Search This Blog

Friday, May 21, 2010

Kecederaan otak: Kes saman Hospital Pusrawi ditangguh ke 1 Jun



21/05/2010 10:12am

KUALA LUMPUR 21 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 1 Jun ini keputusan kes saman bekas juruanalisis Bank Simpanan Nasional (BSN), Roslan Mohd. Ali, yang mengalami kecederaan otak setelah koma selepas menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. di sini pada 2006. - Utusan

Tanah milik kedutaan diambil kembali selepas 12 tahun diceroboh



21/05/2010 10:13am

JAKARTA 21 Mei - Tanah milik Kedutaan Besar Malaysia di Kemang Raya Jakarta Selatan yang diceroboh sejak kira-kira 12 tahun lalu, akhirnya diambil kembali hari ini.
Sebanyak 530 anggota polis dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Jakarta Selatan terlibat dalam operasi pembebasan tanah yang sebelum ini diduduki oleh penduduk tempatan.
Operasi berjalan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini. - Utusan

65 kes baru H1N1



21/05/2010 12:53pm

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 65 kes baru influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini sebanyak 14,614 kes dengan 85 kematian.
Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad seluruh negara adalah sebanyak 587 kes.
Daripada jumlah itu, 68 kes atau 11.6 peratus disahkan positif H1N1 manakala bilangan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 9 kes dengan kesemuanya mempunyai faktor risiko.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima enam laporan kejadian kluster ILI melibatkan enam negeri - Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan penularan jangkitan ini dengan mengelakkan berada di di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak. - Utusan

2 mati 5 cedera bila tentera dan polis Madagascar bertempur



21/05/2010 3:45am

ANTANANARIVO 20 Mei - Dua orang terbunuh manakala lima yang lain, termasuk orang awam cedera dalam kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan Madagascar di tengah Antananarivo hari ini, kata pegawai tentera.
Pertempuran itu tercetus ekoran campur tangan ahli unit polis elit (FIGN) ketika tentera dan unit polis berhimpun untuk memprotes ke atas pihak atasan mereka semalam.
Tidak pasti sama ada ahli politik turut terlibat dalam pergolakan negara di Lautan Hindu yang sedang mencari jalan keluar dari krisis setelah berlaku rampasan kuasa pada Mac 2009.
Menurut sumber pihak keselamatan, punca tercetusnya pemberontakan itu ada kaitan dengan soal wang yang diterima oleh bekas bos mereka, Ravalomanana awal tahun lalu, ketika Rajoelina memimpin protes jalanan menentang rejim nya.
Menurut Ravalomanana, salah seorang anggota tentera yang dihantar untuk menghapuskan sekatan jalan oleh pasukan bersenjata elit terbunuh manakala tiga orang awam turut cedera. -

Kes Noritta: Saman broker saham ditolak mahkamah tinggi



21/05/2010 10:17am

KUALA LUMPUR 21 Mei - Saman seorang broker saham, Shahfrul Azrin Azman terhadap syarikat akhbar kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan enam lagi defenden yang mengaitkannya dengan pembunuhan Noritta Samsuddin ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Utusan

Profesor dipenjara taja seks bebas


Profesor dipenjara taja seks bebas




2010/05/21

Hukuman pertama ikut undang-undang 1997

BEIJING: Seorang profesor kolej di China yang didakwa menganjur dan menjadi tuan rumah parti tertutup membabitkan hubungan seksual beramai-ramai dihukum penjara tiga setengah tahun dalam kes yang menimbulkan perdebatan mengenai kebebasan seks di negara itu. 

Ma Yaohai, 53, didapati bersalah dan didakwa kerana mengadakan parti seks berkumpulan, kata pegawai dari Mahkamah Daerah Qinhuai di tenggara Nanjing.
Ma bersama 21 yang lain ditahan dan didakwa tahun lalu, kejadian pertama di bawah undang-undang 1997 dalam kes yang mendapat perhatian umum. Ia turut mencetuskan perdebatan umum mengenai kebebasan seksual di negara yang cuba untuk merangka semula kod moral sendiri.

Agensi China News Service melaporkan, 21 yang lain diberikan hukuman lebih ringan membabitkan pengawasan sehingga tiga tahun kerana mengaku bersalah. 
Hukuman maksimum bagi jenayah itu adalah penjara lima tahun. 

Peguam Ma, Yao Yong berkata anak guamnya itu yang mengaku tidak bersalah, bercadang untuk merayu hukuman berkenaan. 

“Hukuman terhadapnya tidak adil. Ia tidak berasaskan undang-undang. Kami memahami sebab di sebaliknya, tetapi kami tidak dapat menerimanya,” katanya. 
Pendakwa menuduh Ma, profesor sains komputer di Universiti Teknologi Nanjing menganjurkan sebuah kelab seks berkumpulan dengan ahlinya bertemu secara ‘online’ sebelum berkumpul di rumah persendirian atau hotel bagi mengadakan parti seksual beramai-ramai. 

Ma berhujah bahawa mereka tidak melakukan jenayah dengan mempertikaikan bahawa aktiviti terbabit membabitkan pertemuan orang dewasa dan apa yang berlaku bukan di khalayak ramai. 

Ahli sosiologi, Li Yinhe yang turut mempertahankan Ma, mengaku kecewa dengan keputusan mahkamah serta menegaskan Ma tidak sepatutnya menghadapi sebarang pendakwaan. – AP 


2010/05/21

Hukuman pertama ikut undang-undang 1997

BEIJING: Seorang profesor kolej di China yang didakwa menganjur dan menjadi tuan rumah parti tertutup membabitkan hubungan seksual beramai-ramai dihukum penjara tiga setengah tahun dalam kes yang menimbulkan perdebatan mengenai kebebasan seks di negara itu. 

