Search This Blog

Tuesday, May 25, 2010

Wanita bogel cetus kekecohan di bandar Shenzhen





SHENZHEN - Seorang wanita mencetuskan kekecohan apabila berjalan sambil berbogel di jalan raya yang sibuk di Shenzhen, China. 

Kejadian mengejutkan itu dirakam dalam satu klip video selama tujuh minit dan disiarkan di laman web forum tempatan. 

Rakaman menunjukkan beberapa wanita lain cuba menutup tubuh wanita bogel itu dengan pakaian namun dia menolaknya. 

Wanita itu juga cuba memukul orang ramai yang ingin membantunya dan membuang pakaian yang diberikan. 

Menurut seorang saksi, wanita itu terus berjalan sambil berbogel.

Mayat lelaki lemas ditemui

TEMERLOH: Mayat seorang lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tergelincir ke dalam Sungai Semantan di Kampung Lompat Songsang di sini, ditemui pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata mayat T.Selvam, 25, ditemui pada 9.15 pagi tersangkut pada sangkar ikan, 1.5 kilometer dari tempat dia terjatuh.

Dia telah dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Ekoran daripada itu gerakan mencari telah dilancarkan melibatkan 50 anggota penyelamat dan penduduk kampung.

Mayat Selvam dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - Bernama

4 ditahan kes pecah rumah

PULAU PINANG: Polis menahan empat orang termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bagi membantu siasatan satu kes pecah rumah di Jalan Selama di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kon Meng, berkata kesemuanya berumur antara 17 dan 24 tahun, ditahan di sebuah bangsal kosong di Jalan Kota Giam di sini pada 8.30 malam, dua hari lalu.

"Selepas penahanan itu polis dibawa ke rumah salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia 24 tahun dan menemui seutas jam tangan, barangan kemas iaitu gelang tangan, loket dan cincin emas yang dipercayai barang rompakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Polis kemudian dibawa ke rumah remaja perempuan terbabit dan menemui dua komputer riba dan dua kamera digital.

Gan berkata dalam kejadian Jumaat lalu seorang suri rumah membuat laporan mengatakan rumahnya dipecah masuk ketika dia sekeluarga keluar makan malam.

Antara barang yang dilaporkan hilang ialah barangan kemas, dua komputer riba, kamera digital, seutas jam tangan dan wang tunai matawang asing berjumlah 395 Euro.

Mereka direman sehingga 26 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Bernama

3 maut nahas kereta lori

TANAH MERAH: Tiga lelaki terbunuh dan seorang cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 56 Jalan Kota Bharu Machang-Jeli berhampiran Pusat Giat Mara dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmud berkata nahas berlaku pada 8.15 pagi tadi ketika empat sahabat itu dalam perjalanan dari Sungai Buloh di Selangor ke Jeli manakala pemandu lori bersama seorang kelindan dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Pasir Mas.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Tan Check Heng, 24, yang memandu kereta jenis Proton Wira itu, Tong Yew Thiam, 19, dan Kyaw Kyaw Lin, 30, seorang rakyat Myanmar.

Tan dan Kyaw meninggal dunia di tempat kejadian manakala Tong meninggal dunia di Hospital Tanah Merah.

Seorang yang terselamat, Yap Chua Hong, 19, kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tanah Mera

Kemaruk seks di hotel murah



DUNGUN – Seorang wanita yang sudah bertunang sanggup menjadikan hotel murah di pantai peranginan Kuala Abang, di sini sebagai tempat memuaskan nafsu bersama lelaki lain, gara-gara kemaruk seks. 

Hubungan sulit itu terbongkar apabila rumah tumpangan yang disewa secara bulanan oleh lelaki itu diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin. 

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 5 petang, wanita yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan itu dikatakan baru selesai melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai penjual ikan di Kompleks Perikanan Kuala Dungun. 

Setelah disoal siasat penguat kuasa, wanita itu mengaku sudah beberapa kali memuaskan nafsu dengan teman lelakinya yang berasal dari Kampung Baru Kuala Abang. 

“Kami pernah melakukan perkara sama beberapa kali sebelum ini di beberapa lokasi, jadi bila dia menyewa bilik di sini, dia menjemput saya ke sini untuk puaskan nafsu,” katanya. 

Wanita itu yang merupakan anak keempat daripada lima beradik memberitahu :Sinar Harian: bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat. 

Katanya, dia juga pernah melakukan perkara sama beberapa kali bersama tunangnya ketika bermalam di rumah bakal mentuanya. 

"Bagi mengelakkan perbuatan itu diketahui, kami melakukannya pada lewat malam di dalam bilik tunang saya setelah kedua-dua orang tua nyenyak. 

“Bila jumpa kawan saya di hotel, kami puaskan nafsu juga tetapi perbuatan saya ini tidak diketahui tunang saya," katanya. 

Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang ditahan terlibat penyalahgunaan dadah. 

Polis menemui tiga paket plastik di atas meja di dalam bilik hotel dan setiap satu mengandungi 10 pil kemerahan disyaki pil kuda. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Ujian air kencing mendapati wanita itu positif dadah dan dia ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. 

Ketua Penguat kuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan pasangan itu turut ditahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat. 

"Jila jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Hangus kena renjatan elektrik




ROMPIN - Gara-gara mahu mencuri kabel elektrik mengandungi tembaga tulen, seorang lelaki berusia 20 tahun maut terkena renjatan elektrik di pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Felda Keratong 9, di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa yang dipercayai penagih dadah dipercayai cuba memotong wayar bumi apabila bahagian depan badannya terkena wayar hidup yang mempunyai arus elektrik. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat mangsa ditemui rentung dan tergantung kira-kira tiga meter dari tanah setelah tersangkut di talian elektrik di pencawang itu oleh beberapa orang kakitangan TNB.: 

“Mangsa dipercayai melakukan kegiatan itu pada lewat malam supaya tidak disedari orang awam,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, semalam. 

Johari berkata, kejadian itu turut mengakibatkan seluruh rumah di kawasan Felda berkenaan bergelap beberapa jam berikutan bekalan elektrik terputus. 

“Polis difahamkan pihak TNB melakukan pemeriksaan di kawasan itu selepas menerima aduan orang awam mengenai ketiadaan elektrik di kawasan itu. 

“Bagaimanapun, selepas melakukan pemeriksaan di pencawang terbabit, kakitangan TNB terkejut apabila mendapati ada mayat tergantung pada pencawang berkenaan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek memasuki kawasan pencawang dengan memotong pagar pencawang TNB sebelum menyusup masuk ke kawasan pencawang. 

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lain yang turut sama dalam kejadian itu namun menghilangkan diri selepas mendapati rakan mereka terkena renjatan elektrik tersebut. 

“Lelaki itu sepatutnya sudah mengetahui bahaya yang menanti kerana ia melibatkan kabel elektrik bervoltan tinggi,” katanya.

