminta semua pihak bertenang.
"Saya percaya China faham tentang betapa serius isu ini dan sanggup mendengar kebimbangan yang disuarakan Korea Selatan dan AS.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan China dalam melangkah lebih maju ke arah satu maklum balas," kata Clinton yang melawat Beijing sebelum ke Seoul. - AP,utusan

Lebih 60 maut perang dadah di Jamaica

ANGGOTA polis mengangkut mayat 12 lelaki yang dipercayai anggota
sindiket dadah ke Hospital Awam Kingston di Kingston, Jamaica, kelmarin. – AFP

KINGSTON 26 Mei – Pertempuran bersenjata yang menggegar ibu negara Jamaica meragut lebih 60 nyawa yang kebanyakannya orang awam, demikian menurut sumber hospital semalam, ketika pasukan tentera dikerahkan ke seluruh bandar raya ini untuk memburu seorang raja dadah.
Polis meletakkan angka korban seramai 27 orang, namun Perdana Menteri Bruce Golding memberi amaran ia kemungkinan besar meningkat dan polis malam tadi menyatakan terdapat ‘beberapa pembunuhan’ di kawasan Greater Kingston.
Beratus-ratus anggota tentera dan polis dikerahkan untuk memburu Christopher ‘Dudus’ Coke, yang dikehendaki di Amerika Syarikat atas dakwaan penyeludupan dadah, dalam ketegangan seminggu dengan penyokongnya.
Pertempuran dilihat merebak ke kawasan lain selepas pasukan keselamatan menyerbu setinggan Tivoli Gardens di barat negara ini, dalam usaha menangkap Coke yang perintah ekstradisi ditandatangani kerajaan minggu lalu.
Keganasan menyebabkan kawasan setinggan bertukar menjadi zon perang, dengan tiga trak digunakan untuk mengangkut mayat mangsa termasuk seorang bayi ke sebuah rumah mayat di kompleks hospital.
Golding menegaskan pasukan keselamatan akan memulihkan ketenteraman, tiga hari selepas kerajaan pimpinannya mengisytiharkan darurat dalam keganasan terburuk negara Caribbean ini sejak berpuluh tahun.
“Kerajaan kesal dengan kehilangan nyawa anggota keselamatan dan rakyat yang terbunuh akibat terperangkap dalam pertempuran,” kata beliau kepada Dewan Perwakilan.
Menteri Keselamatan, Dwight Nelson pada satu sidang akhbar menjelaskan, Coke, 42, masih belum diberkas ketika beberapa helikopter meronda ruang angkasa Kingston dan sekolah serta kedai-kedai ditutup. – AFP
utusan

Warga emas mati digilis bas

Anggota polis mengangkat mayat warga emas yang ditemui mati
selepas dipercayai digilis sebuah bas ketika mangsa sedang
 tidur di Taman Layang-Layang, Rahang, Seremban, semalam.

SEREMBAN 26 Mei - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan ngeri selepas disyaki digilis sebuah bas ketika sedang tidur berhampiran padang permainan di Taman Layang-Layang, Rahang, dekat sini malam tadi.
Mangsa yang tidak mempunyai sebarang identiti, dikatakan berada di kawasan itu untuk tidur.
Namun malang buat mangsa apabila digilis oleh bas sekolah berkenaan yang kebiasaannya diletakkan di situ, ketika sedang mengundur.
Kejadian disedari oleh pemandu bas lain apabila menemui mayat mangsa yang berlumuran darah di situ, kira-kira pukul 11 pagi.
Ketika ditemui, kepala mangsa hampir hancur akibat digilis bas berkenaan dengan kesan darah pada tayar kenderaan terbabit.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta supaya menghubungi Balai Polis Rahang di talian 06-7632222 untuk mengecam mayat.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.utusan

Orang Asli peroleh pampasan tanah RM6.5j

PUTRAJAYA: Kemenangan bagi 26 keluarga Orang Asli Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil, apabila diberikan pampasan RM6.5 juta kerana tanah adat mereka diambil untuk membina Lebuh Raya Nilai-Banting ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1995.

Pampasan itu diberikan berikutan Mahkamah Persekutuan semalam mencatatkan satu terma perjanjian penyelesaian antara mereka dan Kerajaan Persekutuan, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan kontraktor, United Engineers (M) Bhd (UEM).

Dalam satu perjanjian penyelesaian yang bersejarah itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili kerajaan membacakan terma penyelesaian itu di depan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong.

Kamaluddin berkata, mengikut terma LLM bersetuju membayar RM6.5 juta kepada Orang Asli Temuan untuk kes itu diselesaikan sepenuhnya dalam masa sebulan dari semalam dan jumlah itu disimpan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pembayaran.

Beliau berkata, jumlah itu diberikan kepada tujuh responden dalam kes ini serta individu yang tinggal di kawasan berkenaan. Tanah itu diduduki oleh masyarakat berkenaan lebih 200 tahun.

Mahkamah itu juga membenarkan permohonan Kamaluddin untuk menarik balik rayuan kerajaan, LLM dan UEM terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan tanah itu milik Orang Asli kerana ia tanah turun-temurun.