Ma Yaohai, 53, didapati bersalah dan didakwa kerana mengadakan parti seks berkumpulan, kata pegawai dari Mahkamah Daerah Qinhuai di tenggara Nanjing.
Ma bersama 21 yang lain ditahan dan didakwa tahun lalu, kejadian pertama di bawah undang-undang 1997 dalam kes yang mendapat perhatian umum. Ia turut mencetuskan perdebatan umum mengenai kebebasan seksual di negara yang cuba untuk merangka semula kod moral sendiri.

Agensi China News Service melaporkan, 21 yang lain diberikan hukuman lebih ringan membabitkan pengawasan sehingga tiga tahun kerana mengaku bersalah. 
Hukuman maksimum bagi jenayah itu adalah penjara lima tahun. 

Peguam Ma, Yao Yong berkata anak guamnya itu yang mengaku tidak bersalah, bercadang untuk merayu hukuman berkenaan. 

“Hukuman terhadapnya tidak adil. Ia tidak berasaskan undang-undang. Kami memahami sebab di sebaliknya, tetapi kami tidak dapat menerimanya,” katanya. 
Pendakwa menuduh Ma, profesor sains komputer di Universiti Teknologi Nanjing menganjurkan sebuah kelab seks berkumpulan dengan ahlinya bertemu secara ‘online’ sebelum berkumpul di rumah persendirian atau hotel bagi mengadakan parti seksual beramai-ramai. 

Ma berhujah bahawa mereka tidak melakukan jenayah dengan mempertikaikan bahawa aktiviti terbabit membabitkan pertemuan orang dewasa dan apa yang berlaku bukan di khalayak ramai. 

Ahli sosiologi, Li Yinhe yang turut mempertahankan Ma, mengaku kecewa dengan keputusan mahkamah serta menegaskan Ma tidak sepatutnya menghadapi sebarang pendakwaan. – AP

Amah terlebih sentuh anak majikan





2010/05/21

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia mengaku melakukan hubungan seks dengan anak majikan berusia 11 tahun selepas membelai budak lelaki itu.

Mahkamah diberitahu, pembantu rumah berusia 27 tahun itu menghentikan perbuatannya selepas terdengar suara majikan pulang ke rumah, lapor Berita Harian, semalam. Kejadian berlaku pada Jun tahun lalu.
Kejadian lain pada 25 Disember lalu berlaku apabila budak lelaki berkenaan yang ketika itu berusia 12 tahun, ditarik ke dalam bilik selepas ke tandas.
Nenek yang berkongsi bilik dengan mangsa mencarinya selepas menyedari dia tidak pulang ke bilik mereka.

Si nenek berteriak sebaik melihat kelakuan seks oral terhadap cucunya menyebabkan suspek menghentikan perbuatan itu.

Hakim menetapkan 2 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. – Agensi

Guru cabul lima murid



Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/05/21

Mangsa dakwa diajak tonton filem lucah sebelum dirogol

SIBU: Seorang guru lelaki didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bungan, Dalat, kira-kira 80 kilometer dari sini, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. 

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu petang kelmarin, selepas semua mangsa bersama guru besar sekolah berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
“Dalam kejadian terbaru 8 Mei lalu, seorang mangsa mendakwa suspek membawanya ke kuarters guru berdekatan sekolah bagi menonton filem lucah bersama sebelum dia dirogol. 

“Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Sibu pagi tadi (semalam) mendapati tidak berlaku sebarang unsur rogol dengan kita meminda kes berkenaan kepada cabul,” katanya ketika dihubungi. 

Suspek yang bertugas hampir 10 tahun di sekolah itu dikatakan berkahwin dengan isterinya yang juga bekas anak muridnya tahun lalu. 

Shafie berkata, empat lagi mangsa mendakwa dicabul suspek selepas dipanggil menemuinya di makmal sekolah, namun diberi amaran agar tidak memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru lain. 
“Perbuatan suspek hanya diketahui selepas seorang mangsa yang juga adik iparnya memaklumkan kejadian kepada seorang guru wanita sekolah berkenaan awal minggu lalu. 

“Kita akan meminta bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah bagi menahan suspek untuk siasatan berikutan kawasan berkenaan terletak di bawah jagaan pejabat polis berkenaan,” katanya. 

Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari Pegawai Pelajaran Daerah Dalat semalam dan menyerahkan kes itu kepada polis. 

Katanya, jika didapati bersalah, JPN akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung guru berkenaan sebelum boleh membuangnya.

Pegawai polis dituduh palsukan dokumen





2010/05/21

SHAH ALAM: Seorang Asisten Superintendan Polis (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap tiga tuduhan memalsukan dokumen bagi kerja pembaikan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang bernilai hampir RM6,000, lima tahun lalu. 

Samsudin Sirat, 54, dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Cawangan Logistik Bekalan IPK Selangor, Seksyen 15, di sini, pada Februari 2005.
Bagi tuduhan pertama, Samsudin dituduh menggunakan satu dokumen palsu bertarikh 7 Januari 2005, milik Deng Engineering and Trading.
Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Samsudin juga dituduh menggunakan dokumen iaitu invois bernombor 0222 bertarikh 14 Mac 2005 Deng Engineering and Trading. 