Mekanik dihukum gantung kerana edar 17,769 biji pil methampethamine



KOTA BAHARU - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang mekanik kerana kesalahan mengedar 17,769 biji pil dadah jenis "methampethamine" di sebuah rumah di Pasir Mas, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim sewaktu membacakan penghakimannya, berkata, pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Shahrizan Sulong, 27, tanpa keraguan yang munasabah.

"Hanya ada satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan terhadap kamu bersabit kesalahan ini, dan dengan ini, mahkamah memerintahkan kamu dihukum gantung sampai mati," katanya.

Shahrizan kelihatan tenang dan hanya menunduk muka ketika hukuman itu diumumkan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Lati, Repek, Pasir Mas di sini pada 2 petang, 20 Mei 2008.

Shahrizan dihukum mengikut Seksyen 39(B)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Wan Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam Amir Syafiq Venkadesh Narayanan.-Bernama


Berpantang maut sebelum ajal



KOTA TINGGI - Dua wanita nyaris maut apabila kereta MyVi yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung ladang kelapa sawit lalu terbalik di Jalan Kota Tinggi-Perani di sini, kelmarin.

Menurut saksi yang berada di belakang kenderaan mangsa ketika kejadian, mangsa tidak memandu laju dan dia terkejut apabila secara tiba-tiba MyVi tersebut terjunam ke dalam gaung ladang sawit berkenaan.

Mangsa dikatakan memandu dari Johor Bahru menuju ke Felda Lok Heng untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Wartawan Sinar Harian yang kebetulan berada di lokasi kejadian mendapati pemandu MyVi masih berada dalam keadaan trauma.

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami luka kecil di kaki kanannya.

Sementara itu, rakan mangsa yang juga penumpang kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dia juga kelihatan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Osman Muhammad Sebot sewaktu dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Lelaki 'gila seks'




SHAH ALAM – Golongan wanita di Seksyen 7, di sini, terutama gadis berada dalam ketakutan berikutan diganggung ’lelaki gila seks’ yang gemar mengintai dan mencuri pakaian dalam mereka. 

Anehnya, lelaki tersebut hanya mengambil pakaian dalam yang cantik dan mengghairahkan sahaja. 

Mereka mendakwa kegiatan lelaki ’gila seks’ berkenaan semakin menjadi-jadi dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku. 

Seorang wanita yang tinggal di Jalan Lazuar yang hanya mahu dikenali sebagai Salsabila berkata, kejadian kehilangan pakaian dalam berlaku sejak 2006 ketika dia masih menuntut di institusi pengajian tinggi berhampiran dan masih berlarutan sekarang. 

“Saya pernah terserempak dengan lelaki gila seks ini berdiri di luar bilik sambil cuba mengendap dengan menyelak langsir. Dia cuba masuk ke dalam rumah tetapi tidak berjaya kerana berjeriji,” katanya.: 

Menurutnya, lelaki gila seks itu yang berusia dalam lingkungan 30-an pernah mengumpil pintu dapur tetapi tidak berjaya. 

“Malam minggu lepas dia berdiri di hadapan rumah saya dengan tidak berbaju tetapi melarikan diri melarikan diri dengan menaiki motosikal apabila saya menyergahnya,” katanya. 

Seorang penduduk di Jalan Ferum yang hanya mahu dikenali sebagai Adriana berkata, dia pernah terserempak lelaki gila seks itu sedang terhendap-hendap di belakang rumahnya pada jam 6 pagi. 

”Ketika cuba memanjat pagar rumah, kami terus menyergahnya. Dia terus lari lintang-pukang,” katanya. 

Menurutnya, laporan polis telah dibuat di balai polis berhampiran dan berharap pemantauan lebih kerap dilakukan kerana bimbang keselamatannya. 

“Sudah beberapa kali juga pakaian dalam yang disidai di luar rumah hilang menyebabkan kami semua trauma dan takut kerana khuatir kejadian ini akan berlaku secara berterusan,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Komuniti Seksyen 7, yang dihubungi berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian mengintai dan kecurian pakaian dalam wanita di kawasan itu awal Mei lalu. 

“Kebanyakan rumah di sewa pelajar dan mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ini tetapi tidak membuat laporan kepada pihak polis,” katanya. 

Beliau berharap penduduk memberikan maklumat sekiranya berlaku kejadian yang sama dengan menghubungi 03- 55103022.:

Lelaki mati ditemui di bilik air



GUA MUSANG – Seorang lelaki ditemui mati dengan menggantungkan diri di bilik air yang terletak di dalam biliknya di RPT Limau Kasturi Dua, dekat sini jam 11 pagi semalam. 

Ketika ditemui mayat mangsa, Razif Ibrahim, 27, berseluar jeans bawah paras lurut tanpa baju dalam keadaan berbau kerana telah meninggal lebih 24 jam. 

Isteri mangsa, Norhafida Hamid, 27, berkata, dia dan suami tinggal berasingan yang mana dia dan tiga anaknya tinggal bersama keluarganya di Limau Kasturi (berhampiran Stesen Keretapi Limau Kasturi) sementara suaminya tinggal bersama keluarganya di RPT Limau Kasturi Dua dengan ayah serta adiknya. 

Menurutnya, ketika keluar untuk mengambil anaknya, Mohd faris Haikal, 8, dan Nordiana Alisa, 7, dari sekolah petang semalam, dia melihat kawasan rumah suaminya dipagari tali dengan polis mengawal di sekitarnya. 

“Saya pelik melihat keadaan rumah suami, ramai orang di situ, polis juga turut berada di sekitar rumahnya, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk berlaku kepadanya sehinggalah diberitahu selepas itu tentang kejadian yang menimpa dirinya. 

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada hari Khamis, dia datang ke rumah, berjumpa dengan anak-anak, sebelum ini pun dia selalu datang berjumpa saya, berbua-bual, kadang-kadang dia makan dekat sini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Daerah Gua Musang, petang semalam. 

Norhafida berkata, suaminya suka mengurungkan diri di dalam bilik dan kadangkala tidak akan membukanya walaupun diketuk berkali-kali. 

Menurutnya, dia sebagai isteri tidak memahami kenapa arwah suaminya berbuat demikian. 

“Ketika tinggal bersama dulu, arwah memang suka mengurung diri dalam bilik, sehinggakan kadang kala bilik saya mengetuk berkali-kali pun dia tetap tidak membuka pintu bilik. 

“Disebabkan dia telah selalu begitu, bila dia tidak membuka pintu setiap kali saya ketuk pintu, saya biarkan saja,” katanya. 

Kata Norhafida lagi, sebelum ini dia mengajak arwah suaminya untuk tinggal bersama-sama ibunya, tetapi dia enggan. 