“Arahan kita ialah untuk menarik balik rayuan itu dan membacakan terma pelaksanaan dan pihak yang menyediakan terma itu,” kata Kamaluddin.
Peguam utama untuk Orang Asli, Datuk Dr C V Dass meminta kelulusan mahkamah untuk terma itu dibacakan dalam mahkamah terbuka untuk manfaat responden, yang hadir di mahkamah berkenaan.

Penasihat Undang-undang Selangor, Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan memberitahu mahkamah kerajaan Selangor pada April tahun lalu, menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, lebih 50 anggota keluarga Orang Asli Temuan dengan memakai destar di kepala, berkumpul di luar mahkamah, dan lega dan berpuashati dengan keputusan itu.

Sagong, 79, ketika ditemui pemberita berkata beliau lega kes itu akhirnya selesai selepas 14 tahun.

Ditanya rancangannya mengenai wang pampasan yang akan diterimanya, beliau secara bergurau berkata: “Tidak tahu lagi nak buat apa sebab saya sudah tua, tapi mungkin nak beli rumah atau mungkin nak kahwin lagi”.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa sedih kerana kemenangan semalam tidak dapat dikongsi bersama empat lagi rakannya yang sudah meninggal dunia.

Kapal tangki mula pindah minyak

SINGAPURA: Kapal tangki Malaysia yang kebocoran lebih 2,500 tan metrik minyak mentah selepas berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal di Selat Singapura semalam, kini memindahkan minyak mentahnya secara dalaman di kapal itu.
Menurut kenyataan AET Tanker Holdings Sdn Bhd, pemilik MT Bunga Kelana 3 yang berlanggar dengan MV Waily, selepas minyak 'light grade' Bintulu itu dipindahkan, kerosakan terhadap kapal itu akan dinilai.

Kapal tangki itu sekarang berlabuh di luar pantai Changi East dan akan berpindah ke lokasi lain selepas penilaian kerosakan selesai.

MT Bunga Kelana 3 berlanggar dengan MV Waily ketika berlayar dari timur ke barat di Laluan Pemisah Trafik (TSS) Selat Singapura, 13km ke tenggara Changi East, pada 6.03 pagi.

Insiden itu mengakibatan kerosakan besar kepada badan kapal dan kebocoran minyak mentah yang sedang dibersihkan oleh pakar hingga larut malam.

Mereka menaiki 15 bot, menggunakan 50 tan metrik bahan penghurai dan alat penghadang rebakan sepanjang 4,000 meter.

AET berkata, operasi membersih disambung semula awal pagi ini dengan tambahan lebih 100 pekerja.

AET juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menghadapi kemungkinan operasi pembersihan di sepanjang pantai bahagian tenggara Semenanjung Malaysia. - Bernama 

2 maut 41 cedera 2 letupan bom di Selatan Thai

YALA, Thailand: Dua serangan bom di wilayah bergolak di selatan Thailand mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 41 yang lain cedera termasuk lima daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Letupan pertama berlaku di Yala, bandar utama di wilayah itu pada jam 10.15 pagi di hadapan pusat jualan kereta, mengakibatkan lapan orang cedera.

Sementara ledakan kedua berlaku sepuluh minit kemudian di lokasi berhampiran mencederakan ramai anggota pasukan penyelamat dan polis yang berada di tempat kejadian untuk menyiasat letupan pertama.

Gabenur Yala, Krisada Boonrach, berkata pihak berkuasa wilayah itu sudah diberi amaran, tapi ia dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Mei.

"Kami sedang menganjurkan pesta kewilayahan selama 11 hari sehingga 5 Jun ini dan tahap keselamatan sudah ditingkatkan di kawasan bandar. Dengan sebab itulah militan terbabit menyerang kawasan luar bandar," katanya. - AFP

Nelayan asing gagal bayar denda RM120 juta



KUANTAN - Sejumlah RM120 juta denda telah dikenakan terhadap nelayan asing yang menceroboh perairan Wilayah Timur Malaysia sepanjang empat tahun lepas.

Namun, nelayan asing terbabit lebih memilih untuk dipenjarakan daripada membayar denda tersebut selepas didapati bersalah menceroboh perairan negara.

Menurut Ketua Penguatkuasa Wilayah, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Timur Datuk Ismail Hamzah, sejumlah 1,927 nelayan asing ditahan sejak 2006 melibatkan 1,607 nelayan Vietnam dan selebihnya nelayan Thailand.

"Mereka didapati menceroboh perairan negara terutamanya di kawasan pelantar minyak, kawasan berkenaan didapati banyak sumber ikan, jumlah keseluruhan denda yang telah dikenakan sejak 2006 ialah sebanyak RM120 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Latihan mencari dan Menyelamat (SAREX 2010) di sini, hari ini.

"Daripada jumlah yang ditahan itu, 1,200 nelayan Vietnam memilih dipenjarakan dan nelayan Thailand seramai 231 memilih untuk dipenjarakan, selebihnya sama ada membayar denda atau telah diusir atau dihantar pulang atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Beliau berkata sepanjang empat tahun lepas juga, sejumlah 455 bot nelayan asing telah dirampas.