Bagi pertuduhan ketiga, Samsudin dituduh menggunakan invois bernombor 0222 syarikat Deng Engineering and Trading bertarikh 14 Mac 2005. – Bernama

Tengkorak, rangka manusia ditemui berdekatan Lebuh Raya Utara Selatan





2010/05/21

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pembersihan terkejut selepas menemui tengkorak dan rangka manusia dipercayai wanita, ketika membersihkan kawasan semak di Kilometer 456.1 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan susur Sungai Buloh, menghala Utara, petang semalam. 

Dalam kejadian pada jam 4.15 petang itu, turut ditemui berselerak berhampiran tengkorak dan rangka terbabit ialah peralatan wanita seperti pencuci rambut, bedak, berus gigi, sepit kuku dan cermin kecil.
Turut ditemui di kawasan semak yang jaraknya kira-kira 20 meter dari tepi lebuh raya berkenaan ialah pakaian wanita Punjabi berwarna biru.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata pemeriksaan yang dijalankan sekitar tempat kejadian sebaik menerima maklumat, tiada menemui sebarang dokumen pengenalan diri. 

Katanya, berdasarkan siasatan awal, rangka terbabit dipercayai berada di kawasan itu sejak sebulan lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitinya selain menyiasat sama ada kejadian ada kaitan dengan unsur jenayah. 

“Tengkorak dan rangka terbabit dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berdekatan,” katanya di sini, semalam.

Ragut: penganggur dipenjara empat tahun, tiga sebatan



21/05/2010 4:40pm

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat
tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahanmeragut dan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.
Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan selepas Hairulnizal Zainal, 28, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Hairulnizal dari Kajang mengaku meragut beg tangan milik seorang kerani yang mengandungi beg duit berwarna hijau, kad pengenalan, wang tunai RM10, barang-barang peribadi dan lesen memandu mangsa di hadapan bangunan F&N, Cheras pada 7.20 pagi, 18 Mei lepas.
Dia juga mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo
sepanjang 25 sentimeter di bulatan Sungai Besi, Cheras pada 7.30 pagi pada
tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan dan pertuduhan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan. - Bernama

Iklan gugur bayi dikritik di Britain




GAMBAR menunjukkan satu adegan dalam iklan pengguguran bayi di stesen televisyen Channel 4 di Britain.


LONDON - Iklan mengenai perkhidmatan pengguguran bayi yang pertama di Britain akan disiarkan di televisyen pada minggu depan, kata pihak pengurusan sebuah syarikat penjagaan kesihatan, Marie Stopes International semalam.
Iklan itu akan disiarkan pada Isnin ini menerusi stesen televisyenChannel 4 dan berakhir Jun depan.
"Pada tahun lalu, kami menerima 350,000 panggilan di talian bantuan 24 jam," kata ketua eksekutif syarikat itu, Dana Hovig.
"Jelas, terdapat ratusan ribu wanita yang memerlukan maklumat mengenai kesihatan seksual, nasihat dan akses perkhidmatan kami," katanya.
Namun, iklan itu mendapat bantahan daripada kumpulan yang menentang pengguguran bayi.
Jurucakap sebuah pertubuhan kebajikan, Michaela Aston berkata, membenarkan pihak penyedia perkhidmatan pengguguran menyiarkan iklan di televisyen merupakan satu tindakan yang ganjil. - AFP

Putus ibu jari akibat bertengkar

SINGAPURA


PERTENGKARAN antara penjaja dengan pelanggan berkaitan mi bebola ikan mengakibatkan pelanggan itu kehilangan ibu jari.
Sim Yong Ha, 66 tahun, yang menjual mi bebola ikan, bertengkar dengan pesara, Encik Chan Seng Chai, 57 tahun, di Blok 79 Telok Blangah Drive, pada 30 September tahun lalu dan menggunakan parang untuk mengelak kerusi yang dihayun mangsa.Encik Chan bersemuka dengan Sim setelah Sim mengeluarkan katakata bahawa isteri Encik Chan tidak seharusnya terlalu cerewet kerana mi itu cuma berharga $2.Isteri Encik Chan, Cik Loh Woon Kew, 51 tahun, memberitahu Sim agar mengeluarkan cili daripada mi yang dipesan untuk suaminya dan meminta supaya mi itu dipotong. Sim menuruti permintaan itu.Cik Loh kemudian memberitahu suaminya tentang apa yang berlaku.Selepas menghabiskan sarapannya, Encik Chan bersemuka dengan Sim mengenai kelakuan penjaja itu terhadap isterinya.Kedua-dua lelaki itu bertengkar, dengan Sim mengulangi kenyataan bahawa mi itu hanya berharga $2.Encik Chan lantas menyambar kerusi plastik dan mahu menghayunnya ke arah Sim, yang kemudian mengambil parang untuk mengelak kerusi itu.Parang itu terkena tangan kiri mangsa hingga menyebabkan ibu jarinya putus. Namun, ibu jari itu berjaya disambung dalam pembedahan di Hospital Besar Singapura (SGH).Sim, yang mengaku menyebabkan kecederaan serius dengan melakukan tindakan yang membahayakan, akan dijatuhi hukuman pada 7 Jun ini.

Syed Husin saman Utusan RM10 juta




KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan dua yang lain kerana didakwa menyiarkan artikel bersifat memfitnah beliau pada Mac lalu.: 

Saman difailkan melalui peguam, N Surendran di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam. 

Selain menamakan Utusan sebagai defendan pertama, Syed Husin turut menamakan editor akhbar arus perdana itu, Mohd Hassan Mohd Noor sebagai defendan kedua dan bekas Ketua Angkatan Muda Kedah (AMK), Zamil Ibrahim sebagai defendan ketiga. 