Menurutnya, kerana itulah dia mengambil keputusan untuk tinggal berasingan dengan suaminya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan mengklasifikasi�kannya sebagai mati mengejut.

Kapal tangki Malaysia berlanggar di Selat Singapura



25/05/2010 12:45pm

SINGAPURA 25 Mei - Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Malaysia, MT Bunga Kelana 3, berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal di Selat Singapura kira-kira 13 km ke tenggara Changi East pagi ini.
Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, kapal tangki itu berlanggar dengan kapal pengangkut pukal yang berdaftar di St Vincents dan Grenadines, MV Waily, di laluan pemisah trafik (TSS) di selat itu kira-kira 6.10 pagi.
Bagaimanapun MPA memaklumkan bahawa tiada laporan mengenai kecederaan terhadap anak kapal tetapi satu dari tangki kargo kapal minyak itu rosak mengakibatkan tumpahan minyak.
Kapten kapal tangki itu menganggarkan 2,000 tan metrik minyak mentah mungkin telah tumpah ke laut. Kedua-dua kapal kini berlabuh di Selat Singapura dengan MT Bunga Kelana 3 berada kira-kira 7km ke selatan Changi East.
Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan MPA menyiarkan pengumuman pelayaran kepada kapal-kapal yang melalui TSS supaya berhati-hati terhadap kapal yang berlabuh itu.
Lalu lintas di TSS bagaimanapun tidak terjejas.
MPA telah menggerakkan syarikat-syarikat pembersih minyak, yang telah menugaskan tiga kapal lengkap dengan alat pembersih minyak.
Usaha mengawal dan membersihkan tumpahan minyak sedang berjalan. MPA telah juga memberitahu pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia mengenai insiden itu - Bernama

Warga Inida ditahan cuba seludup masuk kura-kura



25/05/2010 4:24pm

NEW DELHI 25 Mei — Seorang anggota sindiket penyeludupan haiwan eksotik serantau ditahan di lapangan terbang Dhaka, Bangladesh, semalam kerana cubaan menyeludup 480 kura-kura bintang India (Geochelone Elegans) ke Malaysia.
Suspek berkenaan, Peer Mohammad dari Tamil Nadu, India, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal ketika berdaftar di kaunter Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa sebuah bagasi berat.
Menurut akhbar Daily Star di Dhaka, suspek berkenaan mengisytiharkan bagasinya mengandungi bahan makanan dan berjaya melepasi proses saringan penumpang di pintu keselamatan.
"Setelah mendapati bagasi suspek semakin berat, kami minta dia membukanya dan menemui kura-kura hidup. Suspek hendak berlepas ke Kuala Lumpur,” kata detektif lapangan terbang itu, Mostafa Jamal, kepada media.
Semasa siasatan, polis turut menemui wang tunai US$102 (RM357), RM20 dan 100 baht (RM10) serta lima keping kad SIM asing dari suspek berusia 42 tahun, yang tiba di Dhaka dari Bangkok pada 22 Mei lalu.
Suspek berkenaan memberitahu pegawai penyiasat Bangladesh bahawa dia terbabit dalam kegiatan penyeludupan kura-kura dan haiwan eksotik lain dari India.
Akhbar itu menyebut kura-kura yang dirampas itu akan diserahkan kepada bahagian Hidupan Liar dan Pemuliharan Alam di Jabatan Perhutanan Bangladesh. - Bernama

INI Pelajar ugut bunuh guru dihantar ke Sekolah Henry Gurney



25/05/2010 4:39pm

KUALA LUMPUR 25 Mei — Seorang bekas pelajar hari ini diperintahkan menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mengugut membunuh gurunya bulan lepas.
Majistret Juvana Suhaily Samsudin memerintahkan hukuman terhadap pesalah juvana berusia 17 tahun itu bermula hari ini dan turut memerintahkan ibu juvana tersebut dikenakan bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun.
Beliau juga membenarkan ibunya melawat pesalah itu sebulan sekali di sekolah berkenaan.
"Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu,” kata Suhaily kepada ibunya yang tidak menunjukkan reaksi semasa menjatuhkan hukuman.
Remaja itu didakwa mengugut dengan berkata: “Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?” kepada Rosli Abdul Aziz, 54, di tempat letak motosikal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di sini pada jam 8.30 pagi, 21 April lalu.
Pesalah juvana itu telah dibuang sekolah kerana masalah disiplin sebelum kejadian itu. - Bernama

Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi



25/05/2010 3:33pm

SHAH ALAM 25 Mei - Mayat janin lelaki dipercayai baru lahir ditemui ditanam berhampiran landasan keretapi Padang Jawa malam tadi.
Mayat yang dibalut dengan kain putij itu ditemui polis selepas orang awam melaporkan kewujudan sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin mengesahkan perkara ini ketika dihibungi. - Utusan

Pencari petai jumpa bom lama disangka besi buruk



25/05/2010 4:59pm

BALING 25 Mei — Dua pencari petai hutan hari ini terkejut apabila besi buruk yang disepak dan diketuk mereka di hutan Gunung Gadong, Siong di sini, rupa-rupanya sebutir bom lama.
Zaini Md. Edi, 31, dan Ayub Abdul Rahman, 30, dari Kampung Kuala Kedua yang terletak kira-kira tiga kilomter dari hutan tersebut, berkata mereka mengetuk “besi buruk” itu beberapa kali setelah menyepaknya.
"Kami mengorek besi tersebut dengan parang dan terkejut apabila mendapati ia adalah bom,” kata Ayub semasa ditemui di sini, hari ini.
Katanya, mereka mengambil keputusan mengalihkan bom lama itu ke kawasan lebih tinggi sebelum membuat laporan di Pondok Polis Kampung Lalang, Siong.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Kuala Kedua, Al Mokhtar Ahmad, 49, berkata sebelum itu, penduduk kampung menemui sebutir lagi bom lama tidak jauh dari tempat bom tersebut ditemui. - Bernama

Naga komodo serang pekerja



NAGA BUAS: Naga komodo, yang boleh membesar sehingga tiga meter panjang dan 70 kilogram berat, dilaporkan pernah menyerang manusia. -- Foto fa


LUAR NEGARA

JAKARTA: Seorang pekerja berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi makanan seekor naga komodo di Pulau Rinca, Indonesia, Sabtu lalu.
Encik Agustinus Jenaru, 20 tahun, sedang bekerja di sebuah banglo yang sedang dibina apabila reptilia sepanjang dua meter itu menceroboh masuk dan menggigit tangan kiri beliau, kata seorang pegawai Taman Simpanan Komodo Nasional Indonesia, Encik Daniel Bolu Ngongo, semalam.Beliau menumbuk hidung haiwan itu bertubi-tubi sehingga ia melepaskan gigitannya dan Encik Agustinus melarikan diri.Beliau kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan bagi luka-lukanya dan bekas gigitan biawak raksasa itu.Naga komodo hanya terdapat di kawasan liar di bahagian timur Indonesia, khususnya di kepulauan Komodo, Padar dan Rinca. Dianggarkan kini terdapat kurang 4,000 ekor binatang itu.Biasak terbesar di dunia itu boleh membesar sehingga tiga meter panjang dan seberat 70 kilogram.Encik Jenaru adalah mangsa kedua binatang itu tahun ini.Pada 2007, seorang budak lelaki berusia lapan tahun dibunuh oleh seekor nada komodo di Pulau Komodo. -- AP.