Ismail berkata bot-bot yang dirampas berkenaan selepas menjalani proses mahkamah, turut dilelong selain dilupuskan.

"Kita akan terus mempertingkat operasi mengawal perairan negara terutamanya membabitkan kawasan pelantar minyak, terdapat 53 pelantar minyak di kawasan perairan wilayah Timur, kita juga mempertingkatkan lagi kerjasama dengan jabatan-jabatan lain yang berkaitan," katanya.

Katanya sebanyak 21 bot nelayan Vietnam dan empat bot nelayan Thailand ditahan kerana kesalahan menceroboh sejak awal tahun ini.

Janda dicekup dalam keadaan berbogel di hotel murah



DUNGUN – Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.

Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.

Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.

Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu.

Isteri dakwa Asaari yang arah terjadi tsunami


Smooth books in Jakarta a month before the former Al-Arqam leader died

KUALA LUMPUR: A month before the former leader of Al-Arqam, the late Asaari Muhammad, or Abuya, died, his second wife, Miss Hatijah Aam, launched his book claiming the tsunami that struck Aceh in 2004 was the will and order of the former leader of the Al-Arqam.
He also claimed that late Asaari will take into power over Indonesia from President Susilo Bambang Yudhoyono.Book titled Tsunami: Evidence Abuya Putra Bani Tamim was launched at Hotel Sultan, Jakarta on 7 April.It was a hard criticism Indonesian Ulama Council (MUI) of West Java, which declares it as lost and ask the Indonesian government forbid it. However, it's not being marketed in Malaysia and is distributed to members only.In the 83 page book, Ms. Hatijah late Asaari claimed that direct tsunami and asked all members of the former Al-Arqam out of Aceh before the incident.'Abuya Asaari the' power 'that can carry a sea of mountains, water and Boeing aircraft to fly as soon as the height 30.000 feet of 700km per hour.'Tsunami miracle weapon creation Abuya Asaari to fight the war in Aceh so mad he is not willing to fight again in the land is owned by Abuya Asaari' copy Ms. Hatijah in chapter three the book.In fact, to describe the magic of the late Asaari, in chapter four, titled Full War Experience, Ms. Hatijah tells of a family died when the survivors of the tsunami with only the name of Abuya.'Miraculous moment when the sea water up to neck level, family health workers in Aceh, Rita Mutia, together holding hands and praying for forgiveness from God and shouting' Mother, Father, help me, O Allah, please! Ya Allah please! "'However, Rita's brother, the Shaykh Mujiburrizal asked Rita to please ask God not only to Abuya. Even with a loud holler Shaykh 'Abuya please! " Rita was screaming and asking for help from Abuya '.Ms. Hatijah family claimed the only survivor of the death of the name shouting Abuya when a fishing boat driven by unseen forces are close to their rescue.The book was also launched in Bandung on 23 April and that, to critics who said that Chao West Java writing ridiculous and misleading.Secretary, Mr Rafani Akhyar, said no one who can bring the tsunami or other disaster, and only God is able to do so. - BHM.

Tubuh suruhanjaya siasat 'pengkhianatan'

Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?" soalnya.
Tiada perbincangan
Khalid juga berkata tidak ada satu pun keputusan itu yang dibincangkan oleh kerajaan bersama dengan ahli parlimen.

Menyentuh soal penjualan tanah KTMB pula, beliau berkata tidak ada apa-apa penerangan diberikan oleh kerajaan sebelum urusniaga itu dipersetujui kedua-dua pihak.

"A
khirnya ia sudah dipersetujui, sedangkan ia bukan harta kerajaan secara mutlak, ia merupakan harta rakyat dan negara.

"Bagaimana mereka boleh serahkan begitu mudah tanpa melibatkan satu perbincangan lebih menyeluruh berhubung apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ingin capai.

"Walapun kita faham bahawa Khazanah (Nasional Bhd) diberi saham sebanyak 60 peratus, dan Temasek (Holdings) hanya 40 peratus dalam soal pembangunan tanah itu, akhirnya, manfaat lebih besar akan diperolehi oleh pihak Temasek (dan Singapura).

Jelasnya lagi, Singapura mendapat lebih keuntungan daripada urusniaga tersebut, berbanding Malaysia.

"Hakikat bahawa kita diberikan tanah ganti, sebahagian daripada tanah ganti itu adalah kawasan perjudian Singapura.

"Mungkin ini menunjukkan Malaysia ini dan kerajaan Umno dan BN begitu komited untuk penbangunan budaya judi," katanya lagi.