Dalam pernyataan tuntutan, Syed Husin selaku plaintif mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya melalui artikel bertajuk 'RM500: Syed Husin dicabar lapor polis' pada 6 Mac lalu. 

Syed Husin mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud beliau bersalah dalam amalan rasuah, seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak layak sebagai seorang ahli Dewan Negara serta Timbalan Presiden PKR. 

Beliau juga mendakwa laporan itu diterbitkan secara sensasi dan semua defendan mengetahui bahawa tuduhan-tuduhan itu tidak benar. 

Selain menuntut ganti rugi RM10 juta, Syed Husin juga antara lain menuntut ganti rugi teladan dan memohon injunksi untuk menghalang semua defendan daripada terus menerbitkan kata-kata fitnah lisan dan libel serupa terhadapnya.

Peniaga judi cuba rasuah polis



MASJID TANAH – Seorang peniaga menjual nombor ekor haram di sini, cuba merasuah polis RM5,000 bagi mengelak daripada ditahan. 

Bagaimana:pun, cubaannya gagal selepas sepasukan polis dari Bukit Aman yang menyerbu premis terbabit melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

:Serbuan Jabatan Siasatan Jenayah (Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Bukit Aman diadakan bersama SPRM, jam 6.30 petang, semalam. 

:Dalam serbuan itu, peniaga lingkungan 50 tahun ditahan kerana menjalankan perniagaan secara haram dan dua lelaki warganegara Indonesia berumur 45 hingga 50 tahun yang berada di dalam premis turut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk disoal siasat. 

:Terdahulu, intipan selama beberapa jam dilakukan di sekitar premis dan lebih 10 lelaki masuk ke premis berkenaan dalam satu masa dipercayai membeli nombor ekor haram. 

Sementara itu, Penolong Pengarah (Pendakwaan) SPRM negeri, Mokhtar Sani berkata, peniaga premis itu ditahan untuk disoal siasat. 

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memberi, menerima atau meminta rasuah kepada atau daripada anggota bertugas dengan tujuan kepentingan diri sendiri. 

“Jika ia berlaku, kami tidak teragak-agak mendakwa mereka,” katanya. 

Menurutnya, sabit kesalahan mereka boleh dipenjara satu hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Pengurus kilang didakwa sogok kakitangan TNB untuk tutup kes curi elektrik



SHAH ALAM - Seorang pengurus kilang hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memberi rasuah RM5,000 kepada seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup kes kilangnya yang mencuri arus elektrik tahun lepas.

Ng Kok Kwan, 26, didakwa memberi suapan wang tunai itu kepada eksekutif keselamatan TNB S.Alagoo di Restoran Pelita di Seksyen 9 di sini pada 4.30 petang 30 April tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Ng boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan Ng melantik peguam. Beliau membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, dua peniaga besi buruk mengaku tidak bersalah memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka kerana memiliki 22 batang kabel yang dibeli secara haram tiga tahun lepas.
G.Sula Sivabalan, 39, dan V.Selvam, 38, didakwa memberi rasuah kepada pengurus kanan Unit Siasatan & Risikan TNB, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin di Restoran Sri Melor, Seksyen 15 di sini, antara 9 dan 10 malam pada 8 Mei 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 11 (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Mahkamah menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 8 Nov dan membenarkan masing-masing diikat jamin RM4,000.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ng Siew Wee manakala Sula Sivabalan dan Selvam diwakili peguam R.Ratha Krishnan.-Bernama

Kumpulan jual resit tol palsu dipatahkan



NIBONG TEBAL - Polis mematahkan kegiatan satu kumpulan menjual resit palsu bagi bayaran tol untuk perjalanan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.

Dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Keramat Permai di sini pada Isnin lepas, polis menahan dua pemandu lori rakyat tempatan dan seorang wanita warga negara Indonesia yang dipercayai terlibat, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat di sini, hari ini.

"Serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dan risikan polis sejak beberapa minggu lepas," katanya.

Beliau berkata, polis merampas pelbagai peralatan untuk menghasilkan tiket palsu antaranya set komputer, mesin pencetak, gelung kertas cetakan lebuh raya PLUS, catatan yang mengandungi maklumat kenderaan, pelbagai resit dan wang tunai RM500.

Shafien berkata, kebanyakan pelanggan kumpulan itu adalah pemandu lori yang menggunakan resit berkenaan untuk membuat tuntutan bayaran daripada majikan masing-masing.

"Pemandu lori yang terlibat dengan sindiket ini tidak melalui lebuh raya sebaliknya menggunakan jalan lama dan membeli resit palsu itu," katanya.

Shafien berkata, siasatan mendapati kumpulan berkenaan telah beroperasi sejak 14 bulan lepas dan mengaut keuntungan RM400 sehari.-Bernama

4 gadis China dicekup



BATU PAHAT - Empat warga China ditahan dalam operasi Ops Noda kerana menyalahi pas lawatan sosial mereka dengan bekerja di negara ini tanpa permit yang sah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, empat warga China ditahan di sebuah pusat refleksologi di Taman BCB, Yong Peng pada 17 Mei lalu.

Katanya, semasa serbuan dalam operasi berkenaan keempat-empat mereka dikatakan sedang melakukan kerja harian iaitu sebagai tukang urut tapak kaki di pusat berkenaan.

“Pekerja dari negara China sememangnya digemari pelanggan kerana mereka pandai melayan dan juga mengambil hati pengunjung pusat refleksologi terbabit.