5 dilucut pingat kebesaran



Posted on the May 24th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
Pemangku Raja Kelantan anggap penerima gagal jaga integriti
KOTA BHARU: Lima kenamaan negeri terdiri tiga bergelar Datuk dan dua Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Mereka yang dikenakan tindakan terbabit terdiri daripada tiga kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di pusat pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam.

Bapa tiri cabul, bapa kandung rogol



Posted on the May 25th, 2010 under BeritaJenayahTempatan by johnjimat
KOTA TINGGI: Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya di Masai di sini, berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suaminya dua kali dalam kejadian berasingan, April lalu.
Malah, dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk meratah anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka.
Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun. Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor.
Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).
Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.
Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.
Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan.
Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.

Ibu bapa marah



Posted on the May 25th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
DENGKIL: Tindakan seorang guru sebuah Sekolah menengah di sini, menggunting rambut lebih 20 pelajar perempuan yang melepasi dahi menimbulkan suasana kecoh di sekolah itu apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil bagi menuntut penjelasan pengurusan sekolah berkenaan.
Sebelum kejadian, pelajar tingkatan dua dan satu sekolah terbabit ditahan selepas menghadiri perhimpunan pagi pada jam 2 petang, selepas guru terbabit mendapati mereka tidak mematuhi peraturan sahsiah diri ketika di sekolah, Khamis lalu.
Guru itu yang dipercayai sudah memberikan amaran kepada pelajar terbabit sebelum ini nekad sambil dibantu pengawas, menggunting rambut pelajar terbabit yang melepasi dahi sehingga ada antara mereka yang menangis kerana malu. Rasa malu dan trauma disindir rakan menyebabkan pelajar terbabit menghubungi ibu bapa yang kemudian tampil dengan perasaan bengkeng di sekolah bagi mempertahankan anak mereka yang mematuhi peraturan sekolah. Keadaan kecoh apabila 10 ibu bapa yang hadir di sekolah itu meluahkan rasa marah terhadap guru terbabit bertindak keterlaluan memotong rambut anak mereka tanpa memberi amaran terlebih dahulu.
Bapa pelajar terbabit, Danny Lim, 44, mendakwa terkejut dan tidak puas hati dengan tindakan guru terbabit sambil menuntut penjelasan pengurusan sekolah. Menurutnya, berdasarkan buku undang-undang dan peraturan sekolah, pelajar terbabit tidak melakukan kesalahan, malah menyepit rambut dengan kemas bagi mengelakkan ia terurai. Bukan itu saja, dakwaan Danny itu turut disokong ibu seorang pelajar lain, Tam Pui Yen, 38, yang mendakwa kejadian itu menimbulkan rasa trauma terhadap anaknya yang malu dan sukar menghadapi peperiksaan yang dihadapi pada hari ini.
Bagi saya tidak ada guru terbabit perlu memotong rambut anak saya yang saya dapati tidak melakukan kesalahan dan mahu guru berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada pelajar dan ibu bapa, katanya, semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Abdul Manap Harun, mengakui sudah menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak sekolah.

Kes wanita bunuh ibu saudara disebut semula



TUMPAT 24 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes seorang ibu muda, Zuriana Ismail yang didakwa membunuh ibu saudaranya pada Mac lalu.
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menetapkan tarikh itu setelah pegawai pendakwa, Asisten Supritendan Mohd. Azmi Mohd. Ali memohon penangguhan sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Mohd. Azmi hadir bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.
Zuriana, 26, yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 30 April lalu kelihatan tenang ketika dihadapkan ke mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, Zuriana didakwa membunuh Siti Bidah Ismail, 56, antara pukul pukul 12.01 tengah malam dan 5.30 pagi, 4 Mac lalu di Taman Harmoni, Kampung Berangan di sini.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Ke seksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan seorang ibu tunggal ditemui mati dipercayai dipukul dengan senjata tumpul selepas disamun di rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di belakang kepala.

Dadah: Ahli perniagaan wanita bebas tuduhan



IPOH 24 Mei - Seorang ahli perniagaan wanita sempat melemparkan senyuman apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah seberat 255.9 gram, tiga tahun lalu.
Mak Yoke Kuen, 48, yang berbaju oren menunjukkan reaksi sedemikian sebaik sahaja mendengar keputusan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Teoh Say Eng.
Say Eng memutuskan demikian setelah mendapati pendakwa raya gagal menimbulkan prima facie dalam kes tersebut.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Yoke Kuen didakwa mengedar heroin seberat 101.9 gram di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini pada pukul 1 pagi, 14 Disember 2007.
Bagi tuduhan pindaan kedua, wanita itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 154 gram pada tarikh dan tempat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh diwakili oleh peguam bela Naran Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.

Kes hak jaga anak Norish



SHAH ALAM 24 Mei - Kes tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) oleh pelakon Norish Karman daripada bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 29 September ini.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan bagi membolehkan Norish mengemukakan jawapan terhadap tuntutan balas yang difailkan oleh Hashimuddin.
Terdahulu, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Norish memaklumkan pihaknya berhasrat untuk mengemukakan jawapan terhadap tuntutan balas dan memohon agar tarikh perbicaraan ditetapkan.
Beliau turut memaklumkan jawapan tersebut akan dikemukakan sebelum perbicaraan bermula.
Sementara peguam syarie yang mewakili Hashimuddin, Muhamad Burok pula tidak membantah permohonan agar tarikh perbicaraan kes tersebut ditetapkan.
Sementara itu, Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 35, bernikah dengan Hashimuddin, 60, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis.
Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Haqiem Armany, 9; Hardy Amieran, 5; dan Putri Hanyz Amanda, 4 tahun.
Sementara kes tuntutan harta sepencarian dan nafkah anak-anak yang difailkan oleh Norish pula akan disebut di mahkamah yang sama pada 31 Mei ini.