H1N1: Wanita hamil korban ke-87

KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian akibat jangkitan virus influenza A (H1N1) dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat wabak itu sehingga hari ini ialah 87 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa terbaru ialah seorang wanita hamil berumur 41 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
“Beliau mengalami gejala demam dan batuk selama dua hari serta masalah pernafasan sebelum dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei 2010.
“Beliau mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk semasa dalam rawatan dan meninggal dunia pada hari yang sama.
“Hasil perbincangan pakar telah mengesahkan bahawa penyebab kematian ialah akibat jangkitan virus influenza A (H1N1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Ismail berkata, sehingga jam 5.30 petang semalam, sejumlah 26 kes disahkan positif H1N1 dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,718.
Katanya, jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 573 kes.
“Daripada jumlah itu, 40 kes atau 7 peratus telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan kes di ICU ialah tujuh kes dengan semuanya mempunyai faktor risiko,” katanya.
Beliau berkata, sehingga jam 8 pagi ini, empat kejadian kluster ILI dilaporkan di Melaka, Johor, Terengganu dan Selangor, manakala 107 kejadian kluster masih aktif di seluruh negara.
Sumber : Bharian.com.my

Ah long kurung mangsa dicekup

ABDUL JALIL (dua dari kanan) menunjukkan iklan dan beberapa barangan
 yang dirampas daripada empat ah long pada sidang akhbar di Ampang Jaya semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sekumpulan empat ah long bergelar sindiket Ah Yong yang disyaki terlibat menggunakan kekerasan terhadap peminjamnya termasuk mengurung mangsa dalam rumah sendiri berhampiran sebuah restoran di Pandan Perdana dekat sini Isnin lalu.
Tangkapan pukul 10 pagi itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan daripada seorang peniaga mengatakan dia tidak tahan diganggu dan pernah dikurung dalam rumah sendiri apabila pintu jeriji besi dikunci oleh ah long terbabit.
Selepas itu, suspek-suspek terbabit akan menunggu di depan rumah untuk memastikan mangsa tidak melarikan diri.
Difahamkan, dua bulan lalu, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu telah meminjam RM2,000 tetapi hutang itu meningkat mendadak ekoran dikenakan kadar faedah sebanyak 20 peratus sebulan.
Setakat ini, mangsa telah membayar sebanyak RM6,000.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek-suspek berusia di antara 24 dan 29 tahun ditahan ketika sedang menaiki sebuah kereta Toyota Vios.kosmo

Juruterbang, jurulatih nyaris maut


ORANG RAMAI melihat sebuah pesawat ringan Diamond 40 yang mendarat cemas di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Nyawa seorang juruterbang pelatih dan jurulatihnya ibarat telur di hujung tanduk setelah kedua-duanya nyaris maut apabila pesawat ringan jenis Diamond 40 yang dipandu mereka mengalami kerosakan enjin hingga terpaksa membuat pendaratan cemas di Pantai Tok Jembal dekat sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika pesawat milik syarikat Asia Pacific Flight Training (APFT) yang sedang melakukan latihan penerbangan berada pada ketinggian 3,000 meter dari aras laut.
Difahamkan, pesawat itu memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu kira-kira dua jam sebelum kejadian.
Mohd. Kamil, 19
Bagaimanapun, pesawat yang dipandu juruterbang pelatih, Syafik Haizam Mohd. Kamil, 19, (gambar kecil) dan jurulatihnya seorang warga Myanmar, Kapten Naing Myint Khine, 46, itu hanya mengalami kerosakan kecil.
Kedua-dua mangsa itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menceritakan detik itu, Syafik memberitahu, sebaik tiba di LTSM, mereka berpatah balik ke LTSIP dan beberapa minit kemudian enjin pesawat tiba-tiba mati di kawasan Batu Rakit.

Janda tauke ketum ditahan

Kok Liang (kiri) menunjukkan air ketum yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Hilir Perak semalam

TELUK INTAN – Taktik licik seorang ibu tunggal yang menjadikan rumahnya sebagai makmal untuk merebus daun ketum sejak 10 tahun lalu untuk dibekalkan kepada penduduk setempat terbongkar apabila dia diberkas di Kampung Parit 4, Chenderong Balai dekat sini semalam.
Dalam serbuan pukul 4 petang itu, polis turut menahan enam lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun yang merupakan pelanggan suspek ketika mereka sedang membeli air ketum berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila polis yang melakukan serbuan mendapati rumah suspek berusia 51 tahun tersebut dikelilingi lebih 20 batang pokok ketum yang rimbun setinggi kira-kira 10 meter.
Selain dikelilingi hutan pokok tersebut, rumah batu tersebut seolah-olah tidak bercat dan dikemas menyebabkan ia disangka sebagai rumah terbengkalai.
Bagaimanapun, kegiatan wanita itu tidak ke mana apabila polis yang menerima maklumat telah menyerbu rumahnya pukul 4 petang semalam.
Difahamkan, ibu tunggal terbabit dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan selepas berpisah dan empat anaknya menetap bersama bekas suaminya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, ketika diserbu, wanita itu sedang leka memasak daun ketum dan tidak menyedari kehadiran polis.
Bagaimanapun katanya, wanita tersebut cuba melarikan diri tetapi gagal kerana rumah tersebut telah dikepung terlebih dahulu.
“Wanita berkenaan dipercayai memasak dan membekalkan air ketum kepada penduduk setempat dan semasa serbuan dilakukan, seramai enam lelaki yang juga pelanggannya turut diberkas.
“Beberapa pelanggan yang dalam perjalanan ke rumah itu juga bertempiaran lari melalui kawasan sawah berdekatan rumah berkenaan sebaik ternampak polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini semalam.kosmo