“Perkara ini yang menyebabkan pemilik premis dan pusat rawatan berkenaan mengambil pekerja dari negara China untuk melariskan perniagaannya, “ katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Adnan, ke semua warga China berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959.

Katanya, setelah kes ini selesai ke semua warga China berkenaan akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Pihak polis sememangnya menggalakkan kerjasama daripada orang ramai jika mengetahui kes-kes seperti ini kerana sumber dan juga maklumat orang ramai sememang penting untuk pihak polis melakukan siasatan.

“Kerjasama dan bantuan daripada orang awam dihargai dan ia menjadi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini dalam membantu polis ”, katanya.

Restoran salah upah pekerja warga asing

TELUK INTAN - Akibat melanggar syarat pas bekerja, satu restoran di Jalan Kampung Banjar, di sini terpaksa ditutup kerana kesemua pekerjanya ditahan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, kelmarin.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang dipanggil Ops Selera itu disertai enam penguat kuasa yang bertindak terhadap premis perniagaan berkenaan atas maklumat orang ramai.

Menurutnya, seramai enam warganegara India yang bekerja di situ ditahan kerana pas yang dimiliki mereka bukan untuk bekerja di premis berkenaan sebaliknya di tempat lain seperti di Selangor, Ipoh dan Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka memang mempunyai pas bekerja tetapi premis yang ditetapkan bukan di sini, sebaliknya di tempat lain.

“Kita juga telah menahan majikan dan kita bebaskan dengan jaminan RM 10, 000 sementara kes disiasat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, sementara itu, keenam-enam pekerja yang ditahan akan direman selama 14 hari sehingga 2 Jun di Depoh Tahanan Pendatang Asing, Langkap, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, bagi pekerja, kes disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat pas bekerja yang membawa hukuman denda penjara selama enam bulan atau denda RM 1, 000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, majikan pula boleh dituduh melakukan dua kesalahan iaitu, pertama, di bawah Seksyen 55B (2) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 kerana mengambil pekerja yang tidak mempunyai pas yang sah dan jika sabit kesalahan, majikan itu boleh dikenakan denda tidak kurang 10, 000 dan tidak melebihi RM 50, 000 bagi setiap seorang pekerja atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, satu lagi pertuduhan yang boleh dikenakan ke atas majikan iaitu Seksyen 56 (d) Akta Imigresen 1959/63 kerana memberi perlindungan kepada pekerja asing dan jika sabit kesalahan boleh dihukum didenda tidak kurang RM 10, 000 dan tidak lebih 50, 000 setiap seorang atau penjara tidak kurang enam bulan dan sekiranya warga asing melebihi lima orang, boleh dikenakan enam sebatan.

Menurutnya, pihak Imigresen tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan restoran ditutup kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen tetapi disebabkan premis makanan berkenaan tidak mempunyai pekerja lain, ia terpaksa ditutup oleh majikan.

Operasi yang bermula pada jam 6 petang itu berakhir sejam kemudian dengan membawa suspek ke depoh tahanan.

Depa tangan sebelum terjun




KEPALA BATAS -Tindakan seorang pengawal keselamatan mengekori seorang lelaki yang dilihat berada dalam keadaan runsing tidak berupaya menghalangnya daripada terjun dari aras lima, Bangunan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang di Jalan Bertam 1, di sini pagi semalam. 

Kejadian awal pagi itu menggemparkan sebahagian besar pekerja jabatan dan agensi yang hendak memulakan tugas mereka di bangunan yang baru dua bulan dibuka. 

Mangsa G Narasiah, 48, yang berasal dari Sungai Petani dan tinggal di Jalan Satu, dekat sini maut serta merta selepas mengalami kecederaan parah akibat patah beberapa bahagian badannya. 

Pengawal keselamatan, Ishak Said, 39, berkata, lelaki itu dilihat memasuki pintu hadapan melepasi pondok pengawal pada jam 7.30 pagi semalam dalam keadaan tidak terurus dan bercakap seorang diri dalam nada marah. 

“Saya sempat memanggil untuk bertanya arah tujuannya kerana ketika itu pejabat masih belum dibuka lagi.

“Selepas memaklumkan tujuannya untuk ke pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di aras empat bangunan itu, dia dilihat terus menuju ke arah tangga yang terletak di sebelah kanan bangunan itu secara tergesa-gesa,” katanya.

Ishak berkata, melihat kelakuan pelik lelaki itu, dia bersama seorang rakan sekerja mengekorinya tetapi gagal ditemui di sekitar ruang lobi bangunan sembilan tingkat itu sebelum mengambil keputusan meninjau dari luar bangunan sejurus selepas itu.

“Selepas keluar dan berada di tengah kawasan lapang bangunan yang berbentuk U itu, kami mendongak dan mendapati lelaki itu keluar melalui tingkap berkaca di aras lima dan berjalan di koridor sambil mendepa tangannya.

“Saya dan rakan menjerit meminta dia masuk semula ke dalam bangunan itu tetapi tak diendahkannya dan beberapa saat kemudian dia kemudian dilihat terjun,” katanya.

Menurutnya, selepas mendapati lelaki yang terjun itu tidak bergerak, dia bergegas ke Hospital Kepala Batas (HKB)yang terletak di belakang bangunan Wisma Persekutuan itu, untuk memaklumkan kejadian dan pada masa sama menghubungi polis.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan seperti biasa bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Mayat mangsa yang dikatakan sudah berkeluarga itu dihantar ke HKB untuk bedah siasat.

Guna kayu halang anak ditahan




SERTING TENGAH – Seorang bapa menggunakan kayu bagi mengelak anaknya ditahan petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jempol pada Ops Kutip 2 dijalankan bermula jam 1.30 pagi kelmarin. 