Minum arak: Dua lelaki mungkin disebat, penjara



KUANTAN 24 Mei - Dua lelaki berdepan dengan hukuman penjara dan sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas tuduhan minum minuman keras di khalayak ramai pada Februari lalu.
Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, dan Mohd. Saifulnizal Zulkifli, 29, masing-masing membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus.
Hakim tersebut bagaimanapun menetapkan 1 Julai ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua penganggur berkenaan.
Mohamed Rezzal didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan bahagian bumbung pusat beli belah Kuantan Parade ketika pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengadakan Ops Sayang pada pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu.
Mohd. Saifulnizal pula didakwa minum arak di kelab malam Horoscop Club, Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini ketika pihak JAIP mengadakan operasi yang sama pada pukul 1.05 pagi, 7 Februari lalu.
Mereka yang tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 enakmen yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun dan sebatan enam kali atau kedua-duanya.
Kedua-dua mereka merayu supaya hukuman diringankan atas faktor kewangan.
Pendakwa Syarie, Farhana Md. Yusof yang mengendalikan pendakwaan kedua-dua kes itu pula memohon hukuman maksimum dikenakan memandangkan ia adalah kesalahan serius.

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL








DALAM gambar yang dikeluarkan oleh Persatuan Hot Rod Kebangsaan (NHRA), kereta lumba Funny Car yang dipandu oleh Jim Head terbakar selepas enjinnya meletup dalam peraturangan separuh akhir dengan pesaingnya, Jeff Arend dalam perlumbaan drag Musim Panas Kebangsaan NHRA di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat, kelmarin.
Head tewas dalam pusingan tersebut di tangan Arend tetapi kedua-dua pelumba tersebut tidak mengalami kecederaan walaupun kereta Head rosak teruk dalam letupan enjin berkenaan. – AP

Israel nafi jual peledak nuklear kepada Afrika Selatan



GAMBAR bertarikh 8 September 2002 menunjukkan sebahagian loji nuklear Dimona di tengah gurun pasir Negev milik Israel yang tidak pernah diakui atau dinafikan oleh rejim Zionis. - AFP



BAITULMUQADDIS 24 Mei - Israel menyifatkan laporan dalam sebuah buku yang menyatakan rejim Zionis itu menawar penjualan peledak nuklear kepada Afrika Selatan pada 1975 sebagai tidak berasas.
Akhbar Britain, The Guardian berkata, dokumen yang ditemui seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) dalam kajiannya ke atas sebuah buku mengenai hubungan Israel dengan Afrika Selatan, menemui bukti dokumen rasmi bahawa rejim Zionis itu memiliki senjata nuklear.
Israel dipercayai telah membina lebih daripada 200 peledak atom di reaktor Dimona tetapi mengekalkan polisi rasmi 'kesamaran' yang tidak dapat memastikan sama ada rejim itu mempunyai senjata nuklear.
The Guardian berkata, dokumen yang didedahkan oleh kerajaan Afrika Selatan itu adalah atas permintaan seorang ahli akademik, Sasha Polakow-Suransky termasuk minit mesyuarat yang dirahsiakan antara pegawai kanan kedua-dua kerajaan pada 1975.
Akhbar tersebut berkata, dokumen tersebut menunjukkan Menteri Pertahanan Afrika Selatan ketika itu, P.W. Botha, telah memohon peledak nuklear dari Israel dan rakan sejawatannya dari Israel, Shimon Peres yang kini menjawat jawatan Presiden Israel telah menawarkan peledak dalam 'tiga saiz'.
Ketika ditanya mengenai laporan tersebut, jurucakap Peres, Ayelet Frisch berkata, tiada kebenaran terhadap laporan Guardian tersebut.
"Kami kecewa akhbar tersebut tidak mendapatkan komen dari pejabat Presiden. Sekiranya ia dilakukan, akan jelas ternyata bahawa laporan tersebut adalah salah dan tidak berasas,"katanya.
Menurut laporan The Guardian, perjanjian nuklear yang dikatakan itu tidak berlaku kerana sebahagiannya disebabkan oleh masalah kos.
Spekulasi mengenai kerjasama nuklear Israel-Afrika Selatan pernah dibangkitkan pada 1979 ketika satelit AS mengesan satu kilatan misteri di Lautan Hindi.
Rangkaian televisyen AS, CBS melaporkan bahawa ia adalah ujian nuklear yang dijalankan oleh kedua-dua negara. - Reuters

Benigno Aquino enggan berhenti merokok



MANILA 24 Mei - Bakal Presiden baru Filipina, Benigno Aquino hari ini menolak gesaan umum supaya beliau berhenti merokok sambil menyatakan bahawa tabiatnya itu akan membantunya menghadapi tekanan kuat ketika menjawat jawatan barunya ini.
Aquino digesa oleh kumpulan kesihatan supaya berhenti merokok dan memberi contoh yang baik kepada negara ini.
"Saya akan berhadapan dengan banyak tekanan. Adakah saya perlu menambah lagi tekanan ke atas diri saya? Mungkin itu akan memberi kesan kepada keputusan yang saya akan buat," katanya kepada wartawan.
Beliau bagaimanapun mengaku bahawa berhenti merokok adalah baik untuk kesihatannya dan akan berusaha untuk melakukannya.
Namun menurutnya, jika beliau berhenti merokok sekarang, ia hanya akan menambahkan tekanan kepadanya, oleh itu ia bertegas menolak tuntutan itu.
"Selagi saya tidak melanggar undang-undang merokok dan tidak mengganggu orang lain, saya bebas untuk merokok.
"Ini adalah satu-satunya kebebasan yang saya masih miliki," kata Aquino.
Anak lelaki kepada ikon demokrasi Filipina, Corazon Aquino ini memenangi pilihan raya umum Filipina pada 10 Mei lalu dengan kemenangan besar selepas berkempen untuk mengamalkan pemerintahan yang tulus dan memerangi rasuah.
Namun, walaupun suruhanjaya pilihan raya telah mengeluarkan keputusan yang menunjukkan beliau memperolehi kemenangan besar, Parlimen negara perlu mengisytiharkan kemenangannya terlebih dahulu sebelum menjadi Presiden.
Aquino akan menggantikan Presiden Gloria Arroyo pada 30 Jun ini. - AFP