kerani ditipu syarikat pinjaman tidak wujud, rugi RM2,000



KUALA LUMPUR 26 Mei - Akibat terdesak kerana disenarai hitamkan, seorang kerani pentadbiran yang dibelenggu masalah kewangan cuba mencari jalan penyelesaian dengan memohon pinjaman daripada sebuah syarikat pinjaman berlesen.
Namun lain pula jadinya apabila mangsa, Flo, 39, diperdaya wakil syarikat pinjaman yang tidak wujud sehingga mengakibatkan wanita itu kerugian RM2,000.
Segala-galanya bermula pada 15 April lalu apabila mangsa menghubungi nombor telefon seorang wakil syarikat terbabit yang dipaparkan pada poster di dinding di luar bangunan pejabatnya.
Mangsa diberitahu oleh wakil itu yang dikenali sebagai Lim bahawa dia tidak menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman RM20,000, walaupun namanya disenarai hitamkan.
Bagaimanapun, Flo perlu membayar RM2,000 terlebih dahulu sebagai bukti dia berkemampuan membayar pinjaman, selain yuran pemprosesan dan stem duti.
Mangsa berkata, dia kemudian membuat pembayaran RM500 pada 18 April sebelum disusuli dengan RM1,500 pada 5 Mei.
"Saya masukkan wang itu ke dalam dua akaun individu berbeza seperti yang diminta Lim. Duit sebanyak RM2,000 itu saya pinjam daripada seorang rakan.
"Namun selepas beberapa hari, wang pinjaman yang saya tunggu masih belum diluluskan. Lim memberi alasan saya lambat membuat bayaran, jadi kena membuat bayaran tambahan RM1,500 lagi," katanya.
Flo memberitahu, dia enggan melayan permintaan Lim dan mendesak lelaki itu supaya memulangkan wangnya.
Malangnya, Lim gagal dihubungi selepas itu dan barulah dia menyedari bahawa dirinya telah ditipu.
"Saya kemudian menyemak nombor pendaftaran syarikat itu yang didaftarkan di Ipoh. Namun saya terkejut mendapati syarikat itu telah ditamatkan perkhidmatannya pada 1978," ujarnya.
Menurut Flo, dia yakin dengan jaminan Lim selain mempercayai kewujudan syarikat tersebut yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Berikutan itu, katanya, mangsa membuat aduan kepada Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, 20 Mei lalu dan laporan di Balai Polis Selayang, dua hari selepas tersebut.
Ketuanya, Datuk Michael Chong memberitahu, trend penipuan dialami mangsa bukan sesuatu yang baru kerana pihaknya telah menerima lapan aduan seumpama itu sejak tahun lalu.
"Si penipu ini menyamar ah long atau peminjam wang berlesen untuk memperdaya mangsa yang rata-ratanya terdesak mencari sumber kewangan alternatif.
"Dengan hanya bermodalkan telefon dan poster, tiada perjumpaan diperlukan... Suspek mampu memperdaya ribuan ringgit daripada mangsa sebelum lesap," jelasnya.

Tujuh pelacur ditahan tawar khidmat urutan badan ke badan



KUALA LUMPUR 26 Mei - Dulu hanya urut batin, tetapi kini urut badan dengan badan pula dijadikan sebagai umpan berahi terbaru untuk menarik pelanggan.
Dengan bayaran tambahan sebanyak RM150 pula pelanggan dapat melampiaskan nafsu seks mereka terhadap tukang urut yang rata-ratanya terdiri daripada wanita muda warga asing.
Ini bermakna pelanggan perlu membayar RM250 untuk mendapatkan pakej urut badan ke badan beserta khidmat seks.
Berdasarkan maklumat orang ramai, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur menyerbu sebuah pusat refleksologi di Pusat Perniagaan Danau Desa di sini kira-kira pukul 7 petang ini.
Dalam serbuan itu, polis menahan lima wanita warga Thailand dan dua wanita warga Vietnam, berusia antara 22 hingga 29 tahun.
Turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 33 dipercayai penjaga premis itu.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, tiga pelanggan tempatan yang sedang leka diurut ketika diserbu turut diambil keterangan untuk membantu siasatan.
Beliau memberitahu, ketika ditahan salah seorang daripada pelanggan itu dalam keadaan bogel sementara dua lagi separuh bogel.
"Polis turut merampas 72 kondom yang belum digunakan disorok serta ditutup dengan kertas di dalam tong sampah," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu.
Razali berkata, pihaknya turut merampas sebuah buku catatan yang merekodkan hasil pelacuran dan satu lagi buku yang mencatat hasil harian pekerja secara keseluruhan.
Kesemua pelacur itu katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran manakala penjaga terbabit pula ditahan mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu menjadikan premis sebagai tempat pelacuran.
Pemeriksaan awal juga mendapati, kesemua pelacur warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Berang hon bertalu-talu