Dalam pergelutan itu, lelaki berkenaan cedera mata kiri, manakala dua penguat kuasa AADK cedera di tangan. 

Ketua Pegawai AADK Jempol, Zakryei Arip berkata, pihaknya beberapa kali memujuk keluarga itu yang enggan memberikan kerjasama hingga memaksa penguat kuasa memecah pintu untuk menahan suspek. 

Menurutnya, keluarga itu turut mengugut mencederakan mereka jika suspek ditahan. 

“Tindakan liar bapa suspek yang menyerang penguat kuasa menggunakan sebatang kayu petanda kesedaran masyarakat mengenai fungsi AADK masih di tahap rendah,” katanya. 

Hadir sama mengetuai operasi kali ini, Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Negeri Sembilan, Tuan Mohd Sapiee Omar bersama 13 anggota penguat kuasa AADK Jempol. 

Ops Kutip 2 dijalankan di Kampung Serting Tengah, Felda Pasoh 3 dan Raja Alias 1 hingga 4, hasil risikan serta aduan orang awam berakhir jam 8 pagi. 

Zakryei berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 11 suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan di kediaman masing-masing dicemari dengan kekecohan dicetuskan beberapa ahli keluarga suspek sendiri. 

Menurutnya, dalam operasi sama juga, seorang suspek yang tidak mempedulikan kehadiran penguat kuasa di rumahnya dibalas dengan cacian bersama ibunya sendiri. 

“Kedua-dua situasi yang menyedihkan ini berlaku akibat sikap terlalu memanjakan dan mempercayai kerenah anak-anak. Malah apa yang lebih mengejutkan, bapa suspek juga tidak melepasi ujian saringan dan didapati positif dadah jenis ganja. 

“Pada ujian saringan awal air kencing dilakukan, tujuh orang didapati positif heroin dan seorang ganja. Manakala suspek perempuan yang saringannya negatif dibebaskan tanpa syarat dengan dua lelaki selebihnya ditahan reman 14 hari,” katanya. 

Menurut beliau, AADK berharap masyarakat bekerjasama kerana apa dilakukan adalah proses pencegahan bagi membantu ahli keluarga tersebut daripada terlibat najis dadah. 

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindahan 1998.

Indonesia rugi RM360b





2010/05/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JAKARTA: Suruhanjaya Anti-rasuah Indonesia (KPK) kini menyiasat rasuah yang berlaku dalam sektor perhutanan didakwa menyebabkan kerajaan mengalami kerugian lebih AS$110 bilion (RM360 bilion).
Timbalan Pengerusi KPK, Mohammad Jasin berkata, siasatan mendapati 470 syarikat, majoriti syarikat perlombongan di Kepulauan Borneo melanggar peraturan perhutanan. “Mereka menyalah guna permit yang diluluskan dan bertindak memotong pokok tanpa perancangan untuk menanam semula.
“Aktiviti perlombongan yang mereka laksanakan turut memusnahkan kawasan hutan dan pada masa sama turut lari daripada membayar cukai.

“Kesalahan yang mereka lakukan itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian lebih AS$110 bilion,” katanya.

Beliau turut mendakwa rasuah berlaku di setiap peringkat dalam sektor perhutanan.

“Mereka yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap peraturan perhutanan yang longgar manakala pegawai kerajaan yang sepatutnya menyelia hutan menerima rasuah daripada syarikat perladangan.

“Sukar menahan mereka yang terbabit dalam rasuah kerana pemantauan memerlukan biaya tinggi.

“Kawasan hutan Indonesia amat luas dan kami perlukan helikopter dan kelengkapan mahal bagi memeriksa pembalakan haram yang berlaku.” Jurucakap Kementerian Perhutanan, Masyhud berkata, majoriti syarikat yang menerima permit untuk membawa keluar sumber perghutanan melanggar undang-undang digubal menghadkan pemusnahan alam sekitar dan melindungi spesies terancam.

“Bagaimanapun, kebanyakan permit dilulus kerajaan tempatan bukan kementerian.

“Pemilik permit bertindak melakukan pembalakan haram sebelum melakukan aktiviti melombong dan berladang,” katanya.

Laporan Rangkaian Kumpulan BlueGreen Alliance dan Rainforest Action di Amerika Syarikat mendakwa 40 hingga 55 peratus balak Indonesia dihasilkan daripada operasi pembalakan haram. - AFP

14 penunjuk perasaan maut

BANGKOK: Pasukan perubatan mendakwa 14 orang maut dan 91 yang lain cedera dalam operasi memusnahkan kem penunjuk perasaan di Bangkok sejak kelmarin.
Pusat Perubatan Erewan mengesahkan empat warga asing adalah antara mangsa yang cedera.

Keseluruhan, 82 orang terbunuh maut dan 1,800 yang lain cedera sejak Baju Merah mengadakan tunjuk perasaan pertengahan Mac lalu. - AFP

Muslim bantah Facebook

JEDDAH: Masyarakat Islam di seluruh dunia semalam menyuarakan kemarahan terhadap kumpulan Facebook dan laman web untuk menjadikan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Hari Setiap Orang Lukis Muhammad.’
Laman Facebook itu menggalakkan pengguna menghantar imej Nabi Muhammad (SAW) semalam sebagai membantah ancaman terhadap penerbit siri South Park kerana menyelar Rasulullah dalam satu episodnya awal tahun ini.
Pelukis kartun Amerika Syarikat, Molly Morris menetapkan 20 Mei untuk menyokong siri televisyen Amerika itu.