Waran tangkap Thaksin diputuskan hari ini



BANGKOK 24 Mei - Mahkamah jenayah Thailand esok akan memutuskan sama ada untuk mengeluar waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri Thailand yang kini hidup dalam pelarian, Thaksin Shinawatra atas dakwaan keganasan kerana terlibat dengan tunjuk perasaan berdarah.
Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI), Tharith Pengdit berkata, agensinya yang menyiasat berhubung keganasan tunjuk perasaan Baju Merah telah menghantar bukti penglibatan Thaksin kepada mahkamah.
"Mahkamah telah menyoal siasat tiga saksi dari DSI dan kami juga menghantar dua lagi fail yang membuktikan penglibatan Thaksin," katanya kepada wartawan hari ini.
Kerajaan menuduh bekas perdana menteri yang disingkirkan itu sebagai pembiaya dan dalang utama kejadian keganasan politik terburuk dalam sejarah negara ini yang menyebabkan 88 orang terbunuh sejak Baju Merah mula berhimpun Mac lalu.
Taikun media itu tinggal dalam buangan untuk mengelak dipenjarakan kerana rasuah tetapi kerajaan berusaha memberikan tekanan kepada negara yang dilawatinya dan bertindak membekukan kewangannya.
Dakwaan keganasan boleh membawa hukuman mati di Thailand, namun pengeluaran waran itu bertujuan untuk meningkatkan usaha mengekstradisi Thaksin.
Peguam bela, Thanadej Puangpool memberitahu wartawan bahawa mahkamah menolak bantahannya terhadap dakwaan keganasan atas alasan mereka tidak layak untuk mengendalikan kes itu.
"Kita masih ada hak untuk mengemukakan rayuan. Mahkamah telah menolak bantahan kita tetapi kita akan berusaha mendapatkan peguam baru, yang dijangka mengambil masa seminggu," kata Thanadej.
Thaksin disanjung oleh kebanyakan penyokong Baju Merah kerana dasarnya ketika memerintah, termasuk rawatan perubatan yang murah dan pemberian dana kepada kampung-kampung.
Namun golongan elit melihatnya sebagai mengamalkan rasuah, autoritarian dan mengancam pemerintahan monarki. - AFP

Australia usir diplomat Israel



CANBERRA 24 Mei – Australia mengarahkan seorang diplomat Israel diusir hari ini, selepas siasatan mendapati negara itu terlibat dalam pemalsuan empat pasport Australia yang digunakan bagi tujuan membunuh pejuang Hamas di Dubai.
Tindakan Australia itu dilihat mengikuti langkah Britain pada Mac lalu yang mengusir keluar diplomat Israel kerana pemalsuan 12 pasport negara itu untuk digunakan dalam misi membunuh pegawai kanan pergerakan Hamas, Mahmoud al-Mabhouh.
Sementara itu, kerajaan Ireland, Jerman dan Perancis dijangka menyatakan tindakan mereka berhubung pemalsuan pasport melibatkan rakyat negara itu.
Menteri Luar Australia, Stephen Smith memberitahu Parlimen, ini bukan kali pertama Israel memalsukan pasport Australia dalam usaha mereka untuk membunuh Mahmoud al-Mabhouh di sebuah bilik hotel di Dubai.
“Tindakan ini bukanlah sesuatu yang patut dilakukan oleh sebuah negara sahabat terutama sekali apabila kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat rapat,” katanya.
Katanya, diplomat Israel telah diarah keluar dari Australia dan diberi tempoh seminggu untuk melakukannya.
Dalam pada itu, Radio Israel melaporkan, kesemua diplomat yang diusir dari Australia dan Britain merupakan wakil Mossad.
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yossi Levy memberitahu Radio Tentera Israel, pihaknya yakin hubungan baik kedua-dua negara akan terus terjalin.
“Kami kesal dengan tindakan Australia. Namun, kami tetap menghormati keputusan mereka,” jelasnya.
Kali terakhir Australia mengusir diplomat dari Israel adalah pada 2004 lalu. – AP

Anak Samy tuduh UMNO punca masalah



KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.
''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.
''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?
''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.
Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.
Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.
Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.
''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.
Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.
''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.
Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.
Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.

Rogol: Tiga remaja ditahan



KOTA MARUDU 24 Mei - Polis menahan tiga remaja yang dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah kosong di tepi jalan di Kampung Lamau dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun itu ditahan tidak jauh dari kampung berkenaan semalam.
"Kesemua suspek sudah tidak bersekolah atau berkerja. Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada mereka positif mengambil dadah jenis syabu dan kini direman selama tujuh hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, kejadian berlaku pukul 2 petang kelmarin ketika mangsa keluar dari rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga rakannya di Kampung Longgap.
Katanya, mangsa mengenali salah seorang daripada suspek yang dikatakan berpura-pura untuk turut serta ke majlis perkahwinan itu.
Bagaimanapun, katanya, di pertengahan jalan, mangsa dibawa ke rumah kosong di kampung itu sebelum dirogol bersama dua lagi rakannya yang turut berada di rumah kosong itu.
"Selepas dirogol, suspek menghantar mangsa pulang. Remaja perempuan itu kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada ahli keluarganya sebelum dia dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk menerima rawatan," katanya lagi.
Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pusat urut tawar khidmat seks



SEBAHAGIAN daripada wanita yang ditahan oleh polis dalam serbuan di sebuah premis urut di Taman Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.


KEMUNCULAN pusat urut di bandar raya Johor Bahru bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan' sejak akhir-akhir ini.
Kemunculannya pula banyak mendatangkan persoalan.
Dengan harga serendah RM50, pengguna boleh mendapatkan pakej biasa dari hanya mengurut kaki sehingga keseluruhan badan dan kebiasaannya tukang urutnya pula adalah wanita warga asing.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan masalah apabila terdapat segelintir pusat urut turut menyediakan pakej 'istimewa' iaitu khidmat seks.
Pusat urut yang menyediakan khidmat seks ini bagaikan pusat pelacuran yang hanya berselindung di sebalik permit perniagaan sebagai pusat urut yang sah.
Melalui cara ini, mereka bebas menjalankan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terselindung berbanding pelacur jalanan yang bergerak secara terang-terangan.
Kebiasaannya mereka yang ditahan terdiri daripada wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial atau tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Namun yang menyedihkan apabila terdapat pelanggan yang terdiri daripada lelaki beragama Islam turut mendapatkan khidmat seks tersebut.
Biarpun pelbagai serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan, namun pusat urut yang menyediakan khidmat seks tetap beroperasi seperti biasa.
Saya berharap pihak berkuasa tempatan lebih banyak menjalankan penguatkuasaan dan tinjauan ke atas pusat urut ini dan menarik balik lesen perniagaan sekiranya terbukti mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

- PAK URUT TRADISIONAL

Kedai sorok gula mula digempur KPDNKK





Anggota KPDNKK Kuala Selangor memunggah sebahagian gula yang disorok oleh peniaga di sebuah rumah kedai berdekatan dengan Pasar Awam Tanjung Karang, Selangor, semalam.