KUANTAN 26 Mei – Berang dengan tindakan bapanya membunyikan hon kereta bertalu-talu, seorang pemuda berusia 31 tahun hilang kewarasannya dan sanggup membaling tukul besi dan kerusi ke arah ibu bapanya itu.
Namun mujurlah balingan suspek itu tidak mengenai kedua-dua mangsa yang berusia 57 dan 84 tahun.
Kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang di Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol di sini, semalam, ketika pasangan itu hendak memasuki rumah mereka.
Mereka bersama seorang anak perempuannya berusia 20-an dikatakan baru pulang ke rumah selepas menjalani rawatan di hospital.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kedua-dua mangsa tidak dapat memasuki rumah kerana terdapat sebuah kereta jiran yang diletakkan di hadapan pintu pagar.
“Berikutan itu, mangsa membunyikan hon berkali-kali bertujuan memberitahu jirannya supaya mengalihkan kereta. Setelah kereta jiran dialihkan, mangsa memasukkan kereta ke pekarangan rumah.
“Secara tiba-tiba suspek yang berada di pekarangan rumah, naik angin sambil memaki hamun dengan kata-kata kesat dan membaling topi keledar ke arah bapanya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua pasangan terbabit kemudian menegur anak lelakinya itu tetapi sebaliknya dibaling pula dengan tukul dan kerusi besi.
Bagaimanapun, jelasnya, kedua-dua ibu bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana balingan itu tersasar.
Kata Noor Asyikin, anak perempuan mangsa kemudian segera membawa kedua-dua ibu bapanya ke rumah jiran untuk meminta bantuan.
“Suspek yang dipercayai penagih dadah ditahan sejurus laporan dibuat dan siasatan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya.
Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Keluarga Aminulrasyid dipanggil beri keterangan

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati ditembak polis bulan lalu, Nor Azura Amzah, 39, hari ini dipanggil memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berikutan laporan polis yang dibuatnya pada Khamis lalu.
Turut direkodkan keterangan ialah saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar, 15, dan abangnya Muhamad Hafizzudin, 24, yang bersama-sama membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Ketiga-tiga mereka tiba dengan menaiki sebuah kereta dilihat memasuki kawasan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 3.30 petang sebelum keluar pada pukul 6.30 petang setelah selesai memberi keterangan.
Turut kelihatan menemani mereka ialah peguam keluarga Aminulrasyid iaitu N. Surendran, Latheefa Koya, Fadiah Fikri dan Farhana Abdul Halim.
Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Latheefa yang mewakili keluarga Aminulrasyid berkata, soal siasat dilakukan pegawai polis berpangkat asisten supritendan dan hanya menjurus kepada laporan polis yang dibuat minggu lalu.
"Azamuddin telah ditanya bagaimana kejadian itu bermula, dan apa yang berlaku sehingga Aminulrasyid ditembak. Saksi itu juga turut menceritakan insiden yang berlaku terhadapnya sehingga dia melarikan diri.
"Soalan kepada Nor Azura pula tentang kewujudan sebilah parang panjang di dalam kereta tersebut manakala Muhamad Hafizzudin ditanya berkenaan laporan cubaan bunuh adiknya yang dibuat terhadap polis," katanya.
Pada 20 Mei lalu, Keluarga Aminulrasyid Amzah sekali lagi membuat laporan meminta siasatan dijalankan ke atas pihak polis kerana mengeluarkan kenyataan bertujuan untuk menutup kes tersebut.
Dalam kejadian pukul 2 pagi, 26 April lalu, Aminulrasyid maut setelah terkena tembakan anggota polis yang mengejarnya di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Turut berada dalam kereta Proton Iswara yang dinaiki Allahyarham ialah Azamuddin yang berjaya menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, Surendran memberitahu, keluarga mangsa menuntut supaya Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dikenakan tindakan terhadap kenyataannya yang menggelar mangsa sebagai penjenayah.
"Beliau juga perlu dikenakan tindakan berhubung kejadian itu. Kami mahu kesemua anggota dan tidak kira mana-mana pegawai yang terlibat termasuk Ketua Polis Selangor juga diambil tindakan.
"Kita mahu kesemua mereka bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," ujarnya.
Sementara itu, Khalid ketika ditemui di Shah Alam petang ini enggan memberi sebarang komen berhubung kes Aminulrasyid memandangkan ia telah dibawa ke mahkamah.
"Sekali lagi saya minta keluarga Aminulrasyid dan semua pihak agar bersabar menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah.
"Semua ada sistem jadi saya minta jangan desak polis kerana semasa perbicaraan di mahkamah nanti semuanya termasuk bahan bukti akan dikemukakan," katanya.