Norris kemudian menyesal terhadap tindakannnya.

Dalam satu wawancara, dia berkata, dia berharap cadangan itu tidak akan menjadi realiti.

Cadangannya itu juga mencetuskan pertelingkan antara pengguna Facebook dengan satu pihak mempertahankan hak terhadap kebebasan bersuara dan satu lagi, majoritinya umat Islam, mendesak supaya laman ditutup dan lukisan itu dihentikan.

Kumpulan berkenaan mempunyai 43,000 ahli yang berkongsi kartun dan video.

Satu kumpulan pengguna Facebook, ‘Menentang Hari Setiap Orang Melukis Muhammad’ sudah menarik lebih 60,000 ahli.

Terdapat beberapa kumpulan kecil yang turut menggesa supaya anggotanya memulaukan Facebook semalam dan meminta pemilik laman itu menutup semua bahan yang anti Islam.

Beberapa pengguna Facebook yang dihubungi Arab News berkata, mereka tidak mengunnakan laman web sosial itu semalam. - Agensi

Adik, abang disebat kerana sumbang mahram

JEDDAH: Mahkamah Rayuan di sini semalam menyokong hukuman penjara enam tahun dan 100 sebatan ke atas seorang gadis Afrika berusia 16 tahun yang mengadakan seks dengan abangnya dan kemudian membunuh bayi yang dilahirkan.
Sebuah mahkamah sebelum ini mendapati gadis itu dan abangnya yang berusia 17 tahun bersalah terhadap tuduhan berkenaan. Si abang dipenjara setahun dan 100 sebatan.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut supaya mereka dihukum mati selepas bukti menunjukkan mereka membunuh bayi itu. — Agensi.

10 rakyat Afghanistan gagal susup keluar

JOHOR BHARU: Sepuluh pandatang tanpa izin rakyat Afghanistan ditahan di sebuah pulau terpencil di perairan Pengerang awal pagi ini ketika cuba menyusup keluar dari negara ini menuju ke Indonesia.

Komander Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua Johor ACP Khamsani Abdul Rahman berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Pulau Malang Berdaun, Pengerang.

"Warga Afganistan yang ditinggalkan oleh bot penyeludup selepas dikejar pihak berkuasa itu berumur di antara 15 dan 50 tahun dan dipercayai cuba menyusup ke Indonesia sebelum pergi ke negara ketiga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua rakyat Afghanistan itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.
Khamsani berkata kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/1967 iaitu tiada dokumen penjalanan yang sah dan keluar masuk ke Malaysia melalui pengkalan yang tidak diwartakan serta membawa pendatang tanpa izin secara haram. - Bernama

Saman bekas pegawai TUDM ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang dikemukakan lima bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat selepas kehilangan dua enjin jet F-5E TUDM pada 2007.
Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia, yang dinamakan sebagai defendan, membatalkan saman itu.

Terdahulu, beliau mendengar hujahan peguam Mohd Syahril Daud yang mewakili kelima-lima bekas pegawai kanan berkenaan dan Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha yang mewakili defendan.

Mohd Syahril memberitahu pemberita, mahkamah juga memerintahkan kelima-lima bekas pegawai kanan itu membayar RM7,000 sebagai kos undang-undang kepada defendan.

Katanya mahkamah bersetuju dengan hujahan para defendan bahawa pemecatan perkhidmatan kelima-lima mereka dibuat mengikut peruntukan statutori Perkara 77, Akta Angkatan Tentera, dan mereka tertakluk di bawah undang-undang awam.
Mahkamah juga memutuskan permohonan untuk mencabar keputusan itu hanya boleh dibuat melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula, kata Mohd Syahril.

Mahkamah juga memutuskan saman itu tidak boleh diteruskan mengikut undang-undang kerana ia merupakan pelanggaran kepada proses mahkamah dan adalah remeh dan membazirkan masa saja. - Bernama

Singki ragut nyawa murid

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut akibat kehilangan banyak darah selepas pahanya dihempap mangkuk singki dalam bilik air rumahnya di Perumahan Rakyat Lembah Subang, dekat sini, kelmarin.
HIBA...Rosilah (tengah) sebak ketika pengebumian Muhammad Rusydi Asyraaf, semalam.
HIBA...Rosilah (tengah) sebak ketika pengebumian Muhammad Rusydi Asyraaf, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Muhammad Rusydi Asyraaf Mohd Azrul Fahsha yang dipercayai tergelincir berpaut pada singki seramik berkenaan yang tiba-tiba terjatuh dan menghempap paha kanannya.

Ibu mangsa, Rosilah Alam, 28, berkata ketika kejadian, anaknya baru pulang dari sekolah dan seperti biasa terus ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Ketika berada dalam bilik air, anak saya terkunci dari dalam sebelum saya terdengar bunyi dentuman kuat diikuti jeritan, mama...sakit, sakit...,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara di sini, semalam.

Menurutnya, dia cuba membuka pintu bilik air tetapi gagal sebelum memanggil jiran untuk membantu.
“Apabila pintu dibuka, saya melihat anak saya sudah tersandar di dinding dengan paha kanannya berlumuran darah manakala air masih memancut dari singki.

“Saya kemudian membawanya ke Klinik 1Malaysia di tingkat bawah rumah sebelum pihak klinik menghantar anak saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans,” katanya.

Dia berkata, apa yang menyedihkan apabila terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima rawatan kecemasan di PPUM sedangkan keadaan anaknya parah dan kehilangan banyak darah.