TANJUNG KARANG 24 Mei – Memandangkan masalah orang ramai mendapatkan bekalan gula seakan tiada kesudahan, maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mula bertindak.
Hari ini, kementerian itu menjalankan pemeriksaan mengejut di beberapa kedai runcit dan borong di sini untuk mengenal pasti punca sebenar masalah keputusan bekalan gula.
Hasil pemeriksaan mendapati, sikap tidak bertanggungjawab segelintir peruncit dan pemborong menyorok bekalan gula menjadi antara punca kepada masalah berkenaan.
Ini terbukti apabila pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Selangor menemui sejumlah 316 kilogram gula yang cuba disorokkan oleh seorang pemilik kedai runcit di pekan Tanjung Karang.
Peniaga berusia 53 tahun itu dipercayai bertindak menyorok gula tersebut bagi membolehkan dia menjualnya pada harga tinggi sekiranya kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula berikutan kekurangan bekalan itu di pasaran.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNKK Kuala Selangor, Mispari Jaafar berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pengguna di pekan Tanjung Karang semalam mengenai sukar mendapatkan bekalan gula di kedai runcit berkenaan.
Beliau berkata, kedai runcit itu merupakan pilihan utama penduduk pekan terbabit untuk membeli barangan keperluan harian kerana kedudukannya terletak berhadapan dengan Pasar Awam Tanjung Karang dan juga tapak pasar minggu pada setiap hari Isnin.
“Pelanggan berasa hairan apabila mendapati kedai terbabit kehabisan bekalan gula semalam sedangkan masalah itu tidak pernah dihadapi sebelum ini.
“Berikutan aduan itu, lapan anggota penguat kuasa KPDNKK Kuala Selangor diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Mohd. Bakhtiar Ramli membuat pemeriksaan mengejut di premis tersebut pada pukul 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati, pemilik kedai runcit terbabit baru sahaja menerima 840 kilogram gula daripada pemborong kelmarin dan perkara itu disahkan oleh pemborong yang menghantar bekalan tersebut.
Namun, katanya, penguat kuasa KPDNKK berasa sangsi dengan dakwaan peniaga berkenaan apabila mengatakan kesemua bekalan gula itu sudah habis dijual kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam.
Mispari berkata, meskipun jawapan diberikan peniaga itu meragukan tetapi pegawainya tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana tiada bukti sehinggalah mereka ternampak sekumpulan lelaki sedang memunggah barang-barang dari sebuah lori dalam keadaan mencurigakan berhampiran kedai berkenaan.
“Lori terbabit diletakkan selang 10 pintu dari kedai runcit tersebut dan sekumpulan lelaki dilihat sibuk memunggah barang yang mencurigakan untuk disimpan dalam sebuah stor di situ.
“Melihat kehadiran penguat kuasa KPDNKK, pemandu lori bertindak melarikan kenderaannya manakala seorang lelaki yang menjaga stor pula segera menutup dan mengunci pintu,” katanya.
Menurut Mispari, penguat kuasa KPDNKK berjaya memasuki stor tersebut selepas memaksa lelaki terbabit membuka pintu dan pemeriksaan di dalamnya menemui 26 ikatan gula seberat 316 kilogram.
Beliau berkata, melihat pekerjanya ditahan, pemilik kedai runcit yang mulanya tidak mengaku menyorok gula tiba-tiba datang mengakui barang-barang disimpan di stor tersebut adalah miliknya.

Gempa bumi 6.5 skala Richter di Brazil



25/05/2010 2:38am

RIO DE JANEIRO 25 Mei - Satu gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter di kawasan tengah Amazon, Brazil tetapi tiada sebarang kerosakan atau kematian dilaporkan berlaku.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gegaran gempa di ladang Acre, Brazil yang bersempadankan Peru dan Bolivia itu meletus pada pukul 12.18 malam waktu tempatan.
Pegawai pejabat datuk bandar Cruzeiro do Sul berkata, gempa pada aras 560 kilometer ke dalam perut bumi yang berpusat di 125 kilometer dari bandar itu tidak dapat dirasai kesan gegarannya. - AP

Bom beca: 2 mati, berpuluh tetamu majlis perkahwinan cedera



25/05/2010 2:40am

QUETTA, Pakistan 25 Mei - Dua orang mati dan berpuluh yang lain cedera, termasuk para tetamu majlis perkahwinan apabila sebiji bom meledak dalam sebuah beca di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan semalam, kata polis.
“Beca atau apa sahaja diguna untuk meledakkan bom,” beritahu pegawai kanan polis, Shabbir Sheikh kepada AFP sambil menambah bahawa beca itu sedang menuju ke lapangan terbang di Quetta, ibukota wilayah Baluchistan.
Pegawai polis Mohammad Riaz pula berkata, pengayuh dan penumpang beca tersebut terbunuh manakala berpuluh orang yang sedang dalam perjalanan dalam sebuah van cedera.
Mereka yang cedera terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan ke satu majlis perkahwinan
“Penumpang beca yang terbunuh di tempat kejadian mungkin yang membawa dan meledakkan bom,” katanya.
Pegawai perubatan hospital awam Quetta, Mohammad Noor mengesahkan dan berkata, pihaknya menerima dua mayat dan berpuluh orang yang cedera termasuk enam wanita dan dua kanak-kanak.
Tidak ada yang mengaku bertanggungjawab tetapi pengeboman sedemikian sering dikaitkan dengan pemberontak puak pemisah sekular
di Baluchistan. - AFP

6 wanita Filipina diselamatkan daripada sindiket pelacuran



SANDAKAN 24 Mei - Polis berjaya menyelamatkan enam wanita Filipina yang menjadi mangsa pemerdagangan orang di daerah ini selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Mawar, Batu 5 di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki menjadi ejen membawa masuk wanita berkenaan.
"Pada awalnya mereka dijanjikan kerja sebagai pelayan restoran tetapi keenam-enam wanita itu kemudiannya dipaksa bekerja sebagai pelacur.
"Namun akibat tidak tahan dikurung dan dipukul, salah seorang daripada wanita berkenaan mengadu kepada seorang lelaki yang dijumpainya ketika turun membeli makanan di sebuah kedai makan sebelum lelaki berkenaan menghubungi polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu untuk permohonan perlindungan selama 14 hari di bawah Seksyen 44 (2) Akta Anti Pemerdagangan Orang.
Dalam pada itu, Rosli berkata, siasatan awal mendapati kumpulan tersebut dibawa masuk ke daerah ini melalui laluan air di Batu 3 dekat sini.
Jelasnya, mangsa kemudiannya ditempatkan di sebuah rumah flat di Taman Mawar sebelum dipaksa menjadi pelacur.
Sementara itu beliau berharap orang ramai dapat memberi maklumat kepada polis mengenai aktiviti jenayah termasuk pemerdagangan orang di daerah ini.
Ujarnya, segala maklumat yang diterima akan diberi tindakan segera selain identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Tentera ditahan bantu siasatan kes bunuh



KUANTAN 24 Mei - Polis menahan seorang anggota tentera bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang pesara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dipercayai dibunuh di kawasan Felda Bukit Kuantan peringkat 7 di sini pada 12 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, anggota tentera berusia lingkungan 30-an itu merupakan anak saudara kepada isteri kedua mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum kejadian pembunuhan itu.
"Suspek ditahan di Perak pada Jumaat lalu dan kita masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Pada 14 Mei lalu, mayat Hashim Abd. Wahab, 65, dari Bandar Indera Mahkota di sini yang dibunuh ditemui di ladang sawit Felda Bukit Kuantan Peringkat 7.
Penemuan mayat itu juga disusuli dengan terjumpanya kereta milik mangsa jenis Honda Accord berwarna hitam di ladang sama yang dilaporkan hilang semasa kejadian.