Kes remaja ditembak ke DPP

JOHOR BAHRU 26 Mei – Kertas siasatan kes seorang remaja yang didakwa mati ditembak polis di Taman Johor Jaya di sini pada 20 Oktober lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kertas siasatan itu yang dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang melibatkan kematian Mohd. Afham Arin, 18, dijangka selesai selewat-lewatnya esok.
Beliau berkata, pihaknya sebelum ini menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kimia berhubung kematian mangsa bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.
“Selain itu, polis ingin memaklumkan bahawa saksi utama kejadian iaitu rakan mangsa hanya tampil membuat laporan polis pada Januari lalu sedangkan kejadian itu berlaku pada Oktober tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) kali ke-54 di sebuah hotel di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan rintihan ibu kepada seorang pemuda, Sapiah Md. Elah, 52, yang mahu kematian anaknya disiasat oleh suruhanjaya bebas setelah keluarganya tidak diberikan penjelasan sebenar berhubung kejadian itu.
Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pukul 12 tengah malam pada 20 Oktober tahun lalu, mangsa yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes ragut dikatakan menyerang polis dengan parang sebelum mati ditembak di dada oleh anggota polis.
Mengulas dakwaan ahli keluarga mangsa ekoran kelewatan polis memberikan penjelasan sebenar, menurut Mohd. Mokhtar, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh timbalannya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman untuk menyiasat kes itu.
“Polis memberi jaminan akan menyiasat secara telus dan tidak akan menyembunyikan sesuatu, dan kami menggesa isu ini tidak dieksploitasi atau dipolitikkan mana-mana pihak semata-mata untuk menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap polis,” tegasnya.utusan

Sekeluarga warga Myanmar ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR 26 Mei - Polis menahan lima sekeluarga warga Myanmar yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah heroin di sebuah rumah teres di kawasan Pandan Mewah, Ampang pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata ketika serbuan dilakukan pada kira-kira 8.30 pagi, pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan mereka itu sedang berehat di rumah itu.
"Dalam serbuan itu, kami merampas wang tunai berjumlah RM400, 69 ketulan yang dibalut plastik hitam dan 25 tiub straw berisi bahan yang disyaki dadah jenis heroin seberat 162.7 gram yang bernilai RM4,000.
"Sepaket ketulan itu dijual pada harga RM50 hingga RM90 manakala setiub straw itu dijual RM20,” katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di sini, hari ini.
Beliau berkata semua suspek itu, yang berumur antara 15 dan 54 tahun itu, menetap di negara ini sejak setahun lepas dan dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak enam bulan lepas.
"Dadah itu dipasarkan ke kawasan sekitar Pandan Mewah dan Ampang dengan 70 peratus dijual kepada kalangan warga Myanmar dan 30 peratus kepada warga tempatan,” katanya.
Abdul Jalil berkata pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah.
Mereka kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seks

Wanita 41 tahun korban terbaru H1N1

KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang wanita berumur 41 tahun dari Pulau Pinang menjadi mangsa terbaru meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah terkini kematian akibat H1N1 seramai 87 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa yang dilaporkan mengalami gejala demam, batuk dan masalah pernafasan selama dua hari telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.
“Mangsa mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk semasa dalam rawatan dan meninggal dunia pada hari yang sama.
“Hasil perbincangan pakar-pakar telah mengesahkan punca kematian pesakit ini disebabkan jangkitan virus H1N1,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Sehingga 21 Mac lalu, dianggarkan lebih 16,931 kematian dicatatkan akibat H1N1 di seluruh dunia dengan kawasan aktif jangkitan di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. - Utusan

8 warga Iran didakwa miliki dadah di KLIA dan tandas hospital

KLANG 26 Mei – Lapan lelaki warganegara Iran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan memiliki dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan di tandas sebuah hospital, pada Februari lepas.
Pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Parsi.
Mengikut pertuduhan, Masoud Gholizadeh Alineder, 40, didakwa memiliki empat bungkusan berisi dadah jenis methaphetamine seberat 4,000 gram dan Bahram Nikkhougabram, 51, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 2,000 gram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Coursel C, Aras 3, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama, KLIA, antara pukul 9.40 dan 10 pagi pada 9 Februari lepas.
Enam warga Iran yang lain, Hossein Shakeri, 37; Mahdi Afrasiabi, 26; Arshad Mohammad Senjedeh, 28; Syed Bahman Asighannamini Seyeddrasoul, 33; Ali Fareydoni Mohamad Sadegh, 23; dan Mohammad Hossan Sharifniay, 26, pula didakwa memiliki dadah jenis syabu masing-masing seberat 126 gram, 473 gram, 676 gram, 546 gram, 619.5 gram dan 198.5gram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tandas Hospital Serdang, antara 3 dan 5 Februari lepas.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibacakan bersama Seksyen 39 A (2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Slamat Yahya menetapkan 30 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. – Bernama