Menurutnya, dia terkilan kerana pihak hospital lambat merawat anaknya.

“Selepas menunggu lebih dua jam, anak saya terus dimasukkan ke unit kecemasan kira-kira jam 5 petang dan menjalani pembedahan.

Doktor memaklumkan pembedahan itu berakhir kira-kira jam 8.30 malam dan berjaya mencantumkan semula urat saraf anak saya. Keadaan anak saya dilaporkan stabil.

“Apa yang mengejutkan, sejam kemudian kami diberitahu anak lelaki sulung saya itu sudah meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah,” katanya.

Rosilah berkata, anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Seksyen 14 di sini, tidak menunjukkan kelakuan pelik sebelum kejadian, malah dia seorang anak yang bertanggungjawab.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pun ketika itu dan saya cukup terkilan dengan apa yang terjadi,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga akan mendapatkan pandangan pihak tertentu sebelum memutuskan sama ada mahu menyaman PPUM atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya.

Sementara itu, Pengarah PPUM, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail menolak dakwaan keluarga pesakit yang berlaku kecuaian ketika rawatan diberikan.

“Kami mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Ketika tiba di hospital jam 3 petang, mangsa sudah tenat dan dalam keadaan kritikal.

“Doktor yang memeriksa pesakit ketika ambulans tiba melaporkan denyutan nadinya sudah lemah dan kami sedaya-upaya cuba menstabilkannya.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 8.40 malam, pesakit disahkan meninggal dunia selepas kehilangan banyak darah menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah,” katanya.

Lelaki jatuh motosikal mati dirempuh

PETALING JAYA: Gara-gara gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya, seorang lelaki maut apabila dirempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan dalam satu kejadian di Sungai Plong, Jalan Sungai Buloh, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave 125 dipercayai dari arah Kuala Selangor.
Jurucakap polis berkata, sebaik tiba di selekoh kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh di selekoh itu.

“Mangsa yang terjatuh ke laluan bertentangan dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton Savvy.

“Berdasarkan pemeriksaan identiti, mangsa dikenali sebagai Mohd Farid Mohd Nigar, 20, berasal dari Kuala Selangor,” katanya.

Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 03-79662260.

Pasangan dadah ditahan

LANGKAWI: Polis menahan sepasang suami isteri kerana memiliki heroin dan syabu di rumah mereka di Kampung Kuala Muda, Mukim Padang Matsirat di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata suspek berusia 38 dan 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada jam 10.10 malam hasil maklumat awam.
“Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi diketuai Asisten Superintendan Zolkefli Kalim menyerbu rumah itu sebelum menahan pasangan terbabit. “Pemeriksaan awal mendapati suspek yang juga pasangan suami isteri itu memiliki heroin seberat 19.4 gram, syabu (4.5 gram) serta satu alat menghisap dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ishak berkata, kedua-duanya kini direman seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali.

24 GRO asing ditahan

BUTTERWORTH: Dua puluh empat GRO rakyat asing ditahan ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Jalan Megat Harun di Bukit Mertajam di sini awal hari ini.
Serbuan Jabatan Imigresen pada 12.30 pagi itu dibuat hasil intipan sejak dua minggu lalu berikutan maklumat orang ramai mengenai restoran itu yang beroperasi dari pukul 8 malam hingga 4 pagi dan menawarkan perkhidmatan GRO rakyat asing.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata ketika serbuan terdapat kira-kira 200 pelanggan sedang berhibur di premis itu dan ada di antara GRO terbabit yang cuba melarikan diri melalui laluan rahsia dalam premis itu.

"Kami menahan 22 wanita rakyat Thailand dan dua wanita China yang bekerja di situ menggunakan pas lawatan sosial. Kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu kini ditahan di Depoh Tahanan Juru, di sini bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Wanita baru bersalin dirompak 3 lelaki

NIBONG TEBAL: Seorang wanita yang baru lima hari bersalin menempuh saat paling menakutkan apabila dirompak sekumpulan tiga lelaki di Taman Sintar Indah, Jawi dekat sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Jamie Thian, 32, terpaksa menggagahkan diri menaiki tangga ke tingkat atas rumah dua tingkatnya hanya untuk menunjukkan bilik utama.
“Ketika itu hanya saya bersama dua anak berusia lima hari dan tujuh tahun berada di rumah.

“Tiba-tiba seorang lelaki bertopeng muncul dari bilik air yang menghubungkan bilik sebelah meluru ke arah saya dan mengarahkan saya tidak membuat bising serta menyerahkan barang kemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, perompak berkenaan memegang sebilah parang dan mengugut mencederakannya dan anak jika tidak menyerahkan barang kemas.

Jamie berkata, dia memaklumkan perompak terbabit tidak memiliki wang kerana baru lepas bersalin dan muncul dua lagi perompak mengarahkannya menunjukkan bilik lain di tingkat atas.

“Dalam keadaan tidak bermaya dan kesakitan, saya bawa anak sulung berusia tujuh tahun menemani saya ke tingkat atas.

“Selepas perompak menggeledah bilik, saya diarah turun dan duduk di ruang tamu serta tidak membuat bising,” katanya yang bersyukur kerana dia serta anak tidak dicederakan.

Suami mangsa, Tee Teck Shang, 32, berkata Jamie menghubunginya menyatakan dia dirompak lalu bergegas pulang serta menghubungi ahli keluarga lain.

“Perompak menggunakan sarung bantal di bilik utama untuk mengisi barang kemas dan wang tunai.

“Begitupun, saya bersyukur anak dan isteri tidak dicederakan,” katanya.