Lebih 6,000 naskhah akhbar KABAR Era Pakatan dirampas



PUTRAJAYA 24 Mei - Sejumlah 6,108 naskhah akhbar tabloid bertajuk KABAR Era Pakatan yang diterbitkan tanpa permit yang sah, dirampas dari 915 premis yang diperiksa di seluruh negara sehingga Ahad lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan hari ini menyebut, tindakan menyita dan menahan penerbitan itu dilakukan berikutan aduan awam dan laporan polis.
''Perkara ini menyalahi peruntukan Seksyen 5 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
''Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.
Jumaat lalu, Gabungan NGO Malaysia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini menggesa pihak polis menyiasat kewujudan akhbar baru, KABAR Era Pakatanyang didapati menerbitkan bahan bercetak tanpa permit yang sah.
Setiausaha pusatnya, Mohd. Jurit Ramli berkata, siasatan segera perlu dilakukan kerana akhbar tersebut telah menggunakan nombor penerbitan yang diberikan kepada penerbitan lain.
''Timbul kekeliruan di sini apabila nombor siri penerbitan yang sepatutnya digunakan atas namaKABAR telah diberikan kepada KABAR Era Pakatan.
"Selain itu, apa yang paling membimbangkan adalah kebanyakan isu kandungan dalam akhbar ini lebih menjurus kepada perkara tidak benar dan isu berunsur fitnah terhadap pemerintah," kata Mohd. Jurit.

Bukan hab dadah



TAWAU 24 Mei – Malaysia bukan hab sindiket pengedaran dadah antarabangsa seperti yang diandaikan sesetengah pihak, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin (gambar).
Beliau berkata, ada pihak yang beranggapan sedemikian selepas beberapa cubaan mengedar dadah berjaya dibongkar sebelum ini.
Namun menurutnya, apa yang berlaku ialah cubaan sindiket dadah antarabangsa untuk menggunakan Malaysia sebagai transit dadah berjaya disekat oleh pihak berkuasa negara ini.
Katanya, ada rakyat asing yang cuba membawa dadah melalui Malaysia untuk disalurkan ke negara lain namun kegiatan mereka berjaya dikesan lebih awal sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam negara.
Menurutnya, ketika ini polis sudah mengenal pasti negara Iran, India dan Taiwan sebagai ancaman kepada Malaysia dari segi kegiatan membawa masuk dadah jenis sintetik.
“Syabu jika dibeli di Iran harganya cuma RM60 sekilogram sahaja, dan apabila berada di negara ini nilainya RM162,260 sekilogram, sebab itu mereka suka membawa dadah ke sini sebelum dihantar ke negara lain.
Lagipun kualiti syabu Iran amat baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan balai polis baru Bergosong di Pulau Sebatik di sini hari ini.
Zul Hasnan berkata, sehingga kini 57 rakyat Iran diberkas kerana kesalahan membawa dadah ke dalam negara dan 80 peratus daripada mereka sudah pun didakwa di mahkamah. – BERNAMA

Minta tubuh suruhanjaya bebas





SAPIAH Md. Elah (kanan) bersama Mohd. Firdaus Marsani menunjukkan laporan polis dan gambar arwah, Mohd. Afham Arin yang mati ditembak di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Mei – Seorang ibu meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat punca sebenar kematian anaknya, Mohd. Afham Arin, 18, yang ditembak polis dalam satu kejadian pada 20 Oktober tahun lalu.
Sapiah Md. Elah, 52, yang melahirkan rasa tidak puas hati mendakwa, polis tidak pernah memberi penjelasan sebenar mengenai kematian anaknya itu yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik.
Katanya, dia hanya diberitahu bahawa Mohd. Afham terlibat dengan jenayah ragut dan seorang lagi rakan anaknya disyaki menyerang polis menggunakan parang.
“Saya tidak berpuas hati kerana polis cuba menipu saya dengan mengatakan anak saya masih hidup apabila saya tiba di Balai Polis Seri Alam sedangkan anak saya sudah meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi 20 Oktober lalu.
“Saya juga amat kesal kerana terpaksa menunggu lama untuk berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan menuntut jenazah anak di Hospital Sultanah Aminah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sapiah berkata, Mohd. Afham merupakan pelajar Kolej Komuniti Ledang dan tinggal di rumah kakaknya di Taman Daya di sini kerana ingin mengikuti latihan industri di Pasir Gudang.
Dia meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius perkara itu dan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mencari punca sebenar kematian dan membersihkan nama anaknya kerana Mohd. Afham didakwa terlibat dengan 25 kes samun.
Berdasarkan laporan akhbar, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam di Taman Johor Jaya itu, Mohd. Afham yang menunggang sebuah motosikal bersama rakannya, Mohd. Firdaus Marsani, 19, dikejar anggota polis kira-kira 15 kilometer kerana disyaki melakukan samun.
Sejurus polis menghampiri suspek, pembonceng dikatakan bertindak melibaskan parang ke arah anggota terbabit dan kemudian polis melepaskan tembakan dan mengenai mangsa.
Mohd. Afham mati di tempat kejadian, manakala Mohd. Firdaus melarikan diri.
Sementara itu, Mohd. Firdaus pada sidang akhbar tersebut berkata, pada malam kejadian, mereka keluar makan malam sebelum Mohd. Afham mengajak dia ke rumah kakaknya di Taman Daya untuk mengambil pakaian kerja kira-kira pukul 8.30 malam.
“Dalam perjalanan itu, kami dihampiri tiga motosikal yang dinaiki tiga lelaki yang tidak dikenali dan seorang daripadanya menjerit ‘polis’ dan cuba menghalang motosikal kami.
“Mereka berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa polis menyebabkan kami beranggapan mereka penjenayah. Akibat terlalu takut, Mohd. Afham terus memecut motosikal ke arah Pasir Gudang,” katanya.
Kira-kira 30 minit dikejar, dia terdengar satu das tembakan dari arah belakang dan dia terus mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri.
Kemudian, dia mendakwa terdengar satu lagi tembakan menyebabkan mereka terjatuh dan ketika itu disusuli satu lagi das tembakan sebelum seorang lelaki mengacukan pistol ke arahnya.
“Saya berdiri dan mengangkat tangan dan pada masa sama turut mengundur beberapa langkah lalu terjatuh ke dalam semak yang bercerun sekali gus berjaya melarikan diri.
“Keesokan harinya, saya menerima berita kematian Mohd. Afham yang ditembak polis kerana disyaki sebagai perompak,” katanya yang kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Mohd. Firdaus mendakwa pihak polis cuai semasa menjalankan tugas dan menggesa mereka memberikan laporan sebenar mengenai kejadian tersebut.