Siasatan kes remaja mati ditembak polis selesai esok

JOHOR BAHARU 26 Mei - Kertas siasatan kes remaja yang didakwa mati ditembak polis di Taman Johor Jaya di sini 20 Oktober tahun lalu dijangka selesai esok, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
Beliau berkata ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Katanya polis sebelum ini menunggu laporan dari Jabatan Kimia berhubung kematian Mohd Afham Arin, 18, bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.
“Selain itu, saksi utama kejadian (rakan mangsa) juga hanya tampil membuat laporan polis pada Januari tahun ini meskipun kejadian itu berlaku pada Oktober tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-54 Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Kontinjen Johor di sini hari ini.
Bercakap kepada pemberita di sini kelmarin, ibu remaja itu, Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, mahu satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian anaknya.
Beliau mendakwa pihak berkuasa masih tidak memberikan penjelasan dan siasatan terperinci mengenai kes itu walaupun kejadian terbabit sudah tujuh bulan berlalu.
Berhubung perkara itu, Mohd Mokhtar memberi jaminan polis akan bersikap telus dan menggesa agar isu itu tidak dieksploitasi atau dipolitikkan mana-mana pihak semata-mata untuk menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap polis.
Semasa kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa yang dipercayai terlibat jenayah ragut menyerang polis berpakaian biasa dengan parang sebelum mati ditembak.
Mangsa yang menunggang motosikal bersama seorang rakan sebelum itu telah dikejar sejauh 15 kilometer, oleh tiga anggota polis bermotosikal.
Rakannya, Mohd Firdaus Marsani, 19 mendakwa mereka melarikan diri kerana menyangkakan anggota polis berpakaian biasa itu adalah penjenayah kerana tidak menunjukkan kad kuasa mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang melibatkan kematian mangsa. - Bernama

Akibat promosi luar biasa, kedai jual gula diserbu penguat kuasa

SEREMBAN 26 Mei - Gara-gara membuat promosi luar biasa untuk membeli bekalan gula lima kilogram dengan mensyaratkan pelanggan membeli barangan lain bernilai lebih RM100, kedai milik sebuah syarikat pemborong di Jalan Siamang Gagap di sini, diserbu pihak berkuasa.
Timbalan Pangarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan dibuat selepas seorang pegawainya yang melakukan penyamaran dikenakan syarat seperti itu.
Beliau berkata, dalam serbuah itu, pihaknya merampas dua tan bekalan gula bernilai kira-kira RM3,200.
"Apa yang dilakukan oleh pemborong itu merupakan satu kesalahan, dan mereka akan dituduh mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tidak sah dan tidak dibenarkan di bawah undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Nor memberi jaminan bahawa bekalan gula dalam pasaran adalah mencukupi cuma kuasa membeli pengguna agak luar biasa dengan kebanyakan mereka membeli gula lebih banyak dari biasa. - Bernama

Akhbar mingguan setuju mohon maaf

CAPE TOWN 27 Mei - Sebuah akhbar mingguan di Afrika Selatan, Mail & Guardian bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kerana mencetak gambar karikatur Nabi Muhammad SAW selepas mengadakan pertemuan dengan pertubuhan Forum Islam Bersatu Afrika Selatan hari ini.
Wakil pertubuhan Islam itu mengadakan pertemuan dengan pengarang akhbar tersebut, Nick Dawes dan kartunis berkenaan, Zapiro selepas akhbar itu mengeluarkan karikatur Baginda minggu lalu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tindakan itu dikhuatiri akan menyebabkan beberapa pihak yang berang mengadakan serangan balas terutama sekali menjelang penganjuran Piala Dunia bulan depan.
“Akhbar Mail & Guardian bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka dan mereka turut kesal dengan tindakan mencetak sesuatu yang tidak sepatutnya,” kata pertubuhan Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - REUTERS

Bekas menteri kewangan Zambia dihukum penjara

LUSAKA 27 Mei - Seorang pegawai kanan parti pemerintah Zambia yang juga merupakan bekas menteri kewangannya, Katele Kalumba dikenakan hukuman penjara selama lima tahun hari ini.
Beliau didapati bersalah bersama tiga pegawai kanan jabatan perbendaharaan dan dua ahli perniagaan kerana terlibat dengan rasuah.
Majistret, Edward Musona berkata, hukuman yang dikenakan terhadap Kalumba itu dibuat setelah mengambil kira jasa dan sumbangannya ketika berkhidmat sebagai menteri Kabinet di era pemerintahan bekas Presiden, Frederick Chiluba pada 1999 hingga 2002.
“Untuk itu, saya meringankan hukuman anda dengan mengenakan hukuman penjara selama lima tahun serta akan dikerahkan melakukan kerja-kerja berat selama itu,” katanya. - REUTERS

3 maut 8 parah letupan di Rusia



27/05/2010 3:36am

MOSCOW 27 Mei - Tiga orang terkorban manakala lapan lagi cedera parah akibat letupan kuat yang berlaku hari ini di Stavropol, barat daya Rusia, menurut laporan agensi berita tempatan, Interfax.
“Buat masa ini, jumlah mereka yang terkorban ialah tiga orang manakala lapan cedera parah,” kata Ketua Kawalan Kecemasan, Boris Skripka.
Kata Skripka, pihaknya tidak menolak andaian bahawa ia adalah angkara pengganas.
Letupan kuat itu berlaku berhampiran pusat budaya dan sukan serta sebuah restoran di bandar ini, lapor Interfax.
Stavropol terletak di penghujung bahagian utara wilayah Caucasus yang sering menjadi medan pertempuran dalam perang gerila di antara pasukan keselamatan Rusia dan pejuang pemisah. - AFP